You are on page 1of 5

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini dibuka pada bulan Mei 1954 sebagai SEKOLAH AGAMA RAKYAT PEKAN PAGOH, di atas tanah yang diwakafmilikkan oleh keluarga
Allahyarham Tn Hj Abd Hamid bin Jemain seluas 110 X 87 (33.6 X 25m). Bangunannya dibina daripada kayu dan tiada bersimen, dengan
anggaran perbelanjaan RM1500.00 dari pungutan derma orang-orang kampung.

Apabila dibuka pada Mei 1954, terdapat seramai 45 orang murid lelaki dan perempuan belajar dalam darjah satu, dengan tenaga pengajar dua
orang guru tidak terlatih.
Pada akhir 1956, sebuah lagi bangunan kayu seluas 20 X 14 (6.1 X 4.3m) telah dibina secara bergotong-royong dan kedua-dua bangunan telah
disimen.
Pertambahan murid terus meningkat. Semua anak-anak Melayu di Pekan Pagoh telah dapat bersekolah, bagaimanapun tiada seorang pun murid
dapat lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah kerana masalah kekurangan guru. Pada tahun 1957, hanya terdapat tiga orang guru tidak
terlatih.

Dalam bulan Oktober 1960, seorang guru terlatih berkelulusan SITC telah dihantar ke Sekolah Rakyat Pekan Pagoh ini, menjawat jawatan Guru
Besar. Bermula dari bulan yang sama, Sekolah Rakyat Pekan Pagoh diterima menjadi sekolah kerajaan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN
PEKAN PAGOH.

Pada awal tahun 1961, dengan bilangan murid seramai 190 orang, sekolah ini mendapat sepenuhnya tujuh orang guru terlatih. Dalam tahun
1962, tiga orang murid telah lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.

Dalam bulan Oktober 1961, sebuah bangunan tambahan dari batu dengan dua buah bilik darjah (JKR 1000) dibina oleh Kerajaan Johor,
berhampiran bangunan asal.

Dalam tahun 1976, pungutan derma dan gotong-royong diadakan untuk membaiki bangunan asal. Dalam tahun 1977, Kerajaan Johor
memperuntukkan RM6000.00 untuk meneruskan kerja-kerja pembaikan tersebut. Seterusnya pada tahun 1977, bangunan asal Sekolah Rakyat
diserahkan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Pekan Pagoh.

Dalam tahun 1983, sebuah lagi bangunan 2 tingkat (JKR 2874) telah dibina, mengandungi lima buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik
guru, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik TV, tiga buah stor serta dua tandas guru dan dua tandas murid. Daalam tahun
1984, seramai 267 orang murid telah belajar setempat dalam dua bangunan berhampiran dilengkapi dengan berbagai kemudahan; dengan 12
tenaga guru, dua kakitangan pejabat dan tiga orang pekerja awam. Kedudukan ini berkekalan dengan beberapa perubahan kecil dan pertukaran
biasa pada perjawatan guru sehingga kini.

Bagaimanapun, sekolah ini masih menumpang sebahagian tanah tapak Sekolah Menengah Sultan Alauddin Riayat Shah (1) dan belum
mempunyai kawasan tapak tanahnya sendiri.
PENGASAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh yang ada hari ini adalah berasal dari Sekolah Rakyat Pekan Pagoh yang diasaskan oleh orang-orang kampung
dalam satu perjumpaan ramai awal tahun 1954. Sekolah itu siap dibuat dalam bulan Mei 1954.Jawatankuasa pengasas dan seterusnya
mentadbirkan sekolah ini adalah terdiri daripada orang-orang kampung sendiri, iaitu :

1. Wakil Kementerian Pelajaran :
1.1 Tuan Haji Hashim bin Haji Yakub
1.2 Encik Muhammad bin Jab
1.3 Encik Aziz bin Sidin
2. Wakil Kerajaan Negeri Johor :
2.1 Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Jait
2.2 Allahyarham Encik Naman bin Haji Said
2.3 Tuan Haji Muhammad bin Mohd Akib
3. Wakil Ibu bapa :
3.1 Encik Selamat bin Rejo
3.2 Encik Mahat bin Nawi
3.3 Encik Wahab bin Haji Ali
SENARAI NAMA GURU BESAR 1954 - 2011

Senarai nama Guru Besar 1954 2011 :

1954 1972 ENCIK TALIB BIN HAJI JAIT
1972 1978 TUAN HAJI ABD RAHMAN BIN HAJI SAID
1978 1989 ENCIK AHMAD BIN ATAN
1989 -1993 TUAN HAJI ABU BAKAR BIN ABDULLAH
JAN 94 JUN 94 TUAN HAJI HASSAN SHEIKH SEYLAN
1994 1996 PUAN RUHA BINTI HAJI JABAR
1997 1998 TUAN HAJI MANSOR BIN SALIM
1998 2002 ENCIK SHAMSUDIN BIN SARIP
2002 2003 PUAN SAADIAH BINTI KAMIS
APR 03 JUN 03 TUAN HAJI MASOOD BIN IDRIS
JUL 03 hingga sekarang PUAN HAJJAH MASITAH ADENAN


ASPEK-ASPEK KEKUATAN SEKOLAH

1. Berdasarkan analisis pencapaian UPSR, terdapat peningkatan dari setahun ke setahun.










2. Lokasi SK Pekan Pagoh sesuai untuk semua masyarakat, iaitu masyarakat pekan, perumahan ladang dan masyarakat sekeliling. Dengan ini,
murid-muridnya terdiri daripada pelbagai taraf sosio ekonomi secara langsung mendorong mereka untuk bersaing meningkatkan Pendidikan
antara satu sama lain.
3. Mempunyai sumber tenaga yang cukup.
4. Hubungan yang erat antara sekolah, PIBG dan masyarakat sekeliling.

MATA PELAJARAN 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
Bahasa Melayu 1 94.0 100 96.6 100 100 94.03 100 98.21
Bahasa Melayu 2 88.0 96.2 79.3 98.18 98.3 97.01 100 91.1
Bahasa Inggeris 78.0 65.4 82.8 81.9 88.2 83.58 86.8 91.1
Matematik 82.0 90.4 89.7 94.55 93.2 89.55 97.4 96.43
Sains 90.0 96.0 91.4 94.55 94.9 97.01 97.4 100
% Lulus 76.0 63.3 74.1 78.6 86.4 82.1 86.8 83.9
Bilangan Calon 50 52 59 55 59 67 38 56

You might also like