You are on page 1of 1

Cara Penulisan Ulasan(Pemindahan maklumat)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Buat ulasan anda berdasarkan gambar
tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

5 cara penulisan isi tersirat iaitu:


a)ayat pendahuluan
b)ayat huraian
c)ayat contoh
d)ayat penutup
e)tambahan isi penting berdasarkan kata kunci
SEBAB/KESAN/CARA MENGATASI

Isi tersurat(SU):
a)Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes.
b)Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.
c)pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Isi tersirat(SI):
a)bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
seperti menghapuskan takungan air.
b)kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan
persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.
c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat
d)semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Ulasan lengkap:

(SI-Ayat pendahuluan) "Cegah Aedes, Cegah Denggi" merupakan kempen yang dijalankan oleh
kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes.(SU-a) Pelbagai
langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes. (SU-b) Langkah
pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.(SI-ayat
huraian dan contoh)Hal ini bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat
pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air .(SI-Isi tambahan-c)Persekitaran
rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat".(SU-c)Selain itu,
pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
(SI-ayat contoh)Antaranya, kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat
untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.(SU-ayat penutup)Oleh itu,
semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

You might also like