You are on page 1of 16

Bab 9: Perakaunan Syarikat

203
BAB 9
PERAKAUNAN SYARIKAT
OBJEKTIF
Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat
Menjelaskan ciri-ciri syarikat
Menjelaskan jenis-jenis syarikat iaitu syarikat awam berhad dan syarikat
sendirian berhad
Menerangkan proses penubuhan syarikat mengikut Akta Syarikat 1965
Menjelaskan struktur modal syarikat
Menerangkan jenis-jenis saham syarikat iaitu saham biasa dan saham
keutamaan dan hak-hak saham.
Menjelaskan dua cara penerbitan saham iaitu terbitan penuh dan
terbitan secara ansuran dan memperakaunkan saham yang dibayar
penuh.
Menjelaskan mengenai debentur syarikat.
Menjelaskan mengenai rezab syarikat
Menerangkan jenis-jenis dividen dan cara merekodnya
Menunjukkan pelaporan ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
204
9.1 CIRI-CIRI SYARIKAT
Penubuhan sesebuah syarikat adalah sebagai alternatif kepada kelemahan dalam perniagaan
pemilikan tunggal dan perkongsian sebagai contoh modal bagi kedua-dua perniagaan ini adalah
sedikit yang menghadkan perkembangan badan perniagaan itu untuk membesarkan operasinya.
Selain daripada itu ia juga menyebabkan penyertaan yang rendah daripada mereka yang ingin
melibatkan diri dalam perniagaaan tetapi tidak dapat melibatkan diri dalam pengurusan perniagaan
tersebut.
Ciri-ciri syarikat ialah :
a. Merupakan perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia
1965 (SSM). Undang-undang kecil Akta SSM merupakan garis panduan pengurusan
perniagaan syarikat.
b. Modal syarikat lebih besar jika dibandingkan dengan perniagaan perkongsian atau
pemilikan tunggal. Modal ini diperolehi dengan penerbitan syer syarikat yang boleh
dilanggan. Setiap syer mempunyai satu nilai tetap yang disebut nilai par atau nilai tara.
c. Pemegang saham tiada liabiliti peribadi bagi hutang perniagaan. Konsep ini dikenali
sebagai liabiliti terhad yang dikatakan sebagai satu kelebihan kepada pemegang saham.
Mengikut konsep ini, paling banyak pemegang saham akan mengalami kerugian adalah
jumlah amaun pelaburannya.
d. Bilangan ahli sesebuah syarikat adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada had
maksimum.
e. Saham-saham dalam syarikat boleh dipindah milik kepada pelabur yang lain. Pelaburan
dalam saham ini mempunyai kelebihan kecairan , kerana pelabur dengan mudahnya dapat
menjual saham-saham mereka untuk mendapatkan tunai. Disebabkan saham-saham
boleh dipindah milik kepada orang lain, syarikat boleh wujud secara berterusan tanpa
gangguan walaupun berlaku persaraan ahli ataupun kematian.
f. Pemegang-pemegang saham akan dibayar keuntungan perniagaan dalam bentuk dividen
berdasarkan kepada jumlah pegangan saham.
g. Pemilik saham adalah pemilik syarikat tetapi mereka tidak mengurusnya. Untuk mentadbir
urusan syarikat, pemegang saham memilih satu lembaga pengarah. Lembaga pengarah
seterusnya melantik golongan profesional untuk mengendalikan syarikat.
9.2 JENIS-JENIS SYARIKAT
Terdapat dua jenis syarikat yang boleh ditubuhkan iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat
Awam Berhad.
9.2.1 Syarikat Sendirian Berhad.
Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 menjelaskan beberapa ciri syarikat sendirian berhad iaitu :
i. Bilangan pemegang saham minimum adalah dua orang dan maksimumnya lima puluh
orang.
ii. Tidak boleh menawarkan sahamnya kepada awam. Sahamnya hanya boleh ditawarkan
kepada saudara-mara, ahli keluarga ataupun orang perseorangan yang dikenali.
iii. Sahamnya tidak boleh dipindah milikkan kepada orang lain tanpa kebenaran daripada
pemegang-pemegang saham yang lain.
iv. Penyata Kewangan syarikat boleh dirahsiakan daripada umum.
v. Liabiliti pemegang-pemegang saham adalah terhad setakat mana jumlah yang dilaburkan
dalam saham.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
205
vi. Syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dikalangan pemegang-pemegang
saham.
vii. Kewujudan syarikat adalah kekal walaupun terdapat pemegang saham yang mati, gila atau
tidak siuman.
9.2.2 Syarikat Awam Berhad.
a merupakan syarikat yang ditubuhkan supaya orang awam boleh memegang ekuiti dalam
syarikat tersebut. Ciri-ciri syarikat awam berhad adalah :
i. Syarikat awam berhad ditubuhkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Di dalam seksyen 4(1)
Akta Syarikat 1965 menyatakan mana-mana syarikat yang tidak dikategorikan sebagai
syarikat persendirian adalah dikelaskan sebagai syarikat awam. Syarikat awam perlu
meletakkan perkataan 'Berhad' (Bhd.) pada akhir nama syarikat tersebut.
ii. Modal syarikat adalah dari saham-saham yang bernilai tetap
iii. Setiap pemegang saham bagi sesebuah syarikat berhad menanggung liabiliti berhad. ni
bermakna jika syarikat mengalami kerugian, pemegang saham akan menanggung liabiliti
setakat jumlah saham yang dilaburkan sahaja.
iv. Saham syarikat awam berhad diniagakan di pasaran saham (BSKL)
v. Pemegang saham boleh memindah milik sahamnya kepada orang lain. Jumlah pemegang
saham minimum adalah dua orang dan tiada had maksimum bergantung kepada jumlah
saham yang diterbitkan.
vi. Pihak pengurusan syarikat perlu menyediakan Penyata Kewangan syarikat bagi setiap
tahun.
vii. Pihak syarikat perlu melantik Lembaga Pengarah di kalangan pemegang saham
terbanyak.
9.3 PENUBUHAN SYARIKAT
Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu mematuhi peruntukan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia
1965 (SSM). Pihak yang ingin menubuhkan syarikat atau dikenali sebagai penaja syarikat perlu
berurusan dengan pendaftar syarikat. Syarikat yang dibentuk perlu mendapatkan sijil syarikat yang
dikeluarkan oleh pendaftar syarikat . Sijil tersebut akan mencatatkan nama dan nombor
pendaftaran syarikat. Nama syarikat yang dicadangkan kepada pendaftar syarikat mestilah sesuai
dan tidak menyamai nama syarikat lain. Seksyen 22(7) Akta SSM menyatakan jika nama itu tidak
sesuai atau menyamai nama syarikat lain, maka nama tersebut tidak boleh digunakan. Di hujung
nama tersebut perlu dimasukkan sama ada ianya berhad peribadi (dengan Sdn. Bhd. dihujungnya)
ataupun ianya syarikat milik awam (dengan perkataan Bhd. dihujung namanya).
Untuk mendaftarkan syarikat, penaja perlu membayar yuran pendaftaran dan melengkapkan dua
dokumen berkanun yang menggariskan peraturan syarikat. Yuran pendaftaran bergantung kepada
jumlah modal yang didaftarkan oleh syarikat tersebut. Dokumen berkanun yeng perlu diserahkan
kepada pendaftar syarikat ialah memorandum pertubuhan dan taturusan pertubuhan.
9.3.1 Memorandum Pertubuhan.
Dokumen ini menetapkan kuasa-kuasa syarikat dalam hubungannya dengan pihak luar
perniagaan. a menyatakan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal luaran perniagaan.
Perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam memorandum pertubuhan meliputi [seksyen 18(1)]
iaitu :
i. Nama syarikat
ii. Alamat pejabat syarikat yang didaftar.
iii. Objek syarikat iaitu jenis-jenis aktiviti yang akan dijalankan oleh syarikat
iv. Liabiliti pemilik dinyatakan sama ada terhad atau tidak terhad.
v. Jumlah modal dibenarkan (didaftarkan) dengan menyatakan jenis saham yang akan
diterbitkan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
206
Memorandum persatuan ini perlu ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua penyumbang,
diletak tarikh dan disaksikan. Setiap penyumbang bersetuju untuk menyumbang untuk sekurang-
kurangnya satu syer.
9.3.2 Tataurusan Pertubuhan
Tataurusan pertubuhan pula menjelaskan peraturan-peraturan yang mengawal hal ehwal dalaman
syarikat seperti kuasa dan tanggungjawab pengurusan syarikat serta hak pemegang saham.
Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tataurusan pertubuhan ialah hak bagi setiap kelas
saham, pindah milik saham, tanggungjawab dan kuasa ahli lembaga pengarah syarikat, notis dan
prosiding mesyuarat , dan lain-lain.
Jadual 4 (Bahagian A) Akta SSM 1965 merupakan model tataurusan pertubuhan. Jika syarikat
tidak menyediakan tataurusan pertubuhannya sendiri, jadual tersebut akan diterima pakai sebagai
tataurusan syarikat tersebut.
Selain dua dokumen di atas, penaja juga perlu menyerahkan perisytiharan berkanun yang
menyatakan bahawa semua keperluan Akta SSM 1965 telah dipenuhi. Dokumen ini disediakan
oleh peguamcara atau akauntan yang terlibat dalam penubuhan syarikat atau pengarah syarikat
atau setiausaha syarikat.
Apabila semua keperluan undang-undang dipenuhi, barulah Pendaftar Syarikat akan
mengeluarkan Sijil Penubuhan Syarikat. Mulai dari tarikh dinyatakan dalam sijil tersebut, syarikat
boleh menjalankan semua fungsi korporat, boleh mendakwa dan didakwa, boleh ditukar ganti
pihak pengurusan dan mempunyai materi, dan berkuasa memperolehi, memiliki dan melupuskan
harta. Bagaimanapun untuk syarikat awam, ia perlu mendapatkan Sijil Memulakan Perniagaan
terlebih dahulu. Sijil ini akan dikeluarkan setelah syarikat tersebut mempunyai jumlah modal
minimum yang ditetapkan.
Dalam menubuhkan syarikat, selain daripada yuran pendaftaran terdapat kos-kos lain yang perlu
dibayar, antaranya ialah yuran guaman bagi menyediakan memorandum dan tataurusan
pertubuhan, kos percetakan pelbagai dokumen (seperti prospektus) dan bayaran kepada penaja
syarikat. Semua kos yang dilibatkan semasa penubuhan syarikat dikenali sebagai belanja
penubuhan.
9.4 STRUKTUR MODAL
9.4.1 ModaI saham dibenarkan
Kadangkala di kenali sebagai modal didaftarkan atau modal nominal. Modal ini merupakan jumlah
maksimum modal yang boleh diterbitkan untuk dilanggan oleh orang ramai. Modal ini adalah modal
yang dinyatakan dalam Memorandum Syarikat. Bagaimanapun syarikat tidak semestinya
menerbitkan keseluruhan modal yang dibenarkan. Di dalam Memorandum Syarikat, syarikat perlu
menyatakan jenis saham, bilangan unit saham beserta nilai tara(par/nominal). Jenis saham
bermaksud saham keutamaan dan saham biasa sementara nilai tara adalah nilai muka bagi setiap
saham tersebut.
Contoh 1:
3,000,000 saham keutamaan pada nilai tara RM3.00 seunit
10,000,000 saham biasa pada nilai tara RM1.00 seunit
Jumlah modal dibenarkan
RM 9,000,000
RM 10,000,000
RM 19,000,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
207
9.4.2 ModaI diterbitkan
Merupakan sebahagian daripada modal berdaftar yang dikeluarkan atau ditawarkan untuk
dilanggan oleh orang awam. Jumlah maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah sama dengan
jumlah modal yang dibenarkan.
9.4.3 ModaI berbayar
Berdasarkan modal yang diterbitkan syarikat akan menetapkan amaun yang perlu dibayar oleh
pemegang saham bagi setiap saham. Syarikat boleh menetapkan jumlah yang perlu dibayar
semasa membuat permohonan sama ataupun kurang daripada nilai par. Walau bagaimanapun
perbincangan hanya akan ditumpukan kepada saham yang dilanggan dan dibayar penuh.
9.4.4 Ringkasan struktur modaI
Struktur modaI
9.5 JENIS-JENIS SAHAM
Penubuhan sesebuah syarikat tidak dapat dipisahkan daripada menerbitkan saham. Saham boleh
didefinisikan sebagai satu bentuk hak milik terhadap ekuiti syarikat melalui sumbangan modal ke
atas syarikat tersebut. Apabila seseorang itu membeli saham, ia dianggap sebagai pemegang
saham. Sebagai bukti ia sebagai pemegang saham, pihak syarikat akan mengeluarkan satu
dokumen yang dipanggil sijil saham untuk dipegang oleh pihak pelabur. Di sijil saham ini akan
tertera nilai saham dan butir-butir pemilik saham tersebut.
Sebelum saham ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, sesebuah Syarikat Awam Berhad
perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Terbitan Modal (CC) di
antaranya sesebuah syarikat mestilah mengeluarkan prospektus. Prospektus merupakan satu
dokumen yang menyatakan segala maklumat tentang syarikat dari segi operasi, matlamat terbitan
saham, Ahli Lembaga Pengarah, aktivitinya dan juga modal saham yang ada. Prospektus ini perlu
dikemukan kepada Pendaftar Syarikat. Apabila Pendaftar bersetuju baharulah prospektus ini
diterbitkan di akhbar untuk diiklankan kepada orang ramai.
ModaI dibenarkan
10,000,000 unit saham biasa RM1.00 setiap satu
ModaI diterbitkan
6,000,000 unit saham biasa
RM1.00 setiap satu.
ModaI beIum diterbitkan
4,000,000 unit saham biasa
RM1.00 setiap satu
ModaI diterbitkan dan
dibayar penuh.
6,000,000 unit saham biasa
RM1.00 setiap satu.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
208
9.5.1 Saham Biasa
Setiap syarikat mesti memiliki modal saham biasa. Biasanya saham biasa merupakan komponen-
komponen saham yang terbesar dalam modal syarikat. Pemegang saham biasa diberikan hak
mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat mengikut unit saham yang dipegangnya. Hak
ini membolehkan pemegang saham biasa mempengaruhi keputusan berkaitan polisi syarikat dan
juga perlantikan ahli lembaga pengarah syarikat. Oleh itu pemegang saham biasa merupakan
pemilik syarikat.
Pemegang saham biasa menerima dividen selepas dividen telah dibayar kepada saham
keutamaan. Kadar dividen untuk pemegang saham biasa adalah tidak tetap dan pembayaran
dividen tidak semestinya dibuat pada setiap tahun. anya bergantung kepada keputusan ahli
lembaga pengarah syarikat. Sekiranya untung syarikat tinggi, kemungkinan dividen yang akan
diberikan adalah tinggi juga. Kadar dividen ini mungkin lebih tinggi daripada kadar dividen yang
diterima oleh pemegang saham keutamaan. Sebaliknya jika syarikat mengalami kerugian atau
untung yang sedikit, pemegang saham biasa mungkin tidak mendapat dividen pada tahun tersebut.
Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham biasa akan mendapat balik modal yang
disumbangkan selepas pemegang saham keutamaan mendapat balik modal mereka. Pemegang
saham biasa berkemungkinan tidak mendapat balik sepenuhnya modal yang mereka sumbangkan.
Oleh itu pemegang saham biasa adalah penanggung risiko syarikat.
9.5.2 Saham Keutamaan
Saham keutamaan merupakan sejenis saham yang dibayar dividen yang tetap setiap tahun. Kadar
dividen telah ditetapkan semasa saham tersebut diterbitkan. Pembayaran dividen tidak bergantung
kepada jumlah untung yang didapati oleh syarikat tetapi sebaliknya bergantung kepada kadar
dividen yang telah ditentukan semasa saham tersebut diterbitkan. Pembayaran dividen bagi saham
keutamaan didahulukan daripada pembayaran dividen saham biasa. Walau bagaimanapun
pembayaran dividen ini bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. ni bermakna,
pembayaran dividen tersebut boleh ditunda ke tahun berikutnya jika dividen tahun semasa tidak
dibayar.
Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat.
ni bermakna tidak dapat campur tangan di dalam menentukan polisi syarikat. Walau
bagaimanapun pemegang saham keutamaan dibenarkan mengundi dalam keadaan di mana
dividen untuk saham keutamaan tidak dapat dibayar dalam tempoh seperti yang dinyatakan di
dalam Tataurusan Pertubuhan.
Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham keutamaan mempunyai keutamaan untuk
mendapatkan semula modal yang mereka sumbangkan berbanding dengan pemegang saham
biasa.
Saham keutamaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu keutamaan kumulatif, partisipatif, boleh
tebus dan boleh tukar.
9.5.2.1 Saham Keutamaan Kumulatif
Pemegang saham kumulatif akan menerima dividen pada kadar tetap setiap tahun. Sekiranya
syarikat tidak membayar dividen pada tahun tertentu, dividen tersebut akan dibawa ke tahun
berikutnya. Sebagai contoh, syarikat tidak membayar dividen pada tahun 2000 dan kemudian pada
tahun 2001 syarikat akan membayar dividen kepada pemegang saham. Maka dividen yang akan
diterima oleh pemegang saham keutamaan kumulatif pada tahun 2001 adalah dividen untuk tahun
2000 dan 2001.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
209
9.5.2.2 Saham Keutamaan Bukan Kumulatif
Saham keutamaan bukan kumulatif memberi hak kepada pemegang saham tersebut untuk
menerima dividen pada kadar yang tetap apabila syarikat memutuskan untuk membayar dividen
pada tahun tersebut. Bagaimanapun, syarikat tidak membayar dividen pada tahun tertentu maka
pemegang saham ini tidak mendapat dividen untuk tahun tersebut dan ianya tidak boleh dibawa ke
tahun berikutnya.
9.5.2.3 Saham Keutamaan Partisipatif
Saham ini membolehkan pemiliknya mendapat agihan dividen tambahan di samping dividen yang
tetap yang diperolehinya setiap tahun sekiranya syarikat ada lebihan untung. Dividen tambahan ini
diberikan setelah pemegang saham biasa dan saham tertunda menerima dividen masing-masing.
Saham ini bersifat kumulatif.
9.5.2.4 Saham Keutamaan Bukan Partisipatif
Pemegang saham ini hanya menerima dividen yang tetap setiap tahun dan tidak boleh menerima
dividen tambahan sekiranya syarikat memiliki lebihan untung pada tahun-tahun tertentu.
9.5.2.5 Saham Keutamaan Boleh Tebus
Saham keutamaan boleh tebus membenarkan syarikat membeli semula saham tersebut dari
pemegang saham pada suatu tarikh yang dinyatakan. Tarikh itu perlu dinyatakan semasa syarikat
menerbitkan saham ini.
9.5.2.6 Saham Keutamaan Boleh Tukar
Saham keutamaan boleh tukar memberikan hak kepada pemiliknya untuk menukarkan kepada
saham biasa mengikut kadar pertukaran yang dinyatakan oleh syarikat. Tarikh untuk membuat
pertukaran kelas saham ini juga ditetapkan oleh syarikat.
9.6 TERBITAN SAHAM
Sesebuah syarikat awam berhad perlulah menyediakan rekod-rekod yang sesuai bagi semua jenis
urusniaga yang melibatkan penerbitan saham. ni adalah selaras dengan peraturan undang-
undang yang telah ditetapkan. Bagi syarikat berhad, akaun modal dibuka untuk merekod modal
saham yang diterbitkan.
Bagi syarikat berhad, memadai hanya dibuka satu Akaun Modal sahaja kerana tidak praktikal
membuka akaun untuk semua pemegang saham. Butir-butir pemegang saham boleh direkodkan di
buku lain kerana lebih sesuai dan menjimatkan masa. Jika syarikat menerbitkan lebih daripada
satu jenis saham, maka setiap jenis saham yang diterbitkan itu akan mempunyai akaun modalnya
sendiri. Contohnya Akaun Modal Saham Keutamaan dan Akaun Modal Saham Biasa.
Syarikat boleh menerbitkan saham bukan sahaja pada nilai tara saham, tetapi juga pada nilai yang
lebih daripada nilai tara yang dikenali sebagai terbitan pada harga premium ataupun diterbitkan
pada nilai yang lebih rendah daripada nilai tara yang dikenali sebagai terbitan pada harga diskaun.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
210
9.6.1 Terbitan Saham pada NiIai Tara
Terbitan saham pada nilai tara bermaksud apabila ianya diterbitkan dengan nilai muka saham
tersebut. Nilai tara atau nilai yang dinyatakan mewakili modal sah sesyer. Ekuiti pemegang saham
tidak boleh kurang daripada jumlah tersebut melainkan melalui kerugian daripada kendalian
perniagaan. Para pengarah tidak boleh mengisytiharkan suatu dividen yang akan menyebabkan
ekuiti pemegang saham jatuh di bawah nilai tara saham yang diterbitkan. Oleh itu, nilai tara boleh
dianggap sebagai tahap modal ekuiti minimum yang wujud untuk perlindungan pemiutang.
Oleh kerana terdapat sekatan undang-undang berkait dengan nilai tara, peruntukan Akta Syarikat
1965 memerlukan syarikat untuk menunjukkan secara berasingan nilai tara saham yang diterbitkan
dalam bahagian ekuiti pemegang saham di kunci kitra-kira.
Sesuatu syarikat boleh menetapkan nilai taranya sahamnya pada RM 1 sesaham, RM 2 sesaham
atau sebagainya. Nilai tara sesuatu saham tiada kaitan dengan nilai pasaran. Sebagai contoh jika
syarikat menerbitkan saham biasa pada nilai tara RM 1.00 seunit, maka orang ramai yang
melanggan saham syarikat tersebut akan membayar RM 1.00 bagi setiap unit saham yang dibeli.
9.6.2 Terbitan Saham pada NiIai Premium
Terbitan saham pada nilai premium adalah terbitan saham yang menghendaki orang ramai yang
ingin membeli saham tersebut perlu membayar pada harga yang lebih tinggi daripada nilai taranya.
Penerbitan saham seperti ini biasanya dibuat kerana nilai pasaran saham tersebut mungkin lebih
tinggi daripada nilai mukanya ataupun syarikat mempunyai prestasi kewangan yang baik.
Contohnya, jika nilai tara saham biasa ialah RM 1.00 seunit, syarikat meletakkan harga terbitan
saham pada harga RM 1.20. ini bermakna orang ramai perlu membayar lebih sebanyak RM 0.20
bagi setiap unit saham yang dilanggan.
Mengikut Akta Syarikat 1965, lebihan daripada daripada nilai tara dalam terbitan saham pada nilai
premium perlu direkodkan ke Akaun Premium Saham [seksyen 60(2)]. Dengan ini akaun Modal
Saham hanya merekod saham pada nilai tara sahaja. Akaun premium saham merupakan
sebahagian daripada dana pemegang saham. Seksyen 60(3) Akta Syarikat 1965 menetapkan
bahawa akaun premium saham hanya boleh digunakan untuk:
i. Membayar saham yang belum diterbitkan sebagai saham bonus kepada pemegang saham
sedia ada.
ii. Membayar amaun yang belum jelas oleh pemegang saham sebelum ini.
iii. Membayar dividen saham kepada pemegang saham.
iv. Memperuntukkan atau memindahkan ke dalam dana berkanun khusus untuk perniagaan
insuran.
v. Menghapuskan belanja penubuhan, belanja menerbitkan saham syarikat dan diskaun
saham
vi. Memperuntukkan premium saham atas penebusan saham keutamaan boleh tebus.
9.6.3 Terbitan Saham pada NiIai Diskaun
Sekiranya syarikat menerbitkan saham pada nilai yang lebih rendah daripada nilai taranya, terbitan
saham tersebut dibuat pada nilai diskaun. Contohnya, syarikat menerbitkan saham yang
mempunyai nilai tara RM 1.00 pada harga diskaun RM 0.20. Orang ramai yang melanggan saham
hanya perlu membayar sebanyak RM0.80 bagi setiap saham yang dilanggan. Perbezaan di antara
nilai saham yang diterbitkan dengan nilai taranya iaitu RM 0.20 dipanggil diskaun saham. Diskaun
saham akan didebitkan ke dalam Akaun Diskaun Saham. Akaun modal saham tetap dikreditkan
pada nilai taranya. Akaun diskaun saham tersebut boleh dihapuskira dengan menggunakan akaun
premium saham sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 60(3) Akta Syarikat 1965.
Sekiranya akaun diskaun tidak dihapuskira, ia ditunjukkan di dalam kunci kira-kira sebagai aset
khalayan ('fictitious')
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
211
Bagi syarikat yang menerbitkan saham pada nilai diskaun, ia perlu memenuhi peruntukan seksyen
59(1) Akta Syarikat 1965 iaitu:
i. Disahkan melalui resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat agung syarikat dan disahkan
oleh mahkamah.
ii. Kadar maksimum diskaun dinyatakan dalam resolusi.
iii. Terbitan hendaklah selepas sekurang-kurangnya satu tahun daripada syarikat dibenarkan
menjalankan operasi
iv. Terbitan dibuat dalam tempoh sebulan selepas ianya disahkan oleh mahkamah.
Daripada syarikat mula mengeluarkan prospektus sehingga modal saham syarikat diwujudkan,
terdapat dua tahap yang akan dilalui dalam terbitan saham. Dua tahap tersebut ialah permohonan
dan perumpukan.
a) Permohonan
Apabila orang ramai berminat untuk melabur di dalam syarikat yang hendak menerbitkan saham,
orang ramai perlu mengisi borang tertentu dan menghantarnya kepada syarikat berserta wang
(draf bank) mengikut jumlah unit saham yang dipohon. Setiap permohonan tidak boleh kurang
daripada satu lot saham (1,000 unit). Permohonan perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada tahap ini semua pemohon belum lagi menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.
Manakala syarikat pula, wang yang diterima daripada permohonan belum lagi dikira sebagai modal
saham syarikat.
Tatacara perakaunan bagi merokod penerimaan permohonan daripada orang ramai adalah seperti
berikut;
Tarikh Butir Debit Kredit
Bank xx
Permohonan xx
Pada peringkat ini, penerimaan wang daripada orang ramai dikreditkan di dalam akaun
permohonan. Akaun Permohonan merupakan akaun sementara untuk merekod penerimaan
tersebut. Akaun ini akan ditutup apabila syarikat telah menentukan permohonan yang berjaya
mendapatkan saham syarikat.
Biasanya permohonan yang diterima oleh syarikat adalah tidak sama dengan jumlah saham yang
diterbitkan. Jika jumlah saham yang dipohon melebihi jumlah saham yang diterbitkan, maka
lebihan langganan akan wujud. Contohnya, syarikat menerbitkan 2,000,000 unit saham biasa dan
jumlah permohonan yang diterima adalah 2,300,000 unit. Dengan itu lebihan langganan sebanyak
300,000 unit. Sebaliknya jika jumlah permohonan kurang daripada jumlah saham yang diterbitkan,
maka kurang langganan pula wujud. Contohnya, syarikat hanya menerima permohonan bagi
1,600,000 unit saham sahaja, bagi terbitan saham biasa sebanyak 2,000,000 unit. Dengan ini
kurangan langganan wujud sebanyak 400,000 unit.
Untuk terbitan saham yang mendapat lebihan langganan, lembaga pengarah syarikat boleh
membuat keputusan sama ada untuk;
i) menolak lebihan langganan dan memulangkan semula wang permohonan kepada pemohon
yang gagal mendapatkan saham syarikat.
Sebagai contoh: Jika jumlah saham yang diterbitkan 1,000,000 unit, manakala jumlah saham yang
dipohon oleh orang ramai ialah 1,200,000 unit, maka syarikat akan menolak lebihan permohonan
sebanyak 200,000 unit dan memulangkan wang yang diterima daripada permohonan tersebut.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
212
ii) Bilangan saham yang dipohon diselaraskan kepada bilangan saham yang ditawarkan
menggunakan kaedah prorata.
Dalam kaedah ini setiap permohonan akan mendapat saham tetapi dalam jumlah yang kurang
daripada jumlah yang dipohon.
Jum. Saham diperolehi = (jum. Saham diterbitkan / jum. Saham dipohon) x jum. permohonan
individu
Sebagai contoh, jika jumlah saham yang diterbitkan 1,000,000 unit, manakala jumlah yang dipohon
oleh orang ramai ialah 1,200,000 unit. Andaikan seorang pemohon, Ahmad memohon 6,000 unit
saham. Berapa unit sahamkah yang akan diperolehinya.
Jum. Saham diperolehi = (1,000,000 / 1,200,000) x 6,000
= 5,000 unit.
Untuk terbitan saham yang kurang langganan pula, jumlah permohonan yang diterima mesti
melebihi jumlah minimum langganan seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 1965. Lebihan
jumlah saham yang belum dilanggan akan dibeli oleh penaja jamin.
Penaja jamin adalah terdiri daripada firma bank pelaburan. Peranan penaja jamin adalah memberi
jaminan kepada perbadanan yang menerbitkan saham satu harga khusus untuk saham tersebut
dan mendapatkan keuntungan dengan menjual saham kepada pelabur awam pada harga yang
lebih tinggi sedikit. Perbadanan akan merekodkan terbitan saham pada amaun bersih yang
diterima daripada penaja jamin. Penggunaan penaja memberi jaminan kepada perbadanan
bahawa keseluruhan amaun dana yang diinginkan akan didapati pada tarikh tertentu.
b) Perumpukan
Selepas tempoh permohonan tamat, lembaga pengarah syarikat akan membuat perumpukan bagi
menentukan siapakah yang berjaya mendapatkan saham syarikat yang diterbitkan. Mereka yang
berjaya akan menjadi pemegang saham syarikat. Manakala bagi permohonan yang gagal, syarikat
akan memulangkan semua wang permohonan mereka. Pada tahap ini barulah syarikat merekod
modal saham syarikat.
i. Catatan jurnal merekod perumpukan saham
Tarikh Butir Debit Kredit
Permohonan xx
Modal saham xx
ii. Merekod pemulangan wang permohonan yang gagal
Tarikh Butir Debit Kredit
Permohonan xx
Bank xx
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
213
9.6.4 Merekod Terbitan Saham
9.6.4.1 Contoh 1: Terbitan Pada nilai tara dan dibayar penuh
Syarikat Setia Jaya mempunyai modal dibenarkan RM1,000,000 yang terdiri daripada 1,000,000
unit saham biasa dengan nilai tara RM 1.00 seunit. Pada 1 Jan 2000 Syarikat Setia Jaya
menerbitkan 700,000 unit saham biasa pada nilai tara RM 1.00 sesaham yang perlu dibayar penuh
semasa permohonan. Sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Jan 2000 sebanyak
1,000,000 unit saham telah dipohon. Pada 1 Feb. 2000 Lembaga pengarah membuat perumpukan
saham dengan memutuskan untuk menolak lebihan permohonan dan wang mereka dipulangkan.
Penyelesaian:
Tarikh Butir Debit Kredit
2000
Jan 1
Feb 1
Bank
Permohonan (1,000,000 x RM1.00)
(merekod penerimaan wang permohonan)
Permohonan
Modal saham biasa (700,000 x RM1.00)
(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)
Permohonan
Bank (300,000 x RM1.00)
(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)
1,000,000
700,000
300,000
1,000,000
700,000
300,000
Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;
Syarikat Setia Jaya
Kunci kira-kira pada 1 Feb. 2000
Ekuiti saham:
Modal dibenarkan;
1,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu
Modal diterbitkan dan dibayar penuh:
700,000 saham biasa RM1.00 setiap satu
Jumlah ekuiti pemegang saham
RM
1,000,000
700,000
700,00
9.6.4.2 Terbitan saham pada nilai premium
Contoh 2
Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Syarikat Setia Jaya telah
menerbitkan saham tersebut pada harga RM1.20 seunit.
Penyelesaian;
Tarikh Butir Debit Kredit
2000
Jan 1
Feb 1
Bank (1,000,000 x RM1.20)
Permohonan
(merekod penerimaan wang permohonan)
Permohonan
Modal saham biasa (700,000 x RM1.00)
Premium saham (700,000 x RM0.20)
(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)
Permohonan
Bank (300,000 x RM1.20)
(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)
1,200,000
840,000
360,000
1,200,000
700,000
140,000
360,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
214
Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;
Syarikat Setia Jaya
Kunci kira-kira pada 1 Feb. 2000
Ekuiti Saham:
Modal dibenarkan:
1,000,000 saham biasa nilai tara RM 1.00 setiap satu
Modal diterbitkan dan dibayar penuh:
700,000 saham biasa RM 1.00 setiap satu
Premium saham
Jumlah ekuiti pemegang saham
RM
1,000,000
700,000
140,000
840,000
9.6.4.3 Terbitan saham pada nilai diskaun.
Contoh 3:
Dengan menggunakan maklumat yang sama dalam contoh satu, andaikan Syarikat Setia Jaya
menerbitkan saham pada harga RM 0.80 sesaham.
Penyelesaian:
Tarikh Butir Debit Kredit
2000
Jan 1
Feb 1
Bank (1,000,000 x RM0.80)
Permohonan
(merekod penerimaan wang permohonan)
Permohonan
Diskaun (700,000 x RM0.20)
Modal saham biasa (700,000 x RM1.00)
(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)
Permohonan
Bank (300,000 x RM0.80)
(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)
800,000
560,000
140,000
240,000
800,000
700,000
240,000
Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;
Syarikat Setia Jaya
Kunci kira-kira pada 1 Feb. 2000
Ekuiti saham:
Modal dibenarkan;
1,000,000 saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu
Modal diterbitkan dan dibayar penuh:
700,000 saham biasa RM1.00 setiap satu
tolak : Diskaun
Jumlah ekuiti pemegang saham
RM
1,000,000
700,000
140,000
560,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
215
9.6.5 Terbitan Saham Biasa dan Saham Keutamaan
Contoh 4
Syarikat 2H & 2N Berhad mempunyai modal yang dibenarkan yang terdiri daripada 15,000,000 unit
saham biasa dengan nilai tara RM 1.00 seunit dan 10,000,000 saham keutamaan 9% kumulatif
RM 1.00 setiap satu. Pada 1 April 2000 Syarikat 2H & 2N Berhad menerbitkan 10,000,000 unit
saham biasa pada harga RM 1.20 sesaham dan 5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif
pada harga RM 1.20 sesaham. Pembayaran penuh perlu dibuat untuk kedua-dua jenis saham
pada masa permohonan. Sehingga 30 April 2000 iaitu tarikh tutup permohonan, sebanyak
12,000,000 unit saham biasa dan 5,000,000 unit saham keutamaan telah dipohon. Pada 1 Mei
2000 Lembaga pengarah membuat perumpukan saham dengan memutuskan untuk mengagihkan
saham biasa secara prorata, dan memulangkan permohonan yang tidak berjaya. Manakala bagi
saham keutamaan semua permohonan diperumpukan saham.
Auzaie, salah seorang pelabur telah memohon sebanyak 12,000 unit saham biasa
Berdasarkan kes di atas, anda dikehendaki menyediakan :
a) Catatan jurnal merekod terbitan saham
b) Menunjukkan kunci kira-kira bahagian ekuiti pemilik selepas terbitan saham
c) Menentukan jumlah unit saham yang diperolehi oleh Auzaie.
Penyelesaian:
a)
Tarikh Butir Debit Kredit
2000
Apr 30
Mei 1
Bank (12,000,000 x RM 1.20 + 5,000,000 x RM 1.20)
Permohonan
(merekod penerimaan wang permohonan saham biasa
dan saham keutamaan)
Permohonan
Modal saham biasa (10,000,000 x RM 1)
Premium saham biasa (10,000,000 x RM 0.20)
Modal saham keutamaan ( 5,000,000 x R M1)
Premium saham keutamaan (5,000,000 x RM 0.20)
(merekod perumpukan 10,000,000 unit saham biasa
dan 5,000,000 unit saham keutamaan)
Permohonan
Bank (2,000,000 x RM1.20)
(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)
20,400,000
18,000,000
2,400,000
20,400,000
10,000,000
2,000,000
5,000,000
1,000,000
2,400,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
216
b)
Syarikat 2H & 2N Berhad
Kunci kira-kira pada 1 Mei 2000
Ekuiti saham: RM
Modal dibenarkan:
10,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 10,000,000
15,000,000 unit saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu 15,000,000
Modal diterbitkan dan dibayar penuh:
5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 5,000,000
10,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu 10,000,000
Premium saham:
Saham keutamaan 1,000,000
Saham biasa 2,000,000
Jumlah modal dibayar 18,000,000
Jumlah ekuiti pemegang saham 18,000,000
c) Jumlah saham yang diperolehi oleh Auzaie ialah:
10,000,000 x 12,000 = 10,000 unit
12,000,000
9.7 DEBENTUR
Selain daripada menerbitkan syer-syer baru, sebuah syarikat boleh mendapatkan dana untuk
membiayai operasinya dengan mendapat pinjaman daripada orang ramai atau daripada institusi
kewangan. Satu cara yang biasanya digunakan oleh syarikat untuk mendapatkan pinjaman jangka
panjang adalah dengan terbitan debentur.
Debentur merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat untuk membuktikan
hutangnya kepada pihak-pihak lain dan mengandungi syarat-syarat tentang bayaran faedah dan
penebusan debentur berkenaan. Seperti dengan syer, debentur syarikat boleh diterbitkan pada
nilai tara, premium atau diskaun.
Contoh 5 :
Syarikat SB telah membuat keputusan untuk menerbitkan 500 unit debentur 6% berharga RM 100
seunit pada nilai tara, dibayar sepenuhnya atas permohonan.
Tarikh Butir Debit Kredit
Tunai (500 x RM 100)
Debentur
(merekod terbitan debentur)
50,000
50,000
Petikan Kunci Kira-Kira
LiabiIiti Jangka Panjang
Debentur, 6% RM 50,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
217
9.8 REZAB
Rizab boleh didefinisikan sebagai suatu jumlah yang telah diperuntukan khas untuk sesuatu tujuan
dan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Selain modal, rizab merupakan sebahagian
ekuiti syarikat. Rizab terdiri daripada dua jenis rizab modal dan rizab hasil
9.8.1 Rizab ModaI
Rizab modal adalah sebahagian daripada rizab berkanun. Oleh itu ia tidak boleh diagihkan kepada
pemegang saham sebagai dividen. Antara contoh rizab ialah premium saham, rizab tebusan
modal, rizab penilaian semula aset tetap dan rezab penggantian aset tetap.
9.8.2 Rizab HasiI
Rizab hasil adalah pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegang
saham sebagai dividen. Contoh rizab hasil ialah pendapatan tertahan, rizab am dan rizab
penyamaan dividen.
9.9 DIVIDEN
Dividen adalah agihan untung syarikat kepada pemegang-pemegang saham. a merupakan
pulangan atau hasil kepada pemegang saham. Dividen yang dikeluarkan oleh syarikat boleh dalam
bentuk dividen tunai atau dividen saham.
9.9.1 Dividen Tunai
Dividen tunai adalah dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa dalam bentuk tunai
mengikut kadar atau peratus yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau mesyuarat agung
tahunan syarikat. Bagi pemegang saham keutamaan, kadar dividen adalah tetap. Dividen ini dikira
berasaskan nilai tara saham.
Menurut seksyen 365(1) Akta Syarikat 1965, pendapatan yang boleh digunakan untuk tujuan
pembayaran dividen meliputi;
i. Pendapatan semasa
ii. Pendapatan tertahan daripada tempoh lalu
iii. Pendapatan dari jualan aset tetap
Pembayaran dividen boleh dibuat sama ada pada akhir tahun atau secara berperingkat. Dividen
tunai yang dibayar secara berperingkat terdiri daripada dividen interim dan dividen akhir.
Dividen interim adalah dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan iaitu sebelum untung
bersih tahunan diketahui dan ianya diputuskan oleh lembaga pengarah. Dividen ini dibayar jika
syarikat memperolehi untung dalam setengah tahun yang pertama. Dividen akhir pula dibayar
setelah mesyuarat agung tahunan syarikat meluluskan cadangan (usul) kadar dividen yang
dikemukakan oleh lembaga pengarah. Dividen akhir dibuat setelah untung tahunan syarikat
diketahui.
Dividen tunai yang dibayar di Malaysia perlu mengambilkira cukai pendapatan, di mana dividen
yang dibayar kepada pemegang saham hendaklah ditolak cukai pendapatan syarikat. Sebagai
contoh, jika dividen yang diisytiharkan bagi seunit saham ialah RM 0.50 bagi seunit saham dan
kadar cukai pendapatan syarikat ialah 30%, maka syarikat akan membayar dividen kepada
pemegang saham sebanyak RM 0.35 seunit. Bagaimanapun pemegang saham akan mendapat
baki dividen tersebut dalam bentuk kredit cukai (pengurangan atas cukai yang perlu dibayar).
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 9: Perakaunan Syarikat
218
9.9.2 Dividen saham (saham bonus)
Syarikat boleh juga mengeluarkan dividen dalam bentuk saham yang diterbitkan kepada
pemegang saham secara percuma. Pemberian saham ini dikenali sebagai saham bonus.
Pemberian saham ini tidak melibatkan aliran keluar tunai. Bilangan saham yang diterbitkan
dinyatakan dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit saham yang dipegang.
Pemberian saham bonus akan menukarkan rizab menjadi modal. Semua rizab sama ada rizab
modal (seperti premium saham, rizab penilaian semula aset dan rizab tebusan modal) atau rizab
hasil (seperti rizab am dan pendapatan tertahan) boleh digunakan untuk menerbitkan saham
bonus.
Kesan daripada terbitan saham bonus kepada syarikat ialah jumlah unit dan amaun modal saham
akan bertambah manakala jumlah rizab akan berkurang. Jumlah ekuiti syarikat tidak berubah,
begitu juga dengan aset dan liabiliti. Bagi pemegang saham pula, bilangan unit saham yang
dipegang akan bertambah tetapi peratus pemilikan tidak berubah.
9.10 PERSEMBAHAN EKUITI PEMEGANG SAHAM DALAM KUNCI KIRA-KIRA
Syarikat MF & MA Berhad
Kunci kira-kira pada 1 Mei 2000
Ekuiti saham: RM
Modal dibenarkan:
10,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 10,000,000
15,000,000 unit saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu 15,000,000
Modal diterbitkan dan dibayar penuh:
5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 5,000,000
10,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu 10,000,000
Premium saham:
Saham keutamaan 1,000,000
Saham biasa 2,000,000
Jumlah modal dibayar 18,000,000
Pendapatan tertahan 50,000
Rizab penilaian semula aset 60,000
Jumlah ekuiti pemegang saham 18,110,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

You might also like