You are on page 1of 198

KAMINI SHANMUGAIAH

PENSYARAH
COLGIS

Chapter 1 :Undang-undang kontrak

1.1 Pengenalan

Akta Kontrak 1950 : digunakan untuk merujuk semua


peruntukan mengenai undang undang kontrak di Malaysia.
( mencontohi undang-undang Inggeris tapi di ubah suai
dalam perkara-perkara tertentu.
Prinsip Undang Undang Inggeris @common law terpakai
apabila terdapat lacuna dalam statut tempatan dan hanya
undang undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan
tempatan sahaja yang boleh digunakan.

Mengenai pemakaian undang undang perdagangan Inggeris


di Malaysia, s 5(1) dan 5(2) Akta Sivil 1956 menjelaskan
kedudukannya bahawa undang undang yang dipakai
hendaklah undang undang yang sama di pakai di England.
Selain daripada undang undang Inggeris dan kaedah ekuiti,
keputusan kes dari mahkamah India juga digunakan di
Malaysia. Ini adalah kerana Akta Kontrak Malaysia adalah2
dipadankan dari Akta Kontrak India.

1.2 Takrif@MaksudKontrak

Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan


kontrak sebagai :
2(h) Sesuatu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Kita harus faham bahawa bukan semua
perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh
undang undang. Misalnya perjanjian yang
berbentuk kekeluargaan atau sosial atau
perjanjian yang menyalahi undang-undang.
Seksyen 2(g) menyebut hal ini seperti berikut:
Sesuatu perjanjian yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah
batal.

1.2 Takrif@MaksudKontrak
Dua contoh yang menjelaskan seksyen
2 (g) Akta Kontrak 1950 :
Contoh 1 :
o R berjanji kepada A bahawa beliau
akan membayar RM 500 kepada A
sekiranya A berjaya mendapatkan
apa-apa pekerjaan di Perkhidmatan
Awam. Perjanjian seperti ini tidak
boleh dikuatkuasakan kerana ia
bertentangan dengan muslihat awam.

1.2 Takrif@MaksudKontrak
Dua contoh yang menjelaskan seksyen 2
(g) Akta Kontrak 1950 (cont) :
Contoh 2 :
o Pakcik Ahmad berjanji akan
menghadiahkan sebuah basikal kepada
Farid sekiranya beliau berjaya mendapat
4A dalam peperiksaan. Perjanjian di
antara Ahmad dan Farid tidak dapat
dikuatkuasakan kerana ia berbentuk
kekeluargaan.

1.2 Takrif@MaksudKontrak
Selain daripada itu, s 10(1) ada menyebut
tentang perjanjian yang merupakan kontrak:
10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika
dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu
balasan yang sah, dan dengan sesuatu
tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan
nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa
ianya batal.(tidak dinyatakan batal oleh
Akta Kontrak 1950)
Seksyen 10(1) dengan jelas menyebut
perjanjian yang merupakan kontrak yang sah
adalah perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak
yang layak berkontrak di mana mereka telah
memberi kerelaan secara bebas dan untuk
suatu balasan yang sah serta tujuan perjanjian
itu sendiri adalah sah.

1.3 Jenis-jenis kontrak


Pengenalan
Suatu perjanjian boleh dibuat sama
ada secara lisan, bertulis atau melalui
perbuatan. Kontrak boleh dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu:
i) Kontrak Unilateral
ii) Kontrak Bilateral
iii) Kontrak Kolateral
7

1.3 Jenis-jenis kontrak

i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer


Kontrak ini dikenali sebagai kontrak satu pihak :
sebab pencadang membuat janji dan
penerimaan oleh pihak yang satu lagi adalah
tertakluk kepada cadangan yang dibuat.
Contohnya Karim menjanjikan RM 500.00
kepada sesiapa yang menjumpai telefon
bimbitnya yang hilang. Ahmad menjumpai
telefon bimbit tersebut dan mengembalikan
kepada Karim, jadi Karim terikat untuk
membayar kepada Ahmad RM 500.00 seperti
dijanjikan.

1.3 Jenis-jenis kontrak


i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer (cont)
Contoh kes : Carlill Iwn Carbolic Smokeball Co
(1892)
Fakta : Sejenis ubat selsema yang dinamakan
The Carbolic Smoke Ball diiklankan oleh
pihak defendan dalam Illustrated London
News. Iklan tersebut menyatakan sekiranya
mana-mana pihak yang masih dijangkiti
selsema setelah pemgambilan ubat, berhak
untuk mendapat 100 dari pihak syarikat.
Keputusan : Pihak plaintiff berhak mendapat
100 kerana dia telah menerima tawaran yang
ditawar kepada pihak umum@dunia dengan
luasnya@secara terbuka.(offer made to the
world at large)

1.3 Jenis-jenis kontrak


ii)

Kontrak Bilateral
Kontrak ini dikenali sebagai kontrak
dua pihak.
Contohnya Hadi berjanji untuk
membayar Suhaimi sebanyak RM 400
sekiranya Suhaimi membaiki
komputernya, Suhaimi telah bersetuju
untuk membaiki komputer Hadi.
Pertukaran janji ini mewujudkan
kontrak bilateral.

10

1.3 Jenis-jenis kontrak

iii) Kontrak Kolateral


Kontrak ini dikenali sebagai kontrak sampingan dan
boleh dikuatkasakan dengan sendirinya.
Contohnya, Nizal melawat bilik pameran motosikal
terpakai dan pengurus jualan Ismail memperkenalkan
sebuah motosikal jenama Virago dan
mengatakanIa merupakan sebuah motosikal yang
amat baik, saya berani bertaruh nyawa ke atasnya.
Nizal mendapati selepas membeli motosikal tersebut
handlenya gagal berfungsi dan menyebabkan
kemalangan
Keputusan : Kontrak kolateral wujud: Ismail memberi
waranti motosikal berada dalam keadaan baik.
Balasan di pihak Nizal: pembelian motosikal(kontrak
utama)
Kata-kata Ismail mempengaruhi Nizal memasuki
11
kontrak utama mewujudkan kontrak kolateral.

1.3 Jenis-jenis kontrak

iii) Kontrak Kolateral (cont)


Contoh kes : Shanklin Pier Ltd v Detel Products Ltd (1951)
Fakta : Plaintiff telah membuat kontrak dengan X dan Co
untuk membaiki dan mengecat pier . Dalam kontrak
tersebut plaintiff mempunyai hak untuk memilih jenis
bahan-bahan material yang akan digunakan. Pihak
defendan telah menjamin tentang kualiti sejenis bahan
material yang akan digunakan. Cat itu digunakan oleh X
dan Co tetapi malangnya plaintiff terpaksa belanja 4000
untuk memperbaiki situasi tersebut.
Plaintiff mendakwa defendan atas kontrak tersebut, tetapi
defendan mengatakan tidak wujud kontrak antara p dan d
sebab cat itu dibeli oleh X dan Co daripada defendan.
Keputusan : Mahkamah memutuskan walaupun terdapat
kontrak untuk penjualan cat, terdapat juga kontrak
kolateral di antara plaintiff dan defendan di mana terdapat
specification bahawa cat pihak defendan hendak
digunakan dan pihak defendan pengesahan tentang
12
kualitinya.


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Terdapat tujuh elemen utama bagi


mewujudkan kontrak yang sah:
Perjanjian ( Proposal and acceptance)
Balasan ( Consideration)
Niat ( Intention to create legal relations)
Keupayaan ( Legal Capacity@Capacity
to contract)
Ketentuan ( Certainty)
Kerelaan bebas (Consent of Parties)
Tujuan yang sah (Legality of objects:
Unlawful@Void Contracts)
13

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan


(Elemen 1)
Bagi mewujudkan perjanjian antara 2 pihak
atau lebih, perlulah ada
cadangan@tawaran(offer), dan
penerimaannya(acceptance).
Contohnya jika A dengan membuat tawaran
menjual keretanya kepada B sebanyak $5000
dengan harapan B menerimanya. Jika B
menerima cadangan A yang hendak
menjualkan keretanya sebanyak $5000, maka
berlakunya perjanjian di antara mereka.
A adalah penjanji, B penerima janji.
14

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan(cont)


Satu cadangan boleh dibuat sama ada
kepada orang khusus atau masyarakat
umum.
Jika cadangan dibuat kepada orang yang
khusus, maka cadangan boleh diterima oleh
orang itu sahaja.
Sebaliknya jika cadangan dibuat kepada
umum, maka sesiapa pun boleh
menerimanya, asalkan memenuhi syaratsyarat tawaran.
15

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)


Contoh kes : Carlill Iwn. Carbolic Smoke Ball
Co(1893)
Fakta : Pihak defendan mengiklankan bahawa
mereka sedia menawarkan 100 kepada
sesiapa yang masih dijangkiti demam selsema
setelah menggunakan sejenis ubat dalam
tempoh tertentu
Keputusan: Beliau berhak menerima wang
100 kerana beliau telah menerima tawaran
yang dibuat kepada dunia umum itu.
Theori yang sama diaplikasikan kepada iklan
menawarkan hadiah kepada sesiapa yang
mengembalikan barang yang hilang: dianggap
sebagai tawaran.
A)

16

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
A)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)


Cadangan hendaklah dibezakan daripada
pelawaan tawaran, misalnya seorang pelelong
yang mempelawa tawaran bagi sesuatu barang
tertentu, atau barang yang diperagakan dalam
sebuah pasar raya layan diri.
Jika pelelong dianggap membuat cadangan,
maka apabila seseorang itu membuat tawaran,
maka dia telah menerima cadangan, dan
hasilnya ialah perjanjian. Tetapi hakitatnya tidak
begitu.
Mengikut undang-undang Inggeris, pelelong
hanya membuat perlawaan tawaran
17

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

A)

a)
b)
c)
d)

Perjanjian :Cadangan dan


Penerimaan(cont)
Pihak yang membuat cadangan berhak
untuk menerima atau menolak cadangan
yang dikemukakan.
Antara pelawaan cadangan :
Peragaan barang di kedai
Iklan
Jualan melalui katalog
Jualan lelongan

18

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
A) Peragaan barang di kedai
Hal ini merujuk kepada tuan punya kedai atau
pasarraya memperagakan barangan di rakrak dalam premisnya kepada orang ramai.
Tuan punya kedai atau pasaraya tersebut
berhak untuk menerima atau menolak
cadangan tersebut.
Contoh kes : Pharmaceutical Society of Great
Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern )
Ltd (1953)
19

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

Kes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn


Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953)
Fakta : Pihak defendan dituduh di bawah Akta
Ubatan dan Racun, 1933 yang mengatakan adalah
salah menjual racun-racun tertentu, kecuali di
bawah penyeliaan ahli farmasi yang berdaftar.
Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa
peragaan itu hanya merupakan pelawaan tawaran.
Cadangan untuk membeli berlaku apabila
pelanggan meletakkan barang tersebut di dalam
bakul. Oleh itu kontrak hanya berlaku di meja
juruwang@membawa barangan ke kaunter
pembayaran. Juruwang berhak untuk
menerima@menolak cadangan yang dikemukakan
pelanggan itu.
Oleh yang demikian, tuan punya kedai tidak
20
melakukan jualan yang menyalahi undang-undang.

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
b) Iklan

Iklan merupakan satu pelawaan cadangan sahaja dan


bukannya cadangan.
Contoh kes : Guha Majumder Iwn Donough (1974)
Fakta : Defendan mengiklankan penjualan tanahnya
dan mempelawa orang ramai membuat cadangan
secara bertulis. Plaintiff telah melawat tanah tersebut
dan hasil perbincangan plaintiff dengan ejen pihak
defendan, plaintiff mendakwa bahawa defendan
bersetuju dengan cadangannya untuk membeli tanah
tersebut pada harga
RM 70,000.00. Tiada sebarang persetujuan mengenai
tanaman-tanaman yang terdapat pada tanah tersebut
yang ingin dijual secara berasingan oleh defendan.
Keputusan : Mahkamah memutuskan: perbincangan
tersebut tidak membawa kepada sebarang perjanjian
21
yang megikat@binding.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


A)

Perjanjian :Cadangan dan


Penerimaan(cont)
c) Jualan melalui katalog
Jualan yang dibuat melalui katalog
hanyalah merupakan satu perlawaaan
untuk membuat cadangan.
Dalam kes Grainger& Sons Iwn
Gough(1896), mahkamah memutuskan
bahawa tindakan penerbit buku
mengedarkan katalog bukan merupakan
satu cadangan tetapi hanyalah satu
perlawaan kepada orang ramai untuk
membuat cadangan.

22

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
d) Jualan lelongan
Menurut kes M&J Frozen Food Sdn Bhd &
Anor Iwn Siland Sdn Bhd & Anor,
persoalan yang wujud ialah adakah
kontrak terbentuk apabila pelelong
menjatuhkan tukulnya.
Mahkamah memutuskan:merujuk kepada
Kanun Tanah Negara 1965, jualan secara
menjatuhkan tukul tidak lagi dicadangkan
kepada mana-mana pembeli, kerana
pembeli yang berjaya dalam lelongan
tersebut terikat untuk membelinya.
23

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


A)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

Cadangan balas @Counter-Proposal


and Acceptance

Penerimaan mestilah berdasarkan syarat-syarat


asal mengikut cadangan yang tidak
mengandung sebarang perubahan@perbezaan.

Cadangan balas dianggap penolakan kepada


cadangan asal. {Penerimaan mestilah mutlak
dan tak bersyarat}

Contoh kes Inggeris : Hyde Iwn.Wrench (untuk


fakta dan keputusan sila rujuk kepada slide 25)
24

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Cadangan balas @Counter-Proposal
and Acceptance
Kes : Hyde Iwn. Wrench
Fakta : Defendan menawar rumahnya untuk
dijual kepada plaintiff pada 6 Jun dengan
harga 1000. Dalam jawapannya pada 8
Jun, plaintiff membuat cadangan balas
untuk membeli rumah itu dengan harga
950. Apabila defendan enggan menerima
tawaran ini pada 27 Jun, plaintiff menulis
bahawa dia sedia membayar harga asal.
Keputusan : Mahkamah memutuskan tiada
kontrak wujud di antara mereka. Plaintiff
telah menolak cadangan asal pada 8 Jun
sehingga tidak dilayak.
25

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Cadangan balas @Counter-Proposal and
Acceptance
Kes : Lau Brothers & Co Iwn. China Pacific
Navigation Co Ltd (1965)
Fakta: Rundingan mengenai pengiriman kayu
balak masih dibuat menerusi telegram dan
surat-menyurat. Akhirnya, pihak defendan
menarik diri, dan isu yang timbul adalah
berkenaan ada atau tidaknya kontrak yang
mengikat.
Keputusan : Mahkaman memutuskan bahawa
dalam keadaan begini, pihak yang terlibat
masih dalam peringkat perundingan dan
defendan berhak menarik diri.

26

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
A)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

Komunikasi penerimaan
Kaedah am menyatakan bahawa
penerimaan akan menjadi lengkap
apabila penerimaan dikomunikasikan
oleh pihak penerima kepada pembuat
cadangan.
Apabila pihak penerima menerimanya,
ia mestilah memberitahu
penerimaannya kepada pencadang.

27

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Komunikasi penerimaan(cont)
Contohnya jika A mengirimkan cek
bernilai $ 500 kepada B dengan
cadangan kiriman itu menjadi balasan
pada persetujuan B menjualkan
motosikalnya, B dianggap sebagai
menerima cadangan itu sekiranya ia
menukarkan cek itu, walaupun
penerimaanya tidak dikomunikasikan
kepada A. B telah menerima balasan
untuk janji berbalas yang ditawarkan
berserta cadangan.

28

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Penerimaan denga Surat Dihantar melalui
Pos atau Telegram @ Acceptance Through
Post
Kaedah am menyatakan bahawa
penerimaan hanya sah apabila
dikomunikasikan kepada pencadang.
Penerimaan dianggap dikomunikasikan
apabila tiba pada pengetahuan pencadang.
Pengecualian : seksyen 4(2) Akta Kontrak
memperuntukkan penerimaan yang dibuat
dengan surat yang dikirim melaui pos atau
telegram.
29

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

A)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

Penerimaan denga Surat Dihantar melalui


Pos atau Telegram @ Acceptance Through
Post (cont)
Menurut seksyen 4(2) Akta Kontrak,
komunikasi penerimaan adalah lengkap
terhadap pencadang apabila komunikasi
penerimaan itu adalah dalam perjalanan
kepadanya(hal di luar kuasa penerima),
Contohnya apabila surat@telegram dihantar
menerusi pejabat pos @telekom
Pencadang@proposer akan terikat dengan
penerimaan@acceptor walaupun jika surat
itu terlewat tiba atau hilang dalam
perjalanan

30

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Penerimaan dengan Surat Dihantar
melalui Pos atau Telegram @ Acceptance
Through Post (cont)
Dalam kes Entores Ltd. Iwn Miles Far East
Corporation (1955) menyatakan
bahawa :
Apabila suatu kontrak dibuat melalui
pos, undang-undang dalam semua negeri
common law jelas bahawa penerimaan
adalah lengkap selepas surat itu
dimasukkan ke dalam peti surat, dan
itulah tempatnya kontrak telah dibuat.

31

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

A)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau


Telegram @ Acceptance Through Post (cont)
Contoh kes kedua: Ignatius Iwn. Bell (1913)
Fakta : Plaintiff dalam kes ini menuntut pelaksanaan
spesifik mengenai perjanjian opsyen yang mengikut
beliau memberinya pilihan membeli hak-hak
defendan ke atas sebidang tanah.
Plaintiff menghantar notis penerimaannya melalui
surat berdaftar@pos pada 16 Ogos 1912, tetapi
surat tidak sampai kepada defendan sehingga
petang 25 Ogos kerana defendan tiada di rumah.
Keputusan : Opsyen tersebut telah dipergunakan
oleh plaintiff apabila surat itu diposkan pada 16
32
Ogos.

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan
dan Penerimaan(cont)
Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
Pencadang tidak wajib membiarkan cadangannya itu
terbuka tanpa menetapkan masa.
Pencadang@Proposer boleh menarik balik, atau
membatalkannya pada bila-bila masa sebelum
penerimaan yang sah oleh pihak yang dibuat
cadangan itu.
Contohnya A menawar keretanya untuk dijual kepada
B dengan harga $5000 dan memberi B masa 3 hari
untuk membuat keputusan, A boleh memberitahu B
pada hari kedua bahawa keretanya dijual kepada C.
Mengikut undang-undang B tidak diwajibkan membuka
tawaran itu selama 3 hari, tetapi jika pencadang telah
menerima balasan, e.g RM 1 dan berjanji bahawa
tawaran akan dibuka, maka pencadang akan mungkir
janji jika menarik balik tawaran sebelum tamat tempoh
33
masa yang ditetapkan.

A)

a)
b)

c)
d)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)

Pembatalan Cadangan dan Penerimaan


Cadangan boleh ditarik balik dengan salah satu
cara yang berikut:
Mengkomunikasikan notis pembatalan oleh
pencadang kepada pihak yang lain
Dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan
dalam cadangan itu mengenai penerimaannya;jika
waktu tidak ditetapkan bagi penerimaannya,
dengan luputnya waktu yang munasabah.
Atas kemungkiran penerima memenuhi syarat
terdahulu mengenai penerimaan
Atas kematian atau sakit otak pencadang jika fakta
kematian atau sakit otak itu diketahui oleh
penerima sebelum penerimaan.
34

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)
Pembatalan Cadangan dan Penerimaan

Mengenai penerimaan melalui


pos@telegram, penerimaan itu lengkap
terhadap pencadang apabila penerima
mengepos surat penerimaan, atau
menghantar telegram.
Oleh itu penarikan cadangan mestilah
dikomunikasikan kepada penerima sebelum
penerima mengepos atau menghantarkan
jawapan. (untuk penjelasan prinsip ini sila
rujuk kes Byrne Iwn. Van Tienhoven
Keadaan pembatalan 1 :Amat penting
bahawa notis pembatalan mestilah
dikomunikasikan kepada orang yang dibuat
cadangan itu sebelum dia menerima.

35

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)
Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
Kes : Byrne Iwn. Van Tienhoven
Fakta : Defendan telah menawarkan bahawa
ia akan menjualkan 1000 kotak tin bersadur
timah kepada plaintiff melalui surat pada 1
Oktober. Pada 8 Oktober, defendan
menghantar surat kedua membatalkan
cadangan yang dibuatnya pada 1 Oktober.
Surat pembatalan ini ditiba kepada plaintiff
pada 20 Oktober.
Plaintiff telah menghantar utusan
penerimaannya pada 11 Oktober dan
mengesahkannya pula melalui surat yang
diposkan pada 15 Oktober.

36

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan

(cont)
Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
Kes : Byrne Iwn. Van Tienhoven

Keputusan : Mahkamah memutuskan


bahawa kontrak telah berjalan kerana
pembatalan tidak berkuatkuasa
sehingga 20 Oktober, iaitu apabila ia
sampai ke pengetahuan plaintiff,
sedangkan plaintiff telah pun
menerima cadangan itu.

37

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)

Pembatalan Cadangan dan Penerimaan

Keadaan kedua: pembatalan


berdasarkan keluputan waktu. Dua cara
seperti berikut:
i) Keluputan waktu yang berlaku selepas
tamatnya tempoh masa yang ditetapkan
dalam cadangan penerimaannya;
ii) Jika tiada tempoh masa ditetapkan,
maka dengan luputnya waktu yang
munasabah.

38

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Contoh kes menjelaskan keluputan waktu:
Ramsgate

Victoria Hotel Co Ltd Iwn Montefiore

(1866)
Fakta: Defendan memohon saham dalam
syarikat hotel tersebut pada bulan Jun. Hanya
pada bulan November, syarikat itu
memberitahu saham-saham itu telah diberi
dan baki harga belian harus dibayar. Defendan
enggan mengambil saham-saham itu.
Keputusan: Mahkamah : Alasan yang diberi
sebab keengganan tersebut ialah sahamsaham itu sepatutnya diterima oleh syarikat itu
dalam waktu yang munasabah. Tempoh antara
bulan Jun dan November adalah tidak
munasabah.

39

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan
dan Penerimaan (cont)
Pembatalan Cadangan dan Penerimaan

Keadaan 3 : Cadangan boleh dibatalkan


apabila penerima mungkir memenuhi
sesuatu syarat yang terkandung dalam
cadangan itu.
Contohnya seorang bakal majikan
menawar bahawa dia akan mengambil
pemohon bekerja denga syarat dia lulus
peperiksaan akhirnya. Sekiranya
pemohon itu tidak lulus, cadangan itu
terbatal kerana kelulusan dalam
peperiksaan akhir menjadi syarat
terdahulu.

40

A)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)

Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)


Pembatalan Cadangan dan Penerimaan
Kaedah 4 pembatalan: Akhirnya, kematian
atau sakit otak pencadang pun menjejaskan
cadangan. Tetapi ini bukan pembatalan secara
automatik. Penerima perlu mengetahui hal ini
sebelum dia menerimanya.
Contohnya, kematian atau sakit otak berlaku
selepas penerimaaan, maka tidak timbul soal
pembatalan cadangan itu. Kontral itu tetap
sah.
41

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
B) Balasan (Elemen 2)
Definisi

Untuk menjadikan perjanjian itu satu


kontrak yang sah di sisi undang-undang,
ia perlulah mengandungi balasan.
Sekiranya tiada balasan, maka perjanjian
tersebut bukan kontrak yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Balasan adalah satu perbuatan atau
harga yang diberikan oleh satu pihak
untuk membalas janji atau perbuatan
pihak yang lain.
42

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

B) Balasan (Elemen 2) (cont)


Definisi
Seksyen 2(d) Akta Kontrak mentakrifkan
balasan seperti berikut :
Menurut kehendak pembuat janji,
apabila penerima janji atau siapa sahaja
yang membuat atau telah menahan diri
membuat sesuatu, atau membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu
maka perbuatan atau penahanan diri
atau janji itu adalah disebut balasan
untuk janji itu.

43

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

B) Balasan (Elemen 2) (cont)


Takrif dalam seksyen 2(d) boleh dijelaskan
sebagai harga yang dibayar oleh satu pihak
untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang
lain itu.
Contohnya, A telah kehilangan kameranya ketika
dalam perjalanan dan menawarkan hadiah
sebanyak $50 kepada sesiapa yang
menjumpainya serta mengembalikannya
kepadanya.B menjumpainya dan
mengembalikannya.
B melakukan perbuatan tersebut yang menjadi
harga yang dibayar olehnya bagi janji A.
Perbuatan ini adalah pertimbangan bagi janji tadi.

44

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
B)Balasan (Elemen 2) (cont)
Contoh kedua: Liza membeli sebuah
basikal dari Halim dengan harga RM
1000. Balasan Liza kepada Halim
untuk basikal itu adalah RM 1000,
sementara balasan Halim kepada
Liza untuk RM 1000 adalah sebuah
basikal.

45

i.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
B)Balasan (Elemen 2) (cont)
Jenis-jenis balasan
Balasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis
iaitu balasan eksekutori, balasan
tersempurna dan balasan lampau.
Balasan eksekutori
Ia merupakan balasan berbentuk untuk
dilaksanakan apabila janji dibuat sebagai
balasan janji yang satu lagi- janji bagi
membalas janji.
Misalnya, A bersetuju menjual motosikalnya
kepada B dan B berjanji membayar $1000
ketika dia menerima motosikal tersebut.
46

ii)

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

B) Balasan (Elemen 2) (cont)


Jenis-jenis balasan
Balasan tersempurna
Ia dikenali sebagai balasan yang akan
dilaksanakan. Ia berlaku apabila janji dibuat
bagi membalas suatu perbuatan.
Contohnya A menawarkan $50 kepada
sesiapa yang menjumpai serta
mengembalikan kameranya yang telah
hilang. Apabila B menjumpai serta
mengembalikan kamera itu, balasan itu
dilaksanakan.
Perbuatan memulangkan kamera itu adalah
balasan tersempurna.

47

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

B) Balasan (Elemen 2) (cont)

Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas

Akhir sekali, kalau janji dibuat bagi


membalas suatu perbuatan yang telah
dilakukan, maka balasan ini disebut
balasan lepas.

Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And


S.K Jagatheesan and Others Iwn. A.E
Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)

Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And


S.K Jagatheesan and Others Iwn. A.E
Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)

48

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
B)Balasan (Elemen 2) (cont)

Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas

Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. And S.K


Jagatheesan and Others Iwn. A.E Schmidt and Marjorie
Schmidt (1968)
Fakta : Schmidt, seorang jurutera perunding telah
membantu untuk mendapatkan permit mencarigali
bijih besi di Johor, dan juga membantu menubuhkan
sebuah syarikat Kepong Prospecting Ltd. Satu
perjanjian telah dibuat di antara mereka and syarikat
telah bersetuju untuk membayar Schmidt 1% daripada
harga jualan semua bijih daripada tanah lombong.
Ini adalah sebagai balasan segala khidmat yang
telah diberikan oleh jurutera perunding itu bagi pihak dan
atas nama syarikat sebelum penubuhannya, selepas
penubuhan dan bagi khidmat-khidmat akan datang 49

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


B) Balasan (Elemen 2)
Jenis-jenis balasan
iii) Balasan lampau@lepas (cont)
Prinsip balasan lepas adalah berbeza di bawah
undang-undang Inggeris : balasan lampau tidak
bernilai dan tidak boleh mewujudkan kontrak yang sah.
Prinsip ini dijelaskan dalam kes : Roscoria Iwn Thomas
( 1842), di mana berlaku satu transaksi jual beli di
mana plaintiff telah membeli seekor kuda dari
defendan. Selepas proses jual beli selesai, defendan
berjanji kuda itu sihat dan tidak ganas. Tetapi plaintiff
mendapati kuda itu ganas dan menuntut terhadap janji
yang dibuat oleh defendan.
Keputusan : Balasan lampau berlaku apabila plaintiff
membeli kuda dari defendan dan selepas itu baru ada
perjanjian bahawa kuda itu sihat dan tidak ganas.
50

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

C) Niat (Elemen 3)
Definisi
Niat adalah sesuatu yang terletak pada
hati seseorang, dan tidak dapat melihat
niat yang terpendam di dalam diri
seseorang.
Berbeza dengan niat, perbuatan seseorang
dapat di lihat melalui gerak-gerinya.
Soalannya ialah bagaimana hendak
mengetahui niat pihak yang ingin
berkontrak

51

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)

Di dalam Carlill Iwn Carbolic Smoke Ball Co, pihak


defendan telah mengiklankan ubat yang diberi nama
The Carbolic Smoke Ball. Dalam iklan itu, defendan
menawarkan 100 pound sterling kepada sesiapa yang
tidak sembuh daripada selsema setelah menggunakan
ubat dengan cara dan tempoh yang telah ditetapkan
Defendan juga telah mendepositkan 1000 pound
sterling untuk membuktikan niat jujur mereka.
Plaintiff telah membawa tuntutan terhadap defendan
kerana plaintiff tidak sembuh daripada selsema dengan
menggunakan ubat mengikut arahan yang ditetapkan.
Dalam kes ini, mahkamah juga melihat tindakan
defendan mendepositkan 1000 pound sterling ke
dalam bank menunjukkan bahawa ada niat untuk
mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi 52
undang-undang.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

C) Niat (Elemen 3) ( cont)


Pada amnya perjanjian boleh
dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
a) Perjanjian yang berbentuk domestik
atau kekeluargaan, dan
b) Perjanjian yang berbentuk komersial
atau perniagaan.

53

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

C) Niat (Elemen 3) ( cont)


a) Perjanjian domestik
Dalam perhubungan kekeluargaan atau
sosial, undang-undang membuat
anggapan bahawa pihak yang
berkenaan tidak mempunyai niat untuk
mengikat di sisi undang-undang.
Contohnya perhubungan kekeluargaan
yang wujud di antara suami-isteri, adikberadik, saudara-mara, anak-ibu, anakbapa, dan juga kawan-kawan.
54

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
a)

Perjanjian domestik(cont)
Dalam kes Balfour Iwn Balfour, seorang suami
ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian
dengan isterinya bahawa beliau akan
membayar sebanyak 30 pound sterling setiap
bulan selama mana isteri beliau tinggal di
England. Apabila si suami gagal membayar, si
isteri telah membuat tuntutan di mahkamah.
Mahkamah memutuskan dalam kes Balfour
bahawa perjanjian yang dibuat di antara
suami isteri bukanlah satu kontrak
kerana mereka tidak niat untuk
mewujudkan sebarang kesan di sisi
undang-undang.
55

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
a)

Perjanjian domestik(cont)
Dalam kes Gould Iwn Gould (1969), seorang
suami telah berjanji akan memberi nafkah
kepada isterinya dan dua orang anak mereka
sebanyak 16 pound sterling se minggu selama
mana beliau mampu. Si isteri menuntut di
mahkamah apabila suaminya hanya
membayar untuk 16 bulan pertama sahaja.
Mahkamah memutuskan perjanjian tidak
dapat dikuatkuasakan kerana tidak ada
bukti menunjukkan niat untuk
mewujudkan kontrak. Perkataaan
selama mana ia mampu menimbulkan
ketidaktentuan mengenai niat pihak
suami.

56

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Niat (Elemen 3) ( cont)
a)

Perjanjian domestik(cont)
Kekecualian dalam kes Merritt Iwn Merritt(1970)
Fakta : Seorang suami telah membuat perjanjian
dengan isterinya bahawa jika isterinya menjelaskan
segala hutang pinjaman rumah mereka, beliau akan
memindah milik rumah tersebut ke atas nama isterinya
sebagai pemilik tunggal. Apabila isterinya telah
menyelesaikan segala hutang berkenaan, suaminya
enggan menepati janjinya atas alasan perjanjian di
antara mereka tidak mengikat di sisi undang undang.
Mahkamah memutuskan : perjanjian itu boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Ini adalah
kerana perhubungan kekeluargaan tidak wujud di
antara mereka kerana mereka tinggal
berasingan semasa perjanjian tersebut di buat.
57

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Niat (Elemen 3) ( cont)


b) Perhubungan Komersial
Di dalam perhubungan komersial,
pihak yang membuat perjanjian
adalah dianggap oleh undang-undang
bahawa mereka mempunyai niat
untuk mewujudkan perhubungan di
sisi undang-undang.
Kekecualian: Niat boleh diketepikan
jika terdapat bukti yang menunjukkan
ketiadaan niat untuk mewujudkan
perhubungan di sisi undang-undang.

58

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (cont)

Di dalam kes Winn Iwn Bull (1877), satu


perjanjian bertulis telah dibuat di antara pihak
plaintiff dan defendan, di mana defendan
bersetuju untuk menyewa sebuah rumah
tertakluk kepada penyediaan dan kelulusan
satu perjanjian formal. Bagaimanapun
perjanjian formal tersebut tidak pernah dibuat.

Mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak


wujud di antara plaintiff dan defendan kerana
tidak kontrak formal disediakan oleh mereka.
59

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b) Perhubungan Komersial (cont)

Dalam kes Rose & Frank Co Iwn JR Crompton & Bros


Ltd (1925)

Fakta : Sebuah syarikat yang berpangkalan di


Amerika Syarikat dan England telah membuat
perjanjian di mana perjanjian tersebut menyebut
perjanjian itu tidak tertakluk kepada bidang
kuasa undang-undang mana-mana mahkamah
di England atau di Amerika Syarikat.

Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa


perjanjian tersebut menunjukkan bahawa pihak
dalam perjanjian
tidak ada niat untuk mewujudkan
perhubungan di sisi undang-undang kerana
tanggungan undang-undang tidak dikenakan
60
atas mereka.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

C) Niat (Elemen 3) ( cont)


b) Perhubungan Komersial (Contoh-contoh
kes yang lain)
Di dalam kes Chiong Ah Hui Iwn Ban
Choon Co (1989), mahkamah
memutuskan oleh kerana syarat-syarat
perjanjian jualan tanah tersebut adalah
tertakluk kepada kontrak satu perjanjian
formal mesti ditandatangani kemudian
dan perjanjian formal tersebut tidak di
tandatangani, maka tiada kontrak yang
mengikat wujud di antara pihak-pihak
kepada perjanjian.

61

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Niat (Elemen 3) ( cont)
b)

Perhubungan Komersial (Contoh-contoh


kes yang lain)
Di dalam kes Kam Mah Theatre Sdn Bhd
Iwn Tan Lay Soon ( 1993), Mahkamah
Agung memutuskan bahawa kedua-dua
pihak kepada perjanjian masih di
peringkat perundingan, dan satu
kontrak yang mengikat di sisi undangundang belum wujud lagi. Oleh itu satu
kontrak yang sah belum terbentuk di
antara mereka.(Niat tidak dapat
dibuktikan)

62

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
C) Niat (Elemen 3) ( cont)
b)

Perhubungan Komersial (Contoh kes: Niat dapat


dibuktikan)
Kes :Koh Kia Hong Iwn Guo Enterprise Pte.Ltd (1990).
Fakta : Pihak plaintiff membuat tawaran untuk
membeli hartatanah yang diiklankan oleh pihak
defendan. Pihak plaintiff telah menyerahkan deposit
kepada pihak defendan. Satu nota juga
ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dan satu resit
rasmi telah dikeluarkan oleh defendan.
Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak
mempunyai niat untuk mengikat diri dalam satu
kontrak walaupun perjanjian formal belum
ditandatangani sebab: i) defendan meminta bayaran
deposit dari plaintiff; ii) kedua-dua pihak
menandatangani satu note; iii) satu resit rasmi
dikeluarkan oleh defendan, dan wang deposit
63
dimasukkan dalam akaun defendan.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

C) Niat (Elemen 3) ( cont)


Rumusan : Mahkamah akan melihat
fakta kes itu sendiri, iaitu melalui
tindakan atau perbuatan yang
berlaku di antara pihak-pihak
yang membuat perjanjian tersebut
untuk menentukan sama ada niat
untuk menwujudkan
perhubungan yang mengikat di sisi
undang-undang wujud di antara
pihak-pihak yang berkontrak itu
atau tidak.

64

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
Pengenalan
Sesiapa yang hendak membuat kontrak
mestilah mempunyai dari segi undang-undang
untuk berkontrak.
Elemen seperti cadangan, penerimaan, balasan
dan niat sahaja tidak memadai.
Seksyen 11 menyatakan siapa yang layak atau
berupaya untuk membuat kontrak. Menurut
seksyen 11:
Setiap orang adalah layak membuat kontrak
sekiranya ia dewasa menurut undang-undang
yang ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal
sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk
membuat kontrak menurut mana-mana
undang-undang yang mana ia tertakluk.

65

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen

i.
ii.
iii.

4)
Seksyen 11 :kita dapat membuat
kesimpulan bahawa terdapat tiga
elemen yang perlu untuk
menjadikan seseorang itu layak
untuk berkontrak. Elemen tersebut
adalah:
Dewasa;
Berakal sempurna, dan
Tidak hilang kelayakan.

66

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
i.

Dewasa
Untuk mengetahui bila seseorang itu mencapai
umur dewasa kita perlu merujuk kepada Akta Umur
Dewasa 1971 kerana Akta Kontrak tidak mempunyai
peruntukan mengenai perkara tersebut.
Menurut Akta Dewasa 1971, seseorang dikatakan
dewasa apabila mencapai umur 18 tahun
mempunyai keupayaan untuk membuat
kontrak.
Umur dewasa boleh berbeza untuk tujuan lain
sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang lain.
Contohnya untuk tujuan mengundi dalam pilihan
raya negeri, umur dewasa adalah 21 tahun
sementara untuk kontrak ahli keanggotaan
kesatuan pekerja adalah 16 tahun.
67

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

ii) Kontrak oleh kanak-kanak


Berdasarkan s11 kita boleh membuat kesimpulan
bahawa seseorang kanak-kanak tidak mempunyai
kepunyaan untuk membuat kontrak.
Contoh kes : Tan Hee Juan Iwn Teh Boon Keat
( 1934), di mana seorang kanak-kanak telah memindah
hak miliknya tanahnya kepada pihak lain. Setelah
pindah milik ini disempurnakan,kanak-kanak memohon
melaluinya wakilnya agar pindah milik itu dibatalkan.
Mahkamah memutuskan: pindah milik itu batal, dan
tanah tersebut mestilah dikembalikan kepada kanakkanak.
Hakim Hereford menyatakan bahawa kontrak yang
dibuat oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal68
tetapi batal.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)

Kaedah am: kanak-kanak tidak boleh


membuat kontrak.
Kekecualian: Terdapat beberapa
keadaan di mana kanak-kanak
dibenarkan untuk membuat kontrak
iaitu kontrak perkahwinan,
kontrak keperluan hidup, kontrak
biasiswa dan kontrak insurans.
69

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen

4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
Terdapat 4 kekecualian seperti berikut:
1)Kontrak perkahwinan
2)Kontrak keperluan hidup
3)Kontrak biasiswa
4)Kontrak Insurans
70

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
1) Kontrak perkahwinan
Kontrak perkahwinan adalah merupakan
satu pengecualian kepada kaedah
umum bahawa kanak-kanak tidak boleh
membuat kontrak.
Ini bermakna kanak-kanak di bawah
umur dewasa boleh membuat kontrak
untuk berkahwin, dan kontrak itu sah
dan dapat dikuatkuasakan di
mahkamah.
71

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)
1) Kontrak perkahwinan : Contoh kes

Contoh kes: Rajeswary & Anor Iwn Balakrishnan & Ors


( 1958)

Fakta : Pihak plaintiff dan defendan adalah dari kaum


Hindu Ceylon. Pihak plaintiff telah ditunangkan dengan
pihak defendan, dan perjanjian untuk berkahwin telah
dibuat. Tidak lama kemudian pihak defendan telah
memungkiri janji untuk berkahwin. Pihak plaintiff
menuntut ganti rugi dan semua hadiah dikembalikan.
Pihak defendan enggan atas alasan bahawa kontrak
perkahwinan adalah tidak sah kerana semasa kontrak
tersebut dibuat beliau tidak berkeupayaan untuk
membuat kontrak.

Keputusan : Hakim Good: Kontrak perkahwinan adalah sah


dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihak-pihak yang
terlibat adalah kanak-kanak. Ini adalah kerana kontrak
perkahwinan adalah termasuk dalam pengecualian kepada
72
kaedah am bahawa kanak-kanak tidak membuat kontrak.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup
Kontrak keperluan hidup yang dibuat oleh
kanak-kanak boleh dikuatkuasakan. Ini adlah
kerana peruntukan s 69 Akta Kontrak
membenarkan kontrak sedemikian
dikuatkuasakan. Seksyen 69 Akta Kontrak
berbunyi :
69. Jika seorang yang tidak berdaya
membuat kontrak, atau sesiapa yang ianya
terikat di sisi undang-undang untuk
menanggung, dibekalkan oleh seorang lain
dengan keperluan yang sesuai dengan
keadaan hidupnya, maka orang yang
membekalkan sedemikian berhak diganti
bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.
73

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

Syarat-syarat pemakaian s69 seperti berikut:


a) Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanakkanak
b) Kanak-kanak atau tanggungan kepada kanakkanak dibekalkan dengan keperluan hidup.
c) Keperluan tersebut mestilah yang sesuai
dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut.
d) Kanak-kanak akan bertanggungan hanya
sekiranya mempunyai harta.
e) Keperluan yang dibekalkan kepada kanakkanak atau tanggungan kanak-kanak hanya
boleh dikenakan harga yang munasabah.

74

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

Contoh 1 :
Ali membekalkan kepada Bakar, seorang
kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan
keadaan hidupnya. Ali berhak diganti bayar
daripada harta Bakar.
Contoh 2
Atan membekalkan kepada Razak, seorang
kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan
keadaan hidupnya, Atan berhak diganti
bayar daripada harta Razak.

75

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
Menurut s 69 Akta Kontrak dan juga common law,
keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak
mestilah yang sesuai dengan keperluan hidupnya.
Contohnya (leading case): Nash Iwn Inman(1908),
plaintiff seorang pelajar Cambridge telah dibekalkan
dengan pakaian mahal termasuk 11 helai waistcoat
oleh defendan. Defendan, seorang tukang jahit telah
menuntut bayaran untuk pakaian tersebut.
Mahkamah memutuskan plaintiff telah pun dibekalkan
dengan keperluan secukupnya mengikut keadaan
hidupnya. Oleh itu tuntutan defendan tidak berjaya.
In Nash v Imman, supplier had to prove that minor did
not have sufficient suitable clothing. Contrast with
Peter v Fleming(1840) on the effect of the minors
76
condition in life

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
(Leading case): Nash Iwn Inman(1908)
To render an infant liable for necessaries it must be
proved, not only that the goods are suitable to his
station in life, but also that they are suitable to his
actual requirements at the time of their delivery. If
he is already sufficiently provided with goods of the
kind in question, then, even though this fact is not
known to the plaintiff, the price is cannot be
recovered.
Thus in the case of Nash v Inman, where a Savile
Row tailor sought to recover 122 for
clothes(including eleven fancy waistcoats ) supplied
to an infant undergraduate at Cambridge.
It was held that : the action must fail, since the
evidence showed that the defendant was
already amply supplied with clothing suitable 77
to his position.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn
Gucharan Singh&Ors ( 1971), dalam kes ini
Gurcharan Singh telah diberi biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran. Mengikut peruntukan
perjanjian biasiswa, Gurcharan dikehendaki
berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama
lima tahun setelah tamat pengajiannya.
Gurcharan melanggar kontrak tersebut kerana
beliau berkhidmat hanya untuk tiga tahun
sepuluh bulan sahaja. Kerajaan Malaysia
mengambil tindakan undang-undang terhadap
Gucharan dan penjamin-penjaminnya untuk
menuntut sebanyak RM 11500, iaitu jumlah
yang telah dibelanjakan.
78

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)


Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan
Singh&Ors ( 1971) (cont)
Keputusan : Hakim Chang Min Tat telah
merujuk kepada kes Inggeris Chapple Iwn
Cooper(1884), memutuskan bahawa antara
keperluan kanak-kanak adalah makanan dan
pakaian. Pelajaran juga adalah satu keperluan
kepada kanak-kanak untuk menjadikan
mereka warganegara yang berguna.
Akhirnya Gucharan Singh telah diperintahkan
untuk membayar sejumlah wang yang telah
dibelanjakan kerana pendidikan adalah satu
keperluan hidup untuk kanak-kanak.

79

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
Contoh kes: Doyle Iwn White City Stadium Ltd
( 1935)
Fakta: Seorang kanak-kanak yang merupakan
peninju professional telah bersetuju untuk
mematuhi peraturan Lembaga Kawalan Tinju
British (LKTB) dalam urusan profesionnya
ketika menerima lesen dari LKTB. Sejumlah
wang telah dipegang oleh LKTB seperti yang
diperuntukkan dalam peraturan LKTB kerana
kanak-kanak tersebut telah melanggar
peraturan yang ditetapkan dalam satu
pertandingan.
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa
kontrak di antara kanak-kanak itu dan pihak
Lembaga adalah sah dan mengikat.

80

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak
(Elemen 4)
iv) Kontrak biasiswa
Undang-undang berkaitan dengan biasiswa adalah
terkandung di dalam Akta Kontrak(pindaan) 1976.
Perjanjian biasiswa telah didefinisikan dalam s2 yang
berbunyi:
2. perjanjian biasiswa ertinya apa-apa kontrak atau
perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang
berkenaan dengan seseorang(siswa) mengenai apaapa biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman,
anjuran, atau perlantikan sesuatu kursus
pengajian,peruntukan cuti bergaji atau cuti tak bergaji
atau apa-apa jua kemudahan lain, sama ada diberi
secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan
itu atau oleh mana-mana orang atau badan lain atau
mana-mana kerajaaan di luar Malaysia bagi maksud
pelajaran atau pengajian dari apa-apa jenis.
81

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iv) Kontrak biasiswa (cont)
Seksyen 4(a) Akta Kontrak 1976
mengatakan :
4(a) Walaupun apa jua yang berlawanan
yang terkandung dalam Akta, tiada perjanjian
biasiswa boleh menjadi tak sah atas alasan
bahawa siswa yang membuat perjanjian itu
belum berumur dewasa.
[maksud peruntukan di atas: satu perjanjian
biasiswa itu sah dan mengikut di sisi undangundang walaupun siswa iaitu penerima
biasiswa itu adalah kanak-kanak.]

82

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
v) Kontrak Insurans
Akta Insurans 1963 ( disemak 1972)
menyenaraikan keadaan-keadaan di mana
kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans
untuk menginsuranskan diri dan harta dari
apa-apa kontigensi. Seorang kanak-kanak
adalah dibenarkan membuat kontrak
sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas.
Walaupun begitu, keizinan bertulis dari ibu
bapa atau penjaga adalah diperlukan
sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 16
tahun ke bawah.

83

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)


SalahNyataan Mengenai Umur
Apakah kedudukan undang-undang sekiranya
kanak-kanak menyalah nyatakan umurnya
sehingga memperdayakan pihak lain untuk
berkontrak dengannya?
Dalam kes Natesan Iwn Thanaletchumi &
Anor [1952], mahkamah memutuskan
bahawa kanak-kanak yang telah
mempengaruhi atau memperdayakan orang
lain untuk berkontrak dengannya dengan
melakukan salah nyataan mengenai
umurnya, tidak dihalang dari membatalkan
kontrak tersebut atas alasan ia masih kanakkanak semasa kontrak tersebut dibuat.

84

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

SalahNyataan Mengenai Umur (cont)


Dalam kes Mohamad Syedol Ariffin Iwn Yeoh
Ooi Gark [1916], seorang pemberi pinjaman
telah membuat tuntutan ke atas seorang
kanak-kanak yang diberi pinjaman. Mahkamah
memutuskan bahawa tindakan undang-undang
tidak boleh diambil terhadap kanak-kanak yang
menipu mengenai umurnya.
Dalam satu kes Inggeris R Leslie Ltd Iwn
Sheil[1914], mahkamah memutuskan bahawa
kanak-kanak tidak boleh dituntut untuk
membayar balik pinjaman yang didapati
melalui salah nyataan usianya.
85

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
Berakal Sempurna
Soalan: Siapakah yang berakal sempurna
untuk membuat kontrak? Seksyen s 12(1)
yang memperuntukkan:

12(1) Seseorang adalah dikatakan


berakal sempurna untuk membuat
kontrak jika, pada masa ia membuat
kontrak itu, ia berkeupayaan memahami
kontrak yang diperbuatnya dan
berkeupayaan membuat pertimbangan
yang rasional terhadap kesan atas
kepentingannya.

86

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

Berakal Sempurna
Perkara yang penting yang mesti diambil kira untuk
menentukan sama ada seseorang boleh membuat
kontrak berdasarkan seksyen tersebut di atas adalah
seperti berikut:
(a) seseorang itu pada masa ia membuat kontrak, ia
berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuat, dan
(b) mempunyai keupayaan membuat pertimbangan
yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya
Akta Kontrak juga membenarkan seseorang yang
biasanya tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala
berakal sempurna membuat kontrak ketika ia berakal
sempurna. Ini adalah menurut peruntukan s 12(2) yang
berbunyi:
12(2) Seseorang yang lazimnya tak berakal
sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna boleh
membuat kontrak bila ia berakal sempurna.
87

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
Berakal Sempurna
S.12(2) : satu contoh yang menerangkan
peruntukan s 12(2) adalah seperti berikut:
Amin

adalah pesakit di Hospital Tanjung


Rambutan(hospital sakit jwa), Amin boleh
membuat kontrak pada waktu-waktu ia
berakal sempurna sahaja.
88

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

Berakal Sempurna (cont)


Seksyen 12(3) memperuntukkan:
12(3) Seseorang yang lazimnya berakal sempurna,
tetapi sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh
membuat kontrak bila ia tidak berakal sempurna.
Seksyen 12(3) membawa maksud: seseorang yang
biasanya berakal sempurna adakalanya tidak boleh
membuat kontrak, iaitu ketika ia tidak berakal
sempurna sahaja.
Contohnya seorang yang siuman tetapi yang mabuk
hingga tidak dapat memahami syarat-syarat suatu
kontrak dan tidak berkeupayaan membuat
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas
kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak
selama tempoh kemabukannya
89

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

D) Keupayaan Untuk Berkontrak


(Elemen 4)
Berakal Sempurna (cont)

Kes: Imperial Loan lwn Stone kontrak yg


dibuat oleh seorang yg tidak berakal sempurna
tidak boleh batal atas pilihannya jika pihak yg
satu lagi percaya bahawa beliau buat kontrak
dgn org yg sempurna akal.

90

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

D) Keupayaan Untuk Berkontrak


(Elemen 4)
Berakal Sempurna (cont)

Tidak hilang kelayakan jika dihalang oleh


undang-undang untuk masuki kontrak
Kes: Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Hee
mahkamah: seseorang yg diisytihar muflis
masih tidak hilang kelayakan untuk masuk
kontrak.

91

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


E) Ketentuan@Ketaktentuan@Certainty
(Elemen 5)
Pengenalan
Walaupun keperluan-keperluan berkaitan
dengan tawaran dan penerimaan,
balasan dan niat mengadakan hubungan
di sisi undang-undang telah dipenuhi,
perjanjian itu masih boleh alami
kecacatan@kelemahan yang
menyebabkan sukar bagi mahkamah
untuk menentukan syarat sebenar
yang dipersetujui oleh pihak-pihak
yang terlibat.

92

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5)(cont)
Pengenalan

Makna perjanjian-perjanjian yang tak tentu


atau tidak boleh ditentukan adalah batal.
Contohnya jike A bersetuju untuk menjual
seratus tan minyak kepada B, maka tiada
apa-apa yang dapat menunjukkan jenis minyak
yang dimaksudkan dan perjanjian itu batal
kerana ketaktentuannya@tidak pasti
Contoh 2 : Jika A bersetuju menjual kuda
putih saya dengan harga RM 500 atau RM
1000, kepada B, maka tiada apa-apa yang
menunjukkan harga yang harus dibayar.
Ini pun adalah batal@no specification

93

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

E) Ketentuan@Ketaktentuan (cont)
Pengenalan
Contoh 3: Jika A, yang menjual minyak
kelapa sahaja bersetuju menjual
seratus tan minyak kepada Bjadi A
telah membuat kontrak untuk
menjual seratus tan minyak kelapa.
Contoh 4: Jika A bersetuju
menjualseribu gantang beras dengan
harga yang akan ditetapkan oleh
C, kepada B, di sini tiada
ketaktentuan memandangkan harga
boleh ditentukan.

94

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5)
(cont)
Pengenalan
Contoh kes : Karuppan Chetty Iwn
Suah Thian, di mana keperluan
ketentuan tidak dipenuhi apabila pihak
yang terlibat bersetuju memberi
pajakan sebanyak $35 sebulan
seberapa lama yang dia suka.
95

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
Pengenalan

Kontrak akan menjadi sah apabila ia dibuat


dengan kerelaan bebas pihak-pihak yang
terlibat.
Kerelaan bebas tidak wujud apabila terdapat
unsur-unsur seperti paksaan, pengaruh tidak
wajar, khilaf, salahnyataan dan tipuan.
Namun begitu, kontrak yang tiada kerelaan
bebas adalah menjadi kontrak yang boleh
batal atas pilihan pihak yang kerelaaanya
disebabkan sedemikian.

96

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
Pengenalan

(cont)
Menurut kaedah am, sesuatu kontrak menjadi
sah jika ia dibuat dengan kerelaan sebenar
atau kerelaan bebas, tanpa sebarang tekanan
atau paksaan mana-mana pihak.
Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950,

10. Semua perjanjian akan menjadi


kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan
bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak.
Oleh yang demikian, pihak-pihak yang
berkontrak hendaklahlah memberikan
persetujuan secara ikhlas untuk memasuki
perjanjian tanpa paksaan atau ugutan.
97

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
Pengenalan

(cont)
Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula,
13. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai
pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara
yang sama dalam pengertian yang sama.
Contohnya,Kamal bersetuju untuk
membekalkan tepung sebanyak 100 kg pada
harga 60 sen sekg kepada Azhar. Azhar juga
bersetuju untuk membeli tepung sebanyak
100 kg pada harga 60sen sekg.[mutual
understanding]

98

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas

1.
2.
3.
4.
5.

Pengenalan (cont)
Mengikut seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
14. Kerelaan seseorang itu dianggap
bebas selagi tidak wujud salah satu
daripada unsur-unsur berikut:
Paksaan
Pengaruh tak berpatutan
Frod(tipu)
Salahnyataan
Khilaf(Silap)
99

1.4 Elemen-elemen asas


F) Kerelaan bebas @ kontrak
Persetujuan bebas
1.

Paksaan
Doktrin ugutpaksa common law terdapat dalam Akta
Kontrak tetapi lingkungkannya telah diperluaskan.
Maksudnya melakukan atau mengancam untuk
melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh
Kanun Keseksaan, atau menahan secara tak sah atau
mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan
memudaratkan sesiapa jua, dengan niat
menyebabkan seseorang untuk membuat
perjanjian.
Pentakrifan paksaan ini tidak terhad kepada orang
sahaja, tetapi termasuk harta benda.
Contohnya A, di atas kapal Inggeris di lautan lepas
yang Kanun Keseksaan tidak terpakai, menyebabkan
B membuat suatu perjanjian dengan mengancam
mencederakannya. A kemudian mendakwa B kerana
mungkir kontrak di Kuala Lumpur. Kontrak itu adalah
tak sah kerana A telah menggunakan kekerasan.
100

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1.

Paksaan
Takrif Paksaan:
Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan paksaan
sebagai:
15. melakukan apa-apa perbuatan, atau
mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan
yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan
secara tak sah atau mengancam untuk menahan,
apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua,
dengan niat menyebabkan seseorang untuk
membuat sesuatu perjanjian.
Dengan perkataan lain, paksaan itu adalah apa jua
bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan
kekerasan terhadap diri seseorang, keluarganya atau
hartanya. Paksaan dilakukan dengan tujuan
101
memaksa seseorang itu membuat kontrak.

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


1. Paksaan

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak


1950

1. Kekerasan

(a) Yang ditegah


Kanun
Keseksaan@

2. Ancaman
untuk
melakukan
kekerasan

(b) Menahan
secara tak
sah@menganca
m hendak
menahan harta
dan
memudaratkan
orang

Tujuan (a)
dan (b) :
paksa orang
itu membuat
perjanjian
tanpa
kerelaan
bebas.
102

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1.

Paksaan

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak


1950
Ciri-ciri dalam Paksaan
Terdapat beberapa ciri penting yang perlu kita kenal
pasti untuk memahami konsep paksaan ini.
Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
Perbuatan kekerasan atau ancaman untuk
menggunakan kekerasan yang dimaksudkan di bawah
paksaaan adalah apa-apa perbuatan jenayah yang
bertentangan dengan Kanun Keseksaan sahaja.
Kanun Keseksaan adalah undang undang bertulis yang
mengawal undang-undang jenayah di Malaysia. Jika
sesuatu perbuatan itu bertentangan dengan undangundang selain daripada Kanun Keseksaaan, maka
perbuatan atau ancaman tersebut tidak tertakluk
kepada konsep paksaan bagi maksud Akta Kontrak di 103
Malaysia.

1.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1.

Paksaan

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak


1950
Ciri-ciri dalam Paksaan
Kekerasan atau ancaman untuk melakukan
kekerasan (cont)
Contohnya dalam seksyen 15:
A di atas kapal Inggeris di lautan lepas,
menyebabkan B untuk membuat suatu perjanjian,
dengan menakutkan B secara jenayah menurut
Kanun Keseksaan. Kemudian A mendakwa B di
Taiping kerana pecah kontrak. A telah melakukan
paksaan, meskipun perbuatannya yang
dilakukannya bukanlah suatu kesalahan menurut
undang undang Inggeris, dan meskipun seksyen
506 Kanun Keseksaan tidak berkuatkuasa pada
104
masa atau tempat perbuatan itu dilakukan.

1.

1.4 Elemen-elemen asas


F) Kerelaan bebaskontrak
@ Persetujuan bebas
1.

Paksaan

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta


Kontrak 1950
Ciri-ciri dalam Paksaan

2.

a)

b)

Perbuatan memaksa
Perbuatan memaksa mengandungi dua
elemen yang perlu dibuktikan:
Menggunakan tekanan atau paksaan untuk
mempengaruhi kemahuan seseorang itu
sehingga menjadikan kerelaaannya tidak
bebas, dan
Tekanan atau paksaan tersebut hendaklah
bertentangan dengan undang-undang.

105

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1.

Paksaan

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950


Ciri-ciri dalam Paksaan

2.

Perbuatan memaksa(cont)
Contoh kes: Dalam kes Kesarmal a/l Letchumanan
Das Iwn Valiappa Chettiar (1954), ketika berada di
bawah pemerintahan Jepun, satu pindah milik
harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan, di
mana perintah itu sendiri dibuat atas paksaaan
dua orang pegawai tentera Jepun.
Mahkamah memutuskan bahawa perintah
persetujuan pindah milik yang diberikan oleh
Sultan adalah tidak secara sukarela. Oleh yang
demikian, pindah milik harta tersebut adalah tidak
sah dan batal.
106

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
1. Paksaan

2.

Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950


Ciri-ciri dalam Paksaan

Perbuatan memaksa(cont)
Dalam kes Kaufman Iwn Gerson ( 1904), telah
menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan
kepadanya oleh K.K mengancam akan menjalankan
tindakan undang-undang terhadap G melainkan
isteri G sanggup membayar balik wang yang hilang.
Untuk melindungi nama baik suaminya, isteri G
berjanji berbuat demikian.
Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang
dibuat oleh isteri G dengan K tidak boleh
dikuatkuasakan, atau tidak mengikat isteri G kerana
terdapat unsur paksaaan dalam perjanjian tersebut.
107

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


1. Paksaan ( cont)
Rumusan:
Kesan sesuatu kontrak yang mengandungi unsur
paksaaan ialah, kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan
atau kehendak pihak yang dipaksa untuk memasuki
kontrak tersebut.
Menurut seksyen 19 Akta Kontrak:
19. Jika berlaku paksaaan ke atas sesuatu perjanjian,
maka perjanjian itu merupakan kontrak yang boleh
dibatalkan atas pilihan yang dipaksa.
Oleh yang sedemikian, unsur paksaaan boleh wujud
dalam sesuatu kontrak di mana satu pihak telah dipaksa
untuk memasuki perjanjian tanpa persetujuan bebas.
Pihak yang dipaksa itu berhak di sisi undang-undang
untuk memohon kepada mahkamah bagi membatalkan
kontrak yang dimasukinya atas alasan wujudnya unsur
108
paksaan, dan kontrak tersebut tidak sah dan batal.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

Pengaruh Tak Berpatutan


Pengenalan
Seorang plaintiff boleh mengenepikan sesuatu
urusan disebabkan dia telah didesak membuatnya
kerana dipengaruhi oleh seorang lain ke atasnya.
Seksyen 16 menyatakan bahawa hal ini berlaku
apabila pertalian di antara kedua belah pihak
seperti:
(1) satu pihak berkeupayaan menguasai kemahuan
pihak yang lain, dan
(2) menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi
kelebihan tak saksama ke atas pihak yang lain.
Sila beri perhatian kepada penguasaan kemahuan
dan perolehan kelebihan yang tak saksama
109

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

a)

b)

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan
penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan dan
perolehan kelebihan yang tak saksama]
Apabila satu pihak memegang kuasa benar atau kuasa
zahir ke atas orang lain, misalnya kuasa ibu bapa ke atas
seorang anak. Contohnya jika A telah meminjamkan
wang kepada anaknya B semasa anaknya masih remaja,
dan kemudiannya apabila B dewasa, A telah
menyalahgunakan pengaruhnya sebagai ibu bapa
dengan memperolehi satu bon daripada B untuk jumlah
yang lebih besar daripada wang yang harus dibayar atas
pinjaman itu, maka A dianggap telah menggunakan
pengaruhnya dengan tak berpatutan.
Apabila satu pihak ada kaitan amanah dengan seorang
lain, misalnya peguamcara dengan anak guamnya,
pemegang amanah dengan benefisiari, penasihat agama
110
dengan pengikut,

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

c)

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan
penguasaan sedemikian[penguasan
kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak
saksama]
Apabila satu pihak membuat kontrak dengan
seorang yang keupayaan akalnya adalah
terjejas oleh sebab usia, penyakit, atau
penderitaan akal atau jasmani, sama ada
sementara atau berkenalan. Contohnya A
sakit kerana sakit dan didorong oleh B,
pembantu perubatannya supaya bersetuju
membayar sejumlah yang tak munasabah
kepadanya bagi perkhidmatannya. B
dianggap telah menggunakan pengaruh tak
berpatutan

111

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Dalam keadaan-keadaan di mana tanggungjawab untuk
membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan
terletak ke atas orang yang berkedudukan dapat
menguasai kemahuan orang lain itu.
Contoh kepada seksyen 16 memberi contoh di mana
seorang banker memberi pinjaman kepada
pelanggannya dengan kadar bunga yang luar biasa
tinggi. Pada zahirnya, kedudukannya dapat menguasai
kemahuan pelanggan-pelanggan dan urusan itu nampak
tak berpatutan.
Tanggungjawab membuktikan ketiadaan pengaruh tak
berpatutan adalah terletak pada banker itu. Dia mungkin
boleh berbuat demikian dengan membuktikan bahawa
pada masa pinjaman diberi, keadaaan di pasaran wang
adalah tegang, dan kadar bunganya amat tinggi.
112

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Contoh kes tempatan seperti dalam kes Salwath
Haneem Iwn Hadjee Abdullah, suami plaintiff telah
melaksanakan pemindahan hak harta kepunyaaannya
dan plaintiff kepada saudara lelakinya, B dan C.
Plaintiff bersetuju dengan pemindahan hak itu. Tetapi
selepas suaminya mati, plaintiff membuat tindakan
menuntut supaya diketepikan perjanjian dan
pemindahan hak tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa perkaitan amanah
telah wujud antara plaintiff dengan B dan C. Oleh itu
beban pembuktian terletak kepada B dan C yang
mesti menunjukkan bahawa plaintiff memahami
urusan tersebut sepenuhnya dan telah melaksanakan
pemindahan hak itu dengan sukarela tanpa dkenakan
pengaruh tak berpatutan. Oleh kerana B dan C tidak
memenuhi beban tersebut maka urusan itu
113
diketepikan.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
2.

(cont)
Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
Dalam kes Chait Singh Iwn Budin bin
Abdullah, mengenai pengaruh tak
berpatutan atas alasan urusan tak patut
telah dapat ditegakkan apabila seorang
pemberi pinjaman wang telah menuntut
pinjaman pada kadar bunga sebanyak
36 peratus daripada peminjam. Lagipun
peminjam itu buta huruf.
114

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)


2. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)
Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan

Akibat daripada pengaruh tak berpatutan


ialah untuk menjadikan kontrak itu batal
mengikut opsyen pihak yang tidak bersalah.

Dia boleh mendapat kehilangannya kembali


di bawah seksyen 66, yang memerlukan
seseorang yang telah menerima sebarang
faedah daripada kontrak itu, sebelum
dibatalkan memulangkannya dan memberi
pampasan kepada orang yang diterimanya
faedah itu.

115

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)
Tetapi jika pihak yang membatalkannya telah
mendapat sebarang faedah daripada pihak lain
dalam kontrak itu, dia pun berkewajipan
memulangkan faedah tersebut pada syaratsyarat dan keadaan sebagaimana difikirkan
patut oleh mahkamah.
Contohnya dalam kes Chait Singh Iwn Budin Bin
Abdullah, mahkamah memutuskan keputusan
menyokong si pemberi pinjam, tapi
mengurangkan kadar bunga kepada 18 peratus
daripada 36 peratus yang mula-mulanya
dituntut.
116

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
2.

Pengaruh Tak Berpatutan (cont)


Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont)
Contohnya (b) pada seksyen 20, adalah
dinyatakan bahawa A, seorang peminjam wang
meminjamkan $100 kepada B, dan dengan
pengaruh tak berpatutan mendorong B supaya
melaksanakan bon $200 dengan kadar bunga 6
peratus sebulan. Mahkamah boleh
membatalkan bon itu serta memerintahkan B
supaya membayar $100 itu balik dengan bunga
yang difikirkan patut oleh mahkamah.
117

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud (rujuk slide 98)


Pengenalan
Kita tahu bahawa untuk menentukan suatu
kontrak itu sah dan mengikat pihak-pihak
yang berkontrak, kontrak itu hendaklah dibuat
dengan persetujuan oleh pihak-pihak yang
terlibat dan persetujuan ini hendaklah
diberikan secara bebas.
Menurut seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
sekiranya wujud salah satu daripada unsur
yang boleh menunjukkan kebebasan tidak
diberi secara bebas, maka kontrak tersebut
boleh batal.
Kita akan membincangkan salah satu
daripada unsur tersebut iaitu: Frod
118

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.
Fraud

Takrif Frod

Frod telah ditakrifkan dalam Seksyen 17 Akta Kontrak


1950 seperti berikut:
17. Perbuatan-perbuatan berikut yang dilakukan oleh
suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya
dengan niat untuk memperdayakan pihak lain yang
berkontrak atau agennya, atau mendorong orang itu
membuat kontrak:
a)
satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh
seorang yang tidak mempercayainya sebagai tidak benar;
b)
satu penyembunyian secara aktif suatu fakta oleh seorang
yang mengetahui atau mempercayai kebenaran fakta itu;
c)
membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji
itu;
d)
mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan
memperdaya;
119
e)
mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara
khusus dinyatakan oleh undang-undang sebagai tipu.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Takrif Frod ( seksyen 17 Akta Kontrak 1950)
Menurut seksyen 17 (sila rujuk :slide 118),
seseorang itu dikatakan menipu pihak lain
apabila ia melakukan suatu tindakan dengan
niat untuk mendorong orang lain membuat
kontrak dengannya. Perkara penting yang
mesti diingat ialah, untuk menentukan sama
ada kontrak itu mengandungi unsur frod atau
tipu, niat seseorang untuk memperdayakan
pihak lain agar memasuki kontrak hendaklah
diambil kira.
Sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod,
maka sesuatu perjanjian itu boleh batal atas
pilihan orang yang telah ditipu tersebut.

120

1.4 Elemen-elemen asas


F) Kerelaan bebas @kontrak
Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud (cont)
Perbezaan Antara SalahNyataan Secara Tipu
Muslihat dan Frod
Apabila seorang membuat kenyataaan dan fakta
dalam kenyataannya itu salah, maka ia telah
melakukan satu salahnyataan.
Apabila suatu kontrak mempunyai unsur
salahnyataan, ia akan menjadi kontrak boleh batal.
Di bawah undang-undang Inggeris, salahnyataan
terbahagi kepada dua, iaitu salahnyataan berunsur
tipu muslihat, dan salahnyataan ikhlas. Manakala,
Akta Kontrak 1950 Malaysia mentakrifkan
salahnyataan secara tipu muslihat sebagai frod
atau tipuan dalam seksyen 17, dan salahnyataan
ikhlas sebagai salahnyataan dalam seksyen 18.121

1.4 Elemen-elemen asas


F) Kerelaan bebas @ kontrak
Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud (cont)
Perbezaan Antara
SalahNyataan@Misrepresentation Secara Tipu
Muslihat dan Frod (cont)
Di bawah undang-undang Inggeris, untuk
membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat
perkara yang diambil kira ialah sama ada si
pembuat kenyataan ada pengetahuan bahawa
kenyataan itu benar atau salah. Sekiranya ia tahu
bahawa kenyataannya itu salah, ini bermaksud ia
telah melakukan satu salahnyataan secara tipu
muslihat.
Sebaliknya, jika ia benar-benar percaya bahawa
kenyataaan yang dibuatnya itu benar padahal
fakta dalam kenyataannya salah, maka ia
dikatakan melakukan salahnyataan ikhlas.
122

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud (cont)
Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation
Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont)

Akta Kontrak juga menunjukkan keadaan-keadaan yang


boleh dikategorikan sebagai frod di mana ia
merangkumi salahnyataan secara tipu muslihat di
bawah undang-undang Inggeris. Kategori frod di bawah
Akta Kontrak lebih luas berbanding dengan undangundang Inggeris.

Perhatian harus diberi, di mana di bawah undangundang Inggeris untuk membuktikan salahnyataan
secara tipu muslihat, pengetahuan tentang
kebenaran sesuatu kenyataaan hendaklah dikenal
pasti. Sementara itu, Akta Kontrak meletakkan niat
untuk menipu sebagai faktor penting yang mesti123
dibuktikan dalam kes frod atau tipuan.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud (cont)
Kategori Frod
Seksyen 17 telah menyatakan beberapa jenis
perbuatan yang boleh disifatkan sebagai frod:
17(a) menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh
seorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai
benar.
Contohnya A dengan niat menipu B menyatakan
bahawa setiap tahun lima ratus gantang nila telah
dibuat oleh kilang A. Kenyataan A itu mendorong B
membeli kilang itu. A telah melakukan tipuan
terhadap B, dan B boleh mengambil pilihan untuk
membatalkan kontrak antara mereka.
124

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)


3.

Fraud
Kategori Frod (cont)
Contoh kes : Senananyake Iwn Annie Yeo(1965)
Fakta: Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan
kewangan dan masa depan firma defendan dalam urus
niaga saham sehingga menyebabkan plaintiff
membayar $20,000 untuk membeli lima saham milik
defendan. Kedudukan kewangan dan masa depan
firma ternyata tidak seperti yang dikatakan oleh
defendan, dan plaintiff mengambil tindakan untuk
menuntut kembali wangnya.
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff
berhak untuk mendapat kembali wangnya kerana
kontrak yang dimasuki bersama defendan telah dibuat
atas frod yang dilakukan oleh defendan terhadap 125
plaintiff.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kategori Frod (cont)
Contoh kes :Kheng Chwee Lian Iwn Wong Tak
Thong ( 1983)
Fakta: R telah didorong untuk memasuki kontrak
kedua, apabila A menyatakan bahawa saiz tanah
yang hendak dijual itu sama besar dengan tanah
yang telah dipersetujui oleh R dalam kontrak
pertama. R memohon untuk membatalkan
kontrak kedua atas alasan frod.
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa
tindakan R untuk membatalkan kontrak kedua
adalah sah dan mengikat kedua-dua belah pihak.
126

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kategori Frod (cont)

Merujuk kepada kedua-dua kes sebelum


ini(Senananyake dan Kheng Chwee Lian),
menunjukkan bagaimana pihak yang
melakukan frod itu tidak percaya bahawa
kenyataaan yang mereka buat adalah
tidak benar.
17(b) seseorang yang bersunnguhsungguh menyembunyikan fakta daripada
seorang yang lain.
127

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kategori Frod (cont)

17 (c) seseorang membuat janji tanpa berniat untuk


menepati janji itu.
Contoh kes: Letchemy Arumugam Iwn Annamalay(1982)
Fakta: Plaintiff adalah seorang penoreh getah yang buta
huruf. Plaintiff telah didorong secara tipu oleh defendan
seorang pemaju perumahan untuk memasuki perjanjian
jual beli tanah. Defendan menipu plaintiff dengan
menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang hendak
di tandatangan itu adalah untuk pinjaman wang dan
untuk melepaskan tanahnya daripada gadaian. Tetapi
dokumen-dokumen tersebut adalah perjanjian jual
beli tanah plaintif, borang pindah milik tanah
plaintiff, dan perjanjian plaintiff untuk membeli tiga lot
tanah di atas tanahnya sendiri.
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak itu
boleh dibatalkan atas opsyen plaintiff.
128

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
Kategori Frod (cont)
Contoh lain: A pemilik rumah berjanji
dengan B, penyewa rumah untuk
membayar semua kos pembaikan
bumbung rumah apabila kerja-kerja
pembaikan itu siap sepenuhnya. A telah
mungkir janji dan tidak mahu membayar
apa-apa wang kepada B. A boleh
dikenakan tangungan kerana mungkir
janji.
129

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan
bebas (cont)
3.

Fraud
Kategori Frod (cont)
Contoh yang lebih rumit@complex:
Jika semasa membuat salahnyataan, seseorang itu
tidak berniat untuk menepati niatnya itu.
{menyalahnyatakan niatnya pada masa sekarang dan
bukan pada masa depan}
Contohnya, A mendapat pinjaman daripada bank
dengan menyatakan bahawa wang itu akan digunakan
untuk menambah pusingan modal perniagaanya. Tapi
pinjaman itu digunakan untuk membeli sebuah rumah
banglo untuk isterinya. A tidak dikenakan tanggungan
atas salahnyataannya itu kerana hal itu cuma
mengenai niat di masa depan dan bukan mengenai
fakta dan niat yang sedia yang wujud. Walau
bagaimanapun, A boleh dikenakan tanggungan
sekiranya ketika membuat nyataan itu, dia langsung
tidak berniat untuk menggunakan wang itu bagi
130
maksud yang telah diberikan pada mulanya.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod
Menurut seksyen 17, semata-mata membisu terhadap
fakta-fakta yang dikemukakan kepada seorang yang
mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk
membuat kontrak tidak menjadikannya tipu.
Contohnya A menjual kuda kepada B. A tahu bahawa
kudanya itu berpenyakit. Andainya kedua-dua pihak
tidak berkata walau sepatah perkataaan pun semasa
urusan jual beli, ini tidak bermakna A telah melakukan
penipuan terhadap terhadap B. Tetapi jika semasa B
memeriksa kuda tersebut, B berkata kepada A Kuda
ini nampaknya berkeadaan baik dan tidak berpenyakit,
betul begitu En A? dan A membisu, perbuatan A yang
membisu sedemikian menjadikannya satu penipuan.
131

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod (cont)
Contoh kes: Vyramuttu Iwn State of Pahang,
defendan telah menjual tanah secara lelong kepada
plaintiff. Defendan menyangakan bahawa tanah itu belum
dimajukan, dan harganya jauh lebih rendah daripada
harga yang sepatutnya. Sebenarnya tanah tersebut telah
dimajukan, dan nilainya juga telah meningkat. Apabila
defendan mengetahui kesilapan tersebut enggan
meneruskan transaksi jual beli itu, dan mendakwa plaintiff
gagal memberitahu maklumat tersebut kepadanya.
Keputusan@Held: Mahkamah: Plaintiff tidak terikat untuk
memberitahu defendan tentang tanah itu, dan berhak
mendapat ganti rugi kerana ia mengalami kerugian di
atas keengganan defendan untuk meneruskan jual beli
132
itu.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Pengecualian: Membisu Adalah Frod
Menurut kaedah am, diam @membisu itu
bukanlah frod. Tetapi terdapat pengeculian
kepada kaedah am ini. Dalam keadaan tersebut,
adalah menjadi kewajipan bagi sesuatu pihak
untuk menyatakan semua fakta yang benar.
Seksyen 17 menyatakan:
17. Melainkan jika kedudukan perkara itu adalah
sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu
dipertimbangkan, adalah jadi kewajipan bagi orang
yang membisu itu untuk berkata-kata.
Daripada huraian di atas, difahamkan bahawa setelah
pertimbangan oleh mahkamah, orang yang membisu
itu wajib memberitahu atau bersuara,dan
menyatakan yang benar melainkan jika perbuatan 133
membisu itu adalah sama seperti dia bersuara.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Pengecualian: Membisu Adalah Frod
Terdapat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di
mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan
tertentu:
(a)
Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar
(b)
Wujudnya perkaitan amanah antara
pihak-pihak yang berkontrak
(c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati)
17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata
Kita akan melihat@kajian terhadap seksyen s 17(1) dan
S 17(2)..(slide seterusnya)
134

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan
bebas (cont)
3.

A)

Fraud
Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di
mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(a) Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar.
Keadaan begini boleh berlaku semasa diadakan rundingan yang
membincangkan fakta-fakta perjanjian yang hendak dimeterai.
Contohnya Aziz telah membuat tawaran untuk menjual jamnya
kepada Bakri bahawa jam itu masih dalam keadaaa baik, tidak
pernah jatuh dan rosak. Kenyataan ini benar tetapi hari selepas
itu, jamnya telah terjatuh dan rosak. Aziz telah memperbaikinya
tetapi tidak memberitahu Bakri tentang kerosakan itu. Bakri
telah bersetuju membelinya pada harganya RM 150. Beberapa
hari selepas itu, barulah Bakri mengetahui tentang apa yang
jadi dan ingin membatalkannya kontraknya dengan Aziz.
135

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.
Fraud

Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)

Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di


mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
A)
17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(a) Nyataan terdahulu yang kemudian
menjadi tidak benar. (cont)

Berkaitan denga contoh (slide 134), pembisuan Aziz

tentang kerosakan jam adalah merupakan frod kerana


dia wajib memberitahu Bakri bahawa jamnya telah
terjatuh dan rosak sebelum Bakri membelinya. Aziz
hendaklah memberitahu Bakri fakta bahawanya jam
benar dalam keadaaan baik, tidak pernah jatuh atau
rosak semasa rundingan dijalankan tetapi jam tersebut
telah jatuh dan rosak sehari selepas rundingan dibuat.
Fakta mengenai keadaan sebenar jam itu telah menjadi
tidak benar semasa Bakri membeli jam itu. Oleh itu 136
Bakri berhak untuk membatalkan kontrak tersebut.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.
Fraud

Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)


B)
17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihakpihak yang berkontrak.

Apabila wujud pertalian amanah antara pihak-pihak


yang berkontrak, maka pihak yang memegang amanah
adalah dianggap mempunyai pengaruh ke atas pihak
yang satu lagi. Dalam hal sedemikian, satu pihak tidak
boleh mengikat pihak yang lain melainkan dapat
membuktikan kontrak itu mendatangkan faedah dan
segala fakta penting tentang kontrak itu telah
diberitahu.

Contohnya: A ingin menjual seekor kuda kepada B. B


ialah anak A yang telah dewasa. Hubungan A dan B
137
mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda itu tidak
sihat.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)


3.
Fraud

Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)


C)
17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam
keadaan tertentu:
(c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati)
Di dalam kontrak uberimae fidei, seseorang itu
hendaklah memberitahu semua fakta penting yang
diperlukan oleh kontrak. Contoh kontrak uberimae
fidei ialah kontrak insurans, dan kontrak membeli
saham.
Contohnya, dalam kontrak insurans nyawa, orang
yang hendak membeli insurans nyawa hendaklah
memberitahu semua fakta penting seperti sejarah
kesihatannya. Jika ia gagal memberitahu, maka
kontrak itu boleh batal atas pilihan syarikat insurans
Dalam hal ini, pembeli insurans wajib menyatakan
dengan aktif, diamnya@membisu boleh
138
menyebabkan ia dikatakan melakukan frod.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)
Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam
seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan
satu frod@penipuan:
17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata

Contohnya : A ingin menjual kudanya


kepada B. B berkata kepada A, Jika kamu
tidak menyangkal, saya menganggap kuda ini
sihat. A membisu. Di sini pembisuan A
adalah sama dengan A berkata bahawa kuda
itu sihat.
Sebaliknya jika A menyedari bahawa kuda itu
cacat tetapi ia membisu, maka pembisuannya
itu boleh dianggap sebagai frod.

139

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.
Fraud

Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)

Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di


mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan:
17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata
(cont)

Keadaan lain yang boleh dianggap sebagai frod apabila seseorang


menyatakan fakta yang separuh benar. Pembisuannya memberikan
gambaran yang berbeza daripada apa yang dinyatakan.
Contoh kes menjelaskan keadaan di atas:
Kes : R Iwn Kyslant ( 1932)
Fakta: Sebuah syarikat mengeluarkan prospektus untuk mendapatkan
pelaburan wang orang ramai. Prospektus itu mengandungi kenyataan
bahawa pada setiap tahun syarikat itu telah membayar dividen kepada
pemegang sahamnya. Perkara ini benar tetapi syarikat gagal menyebut
berkenaan kerugian perdagangan yang dialami oleh syarikat
dalam tempoh yang sama. Dividen yang dibayar bukan diambil
daripada keuntungan syarikat tetapi daripada bahagian wang yang tidak
akan berulang, seperti pelarasan cukai, simpanan, dan duti untung yang
berlebihan(no stability in the business, not derived from the actual profit.)
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa prospektus itu bersifat
memperdaya dan mengelirukan. Pengarah yang mengetahui hal ini
140
didapati bersalah kerana frod.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
4.

SalahNyataan Ikhlas@ Innocent misrepresentation


Pengenalan
Apabila seseorang mengeluarkan sesuatu kenyataan, yang
mana kenyataan yang dibuatnya itu salah atau tidak tepat,
maka dia dikatakan telah melakukan satu salahnyataan.
Sesuatu salahnyataan dianggap ikhlas apabila orang yang
mengeluarkan kenyataan tersebut tidak berniat untuk
menipu pihak yang lain, malah beliau sendiri percaya
bahawa kenyataan yang dibuatnya itu adalah benar dan
tidak salah.
Contohnya Dr Malik berhasrat untuk menjual kliniknya
kepada orang lain. Beliau memberitahu pembeli bahawa
pendapatan bulanan kliniknya ialah RM 8,000. Enam bulan
kemudian pendapatan klinik tersebut merosot tetapi
maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli. Kontrak
ini boleh dibatalkan atas pilihan pembeli kerana Dr Malik
gagal memberitahu pembeli kedudukan sebenar
141
pendapatannya.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas

Takrif SalahNyataan

Istilah salahnyata ditakrifkan dalam seksyen 18 Akta


Kontrak 1950 seperti berikut:
(1) Dakwaan yang tegas, secara tidak dibenarkan oleh
maklumat yang diperolehi oleh orang yang
menegaskannya mengenai sesuatu hal yang tidak
benar, sungguhpun orang itu percaya bahawa hal itu
benar.
(2) Satu pelanggaran kewajipan yang dibuat tanpa
sebarang niat menipu, tetapi mengelirukan
seorang
lain supaya bertindak supaya bertindak sehingga
merugikan dirinya.
(3) Menyebabkan, walaupun dengan suci hati@ikhlas,
satu pihak perjanjian membuat kekhilafan@kesilapan
{mistake}, mengenai keadaaan benda yang menjadi
pokok perjanjian itu.
142

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan
bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas

Takrif SalahNyataan(cont)

Daripada ketiga-tiga takrif di atas, kita dapat


faham bahawa orang yang membuat
salahnyataan ikhlas, tidak sedar yang
kenyataaanya adalah tidak benar, dan
beliau sendiri yakin bahawa
kenyataannya itu benar.
Di samping itu, orang yang mengeluarkan
salahnyataan ikhlas, tidak mempunyai niat
untuk menipu atau menyebabkan orang lain
memasuki kontrak berdasarkan kenyataannya.

143

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4.
SalahNyataan Ikhlas

Takrif SalahNyataan(cont)

Perlu di beri perhatian bahawa untuk menjadikan satu


kenyataan itu sebagai salahnyata, ia hendaklah
berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar
pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh menjadi
salahnyata walaupun jika pendapat itu tidak benar.

Contoh kes : Bisset Iwn Wilkinson(1927),kedua-dua pihak


memasuki kontrak jual-beli ladang ternakan biri-biri di
New Zealand. Penjual telah menyatakan bahawa ladang
itu cukup besar untuk menampung ternakan sebanyak
2,000 ekor. Sebenarnya, belum ada seorang pun,
termasuk penjual yang pernah menternak biri-biri di
ladang itu.

Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan penjual itu


adalah hanya satu pendapat sahaja. Ia bukan
kenyataaan fakta, maka ia tidak tergolong di bawah 144
salahnyata.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas

Pengecualian Dalam Seksyen 19


Secara amnya Seksyen 19 memperuntukkan:
19. Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian
adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau
salahnyata maka perjanjian itu adalah kontrak yang
boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang
kerelaaannya disebabkan sedemikian.
Menurut seksyen 19, apabila wujud salahnyata
dalam sesuatu kontrak, pihak yang menerima
salahnyata itu boleh memilih sama ada untuk
membatalkan kontrak itu dengan serta-merta @
menerimanya sebagai terus berkuatkuasa seolaholah salahnyataan itu tidak pernah berlaku.

145

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan
bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas

Pengecualian Dalam Seksyen 19(1)


Seksyen 19 menyenaraikan syarat-syarat
pengecualian di mana ada jenis kontrak
yang tidak boleh dibatalkan atas alasan
salahnyata. Terdapat 2 syarat pengecualian
seperti berikut:
(1) Pihak yang menerima kenyataan
mengetahui bahawa butir kenyataan
tersebut adalah tidak benar.

146

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas
@ Persetujuan bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas

Pengecualian Dalam Seksyen 19(1)


Contoh keadaan menjelaskan peruntukan
S 19(1): Ding ingin membeli sebuah pecetak
warna. John menawarkan kepada Ding
pencetak jenama JQQnya dengan harga yang
murah. Ding sedar bahawa pencetak John
adalah pencetak hitam putih tetapi dia tertarik
dengan harga murah yang ditawarkan oleh
John. Ding tidak boleh membatalkan kontrak
atas alasan salahnyata oleh John kerana beliau
sememangnya mengetahui bahawa pencetak
John bukannya pencetak warna.

147

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4.
SalahNyataan Ikhlas

Pengecualian Dalam Seksyen 19(2)


(2)
Salahnyata telah dibuat kepada pihak yang
berpeluang untuk mengetahui kebenaran kenyataan
yang dibuat, tetapi pihak ini tidak berbuat demikian.

Contoh kes yang menjelaskan peruntukan s 19(2) : J.C


Weber Iwn E.A.B. Brown (1908)

Fakta: Defendan bersetuju memindahkan pilihan untuk


membeli sebuah estet kepada plaintiff. Sebelum
menyertai perjanjian itu, defendan menyatakan bahawa
beliau telah membilang pokok-pokok yang ada dalam
estet itu, dan menyerahkan sehelai kertas yang bertulis
dengan bilangan dan umur pokok-pokok getah di estet
itu. Plaintiff membeli pilihan tersebut dan mendapati
bilangan pokok-pokok getah yang sebenar tidak tepat
seperti jumlah yang dinyatakan oleh defendan.

Keputusan : Mahkamah menolak permohonan plaintiff148


untuk membatalkan kontrak.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas
Kesan SalahNyataan Ikhlas
Apabila kontrak dibuat berdasarkan
kepada salahnyata, kontrak tersebut boleh
batal atas pilihan orang yang tidak
bersalah atau yang menerima kenyataan
salah itu.
Sekiranya kontrak itu tidak dibatalkan,
maka ia akan terus berkuatkuasa dan
transaksi yang dilakukan di bawahnya
adalah sah dan mengikat pihak-pihak
berkontrak.

149

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
4.

SalahNyataan Ikhlas
Kesan SalahNyataan Ikhlas (cont)
Pengecualian dalam seksyen 19 telah
menyebabkan kontrak yang diasaskan atas
salahnyataan tidak boleh diketepikan.
Syarat-syarat tersebut menyatakan jika pihak
yang menerima salahnyataan sememangnya
tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu salah
atau ia mempunyai kemudahan untuk
mengenal pasti kesahihan kenyataan tersebut
tetapi gagal berbuat demikian, maka kontrak
yang didakwa ada salahnyataan tidak boleh
dibatalkan oleh pihak-pihak yang berkontrak.
150

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


4.
SalahNyataan Ikhlas

Hak-Hak Pihak Yang Tidak Bersalah

Pada amnya, sesuatu kontrak yang didasarkan


atas salahnyataan boleh dibatalkan atas
permohonan pihak yang tidak bersalah.

Apabila permohonan pembatalan dimasukkan ke


mahkamah, pihak yang tidak bersalah berhak
memohon apa-apa faedah diberikan kepada
orang lain di bawah kontrak batal itu.

Sekiranya mengalami kerugian akibat daripada


salahnyataan itu, maka ia juga boleh menuntut
ganti rugi atas salahnyataan.

Jika pihak yang tidak bersalah tidak mahu


membatalkan kontrak itu, ia boleh meneruskan
kontrak itu dengan memberi syarat bahawa
bahagian kontrak yang batal sebab salahnyataan
hendaklah diperbetulkan oleh pihak yang
151
membuat salahnyataan itu

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


4. SalahNyataan Ikhlas
Rumusan
Salahnyataan ikhlas bermaksud apabila
seseorang mengeluarkan kenyataan yang
salah tanpa niat untuk menipu sesiapa.
Kenyataan yang dibuat itu pula dipercayai
sebagai benar dan tepat.
Sesuatu kontrak yang dibuat dengan
berdasarkan salahnyataan boleh
dibatalkan atas pilihan pihak yang
menerima salahnyataan tersebut atau
mangsanya.
152

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.

Khilaf [Mistake]
Pengenalan
Kita akan membincangkan unsur khilaf@
silap yang dinyatakan dalam seksyen 14
Akta Kontrak 1950.
Di bawah Akta Kontrak, peruntukan
berkenaan khilaf dan kesan-kesannya
dinyatakan di dalam seksyen 21,22 dan 23.
Mengikut Akta Kontrak, khilaf terbahagi
kepada dua: 1) Khilaf fakta(kesilapan
tentang fakta){mistake of fact}; dan 2)
khilaf undang-undang (kesilapan tentang
undang-undang)
{mistake as to law}.

153

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.

Khilaf [Mistake]
Khilaf Fakta Penting
Mengikut seksyen 21:
21. Apabila kedua-dua pihak yang membuat
perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak
mengenai perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah
batal.
Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam
seksyen 21 di atas:
Aspek pertama(1) : perjanjian boleh dibatalkan atas
alasan khilaf , jika khilaf yang berlaku disebabkan
oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Oleh itu, jika
ada satu pihak sahaja yang khilaf atau melakukan
kesilapan tentang fakta penting dalam perjanjian itu,
154
perjanjian tersebut tidak akan menjadi batal.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
Khilaf Fakta Penting (cont)

Mengikut seksyen 21:


21.
Apabila kedua-dua pihak yang membuat
perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak
mengenai perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah
batal.

Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam


seksyen 21 di atas:

Aspek kedua(2) : khilaf yang dilakukan oleh pihakpihak yang berkontrak itu mestilah mengenai fakta
penting dalam kontrak tersebut. Fakta penting
bermaksud: perkara pokok atau terma yang
mustahak kepada perjanjian itu sendiri. Walau
bagaimanapun, setakat ini, belum ada bukti mengenai
hal ini dalam mana-mana kes yang diputuskan oleh 155
mahkamah.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake]

Contoh-Contoh Khilaf

Contoh-contoh khilaf dalam misalan seksyen 21:


a)
A bersetuju menjual kepada B barang kargo tertentu
yang pada sangkaannya berada dalam pelayaran dari
England ke Perlabuhan Kelang. Sebenarnya barang
kargo itu telah musnah apabila kapal yang
membawanya hanyut di lautan. Kedua-dua pihak tidak
menyedari fakta tersebut. Perjanjian itu adalah batal.
b)
A bersetuju membeli seekor kuda tertentu dari B. Pada
ketika perjanjian itu dibuat, kedua-dua pihak tidak
mengetahui bahawa kuda berkenaan telah pun mati.
Perjanjian itu adalah batal.
c)
A mempunyai hak ke atas sebidang tanah selama B
masih lagi hidup. A bersetuju menjual tanah itu kepada
C. Pada ketika perjanjian itu dibuat, kedua-dua pihak
tidak mengetahui bahawa B telah meninggal dunia.
Perjanjian itu adalah batal.
156

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake]
Contoh-Contoh Khilaf ( cont)

Misalan (a)-(c) dalam seksyen 21, di atas


menunjukkan bahawa khilaf fakta yang berlaku
disebabkan oleh kedua-dua pihak yang
berkontrak.

Perjanjian yang dimasuki boleh batal atas


alasan khilaf fakta.

Sekiranya khilaf fakta yang berlaku disebabkan


oleh satu pihak sahaja, maka perjanjian itu
tidak batal di sisi undang-undang. Ini adalah
syarat yang mesti dibuktikan untuk
mengetepikan kontrak atas alasan khilaf fakta.

157

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5. Khilaf [Mistake] (cont)
Di bawah Akta Kontrak peruntukan
berkaitan khilaf ialah seksyen 21, 22
dan 23.
Secara amnya khilaf terbahagi
kepada dua iaitu :
a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang
158

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana


Khilaf Fakta

Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan


atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
1) Kedua-dua pihak berkontrak telah membuat khilaf yang
sama tentang kewujudan perkara pokok dalam kontrak
mereka itu.
Contoh : Dalam kes Couturier Iwn Hastie (1852), A dan B
memasuki perjanjian penjualan jagung. Kedua-dua pihak
menyangkakan jagung itu dalam pelayaran dari Salonica
ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, jagung itu telah
dijual di Perlabuhan Tunis kerana tempat simpanan jagung
terlampau panas dan jagung itu telah rosak.
Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa kontrak
yang sah antara A dan B tidak wujud mana mereka telah
159
khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf


Fakta(cont)

Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas


alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
2)
Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan
sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain.

Kesilapan atau khilaf berlaku apabila kedua-dua pihak yang


merundingkan kontrak itu mempunyai maksud yang berlainan
antara satu sama lain, dan tidak berlaku consensus ad idem
antara kedua belah pihak.

Contoh: X dan Y sedang berunding mengenai penjualan rumah


milik X di Subang Jaya. Andainya X sebenarnya bermaksud hendak
menjual rumahnya di seksyen 15 manakala Y pula bermaksud
hendak membeli rumah X yang terletak di seksyen 19, jadi satu
khilaf oleh kedua-dua pihak telah wujud. Umum mengetahui
bahawa rumah di sekitar seksyen 19 adalah lebih baik dari
seksyen 15 dan oleh itu kediaman di seksyen 19 mempunyai nilai
yang lebih tinggi dari rumah di seksyen 15. Dalam contoh di atas,
160
jelas dapat dilihat tidak wujud kata sepakat antara X dan Y.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal


Kerana Khilaf Fakta(cont)

Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh


dibatalkan atas alasan khilaf fakta di bawah Akta
Kontrak :
2)
Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang
berlainan sehingga masing-masing tidak memahami
antara satu sama lain. (cont)
Contoh : A ingin menjual kereta Honda Civic
miliknya kepada B dan B pula menyangkakan A
ingin menjual kereta Honda City yang juga
miliknya, dalam keadaan ini khilaf di antara kedua161
dua pihak telah wujud.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf


Fakta(cont)

Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan


khilaf fakta di bawah Akta Kontrak :
2)
Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga
masing-masing tidak memahami antara satu sama lain. (cont)

Contoh kes: Raffles Iwn Wichelhaus ( 1864)


Fakta: Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual dan membeli muatan
kapas yang akan tiba dari London dalam sebuah kapal yang bernama
The Peerless yang belayar dari Bombay. Tanpa pengetahuan kedua-dua
pihak, sebenarnya terdapat dua pelayaran kapal tersebut dari Bombay,
iaitu pada bulan Oktober dan Disember. Plaintiff bermaksudkan kapas
dalam kapal Disember tetapi defendan menyangkakan kapas dalam
bulan Oktober.
Keputusan: Kontrak yang sah tidak wujud kerana kedua-dua pihak
khilaf@silap tentang kapal itu. As under the exceptional circumstances
it was impossible for court to decide which partys view was the correct
one. So agreement was void for mutual mistake.
Rumusan kes: Di dalam kes di atas, khilaf yang timbul adalah mengenai
kapal yang membawa muatan kapas, iaitu perkara pokok di dalam
kontrak itu. Khilaf fakta tersebut juga berlainan di antara kedua-dua
pihak yang berkontrak. Oleh itu kontrak batal disebabkan khilaf fakta162
antara kedua-dua pihak.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas


5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :


a)
Khilaf Fakta
b)
Khilaf Undang-Undang

Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:


B) Khilaf Undang-Undang

Pada amnya, khilaf tentang undang-undang tidak


boleh dijadikan sebab untuk membatalkan sesuatu
kontrak. Mengikut seksyen 22:
22.
Sesuatu kontrak tidak boleh batal
disebabkan khilaf mengenai mana-mana undangundang yang berkuat kuasa di Malaysia. Sekiranya
khilaf berkenaan undang-undang luar negara,
kesannya sama dengan khilaf fakta, iaitu perjanjian163
adalah batal.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :


a) Khilaf Fakta
b) Khilaf Undang-Undang

Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:


B) Khilaf Undang-Undang (cont)

Peruntukan S.22 bermaksud, sesuatu khilaf


mengenai mana-mana undang-undang yang
berkuat kuasa pada masa ini di dalam negara
kita, tidak akan menyebabkan perjanjian yang
dibuat batal.
164

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas
5.
Khilaf [Mistake] (cont)

Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu :


a)
Khilaf Fakta
b)
Khilaf Undang-Undang

Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua:


B) Khilaf Undang-Undang (cont)

Contohnya dalam kes Seck Iwn Wong&Lee ( 1940)

Fakta: Plaintiff(kontrak binaan) telah meminta pelan kerja dari


defendan(arkitek). Bayaran sebanyak $500 telah dikenakan bagi
pelan tersebut. Bayaran tersebut telah dibuat tanpa mengetahui
kedudukan undang-undang yang melarang bayaran sedemikian
dituntut oleh arkitek darinya.

Keputusan: Mahkamah memutuskan khilaf undang-undang tidak


boleh dijadikan asas untuk plaintiff menuntut wang tersebut,
tetapi berdasarkan keterangan yang dikemukakan, mahkamah
mendapati defendan telah mengambil kesempatan di atas
kejahilan plaintiff, oleh itu atas dasar ekuiti, mahkamah
165
mengarahkan agar wang tersebut dipulangkan kepada plaintiff.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak


Khilaf

satu pihak@Unilateral Mistake


Mengikut seksyen 23:
23. Sesuatu kontrak bukan boleh batal
semata-mata kerana ianya disebabkan
oleh
salah satu pihaknya yang khilaf mengenai
suatu perkara fakta.
Secara amnya: kontrak yang disebabkan khilaf
fakta oleh satu pihak dalam perjanjian, tidak
boleh membatalkan perjanjian tersebut.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan
tertentu mahkamah boleh membatalkan kontrak
atas permohonan pihak yang berkontrak atas
alasan kontrak itu dibuat kerana khilaf oleh satu
pihak yang berkontrak sahaja.
Pengecualian tersebut akan dibincangkan dalam
slide seterusnya.

166

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

1)

a)
b)

c)

Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti


berikut:
Khilaf tentang identiti pihak yang lain
Sekiranya satu pihak dalam perjanjian telah khilaf
tentang identiti pihak yang berkontrak dengannya,
kontrak tersebut boleh dibatalkan oleh pihak yang
melakukan khilaf tersebut.
Tetapi beberapa perkara hendaklah dibuktikan
sebelum mengetepikan kontrak yang dibuat, iaitu:
Identiti pihak lain dalam perjanjian itu merupakan
perkara penting dalam kontrak tersebut.
Pihak lain dalam perjanjian itu mestilah sedar
bahawa dia bukanlah pihak yang sepatutnya
membuat kontrak.
Orang yang khilaf itu telah mengambil langkah yang
munasabah untuk mengenal pasti orang yang dia
167
berurusan itu.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

1)

Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti


berikut:
Khilaf tentang identiti pihak yang lain
Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878)
Fakta : Seorang yang bernama Alfred Blenkarn telah
membuat pesanan barang tertentu dari responden.
Tindakan beliau demikian menunjukkan seolah-olah ia
mewakili Blenkiron&Co, satu syarikat yang dikenali
ramai. Barang-barang tersebut telah dihantar kepada
Blenkarn, tetapi gagal membayarnya. Blenkarn
kemudian menjual barang-barang tersebut kepada
perayu(Lindsey). Responden ( Cundy) menuntut balik
barang-barang tersebut atau nilainya daripada perayu.
Keputusan: Mahkamah memutuskan
Cundy(responden)mahu berurusan dengan
Blenkiron&Co, dan perkara ini telah diketahui oleh
Blenkarn. Oleh yang demikian, satu kontrak yang tidak
wujud di antara responden dan Blenkarn. Maka barangbarang tersebut masih menjadi milik responden dan
168
perayu hendaklah memulangkannya kepada responden.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

1)

Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti


berikut:
Khilaf tentang identiti pihak yang lain
Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878) (English
version)
Facts: A crook named Blenkarn ordered linen
handkerchiefs from Cundy. His order, from 37 Wood
Street, was signed to look as if it were from
Blenkiron&Co, a reputable firm known to Cundy, who
carried on business at 123 Wood Street. The goods
were sent to Blenkarn, who sold them to Lindsay.
Cundy successfully sued Lindsay in the tort of
conversion.
Held : It was held that he had intended only to deal
with Blenkiron&Co. Since there was no contract with
Blenkarn, he received no title whatsoever to the goods,
and therefore could not pass title on to Lindsay.
169

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

2)

Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti


berikut:
Khilaf fakta tentang jenis dokumen
Secara umumnya, seorang yang menandatangani
suatu dokumen ( kontrak bertulis) adalah terikat
dengan dokumen itu.
Contoh kes: Serangoon Garden Estate Ltd Iwn
Marian Chye (1959), mahkamah memutuskan
bahawa apabila satu dokumen yang mengandungi
terma-terma kontrak telah ditandatangani, pihak
yang menurunkan tandatangan adalah terikat
dengan kontrak itu sama ada dokumen itu telah
dibacanya atau tidak, kecuali terbukti wujud
penipuan atau salah nyata.
Di dalam kes Subramaniam Iwn Retnam ( 1966),
mahkamah memutuskan bahawa defendan terikat
dengan kontrak bertulis dalam bahasa Inggeris yang
telah ditandataganinya walaupun ia tidak tahu atau
faham bahasa itu, melainkan jika terbukti ada
170
penipuan atau salah nyata.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

Kesan Dan Relif Khilaf


Menurut seksyen 14:
14. Sesuatu kontrak yang mengandungi unsur
khilaf akan menjadi kontrak boleh batal disebabkan
tiada kerelaan bebas diberikan oleh pihak yang
berkontrak.
Peruntukan di atas menyatakan kesan ke atas suatu
kontrak yang dibuat kerana khilaf. Kontrak yang
diasaskan oleh khilaf fakta sama ada oleh kedua-dua
pihak dalam perjanjian atau satu pihak sahaja, dalam
kes tertentu, adalah tidak sah dan batal.
Apabila sesuatu kontrak menjadi kontrak yang batal,
pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut tidak akan
mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang dan
mereka tidak layak untuk melaksanakan bahagian
masing-masing seperti dalam kontrak tersebut.
171

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Kesan Dan Relif Khilaf (cont)
Setelah didapati kontrak menjadi batal,
terdapat berbagai jenis relif yang boleh dituntut
oleh pihak yang tidak bersalah terhadap pihak
yang berkontrak dengannya. Relief ini
bergantung kepada hal keadaan setiap kes itu.
Secara umumnya, relif-relif bagi khilaf adalah
seperti berikut:
1) Membatalkan kontrak
2) Mendapatkan kembali faedah yang
telah diberikan kepada pihak yang
berkontrak itu.
172

1.4 Elemen-elemen asas kontrak

Kesan Dan Relif Khilaf (cont)


Mengikut seksyen 66:
66.
Mana-mana pihak dalam kontrak yang telah
mendapat apa-apa faedah hasil dari kontrak tersebut
adalah berkewajipan untuk memulangkan kembali
faedah tersebut kepada pihak yang memberikan
faedah itu.
Di samping itu, seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950
menyatakan:
37.
Sekiranya mahkamah telah membenarkan mana-mana
pihak untuk membatalkan kontrak, mahkamah berhak untuk
memerintahkan pihak tersebut membuat pampasan kepada
pihak yang satu lagi demi menjalankan ekuiti atau keadilan.
3) Meminta ganti rugi di atas apa-apa kerugian yang telah
dialami
4) Meneruskan kontrak dengan membuat beberapa pembetulan
terhadap kontrak tersebut.
173

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
Kesan Dan Relif Khilaf (cont)
Seksyen 30 Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan:
30.Sekiranya sesuatu kontrak itu mengandungi
khilaf, pihak yang terlibat boleh meneruskan
kontrak yang dibuat, dengan melakukan
pembetulan ke atas kontrak itu atau
merektifikasikan@ratify kontrak itu sebagaimana
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Contoh kes: Oh Hiam & YL Iwn Tham Kong(1980),
mahkamah telah memerintahkan pembetulan
dibuat setelah didapati kedua-dua pihak khilaf
tentang dokumen pindah milik tanah yang
melibatkan sebidang tanah yang sepatutnya tidak
termasuk dalam urusan pindah milik itu.

174

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak
g) Tujuan yang sah

Suatu kontrak itu perlu mempunyai tujuan yang sah


kerana jika tidak ia akan menyebabkan perjanjian
tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.
Tujuan kontrak tersebut perlu sah di sisi undangundang. Di bawah Akta Kontrak 1950 sesuatu
perjanjian itu akan menjadi sah di sisi undang-undang
kecuali:
a) ianya dilarang oleh undang-undang,
b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan,
maka ia akan mengecewakan peruntukan mana-mana
undang-undang,
c) ianya merupakan frod,
d) ianya mendatangkan atau melibatkan bencana
kepada diri atau harta orang lain,
e) mahkamah menganggapnya tak moral atau
175
bertentangan dengan muslihat awam.

1.4 Elemen-elemen asas


g) Tujuan yang sah kontrak

Pihak yang ingin memasuki sebuah kontrak perlulah


berhati-hati dengan apa yang mereka dipersetujui.
Contoh kes yang boleh dilihat berkaitan dengan
kontrak tak bermoral ialah:
Kes : Pearce Iwn Brooks (1866).
Fakta : Kes ini adalah mengenai plaintiff menjual
sebuah kereta kuda kepada defendan. Kereta kuda
tersebut digunakan oleh defendan bagi tujuan
pekerjaannya iaitu menjadi pelacur. Defendan
berjanji membayar kereta tersebut secara ansuran.
Namun begitu, defendan gagal mengotakan janjinya.
Plaintiff membuat tuntutan undang-undang.
Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff
gagal dalam tuntutannya kerana plaintiff
mengetahui tujuan defendan membeli kereta kuda
tersebut untuk menjalankan sesuatu yang
176
ditegah@dilarang oleh undang-undang.

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Contracts

That Are Immoral@ Against Public


Policy: Section 24(e) English version
Immorality
Under English common law, sexual immorality is
treated as a head of public policy.
Contracts that are illegal for sexual morality have
been established in such cases such as Pearce v
Brooks [1861], involves a contract of hire of
vehicle for purposes of prostitution and in general
way, in the words of Lord Wright, those involve
an immoral promise such as promise between a
man and woman to live together without being
married.
177

1.4 Elemen-elemen asas


kontrak

Kesimpulan
Sesebuah kontrak akan menjadi sah
jika memenuhi kesemua elemenelemen asas pembentukan kontrak
seperti yang dibincangkan seperti :
cadangan dan penerimaan, balasan,
niat untuk mengikat di sisi undangundang, keupayaan, ketentuan,
kerelaan bebas dan tujuan kontrak itu
mestilah sah menurut undang-undang.

178

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang
Pengenalan
Menurut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950:
2(h) Sesuatu kontrak yang sah ialah
sesuatu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Maksud kuatkuasa di sini ialah pihakpihak yang berkontrak itu mempunyai
peluang untuk mengambil tindakan
mahkamah sekiranya tidak berpuas hati
dengan kontrak yang mereka masuki.
179

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

Pengenalan (cont)

Contohnya Ali telah membeli satu set bilik tidur di


kedai perabot Ming. Apabila Ming menghantar set
tersebut ke rumah Ali, beliau mendapati kaki
katilnya patah dan cermin almari pecah. Ali tidak
berpuas hati dan ingin menamatkan perjanjian
dan menghantar balik set bilik tidur kepada Ming.
Ming tidak bersetuju untuk menerima semula
barang-barang itu. Dalam kes ini Ali mempunyai
hak untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap Ming.

180

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang

Pengenalan (cont)
Seksyen 2(g) Akta Kontrak 1950 pula menyatakan:
2(g) Sesuatu perjanjian yang tidak boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang, adalah tidak
sah dan batal.
Contohnya Mat A telah berjanji dengan Mat B untuk
membeli 100 kilogram ganja pada harga RM 10,000.
Mat A gagal membayar harga ganja tersebut kepada
Mat B. Dalam kes ini Mat B tidak mempunyai hak
untuk menyaman Mat A di mahkamah kerana
perjanjian jual beli dadah adalah haram dan tidak
sah di sisi undang-undang. Maka perjanjian tersebut
tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
Oleh itu, perjanjian antara Mat A dan Mat B batal 181
dan tidak sah.

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang
Pada amnya, kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang
boleh dibahagikan kepada i) kontrak
boleh batal; ii) kontrak terbatal; iii)
kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan.

182

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang

i) Kontrak Boleh Batal


Takrif Kontrak Boleh Batal
Menurut seksyen 2(i) Akta Kontrak 1950:
2(i) Kontrak boleh batal ialah satu perjanjian yang sah
pada awalnya sehingga diketepikan oleh pihak-pihak
yang berkontrak.
Pada dasarnya, kontrak boleh batal mungkin memenuhi
semua ciri yang diperlukan dalam sesuatu kontrak,
tetapi pada masa yang sama mengandungi unsur-unsur
yang boleh menyebabkan kontrak dikategorikan
sebagai kontrak boleh batal. Pihak yang berkontrak
boleh mengetepikan dan membatalkan kontrak yang
telah dimasuki atas alasan terdapat sesuatu unsur
yang boleh membatalkan kontrak tersebut..
183

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

i)

Kontrak Boleh Batal


Takrif Kontrak Boleh Batal (cont)
Contohnya, Ahmad telah menjual sebuah
komputer kepada Badri dengan memberi
maklumat salah tentang perisian yang terdapat
dalam komputer tersebut. Apabila Badri
mendapat tahu hal ini beliau berasa tidak puas
hati dan ingin menamatkan perjanjian dengan
Ahmad. Kontrak antara Ahmad dan Badri adalah
sah pada awalnya tetapi Badri mempunyai hak
untuk mengetepikan dan membatalkan kontrak
atas alasan Ahmad telah memberi maklumat
salah tentang perkara pokok perjanjian tersebut,
iaitu perisian komputer.

184

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang

English version kontrak boleh batal @ Voidable


Contracts
Voidable contracts
In respect of voidable contracts, section 2(i) declares
that,
an agreement which is enforceable by law at the option
of one or more of the parties thereto, but not at the
option of the other or others, is a voidable contract
The agreement is valid and binding until the party
entitled to avoid it opts to do so.
Consequently rights and duties may arise under a
voidable contract and third parties, acting in good faith
and without knowledge of any vitiating circumstances,
can acquire rights stemming from a voidable contract
provided the contract has not earlier avoided.

185

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang

Voidable contracts (cont)

Supposing that A obtains goods from B


under fraudulent circumstances which
entitles B to avoid the contract. If A then
resells the goods to C, an innocent purchaser
acting in good faith, C will then acquire a
good title against B unless B has earlier
exercised his option to avoid original contract
between him and A before the resale to C.
In contrast, if the contract between A and B
is void rather than voidable, C does not
acquire any title to the goods simply because
A cannot pass to C what he does not have.

186

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

ii)

Kontrak Terbatal @ Void Kontrak


terbatal adalah sejenis perjanjian yang
dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri atau
kehendak sesuatu kontrak.
Contohnya, kontrak yang dibuat oleh
orang yang tidak siuman. Orang gila
dikatakan tidak mempunyai keupayaan di
sisi undang-undang untuk memasuki
kontrak. Sekiranya pihak dalam suatu
kontrak itu adalah orang gila, maka
kontrak tersebut akan terbatal dari awal
lagi.

187

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

ii)

Kontrak Terbatal (cont)


Apakah kesan kontrak terbatal? Kesan
kontrak terbatal : kontrak tersebut menjadi
tidak sah dari awal lagi, dan pihak-pihak
yang berkontrak tiada hak untuk membuat
sebarang tuntutan (misalnya ganti rugi)
daripada kontrak tersebut.
Oleh kerana kehendak@keperluan kontrak
tidak dipenuhi dari mula-mula perjanjian
dibuat : maka kontrak yang dibuat menjadi
batal.dan tidak sah di sisi undang-undang.
188

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan


Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan ialah
satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat
dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undangundang kerana gagal memenuhi keperluan atau
formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut
atau undang-undang(common law)
Apabila sesuatu kontrak itu tidak dapat
dikuatkusakan bermakna pihak-pihak dalam
kontrak itu tidak boleh mengambil tindakan
mahkamah untuk menguatkuasakan hak-hak@
tuntutan mereka di sisi undang-undang.
189

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan


(cont)
Contohnya, menurut Akta Sewa Beli 1967,
sesuatu perjanjian sewa beli hendaklah dibuat
secara bertulis. Sekiranya perjanjian sewa beli
dibuat secara lisan, perjanjian tersebut tidak
dapat dikuatkuasakan kerana melanggar
peruntukan Akta. Oleh yang demikian jika
terdapat pecah kontrak atau apa-apa
kemungkinan di dalam kontrak itu, pihak yang
rugi tidak berhak untuk mengambil tindakan
mahkamah kerana kontrak tersebut tidak dapat
dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
190

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang

Kerelaan Bebas
Menurut kaedah am, sesuatu kontrak menjadi sah jika
ia dibuat dengan kerelaan sebenar atau kerelaan
bebas, tanpa sebarang tekanan atau paksaaan manamana pihak.
Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950,
10. Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah
jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak
yang berkontrak.
Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkontrak
hendaklah memberikan persetujuan secara ikhlas
untuk memasuki perjanjian tanpa paksaaan atau
ugutan.
191

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

Kerelaan

Bebas (cont)
Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula:
13. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai
pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara
yang sama dalam pengertian yang sama.
Contohnya, Kamal bersetuju untuk
membekalkan tepung sebanyak 100 kg pada
harga 60 sen sekg kepada Azhar. Azhar juga
bersetuju untuk membeli tepung sebanyak
100 kg pada harga 60 sen sekg.

192

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

a)
b)
c)
d)
e)

Kerelaan Bebas (cont)


Mengikut Seksyen 14 Akta Kontrak 1950,
14. Kerelaan sesorang itu dianggap
bebas selagi tidak wujud salah satu
daripada unsur-unsur berikut:
Paksaan
Pengaruh tak berpatutan
Frod(tipu)
Salahnyataan
Khilaf (silap)

193

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

Rumusan

Kita dapat faham bahawa tiga jenis kontrak di


mana cara pembentukan sesuatu kontrak itu
memberi kesan yang berbeza menurut jenis
kontrak tersebut.
Kontrak boleh batal bermaksud perjanjian yang
pada mulanya sah dan mengikat pihak-pihak
berkontrak kemudiannya menjadi batal kerana
terdapat unsur yang membatalkannya seperti
paksaan@fraud
Apabila sesuatu kontrak menjadi boleh batal, kita
dapat simpulkan bahawa pihak-pihak yang
berkontrak telah gagal memberikan persetujuan
bebas@kerelaan bebas ketika memasuki
perjanjian tersebut.
194

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang
Conclusion:
1)

Voidable Contract [ Kontrak boleh batal] kerelaan bebas


Contract can be enforceable at the option of another party.
Dari segi satu pihak, kontrak dapat dilaksanakan.
The agreement is valid and binding until the party entitled to
avoid it opts to do so.
Section 19(1) explicitly declares the voidability of agreements
without free consent in the following manner:
19. When consent to an agreement is caused by
coercion(paksaaan), fraud(frod) or
mirepresentation(salahnyataan), the agreement is a contract
voidable at the option of the party whose consent was so caused.
In addition, section 20 states that when consent to an agreement
is caused by undue influence(pengaruh tak berpatutan), the
agreement is a contract voidable at the option of the party whose
consent was so caused.
Thus under the Contracts Act, coercion, fraud, misrepresentation
and undue influence will render an agreeement voidable at the
option of the party whose consent was so caused.
195

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

2) Kontrak terbatal @Void contract


In English law, the word void as in a
void contract refers to an agreement
that is destitute of any legal effect ab
initio so that no rights and obligations
are created at all.
Section 2(g) of the Contracts Act declares
as a general proposition that an
agreeement not enforceable by law is
said to be void.
196

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh batal


dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang
2) Kontrak terbatal @Void contract (cont)
a void contract is an agreement not enforceable by
law section 2(g) provides : an agreement not
enforceable by law said to be void
according to section 24, the consideration or object
of an agreement is lawful unless:
a)it is forbidden by a law
b)it is of such a nature that, if permitted, it would
defeat any law
c)it is fraudulent
d)it involves or implies injury to the person or
property of another
e)the court regards it as immoral, or opposed to
public policy
Consequences of Void or Illegal Agreements
the courts will not enforce an illegal contract ex
197
turpi causa non oritur

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh


batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

2) Kontrak terbatal@Void contract(cont)


A contract may be void through illegality or other
reasons such as consideration or operative mistake.
English law makes a distinction between contracts
that are merely void and those that are void though
illegality either at common law or by statute.
Contracts void through illegality@kontrak
yang tak sah di sisi undang-undang are
treated more strictly by the law, and the general
rule is that the court will refuse its aid to a person
who founds his or her cause of action upon an
immoral or illegal act.
198

You might also like