You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH PUAN DATUK PATINGGI

HAJAH NORMAH,DARO,SARAWAK

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2022


TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam 30 minit (1 jam 30 minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Buka kertas peperiksaan ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa


2. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga Markah Markah
Bahagian Soalan
bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Penuh diperoleh
Bahagian C. A 1 - 20 20
3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan S1 3
Bahagian B serta satu soalan daripada B S2 2
Bahagian C. S3 10
4. Bagi soalan Bahagian A hitamkan jawapan yang S4 10
betul pada helaian jawapan yang disediakan pada C 1 15
halaman akhir kertas peperiksaan ini, manakala 2 15
(Pilih satu)
bagi soalan Bahagian B, dan Bahagian C,
jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan Jumlah 60
yang disediakan.
5. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan
kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.

1
Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Soalan 1 - 6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Kakak segera lantai dapur yang basah selepas adik jatuh tergelincir ketika
melintas di situ.
A. menyapu
B. mengelap
C. menggilap
D. menggosok

2. Aminah menangis sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan


maut yang menimpa keluargannya.
A. teresak-esak
B. terjerit-jerit
C. tersedan-sedan
D. terbatuk-batuk

3. Encik Ali rumahnya untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya


sepanjang mereka bercuti di kampung.
A. membaiki
B. meluaskan
C. melebarkan
D. membesarkan

4. menanti padi masak, Pak Mat menanam jagung untuk menambah


pendapatan keluarganya.
A. Ketika C. Tatkala
B. Semasa D. Sementara

2
Soalan 5 dan 6 berdasarkan gambar di bawah.

5. Murid yang berbadan gempal itu semasa menaiki anak tangga untuk ke
bilik darjahnya di aras tiga blok A.
A. terkial-kial C. tergopoh-gapah
B. terkocoh-kocoh D. tercungap-cungap

6. Ahmad kelihatan sungguh apabila berbaju Melayu lengkap ke sekolah pada


setiap hari Jumaat.
A. rapi C. tampan
B. kemas D. anggun

3
Soalan 7 hingga Soalan 10
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

7. Dari jauh kelihatan asap-asap berkepul keluar dari serombong kilang getah yang sudah
A B C
tidak beroperasi lagi. Tiada kesalahan.
D
8. Novel yang tebal itu mampu Luqman baca dalam tempoh yang singkat walaupun dia ada
A B C
banyak kerja rumah yang perlu disiapkan. Tiada kesalahan.
D

9. Ayah pasti menghadiahi sepasang baju batik sutera pada setiap kali sambutan hari
A B
ulang tahun kelahiran ibu. Tiada kesalahan.
C D

10. Pergaduhan itu bermula daripada perang mulut yang berlaku di antara penyokong
A B
kedua-dua pasukan yang bertanding. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 11 dan 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

11. Kejayaan seseorang usahawan di dalam sektor perniagaan bergantung kepada


komunikasi yang berkesan dengan setiap pelanggan.
A. di dalam sektor perniagaan bergantung pada
B. dalam sektor perniagaan bergantung kepada
C. dalam sektor perniagaan bergantung pada
D. di dalam sektor perniagaan bergantung kepada

12. Memandangkan hari hendak hujan, adik mengayuh dengan laju-laju basikalnya supaya
dia cepat sampai ke sekolah.
A. kayuh laju-laju basikalnya
B. mengayuh basikalnya laju-laju
C. kayuh basikalnya dengan laju-laju
D. mengayuh dengan laju-laju basikalnya.

4
Soalan 14 dan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I. Bas sekolah yang kami naiki masih baru malahan tayarnya sudah tiada bunga lagi.
II. Rancangan televisyen itu tidak banyak penontonnya tambahan pula disiarkan pada
lewat malam.
III. Penggunaan telefon bimbit memerlukan belanja yang besar tetapi tetap menjadi
pilihan remaja.
IV. Ayah sedang mencuci kereta sementara abang sedang menyiram pokok bunga.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

14. I. Eh, tidak sangka akan berjumpa awak di sini setelah sekian lama tidak bertemu!
II. Aduhai, malang sungguh nasibku sejak akhir-akhir ini!
III. Wah, awak kelihatan semakin anggun dan bergaya sekarang!
IV. Amboi, engkaulah rupa-rupanya yang menjadi dalang dalam hal ini!
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 15 dan 16
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah.

Puan Ladda Liza selalu bercakap tanpa henti sehinggakan kadangkala saya tidak faham
akan apa yang diperkatakannya.
Puan Mimi Perangainya memang begitu sejak dahulu lagi.

15. Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas.
A. Bagai kera kena belacan
B. Bagai murai dicabut ekor
C. Bagai katak diharung ular
D. Bagai anjing menyalak bukit

16. Rakyat Malaysia dinasihati supaya berhemat dan berhati-hati ketika berbelanja pada
musim COVID-19 ini agar mereka tidak terpedaya oleh tipu muslihat sesetengah
peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Penyataan di atas sesuai dengan peribahasa
A. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
B. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
C. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
D. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

5
Soalan 17 hingga 20
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KIJANG YANG LELAH

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Bimbang tersandung akar dan jerat Sang kijang
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak
Dialagi
tetap
mampu
menjinjing
menobat
tekad
takhta
dan tabah terus meng
Mengorak telapak di tanah menghijau. dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langk

Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya m

Hari ini Wan Marzuki Wan Ramli


Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktuantologi
yang bersisa
Bintang
Walau
Hati.
dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

17. Berdasarkan sajak di atas, apakah maksud rangkai kata gah bergema?
A. gagah perkasa
B. bergerak pantas
C. masih bertenaga
D. hebat berkumandang

18. Yang berikut merupakan perwatakan kijang yang digambarkan oleh penyajak, kecuali
A. gigih
B. tabah
C. rasional
D. sombong

19. Apakah masalah yang dihadapi oleh kijang semasa hendak melangkah di dalam hutan?
A. Kijang menghadapi masalah penglihatan.
B. Kijang mengalami kesukaran untuk melangkah kerana tenaganya sudah
berkurangan.
C. Kijang terpaksa berhadapan dengan ancaman binatang buas apabila berada di
dalam hutan.
D. Kijang tersesat jalan kerana hutan itu sudah berubah keadaannya.

20. Yang manakah benar tentang tema sajak di atas.


A. Penindasan terhadap seekor kijang.
B. Kehebatan seorang pemilik kijang.
C. Kisah kijang yang terperangkap di dalam sebuah jerat.
D. Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

6
Bahagian B
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

1. Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Gajah adalah haiwan darat yang sangat besar sekali. Gajah juga memiliki ciri
fizikal yang unik. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan salah satu
dari destinasi ekopelancongan yang paling menarik sekali di Malaysia. Antara aktiviti
menarik yang disediakan di PKGK ialah interaksi pengunjung dan gajah secara
terkawal. Dengan adanya kawalan daripada para mahut yang terlatih, pengunjung boleh
melibatkan diri dalam beberapa aktiviti-aktiviti di PKGK.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tuah di Bumi Permata’
Buku Teks Tingkatan 3, muka surat 196.
(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan satu kata nama am
dan satu kata adjektif yang sesuai.
Ikan dan makanan laut yang lain ialah makanan yang menjadi sumber protein
yang penting kepada manusia. Ikan kaya dengan asid lemak Omega3, khususnya ikan
air masin. Pakar pemakanan mengesyorkan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya dua
hingga tiga kali seminggu.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ikan dan Rakyat’
Buku Teks Tingkatan 3, muka surat 114.

(i)

(ii)

[2 markah]

7
3. Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya
yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk
berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai
kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-
lebih lagi sejak aku memasuki sekolah menengah. Apatah lagi setiap hari aku terpaksa
menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh
kawan- kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah.
Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,
antologi Bintang
Hati, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Petikan 2
Pada hujung minggu, Fadli tidak mahu bersikap malas seperti keldai. Dia membantu Pak Cik
Hadri di kedai tanaman hiasan.

Fadli Sudah lama Pak Cik Hadri membuka kedai tanaman hiasan ini?
Pak Cik Hadir Sudah sepuluh tahun, Fadli.
Fadli Wah, lama juga! Pak Cik memang berminat dalam bidang ini?
Pak Cik Hadir Ya, pak cik memang berminat. Dahulu pak cik selalu membantu emak
pak cik menanam pokok bunga. Mungkin pak cik mewarisi minat
emak pak cik, bak kata peribahasa, ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi.
Fadli Bagaimanakah caranya pak cik menarik pelanggan datang ke kedai ini?
Pak Cik Hadir Orang tua-tua ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Pak cik telah turun ke kampung-kampung dan
membuat demonstrasi pembinaan landskap di halaman rumah.
Landskap yang pak cik bina telah memikat hati mereka. Lama-
kelamaan semakin banyak orang yang meminati landskap dan tanaman
hiasan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Pengusaha Tanaman Hiasan,
Buku Teks Tingkatan 3, muka surat 152
Kementerian Pendidikan Malaysia.

8
1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan kerja yang dilakukan oleh Parjo dan
Pak Cik Hadir untuk meneruskan kehidupan.
[3 markah]

2. Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut.
[2 markah]

3. Nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan
peribahasa yang bercetak tebal di dalam petikan.
[1 markah]

4. Kini, remaja kurang berminat menceburi dalam bidang pertanian.


Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja kurang berminat
menceburi dalam bidang pertanian?
[4 markah]

9
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 3.

Hempasan Ombak
Karya Zailani Taslim
Persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis novel bertujuan untuk menyokong tema.
Berdasarkan novel yang anda pelajari,kemukakan tiga persoalan beserta tiga contoh
Peristiwa yang ada novel.

[10 markah]

10
Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

AMALAN HIDUP BERJIRAN

ziarah-menziarahi berkongsi makanan dengan jiran tetangga

membantu jiran yang dalam kesusahan

11
Ruang jawapan :

.................... patah perkataan.

12
1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak


pantas. Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin
meningkat, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid
berhasrat untuk memiliki telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan
yang berlaku di sekeliling mereka.
Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai
guna menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih
yang canggih ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka
dengan peranti masing-masing dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap
tingkah laku mereka. Kesan lain penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan
murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan
singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan
Instagram.
Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan
tanggungjawab terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak
mengulang kaji pelajaran. Selain akibat itu, keasyikan bermain telefon pintar sehingga
larut malam menyebabkan murid hilang fokus semasa di dalam kelas kerana
mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid yang bermain
telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran.
Implikasi lain telefon pintar ini ialah murid mudah menerima dan mempercayai
maklumat tersebut tanpa mengetahui kesahihannya. Oleh itu, larangan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid yang membawa telefon
bimbit atau telefon pintar di sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti difahami dan
dipatuhi untuk manfaat semua pihak.
Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar
Sekolah’
Oleh Sa’adiah Shuib,
Dewan Masyarakat, April 2015.

13
Ruang jawapan :

.................... patah perkataan.

KERTAS SOALAN TAMAT

14
15

You might also like