You are on page 1of 23

BAB 1

PROFIL SEKOLAH

1.1 Latar belakang sekolah

1.1.1 Sejarah Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba

Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang itu dan dengan


hakikat Kesempurnaan seseorang itu adalah dengan ilmu masyarakat
keturunan Melayu Tapah Road telah berusaha untuk membangunkan sebuah
sekolah dalam tahun 1903.

Dengan persetujuan Nazir Sekolah-Sekolah iaitu Tuan H.B. Collins,


bangunan sekolah itu dinamakan SEKOLAH MELAYU TAPAH ROAD.
Seramai 30 orang murid dan dua orang guru sahaja ketika di awal
pembukaannya. Namun sedikit demi sedikit murid-murid bertambah sehingga
mencecah 100 orang. Oleh kerana perkembangan kian meningkat dan
prestasi akademik sekolah juga meningkat, pihak Pejabat Pelajaran Perak
ketika itu telah mendidikan sebuah bangunan yang agak sempurna di atas
tapak bangunan asal dalam tahun 1905.

Bangunan yang digezetkan sebagai JKR No. 157 itu terletak di atas
tanah yang agak tinggi sedikit berhadapan dengan Balai Polis Tapah Road.
Namun begitu bangunan tersebut sudah tiada lagi sekarang ( telah digantikan
dengan bangunan baru yang dijadikan Pusat Kegiatan Guru ).

Pihak Jabatan Pelajaran Perak telah membangunan sebuah lagi


bangunan sekolah di atas tanah Lot No. 5104 Mukim Tapah Road yang
luasnya kira-kira 3 ekar 3 rod 11 pol. Bangunan tersebut didirikan dalam
tahun 1938 dan mengandungi 3 buah bilik darjah yang luas. Ukuran
bangunan ialah 169 kaki x 24 kaki. Bangunan diperbuat daripada kayu
dengan atap jenis genting. Bersama-sama dengan bangunan baru yang
digezetkan sebagai JKR No. 81 didirikan juga empat buah rumah guru jenis
kembar dua dan lima buah tandas murid.

1
Namun begitu selepas beberapa tahun penubuhan sekolah ini, telah
wujudnya sistem persekolahan Sekolah Laki-Laki dan Sekolah
Perempuan .Pejabat Pelajaran Perak ketika itu telah bersetuju untuk
membenarkan sistem tersebut dilaksanakan dengan mengambil kira faktor
pertambahan murid.Faktor ini telah menjadikan jumlah murid lelaki lebih 200
orang dan lebih kurang 100 orang murid perempuan.

Bangunan JKR 157 telah dijadikan sekolah untuk murid perempuan


dengan menggunakan nama Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road.
Sekolah ini mempunya jumlah murid lebih dari 100 orang dengan tenaga
pengajarnya seramai 4 orang.Manakala bangunan JKR 157 dijadikan
Sekolah Melayu Laki-Laki Tapah Road. Sekolah Melayu Laki-laki Tapah Road
mempunya seramai 200 orang murid berserta 8 orang tenaga pengajar

Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road hanya membuka sesi


persekolahan dari darjah satu hingga darjah empat sahaja. Murid-murid
perempuan yang mencapai prestasi pelajaran yang cemerlang selepas darjah
4 akan ditempatkan belajar di bangunan Sekolah Melayu Laki-Laki Tapah
Road.

Dalam masa perang dunia kedua, sewaktu pemerintahan Jepun sistem


persekolahan telah diberhentikan sementara waktu. Sekolah dibuka semula
setelah pihak Jepun meninggalkan negara dan British mengambil semula
Sekolah Perempuan Tapah Road dengan keadaan seperti sebelum perang.

Setelah mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dengan


wujudnya Sekolah Kebangsaan Laki-Laki dan Sekolah Kebangsaan
Perempuan Tapah Road maka Kementerian Pelajaran dengan persetujuan
Pejabat Pelajaran Perak telah membenarkan wujudnya sebuah sekolah
sahaja dengan sistem murid bercampur. Dengan surat yang dikeluarkan pada
tahun 1961 Surat Bil.(7) dlm Ed.Pk.(S)50/58 , nama sekolah telah ditukarkan
kepada Sekolah Kebangsaan Tapah Road, Perak.Sekolah Kebangsaan Tapah
Road mempunyai seramai 400 orang murid dengan kekuatan 13 orang guru
dan ditadbir oleh seorang Guru Besar.
2
Pada Julai 1976, projek bagi pembinaan bangunan baru SK Tapah
Road telah diluluskan. Berikut adalah butiran kelulusan projek tersebut :

Nama Projek : Bangunan Baru SK Tapah Road,

Perak

Projek Diluluskan : 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor,

tandas murid dan guru

Tarikh diluluskan : 8 Julai 1976

No. Rujukan : J.Pel.Pk.(Pem)2114/01

Peruntukan Projek : RM194,976.00

Tempat Projek : Lot No. 1585 & 1901 Mukim Batang

Padang

Kos Tapak Projek : RM29,406.10

Tarikh Projek Siap : 9 Mei 1979

Projek digunakan : 5 Februari 1980

Lokasi Projek : 1km dari Tapah Road menghala ke

Tapah

3
Gambar 1: Bangunan Pertama Di Tapak Sekolah Yang Baru

Dengan adanya bangunan baru ini sesi persekolahan dapat dijalankan


pada sebelah pagi sahaja dengan menempatkan darjah 4,5 dan 6 di
bangunan ini manakala darjah 1, 2 dan 3 ditempatkan di bangunan lama.

Dalam beberapa kali mesyuarat, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah


telah mencadangkan agar nama sekolah diberi nama baru.Pihak Lembaga
Pengurusan Sekolah telah bersetuju untuk mengambil keputusan menamakan
sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba . Waris kepada
Pendita Zaba telah dihubungi. Puan Zaharah Zaba adalah anak kepada
Pendita Zaba yang telah memberikan persetujuan atas cadangan tersebut.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui J.Pel.Pl. telahpun


meluluskan pertukaran nama Sekolah Kebangsaan Tapah Road kepada
Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba Tapah Road. Rujukan surat Bil.0) dlm
J.Pel.Pk. Pend. 120 bertarikh 6.4.1981.Maka mulai tarikh 6.4.1981, sekolah ini
dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba, Tapah Road dengan
Kod Sekolah ABA0002.

4
Pada akhir tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
meluluskan Blok 3 tingkat bangunan akademik dan pentadbiran bagi
kegunaan Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba. Bangunan ini bernilai
RM225,840.00.Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba kemudiannya dinaik taraf
ke sekolah Gred A pada tahun 1992 berdasarkan jumlah murid, lokasi sekolah
dan sesi persekolahan.

Dengan kenaikan taraf gred sekolah, Sekolah Kebangsaan Pendita


Zabatelah dibekalkan dengan seorang Guru besar bertaraf PPPBS DG4 dan
3 orang Penolong Kanan serta seorang Penyelia Petang yang bertaraf
PPPBS DG5. Tiga orang Penolong Kanan terdiri daripada Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Jumlah pelajar pada 30 Jun 1999 adalah seramai 537 orang.

Bangunan akademik dan pentadbiran yang mula projek pembinaannya


pada tahun 1996 akhirnya siap pada Mei 1999. Majlis penyerahan bangunan
baru telahpun berlangsung pada 11 Mei 1999 oleh JKR kepada PPD bagi
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai tarikh tersebut bangunan baru
telah digunakan dengan menempatkan 12 buah bilik darjah, 1bilik gerakan, 1
bilik pejabat dan pentadbiran.

Gambar 2: Bangunan 4 Tingkat Yang Baru

5
Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba telah melalui satu lagi fasa
pembangunan apabila pembinaan satu (1) blok bangunan Pentadbiran dan
Akademik empat (4) tingkat telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2010.
Bangunan tersebut telah mula beroperasi mulai tahun 2011. Di aras 4, ia
mengandungi bilik servis, bilik darjah, bilik muzik, bilik akses kendiri (SAL),
bilik setor am, bilik surau (J-qaf), bilik wuduk dan tandas perempuan. Aras 3,
mengandungi bilik servis, bilik darjah, pusat akses, bilik matematik, bilik setor
am dan tandas lelaki. Aras 2 mengandungi bilik servis, bilik kelas pemulihan,
bilik darjah, bilik akses, pusat pengawas, bilik setor am, bilik Bimbingan dan
Kaunseling, bilik surau (J-qaf), bilik wuduk dan tandas kakitangan perempuan.
Aras 1 mengandungi bilik servis, bilik sains, bilik pendidikan seni, bilik
kesihatan, bilik stor am dan tandas kakitangan lelaki.

Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Pendita Zaba Tapah Road:-

1. En. Md Ali

2. En. Abd Hamid bin Md Melaka

3. En. Hamzah

4. En. Zainal Abidin bin Ali

5. En. Abd Rashid

6. En. Abdul Shukor bin Hussin

7. En. Ismail bin Shaid

8. En. Ibrahim bin Sulaiman

9. En. Abd Ghani b. Shamsuddin 05.01.1958 31.05.1964

10. En. Hashim bin Awang 01.06.1964 26.05.1973

11. En. Mohd Aris bin Amiruddin 21.08.1973 31.11.1982

12. En. Talha bin Abdul Karim 01.12.1982 15.08.1989

6
13. En. Mahayuddin bin Abd Jalil 16.08.1989 15.08.1989

14. YM Raja Ahmad Fadzil b Raja Shariff 16.08.1989 15.08.1995

15. En. Baidzowi b Hj Mohd Taib PJK 16.08.1995 02.07.1999

16. Tn. Hj. Abidin bin Hj. Sharif03.07.1999 30.06.2009

17. Pn. Hjh Norbiaah bt Hj Sulaiman 01.07.2009 10.10.2010

18. Pn. Nor Azian bt Jaafar, PJK 16.12.2010 19.09.2012

19. En Mat Radzi bin Jusoh 01.10.2012 SEKARANG

1.1.2 Visi dan misi sekolah

Dalam usaha membawa sekolah kearah kecemerlangan, matlamat yang


ditetapkan perlu berlandaskan usaha dalam mengekalkan dan menetapkan
keberhasilan murid tanpa mengubah tujuan utama sistempendidikan
Negara.Matlamat, visi dan misi saling berkait rapat dan bergantungan antara
satu sama lain.Matlamat merupakan hasil akhir daripada gabungan misi dan
visi.

Mengikut Kamus Dewan ( Edisi Ke 4 ), pengertian visi, misi dan


matlamat adalah seperti berikut:

Visi adalah tanggapan dan pandangan yang jauh serta mendalam,


terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan
sebagainya.Misi pula membawa maksud tugas khusus yang
dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang
atau sesuatu kumpulan.Manakala matlamat adalah sasaran sesuatu yang
hendak dicapai ataupun lebih mudah disebut sebagai tujuan.

Mesyuarat susulan Jemaah Menteri Bil. 7/2013 yang diadakan pada 27


September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi kementerian yang
baru yang telah digunapakai di semua sekolah dibawah Kementerian

7
Pelajaran Malaysia.Berikut adalah visi dan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia.

VISI - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI - Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara.

Bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan, sekolah perlu mempunyai


visi, misi dan matlamat yang sangat jelas seperti yang diperkatakan oleh
Cowley dan Domb ( 1997 ), visi adalah gambaran yang jelas tentang hasrat
dan masa hadapan. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba
dilihat mempunyai matlamat tersendiri yang tidak lari dari visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyokong hasrat dan iltizam
sekolah dalam memastikan kecemerlangan terjamin. Berikut adalah visi dan
misi Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba:

VISI SKPZ -Mencapai tahap cemerlang dalam semua bidang yang


termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SKPZ -Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan


perlaksanaan semua aktiviti pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu,
beramal soleh dan berakhlak mulia.

1.1.3 Objektif Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba telah menetapkan beberapa objektif


dalam membantu dan menyokong matlamat sekolah bagi menghasilkan murid
yang boleh bersaing diperingkat global. Objektif sekolah lebih menyeluruh
yang mencakupi semua aspek murid. Objektif pertama Sekolah Kebangsaan
Pendita Zaba adalah meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid
setanding dengan murid-murid sekolah lain.Dalam mengurus diri, murid murid
perlu didedahkan dengan cabaran dunia luar. Antara yang paling penting

8
adalah ilmu.Oleh kerana itu sekolah telah menetapkan pencapaian akademik
sebagai objektif sekolah yang pertama.

Objektif sekolah yang kedua adalah memupuk nilai-nilai murni ke arah


pembentukan sahsiah yang baik dalam kalangan murid.Bersandarkan objektif
tersebut sekolah sentiasa menekankan konsep baik itu kepada murid
sehinggakan timbulnya motto sekolah yang baru iaitu Anak Yang Baik
Mendengar Kata . Kepentingan sikap patriotisme dan kecintaan terhadap
Negara telah membuatkan pihak sekolah menetapkan objektif sekolah yang
ketiga adalah penerapan semangat cinta akan agama, bangsa dan
Negara.Dan objektif sekolah yang akhir adalah melahirkan murid-murid yang
mampu bersaing dalam sukan dan permainan bagi menjamin kecergasan
generasi muda akan datang.

1.1.4 Falsafah dan nilai

Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba berpegang kepada falsafahnya sendiri


selain dari bersandar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah
akan mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Falsafah
sekolah bertujuan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam perjalanan pendidikan.

Falsafah Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba adalah berusaha


memberikan pendidikan bagi memperkembangkan potensi setiap murid
supaya menjadi insan yang seimbang, berketrampilan dan cemerlang
berasaskan pegangan kepada agama yang bermatlamatkan kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.

1.1.5 Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan adalah berkaitan penerangan secara bertulis hak-hak yang


patut diperolehi oleh pelanggan kerana pelanggan adalah penerima keluaran
atau perkhidmatan yang disediakan. Piagam pelanggan diadakan bagi

9
menjamin bahawa keluaran atau perkhidmatan yang diterima adalah
berkualiti.Sejajar dengan itu, sebagai sebuah institusi pendidikan Sekolah
Kebangsaan Pendita Zaba juga telah menggariskan beberapa perkara
penting yang diletakkan di dalam piagam pelanggan sekolah. Berikut adalah
Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba :

Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba , 35400 Tapah Road, Perak.

Dengan penuh iltizam, kami seluruh warga sekolah ini berikrar untuk
berusaha serta menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk :

-Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk


anak didik berasaskan budaya ilmu dan kecemerlangan.

-Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakandengan jujur selaras


dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

-Menyediakan bahan bantu mengajar yang terkini dan berkesan kearah


penguasaan kemahiran dan meningkatkan kemenjadian murid di bidang
akademik, sahsiah dankokurikulum.

-100% murid menguasai LITERASI dan NUMERASI pada akhir tahun 3.

-Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah sentiasa dalam keadaan


kondusif serta menarik minat murid untuk terus belajar.

-Memberikan kerjasama yang jitu kepada KPM, JPN, PPD serta agensi
kerajaan dan swasta yang berurusan dengan sekolah.

-Memberikan perkhidmatan kaunter yang cekap.

10
1.1.6 Lencana Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba

Lencana adalah merupakan lambang kepada identiti sesebuah


sekolah.Kebiasaannya bentuk dan warna serta lambing yang ada pada
lencana membawa maksud yang tertentu. Lencana Sekolah Kebangsaan
Pendita Zaba ini telah direka oleh En Zainuddin Hj Isa yang merupakan salah
seorang guru disekolah ini dan kemudian telah diubahsuai oleh Encik Talha B.
Abd Karim PPT pada tahun 1983.

Terdapat dua warna utama dalam lencana sekolah ini. Warna merah di
bahagian tepi lencana bermaksud setiap orang pelajar adalah bersemangat
gagah dan berani dalam menghadapi pelbagai bidang kurikulum dan
kokurikulum.Manakala warna kuning melambangkan bahawa sekolah ini
berada dalam sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Keris Dua Bersilang di tengah-tengah bentuk lencana membawa


maksud bahawa sekolah ini sentiasa mendukung kebudayaan berteraskan
Kebudayaan Bangsa Melayu .Di atas kerisyang bersilang tersebut terdapat
sebuah buku .Buku ini membawa maksud pelajar sekolah ini hendaklah
mencari ilmu pengetahuan sebanyak-banyak yang mampu.

Tulisan 1903 di bawah buku memberi maksud tahun terdirinya sebuah


bangunan yang dijadikan sekolah bagi Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba.
Manakala tulisan Ilmu Panduan Hidup adalah cogankata bagi sekolah ini
yang bermaksud seseorang itu perlu berilmu untuk menikmati kebahagian
hidup dunia dan akhirat.

11
1.1.7 Moto Sekolah

Moto sekolah yang asal adalah Ilmu Panduan Hidup tetapi pada tahun 2013
telah diubahsuai kepada Pengetahuan Membina Kehidupan Dunia Dan
Akhirat .Namun begitu perkataan Ilmu Panduan Hidup masih lagi tertera di
lencana sekolah tanpa diubah kepada yang baru.

1.1.8 Lagu Sekolah

ILMU PANDUAN HIDUP,

ITULAH COGAN KITA SEMUA,

INGAT DAN JADIKAN PEDOMAN,

UNTUK MASA HADAPAN,

TUGAS KITA SEBELUM DEWASA,

BELAJAR DAN BERUSAHA,

TUNTUT ILMU HINGGA BERJAYA,

JADI RAKYAT BERGUNA,

KEPADA GURU DAN IBUBAPA,

KITAHORMATI SEMUA,

KEPADA RAJA DAN NEGARA,

KITA TAATI SETIA.

12
1.1.9 Struktur Organisasi

Rajah 1: Carta Organisasi 2017

13
Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba diterajui oleh En Mat Radzi B.
Jusoh bermula dari bulan Oktober 2012 sebagai guru besar. En Mat Radzi
dibantu oleh En Nor Azmi B. Mohd Ali sebagaiPenolong Kanan Kurikulum,
Puan Hajjah Saadiah Bt Roslan sebagai Penolong Kanan HEM dan En Mohd
Noor B. Sulaiman sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Dengan kekuatan
35 orang guru, En Mat Radzi telah Berjaya membawa sekolah kearah yang
lebih cemerlang dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah.

1.1.10 Lokasi Sekolah

Gambar 3: Peta Lokasi Sekolah

14
1.1.11 Kemudahan Di Sekolah

Jadual 1: Kemudahan Prasarana Di Sekolah

Dewan
Bilik SPBT
Bilik Operasi Linus
Blok A
Bilik Pend Moral
Bilik Pemulihan
Stor Peralatan Dewan
Kelas Tahun Satu Dan Tahun Dua
Bilik Gerakan
Pejabat Pentadbiran
Blok Pentadbiran Bilik Guru
Tandas
Kelas Tahun Enam DanTahun Tiga
Bilik Matematik
Kelas Pra Sekolah Saidina Fatimah
Blok Pra Sekolah
Kealas Pra Sekolah Saidina Aisyah
Ruang Makan Murid
Blok Kantin
Ruang Makan Guru
Blok B Surau
Blok C Makmal Komputer
Blok D Pusat Sumber Sekolah
Makmal Sains
Bilik KH
Bilik PS1M
Bilik Muzik
Blok E Bilik Bimbingan
Kelas Tahun Empat Dan Tahun Lima
Bilik jQAF
Bilik Surau
Dataran Perhimpunan

1.1.12 PIBG

Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba terletak di dalam lingkungan komuniti


yang pelbagai latar belakang. Jika diawal penubuhannya hanya kaum Melayu
Tapah Road sahaja yang menjadi kaum majoriti dengan hampir kesemuanya
berlatar belakangkan penduduk kampung.Tetapi sekarang ianya diwarnai
dengan pelbagai lapisan masyarakat.

15
Dengan adanya kemudahan yang dibina berhampiran sekolah seperti
Universiti Institiut Teknologi Mara dan Penjara Tapah, bertambahlah lagi
variasi latar belakang ibu bapa murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pendita
Zaba. Namun begitu , ianya membawa impak dan pengaruh besar terhadap
perjalanan aktiviti sekolah. Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sangat
memberi makna dalam membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti
membentuk sahsiah dan kecemerlangan murid.

Hubungan baik antara barisan pentadbiran sekolah serta barisan


jawatankuasa PIBG telah memantapkan lagi kecemerlangan sekolah.
Pengurusan PIBG berjalan lancar sehingga telah dianugerah tempat kedua
atas kecemerlangan pengurusan PIBG tahun 2011. Berikut adalah aktiviti
yang dilaksanakan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba.

Jadual 3 : Aktiviti PIBG Sesi 2016/2017

Bacaan Surah Al-Mulk sepangjang Program Kecemerlangan Tahun 6


tahun
Sukan Tahunan Sekolah Kutipan Dana PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Program Akujanji UPSR Tahun 6
Sambutan Persaraan Guru Sambutan hari Guru
Dialog Prestasi Ibubapa Sambutan Hari raya
Solat Hajat Perdana & Bacaan Yaasin Hari Sukan Negara
Majlis Anugerah Cendekia Bitara

Jadual 4: Jawatankuasa PIBG

BIL NAMA JAWATAN

1 EN MAT RADZI BIN JUSOH Penasihat

2 TUAN HJ SAFRI B. MOHD SALIH Yang Dipertua

3 EN TAJUL KHUSNAM B. MAT PIAH Naib Yang Dipertua

4 EN ABDUL ANAS B. ABDUL RAHMAN Setiausaha

16
5 EN AHMAD RIZAL IZRA B. ZAKARIA Bendahari

6 EN SHAHRUL RIZAL B. ABDUL GHANI AJK ( ibu bapa )

7 EN HAFIZI BIN KAMARUDDIN AJK ( ibu bapa )

8 EN MOHD ZAMRI B. HAMID AJK ( ibu bapa )

9 PN HANIKA BT HAMID AJK ( ibu bapa )

10 PN SHARIMA A/P BAH ALI AJK ( ibu bapa )

11 PN ZURAINAH A/P BAH TEMPOH AJK ( ibu bapa )

12 EN KHAIRUL AFHAN B. MOHD NOR AJK ( guru )

13 EN IBRAHIM B. NAWAWI AJK ( guru )

14 PN AZIZAH BT ISMAIL AJK ( guru )

15 PN ZAINAH BT MOHD SABRI AJK ( guru )

16 PN HASLIZA BT MOHD YUNUS AJK ( guru )


Pemeriksa Kira-kira
17 PN ANISAH BT HAMZAH
( Wakil Guru )
Pemeriksa Kira-kira
18 PN HANIKA BT HAMID
( Wakil ibu bapa )

1.2 Data / Statistik

1.2.1 Enrolmen Murid

Jadual 5 : Enrolmen Murid Dari Sistem APDM 7 Mac 2017

KEMBOJ B. KHME
KAUM MELAYU ASLI INDIA CINA JAWA
A WARGA R J
JANTINA L P L P L P L P L P L P L P L P

MURID KELAS PERDANA


K 1
11 20 0 0 1 2 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 35
E IS
L 1 10 3 2 0 5 3 1 0 0 0 0 0 0 0 0 1 25
IK

17
2
17 17 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 37
IS
2
12 9 0 0 3 3 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 29
IK

3
14 16 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 33
IS
3
14 6 1 0 2 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 26
IK

4
13 22 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 37
A IS
4
S 13 8 0 0 3 1 1 0 0 0 0 1 2 1 1 0 31
IK

5
9 16 0 2 1 1 0 0 0 0 0 0 2 1 0 0 32
IS
5
9 10 0 1 3 3 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 28
IK

6
9 16 0 0 1 2 0 0 0 0 0 1 1 2 0 0 32
IS
6
16 9 0 0 3 4 1 0 0 0 0 0 0 0 0 1 34
IK

14 15 2 2
JUMLAH 4 4 7 2 0 0 0 2 6 7 1 2 379
7 2 5 0

KEMBOJ B. KHME
KAUM MELAYU ASLI INDIA CINA JAWA
A WARGA R J
JANTINA L P L P L P L P L P L P L P L P

MURID PRA SEKOLAH


23 25 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 50

42
JUMLAH KESELURUHAN
9
1.2.2 Bilangan Staf

Jadual 6: Bilangan Guru Dan Gred Jawatan

Gred
Perkara DG3 DG3 DG4 DG4 DG4 Jumlah
2 4 1 2 4
Guru Besar 1 1
Penolong Kanan 1 1 1 3
Guru Bimbingan 1 1
Guru Akademik Biasa 3 9 3 5 20
Guru Pend Islam 1 2 2 5

18
Guru Media 1 1
Guru Penyelaras
1 1
Bestari
Guru Pemulihan 1 1
Guru Pra Sekolah 2 2

1.2.3 Pencapaian Akademik

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba telah menunjukkan prestasi


yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Berikut adalah jadual
yang menerangkan tentang dapatan keputusan UPSR tiga tahun berturut-
turut.

Jadual 7: Rumusan UPSR 2014-2016

5A/6 LULU
PERATUS MP GPS
TAHUN A S
BMK BMP BIK BIP MT SN

2014

2015

2016

1.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini.

Jadual 8 :Kejayaan Yang Dicapai Sekolah

PERINGKAT
ACARA/ PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT KEBANGSAA
BIL
ZON/KELOMPOK DAERAH NEGERI N/ANTARA
AKTIVITI
BANGSA

Anugerah
Persekutuan
Pengakap
1 Pengakap
Excellent
Negeri Perak
2015

19
Pertandingan
2 Johan Naib Johan
Sahibba 2015

Anugerah
Cemerlang
UPSR
3 UPSR 2010 Pencapaian
Peningkatan
Kecemerlan
gan

Pengurusan
Naib Johan
PIBG
4 SR ( Luar
Cemerlang
bandar )
2011

Anugerah
Sambutan Khas
5 Perayaan Hari Peningkatan
Guru 2015 Band
Sekolah

Perkhemahan Mewakili
6
TKRS Negeri

Anugerah
Pemimpin
7 TKRS
Kokurikulum
Negeri Perak

PERINGKAT
ACARA/ PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT KEBANGSAAN/
BIL
ZON/KELOMPOK DAERAH NEGERI ANTARA
AKTIVITI
BANGSA

Pertandingan
8 Naib Johan
Sahibba 2016

Johan
MajlisTilawah Hafazan
9
Al Quran 2016 ( Perempuan
)

20
Pengakap Jambori
10
Kanak-kanak Antarabangsa

Tempat
Anugerah
Ketiga
11 Pusat Sumber
Sekolah
Sekolah 2016
Rendah

1.2.5 Projek / Program Sekolah

1.2.5.1 Program PrOD

PrOD merupakan program khas bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah


melalui pembangunan organisasi. Melalui program ini, guru besar telah
membuat refleksi awal melalui analisis SWOT bagi mengenalpasti isu-isu
kepimpinan serta kekuatan dan peluang yang ada dalam pengurusan
sekolah.Guru besar telah merangka pelan tindakan dalam menyusun atur
perancangan dan pelaksanaan takwim pengurusan sekolah. Carta gantt juga
dibina bagi tindakan kawalan dan pemantauan.Pelan tindakan yang dirangka
disebarluaskan kepada semua penolong kanan terlebih dahulu dan diikuti
pula kepada semua guru-guru. Guru besar telah berupaya merubah trend
kepimpinan beliau supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar
dan kehendak kementerian. Hasil dari PrOD , sekolah telah berjaya
melonjakkan kecemerlangan dengan berupaya keluar dari kelompok sekolah
band 3 kepada kelompok sekolah band 2.

1.2.5.2 PROJEK PERMAINAN KECIL DAN KECERGASAN SEJAGAT.

Pada tahun 2012 sistem aplikasi pengkalan data murid diperkenalkan. Data
kehadiran murid diisi secara atas talian.Bermula daripada pengisian data
tersebut, pihak pentadbir sekolah mendapati bahawa peratus kehadiran murid
ke sekolah tidak mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

Pihak sekolah telah memperkenalkan aktiviti senamrobik pada setiap


hari Selasa. Aktiviti yang dikendalikan oleh guru-guru secara berjadual itu

21
mengambil masa 15 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
bermula. Ternyata aktiviti ini memberi kesan positif terhadap peratus
kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari selasa.

Pada tahun 2014, pihak sekolah menambah lagi aktiviti sedia ada
dengan aktiviti permainan kecil yang dilaksanakan pada setiap hari rabu dan
khamis. Dengan penambahan aktiviti ini, keseluruhan aktiviti diletakkan
dibawah kawalan unit kokurikulum dengan nama baru iaitu Permainan Kecil
Dan Kesihatan Sejagat .

22
23

You might also like