You are on page 1of 7

SMK DATO’ SEDIA RAJA

71309 REMBAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL: 06-6851214 FAKS:06-6851432
PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah & Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja
Km 27, Jalan Seremban Tampin,
71309, Rembau
Negeri Sembilan

No Telefon 06-6851214
No Faks 06-6851432
Kod Sekolah NEA 3035
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentabiran Daerah Rembau
Pejabat Pelajaran Daerah PPD Rembau
Gred Sekolah A
Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan
Nama Pengetua En. Jamri Bin Ahmad
Sesi Persekolahan Sesi Pagi
Bilangan Guru 74 orang
Bilangan Staf 12 orang
Bilangan Pelajar 709 orang
Tingkatan Tertinggi Pra U
Website Sekolah smkdatosediaraja.edu.my
Email Sekolah NEA3035@moe.edu.my

Sejarah Penubuhan
Pada 1964 berikutan dari desakan pemimpin masyarakat tempatan selaras dengan
Dasar Pendidikan kebangsaan, sebuah sekolah menengah aliran Melayu di Rembau telah di
dirikan. Sekolah tersebut dibina di Kawasan Chembong di atas tanah seluas 11.27 ekar.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Sedia Raja Adnan bin Maah
Undang Luak Rembau pada 28 November 1964. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah
Menengah Kebangsaan Rembau. Pada tahun 1973, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja mengambil sempena nama gelaran Undang Luak
Rembau.
Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja menjangkau usia 54 tahun.
Guru-gurunya berjumlah 76 orang dengan murid seramai 709 orang.

Sejarah Pembangunan Fizikal


Asalnya sekolah ini hanya mempunyai empat blok bangunan yang menempatkan kelas,
bilik guru, pejabat, satu bilik khas ERT, dua makmal sains, satu bengkel pertukangan dan satu
bangunan kantin. Sekolah ini juga mempunyai sebuah pepustakaan kecil (khutub khanah).

Pada tahun 1970, bangunan sekolah ini telah ditambah dengan binaan satu blok
yang mengandungi 3 makmal sains tulen. Pada tahun itu juga sebuah dewan dan sebuah
bangunan dua tingkat dengan 10 bilik darjah serta sebuah bilik perpustakaan telah dibina. Pada
tahun 1976, kerana keperluan yang kian bertambah dibina pula bangunan 3 tingkat yang
mengandungi 9 bilik darjah. Sebuah asrama 4 tingkat juga telah dibina. Pada awalnya asrama
ini hanya menempatkan pelajar perempuan sahaja. Asrama ini diberi nama Asrama Toh Puan
Rahimah sempena nama Toh Puan YTM. Dato’ Undang Luak Rembau. Asrama puteri ini boleh
menempatkan seramai 100 orang pelajar perempuan. Asrama ini dirasmikan pada tahun 1976
oleh Toh Puan Rahimah binti Alias. Kemudiannya, 1 blok 2 tingkat dibina bersebelahan
asrama puteri bagi menempatkan pelajar lelaki iaiatu boleh memuatkan 60 orang pelajar.
Sebuah dewan juga telah dibina khas utk pelajar asrama yang dinamakan Dewan Aspura.

Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi pengajaran sains, 2 makmal tambahan dan satu
bilik darjah dibina pada tahun 1982. Memandangkan keperluan bilik darjah lebih mendesak,
makmal ini telah diubahsuai menjadi bilik darjah. Seterusnya pada tahun 1996, sekolah
menerima peruntukan pembinaan Makmal Komputer Rekacipta. Pada tahun 1997 pula,
pembinaan bangunan tambahan untuk menampung pertambahan pelajar telah dilaksanakan.
Pembinaan ini terdiri daripada 1 blok 4 tingkat yang terdiri daripada bilik guru, bilik Pusat
Sumber dan kelas, 1 blok 3 tingkat yang mengandungi kelas dan bilik kemahiran hidup serta 2
blok kuarters guru untuk kemudahan penginapan guru dan kaki tangan sekolah.

Menjelang tahun 2000, beberapa bangunan telah ditambah. Di antaranya ialah 1 blok
2 tingkat Makmal Komputer Multimedia pada tahun 2008 , 1 blok 2 tingkat bilik guru baru
pada tahun 2013 dan 2 buah surau telah dibina iaitu surau sekolah dan surau asrama pada tahun
2016.

Sejarah Pentadbiran Sekolah

Sehingga kini SMK Dato’ Sedia Raja telah dipimpin oleh 11 orang pengetua. Pengetua
terkini ialah Encik Jamri B. Ahmad.

Senarai Pengetua

Bil Nama Tahun Berkhidmat


1 Dato’ Sharif Bin Fakeh Hassan Jan 1964 - Jun 1972
2 En. Mohd Razali Bin Mahmood Jun 1972 - Jul 1972
3 En. Zainal Abidin Bin Mohd Yusof Jul 1972 - Feb 1976
4 Cik Azdiyah Binti Othman Mac 1976 - Mei 1991
5 Cik Dermadewi Binti Bidin Jul 1991 -Jan 1995
6 Hj Othaman Bin Ismail Feb 1995 – Apr 1997
7 Pn. Fatimah Hari Binti Hj Basir Apr 1997 – Feb 2004
8 Datin Hajjah Azimah Binti Alis Ogos 2004 – Nov 2009
9 Pn. Hjh Seriah Binti Md Din Ogos 2009 – Sept 2014
10 Pn. Maasura Binti Mohd Sani Dis 2014 – Ogos 2016
11 En. Jamri Bin Ahmad Nov 2016 – sehingga kini

Senarai Ahli Kumpulan Pelaksana (Akp)


Diperingkat awal tenaga pejabat Cuma terdiri daripada seorang kerana dan seorang
pembantu am rendah. Menjelang 1982 bertambah menjadi 2 orang kerani. Kini pekerja
pejabat berjumlah 12 orang.

Bil Nama Gred Jawatan


1 Foziah Binti Alimon Ketua Pembantu Tadbir Gred N26
2 Anizah Binti Mokhtar Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gred FA29
3 Rusmawani Bt Ishak Pembantu Tadbir Gred N19
4 Izyan Fatihah Binti Hashim Pembantu Tadbir Gred N19
5 Rohaida Binti Mohammad Peral Pembantu Tadbir Gred W19
6 Mohd Zamri Bin Harun Penyelia Asrama Gred N19
7 Noran Bt Yusof Pembantu Makmal Gred C22
8 Normala Bt Harun Pembantu Makmal Gred C22
9 Nor Hami Binti Tumin Pembantu Makmal Gred C22
10 Ramlah Binti Arshad Pembantu Makmal Gred C22
11 Arasoo A/L Veerasamy Pembantu Operasi Gred N11
12 Suresh Sono A/L Udina Pembantu Operasi Gred N11

Senarai Yang Dipertua Pibg

Bil Nama Tahun


1 En Mohd Takim b Jamal 1975-1991
2 Tn Hj Dahalan b Tunggal 1992-1999
3 En Mohamed b Abdul Manaf 2000- 2007
4 Allahyarham Dato’ Misran b Sukadi 2007 – 2014
5 En Abdul Razak b Haron 2014 – 2016
6 En Jamaludin b Hj Zainal Abidin 2016 – hingga kini

Sejarah Perkembangan Sekolah


Pada mulanya pada tahun 1961 kelas menengah aliran Melayu atau Menengah kebangsaan
telah menumpang di Sek. Men Undang Rembau sebelum berpindah ke bangunan sendiri. Pada
tahun 1964. Ada sebanyak 7 kelas pada peringkat awal dan meningkat kepada 11 kelas dengan
379 orang pelajar. Pada tahun itu juga, peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
diadakan di sekolah ini dan pada tahun 1965 kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 5
telah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pada tahun 1970, Sekolah Menengah Dato’
Sedia Raja dipilih sebagai pusat jurusan sains bagi aliran Melayu Sekolah-Sekolah Negeri
Sembilan Selatan. Ini sebagai usaha menggalakkan kelas sains aliran Melayu.
Dalam usaha perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, kelas peralihan telah
diwujudkan pada tahun 1973 di mana 1 kelas peralihan seramai 22 orang pelajar India dan Cina
dimulakan. Memandangkan pretasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bertambah baik,
sekolah ini telah dipilih untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Kumpulan pertama
seramai 57 orang ditempatkan dalam Tingkatan Enam Rendah aliran sastera pada tahun 1982.
SMK Dato' Sedia Raja juga terlibat dengan pelbagai projek yang dijalankan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan sekolah dalam Projek Pusat
Sumber Elektronik (Rangkaian Munsyi) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan
kerjasama Syarikat Telekom Malaysia pada tahun 1995 ialah satu penghormatan buat sekolah
ini. SMK Dato' Sedia Raja menjadi sekolah pertama di Negeri Sembilan yang mempunyai
kemudahan melayari internet.
Pada tahun 1998, SMK Dato' Sedia Raja terpilih sebagai satu daripada 88 buah sekolah
untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Bestari. Dengan adanya projek ini, sekolah telah
dibekalkan dengan kemudahan server dan komputer berserta kemudahan perangkaian. Sekolah
juga telah dipilih untuk melaksanakan Projek STIC (Strategic Trust Implementation
Committee) tahun 2000 dan telah diperuntukkan sebuah makmal komputer berserta
perangkaian.
Kemudahan prasarana sekolah semakin meningkat apabila pada tahun 2008, sekolah
menerima kemudahan Pusat Akses dengan bekalan 10 komputer berserta perangkaian. Sekolah
ini juga menerima peruntukan sebuah bangunan 2 tingkat makmal komputer dengan disediakan
21 buah komputer pada setiap makmal berserta perangkaian. Terkini pada tahun 2010, sekolah
terlibat dengan Projek LMS (Learning Management System) anjuran Bahagian Teknologi
Pendidikan dengan kejasama MAMPU. Projek ini membekalkan sekolah dengan 20 buah
komputer serta server berserta perangkaian.
Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja terpilih sebagai
sekolah untuk projek rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi kursus penyejukkan dan
penyamanan udara. PAV ialah Pendidikan dan latihan vokasional yang dikendalikan sebagai
satu aliran Pendidikan dalam system persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 .

Pada tahun 2017 sekolah terpilih menjadi tempat pusat latihan daerah(PLD) bagi sukan
bola sepak sekolah menengah. Latihan diadakan pada setiap petang. Tahun 2018 menyaksikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja terpilih menjadi Sekolah Transformasi dan
menjadi sekolah yang terlibat dengan program PIMA (Industries).

Sejarah Perkembangan Pencapaian Akademik/Hem/Ko-ku


Dari segi pencapaian bidang Akademik/Hem/ko-ku adalah tidak mengecewakan. Di
peringkat SRP/PMR/PT3 murid-murid yang terpilih telah melanjutkan pelajaran mereka ke
SBP, MRSM dan Sekolah Teknik.atau ke sekolah Teknik dan Vokasional. Bagi penuntut-
penuntut yang mendapat pangkat 1 dan 2 diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia antara tahun
1964 hingga 1981 melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan enam. Kelas tingkatan enam
telah dibuka pada 1. 1. 1982. Pencapaian terbaik PMR ialah pada tahun 2011 di mana 9 pelajar
mendapat keseluruhan A. Manakala PT3 terbaik ialah pada tahun 2016 dimana 2 orang pelajar
mendapat keseluruha A. Bagi pencapaian SPM terbaik ialah pada tahun 2013 di mana 4 orang
mendapat keseluruhan A. STPM terbaik pula ialah pada tahun 2017 dimana seramai 3 orang
mendapat kelas pertama dengan purata keseluruhan STPM sebanyak 2.82.

Di samping pencapaian dari segi akademik terdapat juga kejayaan di bidang


kokurikulum. Antara kejayaan-kejayaan yang berjaya ditempa oleh pelajar ialah kejayaan
pasukan bola baling sekolah di mana setiap tahun pelajar berjaya mendapat tempat dan
mengekalkan kejuaraan dalam kategori Lelaki 15 tahun bagi tahun 2016 dan 2017. Pada tahun
2017 juga, sekolah ini berjaya merangkul 18 emas, 15 perak dan 7 gangsa dalam kejohanan
olahraga MSSDR dan mencatat kenangan manis apabila dua orang atlet SMK Dato’ Sedia Raja
telah terpilih mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan iaitu Hakim Daniel Isa dalam
acara lompat tinggi dan Mohd Noor Ezzati b Mohd Khezam dalam acara merentas desa.
Selain itu, Encik Zainuddin Ishak, iaitu bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Sedia Raja dan kini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Malaysian
Reinsurance Berhad sejak 1 April 2015. Encik Ishak berkhidmat sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd sejak 2009.
Beliau menyertai Perdagangan Jaminan Berhad (kini CIMB Aviva Takaful Berhad) pada tahun
1994 dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya sejak tahun 2006. Beliau
memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif di Trust International Insurance Sdn Bhd pada tahun
1989. Encik Ishak mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam menguruskan konvensional
dan syarikat insurans Islam.
Beliau memulakan kerjayanya di Bahagian Broking sebuah pengendali insurans
tempatan pada tahun 1989 dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti terutamanya dalam jualan
dan operasi serta bahagian perkhidmatan pelanggan. Beliau telah menjadi Pengarah Eksekutif
Bukan Bebas Malaysian Reinsurance Berhad sejak 1 April 2015. Beliau berkhidmat sebagai
Pengarah MRDL, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd dan MSSB. Beliau berkhidmat sebagai
Pengarah Syarikat Takaful SABB sejak 2012. Beliau adalah Ketua Persekutuan Takaful
Malaysia. Encik Ishak memegang Sijil Insurans (1985) dan Chartered of Malaysian Insurance
Institute (1994).
LAGU SEKOLAH SMK DATO SEDIA RAJA

Lagu Sekolah Lagu Sekolah Bestari

Bestari Cemerlang Jiwa dan Minda

Dato’ Sedia Raja sekolah kami Bermula di sini


Tempat lahir pelajar bestari Hadapi cabaran dunia
Menjana minda semangat diujuri Sehati sekata
Akhlak mulia luhur rohani Untuk menjadi insan berjaya
Suasana harmoni
Pelajar bestari jaya cemerlang Menghormati menyanyagi
Harapan impian cahaya gemilang
Doa restu jadi perangsang *mengapai cita bintang kejora
Bersih hati jiwa terang Demi masa hadapan

Ibu bapa guru restui kami Amal nilai murni


Menuntut ilmu semangat diuji Dengan cara tersendiri
Dapat kami menabur budi Didik jiwa minda
Jasamu tidak kami lupai Berteraskan ICT
Sekolah bestari
Rajin usaha pasti berjaya Namamu sentiasa di hati
Puji dan puja sebutan semua Keranamu Malaysia
Di sanjung tinggi sekolah kita **Malaysiaku tercinta
SMK Dato’ Sedia Raja
SMK Dato’ Sedia Raja La la la la la la
Du du du du du du 3x

(ulang* sampai ** Malaysia… negara jaya)

You might also like