You are on page 1of 35

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. KHAZRI BIN OSMAN

Disediakan Oleh:
Azwa Zulaikha Binti Mazhar (A185688)

Nur Alyanatasha Binti Saifulkhairi (A189886)

Nur Adibah Binti Adam (A185684)

Nur Auni Athilah Binti Anuar (A186022)

Nazaratul Waheeda Binti Mohd Nazri (A185685)

Pensyarah:
Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman

PRAKATA

1
Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh
akademik GGGE3403 Kursus Fotografi. Kami sekumpulan berasa bersyukur kerana
diberi peluang untuk menjalankan kajian tokoh akademik yang sangat hebat di dalam
Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Khazri Bin Osman
telah sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh
akademik ini. Sesungguhnya kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Dr. untuk
meluangkan masa dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang
diberikan oleh Dr Khazri Bin Osman.

Tidak juga dilupakan kepada Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman dan Dr.
Fariza yang sanggup memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik
Jasmy dan Dr. Fariza disisi, kami tidak tahu tokoh akademik yang berada di dalam
universiti Kebangsaan malaysia.

KANDUNGAN

2
PRAKATA…………………………………………………………………………………2

KANDUNGAN…………………………………………………………………………….3

PENDAHULUAN………………………………………………………………………….4

LATAR BELAKANG KELUARGA……………………………………………………… 5

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN……………………………………………………...9

PEMBINAAN KERJAYA………………………………………………………………….14

KEJAYAAN DAN SUMBANGAN…………………………………………………………20

PERANCANGAN DAN HARAPAN……………………………………………………….26

PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

BAB 1: PENDAHULUAN

3
Tokoh akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperolehi oleh
individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut ditetapkan
oleh beberapa aspek iaitu berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta
kemampuan individu berkenaan dalam aspek pendidikan atau kelayakan. Bagi memenuhi
tugasan yang diberikan, kumpulan kami telah menemu bual seorang tokoh akademik dan juga
merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh pilihan kami ialah
Dr. Khazri Bin Osman. Beliau telah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia selama
16 tahun dan merupakan Pensyarah bagi Subjek Pendidikan Islam di Fakulti Pengajian Islam
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami ditugaskan untuk menceritakan biografi beliau
seperti latar belakang keluarga, pendidikan, pembinaan kerjaya, kejayaan dan sumbangan dan
juga perancangan serta harapan. Berikut merupakan gambar tokoh tersebut;

Pada bab seterusnya kami akan menceritakan tentang latar belakang beliau yang berkaitan
diri beliau, adik beradik, ibu ayah dan masjid kecil yang telah dibina bersama isteri tercinta.
Kemudian, kami akan teruskan mengupas satu per satu berkenaan latar belakang pendidikan
beliau. kami menceritakan latar belakang pendidikan beliau bermula dari bangku sekolah
rendah hingga ke pengajian tinggi Doktor Falsafah. Kami akan menyentuh beberapa
pencapaian yang telah berjaya beliau dapatkan sepanjang mencari ilmu. Setelah berjaya
menceritakan perjalanan beliau mencari ilmu, kami akan menceritakan perjalanan beliau

4
dalam pembinaan kerjaya. Di dalam topik ini, kami akan menyentuh satu per satu perjalanan
beliau dalam mencari tempat untuk membina kerjaya yang beliau minati serta ingin mengikut
jejak langkah ayahnya yang bergelar seorang pendidik. Setelah beliau berjaya membina
kerjaya sehingga kini, wajarlah beliau telah mendapat beberapa kejayaan serta telah
melakukan sumbangan terhadap masyarakat serta umat islam. Beliau mengharapkan bahawa
bantuan dan sumbangan yang beliau berikan dapat mengharumkan nama negara, ibu ayah
serta dapat mengharumkan Islam di mata dunia. Bukan itu sahaja, sepanjang perkhidmatan
beliau sebagai seorang pendidik beliau telah menyumbangkan beberapa ilmu dan
menerbitkan buku agar dapat menyebarkan secara meluas sunnah Rasulullah S.A.W.

BAB 2: LATAR KELUARGA


Dr Khazri Bin Osman dilahirkan pada tanggal 15 Disember 1977 dan dibesarkan di

5
Seremban Negeri Sembilan serta menetap di negeri yang sama bersama keluarga kecil yang
dibina olehnya. Beliau mempunyai 7 adik- beradik dan merupakan anak ke tujuh atau digelar
sebagai anak bongsu. Bapa beliau yang bernama Osman Bin Ab Hamid merupakan seorang
bekas pendidik di beberapa sekolah. Antaranya sekolah yang telah diajar adalah Sekolah
Kebangsaan Api- Api di Pontian Johor dan Sekolah Kebangsaan Sega di Negeri Sembilan.
Bapa beliau telah berkhidmat di dalam bidang pendidik selama 30 tahun selepas menamatkan
pengajian di Institut Pengajian Guru. Bapa beliau telah meninggal dunia ketika masih dalam
perkhidmatan sebagai guru pada tahun 1984. Seterusnya, nama ibu beliau pula adalah Zainon
Binti Sujak. Ibunya hanya bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa sahaja.

Seremban, Negeri Sembilan.

6
Lencana Sekolah kebangsaan Api- Api, Pontian, johor

Adik beradik kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi


kecuali kakak keduanya. Abangnya yang pertama bernama Khalid Bin Osman. abang
pertamanya melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Diploma. setelah tamat pengajian,
abangnya terus melibatkan diri ke dalam pekerjaan. Kakak keduanya pula bernama Khaliza
Bin Osman. kakaknya hanya menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Hal ini kerana, kakaknya terpaksa gadaikan cita- citanya untuk menjaga ibunya yang berada
di kampung setelah bapanya meninggal. Abang ketiga dan keempat yang bernama Khairi Bin
Osman dan Zamri Bin Osman juga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Kemudian, abangnya mendapat tawaran mengajar di sekolah. Lanjutan itu,
abang yang kelima yang diberi nama Kahar Bin Osman melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat Doktor Falsafah manakala kakaknya yang keenam iaitu Khazimah Bin Osman
melanjutkan pengajian hingga peringkat Ijazah Sarjana Muda. Akhir sekali, adalah beliau
iaitu Dr Khazri Bin Osman berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Doktor
Falsafah. Beliau melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan
Malaysia di Fakulti Pengajian Islam dalam bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan pada
tahun 2015. Peringkat pengajian beliau akan dikupas satu per satu dalam topik lanjutan.

Setelah beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Yarmouk beliau pulang
ke Malaysia dan melamar buah hati beliau yang berada di Malaysia yang bernama Puan Siti
Esah Binti Ibrahim. Isteri beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. apabila beliau telah

7
membina keluarga kecilnya, beliau berjaya mendapat 6 cahaya mata. Kini, keenam- enam
cahaya mata beliau masih belajar di sekolah menengah dan beberapa anaknya berjaya
melanjutkan pelajaran pengajian tinggi. Anak- anak beliau bernama Aisyah Binti Khazri,
Maryam Binti Khazri, Khadijah Binti Khazri, Abdullah Bin Khazri, Idris Bin Khazri dan
Ismail Bin Khazri. Beliau menyatakan nama anak lelaki diambil inspirasi daripada nama-
nama nabi manakala nama- nama anak perempuannya pula diinspirasi daripada nama isteri
dan anak- anak nabi. Setelah berjaya membina masjid kecil, beliau menetap di Seremban,
Negeri Sembilan berdekatan dengan ibunya bagi memudahkan beliau melawat dan menjaga
kebajikan ibunya kerana ibunya tidak mahu tinggal di rumah adik- beradiknya kerana sayang
akan kenangan bersama arwah En. Osman Bin Ab Hamid.

Beliau bersama anaknya

Peta daerah Rembau, Negeri Sembilan

8
Setelah beliau berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah, beliau berjaya menghasilkan
beberapa buah buku yang ditulis dan diterbitkan oleh beliau sendiri. Antara tajuk buku yang
dikeluarkan adalah Iktibar Daripada Khutbah Wada Untuk Pelajar dan Keindahan Gaya
Bahasa Al-Quran dalam Uslub HIwar Kisah Nabi Ibrahim. Selain itu, terdapat juga beberapa
penulisan buku yang dihasilkan oleh beliau bersama rakan- rakannya. Antara buku yang
diterbitkan bersama rakan- rakannya adalah Ketokohan Ustaz Azhar Idrus Dalam Bidang
Dakwah dan Ketokohan Tuan Guru Haji Ghazali Arshad Bidang Dakwah.

9
BAB 3: LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman
dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman yang terletak di
Rantau Negeri Sembilan telah mula beroperasi melebihi 100 tahun yang lalu. Berbagai-bagai
proses perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhannya. Sekolah ini mula dibina di
sekitar tahun 1902 yang berhampiran dengan Bukit Wak Mat dan bersebelahan Jirat Cina
Rantau. Sekolah ini merupakan sekolah yang tertua dan terulung di Mukim ini, Sekolah
Datuk Akhir Zaman telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat di mana ramai
anak didik keluaran sekolah ini telah berjaya dalam bidang masing-masing. Maka tidak
hairanlah ramai ibu bapa memilih sekolah ini sebagai tempat pendidikan awal untuk anak-
anak mereka, memandangkan sekolah ini telah meraih kejayaan demi kejayaan dalam
pelbagai bidang sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Selain itu, aktiviti
bukan akademik yang terdapat di sekolah ini adalah seperti sukan, persatuan kelab dan
pertandingan- pertandingan lain yang disertai oleh pihak sekolah.

Logo Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman

10
Bangunan Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman

Beliau meneruskan pendidikan menengah beliau di SMA Haji Muhamad atau dikenali
juga sebagai Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad (SMAHMU) pada tahun 1994- 1998.
Seterusnya, ia merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di yang terletak di
Kampong Jambu Lapan, Negeri Sembilan. Beliau telah berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Penilaian Rendah Menengah (SRP) iaitu 9 agregat dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) iaitu 8 agregat. Bukan itu sahaja, beliau pernah dianugerahi sebagai tokoh
pelajar semasa di sekolah ini.

Logo SMA Haji Muhamad

11
Bangunan SMA Haji Muhamad

Seterusnya, beliau menyambung pelajarannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda


Sastera dengan Jurusan Bahasa & Sastra Arab pada tahun 1999 di salah satu universiti awam
yang terkenal di Jordan iaitu Universiti Yarmouk. Universiti Yarmouk atau nama
singkatannya YU (Yarmouk University) adalah sebuah universiti di Jordan. Universiti yang
komprehensif dan disokong negeri yang terletak berhampiran pusat bandar Irbid di utara
Jordan iaitu sebuah kawasan yang memiliki kadar populasi yang tinggi dan ianya terletak di
tengah-tengah pertemuan jalan yang menghubungkan Jordan, Syria, turki dan Eropah malah
meluas hingga ke Selatan Aqabah. Sejak ditubuhkan, Universiti Yarmouk (YU) telah berada
di barisan hadapan universiti Jordan dan Timur Tengah. Universiti Yarmouk (YU) terdiri
daripada 15 fakulti yang menawarkan 52 ijazah sarjana muda, 64 ijazah sarjana, dan 18 PhD
Program dalam pelbagai disiplin ilmu. Universiti ini juga menempatkan 12 pusat
penyelidikan dan kerjaya. Ia ditubuhkan pada 24 Jun 1975. Pada 9 Oktober 1976, Universiti
Yarmouk telah menerima kemasukan lebih kurang 640 orang mahasiswa dan mahasiswi.
Semasa di Universiti ini, beliau menyatakan sistem pelajaran di luar negara agak sukar untuk
mencapai keputusan yang sangat cemerlang. Walaubagaimanapun, beliau tetap cekal dan
bersemangat meneruskan pengajian di Universiti Yarmouk dengan jayanya.

12
Logo Universiti Yarmouk

Universiti Yarmouk, Jordan

Setelah kembali ke tanah air, beliau terus menyambung pelajarannya di peringkat


Sarjana dalam bidang Bahasa Arab di salah satu universiti awam yang termasyhur iaitu
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Universiti Kebangsaan Malaysia adalah
salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM

13
adalah universiti terbaik ke-160 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang
dijalankan pada tahun 2020. Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru
terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-
satunya universiti dari Malaysia yang telah disenaraikan di dalam Quacquarelli Symonds
(QS) 'Top 50 Universities Under 50 Years Old' yang dijalankan pada tahun 2012, di mana ia
mendapat universiti terbaik ke-31. Ia juga adalah universiti terbaik ke-56, mengikut Rankings
Universiti Asia QS Top 500 yang dijalankan pada tahun 2014 dan 2015. Selain itu, ia adalah
universiti terbaik ke-184 di dunia mengikuti QS World University Rankings 2019, yang
menjadikannya universiti peringkat tertinggi di peringkat antarabangsa.

Namun tidak lama kemudian, selepas menamatkan pengajiannya di peringkat


Sarjana , beliau meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Doktor Falsafah
di universiti yang sama iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengajian Islam Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan merupakan bidang beliau. Selepas 16 tahun beliau menyambung
pelajarannya di UKM, kini beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Logo Universiti Kebangsaan Malaysia

14
Dewan Kaunselor Tun Abdul Razak, UKM

BAB 4: PEMBINAAN KERJAYA

15
Ustaz Khazri merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan jelas akan pendirian
beliau. Sikapnya yang ringan tulang dan suka untuk membantu orang sekeliling telah sedikit
sebanyak menyebabkan beliau telah mencapai ke tahap cemerlang pada hari ini. Beliau
sentiasa menghulurkan tangan kepada guru-guru beliau setiap kali terdapat sesuatu tugasan
yang perlu diselesaikan. Oleh itu, dengan keberkatan membantu guru-guru serta orang
sekeliling telah menyebabkan beliau menjadi seorang yang berjaya pada hari ini.

Yarmouk University, Jordan.

Namun untuk beliau sampai ke tahap yang sekarang pasti ada sahaja dugaan dan
rintangan yang beliau hadapi. Walau bagaimanapun, dengan sikap beliau yang positif dan
rajin menyebabkan beliau mencapai kejayaan sehingga menjadi salah seorang pendidik di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan pengajian di salah sebuah universiti
terkemuka Islam di bahagian timur tengah iaitu University Yarmouk yang terletak di Jordan
di dalam bidang Bachelor of Arts Majoring in Arabic Language and Literature pada tahun
1999. Tidak lama kemudian beliau telah meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di dalam
bidang Bahasa Arab, dan akhirnya menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Doktor Falsafah
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara cabaran dan dugaan yang dilalui oleh beliau
ketika menuntut pengajian di negara orang ialah berjauhan daripada keluarga tercinta.
Menurut beliau jika belajar di dalam negara andai terdapat perayaan atau jika terjadi apa-apa
masalah mahasiswa di dalam negara mudah untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayah.
Adapun, bagi mereka yang menuntut ilmu di luar negara agak susah untuk melakukan

16
sedemikian kerana harga tiket penerbangan yang mahal. Menurut Ustaz Khazri juga, untuk
menuntut ilmu di luar negara terdapat banyak kebaikannya juga seperti dapat menikmati dan
mempelajari budaya yang berbeza, serta boleh mengenali tokoh-tokoh ilmuan dari negara
lain, lebih-lebih lagi di kawasan Timur Tengah.

Institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,Bangi.

Ustaz Khazri telah menamatkan diploma pendidikan di Maktab Perguruan Islam


Bangi yang kini dikenali sebagai Institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Setelah menamatkan diploma pendidikan di maktab tersebut beliau telah menjalankan latihan
di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah
Seremban, Negeri Sembilan. Setelah menjalankan latihan disana selama beberapa bulan
beliau akhirnya diserap masuk sebagai guru tetap dan berkhidmat di sana selama enam tahun
bermula dari tahun 2001-2006 setelah tamat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Yarmouk,
Jordan.

17
Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Setelah beberapa tahun berkhidmat di sekolah tersebut sebagai guru subjek agama
beliau kemudiannya berpindah ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai seorang
pensyarah di Fakulti Pengajian Islam. Beliau telah berkhidmat di dua jabatan di dalam Fakulti
Pengajian Islam iaitu Jabatan Dakwah dan Kepimpinan dan Jabatan Bahasa Arab, dan kini
telah pun berkhidmat selama 16 tahun bermula dari 2006 sehingga 2022. Selain berkhidmat
sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia beliau juga merupakan
seorang penceramah bebas.

Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi (UKM)

18
Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Antara pencapaian yang terbaik yang pernah diperolehi sebelum berkhidmat ialah
apabila memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Peperiksaan Malaysia, beliau
memperolehi 8A pada peperiksaan tersebut. Menurut Dr Khazri beliau bukanlah seorang
yang rajin belajar seperti rakan-rakan yang lain, beliau lebih memilih untuk berada di luar
sesi pengajian untuk membantu guru-guru untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Mungkin
dengan keberkatan yang beliau perolehi ketika membantu guru-guru telah menyebabkan
beliau mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu, menurut Dr Khazri untuk mendapat
peluang belajar di luar negara pada ketika itu merupakan sesuatu peluang keemasan yang
tidak mudah diperoleh oleh sesiapa sahaja. Apabila beliau terpilih untuk menyambung
pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Yarmouk Jordan, ianya merupakan
suatu pencapaian yang terbaik yang pernah diperolehi beliau sebelum berkhidmat sebagai
pendidik.

19
Pelajar-
pelajar Dr.Khazri ketika berkhidmat di SMKA Sheikh Haji Mohd.Said

Menurut beliau untuk menjadi seorang pendidik, hendaklah seseorang itu tahu
bahawa pendidik memerlukan pengorbanan yang sangat banyak, tidak kira dari segi tenaga
dan waktu untuk memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang sebetulnya. Beliau juga
mengatakan bahawa untuk menjadi pendidik hendaklah sentiasa memperbaiki niat sebagai
seorang pendidik agar dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Dr.Khazri sedang memberi ceramah kepada para hadirin.

20
BAB 5: KEJAYAAN DAN SUMBANGAN
Sebagai seorang pensyarah, Dr Khazri telah menunjukkan kecemerlangan beliau sejak
sekolah menengah lagi. Beliau telah berjaya mendapat 8 agregat bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Yarmouk, Jordan. Kejayaan
tersebut menjadi salah satu kenangan terindah bagi beliau sehingga kini kerana ketika itu
hanya beliau seorang sahaja yang berjaya mendapat biasiswa pengajian di universiti tersebut.
Beliau telah berjaya mendapat sijil Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Jurusan Bahasa &
Sastra Arab pada tahun 1999.

Sijil Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Setersunya beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti

21
Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan pada tahun 2015.
Beliau berasa berpuas hati dengan kejayaannya kerana dapat menamatkan pengajian di
peringkat Ijazah Doktor Falsafah pada masa yang telah ditetapkan iaitu selama 3 tahun pada
tahun 2015.

Sijil Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai seorang


pensyarah, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara penerbitan buku beliau
ialah “Iktibar Daripada Khutbah Wada Untuk Pelajar” dan “Keindahan Gaya Bahasa Al-
Quran dalam Uslub HIwar Kisah Nabi Ibrahim”. Beliau turut aktif menjalankan projek

22
penyelidikan dan sering menjadi ketua bagi sesuatu projek. Beliau telah menjadi ketua projek
bagi projek penyelidikan Pemerkasaan Pengajian Tafsir Al-quran untuk Masyarakat Awam di
Negeri Sembilan dan Pembinaan Modul Bersih, Muafakat, Sejahtera Berteraskan Konsep Al-
quran dan Al-Sunnah. Terdapat beberapa buku yang dihasilkan oleh beliau dan rakan-rakan
seperjuangannya dan kandungan dalam setiap buku tersebut sangat bermanfaat dan dapat
menambah ilmu pengetahuan pembaca mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama .
Antara buku-buku tersebut adalah “Ketokohan Ustaz Azhar Idrus Dalam Bidang Dakwah”
yang ditulis oleh Dr Khazri dan Faris Ikhwan Fazli pada tahun 2021 dan “Ketokohan Tuan
Guru Haji Ghazali Arshad Bidang Dakwah” ditulis oleh Dr Khazri dan Farah Ahmad Fauzi
pada tahun 2021 juga. Kesungguhan Dr Khazri dalam menjalankan tugasnya telah
menyebabkan beliau dilantik menjadi Penasihat Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia bagi sesi 2021/2022.

Buku Penerbitan Dr Khazri bin Osman

23
Penghargaan kepada Dr Khazri bin Osman atas pelantikan sebagai Penasihat Ikatan Studi
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 21/22

Kerjaya beliau sebagai seorang pensyarah tidak menghalang beliau untuk meluangkan
masa bagi memberi sumbangan kepada pelajar-pelajarnya dan masyarakat. Ilmu-ilmu
pengetahuan yang diperoleh dikongsi melalui ceramah-ceramah berkaitan bidang agama yang
dijalankan di dalam dan luar universiti. Beliau merupakan seorang yang merendah diri dalam
apa jua situasi dan suka berkongsi ilmu. Keperibadian ini dapat dilihat melalui cara beliau
bekerja dan penglibatan dalam pelbagai program yang telah disertainya. Jika pelajar-
pelajarnya menghadapi sebarang masalah, beliau akan mengenal pasti masalah tersebut dan
cuba untuk memberi jalan penyelesaian. Oleh kerana sikap beliau yang positif dan
bertanggungjawab, ramai pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek yang
telah diajarnya. Beliau berasa sangat gembira setiap kali berkongsi apa-apa sahaja
pengetahuan yang berguna kerana beliau percaya ia akan memberi kebaikan kepada banyak
pihak. Beliau turut melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak
universiti.

24
Dr Khazri bin Osman dijemput untuk menjadi penceramah bagi program Kapsul Minda dan
Hati di UKM, Selangor.

Sikap beliau yang ramah dan proaktif menarik minat banyak pihak untuk
menjemputnya menjadi penceramah di sesuatu program. Cara penyampaian beliau yang
sangat baik dan jelas membolehkan segala isi ceramahnya difahami dengan lebih berkesan.
Video-video ceramah beliau turut dimuat naik di aplikasi youtube untuk menjadi tontonan
umum dan mendapat sambutan yang sangat baik. Beliau mengadakan program di beberapa
buah negeri berkaitan bidang agama terutama kepada pelajar-pelajar pusat pengajian agama
dan rumah ngaji. Sumbangan-sumbangan beliau ini adalah sangat mulia dan berharga kerana
beliau bersungguh-sungguh dan ikhlas terhadap setiap sumbangan yang diberinya.

25
Dr Khazri bin Osman mengadakan program Diskusi Surah Al-Waqiah di Pusat Pengajian
Imtiyaz, Jalan Seremban-Jelebu. Seremban.

Dr Khazri bin Osman memimpin program Jom Mengaji Sebelum Tidur di Rumah Ngaji
Negeri Sembilan.

26
BAB 6: PERANCANGAN DAN HARAPAN
Perancangan beliau untuk 5 tahun akan datang sebagai pensyarah ialah mengasah
bakat dalam bidang pendidikan. Beliau merancang untuk menggilap bakat dalam membentuk
jati diri yang lebih baik sebagai pensyarah. Beliau merasakan lebih banyak bakat terpendam
yang belum diserlahkan. Beliau ingin mengasah bakat melalui memberi ceramah dan
motivasi dalam program yang dianjurkan oleh pihak UKM mahupun persendirian. Beliau
menegaskan bahawa ilmu yang dikongsi tidak akan rugi. Beliau merancang untuk menjadi
seorang pensyarah yang lebih berkaliber.

Beliau ingin meneruskan dan menambah lebih banyak penyelidikan. Beliau ingin
menghasilkan penyelidikan yang bermutu tinggi. Ini kerana bagi memberi manfaat kepada
orang lain. Contohnya kepada para mahasiswa dan mahasiswi. Penyelidikan yang dijalankan
akan memberi manfaat kepada diri beliau sendiri dan memartabatkan nama UKM. Melalui
penyelidikan yang dilakukan, beliau akan menerbitkan sebuah buku. Tujuan beliau
menerbitkan buku adalah untuk membantu orang di sekeliling menjadi individu yang lebih
berjaya.

Beliau juga merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang dapat menjadi ‘role
model’ kepada mahasiswa dan mahasiswi. Bagi mencapai hasrat tersebut beliau perlu
mengikut kpi yang telah ditetapkan oleh pihak UKM. Ini membolehkan beliau menjadi
seorang pensyarah yang berjaya. Beliau memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai
sasaran yang dirancang tersebut. Beliau mengikut susun atur dan strategi yang telah
ditetapkan oleh pihak UKM. Beliau memberikan usaha yang sepenuhnya bagi membentuk
jati diri sebagai pensyarah yang baik.

Selain itu, beliau merancang untuk menghasilkan produk dan servis yang berkualiti.
Produk yang dimaksudkan ialah para mahasiswa dan mahasiswi di UKM terutamanya ialah
para pelajar yang beliau mengajar. Servis yang beliau tekankan di sini ialah kualiti
pengajaran beliau bagi menghasilkan para graduan yang terbaik. Ini kerana bagi melahirkan
graduan yang berpelajaran tinggi dan berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan mereka.
Setiap hari beliau berusaha untuk meningkatkan tahap pengajaran beliau bagi memastikan
para pelajar selesa dan faham dengan mudah apa yang diajarnya.

Beliau merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang mempunyai jadual harian

27
teratur. Beliau menginginkan satu jadual harian yang padat dan lengkap. Ini kerana beliau
perlu membahagikan masa untuk berada di UKM sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian
Islam dan bergelar seorang pakar motivasi ketika berada di luar UKM. Beliau juga sering
mendapat jemputan sebagai penceramah motivasi bagi beberapa program yang dianjurkan
oleh pihak UKM.

Beliau merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang dapat memahami keadaan
para pelajar. Beliau ingin menjadi pensyarah yang dapat mendengar luahan hati pelajar. Di
samping itu, beliau dapat merasai apa yang dirasai oleh pelajar tersebut. Dalam menjadi
pensyarah, beliau dapat menjadi kaunselor atau penasihat bagi pelajar yang mempunyai
masalah ketika belajar. Beliau juga ingin memahami keadaan pelajar ketika belajar
dengannya.

Beliau juga merancang untuk menghadiri lebih banyak program penyelidikan yang
dianjurkan oleh pihak UKM. Ini kerana bagi melihat perkembangan dan kemajuan dalam
bidang yang diceburi. Dalam aktiviti seperti ini, beliau berpeluang untuk menambah
pengetahuan dan pengalaman dalam perkembangan penyelidikan. Kajian-kajian ini sering
dilakukan di dalam negara mahupun di luar negara. Melalui perkongsian idea dan maklumat
baru ini dapat menyokong perkembangan berterusan pendidikan dunia.

Beliau merancang untuk memperbanyakkan lagi penulisan tentang hasil penyelidikan.


Sebagai seorang pensyarah, beliau perlu menulis hasil penyelidikan agar dapat memberi
pengetahuan kepada orang lain. Hasil penyelidikan ini ditulis di media massa kerana senang
diakses. Hasil penyelidikan beliau berdasarkan apa yang dikaji dan terhasilnya penulisan
ilmiah di media massa. Penulisan hasil penyelidikan ini juga dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi masyarakat. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam
menyelesaikan apa yang dihadapi.

Beliau juga sebagai pensyarah merancang untuk menyertai pelbagai pertandingan


reka cipta. Pertandingan reka cipta sering dianjurkan di pelbagai peringkat sama ada secara
berkala atau tidak. Dalam aktiviti reka cipta ini, beliau tidak ketinggalan dalam memainkan
peranan dan menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan satu ciptaan atau
inovasi baru. Suatu reka cipta tersebut mungkin ialah alat, perkara, atau benda baru yang
mempunyai kualiti lebih baik yang sedia ada.

Sebagai pensyarah juga beliau merancang untuk melibatkan diri dalam pentadbiran

28
universiti, fakulti, mahupun jabatan. Beliau memberitahu tanpa pengurusan dan pentadbiran
yang baik, apa yang telah dirancang akan rosak atau tidak dapat berjalan dengan lancar.
Beliau sebagai pensyarah perlu untuk melibatkan diri dalam pentadbiran di bawah universiti,
fakulti mahupun jabatan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki beliau mampu
untuk menabur bakti dalam selok-belok pentadbiran.

Beliau bercadang untuk memperbaiki diri sebagai pensyarah dari aspek persediaan
pengajaran. Penyediaan nota kuliah merupakan perkara yang amat rumit pada peringkat awal.
Ini kerana penyediaan bahan-bahan tersebut memerlukan masa yang panjang. Beliau
memberitahu selain daripada menyediakan bahan pengajaran, beliau juga perlu menyediakan
soalan, memeriksa, dan menyediakan markah mengikut skema yang telah ditetapkan. Beliau
juga perlu memberikan kerja kursus kepada pelajar bagi menilai pencapaian pelajar
sepanjang pengendalian sesuatu kursus.

Perancangan beliau untuk 5 tahun sebelum ini telah dicapai iaitu berjaya bergelar
seorang pensyarah di UKM. Beliau telah berkhidmat 5 tahun sebagai pensyarah di UKM.
Beliau telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencapai cita-cita ini. Beliau menegaskan
bahawa untuk mengapai perancangan ini banyak masa yang diperuntukkan. Perancangan
beliau untuk menjadi seorang pensyarah adalah cita-cita dari zaman bangku sekolah lagi.

Perancangan beliau sebagai ketua keluarga adalah untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang berguna. Beliau merancang untuk mendekatkan anak-anaknya dengan pegangan
ilmu agama. Beliau ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam akademik. Beliau sangat
mementingkan peruntukan masa dalam pelajaran. Beliau mendidik anak-anaknya untuk
manfaatkan masa yang ada untuk mengelakkan menyesal di depan hari.

Perancangan beliau untuk keluarganya ialah ingin meluangkan lebih banyak masa
bersama ahli keluarga. Beliau merancang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim
antara ahli keluarga. Beliau merancang untuk selalu duduk bersama melakukan aktiviti
bermanfaat. Beliau sering melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarga dan beliau juga
sering memberi ucapan yang berkaitan dengan keluarga. Ini kerana untuk mengelakkan
sebarang masalah yang timbul dalam ahli keluarga.

Beliau juga merancang untuk memberi perkhidmatan kemasyarakatan. Kerja-kerja


perkhidmatan masyarakat ini dapat dijalankan melalui anjuran pihak universiti mahupun
persendirian. Beliau merancang untuk menghulurkan bantuan. Sebagai contoh, ketika musim

29
banjir beliau merancang untuk menjadi sukarelawan dalam menghulurkan barang bantuan
keperluan asas kepada masyarakat yang terjejas. Beliau juga ingin turun padang untuk
membantu membersihkan kawasan rumah yang telah terjejas akibat bencana banjir.

Harapan beliau sebagai seorang pensyarah di UKM kepada para graduan ialah agar
mereka dapat membawa nama baik UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau sering memberi
kata-kata semangat kepada para pelajar. Sebagai contoh ialah kehidupan universiti sebagai
platform untuk mengasah diri menjadi lebih kental dan berkualiti. Beliau meletakkan harapan
yang tinggi kepada para graduan agar dapat mencipta nama di dalam bidang kerjaya masing-
masing.

Beliau juga mengharapkan pelajar pada masa kini peka dengan perubahan keperluan
dan pasaran kerjaya. Beliau sering mengingatkan kepada para pelajarnya agar tidak lalai
apabila menceburi bidang pekerjaan. Pada masa kini, pasaran kerjaya mendapat permintaan
yang tinggi. Ini kerana masyarakat sekarang sudah mementingkan kerjaya. Beliau juga
menegaskan bahawa para pelajar perlu menitikberatkan dalam aspek keperluan untuk
memenuhi syarat-syarat kerjaya yang dipilih.

Selain itu, beliau mengharapkan para pelajarnya mempelbagaikan kemahiran dalam


diri masing-masing. Ini kerana apabila para pelajar mempunyai kemahiran yang pelbagai
akan mudah menarik perhatian majikan untuk dipilih bekerja. Apabila berada di universiti ini,
beliau menggalakkan para pelajarnya menyertai pelbagai program atau aktiviti yang
dianjurkan. Hal ini kerana untuk mencungkil dan mengasah bakat dalam diri para pelajar.

Beliau juga mengharapkan para pelajar mengkaji keperluan pekerjaan untuk masa
hadapan. Para pelajar harus mempunyai matlamat hidup agar hidup lebih teratur. Para pelajar
harus mengambil cakna tentang keperluan untuk memasuki alam pekerjaan yang semakin
mencabar pada masa kini. Beliau menegaskan bahawa para graduan yang telah tamat belajar
harus mempunyai pilihan untuk memilih alam pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-
masing.

Harapan beliau terhadap dirinya sendiri sebagai pensyarah ialah dapat membanggakan
nama UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau mengharapkan agar lebih banyak jurnal atau
buku ilmiah dapat dikongsikan kepada orang ramai. Beliau juga meletakkan harapan agar
beliau dapat menyertai lebih banyak program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
universiti mahupun pihak luar. Melalui penyertaan tersebut beliau mengharapkan agar dapat

30
membawa nama UKM ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau amat berbangga bergelar salah
seorang pensyarah di UKM.

Berikut merupakan penulisan terbaru beliau

PENUTUP
31
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Dr.Khazri merupakan
seorang yang sangat berwibawa dan baik hati. Bukan sahaja beliau sentiasa menghulurkan
tangan kepada sesiapa sahaja dikelilingnya yang memerlukan bantuan, malah sikapnya yang
suka membantu itu jelas di kalangan para pelajarnya sendiri. Sikapnya merupakan suatu
contoh terbaik yang boleh digunapakai oleh mahasiswa dan mahasiswa di Universiti
Kebangsaan Malaysia, yang tidak letih memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan. Beliau juga ada berpesan bahawa kehidupan di dunia tidak akan lengkap jika
kita hanya hidup bersendiri tanpa bantuan dari orang lain, kita sebagai manusia sentiasa
berhajat kepada bantuan insan lain bagi menjalankan kehidupan seharian. Jadi, janganlah
takut untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan agar kebaikan
kita akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik kelak, jika tidak dunia,di akhirat pasti.
Selain itu, peribadi beliau yang sangat optimis memudahkan pelajar-pelajar dan rakan sekerja
untuk menjalankan sesuatu tugasan bersama beliau. Seperti contoh, temu bual yang kami
telah adakan bersama beliau, dapat dijalankan dengan sangat baik dan lancar oleh kerana
sikap beliau yang positif dan mudah bekerjasama dengan orang lain. Seterusnya, halangan
dan rintangan yang dilalui oleh beliau ketika menjalankan pengajian di Universiti Yarmouk,
Jordan menyebabkan beliau menjadi seorang yang berjaya kini, segala kesusahan yang
dialami di negara orang membentuk beliau menjadi seorang yang kuat. Ilmu yang beliau
perolehi selama menuntut pengajian di sana, tidak hanya diajarkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi di UKM dan sekolah yang beliau pernah berkhidmat malah, beliau juga
menyampaikan ilmu agama di luar kawasan institusi. Akhir sekali, kami sangat terinspirasi
dengan kefasihan yang ada pada diri beliau, pesan beliau untuk menjadi seorang pendidik dan
pendakwah seseorang itu perlulah mempunyai kefasihan dan keberanian untuk bercakap di
hadapan khalayak ramai. Bersyukur ke atas hadrat-Nya kerana memudahkan urusan kami
untuk menghabiskan tugasan yang telah diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kami ucapkan kepada Dr.Khazri Osman atas kerjasama dan masa yang telah
diluangkan untuk kami bagi menyiapkan tugasan ini, bukan sahaja kami dapat mengenali
beliau dengan lebih mendalam malah dapat mempelajari banyak perkara mengenai
kehidupan. Akhir kalam, tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan baik tanpa kerjasama dan
strategi yang baik oleh ahli kumpulan ini.

RUJUKAN

32
http://ukm.sarjana.ukm.my

http://twitter.com/isukumofficial/status/

http://m.facebook.com/jabatandakwah/

http://m.facebook.com/imtiyaz.centre/photos/

-Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman. 2010. Sejarah Sekolah.

http://skdaznba4028.blogspot.com/2009/10/skdaz.html.

-Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad (SMAHMU)


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Agama_Haji_Muhamad

-Universiti Yarmouk, Jordan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Yarmouk_University

-Institusi Pengajian Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

http://kursussejarahppg.weebly.com/

33
LAMPIRAN

Sesi temubual bersama Dr.Khazri di Microsoft Teams

34
35

You might also like