You are on page 1of 39

GGGE 3403 FOTOGRAFI

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. AHMAD FIRDHAUS BIN HJ ARHAM

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ASMIRA BINTI OTHMAN (A181333)

SYAFIQAH BINTI MD SOLIHIN (A181239)

AIMI ATHIQAH BINTI ABDUL RAHMAN (A183227)

NUR ATIEQAH BINTI MOHD HAFFIZ (A181026)

VASANTRA VIJIYAKUMAR (A188718)

PENSYARAH:

LT. KOL. JASMY BIN ABD RAHMAN


PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh akademik
GGGE 3403 Kursus Fotografi. Kami, Nurul Asmira Binti Othman, Syafiqah Binti Md Solihin,
Aimi Athiqah Binti Abdul Rahman, Nur Atieqah Binti Mohd Haffiz dan Vasantra Vijiyakumar,
berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian tokoh akademik yang sangat
hebat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Ahmad Firdaus Bin Haji
Arham yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh
akademik ini. Walupun Dr Ahmad Firdaus mempunyai jadual yang sangat padat akan tetapi
beliau sanggup untuk meluangkan masa beliau dengan kami. Kami sangat bersyukur atas
kesanggupan beliau tersebut dan kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan
oleh Dr Ahmad Firdaus Bin Haji Arham.

Tidak juga dilupakan kepada Lt. Kol Mohd Jasmy bin Abdul Rahman yang sanggup
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Lt. Kol Jasmy disisi, kajian tokoh
ini mesti tidak mungkin dapat disiapkan oleh kami. Akhir kata, daripada kami terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
ISI KANDUNGAN

Pendahuluan.......................................................................................................................... 1
Latar Belakang Keluarga ....................................................................................................... 5
Latar Belakang Pendidikan.................................................................................................. 10
Pembinaan Kerjaya ............................................................................................................. 15
Kejayaan Dan Sumbangan .................................................................................................. 18
Perancangan Dan Harapan .................................................................................................. 23
Penutup ............................................................................................................................... 28
Rujukan .............................................................................................................................. 29
Lampiran............................................................................................................................. 32
Dr. Firdhaus Bin Hj Arham

Nurul Asmira Binti Othman1, Syafiqah Binti Md Solihin2, Aimi Athiqah Binti Abdul
Rahman3, Nur Atieqah Binti Mohd Haffiz4, Vasantra Vijiyakumar5

1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah dari
Universiti Kebangsaan Malyasia iaitu Dr. Firdhaus Bin Hj Arham. Biografi ini mengandungi
5 bab utama yang menceritakan perihal tokoh akademik, Dr. Firdhaus Bin Hj Arham yang
disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan beliau hinggalah ke hari ini.

1
Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh
akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui
bab ini, kita akan dapat mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang berkaitan
dengan asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga beliau yang bermula
daripada pekerjaan ibu bapa beliau sendiri dan adik-beradik yang berkemungkinan kurang
didedahkan kepada orang awam.

Seterusnya, bab yang kedua akan menceritakan tentang tahap pendidikan beliau,
bermula dari pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu,
beliau tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau
bertekad untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bab ini turut menceritakan cabaran yang
beliau hadapi dalam setiap tahap pendidikan beliau. Selain itu, turut disertakan tentang cita-
citanya yang tidak kesampaian kerana terpaksa belajar Master untuk jangka masa yang
panjang. Kita dapat melihat kesungguhan dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu dalam
bab berkenaan yang bakal dikupas sebentar lagi.

Dr. Firdhaus Bin Hj Arham ketika awal permulaan langkah untuk menyambung
pengajiaannya ke universiti

2
Bab ketiga biografi tokoh akademik ini akan menceritakan tentang pembinaan kerjaya
Dr. Firdhaus Bin Hj Arham setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat
perjalanan serta pengembaraan beliau, bermula dengan menceburkan diri dalam penjualan
rumah dan keluarganya mempunyai kedai serbaneka. Bahagian ini juga menunjukkan peranan
beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendidik anak-
anak Malaysia untuk membentuk mereka menjadi seorang doktor yang berkualiti apabila tamat
pengajian.

Bab keempat biografi tokoh akademik ini menceritakan tentang sumbangan dan
kejayaan Dr. Firdhaus Bin Hj Arham sepanjang beliau bergelar sebagai seorang pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang sumbangan
beliau yang bukan sahaja disematkan di peringkat universiti sahaja, malahan ada juga
sumbangan beliau yang amat berharga di peringkat dunia. Terdapat banyak sumbangan beliau
yang bakal dikupas dalam bab ini yang boleh menarik atensi para pembaca kerana beliau
sememangnya wajar dijadikan role model bukan sahaja kepada barisan pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia, bahkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Pelajar kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemu bual Dr. Firdhaus
Bin Hj Arham melalui platform Microsoft Teams pada tanggal 6 Jun 2022

3
Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi aspek
keluarga, kerjaya, dan juga pendidikan yang khususnya untuk anak-anak didik beliau Dr.
Firdhaus Bin Hj Arham ada menyatakan harapan beliau seperti beliau berharap lebih ramai
anak muda yang merupakan golongan harapan negara bertekad untuk melanjutkan pendidikan
mereka dalam bidang perniagaan agar isu ekonomi di Malaysia tidak lagi menjadi satu
masalah.

Pelajar Kursus Citra Fotografi bergambar bersama dengan gembira selepas sesi tembual
selesai diadakan

4
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr Firdaus Haji Arham atau nama penuhnya Ahmad Firdaus Bin Haji Arham
merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Citra Universiti Kebangsaan Malaysia bermula
15 Oktober. Beliau dilahirkan pada 12 Mei 1985 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri
Sembilan. Sejak beliau berusia 3 bulan, beliau dibesarkan di Taman Dato Shahbandar,
Ampangan. Ini menandakan bahawa beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan.

Peta Negeri Sembilan

5
Gambaran Taman Dato Shahbandar, Ampangan, Seremban

Gambaran Hospital Tuanku Jaafar

6
Beliau berusia 37 tahun. Sehingga kini, beliau masih bujang dan belum lagi mendirikan
rumah tangga. Beliau ingin mencurahkan bakti dan membalas jasa kepada ibunya dahulu
sebelum terlambat. Dr Firdaus merupakan anak yang sangat dicintai dan disayangi oleh ibu
bapanya menjadikan beliau sangat menjaga hati orang tuanya dan tidak mahu menyakitinya.
Bapa beliau bernama Arham Bin Nordin merupakan bekas tentera. Bapa beliau sudah
berkhidmat sebagai seorang tentea selama 21 tahun. Manakala, ibunya pula bernama Aisah Bte
Md Nor dan merupakan suri rumah sepenuh masa.

Dr Firdaus bersama satu-satunya ibu kesayangannya

7
Dr Firdaus membesar dalam keluarga yang sangat bahagia yang terdiri daripada 5
orang adik beradik. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik beradiknya. Beliau
mempunyai 3 orang abang dan seorang adik lelaki. Ini menandakan bahawa adik beradik beliau
kesemuanya lelaki. Abangnya yang suloung bernama Mohd Azreen Arham yang berusia 47
tahun. Abangnya yang sulung merupakan seorang peniaga. Abangnya yang kedua pula
bernama PM Dr Ahmad Fadly Arham yang berusia 45 tahun. Abangnya yang kedua bekerja
sebagai seorang pensyarah. Anak yang ketiga pula ialah Ashraq Rafiqan Arham berusia 41
tahun. Abangnya bekerja sebagai seorang guru. Akhir sekali, adik beliau bernama Mohd Najmi
Syaqir berusia 31 tahun. Adik bongsunya itu pula bekerja sebagai seorang guru. Hal ini
membuktikan bahawa, kesemua adik beradik Dr Firdaus sudah pun berjaya dalam kerjaya
mereka dalam bidang masing-masing.

Dr. Firdhaus Hj Arham bersama ahli keluarganya

8
Gambar Dr. Firdhaus Hj Arham ketika remaja bersama dengan rakan sekelas

Gambar kenangan Dr. Firdhaus Hj Arham sewaktu remaja sedang menari tarian
zapin bersama rakannya

9
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam ABIM, Seremban.
Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban dari Tahun 1
hingga Tahun 6 pada tahun 1992-1997. Pada tahun akhir persekolahan beliau telah menduduki
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memperolehi keputusan sebanyak
3A 1B 1C.

Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama


Dato’ Klana Petra Maamor, Jalan Kuala Pilah, Kampung Bahagia Ampangan, Seremban,
Negeri Sembilan. Beliau telah berjaya mencapai 3A 5B 1C dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Namun begitu, beliau hanya bersekolah di sekolah itu selama 3
tahun dan kemudiannya berpindah pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj
Mohd Said di Jalan Tungku Kursiah, Seremban. Pada tahun 2002, beliau telah menduduki satu
lagi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya mencapai 5A1.
Walakin begitu beliau telah mengambil sekali lagi SPM pada tahun 2014 bagi menambah baik
keputusan subjek English beliau.

Logo Sekolah Kebangsaan Ampangan Seremban Logo Sekolah Menengah Agama


Dato’

Klana Petra Maamor

10
Namun tidak lama kemudian, beliau telah mendapat tawaran untuk ke University of
Jordan namun beliau menolaknya dengan baik dan telah memilih untuk sambung pelajarannya
di Universiti Malaya. Walaupun ianya bukanlah satu kerelaan buat beliau untuk menyambung
pengajian di situ namun atas faktor kasih sayang dan hormatnya kepada ibu bapa yang
menyatakan bahawa itu merupakan universiti nombor satu. Oleh sebab itu, beliau telah
mengambil asasi dan pengajian double major dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan
Dengan Pengajian Islam (Genetik dan Biologi Molekul) di universiti tersebut. Kadar pengajian
yang beliau duduki ialah selama 5 tahun iaitu 2 tahun asasi dan 3 tahun bagi ijazah.

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

11
Tawaran University of Jordan yang ditolak Dr Firdaus Haji Arham demi pilihan ke
Universiti Malaya

Pada akhir pengajian ijazah, beliau telah mendapat tawaran master atau boleh dipanggil
sebagai Master Coursework with Dissertation. Namun begitu, beliau merupakan antara
graduasi yang tidak habis belajar disebabkan oleh adanya jam kredit yang tidak habis akan
tetapi beliau telah mendapat tawaran untuk sambung pengajiannya ke peringkat yang lebih
tinggi. Beliau telah menjalankan pengajian master beliau dalam masa yang agak panjang. Hal
ini demikian kerana beliau telah mula bekerja dengan sebuah syarikat di mana di dalam syarikat
tersebut beliau telah memegang jawatan sebagai admin dan pembantu peribadi kepada pemilik
barangan kosmetik. Dalam konteks ini, ianya agak berbeza dengan pengajian yang diambil
oleh beliau. Kemudiannya, beliau berhenti setelah dua tahun bekerja bagi meneruskan
sekaligus menamatkan pengajian masternya.

12
Beliau kemudiannya menjadi pensyarah sambilan di Geomatika University College di
Setiawangsa. Setelah 6 bulan bekerja di situ, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti
bagi membantu dalam perniagaan keluarga iaitu kedai serbaneka di UITM Kuala Pilah pada
tahun 2014. Seterusnya, pada tahun 2015, beliau telah sambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai
felo bagi Kolej Rahim Kajai pada tahun tersebut.

Geomatika University College di Setiawangsa

13
Pelantikan Dr Firdaus Haji Arham sebagai felo di Kolej Rahim Kajai

Bertitik tolak daripada itu beliau telah berjaya menyelesaikan semua tesis kajian dalam
masa tiga tahun, tiga bulan. Walakin begitu, beliau telah diuji dimana beliau telah menunggu
panggilan viva dengan agak lama iaitu selama 8 bulan. Akhirnya, beliau telah berjaya
melaksanakan viva pada tahun 2019 dan tamat pengajiannya pada tahun yang sama. Selain
daripada itu, pada 2 Februari 2020 beliau telah dilantik sebagai Penyelidik Pasca Doktoral.
Akhirnya, beliau berjaya menjadi pensyarah pada 15 Oktober 2021 setelah kali ketiga
memohon untuk menjadi pensyarah.

14
PEMBINAAN KERJAYA

Setiap orang melalui perjalanan yang berbeza dalam kehidupan mereka. Masing-
masing mempunyai cabaran yang dihadapi untuk sampai ke puncak dan berjaya. Begitu juga
dengan Dr. Firdhaus Hj Arham sendiri yang mempunyai kisah hidup dan memori tersendiri
sehingga beliau berjaya capai hingga ke tahap sekarang. Beliau sangat bersemangat dan berani
demi mencapai sasaran beliau. Pada awalnya, beliau tidak mempunyai perancangan untuk
menjadi pensyarah. Dalam pada hal yang sama, beliau meminati dan berkecimpung dalam
bidang perniagaan. Beliau menceburkan diri dalam penjualan rumah dan keluarganya
mempunyai kedai serbaneka.

Dr. Firdhaus Hj Arham bersama ibunya

Beliau mengambil masa hampir 8 bulan untuk menerima panggilan VIVA PhD. Namun
begitu, beliau tidak berputus asa dan berusaha mengemukakan isu keterlewatan beliau
memperoleh VIVA ini ke peringkat atasan sehingga akhirnya beliau berjaya mencapai VIVA
pada waktu terdekat. Ketika itu, beliau membentangkan VIVA PhD hanya sekitar 30 minit
dan keputusan keluar bahawa beliau berjaya dalam pembentangan tersebut. Menariknya, di
sebalik kejayaan ini beliau mempunyai pembakar semangat iaitu kedua ibu bapa yang sentiasa
menyokong dan mendoakan beliau. Ketika hari yang ditunggu-tunggu, majlis VIVA beliau

15
hanya sempat diraikan oleh ibunya kerana mereka kehilangan ayah dan suami tercinta sebelum
sempat mereka meraikan kejayaan Dr. Firdhaus ketika itu. Betapa kuatnya semangat Dr.
Firdhaus Hj Arham menyambut kejayaan tanpa ayah di sisi kerana ayahnya menghidap kanser
dan telah menghadap Ilahi. Majlis tersebut berlangsung sekitar tahun 2019 dan beliau
membawa semangat ayahnya dengan menyarungkan seragam baju melayu ayahnya ke majlis
VIVA PhD tersebut.

Dr. Firdhaus Hj Arham memuat naik posting mengenai pakaian melayu bapanya yang
dipakai semasa VIVA PhDnya

Menurut beliau, sijil PhD itu dihadiahkan kepada ibu bapanya untuk menggembirakan
mereka dengan pencapaian dan kejayaan serta sebagai kenang jasa kepada orang tuanya.
Setelah beroleh dan mencapai VIVA PhDnya, beliau akhirnya dipanggil menjadi sebagai
seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sememangnya, menjadi
pensyarah itu bukanlah satu perkara yang senang dan perlu dijawat dengan penuh keikhlasan.

16
Sepucuk surat tawaran Dr. Firdhaus Hj Arham yang ditawarkan jawatan sebagai pensyarah

Kad matrik Dr. Firdhaus Hj Arham sejak menjadi siswazah sehingga bergelar pensyarah

17
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Beliau sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Pertama sekali, beliau merupakan seorang insan yang berbakat dalam seni dari segi tarian dan
melakonkan teater. Beliau mendapat tempat kedua dalam teater kebangsan mewakili negeri
Selangor. Penglibatan aktif beliau secara giat dalam menjadi felo pemantau kebudayaan di
Kolej Rahim Kajai membuahkan hasil apabila UKM merangkul naib johan untuk Malam Citra
Budaya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pasukan tersebut diiring oleh Dr. Firdhaus
sendiri ketika beliau menjadi felo pemantau.

Dr. Firdhaus Hj Arham bersama pasukan di Malam Citra Budaya bertempat di Universiti
Sains Malaysia

Beliau sangat aktif dan minat dalam bermain permainan bola jaring. Beliau pernah
dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bola Jaring UKM ketika Sukan IPT. Beliau sangat layak
mengajar sukan terutamanya taktikal dalam bola jaring kerana beliau mempunyai sijil
pengadilan bola jaring tahap 0 dan telah dipanggil saringan ke tahap 1. Waktu tidak
mengizinkan ketika mana PKP diperketatkan waktu ketika dahulu menjadikan aktiviti saringan
untuk ke tahap seterusnya itu tergendala. Beliau berhasrat untuk meneruskan perjuangan dalam
menjadi pengadil pasukan bola jaring yang aktif dan berwibawa setelah PKP beransur pulih
dan menaiktaraf dirinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

18
Dr. Firdhaus selaku pengurus pasukan bersama kontijen pasukan bola jaring UKM

Pada tahun 2018, Dr. Firdhaus Bin Hj Arham merupakan Duta NGO di bawah Institut
Onn Jaafar (IOJ) yang dipengerusikan dan diilhamkan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun
Hussein, dimana institusi ini berusaha untuk membantu gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Para sukarelawan UKM pada ketika itu sangat aktif dalam penglibatannya melalui aktiviti
sukarelawan. Mereka telah dinobatkan sebagai pasukan sukarelawan terbaik seluruh universiti.
Aktiviti charity run turut tidak ketinggalan sehingga UKM menjadi peneraju utama yang
membawa sekitar 36 buah bas. Terdapat hampir 1300 pelajar UKM yang menyertai program
itu untuk ke Sepang International Circuit (SIC) dalam program Charity Run sehingga menjadi
pasukan terbaik.

Dr Firdhaus sebagai Duta NGO bersama pasukan sukarelawan UKM bergambar bersama
dengan gelaran pasukan terbaik dan trofi

19
Dr Firdhaus menghadirkan diri dalam program charity run iaitu MUR bertempat di Sepang
International Circuit (SIC)

Beliau pernah dipilih mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia bersama-sama 6 orang


pelajar lain untuk menjalankan projek kebajikan iaitu program Mualaf dengan Universiti
Teknologi Malaysia di Bengkalis Indonesia. Mereka membina rumah dan bilik air diperbuat
daripada bahan campuran seperti tanah, lumpur dan simen. Pelbagai cabaran dan penat lelah
untuk menaikkan rumah sehingga berjaya kepada mualaf di sana untuk dijadikan tempat
tinggal.

20
Dr Firdhaus bertungkus lumus dengan pelajar lain dalam mendirikan rumah kepada mualaf
Indonesia

Dari sudut pembangunan pelajar, beliau sebagai seorang pegawai pengiring yang
bertanggungjawab membawa pasukan UKM dalam pertandingan debat pengguna dan menjadi
johan bagi pertandingan tersebut. Bukan itu sahaja, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai
best speaker di persidangan antarabangsa dan mendapat pengiktirafan untuk membentangkan
projek kajian berkaitan nyamuk aedes mewakili UKM di Lisbon, Portugal pada tahun 2016.
Menariknya, pembentangan tersebut adalah pada awal bulan Syawal menjadikan Dr Firdhaus
mengenakan pakaian baju melayu dan membuatkan orang di sana kagum dalam masa yang
sama berasa pelik dengan budaya yang dibawa beliau dari segi pakaian.

Dr Firdhaus Hj Arham bersama pasukan debat UKM bergambar bersama hadiah


wang tunai dan hamper sebagai tempat pertama

21
Dr Firdhaus bergambar bersama pelajar dari Portugal

Dr Firdhaus menangkap gambar di sekitar Universidade Nova De Lisboa

NOVA University Lisbon

22
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga


mempunyai perancangan dan harapan yang ingin dicapai dimana beliau ingin dilantik sebagai
pensyarah universiti DS51 dan sekiranya beliau berjaya mencapai matlamat beliau, beliau
berjanji akan bersama-sama dengan visi, misi dan matlamat universiti ini untuk lebih maju,
berdaya saing, kompeten dan terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang
kebolehan beliau. Beliau juga mempunyai Aspirasi dimana beliau ingin melahirkan lebih ramai
para pelajar yang meminati bidang sains kelestarian yang digabungkan dengan aspek
kemasyarakatan. Dalam pada masa yang sama juga, Dr Firdhaus Bin Hj Arham juga ingin
meluaskan kepakaran yang mengaitkan agama dan pembangunan sains serta teknologi kini.

Dr Firdhaus Bin Hj Arham sebagai pensyarah universiti DS51

23
Tambahan lagi, beliau juga mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan
penerbitan berimpak tinggi dalam jurnal yang terindeks sama ada Scopus, ISI bagi
meningkatkan ‘ranking’ penerbitan universiti. Beliau juga mempunyai harapan untuk
menerbitkan lebih banyak buku serta penyertaan dalam sidang seminar, bengkel, kolokium,
simposium dan sebagainya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan lebih agresif bagi
memperkenalkan UKM dimata dunia. Beliau juga bertekad dengan sepenuh hati akan mendidik
pelajar-pelajar dengan cukup sempurna dengan berkongsi segala ilmu yang beliau ada. Dalam
pada masa yang sama juga, beliau akan menggalakkan para pelajar di peringkat Ijazah daripada
universiti ini dan institusi pendidikan yang lain untuk menyambungkan pelajaran di peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah.

Dr Firdhaus Bin Hj Arham bergambar bersama Dato’ Seri Hishamuddin Tun


Hussein dan yang lain

Seterusnya, Dr Firdaus juga menggalakkan pelajar-pelajar antarabangsa untuk


melanjutkan pengajian daripada seluruh rantau Asia Tenggara dan Antarabangsa untuk
menyambungkan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah di bawah bimbingan beliau melalui
hasil penulisan dan sebarang persidangan yang beliau hadiri.

24
Tambahan lagi, berdasarkan temubual bersama beliau. Beliau menyatakan bahawa
beliau juga akan berusaha untuk mendapatkan geran-geran penyelidikan dan mencari dana
daripada pelbagai sumber untuk melakukan penyelidikan berterusan dan menjalankan pelbagai
kem pendidikan yang berteraskan motivasi sebagai khidmat komuniti beliau kepada
masyarakat. Beliau juga mempunyai perancangan untuk meneruskan jaringan strategik dengan
badan-badan tertentu untuk mempertingkatkan lagi kepakaran beliau dan melakukan
perkongsian pintar dalam aspek penyelidikan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Salah satu jurnal yang telah berjaya diterbitkan oleh Dr Firdhaus Bin Hj Arham

25
Ini merupakan salah satu surat penghargaan Dr Firdhaus Bin Hj Arham yang telah berjaya
diiktiraf sebagai ‘Highest Impact Journal’ di dunia

Dr Firdhaus Bin Hj Arham ketika ini selesai dengan pembentangan dan bergambar
dengan pensyarah lain

26
Akhir sekali, Dr Firdaus juga mempunyai hasrat untuk melebarkan kolaborasi dengan
agensi, NGO dalam dan luar negara bagi membantu memperluas kualiti pembangunan pelajar,
penyelidikan dan penerbitan. Bagi beliau, hal ini menjadi tanggungjawab beliau sebagai
kakitangan akademik varsiti ini untuk merealisasikan misi dan visi pengurusan tertinggi UKM
untuk ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’ yang lebih baik untuk bangsa, agama dan
negara.

Salah satu bukti kejayaan Dr Firdhaus Bin Hj Arham yang menjadikan UKM sebagai
pasukan sukarelawan terbaik pada ketika itu

Dr Firdhaus Hj Arham bersama kakitangan dan pelajar UKM yang lain

27
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Dr Firdaus Haji Arham merupakan
seorang yang amat hebat bukan sahaja dari segi kerjanya bahkan sikap dan akhlak beliau yang
rendah diri, baik hati, keinginan untuk menyelamatkan manusia dan sikap peribadinya yang
lain adalah merupakan contoh yang sepatutnya kita sebagai mahasiswa/ mahasiswi menjadikan
beliau sebagai pendorong untuk berjaya.

Beliau juga ada berkata untuk semua mahasiswa/mahasiswi agar tidak mengejar
kemasyhuran, kedudukan atau ingin menjadi seorang yang terkenal dalam kerjaya. Sebaliknya,
kita hendaklah mengejar dan mendapatkan sebanyak ilmu yang boleh agar kita menjadi
seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan seterusnya kepada negara. Selain itu,
beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa/mahasiswi untuk meniatkan dalam diri agar
untuk sentiasa menyelamatkan atau membantu orang.

Di samping itu, beliau memberi kata-kata inspirasi iaitu kita seharusnya mengambil
peluang tidak kira apa jenis peluang tersebut dan kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara tersebut.

Kami bersyukur kerana kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan tugasan ini dengan
penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr Firdaus Haji Arham
atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai dirinya dan memberi tunjuk ajar
kepada kami mengenai erti kehidupan dan juga memberi kami pengalaman yang tidak kami
akan lupakan. Akhir kata, usaha dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi
sumbangan yang amat besar dalam menghasilkan laporan ini.

28
RUJUKAN

Abidin, N. Z. (2008). Kerjaya sebagai pensyarah. PTS Professional.

Ali, A. K., Rahim, R. A. A., & Jaafar, S. M. J. S. (2014). Transformasi Pengajian Tinggi Aliran
Islam Sebagai Asas Pembangunan Modal Insan: Pengalaman Apium. Jurnal Hadhari,
6(2), 1-14.

Amin, L., Arham, A. F., Mahadi, Z., Razman, M. R., & Rusly, N. S. Sikap Pihak
Berkepentingan terhadap Teknik Fogging di Malaysia. Akademika, 89(2), 00kand1.

Arham, A. F., Amin, L., Adzran, M., Mustapa, C., Mahadi, Z., & Yaacob, M. Influence of
Attitude to Technology, Perceived Benefits and Perceived Risks on Stakeholders’
Attitude towards Outdoor Residual Spraying.

Arham, A. F., Amin, L., Mustapa, M. A. C., Mahadi, Z., Yaacob, M., & Ibrahim, M. (2021).
Stakeholders’ attitudes to outdoor residual spraying technique for dengue control in
Malaysia: A PLS-SEM approach. PLoS neglected tropical diseases, 15(6), e0009493.

Arham, A. F., Amin, L., Mustapa, M. A. C., Mahadi, Z., Yaacob, M., & Ibrahim, M. (2021).
Determinants of stakeholders’ attitudes and intentions toward supporting the use of
Wolbachia-infected Aedes mosquitoes for dengue control. BMC public health, 21(1),
1-12.

Arham, A. F., Amin, L., Razman, M. R., Mahadi, Z., Rusly, N. S., Mazlan, N. F., ... & Muslim,
N. H. (2021). Participatory: Stakeholder’s Engagement Toward Dengue Control
Techniques in Klang Valley, Malaysia. SAGE Open, 11(1), 2158244020982605.

Arham, A. F., Norizan, N. S., Norizan, M. N., Arham, A. F., & Ibrahim, S. N. (2021). A
SmartPLS Visiting to Knowledge Retention: A Study Among SMEs in Peninsular
Malaysia. Journal of Educational and Social Research, 11(4), 88-88.

Arham, A. F., Razman, M. R., Amin, L., & Mahadi, Z. (2018). Dengue Review: Issues,
Challenges and Public Attitudes. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 8(4), 980–997.

Basir, S. (2019). Membangun Keluarga Sakinah. Al-Irsyad Al-Nafs: Jurnal Bimbingan dan
Penyuluhan Islam, 6(2).

29
Chandren, J. R., Wong, L. P., & AbuBakar, S. (2015). Practices of dengue fever prevention
and the associated factors among the Orang Asli in Peninsular Malaysia. PLoS
neglected tropical diseases, 9(8), e0003954.

Curtis, A. S. (2004). Small is beautiful but smaller is the aim: review of a life of research. Eur
Cell Mater, 8, 27-36.

Doloriert, C., & Sambrook, S. (2011). Accommodating an autoethnographic PhD: The tale of
the thesis, the viva voce, and the traditional business school. Journal of contemporary
ethnography, 40(5), 582-615.

Fayzhall, M., Purwanto, A., Asbari, M., Basuki, S., Mustofa, M., Hutagalung, D., ... &
Andriyani, Y. (2020). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kapabilitas Inovasi
Guru Dalam Perspektif Organizational Learning. EduPsyCouns: Journal of Education,
Psychology and Counseling, 2(1), 64-91.

Ganyaupfu, E. M. (2013). Teaching methods and students’ academic performance.


International Journal of Humanities and Social Science Invention, 2(9), 29-35.

Hamid, B. A., Ali, M. N. S., Zahir, M. N. M., Ann, T. B., Arham, A. F., Madzen, A. A., ... &
Khairodin, N. A. A. Sistem Merit Mahasiswa Rahim Kajai (SEMARAK): Tinjauan
Keberkesanan Perlaksanaannya Bagi Sesi Pengajian 2017/2018.

Kumar, V., Sanderson, L. J., & Kaur, A. (2021). Investigating the role of convenors in the PhD
viva. Assessment & Evaluation in Higher Education, 46(7), 1080-1091.

Kwade, P. C., Lugu, B. K., Lukman, S., Quist, C. E., & Chu, J. (2019). Farmers’ attitude
towards the use of genetically modified crop technology in Southern Ghana: The
mediating role of risk perception. AIMS Agriculture and Food, 4(4), 833-853.

Mohamed Zin, Z. N., & Yaakob, Z. (2020). Pembangunan mentaliti lestari masyarakat
Malaysia. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2, 38-53.

Mustapa, M. A. C., Amin, L., & Arham, A. F. (2020). Stakeholders’ Intention to Adopt Gene
Therapy in Malaysia: Effects of Age, Education, and Religion. SAGE Open, 10(4),
2158244020970206.

30
Mustapa, M. A. C., Arham, A. F., Amin, L., Mahadi, Z., & Hashim, H. (2021). Stakeholders’
Intentions to Purchase GM Rice in Malaysia.
Academy of Strategic Management Journal, 20(1), 1-5.

Mustapa, M. A. C., Batcha, M. F. N., Amin, L., Arham, A. F., Mahadi, Z., Yusoff, N. A. M.,
...& Hussain, W. H. W. (2021). Farmers' attitudes towards GM crops and their
predictors. Journal of the Science of Food and Agriculture, 101(13), 5457-5468.

Rahim, M. A., Arham, A. F., Chugh, U., Dixit, N., & Agarwal, S. (2021). A Study on Potential
Challenges on the Educational System During COVID-19. Turkish Online Journal of
Qualitative Inquiry.

Share, M. (2016). The PhD viva: A space for academic development. International Journal for
Academic Development, 21(3), 178-193.

Syed Alwi, S. F. (2006). Kerjaya pensyarah: Ibadah atau musibah? 57-65.

Wentzel, K. R., & Wigfield, A. (1998). Academic and social motivational influences on
students' academic performance. Educational Psychology Review, 10(2), 155-175.

31
LAMPIRAN

32
33
34
35
36

You might also like