You are on page 1of 3

SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh diwujudkan dalam tahun 1880 yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Permatang Buloh yang diasaskan oleh Tuan Haji Abbas b. Haji Mohd. Ali, Tuan Haji Mohd. Noor bin Hj. Ariffin dan beberapa orang yang lain. Bangunan sekolah yang asal berbumbungkan atap nipah berdindingkan pelupoh buloh dan berbangkukan batang kelapa yang dipotong dan tidak bermeja. Menjelang 1888 terbinalah sebuah bangunan yang lebih kukuh dan mempunyai kelengkapan pembelajaran yang lebih baik yang mengandungi dua buah bilik darjah diatas tapak yang asal itu. Dalam tahun 1925 sebuah bangunan satu tingkat PWD A59 dibina oleh kerajaan British. Pada tahun 1928 sebuah lagi bangunan dua tingkat (PWD A60) dibina yang mengandungi empat bilik darjah bagi menampung pertambahan murid-murid. Pada tahun 1961 dua buah bangunan yang baru telah dibina bagi menampung pertambahan murid-murid yang belajar di sekolah ini (JKR 496 & 497) Seterusnya pada tahun 1975 Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh mendapat sebuah bangunan dua tingkat yang baru (JKR 1234). Pertambahan murid sekali lagi memerlukan sebuah bangunan baru dua tingkat (JKR 2387) didirikan pada tahun 1999 yang mengandungi perpustakaan (PSS), bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik darjah dan surau.Bangunan PWD A59 yang uzur dibina pada tahun 1925 telah dirobohkan bagi membolehkan bangunan (JKR2387) dibina ditapak yang sama. Dalam era teknologi maklumat (ICT) dan Komputer Dalam Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukan sebuah Makmal Komputer model B kepada sekolah ini pada tahun 2002. Satu lagi bangunan lama PWD A60 yang didapati tidak selamat digunakan telah dirobohkan pada tahun 2003. Keadaan ini memaksa kepada wujudnya persekolahan dua sesi kerana kekurangan bilik darjah mulai 01 Januari 2004 hingga 10 September 2006. Program pendidikan Pra Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diperluaskan di sekolah ini dengan sebuah kelas (25 orang murid) pada tahun 2003. Sementara itu pihak sekolah telah memohon untuk bangunan tambahan . Satu blok 4 tingkat bangunan tambahan siap dibina dan diserah pada 09 Ogos 2006, persekolahan satu sesi pagi bermula pada 11 September 2006.

SENARAI GURU BESAR / List of Headteachers Tidak dapat di kesan En. Ismail bin Puteh En. Shamsudin b. Ab. Ghani En. Hassan b. Tahir Tn. Syed Abbas b. Syed Hussain En. Muhammad b. Hj. Mohd Taib Tn. Ab. Rahman b. Hussain Tn. Hj. Othman bin. Bakar Tn. Hj. Hashim bin Yahaya Tn. Hj. Yahaya bin Din En. Noor bin Laldin En. Md. Akhir bin Mahamud Tn. Hj. Dzulkifli b. Mahmod Pn. Norhayati bt Saad 1888 1948 1955 1956 1958 1960 1966 1970 1975 1986 1990 1994 2000 2007 1947 1954 1956 1957 1959 1965 1969 1974 1985 1989 1993 2000 2007 sekarang

KOKURIKULUM Olahraga 2006 (Zon Kepala Batas) Mohamad Farhan b. Mohd. Yusof (Pingat Emas 200m) (Pingat Perak 100m) Taufik b. Che Amat (Pingat Emas 100m)

2004

2001

Rafidah bt Khalid (terpilih mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan). Rafidah bt Khalid (terpilih mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

2000

You might also like