You are on page 1of 20

UNDANG-UNDANG JENAYAH

(UND 2083)

TAJUK:
JENAYAH MEMFITNAH

NAMA PENSYARAH:
PUAN ROSITAH BINTI KAMBOL

NAMA PELAJAR:
BIL NAMA NO.MATRIK PROGRAM &
SEMESTER
1 NUR AIN SYAWANI BINTI D1920049 DPS 4
AHMAD
2 NURUL DIAYANA BINTI D1920052 DPS 4
HAMDAN
3 MEGAT MUHAMMAD D1920022 DPS 4
HAIKAL ADIB BIN
BADARUZZAMAN

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ROSITAH BINTI KAMBOL
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGANALAN 1

DEFINISI FITNAH 2

JENIS-JENIS FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG 2

CARA PENYEBARAN FITNAH 3

SKOP DAN KONSEP DEFAMASI 3-4

ELEMEN FITNAH 4-6

JENIS-JENIS FITNAH DI MALAYSIA 6-8

FITNAH AKHIR ZAMAN 8-9

MENGHINDARI FITNAH 9-10

HUKUM FITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH 10

KES-KES FITNAH DI MALAYSIA 10-13

UNDANG-UNDANG FITNAH DI MALAYSIA 13-14

DALIHAN DALAM KES FITNAH 14-15

KESIMPULAN 15-16
PENGANALAN
Di era globalisasi ini, fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih
yang bertujuan untukmemberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh
pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk
sangka, obses, ataumenjatuhkan atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata
"fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian". Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, jonru atau fitnah diertikan sebagai tuduhan (khabar, kisah dan
lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mentakrifkan hak kebebasan bersuara tetapi
telah menyatakan bahawa setiap rakyat berhak bersuara secara bebas dan segalanya adalah
tertakluk kepada penetapan undang-undang yang mana ia perlu untuk memberi sekatan ke atas
keselamatan persekutuan atau sebahagian daripadanya, menjaga hubungan baik dengan negara
lain, keselamatan awam dan kesusilaan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau sebarang
Dewan Undangan Negeri daripada sebarang tindakan yang menghina mahkamah atau fitnah atau
penghasutan yang boleh menjejaskan Sistem Perlembagaan Malaysia serta mengucar-ngacirkan
keamanan negara. Sebagai sebahagian daripada negara yang paling mementingkan hak manusia,
Malaysia telah menyediakan undang-undang bertulis yang jelas dalam mempromosikan dan
melindungi kebebasan bersuara. Fasal 10 (2) (a) menyatakan setiap warganegara mempunyai
kebebasan bercakap dan bersuara dari Perlembagaan Persekutuan memberikan petunjuk yang
paling jelas kepada masyarakat umum bahawa sistem perundangan Malaysia memang
memberikan perlindungan kebebasan bersuara.
Objektif kertas kerja ini adalah untuk memberi tumpuan kepada peruntukan kebebasan
bersuara terutamanya fitnah dalam sistem perundangan Malaysia untuk tujuan melindungi,
meningkatkan dan mempromosikan kebebasan bersuara di Malaysia menurut peraturan undang-
undang. Demikian, sistem perundangan Malaysia harus diubah dan diselaraskan antara kedua
asas undang-undang ini, iaitu Undang-undang Malaysia dan prinsip perundangan Islam, dalam
menghormati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa
Islam sebagai agama Persekutuan. Harus ada yang jelas garis panduan dan maklumat mengenai
konsep fitnah di memerintahkan untuk menetapkan undang-undang dan peruntukan yang jelas
yang boleh menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

1
DEFINISI FITNAH
Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna
kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur berkata Al-Azhari dan yang lain berkata “asal
makna fitnah adalah ujian dan dugaan. Fitnah dari segi istilah adalah “perkara yang dilakukan
untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu”. Menurut kamus Oxford, A Concise
Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah, penerbitan kenyataan lisan atau
bertulis mengenai seseorang yang merendahkan reputasi seseorang itu di mata masyarakat atau
menjadikan masyarakat memandang serong menjauhkan atau menjauhi mereka. Fitnah
merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk
memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan
atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau
menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah"
diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
Menurut Kanun Keseksaan, melalui Seksyen 499 KK fitnah ialah tohmahan yang berupa
perkataan, isyarat atau pernyataan zahir yang dibuat atau disiarkan mengenai seseorang yang lain
dengan maksud ataudengan mengetahui bahawa ia akan merosakkan nama baik orang t rsebut
Justeru, terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada
sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang atau
seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan media
massa samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh
dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan
atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti berfitnah. Dalam
agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang
berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan
tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

JENIS-JENIS FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG


Terdapat dua jenis fitnah yang dapat dilihat dari segi undang-undang. Antaranya,
I. Libel
Libel adalah sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Fitnah tersebut dalam
bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan, lukisan, gambar-gambar, patung-patung,
bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh yang melibatkan deria penglihatan.
II. Slander
Slander adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada fitnah dalam bentuk
lisan seperti percakapan mahupun perbualan. Fitnah dalam bentuk slander dikatakan melibatkan
deria pendengaran. Namun begitu bukan semua yang didengar itu adalah slander memandangkan
dalam Akta Fitnah 1957, siaran radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel.
2
CARA PENYEBARAN FITNAH
Kemudahan khidmat pesanan Budaya menyebarkan fitnah ringkas (sms), facebook, penulisan
melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan dalam blog, twitter dan email sebagainya
telah menjadi satu dapat dilakukan tanpa sempadan, kebiasaan dan semakin popular tanpa perlu
bersemuka, mudah dalam kalangan masyarakat harini dan kosnya sangat murah. Penyebaran
fitnah ini sering berlaku di media sosial sehingga mendatangkan keburukan kepada masyarakat.
Kebebasan yang diberikan telah disalah guna oleh masyarakat sehingga menimbukan masalah
kepada semua orang. Fitnah ini bertujuaan untuk menyelamatkan dari daripada bersalah dan
bertujuan untuk diri sendiri.
Antara faktor-faktor berlakunya fitnah ialah kemudahan internet pada zaman sekarang
juga menyebabkan penyebaran fitnah berlaku contohnya, penyebaran dari email, masej yang
dihantar secara kelompok. Apabila ramai yang berhubung melalui secara begini, oleh itu banyak
fitnah disebarkan tanpa memeriksa perkara yang sebenar. Fitnah yang tidak sahih akan
disebarkan serta-merta akan menjadi permasalahan sejagat. Selain itu, kuranngnya kesedaran diri
mengenai keburukan apabila melakukan fitnah. Individu haruslah menyedari bahawa sikap fitnah
ini amatlah perkara yang buruk yang dilarang semua agama daripada melakukannya. Individu
juga haruslah sedar bahawa generasi muda inilah yang bakal menyambung dan memimpin
negara suatu hari nanti. Di samping itu, berkemukinan juga segelintir masyarakar yang peka
terhadap beberapa isu sensitif yang boleh menyebabkan orang lain menganggap maksud yang
ingin disampaikan berkenaan dengan isu sensitif sehingga boleh menimbulkan fitnah. Fitnah
juga wujud dikalangan orang yang menjalankan perniagaan contohnya melalui blog.

SKOP DAN KONSEP DEFAMASI


A. Konsep dan Skop Fitnah di Perspektif Undang-Undang Malaysia
Dimana, perbuatan memfitnah merujuk kepada tindakan membuat tidak benar pernyataan
mengenai perkara lain yang merosakkan reputasinya. Terdapat dua kategori fitnah lain, iaitu
fitnah bertulis dan fitnah lisan. Denda atau ganti rugi yang dijatuhkan oleh mahkamah dapat
dicapai hingga berjuta-juta Ringgit. Pelbagai cadangan telah dibuat di hadapan mahkamah,
termasuk apa-apa bahan yang digunakan untuk memperlekehkan watak atau muhibah seseorang,
menjatuhkan kehormatan atau watak seseorang atau muhibah dengan sengaja di mata
masyarakat, menyebabkan seseorang dielakkan atau dijauhi atau bahkan ditolak oleh masyarakat
dan menyebabkan seseorang terdedah kepada kebencian, ejekan-ejekan atau penghinaan.
Dalam menentukan kesan merosakkan kepada pihak yang menuntut reputasinya, hakim akan
memeriksa dua perkara iaitu:
a. Ia mesti menentukan apa makna perkataan secara semula jadi dan akal.
b. Hakim mesti memutuskan sama ada perkataan itu bermaksud fitnah atau sebaliknya.

3
Semasa menentukan apa makna perkataan, yang niat dan pengetahuan orang yang menerbitkan
perkataan tidak relevan. Hukum fitnah mengiktiraf dua jenis makna:
I. Makna semula jadi dan perkataan biasa
II. Makna sindiran
 Innuendo palsu
 Innuendo Sejati
 Penerbitan
 Pengenalan.

ELEMEN FITNAH
Terdapat elemen yang boleh mensabitkan jenayah memfitnah. Antara elemenya ialah:
1. PENYATAAN MESTI BERSIFAT FITNAH
Penyataan tersebut cenderung untuk merendahkan reputasi individu pada pandangan orang
yang berfikiran waras yang menyebabkan individu itu dijauhi masyarakat. Hal ini, mahkamah
akan lihat kepada kesan penyataan, berita atau siaran yang dikemukakan terhadap orang yang
mendengar fitnah itu bukan kesan kepada orang yang dimaksudkan. Indivitu yang difitnah itu
mesti tahu apa yang difitnah terhadapnya dan tidak boleh seakan-akan tahu atau mengagak.
Tuduhan fitnah ini akan diambil kira melalui perkataan sebenar, cara ia disampaikan dan konteks
penyataan itu diucapkan adalah penting manakala niat si pembuat fitnah itu tidak penting.
1a. INNUENDO
Penyataan juga boleh menjadi fitnah dalam bentuk innuendo iaitu perkataan yang disiarkan
ada maksud tersirat dimana keadaan yang mana penyataan yang dikatakan berbentuk fitnah
adalah tidak jelas yang ianya fitnah. Individu yang difitnah mesti bergantung kepada
pengetahuan yang dimiliki mereka yang membaca atau mengetahui penyiaran tersebut serta
dapat memahami penyataan yang disiarkan terdapat maksud fitnah. Jika individu menyatakan
bahawa penyataan tersebut mempunyai maksud tersirat yang membawa fitnah kepadanya, dia
mesti buktikan di mahkamah. Jika, penyataan tak begitu jelas berbentuk fitnah individu mesti
bawa keterangan yang menunjukkan bahawa penyataan yang digunakan benar-benar fitnah.
1b. JENIS INNUENDO
 Innuendo Benar
Tiada apa-apa yang pelik melainkan perayu dan orang yang rapat dengannya sahaja yang
tahu ada fakta di sebalik penyataan tersebut. Memerlukan pengetahuan khas pembaca dan
pengetahuan khas ini menyebabkan penyataan tersebut menjadi fitnah. Individu yang bergantung
kepada innuendo ini perlu buktikan:

4
 Terdapat fakta di sebalik penyataan tersebut yang membuktikan bahawa
penyataan tersebut adalah fitnah
 Fakta ini diketahui oleh pembaca tersebut
 Pengetahuan fakta itu akan menyebabkan penyataan tersebut menjadi fitnah di
mata orang yang mengetahuinya
Penyataan innuendo benar ini terdapat dalam kes Cassidy v The Daily Mirror dimana The Daily
Mirror siarkan gambar suami Mrs. Cassidy dengan Miss X dengan tajuk “Mr. Cassidy and Miss
X whose engagement has just been announced”. Tajuk tersebut boleh membuatkan orang-orang
yang mengenali Mrs. Cassidy menganggapnya sebagai perempuan simpanan Mr. Cassidy
(suaminya) di mana dalam kes ini terdapat innuendo.
 Innuendo Palsu
Boleh diketahui daripada penyataan dimana Penyataan menjadi fitnah disebabkan implikasi
yang dibawa daripadanya boleh terhasil berdasarkan gabungan penyataan atau gambar dimana
individu yang difitnah tidak dibenarkan menjelaskan maksudnya atau kesimpulan yang dapat
diambil dari kata-kata. Perkara ini terdapat dalam kes Bank of China v Asiaweek Ltd [1991]
dimana Mahkamah menyatakan bahawa bagi memastikan tindakan innuendo palsu berjaya Bank
of China tidak boleh terangkan maksud atau inferens yang boleh dibawa berdasarkan
penyataan/gambar tersebut dan penyataan itu mesti menggambarkannya sendiri.

2. PENYATAAN FITNAH TERSEBUT MERUJUK KEPADA PLAINTIF


Individu mesti dikenal pasti sebagai orang yang difitnah serta ia juga dikenal pasti secara
nama, deskripsi, apa-apa inferens iaitu kata-kata yang dirujuk kepada seorang individu
menyebabkan orang yang kenal individu ini percaya bahawa ia adalah orang yang dirujuk oleh
penyataan tersebut. Kata-kata itu mestilah dinyatakan dengan jelas merujuk kepada individu itu
jika ada sesiapa baca atau dengar penyataan tersebut maka mereka tahu orang tersebut ialah
individu yang difitnah itu. Tak relevan kalau penfitnah tiada niat untuk merujuk kepada mana-
mana orang tetapi sebenarnya merujuk kepada orang rekaan (fictional character) orang yang
biasa akan secara munasabahnya membuat konklusi berdasarkan kenyataan yang dibaca bahawa
ianya ditujukan kepada individu yang difitnah.

3. PENYATAAN FITNAH ITU DITERBITKAN KEPADA PIHAK KETIGA


Fitnah libel memerlukan penyataan fitnah itu disiarkan kepada pihak ketiga dan jika bahan yang
bersifat fitnah itu dihantar kepada orang yang dimaksudkan ia bukan penyiaran bagi tujuan libel.
Penyataan yang disiarkan dalam bahasa asing terjatuh dalam prinsip innuendo kerana pembaca
yang biasa tidak boleh dianggap memahami bahasa tersebut. Penyataan tersebut disiarkan sama
ada dalam bentuk tetap/tak tetap apabila sesuatu penyataan itu dicetak dan orang yang
bertanggungan ialah:
5
o Penulis
o Penerbit
o Penjual
o Penyedia perkhidmatan internet

JENIS-JENIS FITNAH DI MALAYSIA


Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap
agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana Al-Quran ada menegaskan
bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. (Ayat 191 dan 217 Surah Al-Baqarah).
baginda rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud
‘Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik jika ia pada waktu siang jangan tunggu
hingga menjelang malam yang gelap gelita, kerana ia akan menimbulkan fitnah.’ Ia seperti
seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau
malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu
sedikit. Di dalam hadis sohih riwayat imam ahmad, muslim dan tirmizi daripada abu hurairah.
Apa yang dijelaskan oleh baginda rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atasialah terdapat orang
islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendirisemata-mata
mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya
benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan
kepercayaan kepada allah swt selaku pencipta alam maya ini. Fitnah yang terjadi itu boleh
berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki
ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama,
atau memang di kalangan orang-orang munafik.
Demikian, fitnah di Malaysia menurut undang-undang terbahagi kepada dua iaitu:
1. Fitnah Jenayah
Fitnah ini tertakluk di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502. Dimana secara
amnya ia melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang
yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Fitnah jenayah ini jika disabitkan keslahan boleh
dikenakan penjara 2 tahun atau denda. Tindakan hukuman bagi jenayah ini di bawah Akta
Hasutan 1948 yang menyatakan hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian
atau mewujudkan kekacuan terhadap pemerintah atau kerajaan. Menimbulkan rasa tidak puas
hati dengan pemerintah di Malaysia serta timbulnya perasaan benci terhadap kaum di di
Malaysia.Jika disabitkan kesalahan melalui fitnah jenayah ini akan dikenakan denda tidak
melebihi RM 5000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk
kesalahan seterusnya, penjara tidak melebihi 5 tahun. Justeru, tindakan hanya boleh dimulakan
oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan bukan melalui individu.
6
Oleh itu, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu
memburukkan islam. Antaranya:
(i) Fitnah Melalui Kepimpinan Negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan
bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh
dikatakan negara mereka adalah sebuah negara islam. Pada hal pada masa memerintah mereka
mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain. Namun, Ada pula yang tidak
menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab tudung kepala serta
menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara
langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.
(ii) Fitnah Dalam Belajar Kerana Mahu Dapat Jawatan
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntu tsatu ketika dahulu,
telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.
Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan
keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar
terus berlaku takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan
lain. Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program
utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang
melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun
bercakap tidak serupa bikin.
(iii)Fitnah Melalui Penampilan Diri Dan Cara Berpakaian
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam
majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan
penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung. Ada di kalangan golongan remaja
Islam yang bertatu, menampakkan pusat perempuan, bergelang tangan, berantai dan bertindik
yang lelaki, mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki
atau yang lelaki menyerupai perempuan. Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak,
merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti
jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah
mengajar penganutnya berbuat demikian
(iv) Fitnah Melalui Penulisan
Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum
Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan
berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

7
(v) Fitnah Kerana Tidak Menunjukkan Akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu
Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan,
menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam
sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci. Sesungguhnya mereka itu semua
berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada
golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana
kegiatan yang tidak bermoral.Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama
Islam dalam apa jua keadaan,sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di
bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam
adalah satu-satunya agama yang diperakui benar disisi Allah SWT.
2. Fitnah Sivil
Fitnah ini tidandakannya di bawah Akta Fitnah 1957 dengan tindakan dimulakan dengan kapasiti
persendirian. Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi kepada pihak yang
terlibat serta plaintif juga tidak mempunyai hak untuk menentukan defenda dalam kesnya. Hal
ini seringkali berlaku dalam kes libel iaitu pihak yang terlibat adalah penulis, editor, penerbit,
pencetak dan kadang kala penjual bahan cetakkan tersebut. Fitnah ini berada dalam kes yang
melibatkan teknologi maklumat (IT) sperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain
serta orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.

FITNAH AKHIR ZAMAN


Di dalam sabda rasulullah saw akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan
penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan dipercayai dan didustakan percakapan
orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. baginda saw ditanya siapakah
golongan al-ruwaibhidah? maka baginda saw menjawab Orang yang bodoh lagi fasik berbicara
mengurus berkaitan perkara umum yang besar. Riwayat Ibn Majah. Hadis di atas
mengkhabarkan kepada kita bahawa pada akhir zaman akan berlaku perkara-perkara. Antaranya,
(i) Pendusta Dipercayai
Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media
sosial. Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikutisetiap
apa yang ditulisnya. Pendusta yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya
kepada orang ramai bagi mencari pengaruh. Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih
cenderung untuk menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada
apa-apa. Berapa ramai yang membela pendusta hanya kerana kehebatan pendusta dalam
memutar belit fakta? Begitulah hakikat yang ada pada hari ini.

8
(ii) Orang Yang Jujur Didustakan
Pada dunia akhir zaman ini, orang yang jujur tidak akan dapat kekal lama dalam satu-satu
jawatan atau pangkat. Kejujuran beliau amat dibenci kerana kejujuran itu akan menyekat pihak
lain untuk mengaut kekayaan. Kerana itu, antara cara yang akan dilakukan adalah dengan
menyebarkan fitnah secara meluassehingga akhirnya orang lebih percaya kepada penyebar fitnah
daripada pihak yang jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Pada hari ini tidak
sukar untuk menularkan fitnah. Dalam masa satu saatsahaja segalanya boleh tersebar dengan
cepat
(iii) Amanat Diberi Kepada Pengkhianat
Pada hari ini memang banyak pengkianat agama, bangsa dan negara. Berapa ramai yang
menggunakan agama untuk memenuhi kepentingan dirisendiri. Berapa ramai yang diberi amanat
dan telah mengkhianati bangsa dan negara. Mereka bukan memikul amanat itu untuk membela
bangsa dan mendaulatkan negara tetapisebaliknya membiarkan bangsa mereka sendiri terus
meringkuk dalam kehinaan dan penderitaan dan membiar negara menuju kehancuran. Amanat
yang diberi bukan diguna untuk membantu rakyat tetapi digunakan untuk membolot kekayaan
sebanyak mungkin biarpun ramai rakyat yang menderita.
(iv) Orang Yang Jujur Dikhianati
Sedaya upaya usaha akan dilakukan untuk mengkhianati orang yang jujur. Semuanya
dilakukan demi memastikan orang yang jujur tiada tempat di mana- mana apatah lagi untuk
dipilih sebagai pemimpin. Kejatuhan akhlak pada akhir zaman ini sangat jelassekali dan kerana
itulah orang yang jujursudah pasti akan diketepikan
(v) Orang Bodoh Mengurus Hal-Hal Umum
Bagi orang yang ada mata hati yang jernih sudah pasti dapat melihat betapa ramainya orang-
orang yang bodoh yang bukan ahlinya mula bercakap hal-hal yang bukan menjadi kepakarannya.
Mereka ini dilantik menjadi pemimpin atau ketua untuk mengurus hal yang berkait dengan
kepentingan awam. Kerana itulah kita boleh lihatsendiri pada hari ini bagaimana banyak perkara
yang gagal ditangani dengan baik. Semuanya berpunca daripada kebodohan orang yang dilantik
untuk mengurus perkara yang diamanahkan kepadanya.

MENGHINDARI FITNAH
Setiap individu bertanggungjawab membasmi segala bentuk fitnah yang membawa perpecahan,
sekali gus melemahkan umat Islam. Perpaduan dan kesatuan umat Islam wajib dijaga terutama
pada masa kini. Pada hari ini, fitnah menjadi sesuatu yang mudah disebarkan. Oleh itu, setiap
orang hendaklah mempunyai tanggungjawab menghentikan segala berita fitnah daripada terus
tersebar. “Rasulullah saw bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, yang maksudnya,
‘cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar fitnah
9
dengan maksud tuduhan jahat tanpa bukti adalah pembohongan besar yang sangat merugikan.
Fitnah termasuk dalam dosa besar yang tidak mendapat pengampunan allah swt selagi tidak
diselesaikan sesama manusia.
Oleh kerana itulah, Islam melarang umatnya memfitnah atau menyebarkan berita-berita
fitnah. “rasulullah saw menggambarkan kemurkaan Allah terhadap pembawa fitnah sebagaimana
dijelaskan dalam sebuah hadis bermaksud ‘dan orang yang paling dimurkai allah swt ialah orang
yang pergi membawa fitnah, memecah belahkan antara persaudaraan dan mencaci orang yang
tidak bersalah terhadap kesalahan yang tidak dilakukannya’ hadis riwayat al-Tabarani. Allah
SWT membandingkan perbuatan fitnah lebih dahsyat daripada kesalahan membunuh kerana ia
membawa beberapa kesan dalam hidup. “Fitnah menyebabkan maruah diri seseorang tercemar di
mata masyarakat dan menjadi bahan kritikan, cemuhan dan sindiran tanpa henti bukan terhadap
individu itu sahaja tetapi juga membabitkan keluarga dan sanak saudara. “Harus diingat satu
fitnah yang dihamburkan boleh sahaja menghancurkan satu bangsa kerana akan berlaku
perbalahan, perasaan tidak puas hati dan perpecahan dalam sesuatu bangsa, hilang rasa hormat,
apatah lagi nilai silaturahim akan terputus satu demi satu tanpa penghujungnya bila fitnah
menguasai diri.
Jelaslah, fitnah banyak memberi kesan negatif daripada pelbagai sudut sama ada fizikal,
psikologi, harta benda dan keluarga. Urusan masyarakat disibukkan dengan melayan berita-berita
fitnah sehingga urusan membangunkan negara dan agama akan tergendala, setiap orang perlu
menjauhi diri daripada perbuatan fitnah dengan cara meneliti setiap berita yang diterimanya
tabayun dan tidak menjadi ejen menyebarkan berita-berita palsu mahupun fitnah. Jika sesuatu
dakwaan itu ada asasnya maka pihak terbabit perlu mendatangkan bukti dan diserahkan ke
mahkamah syariah untuk proses yang sesuai sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Pihak
berkuasa perlu melakukan siasatan lanjut dan membawa mereka yang bersalah ke pengadilan
berdasarkan peruntukan undang-undang.

HUKUM FITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH


Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut',
mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang
pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang
kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah
kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan
jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. "Adapun
orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada
kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-
Taubah:125) Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang
baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya
benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.
10
Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin
mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh
ceruk rantau. Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis,
diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati
tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah. "Dan janganlah kamu mengikut apa yang
kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya
apa yang dilakukan." (alIsra:36). Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan
diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-
lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

KES-KES FITNAH DI MALAYSIA


Di sini saya sertakan jenis-jenis kes fitnah yang berada di Malaysia antaranya,
I. Nurul Izzah V Bekas Menteri Pembangunan Luar Badan dan Wilayah Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan puteri Sulu, Jacel Kiram, empat
tahun lalu. Peguam Nurul Izzah, Ranjit Singh memaklumkan kepada panel tiga hakim
Mahkamah Rayuan hari ini bahawa anak guamnya dan Ismail Sabri telah mencapai

penyelesaian. Beliau berkata pihak dalam saman itu telah bersetuju dengan rayuan Ismail Sabri
terhadap liabiliti untuk dibatalkan dan juga untuk beliau membayar jumlah kuantum ganti rugi
yang lebih rendah kepada Nurul Izzah daripada RM600,000 kepada RM450,000. Ranjit berkata
Ismail Sabri akan turut memohon maaf secara peribadi kepada Nurul Izzah. Peguam K
Ragunath, yang mewakili Ismail Sabri, mengesahkan penyelesaian kes saman itu. Sementara itu,
Khalid tetap diperlukan membayar ganti rugi RM400,000 selepas rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi membayar jumlah itu ditolak oleh mahkamah dengan kos sebanyak
RM15,000. Sidang hakim terdiri daripada Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Wira
Kamaludin Md Said dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar rayuan Khalid selepas
beliau gagal mencapai penyelesaian jumlah kuantum itu dengan Nurul Izzah. Hamid Sultan
berkata mahkamah mendapati ada liability terhadap Khalid.
Terdahulu, Ranjit memberitahu mahkamah bahawa Khalid tidak bersetuju dengan
cadangan anak guamnya bagi mengurangkan jumlah kuantum kepada RM300,000. Peguam
Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom, mewakili Khalid, meminta pihak berkenaan kes
itu menyokong hujahannya bahawa kuantum ganti rugi seharusnya lebih rendah daripada jumlah
yang dicadangkan. Pada 18 April tahun lalu lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ismail Sabri
11
dan Khalid masing- masing membayar ganti rugi RM600,000 dan RM400,000 kepada Nurul
Izzah selepas memutuskan bahawa kenyataan dibuat oleh mereka pada dua sidang akhbar
berasingan, dalam makna semula jadi dan biasa memfitnah Nurul Izzah. Nurul Izzah menyaman
dua orang itu kerana mendakwa mereka menggambarkan beliau sebagai seorang pengkhianat
kepada negara dan perancang pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.

II. Kes Rais Iaitu Penulis Blog


Blogger Amizudin Ahmat hari ini dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tiga
bulan kerana menghina mahkamah bersabit dengan penerbitan artikel- artikel yang memfitnah
bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim. Ini kerana dia
gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk merayu terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel
memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Barisan panel lima hakim diketuai
hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop mengeluarkan waran pemenjaraan
terhadap Amizudin, 44, selepas menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu. Beliau
berkata Amizudin tidak boleh mendapatkan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang
ditimbulkannya tidak memenuhi keperluan minimum mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964.
Perayu dalam kes sivil mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah
Persekutuan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang berupa mahkamah yang
lebih tinggi. Hakim Ahmad memerintahkan Amizudin menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
Sebaik sahaja mahkamah menyampaikan keputusan, Amizudin digari oleh anggota polis yang
ditempatkan di mahkamah. Suasana sedih menyelubungi Amizudin, keluarganya dan penyokong
yang hadir di mahkamah. Amizudin dan anggota keluarganya kelihatan mengesat air mata.
Sebelum Amizudin dihantar ke lokap polis, dia melambaikan tangan sambil berkata kepada
anggota keluarga dan penyokongnya "Assalamualaikum, lawan tetap lawan". Pada 21 Nov,
2011, Rais, 72, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin
berhubung dengan saman sivil yang dikemukakannya. Rais menang kes saman yang
dikemukakannya di Mahkamah Tinggi yang pada 19 Julai, 2011 memerintahkan Amizudin
membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada bekas menteri itu.
Rais memfailkan saman pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin kerana memfitnahnya berhubung
dengan artrikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu,
sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.
Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung
dengan ganti rugi RM300,000 kepada Rais tetapi mengurangkan kos daripada RM100,000
kepada RM50,000. Amizudin juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk
mengetepikan hukuman penjara tiga bulan. Rayuannya ditolak pada 23 Julai, 2013. Dia
kemudian memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Peguam R
Sivarasa yang mewakili Amizudin berkata anak guamnya akan dihantar ke Penjara Kajang.
12
Mahkamah yang juga dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok
Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali
sebelum itu mendengar penghujahan oleh Sivarasa. Mahkamah menyampaikan keputusannya
selepas memaklumkan kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili
Rais bahawa beliau tidak perlu menjawab hujah Sivarasa.

III. Kes Saman Fitnah Iaitu Sultanah Nur Zahirah Dan Empat Sultanah Terengganu.
Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman itu berhubung kenyataan fitnah dalam buku 'The
Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose' dan menuntut ganti rugi am sebanyak
RM100 juta daripada setiap defendan. Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd Haaziq
Pillay, yang mewakili Sultanah Nur Zahirah, ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes
di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, yang
berlangsung melalui sidang video hari ini. Tarikh perbicaraan sebelum ini yang bermula dari 11
hingga 14 Okt dilapangkan dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 16, 17,
20 dan 21 Dis. Lebih kurang empat saksi plaintif termasuk Sultanah Nur Zahirah akan memberi
keterangan," kata beliau yang turut memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada
10 Sept. Peguam Mervyn Lai, yang mewakili Rewcastle-Brown, mengesahkan tarikh baharu
perbicaraan kes saman itu. Pada 24 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan
Rewcastle-Brown atau Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise iaitu Chong Ton
Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd untuk mengetepikan perintah mahkamah tinggi yang
mengecualikan Sultanah Nur Zahirah daripada memberi keterangan dalam saman fitnah baginda
terhadap mereka.
Berikutan keputusan itu, Sultanah Nur Zahirah perlu memberi keterangan bagi membuktikan
kes saman fitnah baginda terhadap ketiga-tiga defendan. Pada 13 Dis 2019, Mahkamah Tinggi
membenarkan permohonan Sultanah Nur Zahirah mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012, iaitu supaya kes itu diputuskan melalui isu undang-undang dan baginda
dikecualikan daripada memberi keterangan. Sultanah Nur Zahirah, yang memfailkan saman pada
21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat
dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu selain
menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu
(TIA), yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sultanah Nur
Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli
perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjad penasihat TIA. Dalam penyataan
pembelaan, ketiga-tiga defendan menafikan ad membuat tuduhan bahawa plaintif terbabit
dengan amalan rasuah. Rewcastle Brow juga mendakwa Sarawak Report tidak pernah
mencadangkan bahawa plaintif terliba dalam konspirasi membabitkan Jho Low dan tidak pernah
mencadangkan bahaw plaintif terlibat dalam pentadbiran kerajaan berkaitan urusan 1MD.

13
UNDANG-UNDANG FITNAH DI MALAYSIA
Pada era globalisasi di masa kini, kadangkala penulisan dan penuturan harian kita termasuk di
media sosial mungkin terdedah kepada fitnah yang tidak disengajakan oleh penulis dan penutur.
Undang-undang kadangkala bersifat teknikal yang berbeza dari pemahaman norma biasa
masyarakat. Di Malaysia terdapatnya statut khusus untuk fitnah iaitu Akta Fitnah 1957. Asas
untuk sesuatu fitnah adalah perkataan (tidak benar) yang dituturkan mahupun yang ditulis.
Tafsiran perkataan juga meliputi gambar, imej visual, isyarat, dan cara-cara lain untuk
menyatakan maksud dalam konteks undang-undang fitnah, perkataan tersebut hendaklah
memenuhi kriteria utama seperti berikut Salah satu daripadanya adalah Akta Fitnah 1957
memperuntukkan mengenai dua jenis fitnah iaitu libel (fitnah bertulis) dan slander/pencercaan
(fitnah percakapan). Akta ini melindungi hak individu dari tuduhan-tuduhan tidak berasas yang
boleh merosakkan reputasi mereka. Akta ini merangkumi skop fitnah yang amat luas dan tidak
sahaja fitnah perzinaan. Akta ini terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.
Selain daripada Akta Fitnah 1957, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga boleh
dirujuk di dalam membincangkan mengenai kes fitnah ini. Akta ini memperuntukkan bahawa
adalah satu kesalahan untuk menghantar isi kandungan dengan menggunakan kemudahan
rangkaian telekomunikasi secara sedar membuat atau menghantar apa-apa komen yang tidak
sopan, lucah, palsu, membuat kacau atau menyinggung dari segi ciri-cirinya dengan niat
menyakitkan hati, menyalahguna, mengugut atau menganggu mana-mana individu lain.
Seandainya sabit kesalahan di bawah seksyen ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Di
bawah undang-undang ini, sekiranya seseorang menerbitkan atau mengulangi kenyataan
memfitnah: ungkapan-ungkapan mencela yang salah atau yang anda tidak boleh buktikan orang
itu boleh disaman kerana memfitnah, dan di dalam beberapa kes, mendedahkan dirinya sendiri
kepada pendakwaan di bawah jenayah memfitnah.
Selain itu, penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah orang lain
boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Seksyen 499 menghuraikan bahawa:
"Tiadalah apa-apa jua tohmahan dikatakan merosakkan nama baik seseorang, melainkan
tohmahan itu, sama ada dengan tepatnya atau tidak, pada hemat orang lain, menjatuhkan watak
akhlak atau watak kecerdikan orang itu atau menjatuhkan watak orang itu mengenai kastanya
atau pekerjaannya, atau menjatuhkan keamanahan orang itu, atau menyebabkan supaya
dipercayai bahawa tubuh orang itu ada dalam keadaan menjijikkan, atau dalam keadaan yang
pada amnya dipandang keji."
Boleh dikatakan di sini bahawa melalui peruntukkan seksyen 499 di atas tuntutan jenayah fitnah
boleh digunakan dan jika sabit kesalahan si pembuat fitnah boleh dipenjara sehingga dua tahun
atau didenda atau kedua-duanya.

14
Mereka terbabit juga tidak terlepas kerana kerajaan turut mendapat sokongan Pusat
Tindak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (Niser), Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyedia perkhidmatan internet (ISP) serta syarikat
telekomunikasi. Di antara usaha yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab menyebar fitnah menerusi
khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) pula adalah dengan mendapatkan kerjasama pihak polis
dan syarikat telekomunikasi. Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Tan Chai Ho, pernah
mengatakan bahawa agak sukar mengesan mereka yang bertanggung jawab, terutama pengguna
telefon bimbit khidmat prabayar kerana penggunanya tidak perlu mendaftar. Namun begitu
pendekatan terkini agar pengguna telefon prabayar mendaftarkan talian mereka dilihat dapat
menjadi penyelesaian kepada masalah ini. Ia mula berkuatkuasa pada akhir tahun 2006.

DALIHAN DALAM KES FITNAH


Terdapat beberapa sebab yang membolehkan pembelaan atau dalihan dalam kes fitnah ini iaitu:
1. Persetujuan
Pihak yang difitnah telah memberikan kebenaran untuk penerbitan sama ada secara nyata atau
tersirat manakala penfitnah tak bertanggungan dan ia kena buktikan adanya kerelaan di
pihaknya.
2. Justifikasi
Penfitnah perlu buktikan bahawa apa yang dikatakan terhadap pihak yang difitnah adalah benar.
Beban adalah terhadap penfitnah untuk buktikan bahawa penyataan yang ditujukan terhadap
Ppihak yang difitnah adalah benar. Di dalam Seksyen .8 Akta Fitnah menyatakan bahawa
penfitnah tak perlu buktikan kebenaran setiap tuduhan kalau ada banyak tuduhan, ini memadai
dapat buktikan sebahagian tuduhan. Dalihan ini tak akan berjaya jika penfitnah tak dapat
buktikan kebenaran & hanya bergantung kepada ‘honest belief.
3. Komen Berpatutan
Komen berpatutan yang bertujuan untuk menggalakkan perbincangan awam mengenai perkara
yang babitkan kepentingan awam. Elemen yang perlu dipenuhi adalah
 Kata-kata yang digunakan mestilah komen bukannya fakta
 Perkara utama dalam komen mestilah menyentuh kepentingan awam
 Komen hendaklah berdasarkan fakta benar yang dinyatakan dalam Seksyen 9
Akta Fitnah
 Komen mestilah berpatutan dan tidak berniat jahat
 Keistimewaan

15
4. Keistimewaan
Keistimewaan mutlak yang dinyatakan dalam Seksyen 11 Akta Fitnah iaitu
 Perbahasan parlimen
 Laporan parlimen
 Perbicaraan mahkamah
 Laporan undang-undang
 Prosiding ketenteraan
Serta keistimewaan bersyarat dalam Seksyan 12.

KESIMPULAN
Akhir kalam, fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang
ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Luka yang digoreskan atau
ditusukkan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Kehancuran akibat fitnah lebih dahsyat
daripada serangan bom senjata peluru berpandu. Fitnah boleh merosakkan hubungan silaturahim,
memporak-perandakan sesebuah keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan
sesebuah agama dan kaum. adi, fitnah adalah bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara
iaitu berpaksikan pada kedustaan, kedengkian sebagai alasannya dan kemunafikan sebagai
atapnya. Orang yang suka menfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan mengikut kehendak
hawa nafsu. Otaknya dikotori dengan prasangka buruk. Hatinya juga beku, sukar untuk
menerima kebenaran dan merasakan dirinya sentiasa betul sehingga cemburu apabila orang lain
mendapat kejayaan. Kebahagiannya di atas penderitaan orang lain. Kehidupannya terlena dengan
tipu daya syaitan. Akidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan dunia semata-mata.
Oleh itu, di Malaysia wujudnya undang-undang berkenaan dengan memfitnah seperti
Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana dalam
arus kemajuan masa kini penyebaran fitnah adalah lebih pantas kerana semuanya hanya terletak
dihujung jari sahaja. Demikian, dengan adanya undang-undang ini dapat membendung kegiatan
memfitnah ini dengan lebih hemat supaya dapat membentuk perpaduan dalam sebuah negara
kerana fitnah ini mampu memecah belahkan umat manusia serta menajtuhkan maruah agama
bangsa dan negara.

16
RUJUKAN
file:///C:/Users/USER/Downloads/notesdefamationinsyirah-181122222727%20(1).pdf
file:///C:/Users/USER/Downloads/PemikirFitnahdanIsuPerpaduanKaum%20(1).pdf
https://www.academia.edu/21747201/Fitnah_Siber_Satu_Tinjauan_Dari_Sudut_Islam_Perlemba
gaan_Dan_Undang_Undang_?auto=download
http://www.bondachanteq.com/2019/12/ketahui-dan-fahami-tentang-defamation-law-in-
malaysia.html
https://www.peguamsyarie.com.my/fitnah/
http://persepsimuslimah.blogspot.com/2018/02/jenis-jenis-fitnah.html
https://dalamislam.com/akhlaq/larangan/fitnah-dalam-islam
https://www.sinarharian.com.my/article/106369/KOLUMNIS/Fitnah-pada-akhir-zaman
https://www.researchgate.net/profile/Rusyda-
https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/19/fitnah-dalam-konteks-undang-undang-di-
malaysia/
http://repo.uum.edu.my/id/eprint/20410

17

You might also like