You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD

NAMA: AHMAD MARWAN BIN AHMAD TARMIZI TINGKATAN: 2 IBNU KHALDUN (2011) GURU: PN. ISFALIZA BT. ISMAIL

TAJUK

MUKA SURAT

Assalamualaikum. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan tauifik hidayatnya dapatlah saya menyiapkan folio sejarah saya ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada Pn. Isfaliza Bt. Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini. Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang turut membantu dan berkongsi maklumat dengan saya.akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang member dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Wassalam

Padang Menora adalah merupakan kawasan di mana terletaknya Madraasah Irshadiah, iaitu sebuah sekolah agama rakyat (SAR) yang kini dikenali sebagai, Al-irshad, di bawah kelolaan Qadi Tuan Haji Majid Bin Haji Ahmad dan adiknya, Tuan Haji Shafie yang dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah beberapa Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham, Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusof Helmi Bin Haji Shafie. Sekolah ini telah berjaya dibina pada tahun 1936 hasil kutipan derma orang ramai pada zaman dahulu. Pada tahun 1958, Perastuan Guru-guru Agama Seberang Perai (PGAS) yang diketuai oleh Ustaz Haji Salleh Bin Shafie yang telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Sekolah ini juga terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang, malah hingga ke Kedah dan Perak. Kebanyakan mereka yang belajar di sekolah ini, datang dari negeri tersebut. Nama sekolah PGAS ditukar sekali lagi kepada SMKA Al-irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini.pada 1977. Terdapat 14 buah sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia yang turut sama ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada mulanya, pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor Bin Hussein sebelum pengetuanya yang pertama, Ustaz Muhammad Yusuff Bin Haji Latif pada tahun 19771983. Pada tahun 1983 hingga 1985, diganti pula dengan Ustaz Haji Mohammad Morad Bin Haji Abdul Samad. Seterusnya pula, diganti oleh Ustaz Haji Abdul Salam Bin Haji Mohd Zain pada

tahun 1985-1988. Kemdian sekolah ini pula diterajui oleh Ustaz Haji Rakhibi Bin Haji Othman pada tahun 1988-1997. Puan Hajah Halimah Binti Abu Bakar telah dilantik sebagai pengetua SMKA Al-Irshad yang ke-5 pada bulan November 1997 dan telah bersara pada bulan Oktober 2000. Sejak dari tarikh tersebut jawatan pengetua telah dpangku oleh Penolong Kanan 1, Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif hingga. Kemudian, pentadbiran SMKA Al-Irshad diterajui oleh Puan Hajah Salmah Binti Haji Ishak bermula pada Disember 2001 hingga Disember 2010 dan sekarang SMKA AlIrshad telah mendapat pengetua yang baru iaitu Tuan Haji Muhd Radzi Bin Bahari. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato Mahathir Mohammad pada hari Sabtu, 17 Zulkaedah bersamaan 3 Ogos 1985. Pada tahun 1976-1977, pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang baru, diambil masuk ke SMKA Al-Irshad. Setiap tingkatan mempunyai tiga kelas sahaja. Pada tahun 1977-1978, kerajaan mengambil alih sekolah PGAS ini. Pelajar yang baru diambil berdasarkan keputusan cemerlang penilaian darjah 5. Pada tahun 1979, Tingkatan 1, 2 dan 3 dibawa masuk. Ketika ini, pelajar Tingkatan 4 yang cemerlang ditawarkan ke kolej Islam Klang. SMKA Al-Irshad telah mendapat anugerah sebagai sekolah kluster pada tahun 2010 kerana telah melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akedemik tetapi juga kokurikulum.

Pada tanggal 1 November 2010, SMKA Al-Irshad telah menerima kedatangan pengetua yang ke-7 iaitu Tuan Haji Md Radzi Bin Bahari setelah mantan pengetua, Pn Hajah Salmah Binti Ishak telah berpindah ke SMKA Kedah. Beliau Dilahirkan pada tahun 1954 di Pulau Langkawi, Kedah. Isteri beliau berkhidmat sebagai pengetua SMKA (P) Al-Mashoor. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, beliau menetap di Sungai Petani, Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud pada tahun 1967 hingga 1975. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Syariah Islamiah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya, beliau menyambung pengajaran di peringkat sarjana di Universiti Malaya (UM). Pada April 1980, beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru di Perak. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada tahun 1985. Pada Januari 2000, beliau mula berkhidmat sebagai pengetua di SMKA Igan, Sarawak. Kemudian, beliau meneruskan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMKA Sibu, Sarawak. Pada Mac 2003, beliau diberi tanggungjawab sebagai pengetua di SMKA Nibong Tebal dan seterusnya sebagai pengetua di SMK Dato Haji Ahmad Said pada Julai 2009 sebelum bermula pengetua di SMKA Al-Irshad pada November 2010. Persepsi awal beliau tentang sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang bekerjasama, mempunyai pelajar dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Wawasan dan sasaran beliau ialah untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) untuk SMKA Al-Ishad. TEGAS DAN BERHEMAH merupakan prinsip hidup beliau. Beliau berharap agar dapat cemerlangkan lagi SMKA Al-Irshad bertunjangkan dasar-dasar yang telah diwujudkan oleh Pn Hajah Salmah Binti Ishak, mantan pengetua SMKA Al-Irshad.

Semua sekolah mempunyai PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG). SMKA Al-Irshad juga mempunyai persatuan tersebut. Ianya dianggotai oleh guru-guru dari sekolah in dan juga dari ibu bapa atau waris pelajar. Anggota tersebut adalah seperti berikut: Penasihat 1 Penasihat 2 Penasihat 3 Penasihat 4 Yang Dipertua N/ Yang Dipertua Setiausaha Ahli-Ahli jawatankuasa : : : : : : : : Tuan Haji Md Radzi Bahari Tuan Haji Abdul Halim Abdul Hamid Ustz. Mohd Nor Azli Mohd Salleh Tuan Mohd Sabri Bin Shafie Prof Zahari Bij Ismail En Ramly Bin Mohd Ali En Hassan Bin Sukaroo Pn Isfaliza Bt. Ismail Pn Hjh Najihah Bt. Md Yusuf Tn Haji Mohammad Sidek B. Ismail En. Mohd Rosli B. Saad @ Hamid En. Mazlan B. Othman En Mohd Zamri B. Wan Chik En. Mohd Faisol B. Abu Bakar Tn Hj Hamdan B. Mohd Hassan Tn Hj Amarudin B. Suib

Dato Ahmad B. Darus Juruaudit : Ir Hj Md Zakuan Bin Haji Ibrahim Tn Haji Mohd Hussin B. Hashim Pemegang amanah : Ptof Zhari B. Ismail En. Mahjub B. Hanafi Tn Haji Abdul Halim B. Abdul Hamid Tn Azli B. Mohd Salleh Wakil alumni : Tn Haji Shahidan B. Haji Shafie En. Yusri B. Arshad Pn Norashidah Bt. Abu Bakar Pn Azizah Bt. Hassan

Kedua-dua gambar ini adalah antara infrastruktur dan kemudahan asas yang terdapat di sekolah ini. Gambar yang pertama ialah gambar koperasi sekolah. Koperasi ini menjual pelbagai barangan mengikut keperluan pelajar di sekolah ini. Antaranya ialah, pensil, pemadam, pen, dan pelbagai keperluan alat tulis yang lain. Koperasi ini juga menjual makanan-makanan dan minuman-minuman kepada pelajar-pelajar yang tidak mahu ke kantin. Antaranya ialah, roti, kuih-muih, air minuman dan lain-lain. Gambar yang kedua ialah, gambar surau sekolah. Surau sekolah umpama rumah kedua warga SMKA Al-Irshad. Hal ini kerana, setiap waktu fardhu atau sunat, pelajarpelajar akan berkumpuldi surau ini untuk menunaikan solat fardhu atau sunat. Pelajar juga dapat meluangkan masa mereka dengan membaca al-quran, membaca mathurat di surau ini. Baru-baru ini, sekolah ini telah mengubah suai surau ini dengan menukar lantai surau ini kepada lantai kayu. Hal ini kerana untuk mengindahkan lagi surau dan menambahkan lagi seri surau ini.

You might also like