You are on page 1of 5

Tema : Sejarah Perubatan Dan Kesihatan

Tajuk : Peranan Ustaz Rafizie Bin Rahaidir dalam bidang Perubatan Islam di Shah Alam,

Selangor dari tahun 2010 hingga 2020.

Pengenalan

Tokoh Perubatan merupakan orang yang telah berjasa kepada masyarakat dalam bidang

kesihatan yang mampu dijadikan contoh kepada generasi muda yang akan datang. Kaedah Perubatan

Islam merupakan satu cabang usaha seorang pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit serta

permasalahan emosi atau rohani yang dihadapi. Namun begitu, Perubatan Islam bukanlah bertujan

bagi mengambil alih rawatan alopati tetapi sebagai pelengkap bagi rawatan yang diterima. Selain itu,

juga boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar disamping usaha bagi

pesakit yang masih belum sembuh daripada pelbagai kaedah rawatan perubatan moden. Perubatan

Islam berasal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang bersanat dari Nabi Muhammad SAW. Antara

tokoh perubatan Islam di Malaysia ialah Allahyarham Ustaz Ismail bin Kamus, Allahyarham Dato

Dr.Harondin Al-Hafiz dan Dato Ustaz Syarhan Syafie. Sehubungan dengan itu, di Shah Alam,

Selangor terdapat seorang tokoh Perubatan Islam yang pakar dalam bidang ini. Beliau ialah Ustaz

Rafizie bin Rahaidir. Beliau memainkan peranan penting dalam bidang Perubatan Islam di Shah

Alam, Selangor dari tahun 2010 hingga 2020.

Objektif kajian

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, terdapat beberapa objektif kajian. Antaranya untuk

menjelaskan latar belakang Ustaz Rafizie bin Rahaidir. Selain itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah

untuk mengenalpasti sumbangan beliau dalam bidang Perubatan Islam dari tahun 2010 hingga 2020.

Akhir sekali, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dan pencapaian yang dihadapi

sepanjang proses perubatan yang dilakukan sebagai ahli Perubatan Islam selama 10 tahun, iaitu dari

tahun 2010 hingga 2020.

1
Permasalahan kajian

Permasalahan kajian ini di dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti siapakah Ustaz

Rafizie bin Rahaidir. Ini kerana beliau adalah tokoh yang yang mahir dalam Perubatan Islam di Shah

Alam. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti apakah sumbangan dan pencapaian beliau

dalam bidang Perubatan Islam di Shah Alam. Melalui kajian ini juga, pengkaji akan meneliti apakah

cabaran yang dihadapi oleh beliau sebagai ahli Perubatan Islam.

Skop kajian

Antara skop kajian di dalam kajian ini ialah mengenai Ustaz Rafizie bin Rahaidir dan

penglibatannya dalam bidang Perubatan Islam. Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga turut

membataskan ruang kajian iaitu hanya di Shah Alam iatu di daerah Petaling Jaya. Dari segi tempoh

kajian, kajian ini bermula dari tahun 2010 hingga 2020. Tempoh kajian ini dipilih kerana beliau telah

berpengalaman sebagai ahli Perubatan Islam selama 10 tahun di Shah Alam.

Sorotan kajian lepas

Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap beberapa kajian lepas berhubung tajuk penyelidikan

ini. Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah diperoleh daripada sorotan kajian lepas iaitu

Ketokohan dan Sumbangan Dr. Jahid Sidek dalam Bidang Perubatan Islam di Malaysia oleh Dr.

Farhah Zaidar Mohammed Ramli. Di dalam karya ini dinyatakan segala latar belakang tokoh

Dr.Jahid Sidek serta pengalaman beliau sebagai ahli perubatan Islam yang berpengalaman lebih

daripada 20 tahun.

Selain itu, karya Perkembangan Ilmu Perubatan Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam oleh

Nizaita Omar. Ilmu Perubatan ini telah wujud sejak zaman Sahabat r.a dan Bani Umaiyah dan

terdapatnya bukti kewujudan ilmu perubatan tersebut dalam mengubati penyakit yang dialami.

2
Akhir sekali, berdasarkan tesis Perubatan Islam Satu Perkembangan Tokoh dan Sumbangan

oleh Mohd Hasbie Al-Shiddieque Ahmad. Terdapat tokoh Perubatan Islam terdahulu seperti Sheikh

Abd Salam Bali yang merupakan tokoh dalam penulisan ilmiah mengenai Perubatan Islam yang juga

menjadi sumber rujukan kepada dunia Perubatan Islam di Malaysia.

Kaedah kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga langkah kaedah untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pada mulanya pengkaji menjalankan penyelidikan

kepustakaan untuk meneroka sumber sekunder seperti buku, majalah, arikel dan carian internet di

perpustakaan SMK Sungai Kapar Indah. Daripada hasil kaedah tersebut, pengkaji dapat membaca

bahan-bahan ilmiah seperti buku, catatan, akhbar dan majalah untuk mendapatkan sejarah dan

maklumat berkaitan dengan tokoh dalam dunia Perubatan Islam.

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual dengan orang

sumber bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam mengenai kajian yang akan dijalankan. Solan-

soalan berkaitan kajian telah dirangka oleh pengkaji sendiri bagi memudahkan pencarian maklumat

dengan orang sumber yang melibatkan Ustaz Rafizie bin Rahaidir sahaja.

Pembahagian struktur esei

Pembahagian struktur esei ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan

kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan tentang tokoh perubatan Islam di

Malaysia secara umum dan mengaitkan dengan tajuk kajian. Pada bahagian isi , pengkaji akan

mebincangkan mengenai latar belakang tokoh iaitu biodata tokoh dan melihat permulaan beliau

dalam dunia Perubatan Islam. Selain itu, kajian ini memfokuskan kepada sumbangan beliau dalam

dunia Perubatan Islam. Seterusnya, kajian ini juga menghuraikan pencapaian yang dicapaikan oleh

beliau serta cabaran yang dihadapi oleh tokoh sebagai ahli Perubatan Islam dari tahun 2010 sehingga

2020. Pada bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumuskan hasil kjian yang telah dilakukan.

3
Penutup

Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi ilmu tentang kejayaaan tokoh sebagai ahli

Perubatan Islam kepada masyarakat moden masa kini. Selain itu, diharapkan orang ramai akan

berminat mengenali dunia Perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Malahan,

diharapkan ilmu Perubatan Islam ini mampu diteruskan sehingga ke generasi yang akan datang.

4
Bibliografi

Sumber Primer

Nama: Mohd Rafizie bin Rahaidir

Umur: 40 tahun

Tempat: Pelatih Pusat Kemahiran (CIAST), 40 tahun, 48 Jalan Sangkar, 19/7 Seksyen 19, 40300

Shah Alam, Selangor.

Tarikh:

Sumber Sekunder

Ahmad Iman Ariel. Pakar Perubatan. Kuala Lumpur, Sabunai Media Sdn Bhd, 2011.

Dr. Farhah Zaidar Mohammed Ramli, Ketokohan dan Sumbangan Dr. Jahid Sidek Dalam Bidang

Perubatan Islam di Malaysia. http://conference.kuis.edu.my, 7/4/2022

Nizaita Omar, Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam.

https://www.ukm.my, 7/4/2022

Mohd Hasbie Al-Shiddique Ahmad, Perubatan Islam: Satu Perkembangan dan Sumbangan Tokoh.

https://conference.kuis.edu.my, 7/4/2022

You might also like