You are on page 1of 3

Aktiviti gotong-royong 24 Februari

2021

Pada cuti sekolah yang lalu, penduduk kampung saya telah


mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
persekitaran kampung. Aktiviti gotong-royong ini lebih
tertumpu kepada pembersihan kawasan air bertakung bagi
membasmi pembiakan nyamuk aedes.
Pada pukul 8.00 pagi, ramai penduduk kampung
telah berkumpul di luar balai raya. Penduduk kampung telah
membawa bersama alatan seperti parang, sabit, cangkul
dan pungkis. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan
aktiviti g..r.. yang diadakan serta menyahut kempen
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah wabak
demam denggi yang menular dalam kalangan masyarakat.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menjalankan aktiviti pembersihan. Antara kawasan yang
perlu dibersihkan termasuklah tapak pasar malam, surau,
kawasan parit( 沟 渠 ) , tepi sungai dan balai raya. Tujuan
pengagihan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja
pembersihan dijalankan dan proses pembersihan dapat
dijalankan dengan lebih lancar/teratur.
Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita
sibuk menyediakan makanan dan minumandi pekarangan
balai raya. Pelbagai jenis juadah telah disediakan oleh
mereka.

Pada pukul 12.00 tengah hari, semua kerja


pembersihan dapat diselesaikan dengan sempurna. Semua
penduduk telah berkumpul kembali di balai raya. Kami
menikmati juadah makan tengah hari yang disediakan.
Walaupun penat, semua peserta gotong-royong berasa puas
hati dan gembira kerana persekitaran kampung menjadi
bersih dan ceria.
Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong merupakan
salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dapat menjalin
hubungan yang erat di kalangan penduduk setempat. Selain
itu, semangat kejiranan juga dapat dimantapkan lagi.
Ulasan 24 Februari
2021

Poster ini menunjukkan Gotong-royong Cintai


Pantai Kita yang diadakan pada 8 Mac bersamaan hari Ahad.
Gotong-royong Cintai Pantai Kita ini diadakan dari
pukul 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Gotong-royong tersebut
dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Cempaka.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah membersihkan
pantai, menanam pokok bunga dan membina pondok rehat.
Gotong-royong ini dapat memberi pelbagai faedah/manfaat
( 好 处 ) , antaranya termasuklah mengindahkan kawasan
pantai.
Kesimpulannya, semua penduduk Kampung
Cempaka digalakkan untuk hadir menyertai gotong-royong
tersebut untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
pantai itu.

You might also like