You are on page 1of 10

KES 1

SOALAN :

Rahman menawarkan kepada Yusof untuk membeli sebidang tanah pertanian.


Rahman memberitahu bahawa tanah itu sesuai untuk membina kola mudang
harimau.

Yusof yang berhasrat untuk membina kola mudang harimau mengupah seorang
perunding penternak untuk membuat kajian atas kesesuaian tanah itu untuk
pembinaan kolam ternakan udang harimau.

Selepas kontrak dibuat, didapati tanah itu tidak sesuai untuk penternakan udang
harimau kerana kandungan garamnya terlalu tinggi.

Bolehkah Yusof mendakwa Rahman?

Fakta kes :

 Rahman telah menawarkan Yusof sebidang tanah pertanian untuk dijual.


 Rahman menyatakan bahawa tanah tersebut sesuai untuk membina kolam
udang harimau.
 Yusof telah bercadang untuk membina kolam udang harimau pada tanah
tersebut.
 Yusof telah mengupah seorang perunding pertenakan untuk membuat kajian
atas kesesuaian tanah tersebut untuk melakukan pembinaan penternakan udang
harimau.
 Selepas kontrak dibuat, Yusof telah mendapati bahawa tanah itu tidak sesuai
untuk dijadikan kolam pertenakan udang harimau kerana kandungan garamnya
yang terlalu tinggi.

Isu dalam kes berkenaan : AA AAA AAAA AAA AAAA AAAAA AAAAAA A AA

 Yusof telah mendakwa bahawa Rahman telah melanggar kontrak kerana


keadaan tanah tidak seperti yang diberitahu. Tanah itu tidak sesuai untuk di
jadikan kolam pertenakan udang harimau kerana kandungan garamnya yang
terlalu tinggi. Rahman telah mendakwa bahawa dia belum mengadakan apa-apa
kontrak dengan Yusof. Adakah Yusof boleh mendakwa Rahman atas
kesilapannya itu.

1
Seksyen / Akta yang dirujuk :

 Seksyen 2 (a) Akta Kontrak 1950

Apabila seseorang telah menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain


untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud
untuk memperolehi persetujuan daripada orang itu untuk berbuat sesuatu atau
menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa
orang itu membuat cadangan.

Tawaran : Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah
dan mengikat di sisi undang - undang apabila terma-termanya, sama ada secara
nyata ataupun termaklum, dipersetujui oleh pihak penerima.

Kepada siapa tawaran boleh ditujukan?AAA AAAAA AAAAAA AAAAAAA

Tawaran boleh ditujukan kepada seseorang yang tertentu atau khusus

 Penerimaan boleh dilakukan oleh orang itu sahaja dan tidak orang lain.

Contoh kes yang terdahulu : A AA AC AA AAAA AAA AAAA AAAAA AAAA AA A

 Pharmaceutical Society of Great Britain lwn boots cash chemist ltd (1953)
Partridge lwn crittendan 1968).

Barang jualan yang sudah sedia dibungkus dan diletakkan harga telah
dipamerkan dalam rak pameran di sebuah kedai layan diri. Penjualan barang-
barang tersebut adalah dikawal di bawah Akta Ubatan dan Racun 1933. Timbul
persoalan pada masa bilakah berlakunya jualan dan adakah barang-barang yang
dipamerkan dengan harga yang masih di lekatkan padanya merupakan satu
cadangan atau pelawaan cadangan.

Penyelesaian kes / Keputusan mahkamah :

 Rahman telah mengadakan pelawaan membuat tawaran namun ia bukanlah satu


tawaran apabila tiada apa-apa penerimaan. Hal ini kerana jika tiada penerimaan
maka sesebuah kontrak tidak boleh diwujudkan kerana telah melanggar etika
mewujudkan kontrak. Rahman telah membuat satu tawaran di mana Rahman
mempelawa Yusof untuk membuat tawaran. Kontrak berlaku apabila pihak
pembeli membuat tawaran dan pihak penjual membuat penerimaan iaitu apabila
bayaran diterima daripada pembeli di kaunter pembayaran.

2
KES 2

SOALAN :

Faruk membuat tawaran kepada Sahidi : Saya hendak menjual kereta Honda Civic
saya dengan harga RM 98, 000.

Jika awak tidak memberikan apa-apa jawapan dalam masa tiga hari, saya
menganggap awak tidak membantah tawaran saya dan ini bermakna anda
menerima tawaran saya.

Sahidi berdiam diri selama lebih tiga hari. Adakah berlaku kontrak antara Faruk dan
Sahidi?

Fakta kes :

 Faruk telah membuat tawaran kepada Sahidi untuk menjual kereta Honda Civic
dengan jumlah harga sebanyak RM98,000.
 Faruk memberikan Sahidi masa selama tiga hari untuk Sahidi berfikir dahulu
untuk menerima tawaran ini.
 Faruk menyatakan jika dalam masa tiga hari Sahidi tidak memberikan sebarang
jawapan, maka Faruk menganggap Sahidi menerima tawaran Faruk.
 Sahidi tidak memberi sebarang keputusan selama tiga hari tersebut.
 Faruk menganggap yang sahidi telah menerima tawaran untuk membeli kereta
Honda Civic miliknya itu.

3
Isu dalam kes berkenaan : E EE E EEE JH GH GC CV GG FFGG

 Faruk telah membuat tawaran kepada Sahidi untuk menjual kereta Honda Civic
dengan harga RM98,000 kepada Sahidi. Faruk juga memberikan masa selama 3
hari untuk Saidi memberikan jawapannya. Faruk juga telah memberi tahu sahidi
bahawa jika dalam masa 3 hari sahidi tidak memberikan jawapan maka Faruk
telah menganggap yang sahidi bersetuju untuk membeli kereta Honda Civic
tersebut. Namun begitu, Sahidi mendiamkan diri melebihi 3 hari. Adakah berlaku
kontrak antara Faruk dan Sahidi?

Seksyen/Akta yang dirujuk :

 Seksyen 3 akta kontrak 1940


Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang. Komunikasi
penerimaan boleh dibuat sama ada secara, lisan, bertulis, kelakuan atau
gabungan kaedah-kaedah di atas. Komunikasi penerimaan menurut kaedah am
(penerimaan secara serta merta atau segera) adalah Suatu penerimaan adalah
dianggap lengkap terhadap pencadang apabila penerimaan itu diketahui oleh
pencadang. Prinsip ini terpakai untuk penerimaan yang dibuat oleh pihak-pihak
yang hadir, telefon, teleks atau faks.

 Seksyen 7 akta kontrak 1940

Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan
itu mestilah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan
itu telah ditetapkan cara penerimaan. Jika cadangan itu menetapkan cara
penerimaannya, dan penerimaan itu tidak dibuat menurut cara yang telah
ditetapkan itu, maka pencadang, dalam tempoh yang munasabah sesudah
penerimaan itu dikomunikasikan kepadanya, boleh menegaskan bahawa
cadangan itu hendaklah diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak
sebaliknya. Tetapi, jika dia mungkir berbuat demikian, maka dia adalah
menerima penerimaan itu.

4
Contoh kes yang terdahulu :

 Felthouse lwn Bindley (1862)

Defendan adalah seorang pelelong yang telah ditugaskan untuk menjual


sebahagian daripada harta dan ternakan ladang kepunyaan John Felthouse.
Plaintif (bapa saudara John Felthouse) berminat untuk membeli seekor kuda
yang telah dijadualkan untuk dijual. Pada 2 Februari, dia telah menulis sepucuk
surat kepada John Felthouse yang menyatakan bahawa dia bersedia untuk
membeli kuda itu dengan harga £30 15syiling. Di dalam surat tersebut juga, dia
menyatakan, " Jika saya tidak mendengar sebarang berita mengenai kuda itu,
saya menganggap ia adalah milik saya untuk £30 15 syiling. " John Felthouse
tidak menjawab surat itu tetapi defendan telah diarahkan oleh John Felthouse
untuk menarik balik penjualan kuda itu. Kesilapan telah berlaku dan pada 25
Februari, kuda itu telah dijual oleh defendan. Plaintif membuat tuntutan terhadap
defendan.

Walaupun telah ada niat untuk menerima dan menjual kuda tersebut dengan
harga tersebut, tetapi sikap berdiam diri bukanlah satu penerimaan. Oleh itu,
kontrak tidak wujud antara plaintif dan John Felthouse.

Penyelesaian kes / Keputusan mahmakah :

 Kontrak diantara Faruk dan Sahidi belum wujud kerana Sahidi tidak memberi
apa-apa keputusan kepada Faruk selama tiga hari tersebut. Oleh itu, kontrak
tidak wujud diantara Faruk dan Sahidi kerana sikap berdiam diri bukanlah satu
penerimaan yang sah.

5
KES 3

SOALAN :

Peter berkontrak dengan Pan untuk memasang kabinet dapur di rumah baru Pan.
Kedua-duanya bersetuju bahawa pemasangan harus dilakukan sebelum Pan
berpindah masuk ke rumah dan Pan telah membayar wang pendahuluan sebanyak
RM 2000 kepada Peter.

Apabila kabinet telah siap dipasang, Pan mendapati bahawa warna kabinet itu tidak
menepati dengan kehendaknya dan salah satu pintu telah rosak. Pan berjumpa
dengan anda untuk mendapat nasihat sama ada dia perlu membayar baki harga
kabinet kepada Peter ataupun tidak. Nasihatkan Pan.

Fakta kes :

 Peter telah berkontrak dengan Pan untuk memasang kabinet dapur di rumah
baru Pan.
 Peter dan Pan setuju untuk melakukan pemasangan cabinet tersebut sebelum
Pan berpindah masuk ke rumah barunya itu.
 Pan juga telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000 kepada Peter
untuk memulakan pemasangan kabinet itu.
 Apabila kabinet itu telah siap dipasang, Pan mendapati bahawa warna kabinet
yang telah siap dipasang itu tidak menepati citarasanya dan pintu salah satu
daripada kabinet yang dipasang oleh Peter itu telah rosak.

Isu dalam kes berkenaan :

 Kontrak antara Peter dan Pan telah wujud. Tetapi, Pan mendapati bahawa warna
kabinet itu tidak menepati dengan kehendaknya dan salah satu pintu telah rosak
tetapi Pan telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM2000 kepada Peter.
Adakah Pan berhak menamatkan kontrak degna Peter, kerana hasil kerjanya
tidak menepati dengan cita rasa yang sudah diberitahu oleh Pan kepada Peter.

 Seksyen 40 akta (1950)

6
Seksyen / Akta yang dirujuk : top I k

 Seksyen 40 akta (1950) A AA AAA AA A AAA A

Prinsip boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini adalah penamatan


kontrak, dimana kontrak itu mengalami kerugian akibat hasil kerja yang tidak
menepati cita rasa yang di inginkan pelanggan dan gagal disempurnakan maka
ia berhak untuk menamatkan kontrak dan menuntut ganti rugi.

Contoh kes yang terdahulu :

 Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen & Yap Ltd

Pihak perayu telah meminta responden untuk menjalankan kerja pengorekkan


tanah dan perayu akan membayar responden setiap 2 minggu. Tetapi dengan
tiba-tiba responden diminta untuk memberhentikan kerjanya kerana perayu telah
gagal untuk membayar wang yang telah dijanjikan tersebut. Maka dengan itu,
responden telah membuat tuntutan terhadap perayu kerana responden
menganggap tindakan perayu itu sebagai suatu tindakan untuk menamatkan
kontrak.

Mahkamah telah menggemukan hujahnya dan berpendapat bahawa tindakan


perayu itu sememangnya suatu penolakan dan responden berhak membuat
sama ada ganti rugi kerana melanggar kontrak yang telah dilaksanakan oleh
responden.

Penyelesaian kes / Keputusan mahkamah :

 Kontrak antara peter dan pan telah dibatalkan kerana pan tidak berpuas hati
dengan hasil kerja Peter. Peter juga tidak melaksanakan kontrak yang telah
ditandatanganinya Bersama Pan dengan sebaiknya. Pan telah membayar wang
pendahuluan kepada peter sebanyak RM2000. Tetapi Peter tidak mengikuti apa
yang pan inginkan dan ada sebahagian pintu cabinet itu rosak. Dengan itu, duit
pendahuluan yang telah dibayar oleh Pan tidak perlu dibayar semula oleh Peter.

7
KES 4

SOALAN :

Ali memberi pinjam kepada Baba wang berjumlah RM 2,000 dan jumlah tersebut
nyata tidak mencukupi untuk melepaskan Baba daripada tanggungan hutang.

Tetapi jika Ali menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan hutang Baba


kepadanya, Ali adalah terikat dengan penerimaan itu dan adalah merupakan satu
pelepasan kontrak.

Nasihatkan Ali tentang haknya dalam undang-undang kontrak.

Fakta Kes :

 Ali telah memberi Baba pinjaman wang yang berjumlah RM7,000.

 Baba telah membayar sebahagian daripada hutangnya sebanyak RM2,000 dan


jumlah tersebut ternyata tidak mencukupi untuk melepaskan Baba daripada
tanggungan hutang kerana jumlah keseluruhan wang yang dipinjam oleh Baba
adalah sebanyak RM7,000.

 Ali menerima bayaran hutang Baba itu sebagai penyelesaian keseluruhan hutang
Baba kepadanya.

 Ali terikat dengan penerimaan itu dan merupakan satu pelepasan kontrak.

Isu dalam kes berkenaan :

 Adakah Ali masih terikat dengan penerimaan itu dan melepaskan kontrak atau
menyuruh Baba melangsaikan hutangnya?

8
Seksyen/ Akta yang dirujuk :

 Seksyen 64 Akta (1950)

Seksyen 64 akta kontrak, tiap-tiap penerima janji boleh membebas atau


mengurangkan sebahagian atau keseluruhan daripada perlaksanaan janji yang
telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa untuk perlaksanaannya
itu, atau boleh meerima sebagai gantinya pemenuhan janji yang dia fikir
berpatutan.

Contoh kes yang terdahulu :

 Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966) 1 MLJ 38

Mazlan berhutang sebanyak RM12,000 daripada Lamin dan perlu membayar


sebayak RM1,000 setiap bulan selama setahun. Akibat masalah kewangan
Mazlan hanya membayar sebanyak RM8,000 sahaja dalam masa setahun.
Lamin menerima wang yang dibayar oleh Mazlan sebagai penyelesaian kepada
keseluruhan hutang Mazlan itu. Maka wang yang di bayar sebanyak RM8,000 itu
adalah penyelesaian kepada keseluruhan hutang itu dan Lamin tidak lagi boleh
menuntut baki RM4,000. Oleh kerana Mazlan tidak mampu untuk membayar
hutangnya, maka Zailani telah membayar sebayak RM10,000 kepada Lamin bagi
menyelesaikan masalah hutang itu. Pembayaran ini sah dan pelepasan
tanggungan Mazlan.

Penyelesaian kes / Keputusan mahkamah :

 Jika Ali menerima bayaran yang dibayar oleh Baba sebayak RM2,000
sebagai penyelesaian keseluruhan hutang Baba itu, maka Ali tidak berhak
untuk menuntut baki hutang yang masih tidak dibayar oleh Baba. Dalam kes
ini mahkamah telah bersandarkan kepada peruntukan seksyen 64 Akta
Kontrak 1950 iaitu penerima janji boleh membebas atau mengurangkan
sebahagian atau keseluruhan daripada perlaksanaan janji yang telah dibuat
kepadanya, atau boleh melanjutkan masa untuk perlaksanaannya itu, atau
boleh menerima sebagai gantinya pemenuhan janji yang dia fikir berpatutan.

(2072 PATAH PERKATAAN)

9
RUJUKAN

BUSINESS LAW (2019) : COMPILATION OF NOTES.


Nasreen Miza Hilmy Nasrijal, Mimi Sofiah Ahmad Mustafa, Salmiah Salleh,
Aliyah, Abdullah & Marziana Abd Malib.

ONLY YOU MY LAW (2016), TOPIK 4: UNDANG-UNDANG


Dimuat turun pada 17 Februari 2023 dari
http:// only you my law .weebly.com / topik -4–undang–undang -html

OUM MODULE BBUN2103 BUSINESS LAW TOPIC 6


Sale of goods act 1957 (Revised 1989). CommonLII - Commonwealth Legal
Information Institute. Dimuat turun pada 17 Februari 2023 dari
https://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/soga19571989203/

PEOPLE AT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (2013)


Dimuat turun pada 17 Februari 2023 dari
https://people.utm.my/fathi/wp-content/blogs.dir/561/files/2016/09/E-Book-Fathi
Yusof-Soal-Jawab-Undang-undang-Kontrak-1.pdf

PERLINDUNGAN-PENGGUNA-PINDAAN-2017.PDF
Dimuat turun pada 17 Februari 2023 dari
https://www.kpdnhep.gov.my/images/dokumen/awam/perundangan/9.1-bm-Akta-

WELCOME TO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INSTITUTIONAL REPOSITORY -


Malaysia Institutional Repository. Dimuat turun pada 17 Februari 2023 dari
https://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8311/1/FEP_2002_8_A.pdf only you my
law .weebly.com / to pi k - you my law .weebly.com / top I k - only you my
law .weebly.com / to pi k - you my law .weebly.com / top I k - only you my
law .weebly.com / to pi k -

10

You might also like