You are on page 1of 5

BM F4 Ogos 3.

1
Kertas 1 Bahagian B:
Berdasarkan kajian, didapati masalah keciciran dalam kalangan pelajar di negara kita
amatlah serius serta membimbangkan. Pelajar-pelajar yang tercicir itu akan
ketinggalan dalam pelajaran. Lama-kelamaan mereka kehilangan minat dalam
pelajaran. Ada pula yang akan terus berhenti daripada persekolahan mereka. Keadaan
ini memang banyak mendatangkan masalah kepada pelajar berkenaan serta membawa
impak negatif kepada masyarakat kita.
Daripada petikan di atas, huraikan faktor-faktor yang menyebabkan masalah keciciran
dalam kalangan pelajar.
Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Cadangan isi

1 Pendidikan mempunyai kuasa yang sangat penting dalam meningkatkan kualiti


sumber daya manusia...

2 Antara masalah keciciran pelajar termasuklah masalah peribadi pelajar.

3 Seterusnya, masalah keluarga juga menyumbang kepada keciciran pelajar.

4 Selain itu, pengaruh rakan juga banyak menyumbang kepada masalah keciciran
pelajar.

5 Di samping itu, sistem pendidikan yang tidak menarik juga faktor keciciran
pelajar.

6 Kesimpulannya, pendidikan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara


bangsa.

Isi-isi lain yang munasabah juga boleh diterima.

1
Kertas 2 Bahagian A: Soalan 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata
sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kasim dan isterinya pulang ke kampung halaman ibu bapanya. Selain untuk menjenguk
ibu bapa, mereka juga ingin bertemu dengan saudara-mara mereka. Sesungguhnya, keluarga
mereka telah lama tidak bertemu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, mereka berasa bersyukur kerana semua saudara mereka bebas daripada
jangkitan pandemik Covid-19 yang menyeramkan seluruh dunia. Namun, untuk memastikan
keselamatan diri dan keselamatan orang lain, mereka sentiasa mematuhi Prosedur
Pengendalian Standard (SOP= Standard Operating Procedure) yang telah ditetapkan.
kata kerja Ayat
transitif

kata sendi Ayat


nama

Kata sendi nama: Perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, ke, dari,
daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap,
akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, sampai...

Kertas 2 Bahagian A Soalan 2:


Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif
tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Banyak maklumat diri didedahkan oleh masyarakat di media sosial. (2)Pelbagai foto dan
video tentang kehidupan harian disebarkan oleh orang ramai di media tersebut. Hal ini
demikian kerana orang ramai ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang perasaan semasa
mereka. (3) Untuk meluahkan perasaan mereka, alam maya dipergunakan oleh masyarakat.
(4)Sebenarnya, kepuasan dinikmati oleh masyarakat melalui aktiviti di media sosial ini. (5)
Tali persahabatan yang sedia ada turut kita teruskan melalui perhubungan dalam talian ini. (6)
Namun begitu, pelbagai risiko juga kita hadapi dalam perbuatan sebegini. (7) Maklumat di
media sosial ini sering kali digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kejahatan.

Jawaban:

2
Kertas 2 Bahagian A Soalan 3:
Dalam petikan di bawah terdapat dua belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

57 Guru besar-guru besar daerah Subis akan menghadiri


mesyuarat di dalam Pejabat Pendidikan Daerah Subis dalam
minggu ini. Mesyuarat ini akan berlansung selama empat
hari, iaitu dari sejak hari Isnin hingga ke hari Khamis.
Pegawai Pendidikan Daerah Baram yang akan
mengerusikan mesyuarat tersebut. Agenda utama yang akan
dibincangkan di mesyuarat ini kali adalah pencapaian
akademik yang kian merosot di dalam kalangan murid-
murid di daerah tersebut.

Latihan Tambahan S3:


Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat tersebut.

276 Ibu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun ke-


20 perkahwinan mereka.
277 Tauke itu lebih suka mengambil saudara-saudaranya
berkerja daripada mengaji orang luar.
278 Punca utama yang menyebabkan pencemaran alam
termasuklah bertambah bilangan kenderaan yang berinjin.
279 Selain daripada penanaman jagung, pak cik juga
menernakkan lembu untuk dijual.
280 Jawatan kuasa khas telah dibentuk untuk mengaji rang
undang-undang tersebut.

Kertas 2 Bahagian A Soalan 4:


Baca petikan bahasa Melayu Klasik dibawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi
berkawal, tiada jauh.”
Maka baginda bertitah, “Baiklah.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka

3
dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu
pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
Jawaban:
Maka titah baginda,

Kertas 2:Bahagian B: Soalan 6:


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1:
Kuala Lumpur - Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan selaras
dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan memberi cabaran
baharu kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar.
Pembelajaran dalam talian terutama google classroom yang diamalkan di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru dan pensyarah selain aplikasi
zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan.
Bagaimanapun, tidak semua mendapat manfaat tersebut kerana pembelajaran dalam
talian hanya berkesan sekiranya capaian Internet dapat dinikmati secara meluas bukan sahaja
di bandar tetapi juga di luar bandar dan kawasan pedalaman. Masalah ini mengakibatkan
banyak pelajar yang tidak menerima apa-apa pengajaran daripada pihak sekolah sepanjang
tempoh ini. Golongan ini mudah menghadapi masalah keciciran dalam pelajaran kelak.
Perkara ini adalah antara cabaran utama dalam usaha kerajaan mengoptimumkan
pembelajaran sepenuhnya dalam talian dalam sistem pendidikan negara, lebih-lebih lagi
sepanjang tempoh PKP ini.
Bahan 2:
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar
Sabran mengakui penggunaan pembelajaran dalam talian di peringkat universiti belum sampai
ke tahap maksimum lagi. Sebaliknya, kaedah bersemuka dengan pelajar tetap menjadi pilihan
pertama dalam sistem pendidikan.
Menurut beliau, apabila berlaku krisis yang dialami sekarang, adalah baik sekali untuk
melihat semula sistem yang kita ada dan cara-cara untuk meningkatkan keberkesanannya lagi.
“Sudah tiba masanya untuk kita memantapkan proses pembelajaran dalam talian di negara kita,
sama seperti yang dilaksanakan di beberapa buah negara maju. “ Walaupun mereka tidak
mempunyai Covid -19 ketika itu tetapi mereka sudah pun mengaplikasikan pembelajaran
dalam talian. Walaupun tidak 100 peratus tetapi dibina sistem sedemkian,” katanya.

4
Universiti di Malaysia, tambah beliau, tidak mempunyai masalah untuk
mengaplikasikan pembelajaran dalam talian kerana jaringan Internet yang baik. Jika ada pun
yang bermasalah, jelas beliau, ia mungkin hanya lima peratus atau kurang. Bagaimanapun,
pembelajaran dalam talian masih boleh dilakukan melalui cara lain. Antaranya melalui
rakaman video yang boleh dihantar kepada pelajar melalui WhatsApp atau telegram.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengoptimumkan pembelajaran.


Mengoptimumkan pembelajaran bermaksud ...

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang
perkara yang dibincangkan.
Persamaan: Kedua-dua bahan berbincang tentang ...
Perbezaan:
Bahan 1 membincangkan ...

Bahan 2 pula berbincang tentang ...

(iii) Huraikan secara ringkas masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran
dalam talian dikendalikan.
Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa pengendalian pembelajaran
dalam talian termasuklah ...

(iv) Apakah kelebihan-kelebihan pembelajaran dalam talian berbanding dengan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
Antara kelebihan pembelajaran dalam talian termasuklah...

Kertas 3: Ujian Bertutur Kumpulan


Sesetengah orang memandang remeh tentang kepentingan kebersihan dalam kehidupan.
Huraikan kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang tidak mementingkan
kebersihan.
Selamat sejahtera para cikgu yang saya hormati dan rakan-rakan seperjuangan saya.
Pada pendapat saya, mereka yang mengabaikan kebersihan akan menghadapi pelbagai
masalah. Antaranya...

You might also like