You are on page 1of 3

LAGU SEKOLAH

Mari kita bersama


Bersatu seiring jalan
Dengan ilmu di dada
Jayakan wawasan
Janji kami pada ibu
Jadi anak yang direstu
Janji kami pada guru
Jadi pelajar yang maju
Kami pelajar penuh tekad
Usaha wajar penuh kudrat
Niat kami kian hebat
Tempa nama dalam masyarakat
Gagah dibidang sukan
Gigih dalam pelajaran
Hasrat yang kami idamkan
Menjadi pelajar yang cemerlang
Kini kusiap sedia
Mencurah bakti setia
Kan ku sematkan di sudut hati
Ku julang STPD
SEJARAH STPD
Pendidikan Inggeris di Port Dickson bermula sebelum 1910 di sebuah sekolah persendirian.
Walau bagaimanapun, terdapat desakan untuk membuka Sekolah Inggeris di bandar ini.
Sekumpulan penduduk tempatan yang diketuai oleh Encik Kandiah, Ketua Pos telah
membuat rayuan kepada kerajaan untuk mengambil alih sekolah persendirian milik Puan
Edwards, isteri Ketua Polis Port Dickson. Sekolah ini menjadi asas kepada Sekolah Tinggi
Port Dickson. Sekolah ini dipindahkan ke tempat letak kereta Balai Bomba dahulu. Selepas
beberapa bulan kemudiannya, sekolah ini dipindahkan pula ke stor J.K.R sekarang.

Pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Port
Dickson sekarang ini. Pada tahun-tahun permulaaannya,sekolah ini hanya mengambil guru-
guru perempuan yang juga dikatakan tradisi wa;aupun sekolah ini mempunyai pelajar lelaki
dan perempuan.

Pada tahun 1924, sekolah ini memecahkan tradisi apabila Encik S.P.S Kannu dari Kuala
Pilah dilantik menjadi Guru Besar. Semasa Encik S.P.S Kannu dilantik, bilangan pelajar di
sekolah ini hanya 80 orang dan sehingga darjah 5 sahaja. Bilangan pelajar bertambah
menjadi 200 orang dari tahun 1924 sehinggalah pada zaman peperangan Jepun di Malaya.
Pelajar-pelajar yang telah tamat belajar sehingga darjah 5, terpaksa pergi ke Seremban
untuk menuntut ilmu.

Selepas tamat peperangan, sekolah ini dibuka semula. Sekolah ini ditempatkan buat
sementara di Sekolah Melayu Kampung Gelam kerana sekolah yang sedia ada sedang dibaik-
pulih akibat Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson yang dijadikan sebagai Ibu Pejabat
Syarikat Pembinaan Kapal Jepun semasa perang. 6 bulan kemudiannya, sekolah ini pindah
ke bangunannya sendiri dan ditadbir oleh Encik Lionel Van Geyzel sebagai Guru Besar.
Bilangan pelajar telah bertambah mrnjadi 656 orang kerana 2 blok bilik darjah yang baru
telah dibina. Bilangan pelajar telah bertambah menjadi 656 orang kerana 2 blok bilik darjah
yang baru telah dibina. Kantin juga telah dibuka ekoran penambahan bilik darjah dan
murid yang pesat.

Sekolah Inggeris Kerajaan telah dipisahkan menjadi dua iaitu sekolah rendah dan sekolah
menengah pada tahun 1958. Encik D.E. Fernandez menjawat jawatan Guru Besar bagi
Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson. Pada tahun 1960, bilangan murid telah
bertambah menjadi 893 orang. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah beroperasi di
bvangunan yang sama sehingga tahun 1963. Bangunan berasingan bagi Sekolah Menengah
Inggeris Port Dickson hanya dapat disiapkan pada bulan Januari tahun 1964. Dengan ini
Sekolah Tingggi Port Dickson ditubuhkan. Pada tahun 1968, bangunan Sekolah Menengah
Inggeris telah siap dan murid-murid telah dipindahkan ke bangunan ini.
VISI
SMK Tinggi PD menjadi antara sekolah
berprestasi tinggi dan menjana insan
terbilang

MISI
Mencapai keunggulan prestasi dalam
semua aspek pentadbiran, kurikulum dan
kokurikulum serta mewujudkan sebuah
masyarakat sekolah yang berintegriti,
berketrampilan dan bersahsiah bersama
bantuan komuniti setempat.

You might also like