You are on page 1of 28

GGGE 3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

PROF. MADYA DR. KASEH ABU BAKAR

Disediakan oleh :

NUR IZZATUL NADIRAH BINTI MAJID ARIS (A181166)


RASYIDAH BINTI ABDUL HALIM (A182387)
NURMIZA ISMAHANI BINTI KHAIRIL NIZAM (A186474)
ANIS SAADAH BINTI MOHD RUSDI (A186711)
TUAN MUHAMMAD NAIM BIN CHE WAN NGAH (A188103)

Pensyarah:
LEFTENAN KOLONEL MOHD JASMY ABD RAHMAN
PRAKATA

Assalamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya berjaya juga kumpulan kami
menyiapkan kajian tokoh akademik GGGE3403 Kursus Fotografi. Ahli kumpulan kami yang
terdiri daripada Nur Izzatul Nadirah Binti Majid Aris, Rasyidah Binti Abdul Halim, Nurmiza
Ismahani Binti Khairil Nizam, Tuan Muhammad Naim Bin Che Wan Ngah dan Anis Saadah
Binti Mohd Rusdi berasa amat bersyukur dan berterima kasih atas peluang yang diberikan
untuk menjalankan kajian tokoh akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pertama kali, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini iaitu Prof. Madya Dr. Kaseh Abu Bakar
yang merupakan tokoh akademik yang banyak memberikan bantuan serta kerjasama yang baik
sepanjang kajian dijalankan. Sesungguhnya, kami berasa amat bersyukur kerana beliau
sanggup meluangkan masa untuk membantu kami menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar
serta nasihat beliau akan kami sentiasa ingat dan hargai.

Kami juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Leftenan Kolonel
Mohd Jasmy Abd Rahman yang merupakan pensyarah bimbingan bagi GGGE3403 Kursus
Fotografi atas segala bantuan serta bimbingan beliau. Tanpa kehadiran beliau , tentulah kami
mempunyai kesukaran dalam menyiapkan tugasan.

Akhir kata, syukur ke hadrat Allah berkat kerjasama serta kesabaran semua ahli
kumpulan serta bantuan daripada individu-individu lain, kami berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

1. Prakata 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pendahuluan 3-4

4. Latar Belakang Keluarga 5-7

5. Latar Belakang Pendidikan 8 - 10

6. Pembinaan Kerjaya 11 - 14

7. Kejayaan dan Sumbangan 15 - 16

8. Perancangan dan Harapan 17 - 19

9. Penutup 20

10. Rujukan 21 - 23

11. Lampiran 24 - 27

2
PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga Pensyarah
Kanan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam (FPI),
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Induk Bangi, Selangor. Beliau merupakan pensyarah
pendidikan bahasa arab di Fakulti Islam dan juga menjadi Associate Professor (DS54),
University Kebangsaan Malaysia teaching and researching Arabic, Arabic Linguistics and
Applied linguistics, Research Methodology. Biografi ini mengandungi lima bab utama yang
menceritakan perihal tokoh akademik, Prof Madya Dr. Kaseh Abu Bakar yang disusun
mengikut kronologi daripada awal kehidupan beliau sehingga ke hari ini.

Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang tokoh akademik
yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal beliau. Melalui bab ini, kita akan mengetahui
serta dapat mendalam sedikit sebanyak tentang latar belakang terutamanya berkaitan dengan
asal usul, tempat lahir tokoh, hobi beliau serta latar belakang keluarga beliau yang bermula
dengan ibu bapa beliau sendiri hinggala ke kehidupan keluarga beliau iaitu kehidupan bersama
arwah suami serta anak-anaknya yang berkemungkinan kurang didedahkan sebelum ini kepada
orang awam.

3
Seterusnya, bab yang kedua akan menceritakan tentang tahap pendidikan beliau, iaitu
bermula daripada pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Tidak hanya
itu, beliau bukan sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, bahkan beliau
bertekad meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat PHD.
Bab ini juga turut menceritakan tentang anugerah serta jawatan yang pernah disandang dan
diterima oleh beliau sepanjang menempuh alam pendidikan. Dalam bab ini, kita akan melihat
kesungguhan dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu.

Bab ketiga biografi tokoh akademik ini akan menceritakan tentang kerjaya Prof Madya
Dr. Kaseh Abu Bakar setelah bergelar sebagai graduan universiti. Kita akan dapat mengetahui
liku-liku perjalanan serta pengembaraan beliau, bermula dengan menjadi seorang guru di
sekolah menengah sebagai cikgu bahasa Arab. Bahagian ini juga akan menunjukkan peranan
beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendidik anak
bangsa tentang bahasa arab.

Bab keempat biografi tokoh akademik ini pula akan menceritakan tentang sumbangan
serta kejayaan Prof Madya Dr. Kaseh Abu Bakar sepanjang beliau bergelar sebagai seorang
Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
(FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan tentang
sumbangan beliau yang bukan sahaja disematkan di peringkat universiti, malahan ada juga
sumbangan beliau yang amat berharga di peringkat dunia. Terdapat banyak sumbangan beliau
yang bakal dikupas dalam bab ini yang boleh menarik minat para pembaca kerana beliau
sememangnya wajar untuk dijadikan sebagai role model dalam bidang bahasa arab.

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi aspek
keluarga, kerjaya dan juga pendidikan yang khususnya untuk anak-anak didik beliau. Prof
Madya Dr. Kaseh Abu Bakar ada menyatakan harapan beliau seperti beliau berharap agar lebih
ramai golongan masyarakat dapat melihat kelebihan berbahasa Arab dalam kehidupan.

4
LATAR BELAKANG KELUARGA

Nama diberi Kaseh binti Abu Bakar dikenali dengan panggilan Dr Kaseh. Beliau
merupakan seorang yang sangat tekun, rajin dan cekal dalam pendidikan dan kehidupan serta
manis budi bahasa. Berumur 52 tahun dan berasal dari Singapura. Beliau telah berkahwin serta
menjadi ibu kepada 7 orang cahaya mata kesayangannya. Beliau dilahirkan di Singapura pada
tanggal 28 April 1970. Bukan itu sahaja, Lembah Klang menjadi tempat tinggal beliau dan
keluarga besar beliau. Beliau mempunyai banyak hobi yang sering dilakukan antaranya
membaca, berjalan, berbasikal dan melancong. Antara hobi yang paling digemari Dr kaseh
adalah melancong. Beliau gemar melancong tidak kiralah sama ada di dalam atau di luar
Malaysia. Oleh itu beliau telah menjadikan aktiviti melancong ini sebagai suatu hobi yang
menggembirakan buat dirinya. Pelbagai tempat yang telah dijelajahi oleh dr Kaseh. Antaranya,
dr Kaseh telah melancong hampir separuh negara Eropah, Amerika, Australia, London dan
banyak lagi. Kebiasaannya, Dr Kaseh akan melancong bersama dengan kawan- kawannya atau
anak- anaknya. Tetapi kadang kala Dr Kaseh memilih untuk melancong secara solo jika beliau
mempunyai waktu senggang.

Berikut merupakan salah satu gambar Dr Kaseh sewaktu melancong.

5
Tidak terhenti di sini, Dr Kaseh turut mempunyai seorang ibu dan seorang ayah yang
amat disayangi serta dikagumi dengan setulus hati. Nama bapa kesayangan beliau ialah Abu
Bakar bin Mushiran. Sewaktu Dr Kaseh berumur 14 tahun, beliau menjaga bapanya yang sakit
sehingga hembusan terakhir. Bapa beliau telah meninggal pada tahun 2018. Bapa beliau berasal
daripada Singapura.. Bapa beliau merupakan seorang Penulis terbitan Melayu Raya. Jelas
kelihatan bapa beliau bukan orang yang biasa- biasa namun mempunyai semangat dan sangat
berkarisma dalam apa jua yang dilakukan dalam kehidupannya.

Setiap raja pasti akan ada permaisuri di sampingnya. Begitu juga dengan bapa Dr
Kaseh. Bapa Dr Kaseh berkahwin dengan suri hatinya pada tahun 1954 di Kampung Melayu
Singapura. Ibu Dr Kaseh merupakan seorang insan yang paling istimewa dalam hidup beliau
iaitu Rahmah binti Othman. Ibu beliau telah meninggal pada tahun 2004. Ibu dr Kaseh berasal
dari Singapura. Bukan itu sahaja, ibu beliau juga merupakan seorang insan yang hebat kerana
ibunya pernah menjadi seorang ibu yang hebat untuk 7 orang permata berharga. Jelas
menunjukkan bahawa ibu beliau juga merupakan insan yang sangat berdedikasi. Sejajar dengan
itu, Dr Kaseh mempunyai 7 orang adik beradik yang penyayang. Dr Kaseh merupakan anak
bongsu daripada 7 orang adik- beradik beliau.

Berikut merupakan gambar beliau dengan arwah bapa beliau yang disayangi. Gambar
kenangan ini diambil di Masjid Haji Muhammad Salleh, Singapura. Lawatan ini merupakan
kenangan yang terakhir beliau bersama insan tersayang.

Setiap makhluk diciptakan berpasangan begitu juga Dr Kaseh. Dr Kaseh mempunyai


seorang suami yang baik, penyayang dan rajin. Beliau berkahwin dengan pasangan beliau

6
selepas pulang. Namun setiap yang hidup pasti akan kembali jua. Pada tahun 2014, suami dr
Kaseh telah pergi menghadap Illahi. Pemergiaan insan kesayangan beliau tidak membuatkan
beliau putus asa dengan kehidupan. Namun memberi semangat yang baharu untuk berjuang
demi anak- anak yang tercinta. Dr Kaseh dan pasangannya dianugerahkan dengan cahaya mata
yang soleh dan solehah. Anak- anak dr Kaseh terdiri daripada tujuh orang. Enam daripada
anaknya merupakan hero- hero yang soleh dan terselit sekuntum bunga yang cantik. Walaupun
ketiadaan ayah, anak- anak Dr Kaseh membesar dengan baik dan menjadi anak- anak yang baik
dan cemerlang.

Berikut merupakan gambar semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri baru- baru ini.

Gambar di atas menunjukkan beliau bersama ahli keluarga yang amat disayangi.
walaupun hanya beraya tanpa sosok tubu seorang ayah, namun jelas kelihatan senyuman
kegembiraan yang dapat diukir ketika beliau dapat meluangkan lebih banyak masa bersama
dengan anak- anak tercinta.

7
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr Kaseh telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 9 Jalan Cheras.
Tetapi di sekolah itu Dr Kaseh menimba hanya sekejap. Kemudian, beliau bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah di Petaling Jaya sehingga darjah 6 pada tahun 1983.
.Sepanjang persekolahan beliau di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah di Petaling Jaya,
beliau mendapat keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baik.

Seterusnya, sewaktu tingkatan satu Dr Kaseh menyambung pendidikannya di Sekolah


Menengah Sains Selangor selama sebulan lebih. Selepas itu, beliau berpindah ke SMKA
Sheikh Haji Mohd Said di Seremban sehingga tingkatan tiga. Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sheikh Haji Mohd Said yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah, 70400, Seremban,
Negeri Sembilan ditubuhkan pada 1 Jun 1959 dan merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan
yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1985, Dr Kaseh memperoleh keputusan peperiksaan Penilaian Menengah


Rendah (PMR) yang cemerlang. Beliau ditawarkan menyambung pengajian tingkatan empat
dan tingkatan lima di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor dari tahun 1986 hingga tahun

8
1987. Sekolah berasrama penuh ini terletak di Jalan Kota Raja, 41906 Klang, Selangor Darul
Ehsan. Ditubuhkan pada tahun 1955 disebabkan hasil desakan masyarakat Melayu yang
mahukan sebuah pusat pengajian agama moden didirikan untuk menjadi pusat pendidikan
secara formal bagi anak- anak Melayu. Slogan sekolah ini ialah “Bersama Merangkul
Keunggulan”. Sekolah ini melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang tidak lupa juga Dr
Kaseh yang menimba ilmu di Sekolah tersebut.

Dr Kaseh telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Seterusnya, beliau berpeluang mengambil ilmu di Pusat Bahasa selama tiga
bulan sebelum menyambung pengajian dalam bahasa dan sastera Arab di Universiti
Muhammad al- Khamis di Morocco pada tahun 1992. Keseluruhan kos beliau di Morocco
ditanggung oleh biasiswa yang diperolehi beliau. Hal ini kerana beliau berjaya memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Dr Kaseh berjaya menghabiskan
Ijazah Sarjana Mudanya di Morocco.

9
Selepas beberapa tahun di Morocco, Dr Kaseh pulang kembali ke tanah air beliau untuk
melanjutkan pengajian di peringkat diploma pendidikan dalam bidang pendidikan Islam dan
Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sewaktu Dr
Kaseh menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau berjumpa dengan
pasangan hati beliau dan terus berkahwin serta dikurniakan anak.

Selepas menyelesaikan diploma beliau, Dr Kaseh menyambung pengajiannya di


Amerika untuk membuat Master. Beliau menyambung pelajarannya di University of Pittsburgh
USA pada tahun 1997 dalam Sarjana Pendidikan jurusan pendidikan dan bahasa asing. Dr
Kaseh berjaya menghabiskan Sarjana Pendidikan di Amerika. Kemudian, beliau pulang ke
tanah air beliau untuk menyumbang khidmat bakti di sini. Beberapa tahun kemudian, beliau
mendapat peluang untuk menyelesaikan PHD beliau dalam pendidikan di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Sewaktu PHD, Dr Kaseh menerima sijil kepakaran dalam pengujian
dan penilaian bahasa daripada SEAMEO- Regional Language Center, Singapore pada tahun
2005. Pada tahun 2008, Dr Kaseh telah menerima Sijil penyuntingan Terjemahan daripada
Institut Terjemahan Negara Malaysia. Selepas menghabiskan PHD beliau di Universiti Islam
Antarabangsa, Dr Kaseh mendapat anugerah kerana PHD beliau merupakan PHD yang terbaik
sewaktu zaman beliau.

10
PEMBINAAN KERJAYA

Beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam melakukan sesuatu perkara
dan kerja demi mencapai kecemerlangan dalam hidup beliau. Sikapnya yang suka akan cabaran
sejak kecil lagi telah membantu beliau untuk sampai ke tahap kegemilangan dalam hidup.
Beliau juga seorang insan yang bukanlah dari keluarga yang berada tetapi keinginan untuk
mengubah nasib hidup beliau sekeluarga membuatkan beliau bersemangat untuk menimba
ilmu dan kerjaya dalam hidup beliau.

International Islamic University Malaysia

Namun, perjalanan beliau dipenuhi dengan cabaran dan rintangan. Walau


bagaimanapun beliau tetap meneruskan perjalanan beliau dengan sikap cekal yang tinggi dan
penuh kesabaran. Beliau berjaya mengharungi segala cabaran yang datang dengan jayanya.
Beliau menamatkan pengajiannya di salah satu universiti di Malaysia iaitu International Islamic
University Malaysia dan memperoleh Diploma in Education Islamic and Arabic.

Pada tahun 1993 beliau telah menjadi seorang cikgu di sekolah menengah sebagai cikgu
bahasa Arab. Namun beliau tidak lama disana hanya untuk 2 tahun dan selepas itu beliau telah

11
menyambung pembelajaran di salah satu universiti termuka iaitu University of Pittsburgh,USA
dalam memperoleh Master of Foreign Language Education pada tahun 1997. Disana beliau
menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan tetapi hati beliau cekal dan meneruskan
pembelajaran.

University of Pittsburgh, USA

Setelah beliau menamatkan pembelajaran di USA, beliau kembali ke tanah air untuk
menyambung pembelajaran beliau. Beliau telah memperoleh Certificate in Simultaneous
Interpreting for Practicing Interpreters di Institut Terjemahan Negara Malaysia. Beliau yang
suka akan cabaran dan juga menyukai pertejamahaan beliau menyambung bidang
pertejemahan di SEAMEO-Regional Language Center, Singapore dan memperoleh Specialist
Certificate in Language Testing and Assessment.

12
SEAMEO-Regional Language Center, Singapore

Pada tahun 2008 beliau kembali ke Malaysia untuk menyambung pembelajaran


pertejemahan di insititut Terjemahan Negara Malaysia dan memperoleh sijil penyutingan
terjemahan. Beliau juga telah menyertai Researcher & Trainer, Rasch Model for Measurement
in Social Sciences sehingga sekarang.

Beliau menyambung pembelajaran beliau di peringkat tertinggi iaitu PhD di universiti


yang pernah beliau belajar iaitu International Islamic University Malaysia dalam bidang
measurement dan memperoleh PhD in Education Measurement pada tahun 2008. Ini
menamatkan perjalanan beliau dalam pembelajaran tetapi beliau pernah diberitahu oleh ayah
beliau bahawa pembelajaran bukan sahaja di sekolah atau insititut manapun tetapi dunia ini
adalah tempat beliau menimba ilmu sepanjang masa.

13
International Islamic University Malaysia

Selepas tamat pengajian, beliau telah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia


sehingga sekarang sebagai pensyarah pendidikan bahasa arab di Fakulti Islam dan juga
menjadi Associate Professor (DS54), University Kebangsaan Malaysia teaching and
researching Arabic, Arabic Linguistics and Applied linguistics, Research Methodology.

Universiti Kebangsaan Malaysia

14
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Beliau mempunyai minat yang terlalu tinggi dalam bidang bahasa arab. Jadi,antara
kejayaan dan sumbangan yang telah beliau sumbangkan dalam bidang ini ialah beliau telah
menganjurkan hari bahasa arab sedunia pada tahun 2016 secara besar-besaran bersama rakan-
rakan sekerjanya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah melibatkan ramai orang
antaranya kedutaan arab, pelajar-pelajar sekolah dan juga pelajar daripada universiti lain.
Sepanjang program itu berlangsung, banyak pameran,pertandingan inovasi dan persembahan
diadakan yang menjadikan program ini adalah satu program yang berimpak dan memberi kesan
positif kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Beberapa poster hebahan berkenaan program hari bahasa arab sedunia

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan satu sistem pembelajaran bahasa arab yang
komprehensif bersama seorang profesor di jerman yang dinamakan Modern standard arabic.
Setelah selesai menggunakan sistem ini selama 2 tahun, mereka boleh menjadi penterjemah
bertulis daripada bahasa arab ke bahasa jerman dan sebaliknya. Sistem ini masih digunakan
sehingga sekarang. Contohnya di Indonesia yang menggunakannya diperingkat kementerian
yang digunakan di universiti-universiti yang terdapat pengajian islam.

15
Seterusnya, beliau juga pernah mengetuai projek membuat computerised based of
arabic competency (CBAT) yang hanya mengambil masa selama 7 bulan. Ujian ini merupakan
ujian khas yang perlu diambil oleh pelajar daripada fakulti pengajian dan islam.

Gambar ketika mengetuai KRA-2017-005 pembangunan ujian berkomputer kecekapan


bahasa arab CBAT

Akhir sekali, dari segi terjemahan pula, beliau pernah menjadi juru bahasa dan lebih
daripada 30 international conferences yang telah diterjemahkan. Menurut kebiasaan, beliau
menterjemah dalam 3 bahasa iaitu bahasa arab,bahasa melayu dan bahasa inggeris.

16
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Madya Dr. Kaseh Abu Bakar melihat bahawa pada masa
kini semakin kurang golongan muda yang meminati Bahasa Arab. Kebanyakkan mereka lebih
memilih bahasa antarabangsa lain seperti Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Korea. Oleh
itu, beliau ingin membuka mata golongan ini supaya mereka dapat melihat kelebihan berbahasa
Arab. Beliau berkata bagi menarik minat ramai golongan muda untuk belajar Bahasa Arab
adalah dengan membantu mereka mengetahui motif serta objektif untuk belajar Bahasa Arab
dan kelebihannya dalam kehidupan. Sebagai contoh dengan kelebihan berbahasa Arab, kita
berpeluang untuk bekerja atau berniaga di negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Qatar,
Oman, Yaman dan banyak lagi.

Pelanggan sedang membeli barang yang dijual di Pasar Zaman Nabi Saouq Al-Manakah,
Madinah

Sudah tentu sebagai seorang yang amat menyayangi serta menghargai Bahasa Arab,
beliau berharap agar ramai lagi golongan muda yang berminat untuk belajar Bahasa Arab.
Beliau berkata kebanyakan orang hanya belajar untuk peperiksaan. Namun, bagi beliau belajar
Bahasa Arab bukan sahaja bertujuan untuk lulus peperiksaan tetapi belajar Bahasa Arab ini
merupakan kelebihan kepada kita. Orang yang belajar Bahasa Arab mempunyai kelebihan
untuk berkomunikasi semasa melancong ke negara yang menggunakan Bahasa Arab sebagai

17
bahasa utama, mendapat lebih ramai-rakan baru serta dapat mengikuti berita antarabangsa.
Fasih dalam bertutur bahasa antarabangsa seperti Bahasa Arab ini merupakan kelebihan yang
harus dihargai kerana tidak semua orang berpeluang untuk mempelajarinya.

Prof. Madya Dr. Kaseh Abu Bakar melancong di Dar Borj, Morocco yang menggunakan
Bahasa Arab dalam komunikasi seharian.

Seterusnya, beliau memberikan tips untuk belajar Bahasa Arab adalah dengan mencari
dan mencuba pelbagai strategi belajar yang berkesan untuk mencapai objektif mempelajari
bahasa antarabangsa ini. Beliau berharap dengan menggunakan tips yang diberikan, golongan
muda ini dapat melihat tujuan dan kelebihan mereka dalam mempelajarinya. Selain itu, Bahasa
Arab juga merupakan bahasa Al-Quran dan As-Sunnah. Secara tidak langsung, dengan belajar
Bahasa Arab dapat membantu kita lebih memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

18
Kelas Bahasa Arab di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar

Akhir kata, beliau berharap Bahasa Arab ini lebih dihargai dan diutamakan oleh
golongan muda seperti golongan remaja dan para pelajar. Bahasa Arab ialah bahasa
antarabangsa yang wajar dipelajari serta digunakan dalam komunikasi harian. Tuntasnya,
Bahasa Arab banyak memberi kelebihan kepada orang yang mempelajarinya.

19
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Prof Madya Dr. Kaseh Abu Bakar
merupakan seorang yang amat hebat bukan sahaja dari segi kerjayanya bahkan dari segi sikap
dan akhlak beliau yang baik hati, rendah diri serta tekad beliau dalam memartabatkan bahasa
arab. Perkara ini patut dijadikan contoh kepada mahasiswa/i sebagai pendorong untuk berjaya.

Setelah menemubual beliau, kami terinspirasi dan banyak liku-liku yang perlu dihadapi
sebelum menjadi seorang yang berjaya. Segala halangan dan rintangan yang dihadapi haruslah
di tempuhi dengan semangat yang tinggi kerana tanpa hal tersebut, kita akan mudah untuk
mengalah. Akhir kata, Prof Madya Dr. Kaseh Abu Bakar merupakan seorang tokoh yang
bermotivasi tinggi serta seorang yang berwawasan. Maka tidak hairanlah kini beliau seorang
yang berkedudukan tinggi serta dihormati oleh warga Universiti Kebangsaan Malaysia serta
masyarakat.

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Prof.
Madya Dr. Kaseh Abu Bakar atas pengorbanan masa beliau untuk berkongsi sedikit mengenai
dirinya dan memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan. Akhir kata, usaha dan
kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam
menghasilkan laporan ini

20
Rujukan

1. Kaseh Abu Bakar, Nil Farakh Sulaiman & Zati Akhtar Mohd Rafai. 2010 .Motivational
Orientations of Arabic Learners based on Self-Determination Theory.

2. Kaseh Binti Abu Bakar;Zainuddin Bin Ismail;Salamiah Binti Ab. Ghani;Wan Kamal Bin
Mujani;Hakim Bin Zainal;Ibtisam Bt. Abdullah;Roziah Bt. Sidik @ Mat Sidek;Ashinida Binti
Aladdin;Saidah Binti Saad;Suhaila Binti Zailani @ Ahmad;Al Muslim Bin Mustapa @ Ab
R. (2022). Pembangunan Dan Kajian Kesahan Ujian Kecekapan Bahasa Arab (Cbat)
Berasaskan Cefr/Actfl Dan Berkomputer.

3. Shuhaida Hanim Mohamad Suhane, Kaseh Abu Bakar, Md. Nor Abdullah. (2021). A Review On
Developing Balaghah Test In Higher Learning Institution. - Malim: Jurnal Pengajian Umum
Asia Tenggara. 262-277.

4. Kaseh Abu Bakar, Hakim Zainal, Nadzirah Norudin, Mohamad Azwan


Kamarudin. (2021). Aplikasi Model Rasch Bagi Kesahan Item Kosa Kata Kerja Quranic
Vocabulary Test (Qvt). - International Journal Of West Asian Studies (Ijwas). 259-287.

5. Hasnurol Hashim, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad, Ab Halim Mohamad, Syaidatun Nazirah
Abu Zahrin. (2021). Intervention Models In Arabic Vocabulary Proficiency In The J-Qaf
Program Among Primary School Pupils. - Journal Of Islamic Social Sciences And Humanities.
46-60.

6. Nurul Asma Mazlan, Suhaila Zailani @ Ahmad, Zamri Arifin, Nur Aqilah Norwahi, Kaseh Abu
Bakar. (2021). The Influence Of Arabic Lecturers Teaching Strategies On Student
Understanding In Universiti Teknologi Mara. - International Journal Of Academic Research In
Progressive Education And Development. 94-99.

7. Hasnurol Hashim, Ab Halim Mohamad, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad, Syaidatun Nazirah
Abu Zahrin. (2021). Penguasaan Penerapan Kosa Kata Nilai Dalam Pembelajaran Bahasa Arab
J-Qaf Sekolah Rendah. - E-Bangi Journal Of Social Sciences And Humanities. 127-142.

8. Nadzirah Norudin, Kaseh Abu Bakar, Hakim Zainal, Mohamad Azwan Kamarudin
.(2021). Kesukaran Item Kosa Kata Kerja Al-Quran Dalam Ujian Kosa Kata Al-Quran (Qvt)
Berdasarkan Model Pengukuran Rasch.

21
9. Wan Azman Wan Mohammad, Kaseh Abu Bakar, Hakim Zainal, Ezad Azraai
Jamsari. (2021). Neologism In English-Arabic Translation Of Information Technology Terms.

10. Ezad Azraai Jamsari, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Firuz
Akhtar, Hakim, Izziah Suryani, Kaseh , Lily Hanefarezan, Maheram, Md Nor, Mohamad
Zulfazdlee, Napisah Karimah, Roziah, Suhaila, Wan Kamal, Zamri, Zulkarnain Mohamed.
(2021). Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Ix: Naskhah Ulama Melayu Dalam Akal
Budi Nusantara. - Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Ix: Naskhah Ulama Melayu
Dalam Akal Budi Nusantara. 1-644.

11. Eiman Ahmad Shoib Ibrahim, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kamarulzaman Abd.Ghani, Kaseh
Abu Bakar. 2011. Siasah Qabul At-Tullab Bi Kuliyyah At-TarbiyyahFi Libya:
DirasahTaqwimiyyah. Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1)111-122

12. Sumaiyah Sulaiman & Kaseh Abu Bakar. 2011. Aplikasi Amalan PengajaranBerasaskan
Motivasi. Jurnal Akademik IPG Kampus Pendidikan Islam, 1: 46-59

13. Anuar Sopian, Salmah Ahmad, Kaseh Abu Bakar. 2013. Penguasaan dan Permasalahan Pelajar
terhadap Pengajian Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal. Islamiyyat , 35 (1): 93-101.

14. Nagoor Gafoordeen, Zamri , Kaseh Abu Bakar. 2013. Brief Study on Practices ofArabic
Language in Sri Lanka. IOSR Journal of Humanities and Social Sciences, 9(6), 42-47. ISSN
2279-0837, P-ISSN 2279-0845. (Index: ULRICH EBSO)

15. Yahuza Ishaq Muhammad, Kaseh Abu Bahar, Izziah Suryani Mat Resad. 2014.School of Higher
Islamic Studies Sarkin Mangu Street Jos and the Role of Some ofIts Graduates in Spreading of
Arabic Language and Islamic Civilization in Nigeria.Journal of Educational Studies, 1 (2),
265-279.

16. Zamri Rajab & Kaseh Abu Bakar. 2011. Penggunaan Shahid al-Qur’an dalam Sharhibn Aqildan
Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al - Sadā: Satu Perbandingan. GEMA. 11(3): 83-98. GEMA.
11(3): 83-98. (Q2 -SCOPUS).

17. Anuar Sopian, Salmah Ahmad, Kaseh Abu Bakar, Ezad Azraai Jamsari & HashimMat Zin. 2013.
A Study in Learning Styles Among Arabic Language Students at Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Malacca Campus.IOSR Journal of Humanities& Social Sciences,15 (4): 38-40. (Index
ULRICH EBSO)

22
18. Kabir Adam Muhammad, Kaseh Abu Bakar & Hakim Zainal. 2010. Al-tafkir al-sauti fi asr al-
hadith. [Phonological thoughts in the Contemporary Era]. NasarawaState University Keffi Al-
Isyraq Journal of Arabic and Islamic Studies. 3, 260-268.

19. Kaseh Abu Bakar, Mujahid Bahjat, Mafaz Bahjat & Zamri Arifin. 2008. Descriptionof Animals in
Arabic Heritage. Islamiyyat . 30: 75-97.

20. Kaseh Abu Bakar, Khadijah Khalilah Abdul Rashid, Suhaila Zailani & MaheramAhmad. 2015.
The Reception of the Arabian Nights in Malay Literary and CulturalTraditions. Essays on
Arabian Nights. New Delhi: Primus Books. (41-50)(PENERBIT ANTARABANGSA).

21. Nurazan Mohmad Rouyan, Nik Farhan Mustapha, Kaseh Abu Bakar. 2013. Readingstrategies
amongst learners of Arabic in Malaysia. Studies on Foreign Languagesand Cultures, Vol 2, 33-
44. Serdang: UPM Press 978-967-344-370-3. (PENERBITUNIVERSITI).

22. Kaseh Abu Bakar. 2011. Bridging Learning and Assessment through Readers’ Theatre. In Philip
Powell-Davies (ed. New Directions: Assessment and Evaluation.London: British Council. (57-
64) (PENERBIT ANTARABANGSA).

23. Kabir Adam Muhammad, Kaseh Abu Bakar & Hakim Zainal. 2011.Asalah al-nabr‘inda ‘ulama’
al -‘arab al-muslimin al-qudama. [the origin of vocal stress amongclassical Arab Muslim
scholars. al-muktamar al-thalith lil-lughah al-‘arabiyyah waadabiha: al-ittijihaat al-hadithah fi
al-dirasat allughawiyyah wa al-adabiyyah.Kuala Lumpur: IIUM Press. (71-82).
(PENERBITUNIVERSITI/ANTARABANGSA).

24. Ahmad Sobri Noh, Kamarulzaman Abdul Ghani, Kaseh Abu Bakar, KhadijahRohani Md Yunus.,
Wan Hamiah Wan Mahmud. 2013. Keperluan PengukuranKebolehbacaan Teks Berbahasa
Arab. Proceedings International Conference on Islamic Education 2013.

25. Najjah Salwa Abd Razak, Zulkarnain Mohamed, Kaseh Abu Bakar, Ezad AzraaiJamsari &
Maheram Ahmad. 2013. Eksplorasi Peranan Bahasa Arab bagi PetugasAngkatan Tentera
Malaysia di Rantau Arab.Proceedings of the 4th Malaysia International Conference on
Foreign Languages 2013.

26. Mastura Arshad & Kaseh Abu Bakar. 2012. Penggunaan Strategi PembelajaranKemahiran
Bertutur Bahasa Arab: Kajian di Pusat Asasi UIAM. PersidanganKebangsaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012. Fakulti PengajianIslam, UKM, Bangi.

23
Lampiran

24
25
26
27

You might also like