You are on page 1of 20

PENGENALAN

Terdapat ramai tokoh yang terkenal berasal dari Daerah Muar seperti Dr.

Mohammad Taslim (tokoh perubatan), Dato’ Razali Ibrahim (tokoh politik) dan

sebagainya. Namun, pengkaji menetapkan untuk memilih Profesor Dato’ Dr. Hamid

Arshat sebagai kajian pengkaji. Dato’ Dr. Hamid Arshat merupakan tokoh perubatan

yang telah banyak memberi sumbangan di dalam bidang Peubatan Sakit Puan.

Pemilihan pengkaji terhadap tokoh kerana tokoh sendiri berasal dari daerah Muar

dan telah banyak memberi inspirasi kepada anak muda di daerah Muar. Tokoh juga

merupakan penduduk Kampung Parit Pinang Seribu yang menghabiskan zaman

persekolahannya di situ. Bukan itu sahaja, malahan pemilihan tokoh adalah

disebabkan oleh tokoh merupakan anatara Pakar Sakit Puan yang terawal sekali

muncul di persada perubatan Malaysia dan beliau juga banyak memberikan

sumbangan khususnya dalam bidang perubatan.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Abdul Hamid Bin Haji Arshat di lahirkan di Kampung Parit Pinang Seribu,

Muar, Johor pada tanggal 4 Januari 1945. Beliau merupakan anak kepada pasangan

Haji Arshat dan Hajah Safia. Beliau mempunyai 2 orang adik beradik iaitu Haji

Mahfud Bin Arshat dan Haji Abu Bakar Bin Arshat. Abang sulungnya iaitu Haji

Mahfud Bin Arshat bekerja sebagai Penceramah Agama di Pejabat Tabung Haji

manakala Haji Abu Bakar Bin Arshat merupakan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
1
pada tahun 2002. Bukan itu sahaja, Dr. Hamid Arshat juga mempunyai ibu tiri yang

bernama Hajah Mariam. Ayah kepada Dr. Hamid iaitu Haji Arshat berkahwin dengan

Hajah Mariam kerana ibu kandung Dr. Hamid meninggal dunia pada tahun 80-an.

Hajah Mariam dikurniakan anak perempuan iaitu Hajah Marfuah dan Hajah Rabuah.1

Dr. Hamid Arshat mula mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan

hatinya iaitu Datin Maimunah Binti Ismail. Mereka telah dikurniakan lima orang

cahaya mata. Beliau dikurniakan dua orang anak lelaki dan tiga orang anak

perempuan iaitu Imtiaz Shahrir, Arief, Lily Suraya, Ayesha dan Safia.2 Kesemua

anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dan sudah mendirikan

rumah tangga masing-masing. Kesemua anak beliau telah berumah tangga dan

masing-masing telah mempunyai anak. Dr.Hamid Arshat mempunyai 12 orang cucu

yang mana tujuh orang cucunya tinggal di Malaysia dan selebihnya menetap di

Amerika dan Perth, Australia. Ada dikalangan anaknya juga menjadi doktor yang

berjaya seperti Dr. Hamid Arshat.

SEJARAH PENDIDIKAN DR HAMID ARSHAT

Dr. Hamid Arshat mula mendapat pendidikan asas di Sekolah Kebangsaan Ismail,

Muar, Johor pada tahun 1961 sehingga tahun 1966. Di sekolah inilah beliau

memperkukuhkan Bahasa Inggerisnya. Hal ini kerana pada ketika itu sekolah ini

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah tersebut. Bukan

itu sahaja, malahan beliau juga dimasukkan ke Special Malay Class3 untuk

2
memperbaiki Bahasa Melayunya kerana pada ketika itu beliau hanya fasih bertutur

dalam Bahasa Jawa. Kemudiannya, beliau menyambung pelajaran ke peringkat

menengah di Sekolah Tinggi Muar pada tahun 1967. Selepas tamat peperiksaan LCE

(Lower Certificate Examination) pada usia 15 tahun, beliau diterima masuk ke

Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi, Selangor. Pada awalnya sebagai orang

kampung beliau tidak didedahkan tentang dunia perubatan kerana cita-cita beliau pada

mulanya hanyalah untuk menjadi seorang kerani atau guru. Ketika berada di maktab

inilah beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang perubatan dan mula berminat di

dalam bidang ini. Beliau pernah menjadi Pembantu Pegawai Perubatan bahagian

ketenteraan di Maktab Tentera Diraja tersebut. Ketika di Maktab juga beliau diajarkan

tentang beberapa perkara asas dalam kehidupan seperti displin, pergaulan, hidup

berdikari serta kemahiran berbaris dan menembak. Beliau menegaskan bahawa

sepanjang pembelajarannya di Maktab ia merupakan satu fasa yang amat penting dan

bermakna dalam membentuk peribadi serta sahsiah dan keperibadiannya.

3
Foto 1 : Dr. Hamid (sebelah kiri) ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja (RMC),

Sungai Besi, Selangor

Seterusnya, beliau memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di

Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau memperolehi MBBS (English-Medical

Bachelor and Bachelor of Surgery)4 di situ. Selanjutnya, beliau mendaftar masuk ke

University of Southampton, England di bahagian Obstetrics dan Gynaecology5 pada

tahun 1974. Beliau berjaya lulus dalam ujian MRCOG (Member of the Royal College

of Obstetricians and Gynaecologists) dan diikuti FRCOG (Fellow of the Royal

College of Obstetricians and Gynaecologists) yang diberikan dari Institute of

Obstretics, Queen Charlotte Hospital, London, United Kingdom pada tahun 1976.

Dari situ berputiklah satu karier yang sungguh menarik yang beliau perolehi

sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan.

SEJARAH KERJAYA DR. HAMID ARSHAT

Selepas Dr. Hamid Arshat memperoleh MBBS dari Universiti Malaya pada tahun

1970, beliau menjadi Pegawai Perubatan di bahagian Unit Surgeri, Hospital Besar

Melaka pada April 1970 hingga Mac 1971. Seterusnya, beliau ditukarkan ke Jabatan

Obstetriks dan Gynakologi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

berdekatan dengan kampung kelahirannya. Pada Oktober 1972 beliau juga menjadi

Pensyarah pelatih di (UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia di Jabatan Obstetriks

dan Gynekologi. Kerjaya beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau juga menjawat

jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetriks dan Gynaekologi di

Universiti Hospital, Petaling Jaya.


4
Selanjutnya, beliau juga menjadi Pegawai Perubatan di Jabatan Urologi dan

Nefrologi di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1974. Selepas beliau lulus

dalam ujian MRCOG dan FRCOG6 di London beliau memilih untuk pulang ke tanah

air dan menyambung tugasnya sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia

pada tahun 1978. Pada November 1978, beliau bertugas sebagai ‘Director of

Specialist & Reproductive Research Centre’ NFDP (National Famliy Planning Board),

Malaysia. Bukan itu sahaja, malahan beliau dilantik menjadi Profesor Madya di

Jabatan Obstetriks dan Gyenekologi pada Januari 1979. Dr, Abdul Hamid juga

dilantik menjadi Ketua Pengarah di National Population and Family Development

Board Malaysia pada Febuari 1985. Akhir sekali dari tahun 1989 sehingga kini beliau

menjadi Konsultan Obstretiks dan Gyenokologi di Pantai Medical Centre serta Klinik

Dr. Hamid Arshat di Plaza Damansara.

Bukan itu sahaja, malahan kini Dr. Hamid Arshat telah membuka kliniknya

sendiri yang diberi nama Klinik Dr. Hamid Arshat. Pada awalnya, klinik ini dibuka di

Bukit Damansara pada awal tahun 80-an namun kini klinik ini telah berpindah di

Kompleks YJN (Yayasan Jabal Nur)7, Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil. Kini, klinik

ini mempunyai ramai pakar yang terdiri daripada Pakar Kaunseling, Pakar Psikologi

dan Pakar Kanak-Kanak. Antara rawatan yang dijalankan di klinik ini adalah rawatan

kesuburan, Health Screening dan Perkhidmatan Berkhatan bagi bayi lelaki dan

perempuan yang dikendalikan sendiri oleh Dr. Hamid Arshat. Di samping itu, Klinik

Dr. Hamid Arshat juga menyediakan perkhidmatan scan peranakan untuk mengesan

5
sesuatu penyakit di dalam badan seseorang wanita. Beliau menggunakan alatan yang

terkini seperti teknologi ultrasound scan bagi menjalankan rawatan tersebut.

Foto 2 : Dr. Hamid Arshat menjalankan rawatan berkhatan di kliniknya

SUMBANGAN DR. HAMID ARSHAT DALAM BIDANG PERUBATAN

Terdapat banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Dr. Hamid Arshat dalam

bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, Dr. Hamid Arshat memperkenalkan

kaedah rawatannya dengan menggunakan 2 kaedah iaitu kaedah moden dan kaedah

tradisional. Dalam kaedah perubatan moden, beliau memperkenalkan rawatan

kesuburan dengan menggunakan kaedah bayi tabung uji atau IVF (In Vitro

Fertilization)8 yang sudah digunakan di serata dunia. IVF adalah program kehamilan

buatan di mana sperma dan sel telur disatukan di laboratorium dan bukan di dalam

rahim wanita. Apabila ia berhasil, embrio yang dihasilkan akan dipindahkan kembali
6
ke dalam rahim wanita, di mana embrio akan tumbuh menjadi bayi. Program hamil

bayi tabung uji adalah prosedur kehamilan buatan yang paling banyak digunakan oleh

pasangan yang sukar untuk hamil. Kaedah IVF ini juga dijalankan di klinik beliau

dengan kerjasama satu pusat IVF yang berpangkalan di ibu kota.

Lanjutan daripada itu, beliau sering menggunakan teknik pembedahan caesarean

ketika menjadi bidan bagi menyambut kelahiran bayi pesakitnya. Pembedahan

caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada

perut dan rahim (uterus) agar bayi boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi

wanita yang mengandung. Mengikut Dr. Hamid antara keadaan yang memerlukan

pembedahan caesarean ialah apabila pesakit tidak berupaya untuk bersalin secara

normal. Faktor ini adalah punca yang sering kali berlaku. Seterusnya, pembedahan

caesarean9 juga dilakukan apabila degupan jantung bayi dalam kandungan berada

dalam keadaan tidak normal. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tersebut tidak

menerima bekalan oksigen yang mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta

tidak berfungsi dengan baik.

Selain itu, dalam kaedah perubatan tradisional pula beliau memperkenalkan

penggunaan daun turi bagi pasangan yang mengalami masalah kekurangan air susu di

dalam badan. Tanaman yang memiliki nama ilmiah ’sesbania grandiflora’ ini

memiliki bunga yang unik. Dimana pada bunga tersebut memiliki kandungan nutrisi

seperti karbohidrat, protein, lemak, pelbagai jenis mineral (seperti kalium, fosfor, zat

besi, serta kalsium), dan juga berbagai jenis vitamin (seperti vitamin B1, B2, B6, C,

serta beta karoten). Bagi wanita yang menyusukan anak sangat digalakkan untuk
7
memakan bahagian bunga mahupun daun turi itu sendiri sebagai ulam-ulaman atau

dipergunakan dalam bahan masakan. Manfaat daun turi ini adalah untuk payudara

dipercayai dapat membantu menghasilkan hormon dan sekaligus meningkatkan air

susu dalam badan. Bukan itu sahaja, malahan beliau juga menggalakkan kepada

sesiapa yang mempunyai cyst fibroid endometriosis (penyakit yang menyebabkan

senggugut, kemandulan dan keguguran) dan adenomyosis (lapisan rahim berada di

luar rahim) untuk mengamalkan memakan sayuran ini.

Sebagai seorang doktor sudah pasti terlalu banyak pesakit yang sudah dirawat

oleh Dr. Hamid Arshat selama beliau berkecimpung di dalam bidang ini. Pada tahun

2015 buat pertama kalinya beliau berjaya mengeluarkan ketumbuhan fibroid sebesar

3kg di dalam badan seorang pesakit yang beliau rawat. Bukan itu sahaja, pada tahun

2011 beliau berjaya membuang ketumbuhan besar (adenomyosis dan

endometriotics)10 pada kedua-dua ovari seorang pesakitnya. Beliau menyatakan

bahawa ketumbuhan seperti ini kebiasaanya ditimpa oleh pesakit wanita yang

berumur 40-an namun disebabkan beberapa faktor, di zaman ini ketumbuhan seperti

ini juga boleh menimpa pesakit wanita yang berumur 20-an.

Bukan itu sahaja, malahan pada 27 November tahun 2015 Dr. Hamid Arshat

berjaya membuang lebih 20 ketul ketumbuhan fibroids yang terdapat di dalam rahim

pesakitnya. Beliau menyatakan bahawa pesakit itu mungkin tidak mempunyai harapan

untuk mengandung namun Dr. Hamid dengan sedaya upaya membantu pesakit

tersebut. Selepas membuang lebih 20 ketul fibroids di dalam rahim wanita tersebut

beliau memberikan rawatan susulan seperti melakukan pembedahan myomectomy11


8
dan melakukan Xray HSG (Hystero Salpingo Gram) untuk membuka tiub fallopian

bagi membolehkan pesakit tersebut melahirakan anak semula. Akhirnya, beliau

berjaya hamil dan telah pun memperoleh anak.

Di samping itu, pada penghujung tahun 2014 berlaku peristiwa yang tidak boleh

dilupakan iaitu beliau berjaya menyambut kelahiran bayi kembar empat dengan

selamat. Kesemua 4 orang bayi tersebut dalam keadaan yang baik dan sihat ketika

dalam kandungan ibunya. Dr. Hamid memberikan penjagaan yang rapi terhadap

pesakit tersebut supaya pesakit tersebut berjaya melahirkan keempat-empat orang

bayinya dengan selamat. Pada awalnya, Dr. Hamid merasakan bahawa peluang

keempat-empat bayi tersebut dilahirkan secara normal adalah agak mustahil kerana

keadaan pesakit tersebut yang sentiasa berada dalam keadaan lemah dan mudah penat.

Namun dengan dorongan dan penjagaan yang diberikan oleh beliau akhirnya pesakit

tersebut berjaya melahirkan keempat-empat orang anaknya dengan normal. Antara

penjagaan rapi yang diberikan oleh Dr. Hamid adalah membalut kesemua peralatan

dan bucu meja yang tajam dengan plaster agar ia tidak dapat mencederakan kulit perut

pesakit tersebut.

Tambahan pula, sebagai seorang doktor pakar sakit puan beliau juga menyambut

sendiri kelahiran 8 orang cucunya. Antaranya ialah cucu pertamanya yang bernama

Mohammad Bin Arief. Perkara ini membuatkan beliau berasa bangga dan terharu

kerana beliau berjaya menyambut sendiri kelahiran cucu pertamanya. Selanjutnya,

menurut sepupu beliau iaitu Rohana Binti Haji Narawi pada tahun 1971 ketika Dr.

Hamid Arshat berkhidmat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar beliaulah


9
merupakan individu yang bertanggungjawab membantu sepupunya itu membuang

apendiks di dalam perutnya pada ketika itu.12 Di sini dapat dilihat bahawa walaupun

tokoh sudah menjadi orang yang berjaya dan berjawatan tinggi beliau masih lagi tidak

melupakan ahli keluarga dan saudara mara beliau.

Foto 3 : Dr. Hamid Arshat menyambut kelahiran cucu pertamanya Mohammad Bin

Arief

SUMBANGAN DR. HAMID ARSHAT DALAM BIDANG MOTIVASI

Walaupun Dr. Hamid Arshat merupakan seorang Doktor Pakar Sakit Puan

yang berjaya namun beliau juga merupakan seorang pakar dalam bidang motivasi.

Beliau banyak memberikan motivasi dan ceramah seperti di Pejabat Kementerian dan

Kesihatan, Institut Kesihatan Awam, Persatuan Persekutuan Perancangan pada tahun


10
1980 hingga tahun 1982 tentang sebab dan kesan hubungannya dalam perancangan

keluarga dan masalah ketidaksuburan. Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam

program televisyen “KESUMA” pada tahun 1981 hingga tahun 1983 dan

membincangkan tentang masalah pengguguran, masalah dan gangguan haid serta

beliau menerangkan tentang kaedah penjagaan pantang selepas bersalin dari aspek

moden dan tradisional.13

Kebanyakan topik yang sering beliau nyatakan dalam motivasi beliau adalah

kepentingan pendidikan keibubapaan. Misalnya Dr. Hamid sering menyatakan

bahawa ibu bapa merupakan individu yang terpenting dalam menghasilkan generasi

ummah yang berkualiti dan untuk melahirkan anak-anak yang berilmu, mahir, pintar

dan berakhlak mulia. Di Kompleks Yayasan Jabal Nur (YJN) beliau bercadang untuk

melaksanakan program pendidikan keibubapaan dengan kerjasama

pertubuhan-pertubuhan, institusi dan pakar-pakar yang mahir di dalam bidang ini.

Lain daripada itu, beliau juga memberikan pesanan yang penting khususnya

kepada golongan wanita. Tegasnya beliau menasihatkan kepada golongan wanita agar

sentiasa menjaga kesihatan sebelum ditimpa sebarang penyakit yang boleh

memudaratkan diri. Beliau juga menegaskan bahawa pentingnya seseorang wanita itu

menjaga pemakanan, percakapan dan perbuatan semasa sedang mengandung. Hal ini

demikian kerana Dr. Hamid menegaskan bahawa sebarang perbuatan negatif yang

dilakukan oleh ibu yang sedang mengandung mampu untuk memberikan kesan

terhadap kandungannya kelak.

11
Bahkan juga, Dr. Hamid menyatakan akan masalah sukar hamil akibat stress,

penyakit endometriosis dan PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) mungkin adalah

daripada faktor yang sama iaitu terlalu banyak toksin dalam badan. Beliau

menyatakan bahawa pesakit boleh cuba mengamalkan dua perkara yang mudah untuk

mengatasi masalah ini. Pertama 'deep breathing' iaitu sedut nafas melalui hidung

perlahan-lahan dan mendalam, kemudiannya hembus nafas keluar juga dengan

perlahan-lahan melalui mulut. Ulang 5 hingga 10 kali pada setiap sesi, ia boleh

dilakukan dimana-mana seperti di pejabat, rumah, dan di dalam kenderaan. Kedua

beliau menegaskan tentang kepentingan meminum teh hijau. Gunakan teh hijau dalam

uncang atau serbuk teh dan bukannya green tea yang telah siap sebagai minuman

dalam kotak atau botol.

Bukan itu sahaja, malahan klinik beliau juga iaitu di Kompleks Yayasan Jabal

Nur ada menyediakan sesi bimbingan dan kaunseling secara percuma yang

dikendalikan oleh beliau dan juga pakar-pakar YJN yang lain. Kebiasaanya mereka

yang hadir untuk sesi bimbingan dan kaunseling adalah untuk mendapatkan

pandangan serta tips tentang masalah-masalah kesihatan wanita, isu-isu kekeluargaan,

masalah peribadi dan cara pengurusan diri yang baik. Sesi ini dapat membantu

pesakit-pesakitnya untuk menyelesaikan masalah yang dialami dan mengurangkan

tekanan yang mereka alami.

SUMBANGAN DR. HAMID ARSHAT DALAM BIDANG KEAGAMAAN

12
Dr. Hamid Arshat juga menyumbangkan jasa beliau di dalam bidang keagamaan.

Hal ini kerana perwatakan beliau sendiri yang merupakan seorang yang warak dan

berpegang teguh kepada agama. Ketaatan beliau terhadaap agama juga didorong oleh

ayahnya, Haji Arshat yang merupakan seorang bilal di kampung kelahirannya. Selain

itu, sepupu terdekatnya iaitu Haji Talib Mus mengatakan bahawa Dr. Hamid Arshat

sentiasa bertanyakan tentang ilmu agama kepada abangnya iaitu Haji Mahfud Arshat

yang merupakan seorang penceramah agama di Tabung Haji Muar.

Antara jasa Dr. Hamid dalam bidang keagamaan adalah beliau menjadi

penyumbang terbesar dalam pembinaan masjid di Kampung Parit Pinang Seribu,

Muar, Johor. Masjid tersebut digunakan oleh penduduk kampung untuk tujuan

beribadah, mengadakan kelas agama dan menjadi tempat komuniti masyarakat dalam

mengadakan majlis-majlis keagamaan. Masjid tersebut mula dibina pada tahun 2009

untuk menggantikan masjid asal yang sudah usang dan lama. Beliau juga mewakafkan

sebidang tanah di kampung tersebut pada tahun 1998 bagi tujuan untuk dijadikan

sebagai tanah perkuburan.

13
Foto 4 : Pengkaji berada di Masjid Kampung Parit Pinang Seribu

KEJAYAAN DR. HAMID ARSHAT

Selama 40 tahun, Dr. Abdul Hamid Arshat berkecimpung dalam bidang

perubatan, beliau telah mengecapi pelbagai kejayaan selama tempoh perkhidmatan

beliau sebagai seorang Doktor Pakar Sakit Puan. Antara kejayaan yang beliau telah

kecapi adalah memperoleh MBBS (English-Medical Bachelor and Bachelor of

Surgery) dari Universiti Malaya pada tahun 1970. Selain itu, beliau juga memperoleh

MRCOG (Member of the Royal College of Obstetricians and Gynaecologists) dari

University of Southampton, England dan FRCOG (Fellow of the Royal College of

Obstetricians and Gynaecologists) yang diberikan dari Institute of Obstretics, Queen

Charlotte Hospital, London, United Kingdom pada tahun 1976.

Di samping itu, beliau juga memperoleh gelaran Profesor dari UKM (Universiti

Kebangsaan Malaysia) pada 1 Mei, 1983 sebagai Profesor Jabatan Obstetrik dan

Ginakeologi. Beliau juga memperoleh gelaran ‘Dato’ dari Sultan Johor selepas beliau

berjaya mengharumkan nama Malaysia sebagai wakil negara ke

simposium-simposium antarabangsa seperti di Korea Selatan, Jepun, Thailand,

Indonesia, United Kingdom, Singapura dan Filipina. Antara simposium yang diwakili

beliau adalah Fourth International Congress of Voluntary Sterilization di Seoul Korea

pada May 1979, Ninth World Congress of Obstetrics & Gynaecology di Tokyo, Jepun

pada Oktober 1979 dan banyak lagi simposium yang dihadiri beliau.

14
KESIMPULAN

Pada pandangan pengkaji, tokoh merupakan seorang yang sangat berdisplin dari

segala aspek yang beliau ceburi. Hal ini membuatkan pengkaji terinspirasi dengan

kejayaan-kejayaan yang pernah dikecapi oleh Dr. Hamid Arshat. Dapat dirangkumkan

juga bahawa terlalu banyak sumbangan yang telah diberikan tokoh di dalam dunia

perubatan dan beliau boleh dijadikan sebagai role model kepada orang ramai.

Harapan tokoh ialah beliau berharap agar lebih ramai golongan lelaki atau “Pak

Bidan” yang berani untuk berkecimpung di dalam bidang ini. Hal ini kerana beliau

tidak mahu kita berada di pemikiran kelas ketiga yang mana hanya golongan wanita

sahaja yang boleh berkecimpung di dalam bidang perubatan sakit puan.

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini ia dapat menambahkan lagi

pengetahuan masyarakat tentang tokoh ini yang merupakan anatara anak Melayu

terawal yang berani menceburkan diri dalam bidang ini. Hal ini sekaligus

membolehkan masyarakat dapat mengetahui sumbangan yang telah tokoh berikan

khususnya dalam bidang perubatan.

NOTA AKHIR

1. Orang Sumber, Haji Mohammad Talib Mus, Sepupu Dr. Hamid, 470316-01-5687.

2. Dr. Abdul Hamid Bin Arshat, Titisan Zuriat, (Gombak: Penerbit Pustaka Wira,

1988), 1.

15
3. Orang Sumber, Haji Nahrawi Bin Marzuki, Ayah Saudara Dr. Hamid,

320630-01-5062.

4. Rahul, “My Biodata/CV/Curriculum Vitae”

http://www./my-biodata-cv-curriculum-vitae.html (diakses pada 13 Januari 2018)

5. Rahul, “My Biodata/CV/Curriculum Vitae”

http://www./my-biodata-cv-curriculum-vitae.html (diakses pada 13 Januari 2018)

6. Alex Setia, “Gelaran Doktor Specialis” https://alexsetia.wordpress.com (diakses

pada 22 Januari 2018)

7. Nur Shafika, “Rawatan di Yayasan Jabal Nur,” http://www.jabalnur.net/376648657

(diakses pada 20 Januari, 2018)

8. Dr.Hamid Arshat, “Rawatan Kesuburan” http://hamidarshat6.blogspot.my/ (diakses

pada 20 Januari, 2018)

9. Intan Hamidah Yazek, “Bersalin Secara Pembedahan Caeseran”

https://www.babycenter.com.my (diakses pada 30 Januari, 2018)

10. Dr. Rabindran Gandhi, “Tanda-Tanda Edometriosis”

http://drrabin.my/my/blog/.com (diakses pada 2 Febuari, 2018)

11. Dr.Hamid Arshat, “Tingkat Kesuburan” http://hamidarshat6.blogspot.my/ (diakses

pada 20 Januari, 2018)

12. Orang Sumber, Rohana Binti Nahrawi , Adik Saudara Dr. Hamid, 580101-016268

16
13. Rahul, “My Biodata/CV/Curriculum Vitae”

http://www./my-biodata-cv-curriculum-vitae.html (diakses pada 13 Januari 2018)

BIBILIOGRAFI

 Dr. Abdul Hamid Bin Arshat. Titisan Zuriat, Gombak: Penerbit Pustaka Wira,

1988

 Dr. Abdul Hamid Arshat. “Mandul: Rawatan Ubat Subur Boleh Membantu.”

Utusan Malaysia (Kuala Lumpur), 5 Febuari 1999.

 Nur Shafika. “Yayasan Jabal Nur,” http://www.jabalnur.net/376648657

 Nuffnang. “Doktor Pakar.” http://drpakar.blogspot.my.html.

 Rahul. “My Biodata/CV/Curriculum Vitae”

http://www./my-biodata-cv-curriculum-vitae.html

17
LAMPIRAN

Foto 1 : Pengkaji bersama Haji Talib Bin Mus (Sepupu Dr. Hamid Arshat)

Foto 2 : Pengkaji di Kampung kelahiran Dr. Abdul Hamid Arshat

18
Foto 3 : Pengkaji menemu bual Haji Nahrawi Bin Marzuki (Ayah Saudara Dr. Hamid

Arshat)

Foto 4 : Pengkaji di rumah Dr. Hamid Arshat

Foto 5 : Pengkaji di Sekolah Tinggi Muar yang merupakan sekolah menengah Dr.

Hamid Arshat

19
Foto 6 : Pengkaji bersama Haji Jaruki Bin Hassan dan Hajah Khadijah Binti Ahmad

(Penduduk kampung Dr. Hamid Arshat)

20

You might also like