You are on page 1of 28

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. PUTEH NORAIHAN BINTI A. RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

BALQIS DYANA BINTI ISMAIL A189109

SITI SYAFIQAH BINTI SULAIMAN A189155

NURSYAFIQAH BINTI MOHAMAD AZAM A188172

NUR AIN SOLEHAH BINTI ZAMALLH@ZAMALEH A186176

VINOSAA A/P TAMILSELVAN A188206

PENSYARAH :
ENCIK MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN
PRAKATA
Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh akademik
GGGE3403 Kursus Fotografi. Kami, Balqis Dyana Binti Ismail, Siti Syafiqah Binti Sulaiman,
Nursyafiqah Binti Mohamad Azam, Nur Ain Solehah Binti Zamallh@Zamaleh dan Vinosaa A/P
Tamilselvan berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian tokoh akademik
yang sangat hebat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah SWT kerana
dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Puteh Noraihan Binti A. Rahman
yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh akademik
ini. Sesungguhnya kami amat beryukur atas kesanggupan pihak Prof. untuk meluangkan masa
dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Dr. Puteh
Noraihan Binti A. Rahman.

Tidak juga dilupakan kepada Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman yang sanggup
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik Jasmy disisi, kajian tokoh ini
mesti menjadi huru-hara dan mungkin tidak dapat kami siapkan.
ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Pendahuluan 1

2. Latar Belakang Keluarga 2-5

3. Latar Belakang Pendidikan 6-7

4. Pembinaan Kerjaya 8 - 11

5. Kejayaan dan Sumbangan 12 - 15

6. Perancangan dan Harapan 16 - 18

7. Penutup 19 - 20

8. Rujukan 21 - 22

9. Lampiran 23 - 25
1.0 PENDAHULUAN

DR. PUTEH NORAIHAN A. RAHMAN

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah dari Pusat
Pengajian CITRA Universiti , Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di kampus Bangi,
Selangor iaitu Dr. Puteh Noraihan A.Rahman. Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan mesra
iaitu Dr.Ann. Kepakaran beliau ialah dalam bidang sejarah dan ketamadunan yang mengfokuskan
sejarah kesusasteraan. Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang menceritakan perihal tokoh
akademik Dr.Puteh Noraihan A.Rahman, yang disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan
beliau hinggalah ke hari ini.

1
2.0 LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Puteh Noraihan bt A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Dr. Ann telah dilahirkan pada
29 September 1985 di Kangar, Perlis. Beliau telah dibesarkan di Perlis dan kemudiannya di Kedah
kerana ibunya dinaikkan pangkat untuk berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Apabila beliau mendapat tawaran untuk memasuki Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa di
Petaling Jaya, baharulah beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di sini hingga ke
hari ini. Kedua ibu bapa Dr Ann telah bersara dan kini menetap di Chuping, Perlis sehingga kini.

(Bapa Dr Ann, Hj. A Rahman bersama anak-anak Dr Ann. Photo diambil di hadapan rumah ibu bapa Dr
Ann di Chuping, Perlis – Photo ihsan Dr Puteh Noraihan)

2
(Bapa Dr Puteh Noraihan iaitu Hj A Rahman serta ibu beliau, Hjh. Puteh Saroja Ishak yang kini
berusia lewat 60an – photo ihsan Dr Puteh Noraihan)

Berkisar kepada kehidupan keluarga beliau, bapa beliau merupakan pesara


kerajaan yang dahulunya pembantu perubatan kanan manakala ibu Dr Ann merupakan
bekas ketua jabatan fisioterapi yang telah berkhidmat di beberapa Hospital Kerajaan iaitu
di Kangar, Alor Setar, Kota Bahru dan akhir sekali di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 6
orang adik-beradik,di mana beliau merupakan anak keempat . Kejayaan beliau pada hari
ini berdasarkan inspirasi kerja kuat dan disiplin daripada kedua ibu-bapanya dan adik-
beradiknya. Sikap ingin maju dan bersemangat waja mereka menjadikan diri beliau
sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup.

3
(Daerah Alor Setar,Kedah Darul Aman)

Kerjaya adik-beradik beliau seperti kakak sulungnya, Dr.Puteh Soraya yang berkhidmat
sebagai Pegawai Tabir Diplomatik (M54) dan sekarang sedang berkhidmat di Kementerian
Kewangan di Putrajaya. Kakak kedua beliau, Dato’ Puteh Hidayah merupakan seorang pegawai
tadbir diplomatik (M54) juga dan dipinjamkan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada
Menteri Undang-undang Malaysia iaitu YB Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Di
samping itu, adik lelaki beliau sebelum ini telah berkhidmat di sektor kerajaan sebagai seorang
doktor perubatan dan telah berhenti berkhidmat bagi membuka klinik sendiri iaitu Klinik Aafiyah
di Kulim serta mempunyai kafe sendiri iaitu Ayden Coffee di Kulim. Selain itu, adik beliau yang
bongsu bekerja turut berkecimpung dalam bidang perniagaan dan turut membuka restoran
makanan Barat iaitu Kacha Café di Alor Star, Kedah semenjak 11 tahun lepas.

4
(Kakak Dr Ann, Dato’ Puteh Hidayah bergambar kenangan bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diiringi
bersama Menteri Undang-undang, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta beberapa
pegawai tinggi untuk satu lawatan kerja di Istana Negara, Kuala Lumpur)

Dr. Puteh Noraihan binti A. Rahman juga telah menamatkan zaman bujangnya pada
usianya 23 tahun sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Islam
Antarabangsa, Gombak. Suami beliau merupakan seorang pengurus bahagian sumber manusia di
syarikat swasta di Kuala Lumpur. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu 2 orang lelaki
dan seorang perempuan.

Anak sulung mereka berusia 11 tahun dan anak kedua mereka berusia 9 tahun dan kedua-
dua anak mereka ini sedang belajar di salah sebuah sekolah di Bangi. Di samping itu, anak bongsu
mereka berusia 4 tahun dan dijaga oleh pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di Bangi.

5
3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat Alor Setar,
Alor Setar, Kedah dari tahun 1 hingga tahun 6 pada tahun 1992 sehingga 1997. Seterusnya, beliau
meneruskan pendidikan menengah beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah,
Alor Setar, Kedah selama 5 tahun dari tahun 1998 sehingga 2002

(Logo Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat) (Logo SMK Sultanah Bahiyah)

Seterusnya beliau menyambungkan pelajarannya di peringkat Matrikulasi di Petaling Jaya


pada tahun 2003- 2005 Setelah tamat pembelajaran di peringkat matrikulasi, beliau melanjutkan
pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dalam bidang Sains Kemanusiaan
iaitu Bachelor of Human Sciences (History & Civilization) dari tahun 2005-2008. Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep
pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian
peringkat tinggi.

Setelah tamat pengajian di peringkat degree, beliau menyambungkan pelajarannya ke


peringkat sarjana juga dalam bidang yang sama iaitu Masters of Human Sciences juga di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia pada 2008-2011. Tesis pendek Dr Ann adalah menarik iaitu
menceritakan kekejaman polisi Gereja Katolik terhadap umat Islam di Andalusia. Tesis tersebut
bertajuk, Muslim of Andalus after the fall of Granada : the Catholic policy of destruction of Islam
(898-934 AH / 1492-1525 C.E.).

6
Di samping itu, perjalanan beliau dalam menuntut ilmu tidak terhenti di peringkat sarjana
sahaja. Setelah berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat master, beliau teruskan
menyambung pelajaran di peringkat Ph.D secara sepenuh masa dalam bidang Sejarah
Kesusasteraan pada tahun 2013-2018 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang ini berfokuskan
kajian dalam bidang kesusasteraan Melayu serta kerajaan-kerajaan Melayu sebelum Islam.

(Logo UIAM ) (Logo Universiti Malaya)

7
4.0 PEMBINAAN KERJAYA

Dr. Puteh Noraihan seorang yang sangat menghormati dan suka menimba ilmu dengan
penyarah-penyarahnya. Pengalaman pengajian Dr. Puteh Noraihan sangat mengembirakan dan
dipenuhi dengan ilmu pengetahuan. Walaupun beliau jauh dari keluarga ketika belajar di
universiti, Dr. Puteh Noraihan pandai menjaga dirinya dari masalah-masalah sosial.

Dalam bidang kerjaya, Dr. Puteh Noraihan memulakan kerjayanya sebagai tutor di World
English Language Academy (WELA) sebagai tutor Bahasa Inggeris. Beliau ingin mencuba sesuatu
yang baru dan mencabar dirinya untuk mengajar bahasa Inggeris. Di samping mengajar bahasa
Inggeris kepada pelajar-pelajar, Dr. Puteh juga dapat belajar bersabar dan sedar akan tugasnya
untuk membuat pelajar-pelajar fasih berbahasa Inggeris.

Setelah beberapa bulan Dr. Puteh Noraihan bekerja di World English Language Academy
(WELA), beliau ditawarkan untuk bekerja di Sri Utama International School sebagai guru. Dr.
Puteh Noraihan bekerja di Sri Utama International School selama lebih kurang satu tahun kerana
ingin memberi tumpuan kepada penulisan tesis pendek ketika di peringkat akhir ijazah sarjananya.

8
Ketika Dr. Puteh hampir menyiapkan tesis pendeknya, seorang kawan Dr. Puteh Noraihan,
iaitu Mr. Gary menyatakan hasrat untuk menyampaikan resume Dr. Puteh Noraihan kepada ketua
jabatan pengajian umum di TARC. Beliau kemudian dipanggil untuk temu duga dan berjaya
ditawarkan untuk bekerja di Tunku Abdul Rahman University College (TARC). Dr. Puteh Noraihan
bekerja di Tunku Abdul Rahman University College (TARC) selama empat tahun setengah. Selepas
bekerja di situ beliau mendapat tawaran di Taylor’s University dan bekerja selama 5 tahun sebelum
ditawarkan untuk bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengalaman mengajar Dr.
Puteh Noraihan peringkat pengajaran tinggi hampir kira-kira 11 tahun.

9
Dr. Puteh Noraihan merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa menjadikan
kejayaan orang sekeliling sebagai contoh bagi dirinya untuk mencapai kejayaan. Terinspirasi
dengan sikap beliau yang suka akan cabaran baharu serta bertanggungjawab menggalas segala
amanah yang diberikan, ujar Dr. Puteh Noraihan, “Saya akan merasa sedih jika tidak diberi
tanggungjawab dalam mengerjakan sesuatu tugasan. Jika kita tidak dapat menyumbangkan
keupayaan kita, maka kita gagal sebagai ahli dalam sesuatu organisasi.” Diberi tanggungjawab
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan memberikan beliau suatu kepuasan dan kejayaan untuk
melaksanakannya menunjukkan kemampuan yang dimiliki oleh Dr. Puteh Noraihan. Namun, jika
beliau merasakan tanggungjawab tersebut terlalu membebankan dan tidak mampu diselesaikan
pada masa yang diberikan, beliau akan jujur menyuarakan hal ini kepada ketua.

Dr. Puteh Noraihan menekankan keseimbangan dalam kehidupannya sebagai seorang


pensyarah, isteri dan seorang ibu. Syukur Alhamdulillah Dr. Puteh Noraihan mempunyai pasangan
yang memahami dirinya. Beliau meluangkan masa untuk melayan karenah dan mendengar luahan
kata-kata anaknya. Beliau berperanan sebagai seorang ibu dan isteri di rumah dan
bertanggungjawab menguruskan hal rumah tangganya. Dr. Puteh Noraihan sentiasa mengajar

10
anak-anaknya untuk bertanggungjawab dan sentiasa menegur anak-anaknya jika mereka
melakukan sebarang kesilapan. Sebagai isteri, beliau meluangkan masa untuk menjadi pendengar
yang baik kepada suaminya.

Untuk menghilangkan tekanan Dr. Puteh Noraihan meluangkan masanya untuk bermain
gitar. Dengan cara ini, beliau tidak akan melepaskan tekanan kepada orang di sekelilingnya. Kerja-
kerja mengemas rumah akan dianggap sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh. Hubungan
dengan si pencipta juga tidak dilupakan, Dr Puteh Noraihan sentiasa melepaskan perasaannya
ketika solat. Menurut beliau, saat kita beribadah, kita perlu menumpukan sepenuh konsentrasi
kerana cara ini dapat mengisi kerohanian dalam jiwa.

11
5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Puteh Noraihan telah menjadi tenaga pengajar pada peringkat pengajian tinggi selama
11 tahun. Oleh itu, terdapat beberapa penghargaan yang telah beliau perolehi selama menjadi
tenaga pengajar. Antara penghargaan yang diperolehi oleh beliau ialah memenangi pingat emas di
peringkat antarabangsa pada tahun 2019 iaitu dalam Outstanding e-Learning Product / Project
Award in International University Carnival on E-Learning (IUCEL) di UNIMAS.

Pada tahun yang sama iaitu tahun 2019, beliau juga telah memenangi pingat perak dalam
pertandingan International University Carnival on E-Learning (IUCEL) dan juga merupakan
peringkat antarabangsa. Berbalik pada tahun sebelum tahun 2019, beliau mendapat Certificate of
recognition MOOC for TITAS & HE pada tahun 2016 di peringkat universiti. Kejayaan ini sangat
berharga kepada beliau untuk terus berjaya. Beliau sangat suka mencabar diri sendiri untuk
melakukan perkara yang susah dan diluar dari keselesaannya.

Apabila beliau memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pensyarah, beliau
sangat gembira kerana mendapat ramai rakan baharu untuk berkolaborasi bersama dalam bidang
pengajaran mahupun pendidikan. Seorang yang berjiwa positif, Dr Ann telah berjaya memperoleh
Intellectual Property (IP) berdasarkan kursus pengesahan jawatan iaitu SPPT yang dianjurkan oleh
pihak Professional UKM. Dr pernah berkata kepada kami bahawa kalau kita berfikiran positif, kita
akan mendapat sesuatu yang berguna dan terbaik dari pengalaman dan perkara yang susah yang
merujuk kepada kes IP ini.

12
Beliau juga berkata bahawa kita perlu memanfaatkan dan mencapai potensi kita. Kita tidak
boleh merugikan potensi kita. Sama ada pelajar mahupun orang lain seperti para guru dan pekerja
lain. Dalam perkara yang susah, terdapat juga perkara yang sangat berharga bagi kita. Oleh itu,
kita perlu cari perkara yang berharga tersebut. Walaupun perkara tersebut sulit untuk dilakukan,
kita perlu berusaha mencapainya sehingga kita berpuas hati dan mendapat perkara yang berharga.
Beliau sering diminta untuk menilai manuskrip terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit
UniMAP serta beberapa jurnal berindeks WoS dan SCOPUS. Beliau juga pernah ditemubual oleh
Berita Harian beberapa kali bagi ditanya pendapat mengenai isu negara.

(Dr Puteh Noraihan ditemubual oleh Berita Harian dan artikel mengenai beliau dicetak dalam
akhbar ini pada 19 Mac 2019 – foto ihsan Dr. Puteh Noraihan)

13
(Dr Puteh Noraihan ditemubual oleh Berita Harian dan artikel mengenai beliau dicetak dalam
akhbar ini pada 19 Mac 2022 – foto dari tangkap layar Berita Harian Online)

Seterusnya, sumbangan yang paling bermakna setelah bergelar ahli akademik ialah Dr
Puteh mempunyai buku yang bertajuk Dewa-Raja: Simbolisme Dalam Sastera dan Alam
Melayu Klasik. Buku ini diterbitkan pada penghujung bulan 12 tahun lepas dan dicetak pada awal
tahun 2022. Beliau berasa teruja dan gembira melihat buku tersebut laris dijual di pasaran.
Walaupun kerja penyuntingan mengambil masa yang lama, beliau berasa puas setelah buku
tersebut dicetak dan dijual di pasaran. Maklumbalas pelanggan di platform shopee dan vendor
buku juga amat baik dan ini amat menggembirakan Dr Ann. Pengalaman penerbitan buku ini sudah
pasti menjadi panduan yang berguna untuk beliau hasilkan lebih banyak terbitan buku di masa
akan datang.

14
(Buku beliau yang diterbitkan oleh UKM Press)

Sentiasa mendapat pengiktirafan dan pujian daripada pihak pengurusan CITRA, beliau
merasakan ianya suatu penghargaan atas usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Pujian sebegini
penting dalam sesuatu organisasi kerana dapat menaikkan semangat pekerja bawahan. Selain buku,
beliau juga berjaya menerbitkan beberapa makalah dalam jurnal berindeks WoS, SCOPUS dan
ESCI.

15
6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN

Apabila diajukan soalan mengenai perancangan masa depan, jawapan yang dilontarkan
oleh Dr. Puteh Noraihan terpecah kepada dua aspek, iaitu bagi perancangan sewaktu beliau masih
menjawat posisi pensyarah dan juga perancangan beliau setelah bersara kelak. Perancangan
pertama yang dinyatakan oleh beliau adalah untuk menceburkan diri dalam penyelidikan pasca
doktoral di bumi Russia, atau secara lebih terperinci lagi di Institut Negara-Negara Asia dan
Afrika, Moscow State University di kota Moscow. Menurut beliau, sekiranya diberi keizinan dan
negara dalam tempoh satu hingga dua tahun dan bergelar perantauan di negara asing.

Tambah beliau lagi, selain daripada dapat meneroka bidang ilmu di negara lain, sedikit
sebanyak turut mendidik beliau nilai kesabaran kerana perlu tinggal berjauhan buat seketika
daripada keluarga tercinta. Namun disebabkan Rusia dalam kancah peperangan pada masa
sekarang, beliau menangguhkan dahulu niatnya itu.

Selain itu, Dr. Puteh Noraihan juga menanam cita-cita untuk menambah bilangan
penghasilan karya yang dapat didaftarkan sebagai harta inteklektual (Intellectual Property).
Tambah beliau lagi, beliau menanam satu azam iaitu, dalam tempoh satu tahun, beliau dapat
mendaftarkan satu IP dan menerbitkan tiga jurnal berimpak tinggi sebagai sumbangan beliau
dalam bidang akademik. Selain mengasah diri beliau agar mahir dalam bidang pengajaran, beliau
juga aktif dalam aktiviti di luar fakulti seperti ditawarkan tugas sebagai moderator bagi program
peringkat universiti. Menurut beliau lagi, dengan tugasan di luar pekerjaan hakiki dapat

16
membuktikan ahli akademik UKM kalis masa hadapan. Keperluan bagi menyeimbangkan
keterlibatan beliau di luar tugas hakiki dengan tugasan hakiki merupakan suatu cabaran.

Seterusnya, jika ditawarkan dengan jawatan di mana-mana jabatan seperti Kementerian


Pengajian Tinggi, beliau akan menerima tawaran sedemikian dengan tangan yang terbuka. Bak
pepatah Melayu mengatakan, kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Dr. Puteh Noraihan
menganggap tanggungjawab atau amanah sebegini akan memberikan peluang kepada beliau untuk
menyumbangkan kepakaran yang dimiliki bagi menjayakan sesebuah projek di luar rangkuman
universiti.

17
Memasuki agenda setelah bersara, beliau lantas jujur mengatakan bahawa buat masa ini,
semangat beliau selaku ahli akademik masih berkobar-kobar. Lantas demikian, beliau masih
kurang menekankan perancangan mengenai aktiviti setelah bersara kelak. Namun, bagi memenuhi
kehendak soalan ini, beliau mengatakan bahawa beliau mungkin akan memilih untuk meluangkan
masa-masa tersebut dengan kegiatan yang lebih santai namun, masih dapat menyumbang sesuatu
kepada masyarakat. Secara lebih terperinci lagi, beliau merancang untuk menghasilkan lebih
banyak karya penulisan, misalnya dalam bentuk naskah-naskah buku atau hasil penulisan kreatif.
Menurut beliau, setelah bertahun menceburkan diri dalam bidang akademik, sama ada dari takuk
pengajian di bangku persekolahan hinggalah beliau sendiri telah menjadi salah seorang tenaga
pengajar, ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang perjalanan tersebut terlalu mahal untuk
disia-siakan walaupun setelah bersara sekalipun. Oleh yang demikian, beliau sama sekali tidak
keberatan untuk aktif dalam kegiatan ilmiah meskipun sudah tidak berjawatan rasmi.

Bagi menjawab soalan sampingan berkenaan perancangan untuk keterlibatan dalam dunia
politik, Dr. Puteh Noraihan lantas mengatakan bahawa beliau merasakan keperluan bidang tersebut
tidak serasi dengan keperibadian beliau. Tambah beliau lagi, arena politik memerlukan pemain
yang memiliki ketahanan fizikal dan mental yang amat tinggi bahkan, jika diamati dari situasi
politik pada masa ini, tiada tohmahan, makian atau cercaan yang tidak ditujukan kepada ahli-ahli
politik. Dalam erti lain, beliau tidak berhasrat sama sekali untuk merasai cabaran atau pengalaman
sedemikian dalam hidupnya.

18
7.0 PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Dr. Puteh Noraihan A Rahman
merupakan seorang yang amat hebat bukan sahaja dari segi kerjayanya bahkan sikap dan akhlak
beliau yang rendah diri, baik hati, keinginan untuk menulis dan mengeluarkan buku serta sikap
peribadinya yang lain adalah merupakan contoh sikap yang sepatutnya kita sebagai
mahasiswa/mahasiswi menjadikan beliau sebagai pendorong untuk berjaya.

Selain itu, beliau juga ada berkata bahawa kita sebagai manusia akan berhadapan dengan
pelbagai kritikan daripada manusia di luar sana. Jika kita ingin berjaya, kita hanya perlu
mengabaikan tohmahan yang negatif seperti orang kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Menurut beliau, adalah lebih baik jika kita mengambil kritikan negatif untuk membakar semangat
untuk lebih berjaya di masa hadapan. Situasi ini haruslah kita aplikasikan dalam kehidupan kita
lebih-lebih lagi mahasiswa/mahasiswi di zaman universiti yang masih belajar. Di samping itu,
beliau telah memberi kata-kata inspirasi seperti tidak mudah putus asa, mengambil peluang yang
ada tidak kira apa jenis peluang dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
perkara.

Setelah menemubual Dr. Ann, kami terinspirasi dan kami sedar banyak liku yang perlu
diharungi untuk menjadi seorang yang berjaya serta mampu untuk melakukan sesuatu bukan
sahaja kepada diri sendiri malah terhadap masyarakat dan negara. Segala halangan dan rintangan
haruslah kita harungi dengan mempunyai semangat yang tinggi seperti Dr.Ann. Walaupun beliau
telah berkahwin dan mempunyai keluarga, beliau sangat bersemangat untuk mencurahkan ilmu
dengan mengajar anak muridnya. Beliau juga bijak dalam mengendalikan masa bagi urusan
pejabat dan rumah. Oleh hal yang demikian, tanpa semangat yang tinggi, kita akan mudah untuk
mengalah. Kami menyimpulkan Dr.Ann adalah seorang yang bermotivasi tinggi serta seorang
yang berwawasan.

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr.
Puteh Noraihan A. Rahman atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai dirinya
dan memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan dan juga memberi kami

19
pengalaman yang tidak kami akan lupakan. Akhir kata, usaha dan kerjasama daripada setiap ahli
kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam menghasilkan laporan ini.

20
RUJUKAN

A. Rahman, Puteh Noraihan. (2021). Ada apa dalam "Hutan Melayu"? Naratif fizikal dan spiritual
hutan Melayu di zaman British-Malaya (“What’s inside Malay Forests?” Physical and
spiritual narrative of the Malay forests in British-Malaya).
14.http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/8049.10.37052/jm.14(1)no1.

A. Rahman, Puteh Noraihan. (2019). Book review: In Malay Forests.KEMANUSIAAN: The Asian
Journal of Humanities. 26. 143-149.10.21315/kajh2019.26.2.7.

A. Rahman, Puteh Noraihan. (2017). Caring for Strangers: Filipino Medical

Workers in Asia (Book Review). Akademika. 87. 145-146.10.17576/akad-2017-8702-11.

A. Rahman, Puteh Noraihan & Ahmad, Zahir. (2017). Hubungan Simbolisme dan Spiritualisme
Dewa-Raja dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kemanusiaan: the Asian Journal of
Humanities. 24. 123-139. 10.21315/kajh2017.24.2.5.

A. Rahman, Puteh Noraihan. (2021). Dewa-Raja: Simbolisme dalam Sastera dan Alam Melayu
Klasik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin, Saiful & A. Rahman, Puteh Noraihan. (2019). Capital Accumulation Between
Petronas, Government Agencies And Bumiputera Entrepreneurs. Sejarah. 28. 140-168.
10.22452/sejarah.vol28no2.8.

Puteh Noraihan A Rahman. (2020). Kuliah Etika Peradaban M2 (pt 1).

Puteh Noraihan. (2020). Kuliah Falsafah Minggu 2.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCW 2143 Perkongsian Falsafah Hidup Pelajar Pelajar.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Pemikir Estetika Abad Ke-19.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Penerangan Mengenai Proposal LMCR1322.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Pengenalan Kepada Estetika.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 : Qasidah.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322: Ghazal.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322: Asal Usul Syair & Pengaruh.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322: Ruba'i.

21
Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 : Ciri-ciri Penting Syair.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 Teknik Kepengarangan Dalam Teks.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322: Bentuk & Struktur Syair.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 Gaya Bahasa.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 : Tema & Isi Syair.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). LMCR 1322 : Fungsi & Penyebaran Syair.

Puteh Noraihan A Rahman. (2020). Bingkisan Kapsul Citra (7): Sejarah Beberapa Wabak Yang
Pernah Melanda Dunia Sebelum Pandemik Covid-19.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Falsafah Rukun Negara.

Puteh Noraihan A Rahman, Saiful Khairi Kamarudin. (2021). Penghayatan Nilai Estetika Melalui
Pemikiran Immanuel Kant. - Buletin Citra. 1-6

Puteh Noraihan A Rahman. (2020). Strategi Dalam Menangani Permasalahan Learner-centred


Dalam Mengadaptasi Normal Baharu Dalam Sistem Pendidikan. - Buletin Citra Oktober
2020. 24.

Puteh Noraihan A Rahman. (2021). Teks-teks Klasik Rujukan Pelajar Bagi Tugasan Bertulis.

Puteh Noraihan A Rahman. (2020). Wacana Siri 1: Perlanggaran Etika & Kemerosotan Peradaban.

Wardah Mustafa Din, Iszan Hana Kaharudin, Puteh Noraihan A.rahman, Halizah Omar, Azmi
Omar. (2021). Contoh Pelaksanaan Projek Capstone Untuk Sarjana Muda Sains Citra. 1-9

Wardah Mustafa Din, Puteh Noraihan. (2020). Discourse On Ethnomedicinal Plants In "hikayat
Nurul-lisan Menjawab Masalah" For Gastroenterology Purposes. - International
Conference On Malay Medical Manuscripts 2020. 1-2

22
LAMPIRAN

23
24
25

You might also like