You are on page 1of 10

Sejarah

Sekolah Menengah Anderson telah dibuka dengan rasminya pada 6hb. Februari, 1909, mengambil sempena nama Sir John Anderson, iaitu Pesuruhjaya Inggeris ketika itu. Perlunya sekolah ini ditubuhkan ialah kerana murid-murid Melayu mendapati sukar untuk mendapat tempat di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang telah ada sejak 1905. Atas sebab-sebab agama pula, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada seperti Anglo-Chinese School. Mengikut Laporan tahunan Negeri-negeri Bersekutu Tanah Melayu 1907, sekolah ini disebut sebagai,. sekolah Inggeris Kerajaan yang besar bag! lelaki dan memakan belanja sebanyak $45,000.00 Lt. Col. J. H, Tyte, iaitu Penolong Kanan di Victoria Institution telah dilantik menjadi Guru Besar pertama, bersama-sama dengan seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua Victoria Institution serta Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan, sebagai tenaga pengajar. Sehingga 1937 apabila FMS Education Code dikuatkuasakan, setiap guru besar bebas untuk mengenalkan apa-apa mata pelajaran pun. 1909-1919 Bangunan pertama, di Jalan Douglas (kini Pejabat Agama Perak) telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. La Brooy. Bilangan pelajar ialah 52 orang. Tiap-tiap meja murid panjangnya 8 kaki dan boleh diduduki oleh 4 orang. Masa persekolahan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan masa kelepasan untuk makan tengahari.Kelulusan paling tinggi dari tahun 1910 - 1921 ialah Darjah 7 (sekarang Tingkatan 3). Yuran sebanyak $2.00 dikenakan, iaitu satu bayaran yang tinggi ketika itu.Permainan hoki telah diperkenalkan oleh Guru Besar yang menjadi pemain hoki mewakili Selangor dan Perak. Pasukan sekolah terpaksa bermain dengan kelab-kelab atau pasukan neger! kerana tidak terdapat pasukan-pasukan dari sekolah-sekolah lain. 1912 - regu sukan dan perlumbaan menunggang kuda diperkenalkan. 1912-1914 - gymnasium diadakan. Ketika itu pencapaian yang tinggi dalam bidangsukan menjadi keutamaan. 1914 - sukan pertama diadakan. 1913-1914 - Mr. Bernard Preddy memperkenalkan tinju. Hasilnya sekolah melahirkan johan fly-weight Yeoh Chai Lye yang tidak pernah kalah antara 1922 - 1952.

1917 - sistem rumah diperkenalkan. 1915-1917 - terdapat 9 buah kelas iaitu Primary A, B hingga Darjah 7. Pelajaran Simpankira, trengkas dan menaip telah diperkenalkan oleh Mr. W. M.Haigh. 1919 - 1929 1921-1929 -Permainan kriket dimulakan. 1921 - Kelas School Certificate yang pertama diadakan. 1924 - Kelas London Matriculation Exam dimulakan. 1928 - Gerakan Pengakap diperkenalkan.Sejak tahun 1929, kelas-kelas rendah /hingga Darjah 2 berpindah ke Jalan Maxwell. Kini sebahagian daripada Jabatan Pendidikan Perak. 1929 - 1939 1931 Bangunan baru (yang sekarang) termasuk dewan, asrama dan rumah pengetua didirikan di Jalan Ashby. 3 kelas rendah diteruskan di Jalan Maxwell dan hanya disatukan pada 1937. 1935 -Mr. C.F.C. Ayre t e I a h memperkenalkan cogankata sekolah iaitu To strive, to seek, to find and not to yield.Majalah sekolah Andersonian dimulakan. 1939 - 1949 Sekolah dibuka kembali pada 24hb September 1945 selepas ditutup selama 44 bulan semasa pendudukan Jepun. Bilangan pelajar ialah 943 orang. Oleh kerana kekurangan alat-alat dan bahan-bahan, segala kajian dan amali sains dijalankan di St. Michael Institution. 1949 - 1959 1953 - Sekolah Anderson mencatat sejarah dalam peperiksaan Sijil Persekolahan Cambridge tahun 1952 dengan 37 daripada 74 calon mendapat Pangkat Pertama. 1953 - Bilangan rumah ditambah daripada empat buah kepada enam buah dengan penubuhan rumah Ayre dan rumah Whitfield. 1952 - Darjah Post School Certificate bahagian sastera ditubuhkan. 1953 - General Templer,Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu, membuat lawatan selamat tinggal di sekolah. 1953 - Blok Sains serta makmal 1, 2 dan 3 dibina. Pembinaannya dirasmikan oleh Menteri Besar, Perak Encik Osman Talib, yang juga seorang murid tua

sekolah. Makmal 4 dan 5 untuk mala pelajaran Fizik dan Kajihayat didirikan, juga bilik lukisan. 1953 - Track lumba lari di padang sekolah diperbesarkan membolehkan lumba lari 400 meter dibuat dalam satu pusingan. 1953 - Perpustakaan berpindah ke bilik yang lebih besar dengan harga $10,000.00. 1954- Tingkatan VI (Sastera) dan Tingkatan VI (Sains) ditubuhkan. 1957 -Sekolah menengah dan rendah disatukan laitu 25 kelas rendah dan 12 kelas menengah. 1958 - Sekolah rendah dijadikan Sekolah Rendah Cator Avenue. Sekolah Menengah pula menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang mendapat bantuan penuh. 1959 - 1969 1959 -Jubli Emas sekolah diadakan. 1963 - Mesyuarat PIBG yang pertama diadakan. 1964 - Pembinaan makmal 6 dan 1 (makmal fizik dan kimia). 1965 -Jawatan Guru Besar Sekolah telah diambil alih oleh orang tempatan dengan lantikan Encik Tan Seng Chye menggantikan Encik M. Ogle. 1969 - 1979 Perluasan/pembesaran dewan. Pembesaran kantin lama dan pembinaan kantin baru. Blok Sastera untuk Tingkatan Enam dan Perpustakaan Kelas Rendah. 1972 - Pasaria telah diadakan untuk mengutip wang membina perpustakaan baru dan pembangunan-pembangunan fizikal yang lain. 1973 - Pintu besar pagar baru berdepan dengan Jalan Ashby. 1974 - Asrama baru digunakan. Boleh muat 166 orang pelajar. 1979 - Sambutan Ulangtahun ke-70. 1979 - 1999 1982 - Sekolah Menengah Anderson telah berkembang dengan pesatnya terutama dari segi bilangan murid. Untuk menampung pertambahan ini bangunan sastera mengandungi dua blok, khas untuk Tingkatan Enam dan 3

buah makmal serta Perpustakaan Kelas Rendah telah didirikan, ia dirasmikan pada 19hb. Jun 1982 oleh Y.B. Dato Khalil bin Yaakub. 1984 - Perpustakaan lama bergabung dengan perpustakaan kelas rendah di bangunan sastera. Bilik perpustakaan lama dijadikan Pusat Sumber Media. Makmal bahasa pula diubahsuai menjadi Bilik Komputer. 1988 - Sekolah memperolehi bangunan baru dua tingkat yang mengandungi enam buah kelas untuk Tingkatan Enam. 1992 - Pembinaan bilik kebal untuk menyimpan kertas soalan peperiksaan awam Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 1994 - Sekolah Anderson telah mengadakan sambutan perayaan ulang tahun ke-85 pada 29hb. Januari, 1994. 1996 - Pembinaan bumbung gajah menyusur untuk menyambungkan blok tingkatan enam dengan blok utama. 1998 - Pembinaan blok bengkel Kemahiran Hidup. 1999 - Makmal Sains (Fizik dan Kimia) dirobohkan untuk pembinaan blok makmal baru. 1999 - Rumah Pengetua diubahsuai untuk dijadikan muzium pendidikan. Beyond 2000 - Anderson melangkah ke alaf baru.

Organization

Piagam Anderson
Kami, Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Dengan Penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk. Memberi layanan dan peluang yang sama kepada semua pelajar yang dihantar ke sekolah ini untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang. Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal. Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak semasa individu, masyarakat dan negara. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu. Menyediakan dan menguruskan program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Menentukan urusan kebajikan pelajar-pelajar diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta menentukan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar terjamin dan diambil berat berteraskan perkhidmatan penyayang. Mewujudkan Jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik. Menentukan urusan kewangan sekolah sedia untik diaudit pada akhir bulan Januari bagi tahun berikutnya, hal-hal mengenai gaji dan perkhidmatan staf diselesaikan mengikut tarikh yang

ditetapkan.

Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisplin, produktif, inovatif, kreatif dan bertanggungjawab. Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibubapa, bekas pelajar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain yang dapat menyumbang dan memajukan sekolah

Lagu Sekolah
Lagu Sekolah Anderson Berjuang kita dengan bangga Usaha hingga jaya Tabah walau kesusahan Jangan ketinggalan Lambaian pohon palma Di pantai yang permai Satu tujuan mara Teguh satu suara Buat semua kewajipan Tiada halangan Gembira bila bekerja Tiada curiga Laut bumi berjuang Juga sungai ladang Usaha hingga jaya Bersemangat waja Anderson School Song In striving shall our glory be, We seek until we find, We will not yield whatever task, May lie within our path, Stand loyal in each trying time, Nor ever lag behind, But revel in the work itself, Nor fear the aftermath, each palm tree waves us on, The golden sands rejoice, The sea strives with the land, The river with the fields, We move with single aim, And strong united voice, We strive and seek and find, And finding will not yield.

Moto/Visi
Moto Sekolah TO STRIVE TO SEEK TO FIND AND NOT TO YIELD Visi Sekolah Meneruskan Tradisi Kecemerlangan. TO UPHOLD A TRADITION OF EXCELLENCE Misi Sekolah Melahirkan Andersonian yang cemerlang melalui pendidikan yang berkualiti TO STRIVE FOR EXCELLENCE THROUGH QUALITY OF EDUCATION Perak Gemilang 10 Cabaran Kepimpinan Akademik Sahsiah Dan Displin Permainan Dan Olahraga Persatuan Dan Kelab Unit Beruniform Kecerian Keselamatan Martabat Guru Perpaduan

TOKOH SEKOLAH
Sir John Anderson dilahirkan pada 1958. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Aberdeen dengan memperolehi Ijazah Sarjana pada tahun 1877. Mulai 1892 hingga 1893, beliau berkhidmat dengan 'Staff of British Agen for the Behring Sea Arbitration' di London dan Paris. Pada 1 Februari 1904, beliau dilantik sebagai Gabenor bagi Negerinegeri Selat hingga 1911. Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Mulai 1915 hingga 1918, beliau menjadi gabenor di Ceylon dan meninggal di sana pada tahun 1918.

You might also like