You are on page 1of 5

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah

Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat


sekolah)
JOHOR BAHRU, Selasa Sekolah Kebangsaaan Taman Impian Emas
telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara
sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di
dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang
dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis
sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan
termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah.
Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari
Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alualuan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya,
Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan
gigih demi mendidik anak bangsa.
Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan
Ikrar Guru serta menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan
penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek
Hari Guru dengan iringan lagu Selamat Hari Guru daripada muridmurid.
Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas
itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan
teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut
ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada
para penonton.
Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru
diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan
khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai
simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri
sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.
Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan

lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan


kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan
rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar
dalam merealisasi majlis tersebut.

KARANGAN - GAMBARAN - SAMBUTAN HARI GURU


KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA
Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah
karangan tentangnya.
SAMBUTAN HARI GURU
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan
pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru
tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.
Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan
seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul
selepas itu.
Persembahan

guru-guru

menggamatkan

suasana.

Ada

yang

mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak
kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru
ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.
Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid.
Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola
baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana
pelbagai ragam dapat disaksikan.
Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru
dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid.

Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi
anak bangsa.
Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana
diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk
menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.
LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN IMPIAN EMAS
Pada 16 Mei 2013, sk Taman Impian Emas telah mengadakan sambutan hari guru
2013. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah.
Pada awal pagi, murid-murid dan guru-guru telah tiba di sekolah. Mereka
menghiaskan dewan sekolah dengan bendera dan belon yang berwarna-warni.
Sambutan ini bermula dengan ucapan guru besar dan wakil murid.
Dalam ucapan, guru besar menasihati semua murid sentiasa mengingati jasa
guru dan tidak boleh seperti kacang lupakan kulit. Manakala wakil murid
menggesa semua murid agar sentiasa menghormati guru.
Satu permainan diadakan antara murid dan guru di padang sekolah.
Mereka bermain dengan gembira. Semua guru juga terima hadiah pada
sambutan itu.
Semua guru dan murid makan dan minum di dewan. Beberapa orang
murid menyanyi dan menari di atas pentas untuk menghiburkan guru.
Sambutan Hari Guru ini bersurai pada pukul sepuluh pagi. Semua warga
sekolah berasa seronok pada hari yang bermakna ini.

Disediakan oleh,
2010

20 MEI

...........................................................
(

Sebagai setiausaha anda dikehendaki menulis lporan tentang Hari Sukan


di sekolah kamu.
Laporan Hari Sukan Sekolah
Pada Sabtu yang lalu,Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas telah
mengadakan hari sukan tahunan kali-12. Semua murid tahap satu dan
tahap dua hadir ke sekolah untuk mengambil bahagian.Hari sukan
tersebut telah diadakan di padang sekolah pada pukul 8.00pagi.
Semua tetamu yang dijemput turut hadir untuk menjayakan hari sukan
tersebut.Ibubapa juga hadir ke sekolah untuk memberi sokongan kepada
anak mereka yang mengambil bahagian.Tujuan hari sukan tersebut
diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang
sukan.Secara tidak langsung,murid-murid akan menjadi olahragawan
yang terkenal pada masa akan datang.
Tepat jam 8.00 pagi,semua murid berkumpul di dataran kejat mengikut
kelas masing-masing untuk mendengar taklimat guru bertugas.Setelah
guru bertugas memberi taklimat kepada semua murid,semua murid
berbaris ke padang sambil diiringi oleh guru kelas.
Semua murid dibahagikan mengikut acara yang dipertandingkan.Antara
acara yang dipertandingkan ialah acara tarik tali,larian berpagar,lompat
tinggi dan lompat jauh.Semasa acara berlangsung,ibubapa menyokong
anak mereka yang sedang mengambil bahagian.
Tepat jam 12.00 tengah hari,semua murid berkumpul untuk menonton
acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil
bahagian.Guru besar dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.Setelah acara penyampaian hadiah tamat,semua murid dan
tetamu dijemput menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak kantin.

Tepat jam 1.00 petang,temasya sukan pun tamat.Semua murid dan


tetamu dibenarkan pulang.Acara tersebut dapat dijalankan dengan
jayanya dalam suasana yang meriah.
Laporan disediakan oleh,
..........................................
MUHAMMAD NOR ZAID
Setiausaha,
Bahasa Malaysia.

1 JULAI 2014

You might also like