You are on page 1of 17

KESAN PEMERBADANAN

DAN
PENGECUALIAN KEPADA
TEORI PERBADANAN
BAB 3
Komponen Asas Syarikat
 Syarikat mesti mempunyai
1. Ahli
2. Pemegang saham (bagi syarikat berhad
dengan syer)
3. Pengarah
4. Setiausaha Syarikat
5. Pejabat berdaftar
Keperibadian Perbadanan
 Syarikat merupakan satu entiti yang diiktiraf
kewujudannya di bawah undang-undang
 Syarikat mempunyai identiti yang tersendiri,
tertakluk kepada hak dan kewajipannya
sendiri yang berasingan daripada ahli-ahlinya
 Keperibadian perbadanan adalah hasil
pendaftaran sesebuah perniagaan di bawah
Akta Syarikat ataupun di bawah Akta
Parlimen, apabila pertubuhan itu diiktirafkan
sebagai perbadanan undang-undang yang
tersendiri
Konsep Entiti Berasingan
 Ciri-ciri utama keperibadian perbadanan
 Keistimewaan yang terdapat pada syarikat
adalah hasil daripada konsep entiti berasingan
antara syarikat dan ahlinya
 Apabila syarikat diperbadankan, ahli dan
syarikat akan dipisahkan oleh ‘tirai perbadanan’
 Ciri-ciri utama keperibadian perbadanan
◦ Syarikat merupakan satu entiti undang-undang
berasingan daripada ahlinya
◦ Syarikat akan dianggap sebagai “individu” yang
diiktiraf kewujudannya di bawah undang-undang dan
mempunyai keupayaan yang sama dengan individu
perseorangan, e.g. boleh memiliki harta
 Konsep entiti berasingan mula dipelopori
oleh Mahkamah dalam kes
◦ SOLOMON vs A. SOLOMON & CO.
- Syarikat dan ahlinya terpisah menjadi dua entiti yang
berasingan sebaik sahaja ianya diperbadankan
 Kesan pemerbadanan dinyatakan di dalam
S18(1) – (5) Akta Syarikat 2016
 S18(1) kewujudan syarikat pada tarikh pemerbadanan
dengan nama dan nombor daftar syarikat
 S18(2) – syarikat mempunyai ahli yang namanya
dicatatkan di dalam daftar
 S18(3) – syarikat mempunyai pemegang syer (bagi
syarikat berhad dengan syer)
 S18(4) – syarikat mempunyai pejabat berdaftar
 S18(5) – syarikat mempunyai pengarah dan setiausaha
Entiti Undang-undang Berasingan
 Konsep entiti undang-undang berasingan
dinyatakan di dalam S20(a) & (b)
◦ Sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta
ini ialah suatu pertubuhan perbadanan dan
hendaklah—
(a) mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan
daripada keperibadian anggotanya; dan
(b) terus wujud sehingga syarikat itu dikeluarkan daripada
daftar,
 Kesan S20(a) & (b)
1. Syarikat adalah satu pertubuhan yang diperbadankan
2. Mempunyai keperibadian undang-undang berasingan
 SOLOMON vs A. SOLOMON & CO
 LEE vs LEE’S AIR FARMING LTD
 WALKER vs WIMBOURNE
3. Mempunyai pewarisan berkekalan
 RE NOEL TEDMAN’S HOLDING PTY LTD
 ABDUL AZIZ vs LADANG RENGO MALAY ESTATE CO
 Kesan daripada konsep entiti berasingan
dinyatakan di dalam S21(1)(a) & (b) dan S21(2)
◦ S21(1) Sesuatu syarikat hendaklah berupaya untuk
menjalankan semua fungsi suatu pertubuhan
perbadanan dan mempunyai keupayaan sepenuhnya
untuk menjalankan atau mengusahakan apa-apa
perniagaan atau aktiviti termasuklah —
(a) untuk membawa guaman atau dibawa guaman
terhadapnya;
(b) untuk memperoleh, memiliki, memegang, membangunkan
atau melupuskan mana-mana harta; dan
(c) untuk melakukan apa-apa perbuatan yang boleh dilakukan
atau membuat transaksi.
◦ S21(2) Sesuatu syarikat hendaklah mempunyai hak,
kuasa dan keistimewaan sepenuhnya bagi maksud
yang disebut di bawah subseksyen (1).
 S21(1)
◦ Syarikat mempunyai keupayaan yang tidak ada had
dan boleh menjalankan apa-apa perniagaan dan
aktiviti
 S21(1)(a)
◦ Syarikat boleh menyaman dan disaman
menggunakan namanya sendiri
◦ FOSS vs HARBOTTLE
 S21(1)(b)
◦ Syarikat boleh memiliki harta
◦ MACAURA vs NORTHERN ASSURANCE
 S21(1)(c)
◦ Syarikat boleh melakukan apa-apa perbuatan /
transaksi
 S21(2)
◦ Syarikat mempunyai keupayaan yang tiada had
Tanggungan ahli – S192
(1) Seseorang anggota tidak bertanggungan bagi
obligasi syarikat hanya oleh sebab dia menjadi anggota
syarikat.
(2) Liabiliti anggota syarikat adalah terhad kepada—
(a) dalam hal suatu syarikat berhad dengan syer, apa-apa
amaun yang tidak berbayar ke atas syer yang dipegang
oleh anggota;
(b) dalam hal suatu syarikat berhad menurut jaminan, apa-apa
amaun yang anggota mengaku janji untuk menyumbang
dengan syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan;
(c) apa-apa liabiliti yang diperuntukkan dengan nyata dalam
perlembagaan syarikat; dan
(d) apa-apa liabiliti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Akta
 IN THE APPLICATION OF YEE YUT EE
Pengecualian kepada Teori
Perbadanan
 Penyalahgunaan konsep entiti berasingan
 Individu yang menguruskan syarikat menggunakan
syarikat untuk melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan undang-undang
 Dalan keadaan tertentu, undang-undang akan
mengenepikan konsep keperibadian perbadanan
dan mengenakan liabiliti ke atas individu yang
menguruskan syarikat
 ATLAS MARITIME CO SA v AVALON MARITIME
LTD (NO 1)
“Menurut Staughton LJ - menyingkap tabir perbadanan
bermakna mengenakan hak dan tanggungjawab syarikat
kepada pemegang sahamnya.”
Pengecualian yang dikenakan oleh
Mahkamah
 TATE ACCESS FLOORS INC v BOSWEL
Menurut Browne Wilkinson VC,
 Sekiranya orang-orang yang menguruskan syarikat
memilih untuk menguruskannya dengan
menggunakan medium korporat, mereka telah
mengambil kesempatan kepada fakta bahawa syarikat
mempunyai entitinya yang sendiri, yang mana segala
harta dan tindakan dilakukan oleh syarikat itu sendiri
dan bukan tindakan ahli atau pemegang saham
majoriti.
 Pemegang saham majoriti tidak boleh, bagi apa-apa
tujuan yang memberikan faedah kepada mereka,
menggunakan konsep entiti berasingan dan
kemudiannya mengatakan sebaliknya apabila mereka
tidak menikmati faedahnya lagi
1. Syarikat digunakan untuk mengelak tanggungjawab di bawah undang-
undang
GILFORD MOTOR CO LTD v HORNE
JONES v LIPMAN
2. Syarikat digunakan untuk tujuan penipuan
RE DARBY
3. Syarikat digunakan sebagai alat / topeng untuk berlindung
RE BUGLE PRESS
TIU SHI KIAN V RED ROSE RESTAURANT SDN BHD
4. Syarikat sebagai agen syarikat
SMITH STONE & KNIGHT LTD v BIRMINGHAM CORPORATION
5. Syarikat yang beroperasi sebagai satu kumpulan
DHN FOOD DISTRIBUTORS LTD v TOWER HAMLETS LONDON BOROUGH
COUNCIL
HOTEL JAYAPURI BHD v NATIONAL UNION OF HOTEL, BAR AND RESTAURANT
WORKERS
6. Syarikat melakukan jenayah
TESCO SUPERMARKETS LTS v NATTRASS
7. Mengenakan karakter fizikal kepada syarikat
DAIMLER CO. LTD v CONTINENTAL TYRE & RUBBER CO (GB) LTD
8. Syarikat dan pemegang sahamnya dianggap sebagai satu individu
ASPATRA SDN. BHD v BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD
9. Alasan adil dan saksama
ORRI v MOUNDREAS
Pengecualian di bawah akta
1. S596 - Sekatan ke atas penawaran syer, debentur, dsb., bagi
langganan atau pembelian
 S596(9) - Jika mana-mana orang disabitkan kerana membuat suatu
tawaran yang berlanggaran dengan seksyen ini, Mahkamah yang di
hadapannya orang itu disabitkan boleh memerintahkan bahawa apa-apa
kontrak yang dibuat hasil daripada tawaran itu hendaklah terbatal dan
boleh memberikan apa-apa arahan berbangkit sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Mahkamah bagi pembayaran semula apa-apa wang
atau pemindahan semula apa-apa syer
2. S133(2) – Tiap-tiap pengarah atau pengurus suatu syarikat
yang dengan sengaja membayar atau mengizinkan supaya
dibayar apa-apa dividen yang melanggar seksyen 131 atau 132,
yang dia tahu bukan daripada keuntungan hendaklah juga
bertanggungan kepada syarikat setakat lebihan amaun nilai
apa-apa pengagihan dividen yang telah dibuat dengan
sepatutnya
3. S133(1) - Syarikat boleh mendapatkan balik daripada
pemegang syer apa-apa amaun pengagihan yang dibayar
kepada pemegang syer yang melebihi nilai apa-apa pengagihan
yang telah dibuat dengan sepatutnya
4. S75 – Pengarah melaksanakan kuasa untuk mengagihkan
saham atau memberikan hak
◦ S75(1) – pengarah perlu mendapatkan kelulusan daripada syarikat
terlebih dahulu
◦ S75(4) – saham-saham yang dikeluarkan dengan melanggar S75
hendaklah terbatal
◦ S75(5) – pengarah yang menyebabkan syarikat melanggar S75
hendaklah bertanggungan untuk membayar pampasan kepada
syarikat dan orang yang kepadanya syer itu dikeluarkan bagi apa-
apa kerugian, kehilangan atau kos yang ditanggung atau dilakukan
oleh syarikat atau orang itu
5. S167 – Liabiliti sivil dalam penyataan silap prospektus
◦ S167(1) – seseorang yang membeli syer akibat daripada
pernyataan palsu di dalam prospektus boleh menuntut gantirugi
daripada syarikat, pengarah, penganjur atu mana-mana orang
yang dinamakan di dalam prospektus
◦ S167(5) – sekiranya prospektus itu mengandungi nama orang-
orang yang tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi
pengarah atau telah menarik balik persetujuannya sebagai
pengarah, maka pengarah syarikat dikehendaki untuk membayar
ganti rugi kepada orang tersebut
6. S170 – perintah berhenti
◦ S170(7)(b) – jika satu permohonan untuk membeli syer
melalui prospektus yang perintah berhenti dikeluarkan
kepadanya dan syer tersebut telah dikeluarkan kepada
pemohon, perbadanan atau mana-mana orang hendaklah
membayar balik wang yang telah diterima daripada
pemohon
7. S186 – Larangan pengagihan syer melainkan jika
langganan minimum telah diterima
◦ S186(4)(b) – sekiranya langganan minimum tidak diterima dan
semua wang yang diterima tidak dipulangkan dalam tempoh
lima bulan selepas pengeluaran prospektus, pengarah syarikat
secara bersama dan berasingan bertanggungan untuk
membayar balik wang itu dengan faedah atau pulangan pada
kadar sepuluh peratus setahun dari tarikh habisnya tempoh
lima bulan itu
◦ S186(10) – tiap-tiap pengarah syarikat yang melanggar atau
menyebabkan syarikat melanggar peraturan dalam S186 boleh
dikenakan hukuman penjara dan denda dan sebagai tambahan,
membayar pampasan kepada syarikat dan pembeli syer, tetapi
prosiding harus dibawa dalam tempoh dua tahun daripada
tarikh pengagihan syer tersebut
8. S540 – tanggungjawab bagi perdagangan secara fraud
◦ S540(1) membenarkan mahkamah untuk mengisytiharkan
mana-mana orang yang menjalankan perniagaan syarikat
dengan niat untuk menipu pemiutang, bertanggungjawab
secara sendiri bagi semua hutang sekiranya syarikat
digulung
9. S540(2) dibaca bersama-sama S539(3)
◦ Dalam proses penggulungan syarikat, mana-mana
pegawai syarikat yang menyebabkan syarikat membuat
kontrak yang mana dia mengetahui hutang tersebut
tidak akan dibayar, akan diisytiharkan sebagai
bertanggungjawab ke atas kesemua hutang tersebut
10. S140 Akta Cukai Pendapatan 1967 membenarkan
Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk
mengabaikan apa-apa transaksi yang dijalankan oleh
syarikat bagi mengelakkan pembayaran cukai
LITTLEWOOD STORES v IRC
End of Chapter 2

You might also like