You are on page 1of 4

Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan

secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelan-pelan
takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada
pelanggan. Seorang broker insurans atau takaful pula mewakili pelanggan dan
menasihati pelanggan tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan
pelanggan itu. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi
perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan
kewangan pelanggan itu.
Perbezaan ketiga-tiga pengantara insurans atau takaful ini boleh dilihat melalui jadual
di bawah:
Jenis
Pengantara
Ejen
Insurans

Ejen
Takaful

Broker/
Takaful Insurans

Penasihat
Kewangan

Mewakili

Syarikat
Insurans

Pengendali
Takaful

Pelanggan

Pelanggan

Dilesenkan/didaftarkan oleh:

PIAM
(ejen insurans am)
atau LIAM
(ejen insurans
hayat)

Pendaftar
Pengantara
Takaful

Bank Negara
Malaysia

Bank Negara
Malaysia

Mewakili /
Dilesenkan/didaftarka
n

Berurusan dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri-ciri
berikut:

Pengetahuan yang mendalam tentang produk insurans dan/atau


Memahami keperluan dan keinginan anda
Memastikan anda memahami polisi atau pelan yang anda beli
Tidak menjanjikan sesuatu yang tidak logik atau keterlaluan

Menjual berdasarkan fakta, tidak mendesak atau mengancam

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa

Lindungi hak-hak dan kepentingan anda :

Hanya berurusan dengan pengantara yang berdaftar/berlesen.


Berurusan dengan pengantara yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau
yang
dicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga.
Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting.
Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami.
Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk
membeli polisi insurans hayat baru
Pastikan anda memahami produk yang anda beli.
Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk
lain.
Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi.
Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu.
Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang
carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen
ini dengan elok
Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada
pengantara anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
anda.
Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan
elok.
Semua perniagaan tertakluk kepada sesuatu bentuk kawalan sama ada oleh pengguna,
swa peraturan atau peraturan kerajaan. Tetapi ada juga jenis perniagaan yang tertakluk

kepada ketiga-tiga jenis kawalan ini, dengan tahap kawalan daripada setiap jenis kawalan
berbeda mengikut perniagaan.
Perniagaan insurans kebanyakannya dikawal oleh peraturan kerajaan dan pada tahap yang
lebih rendah oleh pihak pengguna dan swa peraturan. Ianya dikawal oleh kerajaan kerana
ciri-ciri tertentu dalam perniagaan insurans.
Pertamanya apabila seseorang membeli perlindungan insurans, dianya membeli produk
tak ketara iaitu janji insurer untuk membayar pampasan apabila sesuatu kemalangan
berlaku. Nilai janji ini bergantung kepada kemampuan insurer menepati
tanggungjawabnya. Kemampuan ini pula bergantung kepada kewibawaan dan kestabilan
kewangan insurer. Kerana inilah insurans ditempatkan di bawah kawalan rapi kerajaan.
Insurans adalah produk yang kompleks hanya segelintir sahaja yang faham. Ini kerana
polisi insurans iaitu bukti kontrak biasanya mengandungi terma dan fasal undang-undang
yang sukar untuk fahami. Pemegang polisi tidak mampu untuk mentafsir dan memahami
polisi dan ini membuka peluang untuk amalan perdagangan tidak adil. Amalan seperti ini
juga menjadikan insurans ditempatkan dalam kawalan kerajaan.
Perniagaan insurans dikatakan berkuatkuasa dengan kepentingan awam kerana peranan
penting yang dimainkannya dalam masyarakat. Insurans menyediakan perlindungan
kewangan untuk individu, keluarga dan usaha perniagaan. Jika insurer gagal untuk
memenuhi janji-janji mereka, kesihatan ekonomi dan keadaan masyarakat akan tergugat.
Ciri-ciri insurans telah menjadikan kawalan kerajaan penting.
Tujuan utama peraturan diwujudkan:

Melindungi kepentingan awam


Dengan memastikan yang kedudukan kewangan insurer adalah solven dan
mampu menepati semua tanggungjawabnya kepada pemegang polisi dan pihak

yang menuntut.
Menyebar keadilan dan kesaksamaan
Dengan memastikan yang insurer, penyelaras kerugian dan broker berlaku adil
dan saksama dalam urusan mereka dengan pelanggan mereka dan pihak yang

menuntut.
Memupuk kemampuan

Dengan tegas memerlukan tahap kemampuan dan kewibawaan professional yang

tinggi dikalangan insurer, broker insurans dan penyelaras kerugian.


Memainkan peranan pembangunan
Dengan menggalakkan industri insurans untuk mengambil peranan aktif dalam
pembangunan ekonomi negara.

You might also like