You are on page 1of 34

KURSUS:

GGGE 3403 FOTOGRAFI

SESI:
2023/2024

TUGASAN:
BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK
DR ABDUL HAFIZH MOHD AZAM

DISEDIAKAN OLEH:
CLAUDIA SHERENE ANAK JILIN (A201157)
KAREN ONG JIA XIN (A201340)
NURALIYA NATASHA BINTI SHAIRUL HEFIZAN (A203486)
AINUN ZAHIRAH BINTI MOHD ZULKIFLI (A203068)
ELLYA FARAHANA BINTI RAHIM (A201698)

PENSYARAH:
LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
PRAKATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian
tokoh akademik GGGE 3403 Kursus Fotografi. Kami, Claudia Sherene anak Jilin, Karen Ong Jia
Xin, Nuraliya Natasha Binti Shairul Hefizan, Ainun Zahirah binti Mohd Zulkifli, dan Ellya
Farahana Binti Rahim dari kumpulan 14 berasa amat syukur kerana diberi peluang untuk
menjalankan kajian tokoh akademik semasa melanjutkan pelajaran kami di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kami juga amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam yang
sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh akademik ini.
Sesungguhnya, kami amat menghargai atas kesanggupan semua pihak untuk meluangkan masa
bersama dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Dr.
Abdul Hafizh Mohd Azam.

Tidak juga dilupakan kepada Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman yang
sanggup memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa iringan Lt. Kol.
Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman, kajian tokoh ini mesti menjadi huru-hara dan mungkin
tidak dapat kami siapkan.

(Gambar semasa hari menemuramah Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam)

i
ISI KANDUNGAN

Muka Surat (m/s)

Prakata i

Isi Kandungan ii

Pendahuluan 1

Latar Belakang Diri dan Keluarga 4

Latar Belakang Pendidikan 6

Pembinaan Kerjaya 14

Kejayaan dan Sumbangan 19

Perancangan dan Harapan 23

Penutup 27

Rujukan 28

Lampiran 29

ii
Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam
Claudia Sherene anak Jilin1, Karen Ong Jia Xin2, Nuraliya Natasha Binti Shairul
Hefizan3, Ainun Zahirah binti Mohd Zulkifli4, Ellya Farahana Binti Rahim5

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan tentang biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah
di Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID) serta di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan (FEP) di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi iaitu Dr. Abdul
Hafizh Mohd Azam. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penyelaras Komunikasi
Strategik. Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang akan menceritakan perihal tokoh
akademik, Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam yang disusun mengikut kronologi dari awal
kehidupan beliau hinggalah ke hari ini.

Bahagian pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang
keluarga tokoh akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik

1
berkenaan. Menerusi bahagian ini, kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut latar belakang
berkaitan dengan asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga beliau
yang bermula daripada pekerjaan ibu bapa beliau adik-beradik, hinggalah ke kehidupan
keluarga beliau sendiri iaitu kehidupan isteri serta anak-anaknya.

Seterusnya, bab yang kedua bakal menceritakan tahap pendidikan beliau, bermula
dari pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu, beliau
tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau telah
meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat
Doktor Falsafah (PhD). Bab ini turut menceritakan anugerah dan jawatan yang pernah
diterima oleh beliau sejak beliau berada di alam persekolahan lagi. Kita dapat melihat
kecerdikan dan kebakatan beliau dalam bidang matematik serta aktiviti sukan yang amat
memerlukan pemikiran.

Bab ketiga biografi tokoh akademik ini akan menceritakan kerjaya Dr. Abdul
Hafizh Mohd Azam setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat perjalanan
beliau, bermula dengan menjadi fasilitator dan instruktor di Persatuan Ekonometrik
Malaysia sehingga menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Demi
menjadi seorang pensyarah, pelbagai usaha serta pengorbanan telah beliau curahkan.
Bahagian ini juga menunjukkan peranan beliau sebagai pensyarah di Unversiti Kebangsaan
Malaysia untuk mendidik anak-anak watan UKM.

Bab keempat biografi tokoh akademik ini akan menceritakan berkaitan dengan
sumbangan dan kejayaan Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam sepanjang pengajian dan alam
kerjaya beliau. Selain itu, bahagian ini juga menceritakan tentang sumbangan beliau
kepada pelajar dalam mengembangkan ilmu masyarakat bahasa minoriti kepada semua
pelajar yang menceburi bidang ini. Beliau turut membuat penyelidikan bersama berkenaan
kajian-kajian yang bermutu tinggi dengan penyelidik lain yang profesional agar dapat
memberikan rujukan dan inspirasi kepada pelajar pelajarnya serta orang ramai yang
berminat tentang program Ekonomi dan khususnya Ekonometrik.

2
Bab kelima biografi tokoh akademik ini akan menceritakan berkaitan perancangan
dan harapan Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam pada masa akan datang. Beliau menceritakan
perancangannya yang ingin menyambung pembelajarannya sehingga menjadi seorang
pasca doktoral atau “postdoc” . Harapan beliau ialah beliau ingin menerbitkan buku atau
hasil penulisan dan kajian ilmiah yang berkaitan dengan bidang pengajiannya. Selain itu ,
beliau juga menyatakan hasrat dan harapan beliau kepada generasi zaman sekarang
khususnya kepada mahasiswa untuk mengumpul ilmu sebanyak yang mungkin supaya
dapat membantu mahasiswa untuk berkembang pemikiran intelektual selari dengan
pemikiran mahasiswa di negara-negara maju yang lain.

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam menunjukkan Curriculum Vitae beliau)

Pelajar Kursus Citra Fotografi UKM bersama-sama Dr. Abdul HAfizh Mohd
Azam dalam bilik beliau di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)

3
LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA

Dr. Abdul Hafizh bin Mohd Azam iaitu merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan (FEP) yang kini memegang jawatan sebagai Penyelaras Komunikasi
Strategik di fakulti tersebut. Beliau telah memegang jawatan tersebut sudah hampir dua
tahun bermula 20 Januari 2022 dan antara tugas beliau adalah untuk mengemas kini laman
web fakulti. Selain itu, beliau juga merupakan pensyarah dalam subjek matematik ekonomi
dan perniagaan, ekonometrik dan ekonometrik siri masa.
Dr. Abdul Hafizh dilahirkan pada 15 September 1992 dan beliau merupakan anak
kelahiran Negeri Sembilan di mana beliau dilahirkan di Hospital Jelebu yang merupakan
hospital yang terletak di Negeri Sembilan. Beliau turut membesar dan dijaga oleh ibu bapa
beliau di sana dan beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa beliau masih menetap di Negeri
Sembilan. Beliau memiliki darah campuran Melayu dan Cina, bapa beliau merupakan
seorang yang berbangsa Cina dan telah berkahwin dengan emaknya yang berbangsa
Melayu. Beliau mempunyai sebelas orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang
keenam. Hubungan beliau dengan adik beradik beliau juga sangat akrab.

(Gambar Dr. Abdul Hafiz bin Mohd Azam bersama


dengan keluarga sebelah bapa beliau.)

4
Dr. Abdul Hafizh bin Mohd Azam telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018
dan tahun ini merupakan genap tahun kelima perkahwinan beliau dan isteri tercintanya.
Mereka telah dikurniakan cahaya mata iaitu seorang anak lelaki yang sangat comel. Anak
lelaki mereka itu masih kecil dan baru sahaja berumur 1 tahun 8 bulan.

(Gambar Dr. Hafizh sewaktu hari perkahwinan beliau dan isterinya.)

(Gambar Dr. Hafizh bersama keluarga kecilnya yang bahagia. )

5
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam telah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Undang Jelebu yang terletak di Jalan Datuk Menteri, Jelebu, Negeri Sembilan
selama 6 tahun dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 pada tahun 1999 hingga tahun 2004. Sejak
sekolah rendah lagi, beliau banyak aktif dalam sukan catur. Beliau juga minat mata
pelajaran matematik sejak kecil lagi. Sehubungan dengan ini, beliau pernah mendapat
anugerah johan subjek terbaik untuk mata pelajaran matematik. Keputusan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) beliau juga dikatakan amat cemerlang iaitu 4A dan
1B untuk bahasa Inggeris.

(Logo Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu)

Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan peringkat menengah di Sekolah


Menengah Kebangsaan Agama Pedas yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan selama
lima tahun bermula dari tahun 2005 Januari hingga tahun 2009 Disember. Pada tahun 7
Mei 2011, SMKA Pedas telah menukarkan nama kepada SMKA Dato’ Haji Abu Hassan
Haji Sail. Beliau juga masih aktif dalam sukan catur dan juga pingpong. Pada tahun 2008
semasa di Tingkatan 4, beliau pernah mencapai kejohanan dalam pertandingan pingpong
untuk peringkat daerah, tempat ketiga untuk peringkat negeri secara beregu, dan mewakili
sekolah untuk pertandingan catur peringkat negeri. Tidak dilupakan juga, beliau juga telah
mewakili sekolah dalam pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan, walaupun tidak
mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, namun bakat beliau dalam matematik sudah
ditentukan oleh pihak sekolah. Selain daripada aktif dalam sukan, beliau juga aktif dalam

6
Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani iaitu pengawas Islamik. Bukan itu sahaja,
beliau juga telah mencapai keputusan yang cemerlang semasa Penilaian Menengah Rendah
(PMR) iaitu 7A dan 2B untuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris manakala Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pula mendapat 8A, 2B dan 1C. Dengan amat keyakinannya, beliau tidak
pernah mendapat B dan ke bawah untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Hal
ini bukan sahaja disebabkan ibu bapa beliau merupakan seorang guru matematik dan sains
tetapi beliau amat suka dengan nombor sejak kecil lagi. Namun, Dr. Abdul Hafizh Abdul
Azam turut menyatakan bahawa beliau tidak minat dalam bahasa dan menjadikan
keputusan untuk bahasa kurang cemerlang.

(Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas)

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam menghadiri


Majlis Anugerah Kecemerlangan di SMKA Pedas)

7
Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta zaman
persekolahannya, beliau menyambung pelajarannya di peringkat matrikulasi. Beliau telah
memasuki Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) yang terletak di Banting, Selangor dalam
bidang Sains Hayat Modul 1 pada tahun 2010 hingga tahun 2011. Beliau masih aktif alam
sukan pingpong dan telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Beliau juga
telah mencapai keputusan yang agak cemerlang iaitu CGPA 3.33.

(Gambar pintu depan KMS)

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam di KMS Sains Hayat)


Setelah tamat pengajian di peringkat matrikulasi, beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat Degree di Sekolah Matematik dan Sains yang terletak di Universiti Sains

8
Malaysia (USM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Kepujian
(BAS Math and Econs Hons) dari tahun 2011 September hingga tahun 2014 Jun. USM
ditubuhkan sebagai badan berkanun dan universiti kedua di Malaysia pada tahun 1969. Ia
mula dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam telah
mengambil pengkhususan dalam matematik dan ekonomi. Dengan keminatan yang sangat
mendalam dalam sukan pingpong, beliau masih aktif dalam sukan ini dan pernah mewakili
USM untuk pertandingan yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Johor. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjadi presiden untuk Persatuan Mahasiswa
Anak Negeri Sembilan (PEMANIS). Seterusnya, beliau juga pernah dilantik untuk menjadi
pemerhati dewan di Pusat Pengajian Sains dan Matematik. Dengan amat bergiat aktif
dalam aktiviti kokurikulum, akhirnya beliau berjaya mendapat anugerah Pelajar Terbaik
untuk Kokurikulum beserta Dekan dengan keputusan beliau yang cemerlang iaitu telah
mendapat CGPA 3.26 semasa belajar di peringkat sarjana muda.

(Logo rasmi Universiti Sains Malaysia, USM)

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam bermain boling


bersama rakan-rakan Pusat Pengajian Sains Matematik)

9
(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam mendapat
Anugerah Pelajar Terbaik untuk Kokurikulum)

Setelah tamat pengajian di peringkat sarjana muda, beliau menyambung


pelajarannya ke peringkat sarjana dengan mengambil Ijazah Sarjana Ekonomi
(Pengkhususan dalam Ekonomi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
2014 September hingga tahun 2016 Februari. UKM ditubuhkan untuk memenuhi hasrat
rakyat majoriti, khususnya yang bermastautin di luar bandar yang menginginkan sebuah
institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Institusi berkenaan boleh mengangkat dan mengembangkan suatu darjat bahasa ilmu
berasaskan Bahasa Melayu dalam bidang sastera, sains dan teknologi dan juga perubatan.
Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam telah memenangi anugerah kertas terbaik di Persidangan
Antarabangsa ke-3 mengenai Perniagaan, Perakaunan, Kewangan dan Ekonomi (BAFE)
pada tahun 2015. Minat penyelidikannya termasuk analisis siri masa, ekonometrik
kewangan dan dasar monetari. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendapat Dekan dengan
mencapai keputusan CGPA 3.87.

10
(Logo rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM)

Selepas itu, perjalanan beliau dalam menuntut ilmu tidak terhenti di peringkat
sarjana sahaja. Dengan amat mencintai belajar, beliau turut menyambungkan pelajarannya
di peringkat Doktor Falsafah secara sepenuh masa dalam Doktor Falsafah Ekonometrik
yang mengambil masa sehingga 7 semester bermula dari tahun 2016 September hingga
tahun 2019 September di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga. Ekonometrik
merupakan penerapan kaedah statistik untuk data ekonomi untuk memberikan kandungan
empirikal kepada hubungan ekonomi. Semasa di peringkat Doktor Falsafah, beliau telah
menjadi presiden untuk Persatuan Siswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Akhirnya,
Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam telah dianugerahkan Tesis Terbaik dan Anugerah Graduate-
on-Time (GOT). Sepanjang di peringkat Doktor Falsafah, beliau juga sering terlibat dalam
bengkel ekonometrik di mana beliau telah melakukan seminar berkaitan teknik dan kaedah
tentang bidang eknometrik di beberapa universiti seperti USM, UNIMAS, dan sebagainya.

11
(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam menghadiri Majlis Konvokesyen ke-47 di UKM)

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam mendapat


Anugerah Tesis Terbaik dan Graduate on Time)

12
(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam penyelia PhD iaitu
Profesor Emeritus Dr. Abu Hassan Shaari Md Nor dan Profesor Dr Tamat Sarmidi)

(Gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam membuat ‘10 years challenge’

13
PEMBINAAN KERJAYA

Pembinaan kerjaya Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam bermula pada Mac 2016
sehingga Jun 2019 apabila beliau menjadi fasilitator dan pendidik untuk Persatuan
Ekonometrik Malaysia yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau
bertanggungjawab mengendalikan kelas-kelas dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan
ekonometrik khususnya Siri Masa dan Analisis Panel Data. Selain itu, beliau juga perlu
menyediakan analisis data dan bahan untuk bengkel-bengkel bagi kelasnya. Namun begitu,
pada awal tahun 2018, beliau menjadi Pembantu Penyelidik di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan UKM. Beliau menjalankan aktiviti penyelidikan termasuklah literasi,
pengumpulan data, metodologi penyelidikan pembangunan serta menganalisis dan
membuat penafsiran berdasarkan bukti empirikal. Beliau berjaya melengkapkan dua kertas
penyelidikan untuk persidangan pada Ogos 2018.

(Gambar seminar yang telah dihadiri oleh Dr. Hafizh)

Selepas itu, beliau beliau mula berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau mula bekerja di BNM seminggu selepas beliau menamatkan pengajian beliau di
peringkat Doktor Falsafah (PhD) dari tahun 2019 Ogos hingga tahun 2021 November.

14
Bank Negara Malaysia merupakan bank pusat di Malaysia yang merupakan baddan
berkanun yang beroperasi pada 26 Januari 1959. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Kumpur,
ibu negara Malaysia. Dalam usaha untuk memahami penggunaan ekonometrik dalam
pekerjaan sebenar, beliau sanggup menyahut cabaran untuk bekerja di BNM walaupun
beliau sedia maklum bahawa pekerjaan tersebut agak mencabar. Di BNM, beliau
menyandang jawatan sebagai Eksekutif Kelas Pertama dan bekerja sebagai ‘Associate
Economist’ sepenuh masa selama 2 tahun 4 bulan.

(Logo Bank Negara Malaysia)

Antara tanggungjawab beliau termasuklah menyediakan pengurusan dengan input-


input yang penting dan bahan yang diperlukan, melakukan penyelidikan sempadan dan
peningkatan inovatif, dan berkomunikasi serta memastikan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan. Beliau pernah berkolaborasi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
untuk menterjemahkan istilah-istilah ekonomi dan kewangan. Beliau berpendapat bahawa
bekerja di BNM merupakan detik berharga beliau kerana beliau mendapat peluang untuk
merasai dan terlibat dalam pembuatan polisi khususnya bagi model-model ekonomi. Beliau
berhenti berkhidmat di BNM pada November 2021 kerana ingin menjadi seorang pendidik
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

15
(Gambar hari terakhir Dr. Hafizh di Bank Negara Malaysia)

Pada Disember 2021, beliau menjadi salah seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan UKM. Beliau memilih jalan tersebut kerana beliau telah memahami
sepenuhnya kegunaan matematik dan ekonometrik dalam alam pekerjaan. Beliau
merasakan bahawa untuk menyampaikan ilmu secara berkesan dan terbaik, hendaklah
beliau untuk memahami ilmu tersebut dan cara ia diaplikasikan dalam kehidupan sebelum
disampaikan kepada pelajar-pelajar. Dengan cara ini, beliau boleh memberikan penerangan
yang lebih mendalam dan sesuai berdasarkan pengalaman yang beliau telah timba.

16
(Gambar Dr. Hafizh melapor diri di Universiti Kebangsaan Malaysia)

(Gambar Dr. Hafizh mengajar Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan)

17
(Gambar Dr. Hafizh di pejabat beliau)

Di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau mengajar subjek Kalkulus,


Ekonometrik Asas, Ekonometrik Pertengahan, Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan,
Analisis Siri Masa, dan Statistik Inferensi. Namun begitu, tugasnya yang bergelar
pensyarah bukanlah semata-mata mengajar dan menyelia pelajar. Beliau turut menjalankan
penyelidikan, menulis kertas kerja, membuat proposal, menerbitkan buku dan menulis
artikel seperti Disequilibrium of Credit in the Economy, Effectiveness of Monetary Policy
in Malaysia, dan How Macroeconomics Factors Shape the Income Inequality for Various
Groups in Malaysia. Di samping itu, beliau juga sering menyampaikan ceramah dalam
seminar berkaitan ekonometrik yang dianjurkan oleh Bank Islam, Malaysia External Trade
Development Corporation (MATRADE), Mediate Nexus and Nurture a Fast Network
(MNNF) serta Institusi Dasar dan Penyelidikan Tenaga (IEPRe)

18
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam ini merupakan seorang yang pintar dan sering
memperoleh kejayaan di dalam setiap pertandingan dan anugerah pendidikan yang beliau
ceburi. Kepintaran beliau tidak dapat disangkal lagi dengan pelbagai kejayaan yang
diperoleh sehingga mampu memberi inspirasi kepada anak-anak didik yang menuntut ilmu
dengannya. Antara pencapaian yang diperoleh sepanjang perjalanan pendidikan beliau
ialah :
Di peringkat sekolah rendah:
1) Mendapat johan dalam pertandingan catur peringkat sekolah
Di peringkat sekolah menengah:
1) Mendapat johan dalam pertandingan catur peringkat negeri ketika beliau berada di
tingkatan empat
2) Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pingpong peringkat negeri
3) Mewakili sekolah dalam pertandingan Olympiad Mathematic peringkat
kebangsaan

(Gambar Logo Olimpiad Matematik)

19
Seterusnya, anugerah- anugerah lain di sepanjang tempoh pengajian beliau :
1) Mendapat Anugerah Dekan semasa menyambung Ijazah Sarjana Muda di Sekolah
Matematik dan Sains, Universiti Sains Malaysia pada 2014
2) Mendapat Anugerah Pelajar Terbaik bagi kategori Kokurikulum semasa beliau
menyambung Ijazah Sarjana Muda di Sekolah Matematik dan Sains, Universiti
Sains Malaysia pada 2014
3) Mewakili USM dalam pertandingan ping pong yang diadakan di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor.
4) Memperoleh Anugerah Dekan semasa menyambung Ijazah Sarjana Ekonomi
(Pengkhususan dalam Ekonomi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada
tahun 2015
5) Menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik ketika beliau menamatkan pengajian
dalam kursus Ijazah Sarjana Ekonomi (Pengkhususan dalam Ekonomi) di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015
6) Memperoleh anugerah menamatkan pengajian tepat pada masanya (Graduate On
Time) ketika beliau menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah secara
sepenuh masa dalam Doktor Falsafah Ekonometrik pada tahun 2019
7) Menerima Anugerah Tesis Terbaik ketika beliau menamatkan pengajian di
peringkat Doktor Falsafah secara sepenuh masa dalam Doktor Falsafah
Ekonometrik pada tahun 2019

Selama hampir lebih 8 tahun di dalam bidang ekonomi di alam kerjaya, Dr. Hafizh
telah banyak mengerahkan keringat dan bakti beliau dalam mengeluarkan jurnal dan buku-
buku ilmiah serta membuat penyelidikan tentang pelbagai aspek di dalam bidang ekonomi.
Antara contoh-contoh penyelidikan yang beliau terlibat adalah :
1) Penyelidik bersama, Demand for Palm Oil in the Balkans using Autoregressive
Distributed Lag (ARDL) (Permintaan Minyak Sawit di Balkan menggunakan Lat
Tertabur Autoregresif). Jurnal Ekonomi Malaysia, 53(1). (2019)
2) Penyelidik bersama, The Mediating Effect of Information Asymmetry on IFRS and
Foreign Direct Investment. International Journal of Economics and Management,
12(2), 641–656. (2018)

20
3) Penyelidik bersama, Modelling the volatility of rubber prices in ASEAN-3.
International Journal of Business and Society, 20(1), 1–18. (2019)
4) Penyelidik bersama, Co-movement among world vegetable oil prices: A wavelet-
based analysis. International Journal of Business and Society, 21(3), 1068–1086.
(2020)
5) Penyelidik bersama, The Role of Palm Oil in Stabilising the Price of Vegetable Oil
Market: Empirical Evidence using MGARCH Approach. Journal of Sustainability
Science and Management, 17(3), 17–29. (2022)
6) Penyelidik bersama, Spillover of rubber prices volatility in ASEAN-3 countries.
Journal of Rubber Research. (2022)
7) Penyelidik bersama, Impact Analysis of the External Shocks on the Prices of
Malaysian Crude Palm Oil: Evidence from a Structural Vector Autoregressive
Model. Mathematics, 10(23). (2022)
8) Penyelidik bersama, Impact of Exchange Rate Volatility on Trade Balance in
Malaysia. Journal of Asian Finance, Economics and Business, 9(10), 0049–0059.
(2022)
9) Penyelidik bersama, Malaysia’s Blue Economy: Position, Initiatives, and
Challenges. Economic Research Institute for ASEAN and East Asia. (2023)

(Gambar jurnal Malaysia’s Blue Economy: Position, Initiatives, and Challenges yang
diselidiki oleh beliau bersama para penyelidik lain)

21
Selaku pensyarah, Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam mengendalikan kursus yang
sejenak dengan bidang beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia, antaranya ekonometrik,
ekonometrik gunaan dan siri masa kewangan. Walau bagaimanapun, kejayaan yang lebih
bermakna dan bernilai menurut beliau adalah apabila melihat para pelajarnya dapat meraih
impian dan merangkul kejayaan sehingga ke menara gading serta dapat membanggakan
kedua ibu bapa yang membanting tulang untuk menyara dan menyediakan kelengkapan
yang sebaiknya buat anak-anak mereka.

(Gambar contoh tunduk hormat graduan kepada ibu bapa semasa majlis konvokesyen)

22
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang bekas ahli ekonomi di Bank Negara Malaysia pada tahun 2019
sehingga tahun 2021 dan doktor dalam bidang ekonomi, beliau bercadang untuk
menyambung bidang pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti menjadi seorang
pasca doktoral (Postdoc). Beliau seorang yang mencintai ilmu dan suka membuat
pencarian tentang ilmu – ilmu Baharu. Oleh disebabkan itu, selepas tamat pengajiannya di
peringkat PHD, beliau malah ingin meningkatkan lagi ilmu dengan menceburi bidang
pengajian sebagai pasca doktoral yang mengkaji bahan-bahan ilmiah dengan lebih
mendalam.

(Gambar pekerjaan Dr. Hafizh )


Bukan itu sahaja, beliau juga ingin membina hubungan baik dengan syarikat
industri. Seperti contoh, beliau baru baru ini telah membuat hubungan baik dengan Bank
Muamalat dan beliau mengaku yang beliau lebih berminat untuk membina rangkaian baik
dengan industri. Faktor utama yang di ketengahkan beliau adalah kerana ingin membantu
pelajarnya untuk turut serta dalam membina hubungan baik dengan Syarikat industri di
Malaysia khususnya untuk memudahkan pemindahan ilmu, peluang pekerjaan kepada
mahasiswa selepas bergraduasi, mendorong inovasi, membina rangkaian dan perkongsian,
serta menyokong pembangunan produk dan perkhidmatan, seterusnya memberikan

23
manfaat yang berterusan kepada kedua-dua pihak. Selain itu, beliau juga ingin menerbitkan
buku atau hasil penulisan dan kajian ilmiah yang berkaitan dengan bidang pengajian nya.
Beliau juga telah menceritakan pengalaman jatuh bangunnya semasa bekerja di
Bank Negara Malaysia menjadi seorang pakar ekonomi di zaman pandemik covid-19 pada
akhir tahun 2019. Banyak cabaran yang telah beliau tempuhi dalam melaksanakanan
pembuatan undang undang ekonomi baharu supaya selari dengan sistem ekonomi yang
merundum pada zaman tersebut. Cabaran dari segi pekerjaan yang laju dan sibuk, seperti
contoh beliau menyatakan penghasilan model ekonomi baharu yang beliau bina
memerlukan ilmu yang dalam dan cekap berkenaan kaedah ekonometrik.

(Gambar terakhir Dr. Hafizh bekerja di Bank Negara yang mempunyai pelbagai
pengalaman pahit manis beliau)
Seorang pensyarah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing
pelajar ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara. Pensyarah juga
memainkan peranan penting dalam memajukan inovasi dan memastikan pertumbuhan

24
ekonomi yang berterusan. Harapan beliau dalam konteks membina dan membimbing
mahasiswa ke arah insan berguna adalah beliau ingin berkongsi seberapa banyak ilmu yang
bermanfaat dan menyumbangkannya kepada pelajar serta industri. Kerana beliau
menitikberatkan hadis nabi yang menyatakan “Sebaik baik manusia ialah manusia yang
memberi manfaat kepada manusia yang lain”.

(Gambar Dr. Hafizh sedang mengajar sebagai seorang pensyarah di UKM)

Beliau juga memberi nasihat kepada generasi muda zaman sekarang untuk
meneruskan pelajaran sehingga keperingkat yang lebih tinggi dari apa yang kita belajar
sekarang, tidak semestinya hanya dengan pergi ke kelas dan membuat tugasan yang
diberikan pensyarah semata mata, tetapi beliau menekankan generasi muda untuk membuat

25
banyak pembacaan buku atau bahan-bahan ilmiah, buat pembelajaran dan pencarian
sendiri, sama ada dengan pencarian di internet atau mendengar talk di majlis ilmu. Hal ini
kerana, beliau menceritakan pengalaman beliau pernah berkomunikasi dengan seorang
doktor yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dari segi kepelbagaian topik akademik
yang doktor tersebut kaitkan semasa sesi perbualan mereka. Daripada itu, beliau tertarik
dengan kepelbagaian ilmu yang doktor itu sampaiakan. Antara faktor doktor itu menjadi
seorang yang berpengetahuan adalah disebabkan minatnya terhadap membaca. Oleh sebab
itu, beliau amat memberi galakkan kepada generasi muda zaman sekarang untuk
banyakkan membaca supaya dapat menambah ilmu , meningkatkan kecerdasan intelektual
dan emosional yang bermanfaat sekaligus dapat membantu mahasiswa untuk beradaptasi
dengan perkembangan dunia dan zaman. Bukan itu sahaja, dengan menerapkan masyarakat
yang suka akan membaca, dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan inovasi. Hal ini
penting untuk perkembangan serta kemajuan ekonomi negara supaya dapat bersaing secara
sihat dengan negara- negara maju yang lain.

26
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahaawa Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam
merupakan seorang yang sangat tekun akan setiap pekerjaannya bukan setakat itu, beliau
juga seorang yang hebat dalam menguruskan masa. Walaupun amat bergiat aktif dalam
banyak aktiviti kokurikulum, beliau tetap dapat mengekalkan keputusan yang sangat
cemerlang. Beliau dikatakan seorang yang sangat seimbang dari segi akademik dan
kokurikulum. Bukan itu sahaja, Dr. Abdul Hafiizh Mohd Azam juga sangat berbaik hati
kerana sering berharap dapat membantu pelajarnya, rendah diri, dan mempunyai semangat
yang mendalam dalam Matematik dan Ekonomi. Iannya dapat dibuktikan kepada kami
sewaktu kami menemu ramah beliau. Kesemua aspek ini memberi dorongan kepada
mahasiswa dan mahasiswi untuk mencapai impian mereka.

Beliau juga berkata untuk semua mahasiswa / mahasiswi agar belajar dengan
bersungguh-sungguh sejak kecil lagi kerana ilmu amat penting dalam sepanjang kehidupan.
Ilmu pengetahuan sangat berguna. Beliau juga berpesan agar tidak membazirkan masa
dengan sia-sia sahaja kerana pada masa akan datang kami tetap akan menyesalkan diri.
Setelah menemu bual beliau, kami terinspirasi dan banyak liku yang perlu diharungi untuk
menjadi seorang yang berjaya serta mampu untuk membantu masyarakat.

Akhir sekali, kami berasa amat bersyukur kerana kami semua telah pun berjaya
untuk menghasilkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Oleh itu, sekalung penghargaan
dan jutaan terima kasih kepada Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam atas kesudian beliau
mengorbankan masanya untuk berkongsi serba sedikit berkaitan dirinya dan memberi
tunjuk ajar kepada kami tentang kehidupan yang akan kami hadapi malah membuka mata
kami semua dengan pengalaman beliau yang sangat hebat dan sekaligus menjadi tunjang
utama yang mendorong kami untuk melakukan sesuatu dengan sehabis baik. Akhir kata,
usaha dan kerjasama yang terdiri daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi
sumbangan yang tidak ternilai dalam menghasilkan laporan ini,

27
RUJUKAN

Bank Negara Malaysia (2023, Disember 20). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysia

Geweke, J., Horowitz, J. L., & Pesaran, H. (2008). The New Palgrave Dictionary of
Economics Online.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas. (2023, Julai 3). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Dato%2
7_Haji_Abu_Hassan_Haji_Sail

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2023, November 20). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Kebangsaan_Malaysia

Universiti Sains Malaysia. (2023, Disember 23). Wikipedia.


https://en.wikipedia.org/wiki/Universiti_Sains_Malaysia

28
LAMPIRAN

(Gambar semasa hari menemuramah Dr Abdul Hafizh Mohd Azam)

(Gambar semasa Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam ditemuramah dan menceritakan
tentang kehidupan beliau)

29
(Gambar ketika Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam menunjuk LinkedIn beliau)

(Gambar ketika pelajar kursus fotografi mengambil gambar Dr. Abdul Hafizh Mohd
Azam memperlihatkan LinkedIn beliau kepada pelajar kursus fotografi yang lain)

30
(Gambar ketika pelajar kursus fotografi bertanya soalan kepada Dr. Abdul Hafizh Mohd
Azam)

(Gambar ini diambil setelah sesi temu ramah bersama Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam
selesai dijalankan)

31

You might also like