You are on page 1of 35

 Menurut Common law, sewa beli adalah menyewa

(bailmerit) dan pilihan untuk membeli, atau dalam


formula yang ringkas : sewa + pilihan untuk
membeli.
 Sewa beli harus dibezakan dengan jualan secara
hutang (credit sale). Bagi sewa beli, pemilik
(barangan) adalah pemilik, di mana penyewa tidak
boleh memindahkan hak milik barang itu kepada
pihak ketiga, malah pemilik barangan boleh
mendapatkan semula milikan barang daripada
penyewa menutut terma perjanjian atau undang-
undang.
 Perjanjian sewa beli ditakrifkan di dalam seksyen 2 iaitu :
-perjanjian sewa beli bermaksud membenarkan barang-barang
dengan opsyen untuk membeli dan perjanjian untuk membeli
barang-barang secaraansuran (sama ada perjanjian menyatakan
ansuran sebagai sewa atau sebaliknya tetapi tidak termasuk
mana-mana perjanjian:
a. di mana harta di dalam barang-barang yang terkandung
melewati masa perjanjian atau ketika atau pada bila-bila masa
sebelum penyerahan barang-barang; atau
b. di bawah mana orang yang menyewa atau membeli barang-
barang adalah orang yang terikat dalam tred atau perniagaan
menjual barang-barang yang sama jenis atau perihal seperti
barang-barang yang terkandung di dalam perjanjian.
 Dengan kata lain, sewa beli adalah suatu
perjanjian di mana seseorang (pembeli)
memiliki sesuatu barangan dan
melangsaikan bayaran secara ansuran.
Apabila kesemua bayaran telah dibuat
barulah hak milik berpindah tangan dan
kekal bersama pembeli itu.
 Kes: Tractors Malaysia Bhd V. Kumpulan Pembinaan
Malaysia Sdn Bhd [1979] 1 MLJ 129
Isu: sama ada transaksi yang melibatkan jual beli traktor
merupakan jualan biasa atau sewa beli.
Fakta kes: responden telah menuntut ganti rugi dengan
mendakwa bahawa pengambilan semula barang yang
dilakukan oleh pihak perayu adalah salah kerana transaksi
itu merupakan jualan biasa sahaja dan bukannya sewa
beli.
Keputusan mahkamah: mahkamah persekutuan
berpendapat bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju
bahawa hak milik hanya akan berpindah tangan apabila
bayaran sepenuhnya dijelaskan. Ini menunjukan bahawa
transaksi itu bukanlah jualan biasa tetapi lebih kepada
maksud sewa beli yang akan memberi hak kepada pihak
perayu untuk mengambil semula traktor itu sekiranya
pihak responden melanggar perjanjian (gagal membuat
bayaran).
 Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa-beli adalah ‘penyewa’
dan ‘pemunya’.
 Ia dijelaskan dalam seksyen 2 ASB 1967.
-Menurut s 2, “penyewa” ditakrifkan ;
“orang yang mengambil atau telah mengambil barang-barang daripada
pemunya dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang kepada
siapa hak-hak atau liabiliti-liabiliti penyewa dibawah perjanjian
tersebut telah diserah hak atau dengankuatkuasa undang-undang.
“pemunya” juga ditakrifkan dalam seksyen 2 ;
“Orang yang membenarkan atau telah membenarkan barang-barang
kepada penyewa dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang
kepada siapa hak-hak atau liabiliti-liabiliti pemunya di bawah
perjanjian telah diserah hak atau dengankuatkuasa undang-undang”.
Syarikat kewangan

penjual penyewa
 Menurut Jadual Pertama ASB, barangan yang
mendapat perlindungan adalah:
(1) Semua barangan pengguna
(2) Kenderaan-kenderaan bermotor, iaitu-
(a) kenderaan-kenderaan orang sakit (cacat);
(b) motorsikal;
(c) motorkar termasuk teksi dan kereta sewa;
(d) barang-barang (yang berat muatan
maksimum yang dibenarkan tidak melebihi
2540 kilogram);
(e) bas-bas termasuk bas panjang.
 Menurut s.2 ASB, barang pengguna adalah:
- Barangan yang dibeli bagi maksud-maksud
perseorangan, keluarga atau isi rumah.

Bagaimana sekiranya
Ahmad membeli peti
sejuk untuk kegunaan
syarikatnya?
 Sebelum Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli.
S.4 ASB: sebelum apa-apa perjanjian sewa beli dimasuki
berkenaan dengan apa-apa barang.
a. Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada
buatan perjanjian sewa beli dijalankan oleh mana-mana
orang yang akan menjadi pemunya dibawah perjanjian
sewa beli yang akan dimasuki. Atau oleh mana-mana
orang, selain daripada peniaga yang bertindak bagi
pihaknya, orang tersebut hendaklah menyampaikan
kepadabakal penyewa suatu pernyataan bertulis yang
dilengkapkan dan ditandatanganidengan sempurna
olehnya mengikut borang yang dinyatakan dalam
bahagian 1 jadual kedua ;
b. Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada
buatan perjanjian sewa beli dijalankan oleh
seorang peniaga tersebut hendaklah-
i.Menyampaikan kepada penyewa yang bercadang
suatu pernyataan bertulis yang dilengkapkan
dan ditandatangani dengan sempurna olehnya
mengikut borang yang dinyatakan dalam
Bahagian 1 jadual Kedua;dan
ii.Pada bila-bila masa selepas penyampaian
pernyataan bertulis yang dirujukkan dalam
subperenggan (1) tetapi sebelum perjanjian sewa
beli dimasuki, menyampaikan kepada penyewa
yang bercadang suatu dan bakal pemunya
mengikut borang yang dinyatakan dalam Bahagian
11 Jadual Kedua.
 Semasa Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli.
- setelah proses pelawaan cadangan berakhir dan
bakal penyewa bersetuju memasuki sewabeli maka
perjanjian akan dibentuk antara pemunya dan
bakal penyewa. Semasapembentukan perjanjian
ini, syarat-syarat berikut perlulah dipatuhi :
a. perjanjian dibuat secara bertulis;
- perjanjian sewa beli mesti dibuat secara bertulis.
Jika syarat ini tidak dipatuhi maka perjanjian sewa
beli dianggap sebagai tidak sah. Ini diperuntukkan
di bawah seksyen 4A.
- 4A(1) suatu perjanjian sewa beli berkenaan dengan
mana-mana barang yang ditentukan dalam jadual
pertama hendaklah secara bertulis.
- 4A(2) suatu perjanjian sewa beli yang tidak
mematuhi subseksyen (1)adalah tidak sah.
b. perjanjian mesti ditandatangani;
- Sewa beli mestilah ditandatangani oleh
pihak-pihak yang terlibat dalam traksaksi
itu.tandatangan ini hendaklah diturunkan
hanya apabila borang perjanjian telah
dilengkapisepenuhnya.
- ASB menyediakan satu bentuk
perlindungan kepada pihak penyewa bagi
memastikan hak mereka dijaga.
Peruntukan ini dinyatakan dibawah s4B
iaitu:
- 4B (1) setiap perjanjian sewa beli
hendaklah ditandatangani oleh atau pihak
semua pihak kepada perjanjian itu.
- 4B(2) tiada pemunya, peniaga, ejen atau orang yang
bertindak bagi pihak pemunya boleh menhendaki atau
menyebabkan mana-mana penyewa atau ejennya yang
bercadang menandatangani suatu perjanjian sewa beli
atau apa-apa borang atau dokumen lain berhubung
dengan suatu perjanjian sewa beli melainkan perjanjian
sewa beli, borang ataudokumen tersebut telah
dilengkapkan dengan sempurna.
- -Kes Guan Aik Moh (KL) Sdn Bhd & Anor v Selangor
Properties Bhd [2007] 4 MLJ 201
- 4B(3) sesuatu perjanjian sewa beli yang tidak mematuhi
sub subseksyen-subseksyen (1)dan (2) adalah tidak sah.
- Perlu diingatkan, walaupun menurut s4B(3) perjanjian ini
tidak sah, pihak pemunya,meniaga atau ejen yang
bertindak bagi pihak pemunya tetap dianggap melakukan
kesalahan di bawah ASB.
c. Kandungan Perjanjian Sewa Beli Dipatuhi.
Menurut seksyen 4C, setiap perjanjian sewa beli mestilah
mengandungi perkara-perkara berikut :
- 4C(1)(a) setiap perjanjian sewa beli hendaklah-
▪ Menentukan suatu tarikh pada mana sewaan hendaklah
disifatkan bermula;
▪ Menentukan bilangan ansurans untuk dibayar dibawah
perjanjian oleh penyewa;
▪ Menentukan amaun setiap ansuran ini dan orang kepada mana
dan tempay dimana pembayaran-pembayaran ansuran ini
hendaklah dibuat;
▪ Menentukan masa untuk bayaran setiap ansuran daripada
ansuran2 itu;
▪ Mengandungi suatu perihal barang-barang memadai untuk
mengecamkanbarang-barang itu;
▪ Menentukan alamat di mana barang2 di bawah perjanjian sewa
beli berada;
d. perjanjian yang berasingan bagi setiap
butiran barang

Mengikut seksyen 4D (1) maka hendaklah


ada suatu perjanjian sewa beli berasingan
bagi setiap butiran barang-barang yang
dibeli di bawah akta ini.
 Selepas Pembentukan Perjanjian
Sewa-Beli.
peringkat yang terakhir berhubung
pembentukan perjanjian sewa beli
adalah’penyerahan dokumen perjanjian
oleh pemunya kepada penyewa. Ini
dijelaskan dibawah s 5 akta sewa beli
1967:
- s 5 : dalam tempoh 14 hari selepas membuat
suatu perjanjian sewa beli, pemunya hendaklah
menyampaikan atau menyebab untuk
disampaikan kepada penyewa dan penjamin-
penjamin suatu salinan tiap-tiap perjanjian.
- ini bermaksud, pemunya menstilah menyampaikan
salinan perjanjian sewa beli kepada penyewa dan
penjaminnyadalam tempoh 14 hari selepas
membuat perjanjian.
- Kegagalan pemunya berbuat demikian akan
menyebabakan perjanjian sewa beli itu tidak boleh
dikuatkuasakan oleh pemunya seperti mana yang
dinyatakan di bawah s5(1A):
- 5(1A) kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1)
akan menyebabkanperjanjian sewa beli tidak boleh
dikuat kuasakan oleh pemunya.
 Apakah maksud perjanjian sewa beli? (2m)
 Pada pendapat anda, adakah Akta Sewa Beli
1967 terpakai sekiranya:
a. Mamat, seorang pekedai, mesin basuh untuk
digunakan di kedainya?
(2m)
b. A membeli rumah untuk keluarganya?
(2m)
 Abu membeli sebuah motosikal dari kedai
Chew secara sewa dengan mendapat pinjaman
daripada Bank Berganda Bhd. Merujuk kepada
Akta Sewa Beli 1967, siapakah penyewa dan
siapa pemunya? Mengapa?
(4m)
Syarat tersirat
(a) Melepaskan barang- pemilik berhak untuk
menjual barang pada masa harta itu patut
dilepaskan.
(b) Kualiti boleh dagang- barang mempunyai
kualiti boleh dagang.
(c) Kesesuaian barang- kesesuaian barang-
barang
dengan munasabah bagi tujuan tertentu .
Waranti tersirat
(a) Milikan aman
(b) Bebas daripada gadaian/bebanan.
1. Syarat Tersirat Mengenai Hak Milik.
 Seperti mana yang kita telah sedia maklum,
perjualan di dalam sewa beli tidak akan berlaku
sehinggalah penyewa membuat pilihannya untuk
membeli. Merujuk seksyen7(1)(b), pemunya
semestinya mempunyai hak untuk menjual barang
itu pada masa harta itu patut dilepaskan. Peruntukan
ini membawa maksud bahawa syarat tentang hak
milik diperlukan bukan pada masa perjanjian
dimasuki atau dalam tempoh sewaan itu tetapi
ketika mana “harta itu patut dilepaskan”.
 Kes Rujukan: Ahmad Ismail v. Malaysia Moto Co & Yl
[1973] 1 MLJ 117
-menurut fakta, pihak plaintif telah menandatangani suatu
perjanjian sewa beli kereta terpakai dengan pihak
defenden. Setelah 4 kali bayaran ansuran dilaksanakan,
kereta itu bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis
kerana disyaki kereta curi. Setelah siasatan,didapati kereta
itu bukanlah kereta curi. Kereta itu kemudiannya telah
diserahkan samula kepada plaintif. Plaintif bagaimanapun
enggan menerima semula kereta itu atas alasan defenden
telah memungkiri perjanjian kerana tidak mempunyai hak
untuk menjual kereta itu pada masa harta itu patut
dilepaskan. KM,tiada bukti yang menunjukan bahawa
defenden tidak mempunyai hak milik keatas kereta itu.
penahanan kereta itu hanyalah untuk tujuan siasatan dan
ini tidak menjejaskan hak milik defenden terhadap kereta
itu. oleh itu pihak defenden tidak melakukan sebarang
kemungkiran perjanjian sewabeli.
2. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti Boleh Dagang.
 Merujuk kepada s 7(2) yang memperuntukan:
- 7(2) dalam setiap perjanjian sewa beli akan terdapat
suatu syarat tersirat bahawa barang2 mempunyai kualiti
boleh dagang tetapi suatu syarat tersebut hendaklah tidak
tersirat –
- Grant v Australia Knitting Mills Ltd [1973] 50 CLR 387
- - Bolehdagang tidak bermaksud barang tersebut boleh
dijual dipasaran oleh kerana ia nampak baik semata, ia
adalah tidak boleh dagang, jikalau ia ada kecacatan yang
tak boleh menyebabkan ia berfungsi bagi tujuan barang
tersebut yang tidak nampak dari mata kasar.
(a) di mana penyewa memeriksa barang2 atau
contohnya, berhubungdengan kecacatan yang mana
pemeriksaan tersebut patut dedahkan;
(b) sekiranya barang2 tersebut adalah barang2
terpakai dan perjanjian mengandungi kenyataan
yang membawa erti bahawa –
i.Barang2 tersebut adalah barang2 terpakai; dan
ii.Bahawa semua syarat dan waranti berkaitan
dengan kelayakan dan kesesuaian adalah
dinegatifkan secara nyata, dan pemunya
membuktikan bahawa penyewa telah mengiktiraf
secara bertulis bahawa pernyataan telah dibawa
kepada pengetahuannya.
3. Syarat tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud
-seksyen 7(3): apabila penyewa secara nyata/ tersirat
memberitahu pemilik tujuan tertentu sesuatu barangan
itu diperlukan, maka wujud syarat tersirat bahawa
barangan tersebut hendaklah sesuai dan munasabah
bagi tujuan tersebut kecuali telah ada dalam perjanjian
bahawa barangan itu adalah barangan terpakai dan
penyewa mengetahui ketidaklayakan dan
ketaksesuaiannya.
-kegagalan pemilik untuk mematuhi syarat-syarat tersirat
di atas akan memberikan hak kepada penyewa untuk
menamatkan atau membatalkan kontrak.
WARANTI TERSIRAT
1. Waranti Tersirat Mengenai Milikan Aman Barangan.
 Peruntukan ini memberi satu bentuk perlindungan kepada
penyewa bahawa penyewa mempunyai hak untuk
mendapat dan memiliki barang di bawah perjanjian sewa
beli secara aman ( walaupun pada hakikatnya hak milik
belum lagi berpindah kepadanya ). – Public Finance Bhd
v Ehwan bin Saring [1996] 1 MLJ 331
 Waranti berhubung dengan pemilikan aman termasuklah
ganguan atau campur tangan dari pihak penjual atau
tuntutan ke atas barang itu daripada orang lain ataupun
gangguan yang wujud dari pihak ketiga.
 Pemilikan aman ada dijelaskan di dalam kes Jones vs
Lavington : pemilikan aman bermaksud tiada gangguan
daripadapenjual atau individu lain melalui penjual
terhadap barangan di bawahperjanjian sewa beli.
2. Waranti tersirat mengenai gadaian
dan bebanan
-seksyen 7(1)(c) ASB 1967: …bebas
daripada apa-apa gadaian atau bebanan
undang-undang bagi pihak ketiga pada
masa harta itu dilepaskan.

-kegagalan mematuhi waranti-waranti


tersirat di atas tidak memberikan hak
kepada penyewa membatalkan kontrak
tetapi penyewa berhak menuntut ganti
rugi setakat yang dimungkiri.
 Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk
Memenuhi Syarat-SyaratTersirat?
- Membolehkan pihak yang mengalami kerugian
membatalkan perjanjian.
 Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk
Memenuhi Waranti-Waranti Tersirat?
- Tidak membolehkan mana2 pihak yang
mengalami kerugian membatalkan perjanjian
tetapi boleh menuntut gantirugi daripada
pemecahan waranti.
 S.9(1) ASB 1967:Hak untuk mendapatkan
salinan perjanjian dan maklumat terkini.
 S.10 ASB 1967: Agihan pembayaran
 S.11ASB 1967: Perubahan tempat
penyimpanan barang
 S.12 ASB 1967: Penyerahan hak
 S.13 ASB 1967: Hak melalui penguatkuasaan
undang-undang
 S.14 ASB 1967: Penyelesaian awal perjanjian
 S.15 ASB 1967: Penamatan perjanjian jika
penyewa tidak mampu atau tidak mahu
meneruskan bayaran ansuran.
 Prosedur pengambilan semula barang
 Kesan tidak mematuhi prosedur
 Hak penyewa apabila berlaku pengambilan
semula
 Sebelum Pengambilan Semula Barangan
➢ Seksyen 16(1)Akta Sewa Beli
1. Kes Public Prosecutor lwn Mohamed
Nor(1988)
2. Kes Pang Brothers Motor Sdn Bhd lwn
Lee Aik Seng(1978)
3. Kes Siew Nguong Hin lwn Mayban
Finance Bhd(1992)
➢ Seksyen 16(2)Akta Sewa Beli
 Selepas Pengambilan Semula Barangan
➢ Seksyen 16(4)Akta Sewa Beli
- pemilik hendaklah keluarkan satu resit
pengesahan mengenai pengambilan
➢ Seksyen 18(1)(a)(i)Akta Sewa Beli
- pihak penyewa boleh dlm tempoh 21 hari
setelah penyerahan notis Jadual Kelima beri
notis bertulis kpd pemilik menghendaki
barangan tersebut dikembalikan kepadanya
Nilai barang pada masa dirampas
(+)Jumlah yang telah dibayar
(-)Jumlah yang masih terhutang

JUMLAH YANG BOLEH DIDAPATI


DARIPADA PEMILIK
Seksyen 26(1)Akta Sewa Beli
- pembeli perlu dapatkan perlindugan insurans
terhadap sebarang risiko, atas nama penyewa
bg:
a) Kenderaan bermotor, utk thn pertama shj
b) Sebarang jenis barangan, selama tempoh
barangan itu masih di bawah sewa beli
Seksyen 26(8)Akta Sewa Beli
- Sekira pihak insurans benarkan sebarang btk
komisen kpd pemilik yg urusjan insurans bg
pihak penyewa, maka pihak penyewa berhak
kpd jumlah tersebut
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like