You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340573369

Keberkesanan Pengajian Akidah Bagi Mualaf: Analisis Keperluan

Conference Paper · April 2020

CITATIONS READS

0 1,292

3 authors, including:

Kamal Azmi Abd. Rahman Rosni Wazir


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia International Islamic University College Selangor
39 PUBLICATIONS   13 CITATIONS    90 PUBLICATIONS   56 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Penggunaan Konsep Living Hadis dalam Kalangan Penggerak Pemikiran Liberal View project

Modul Berasaskan Hujah Dalam Menangani Golongan Anti Hadis (GAH) di Malaysia: Aplikasi Kaedah Saintifik View project

All content following this page was uploaded by Kamal Azmi Abd. Rahman on 13 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KEBERKESANAN PENGAJIAN AKIDAH BAGI MUALAF: ANALISIS KEPERLUAN

Kamal Azmi Abd Rahman1


Mohd Noor Hussin1
Rosni Wazir1
1
Pensyarah di Fakulti Pengajian Peradabab Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Abstrak
Akidah adalah perkara asas dalam Islam dan menjadi misi utama dalam dakwah Nabi SAW.
Oleh yang demikian, dalam kajian berkenaan dengan mualaf, akidah hendaklah dijadikan
sebagai subjek perbincangan utama bagi penyelidik. Objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis keperluan kajian keberkesanan pengajian ilmu akidah bagi mualaf berdasarkan
kepada literatur. Literatur akan dibataskan kepada tempoh tiga tahun iaitu bermula daripada
tahun 2017 sehingga 2019. Bahan-bahan literatur yang telah dikumpulan akan dianalisis secara
tematik. Kajian menadapati terdapat 15 artikel yang mengkaji tentang mualaf. Dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian telah membahagikan kajian tersebut kepada
tujuh tema iaitu 1) Pendidikan Mualaf dan Keluarga, 2) Kajian Tokoh Mualaf, 3) Syariah
Mualaf, 4) Kefahaman Akidah, 5) Masalah Mualaf, 6) Pengurusan Mualaf dan 7) Metodologi
Dakwah Terhadap Mualaf. Hasil analisis tematik ini menjelaskan bahawa terdapat keperluan
kepada kajian keberkesanan modul atau kurikulum pengajian akidah bagi mualaf.

Kata Kunci: Mualaf, akidah, analisis keperluan

1.0 Pengenalan
Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Walaupun terdapat tiga elemen penting dalam
Islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak, akidah merupakan asas paling penting kepada
pembinaan syariah dan akhlak. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada sirah Nabi SAW dan
sejarah Sahabat RA, akidah dan keimanan merupakan perkara yang menjadi fokus utama dalam
dakwah. Buktinya, dalam tempoh 13 tahun pertama dakwah Baginda SAW selepas diangkat
menjadi Rasul bagi membawa Risalah Kebenaran, Baginda SAW hanya menekankan aspek
akidah. Ayat-ayat Quran yang diturunkan di Mekah dalam tempoh ini juga merupakan ayat-
ayat yang berkaitan dengan akidah. Manakala ayat-ayat berkaitan dengan syariah hanya
diturunkan selepas peristiwa Hiijrah di Madinah.
Oleh yang demikian, dalam pendidikan dan pembangunan keperibadian saudara baru
atau mualaf, fokus utama yang harus ditekankan adalah hal-hal yang berkaitan dengan akidah.
Mualaf adalah golongan yang mempunyai hati yang lembut dan telah diberikan hidayah untuk
kembali kepada agama fitrah. Mereka adalah penganut agama Islam baru yang memerlukan
pemantapan diri dalam hal-hal yang berkaitan Islam. Mereka seharusnya diberikan pemahaman
terhadap perkara asas Islam iaitu akidah. Menyedari akan kepentingan tersebut, kajian dan
analisis literatur ini dijalankan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan
1
kajian keberkesanan pengajian ilmu akidah bagi mualaf berdasarkan kepada literatur. Analisis
ini dijalankan secara tematik terhadap kajian lepas dalam tempoh tiga tahun ke belakang
bermula daripada tahun 2017 sehingga 2019.

2.0 Kajian Literatur


Terdapat 15 kajian yang dianalisis dan telah diklasifikasikan kepada tujuh tema iaitu
pendidikan mualaf dan keluarga, kajian tokoh mualaf, syariah mualaf, kefahaman akidah,
masalah mualaf, pengurusan mualaf dan metodologi dakwah terhadap mualaf.

2.1 Pendidikan Mualaf dan Keluarga


Kajian kes yang bertajuk Pengajaran Akidah dalam Kalangan Mualaf di Institut Dakwah
Islamiyah PERKIM (Kasim, Hamid, & Jemali, 2017) meneroka pelaksanaan pengajaran akidah
dengan menganalisis PPK yang dimiliki oleh pensyarah di IDIP, PERKIM. Ia dilaksanakan
semasa proses pengajaran akidah kepada golongan mualaf. Data diperolehi daripada instrumen
soal selidik, protokol temu bual dan analisa dokumen. Proses pemikiran dan tingkah laku
pensyarah di dalam bilik darjah dikaji berdasarkan lingkaran model pelaksanaan pedagogi dan
tindakan pengajaran. Kajian mendapati kemahiran PPK yang ditunjukkan oleh semua
pensyarah mencerminkan pengalaman ‘wisdom of practice’ dan ‘wise practice’ dalam
pengajaran subjek akidah. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan khusus dalam
pengajaran akidah kepada golongan mualaf untuk membina jati diri dengan pegangan akidah
yang kukuh. Kajian tidak melihat kandungan kurikulum akidah, tetapi hanya tertumpu kepada
aspek pedagogi dan keberkesanannya.
Kajian tentang pendidikan keluarga mualaf yang bertajuk Pendidikan Islam Bagi
Remaja Dalam Keluarga Mualaf (Studi Kasus Di Desa Mayang, Gatak, Sukoharjo Tahun
2017) (Muhram Hasan Mahfud, 2017) bertujuan untuk mengetahui metode dan bahan atau
kandungan pendidikan Islam bagi remaja dalam keluarga mualaf di Desa Mayang Kecamatan
Gatak Kabupaten Sukoharjo pada tahun 2017. Hasil penelitian menunjukkan bahawa metode
pendidikan yang digunakan oleh keluarga mualaf meliputi; a) keteladanan, b) pembiasaan, c)
nasihat, d) motivasi, e) soal-jawab dan f) pemberian hal-hal positif. Bahan atau kandungan
yang diberikan oleh keluarga mualaf pula meliputi; a) ibadah b) akhlak c) pergaulan. Manakala
faktor pendukung ialah lingkungan yang memiliki kesedaran agama baik dan tingkat
kepedulian orang tua yang tinggi dan faktor penghalang pelaksanaan pendidikan Islam dalam
keluarga mualaf adalah pergaulan sebahagian remaja yang tidak terkawal dan pengetahuan
agama yang dimiliki oleh orang tua mualaf masih kurang. Kajian ini memfokuskan kepada
2
orang tua dan remaja mualaf. Kajian lapangan ini juga melihat pendidikan kepada anak
golongan mualaf dan tidak memfokuskan kepada aspek kandungannya secara mendalam
terutamanya dalam bidang akidah.
Kajian Pendidikan Agama Islam bagi Mualaf di Pesantren Pembinaan Muallaf
Yayasan An-Naba Center Indonesia (Syarifah, 2017) menjelaskan tentang pendidikan agama
Islam bagi mualaf yang dilaksanakan di Pesantren Pembinaan Muallaf Yayasan an-Naba
Center Indonesia. Kajian ini membahaskan tentang faktor pendukung dan penghalang bagi
perlaksanaan pendidikan mualaf serta menentukan implikasinya. Pendidikan yang dijalankan
adalah persediaan pelajar untuk menempuh pendidikan formal di luar dan tidak formal di dalam
pesantren. Pendidikan yang diberikan bertujuan untuk dakwah dan tiada batas usia. Ia
memperkenalkan ilmu agama Kristian dan kuliah tambahan, mengintegrasikan metode
pendidikan formal dan tidak formal, menggabungkan pendekatan ilmu perbandingan agama
mengenai agama Kristian dan pendekatan saintifik serta tiada laporan harian ataupun rapor.
Kajian mendapati antara faktor pendukung ialah seperti minat belajar yang tinggi, kompetensi
guru dan kemudahan yang mencukupi. Implikasi daripada pendidikan dapat dilihat melalui
perubahan karakter, pembinaan jati diri Islam, menjadi pendakwah Islam, menghafal Quran,
mengenal hakikat Tuhan dan Islam serta semakin yakin terhadap identiti keislamannya. Kajian
juga mendapati beberapa isu dan saranan dalam pendidikan mualaf antaranya ialah
penambahan material pembelajaran sama ada bersifat pengetahuan mahupun pengembangan
diri, melaksanakan program sukarelawan untuk membantu dan/atau mendampingi ilmuwan
Islam dalam melaksanakan pembelajaran dan mencari penyumbang tetap serta membina unit
penjanaan keewangan sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini menyelidiki aspek kandungan
dan keberkesanan pendidikan mualaf, namun tidak mengkaji secara mendalam tentang
kandungan subjek pengajaran tersebut.

2.2 Kajian Tokoh Mualaf


Terdapat dua kajian yang dijalankan tentang tokoh mualaf. Salah satu daripadanya ialah kajian
yang bertajuk Diversity not Uniformity: Chinese Muslim Preachers and Politicians in
Indonesia (Weng & Medan, 2017). Kajian ini menjelaskan tentang kehidupan dua tokoh
peribadi mualaf penting di Indonesia iaitu Felix Siauw dan Anton Medan. Kajian mendapati
parti dan jaringan perniagaan lebih penting daripada indentiti keagamaan seseorang individua
atau pun calon. Kajian tertumpu kepada kehidupan sosio-politik dan sosio-agama masyarakat
Indonesia melalui keperibadian dua tokoh Cina Muslim. Namun begitu, kajian tidak

3
menjelaskan tentang kandungan ucapan, pengaruh dan indentiti keagamaan yang
dimaksudkan.
Satu lagi kajian tentang tokoh mualaf yang penting ialah kajian yang bertajuk
Converting to Otherness, Islam, Autobiography and Embracing the Other (Mahmoud Ahmed
Khalifa, 2019). Kajian ini telah mengkaji dua orang tokoh mualaf iaitu Muhammad Asad dan
Kristiane Backer berdasarkan kepada autobiografi mereka. Muhammad Asad menjelaskan
pertentangan ideologi Barat dengan Islam dan mengkritik materialism dan Barat moden.
Sebaliknya, Kristiane Backer menjelaskan bahawa memeluk agama Islam tidak menjejaskan
kehidupan dan tradisi asal mereka. Ia bukan suatu bentuk tindakan radikal seperti mana yang
difahami oleh masyarakat Barat. Oleh itu, kajian ini juga telah mengkaji tentang pemikiran
tokoh mualaf. Namun konteksnya berbeza dengan kajian yang pertama di Indonesia, kajian ini
pula berdasarkan kepada konteks Barat.

2.3 Syariah Mualaf


Distributing Zakat to Non-Muslims According to the Views of the Assembly of Acehnese Dayah
Ulama (HUDA) (Hashim, Hamat, & Hanapi, 2017) adalah kajian tentang pembahagian zakat
bagi mualaf berdasarkan kepada pandangan ulama’ di Aceh, Indonesia. Kajian memfokuskan
kepada pentafsiran terminologi mualaf oleh ulama tafsir dan juga ulama HUDA (Himpunan
Ulama Acheh). Tafsiran ini penting kerana ia adalah syarat untuk melayakkan mualaf
menerima zakat. Kajian mendapatkan data melalui kaedah analisis kandungan dan temubual.
Ia telah mendapati bahawa ulama tafsir mentafsirkan mualaf sebagai Muslim dan non-Muslim
manakala ulama HUDA mentafsirkannya sebagai golongan Muslim sahaja. Ini kerana
padangan ulama HUDA diambil daripada mazhab shafie serta pandangan ulama terdahulu
tentang keharusan berzakat kepada Muslim sahaja.
Satu lagi kajian berkenaan dengan Syariah mualaf ialah Hikmah Tut Tasyri’ Ahli Waris
Mualaf Setelah Pewaris Meninggal Dunia Mendapatkan Harta Warisan (Yusida Fitriyati,
2018). Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang perwarisan pewaris mualaf kepada ahli
waris yang bukan Islam. Ia menggunakan kaedah penelitian kepustakaan (library research).
Data-data diperolehi daripada sumber pustaka dan dianalisis secara deskriptif kualitatif. Kajian
mendapati bahawa Imam Ahmad berpendapat bahawa ahli waris bukan Islam tidak terhalang
dan berhak menerima harta warisan. Pengkaji berpandangan bahawa hikmah di sebalik
keharusan ahli waris mualaf mendapatkan harta warisan setelah pewaris meninggal dunia
adalah untuk menambahkan keyakinan dan keimanan ahli waris mualaf. Selain itu, ia juga
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli waris dengan pewaris yang sudah
4
meninggal dunia. Oleh itu, kedua-dua kajian ini memberikan fokus kepada Syariah mualaf iaitu
berkenaan dengan zakat dan perwarisan. Ia tidak membincangkan tentang pengajian akidah
kepada mualaf dan keberkesanannya.

2.4 Kefahaman Akidah


Terdapat satu kajian yang pernah dijalankan tentang kefahaman akidah dalam kalangan mualaf
iaitu Tahap Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf di Negeri Selangor (Shaharuddin,
Shaharuddin, Marlon, & Amat Misra, 2018). Kajian ini telah mengkaji tentang tahap
kefahaman akidah golongan mualaf di Selangor. Instrumen soal selidik telah digunakan dan
seramai 248 orang responden menjadi sampel daripada 9 buah daerah di negeri Selangor.
Kajian menunjukkan tahap kefahaman akidah dalam kalangan mualaf berada pada tahap
sederhana dengan nilai min = 3.61 dan sisihan piawai = 0.534. Justeru, pengkaji menyarankan
agar pelbagai pihak dapat memberikan perhatian dan membuat penambahbaikan supaya
keberhasilan pembelajaran akidah terutamanya dari segi kefahaman mualaf dapat dicapai.
Dapatan ini menujukkan keperluan bagi kajian lanjutan mengenai modul pengajian akidah
mualaf dan keberkesanannya.

2.5 Masalah Mualaf


Kajian tentang masalah mualaf bertajuk Persepsi Dan Masalah Mualaf Terhadap
Kesejahteraan Diri Di Selangor: Satu Kajian (Zainuddin, Azammuddin, Amat, Salleh & Mohd
Ishak, 2017) mendapati mendapati bahawa faktor utama masalah mualaf ialah keperluan diri,
perhubungan, keperluan rohani, tempat tinggal, sokongan, cabaran keluarga dan kewangan.
Kegagalan mualaf menjaga kesihatan diri, psikologi, emosi, sosial, sikap dan tingkah laku
ketika berhadapan dengan masalah dan cabaran menyebabkan kesejahteraan mereka
terganggu. Kajian memfokuskan kepada kesejahteraan dan kebajikan mualaf setelah memeluk
Islam di Selangor. Perkara ini meliputi aspek emosi dan psikologi mualaf namun tidak
memfokuskan kepada aspek perkembangan ilmu dan pengajian ilmu-ilmu Islam terutamanya
akidah.
Kajian yang bertajuk Problematika Muallaf Dalam Melaksanakan Ajaran Agama Islam
Di Desa Tumbang Runen Kecamatan Kamipang Kabupaten Katingan (Supriadi, 2018)
mengkaji tentang tentang cabaran yang dihadapi oleh mualaf dalam melakasankan ajaran
agama terutama berkaitan dengan rukun Islam. Hal ini menjelaskan tentang kepentingan
pendidikan mualaf dan pembangunan diri mereka. Hasil penelitian menunjukan bahawa isu
mualaf dalam melaksanakan ajaran Islam di Desa Tumbang Runen Kecamatan Kamipang
5
Kabupaten Katingan ialah rasa malas dalam melaksanakan solat dan puasa ramadhan,
kurangnya kesadaran dari hati mualaf, kebimbangan dalam melaksanakan kewajipan, dan
mencari-cari kesesuaian dalam mempelajari ajaran Islam. Kajian memfokuskan tentang isu-isu
yang dihadapi oleh mualaf dalam melaksanakan tuntutan syariah. Namun begitu, kajian tentang
kefahaman akidah lebih penting untuk dikaji kerana kefahaman akidah yang benar akan
melahirkan mualaf yang taat dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab syariah.
Terdapat satu laporan tentang kehidupan mualaf di Barat. Laporan terebut bertajuk
REPORT: Muslim Converts A Lens to Focus on Integration Complexities (Lahmar, 2018).
Kajian mendapati kebanyakan Muslim di Eropah berasal daripada Asia Tenggara.
Perhubungan antara mualaf dengan masyarakat boleh membawa sesuatu yang positif apabila
saling memahami dan juga boleh menimbulkan prejudis. Oleh yang demikian, laporan ini
mendapati kumpulan mualaf perlu mendapatkan bimbingan pada aspek keewangan, spiritual,
pendidikan dan psikologi. Terdapat keperluan kajian yang mendalam aspek syariah Islam
berdasarkan kepada maqasid, kajian kontemporari yang merangkumi pengajian ilmu tradisi
Islam dan ilmu sains sosial seperti psikologi dan sosiologi. Peranan masjid dan pegawainya
juga perlu diperkasakan mengikut keperluan masyarakat Muslim semasa. Kajian tertumpu
kepada keperluan mualaf di Barat terutamnya di Eropah. Oleh itu, laporan kajian seperti ini
dalam konteks masyarakat Malaysia sangat bermanfaat terutamanya dalam membangunkan
kurikulum bersepadu bagi mualaf.

2.6 Pengurusan Mualaf


Terdapat kajian tentang pengurusan mualaf yang bertajuk Cabaran dan Implikasi Pengurusan
Dokumentasi Sudara Baru (Salleh, Nordin, Ismail, & Mohamad Yusoff, 2018). Kajian
mendapati pengurusan dokumentasi saudara baharu perlu disegerakan pelaksanaannya kerana
rekod konversi dari agama asal kepada agama Islam penting bagi mualaf dan juga pihak-pihak
berwajib. Implimentasi tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh saudara baharu mampu
meningkatkan daya tahan dan tahap motivasi dalam menangani dan meneneruskan
kelangsungan hidup dalam arena agama baharu. Kajian mengkaji cabaran menguruskan
dokumen saudara baharu dan menyarankan agar mewujudkan dokumen pengilsaman
sementara bagi mengelakkan isu-isu berbangkit seperti urusan pengkebumian. Selain itu,
kajian ini juga menjelaskan faktor-faktor seseorang memeluk agama Islam. Oleh yang
demikian, kajian ini tidak memfokuskan kepada pendidikan akidah terhadap mualaf.
Kajian yang bertajuk Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara
Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan (Abu Bakar & Ismail, 2018) menjelaskan tentang
6
jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan sama ada pada sebahagian
ataupun keseluruhan aspek iaitu pada pengislaman dan pendaftaran, pendidikan, program
bersama, ziarah dan kebajikan, dana serta permesyuaratan. Kajin ini turut membahaskan
tentang hal pendidikan dan kepentingannya terhadap mualaf namun, tidak menyentuh aspek
kandungan dan keberkesanannya.

2.7 Metodologi Dakwah Terhadap Mualaf


Kajian Metodologi Dakwah Pertubuhan Kebajikan Darul Azim ( Darul Azim ) Kepada Mualaf
Di Selangor Malaysia : Satu Kajian Awal (Azhari & Abdullah @ Tan Ai Pao, 2018) telah
mengkaji tentang metodologi dakwah terhadap mualaf. Kajian mendapati pendekatan dakwah
yang dijalankan oleh Darul Azim kepada mualaf adalah dakwah melalui pendidikan, dakwah
melalui penerbitan, dakwah melalui perkaderan kepimpinan Pendakwah Muda Mualaf dan
dakwah ke lapangan dengan menemui mualaf. Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan
dakwah namun tidak memfokuskan kepada kurikulum atau modul kepada mualaf terutamanya
dalam subjek akidah.
Kajian yang yang bertajuk Keberkesanan Program Dakwah MACMA Kelantan
Terhadap Muallaf (Abdul Fatah & Abdullah @ Tan Ai Pao, 2018) mengkaji tentang
keberkesanan dakwah bagi mualaf oleh MACMA Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa
program-program dakwah yang dijalankan oleh pihak MACMA Kelantan kepada mualaf
adalah berkesan dan membuahkan hasil yang baik dalam kalangan mualaf itu sendiri. Namun
terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengoptimumkan lagi
kerberkesanan yang dicapai. Implikasi kajian ini boleh dijadikan panduan kepada para
pengajar, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan yang terlibat
secara langsung mahupun secara tidak lansung di dalam merangka, melaksana dan
mengadakan aktiviti dakwah kepada para mualaf di seluruh Malaysia. Kajian ini juga adalah
tentang keberkesanan program dakwah dan tidak memfokuskan kepada kandungan dakwah.
Aspek kandungan ini meliputi pelbagai ilmu asas Islam terutamanya ilmu akidah.

3.0 Analisis Tematik Kajian Mualaf


Analisis ini dibuat berdasarkan kepada kajian literatur yang telah dibincangkan oleh pengkaji
sebelum ini. Terdapat 15 kajian tentang mualaf yang telah diterbitkan antara tahun 2017
sehingga 2019 (3 tahun). Semua penyelidikan tersebut juga telah dianalisis mengikut tema
seperti yang berikut; 1) Pendidikan Mualaf dan Keluarga, 2) Kajian Tokoh Mualaf, 3) Syariah
Mualaf, 4) Kefahaman Akidah, 5) Masalah Mualaf, 6) Pengurusan Mualaf dan 7) Metodologi
7
Terhadap Mualaf. Senarai kajian dan pembahagian tema kajian literatur adalah seperti yang
terdapat di dalam jadual 3.1:

Jadual 3.1 Tema Kajian Literatur Mualaf 2013-2017


Bil. Tema Tajuk dan Pengarang
1. Pendidikan Mualaf dan Pengajaran Akidah dalam Kalangan Mualaf di Institut Dakwah Islamiyah
Keluarga PERKIM (Kasim, Hamid, & Jemali, 2017)
Pendidikan Islam Bagi Remaja Dalam Keluarga Mualaf (Studi Kasus Di
Desa Mayang, Gatak, Sukoharjo Tahun 2017) SKRIPSI (Muhram Hasan
Mahfud, 2017)
Pendidikan Agama Islam aagi Mualaf Di Pesantren Pembinaan Muallaf
Yayasan An-Naba Center Indonesia (Syarifah, 2017)
2. Kajian Tokoh Mualaf Diversity not Uniformity: Chinese Muslim Preachers and Politicians in
Indonesia (Weng & Medan, 2017)
Converting to Otherness, Islam, Autobiography and Embracing the Other
(Mahmoud Ahmed Khalifa, 2019)
3. Syariah Mualaf Distributing Zakat to Non-Muslims According to the Views of the
Assembly of Acehnese Dayah Ulama (HUDA) (Hashim et al., 2017)
Hikmah Tut Tasyri’ Ahli Waris Mualaf Setelah Pewaris Meninggal Dunia
Mendapatkan Harta Warisan (Yusida Fitriyati, 2018)
4. Kefahaman Akidah Tahap Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf di Negeri Selangor
(Shaharuddin, Shaharuddin, Marlon, & Amat Misra, 2018)
5. Masalah Mualaf Persepsi dan Masalah Mualaf Terhadap Kesejahteraan Diri Di Selangor:
Satu Kajian (Zainuddin, Azammuddin, Amat, Salleh & Mohd Ishak,
2017)
REPORT: Muslim Converts A Lens to Focus on Integration Complexities
(Lahmar, 2018)
Problematika Muallaf Dalam Melaksanakan Ajaran Agama Islam Di
Desa Tumbang Runen Kecamatan Kamipang Kabupaten Katingan
(Supriadi, 2018)
6. Pengurusan Mualaf Cabaran dan Implikasi Pengurusan Dokumentasi Sudara Baru (Salleh,
Nordin, Ismail, & Mohamad Yusoff, 2018)
Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi
Kerajaan dan Bukan Kerajaan (Abu Bakar & Ismail, 2018)
7. Metodologi Dakwah Metodologi Dakwah Pertubuhan Kebajikan Darul Azim (Darul Azim)
Mualaf Kepada Mualaf Di Selangor Malaysia: Satu Kajian Awal (Azhari &
Abdullah @ Tan Ai Pao, 2018)
Keberkesanan Program Dakwah MACMA Kelantan Terhadap Muallaf
(Abdul Fatah & Abdullah @ Tan Ai Pao, 2018)

8
Berdasarkan kepada jadual 3.1, terdapat 15 literatur kajian tentang mualaf. Daripada
bilangan tersebut, kajian tertumpu kepada kajian tentang pendidikan mualaf dan keluarga
serta kajian tentang masalah mualaf. Kedua-dua tema ini mempunyai tiga kajian. Kajian
tentang pendidikan mualaf tertumpu kepada pedagogi dan turut menyentuh tentang pangajian
akidah. Kajian tentang masalah mualaf pula menyentuh masalah-masalah yang dihadapi oleh
mualaf selepas menganut agama Islam. Tema tokoh mualaf, syariah mualaf, pengurusan
mualaf dan metodologi dakwah terhadap mualaf pula mempunyai dua kajian setiap satu.
Dua kajian tokoh mualaf mengambil sampel tokoh di Indonesia dan Barat. Idea dan kehidupan
tokoh mualaf bermanfaat dan boleh dijadikan panduan bagi mualaf. Kajian tentang syariah
mualaf membahaskan tentang hak perwarisan dan pembahagian zakat bagi golongan mualaf.
Bagi tema pengurusan mualaf, kajian adalah tertumpu kepada isu dokumentasi dan saranan
kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan dan hak mualaf. Kajian metodologi
dakwah terhadap mualaf pula adalah dengan kajian yang dijalankan terhadap pertubuhan
dakwah Darul Azim dan program Dakwah MACMA Kelantan. Walaupun kefahaman akidah
dalam kalangan mualaf merupakan area kajian yang penting dalam kajian mualaf, hanya
terdapat satu kajian sahaja yang bertemakan tentang kefahaman akidah mualaf. Kajian
kefahaman akidah yang telah dijalankan tersebut tertumpu kepada golongan mualaf di Selangor
sahaja.
Oleh yang demikian, terdapat keperluan kepada kajian kefahaman akidah dan
keberkesanan kurikulum pengajian akidah bagi mualaf. Bilangan mualaf sentiasa bertambah
dan sebahagiannya pula tidak berdaftar memerlukan kerjasama semua pihak agar pendidikan
akidah dapat diberikan kepada semua mualaf. Apatah lagi, terdapat pelbagai faktor mualaf
memeluk agama Islam. Antaranya ialah keinginan berkahwin dengan pasangan yang beragama
Islam, minat atau kecenderungan kepada agama Islam, hidayah daripada Allah SWT melalui
mimpi, tertarik dan berminat dengan gaya hidup atau budaya orang Islam, kekeliruan dengan
agama yang dianuti dan ketidakselarasan falsafah aktiviti ibadat agama asal (Salleh, Nordin,
Ismail, & Mohamad Yusoff, 2018). Berdasarkan kepada kajian Shaharuddin et al. (2018),
faktor utama mualaf memeluk Islam ialah perkahwinan dan minat terhadap agama Islam. Oleh
itu, jika mualaf tidak diperkukuhkan dengan pegangan akidah yang utuh, ia akan menyebabkan
mereka akan meninggalkan Islam, murtad dan kembali semula kepada agama asal mereka
(Kasim et al., 2017).
Kajian yang dijalankan sebelum ini juga mencadangkan agar penambahan material
pembelajaran sama ada bersifat pengetahuan mahupun pengembangan diri (Syarifah, 2017).
9
Kajian terhadap keberkesanan dan mengenal pasti tahap kefahaman mualaf tentang akidah
akan membantu mengenal pasti keperluan penambahan material bagi kurikulum mualaf. Selain
itu, berdasarkan kepada kajian literatur terdapat keperluan bagi penyediaan modul
pembelajaran akidah yang bersepadu bagi mualaf serta kajian keberkesanan modul yang sedia
ada. Ini kerana terdapat keperluan bagi usaha pelbagai agensi seperti MACMA, PERKIM,
MAIK, YADIM dan lain-lain untuk membangunkan satu modul komprehensif untuk kegunaan
mualaf yang baru memeluk agama Islam (Abdul Fatah & Abdullah @ Tan Ai Pao, 2018).
Kajian lanjutan tentang mualaf hendaklah tertumpu kepada kandungan subjek pengajaran
terutamanya akidah, persediaan dan bekalan ilmu kepada mereka. Pendidikan yang bersepadu
bagi mualaf juga sebaiknya disampaikan oleh mualaf sendiri dengan bahasa ibunda mereka.
Kajian-kajian terdahulu tentang pendidikan mualaf juga hanya tertumpu kepada aspek
pedagogi serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa menafikan kepentingannya, masih
terdapat keperluan kajian terhadap kandungan kurikulum atau modul bagi mualaf dan
keberkesanannya. Penyelidikan juga harus dimulakan bagi subjek akidah yang menjadi teras
utama dalam Islam. Kajian yang dijalankan oleh Shaharuddin, Marlon, & Amat Misra (2018)
menjelaskan tahap kefahaman akidah dalam kalangan mualaf berada pada tahap sederhana
menujukkan keperluan bagi kajian lanjutan mengenai modul pengajian akidah mualaf dan
keberkesanannya.

4.0 Kesimpulan
Mualaf adalah golongan minoriti dalam masyarakat Muslim. Kebanyakan golongan minoriti
disinonimkan dengan gerakan berhaluan kiri, berlawanan dengan arus perdana malahan
kadang-kadang mempunyai elemen subversif dan ekstrim. Namun begitu, golongan mualaf
adalah golongan yang telah dilembutkan hatinya dan tidak seperti golongan minoriti yang
biasa. Oleh kerana itu, Quran menggunakan istilah muallafah qulūbuhum iaitu orang yang
dipujuk dan dijinakkan hatinya bagi mualaf dengan harapan dapat menguatkan pegangan
mereka terhadap ajaran Islam. Jika ramai pengkaji yang tertarik untuk menjalankan kajian
terhadap kumpulan minoriti seperti kumpulan pemikir liberal, kumpulan politik haluan kiri,
orientasi seks songsang (LGBT) dan lain-lain, kajian terhadap golongan mualaf juga
seharusnya menjadi fokus bagi pengkaji-pengkaji kontemporari.
Pendidikan akidah adalah aspek terpenting dalam pembentukan jati diri mualaf atau
saudara baru Muslim. Kelemahan akidah menyebabkan kehidupan mualaf terumbang-ambing
dan keliru. Mereka sukar mengamalkan ajaran Islam dan cenderung untuk kembali menganut
10
agama asal. Kadar peningkatan mualaf yang signifikan memerlukan usaha yang jitu dalam
memperkasakan kurikulum pendidikan akidah bagi mualaf. Oleh itu, langkah pertama dalam
memperkasakan kurikulum tersebut adalah keperluan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum
tersebut. Berdasarkan kepada analisis tematik terhadap literatur juga, kajian mendapati hanya
terdapat tujuh tema iaitu 1) Pendidikan Mualaf dan Keluarga, 2) Kajian Tokoh Mualaf, 3)
Syariah Mualaf, 4) Kefahaman Akidah, 5) Masalah Mualaf, 6) Pengurusan Mualaf dan 7)
Metodologi Dakwah Terhadap Mualaf. Oleh itu, analisis tematik ini menjelaskan bahawa
terdapat keperluan kepada kajian keberkesanan modul atau kurikulum pengajian akidah bagi
mualaf.

Rujukan
Abdul Fatah, M. F., & Abdullah @ Tan Ai Pao, N. A. M. T. (2018). Keberkesanan Program
Dakwah MACMA Kelantan Terhadap Muallaf. At-Tahkim, 8(25), 1–7.
Abu Bakar, S. A., & Ismail, S. Z. (2018). Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik
Antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Journal of Usuluddin, 46(2), 97–122.
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.4
Azhari, A. N., & Abdullah @ Tan Ai Pao, N. A. M. (2018). Metodologi Dakwah Pertubuhan
Kebajikan Darul Azim (Darul Azim) Kepada Mualaf Di Selangor Malaysia : Satu Kajian
Awal. At-Tahkim, 8(8), 1–8.
Hashim, S. N., Hamat, Z., & Hanapi, M. S. (2017). Distributing Zakat to Non-Muslims
According to the Views of the Assembly of Acehnese Dayah Ulama (HUDA).
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(8), 285–
295. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v7-i8/3229
Kasim, A. Y., Hamid, S. A., & Jemali, M. (2017). Pengajaran Akidah dalam Kalangan Mualaf
di Institut Dakwah Islamiyah PERKIM. Jurnal Perspektif : Special Issue 1, 1(1), 89–100.
Lahmar, F. (2018). REPORT: Muslim Converts A Lens to Focus on Integration Complexities.
Bridge Institute for Research and Policy, (December).
Mahmoud Ahmed Khalifa, M. A. H. (2019). Converting to Otherness, Islam, Autobiography
and Embracing the Other. Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities, 26(Supplement
1), 151–166. https://doi.org/10.21315/kajh2019.26.s1.8
Muhram Hasan Mahfud. (2017). Pendidikan Islam Bagi Remaja Dalam Keluarga Mualaf
(Studi Kasus Di Desa Mayang, Gatak, Sukoharjo Tahun 2017). Tesis Sarjana Pendidikan
Agama Islam, (Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan Institut Agama Islam Negeri
Surakarta).
11
Salleh, S. F., Nordin, N., Ismail, S. K. &, & Mohamad Yusoff, S. H. (2018). Cabaran dan
Implikasi Pengurusan Dokumentasi Sudara Baru. (September), 15–16.
Shaharuddin, S. A., Shaharuddin, H. N., Marlon, M. Y., & Amat Misra, M. K. (2018). Tahap
Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf di Negeri Selangor. 5, 82–91.
Supriadi, S. (2018). Problematika Muallaf Dalam Melaksanakan Ajaran Agama Islam Di Desa
Tumbang Runen Kecamatan Kamipang Kabupaten Katingan. Jurnal Hadratul
Madaniyah, 5(1), 41–44. https://doi.org/10.33084/jhm.v5i1.162
Syarifah, H. (2017). Pendidikan Agama Islam Bagi Mualaf Di Pesantren Pembinaan Muallaf
Yayasan An-Naba Center Indonesia. Tesis Sarjana Pendidikan Agama Islam, (Fakultas
Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah).
Weng, H. W., & Medan, A. (2017). Diversity not Uniformity: Chinese Muslim Preachers and
Politicians in Indonesia. (45), 1–6.
Yusida Fitriyati. (2018). Hikmah Tut Tasyri’ Ahli Waris Mualaf Setelah Pewaris Meninggal
Dunia Mendapatkan Harta Warisan. Medina-Te, 10(2), 1–15. Retrieved from
http://jurnal.radenfatah.ac.id/index.php/medinate 108
Zainuddin, Azammuddin, Amat, Salleh & Mohd Ishak, N. (2017). Persepsi Dan Masalah
Mualaf Terhadap Kesejahteraan Diri Di Selangor: Satu Kajian. E-Journal of the Global
Summit On Education, 54–66.

12

View publication stats

You might also like