You are on page 1of 15

Bab 3 : Kitaran Perakaunan

83
BAB 3 : KITARAN PERAKAUNAN
SoaIan 1
Perniagaan Sri Kemang (PSK) merupakan pembekal barang runcit. Berikut adalah baki-baki akaun
pada 31 Disember 2002.
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 24,960
Akaun belum terima 9,000
Nota belum terima 27,000
nventori barang niaga 13,800
Peralatan 3,810
Susutnilai terkumpul peralatan 900
Akaun belum bayar 25,800
Modal 51,870
JUMLAH 78,570 78,570
Maklumat tambahan :
i. PSK menggunakan sistem inventori berkala dalam merekod inventori barangniaganya.
ii. Pada 1 Januari 2003, lejar subsidiari mengandungi maklumat berikut :
Akaun belum bayar :
Aminah RM 6,000
Eng Huat RM 10,800
Yusuf RM 9,000
Akaun belum terima :
Zainal RM 1,500
Chan RM 4,500
Hassan RM 3,000
iii. Transaksi berikut berlaku dalam bulan Januari 2003 :
Januari 3 Menjual barangniaga kepada Zamri RM 2,400 dengan syarat kredit 2/10,
n/30.
7 Menerima bayaran tunai daripada Hassan RM 2,100.
11 Membayar belanja angkutan masuk bagi barangniaga yang dibeli RM 180.
12 Membayar sewa untuk bulan Januari RM 600.
13 Menerima bayaran daripada Zamri.
15 Membayar kepada Yusuf untuk menyelesaikan hutangnya dan menerima
diskaun RM 90.
17 Membeli barangniaga daripada Wonder Enterprise RM 960 dengan syarat
kredit 2/10, n/30.
23 Jualan tunai RM 5,160.
30 Memulangkan barangniaga kepada Wonder Enterprise RM 300.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
84
DIKEHENDAKI :
a. Rekodkan transaksi bulan Januari ke dalam jurnal jualan, jurnal belian, jurnal penerimaan
tunai, jurnal pembayaran tunai dan jurnal am.
b. Pindahkan catatan jurnal ke dalam lejar am dan lejar subsidiari yang bersesuaian.
SoaIan 2
Berikut adalah sebahagian daripada baki-baki akaun lejer am Perniagaan Selamat (PS) pada
30 Jun 2001.
RM
Tunai
Akaun belum terima (ABT)
Bekalan
Nota belum terima (NBT)
3,579
10,555
1,756
5,000
Manakala baki lejer subsidiari ABT ialah :
RM
Seroja Enterprise
Perniagaan Daud
3,100
7,455
Sepanjang bulan Jun, berikut telah berlaku dan semua jualan kredit adalah bersyarat 2/10, n/30 :
Jun 2 Membuat jualan kredit bernilai RM 5,200 kepada Badri Berhad.
4 Seroja Enterprise menjelaskan hutangnya RM 3,100 dalam tempoh diskaun.
7 Menerima bayaran untuk NBT RM 2,000 dengan faedah RM 210.
10 Jualan kredit kepada Alam Berhad sebanyak RM 1,850.
12 Menerima RM 5,096 daripada Badri Berhad bagi penjelasan akaunnya.
14 Jualan tunai bag tempoh 2 minggu berjumlah RM 3,755.
14 Menjual secara kredit kepada Perniagaan Daud sebanyak RM 2,000.
17 Memberi memo kredit kepada Perniagaan Daud atas pulangan inventori yang
rosak bernilai RM 610.
20 Menerima pembayaran daripada Alam Berhad bagi jualan pada 10 Jun.
26 Perniagaan Daud membuat pembayaran sebanyak RM 7,445.
27 Jualan tunai bagi tempoh 2 minggu berjumlah RM 5,874.
28 Menerima bil langganan suratkhabar dan majalah berjumlah RM 80.
29 Menjual secara kredit kepada Perniagaan Tan berjumlah RM 3,640.
DIKEHENDAKI :
(a) (i) Rekod urusniaga di atas ke dalam jurnal jualan, jurnal penerimaan tunai dan jurnal
am mengikut kesesuaian.
(ii) Pindahcatat ke lejer am dan juga ke akaun-akaun subsidiari yang berkaitan.
(b) Berikan dua sebab mengapa jurnal khas perlu digunakan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
85
SoaIan 3
Along Sdn. Bhd. (ASB) memulakan perniagaan menjual permaidani dan perabot pada 1 Julai
2002. Semua urusniaga berikut berlaku dalam bulan Julai 2002.
Julai 1 Melabur dalam perniagaan tunai RM 500,000 dan juga kenderaan RM 50,000.
3 Membeli kelengkapan kedai RM 25,000 daripada Lan Sdn. Bhd. secara tunai.
9 Membeli permaidani dan perabot masing-masing bernilai RM 45,000 dan
RM 82,000 secara kredit bersyarat 2/15, n/60 dariapada Han Seng Sdn. Bhd.
10 Menjual dua unit permaidani RM 7,500 seunit secara tunai kepada ntan ndah
Sdn. Bhd.
15 Memberi nota debit kepada Han Seng Sdn. Bhd. di atas pulangan perabot yang
rosak RM 12,000.
19 Menjual empat unit perabot RM 14,500 seunit kepada Perniagaan Endah
Konsultan di mana dua unit dibayar secara tunai dan dua unit secara kredit.
22 Membeli seunit permaidani RM 4,500 untuk hadiah kepada Encik Ali, seorang
pelanggan tetap ASB.
23 Membeli 10 unit permaidani RM 2,000 seunit. Daripada jumlah tersebut, enam unit
dibeli secara tunai dan bakinya secara kredit dengan syarat 2/10 , n/60 daripada
Husin Sdn. Bhd.
24 Membayar bil telefon dan elektrik RM 1,200.
25 Membayar upah dua pekerja atas kadar upah RM 35 sehari (sila andaikan jumlah
hari bekerja adalah 20 hari).
26 Menjual tiga unit perabot kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. RM 45,000 secara kredit.
27 Menghantar nota kredit kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. atas pulangan perabot
RM 13,200.
28 Melangsaikan hutang Husin Sdn. Bhd. dan menjelaskan separuh hutang Han
Seng Sdn. Bhd.
29 Perniagaan Endah Konsultan Sdn. Bhd. melangsaikan hutang mereka.
DIKEHENDAKI :
a) Rekodkan urusniaga di atas ke dalam jurnal yang sesuai.
b) Pindah catat ke lejar yang berkaitan dan sediakan imbangan duga pada 31 Julai 2002.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
86
SoaIan 4
Abu memulakan perniagaan menjual barangan elektrik seperti televisyen, radio, minikompo dan
perakam video pada 1 Januari 2000. Semua urusniaga berikut telah berlaku dalam bulan Januari
2000.
Januari 1 Memasukkan RM 10,000 sebagai modal permulaan perniagaan ke dalam bank.
4 Membeli perabot kedai RM 1,500 daripada Cahaya Bhd secara tunai.
5 Membeli barangan elektrik secara kredit daripada Maju Jaya Bhd. bernilai
RM 30,500 dengan syarat 2/15 , n/60.
11 Memulangkan barangan bernilai RM 500 kepada Maju Jaya Bhd. kerana
menghantar barangan yang salah.
13 Menjual barangan elektrik secara tunai bernilai RM 5,300.
14 Menjual barangan elektrik RM 28,000 secara kredit kepada Chong Studio dengan
syarat 5/10, n/30.
16 Membayar satu pertiga (1/3) daripada jumlah hutang kepada Maju Jaya Bhd.
17 Chong Studio memulangkan barangan bernilai RM 400 yang didapati rosak.
18 Membeli barangan elektrik bernilai RM 3,400 secara tunai.
19 Mengambil sebuah televisyen yang bernilai RM 1,600 daripada kedai untuk
kegunaan keluarga.
20 Menjual barangan elektrik RM 9,900 secara kredit kepada Jitu Bhd. dengan syarat
2/10, n/30.
24 Membeli barangan elektrik secara kredit daripada Sentosa Bhd bernilai RM 5,600
dengan syarat 2/10, n/30.
26 Jitu Bhd. menjelaskan semua hutangnya.
29 Membayar gaji pekerja dengan tunai RM 500.
DIKEHENDAKI :
a) Rekodkan semua urusniaga di atas ke dalam Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal
Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai dan Jurnal Am.
b) Sedia dan imbangkan akaun kawalan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.
c) Sedia mbangan Duga pada 31 Januari 2000.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
87
SoaIan 5
Puan zati telah membuka sebuah kedai yang diberi nama Zett Computer Enterprise yang
membekalkan peralatan dan aksesori komputer. Beliau mengurus sendiri hal ehwal kewangan
serta rekod perakaunannya. Baki-baki akaun di dalam lejar am dan lejar subsidiari Zett Computer
Enterprise pada 1 Oktober 1999 adalah seperti berikut :
Baki akaun daIam Iejar am :
Akaun belum bayar RM 2,300
Akaun belum terima RM 1,800
Akaun tunai RM 8,000
Akaun bekalan RM 560
Akaun modal RM 65,000
Baki akaun-akaun daIam Iejar subsidiari
En. Zakaria (penghutang) RM 1,800
Syarikat Excel Com (pemiutang) RM 2,300
Berikut adalah sebahagian daripada urusniaga yang berlaku dalam bulan Oktober 1999;
Okt. 2 Membeli aksesori serta peralatan komputer bernilai RM 10,500 daripada Syarikat
Comptech dengan syarat kredit 2/10, n/30.
4 Menjual sebuah pencetak laser bernilai RM 820 secara tunai.
6 Puan zati mengeluarkan wang simpanan tetapnya sebanyak RM 6,000 untuk
dijadikan modal tambahan bagi membesarkan perniagaan komputernya.
7 Menjual 5 buah komputer yang bernilai RM 27,000 kepada Sekolah Kebangsaan
Sintok. Kemudahan pembayaran secara ansuran diberikan dengan tempoh kredit
selama 3 bulan, iaitu 3 kali bayaran ansuran yang sama rata. Bayaran pertama
dibuat semasa pembelian.
8 Memulangkan sebuah monitor komputer bernilai RM 2,000 yang dibeli pada 2
Oktober dari Syarikat Comptech kerana ia gagal berfungsi dengan baik.
8 Membeli kabinet serta rak besi bagi mempamerkan barangan di kedai daripada
Shah Furniture secara kredit berharga RM 1,800.
10 Membayar sewa kedai dan utiliti sebanyak RM 600 dan RM 300 masing-masing.
10 Membayar sepenuhnya kepada Syarikat Comptech bagi pembelian 2 Oktober.
13 Membeli aksesori komputer daripada Syarikat Express T bernilai RM 2,000
secara kredit.
15 Menerima bayaran daripada En. Zakaria sebanyak RM 1,100.
15 Membeli bekalan secara tunai sebanyak RM 100.
DIKEHENDAKI :
a. Catatkan urusniaga di atas ke dalam jurnal khas dan jurnal am yang bersesuaian.
b. Pindahcatatkan urusniaga di atas ke dalam lejar subsidiari dan lejar am.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
88
SoaIan 6
Baki akaun Syarikat Panji pada 1 Disember 1999 adalah seperti berikut :
RM
Jualan
Belian
Modal
Tunai
Bangunan pejabat
Tanah
Ambilan
Diskaun jualan
Diskaun belian
Susutnilai terkumpul bangunan pejabat
Elaun dan pulangan belian
Elaun dan pulangan jualan
Akaun belum terima
Angkutan masuk
Belanja pengangkutan
Akaun belum bayar
Belanja gaji
424,720
260,500
196,830
27,250
196,000
44,000
15,000
6,700
14,400
31,000
18,100
21,000
15,100
5,800
8,250
57,800
88,650
Sepanjang bulan Disember 1999, urusniaga berikut telah dilibatkan:
Dis. 5 Membeli barang niaga daripada Pembekal Utara berjumlah RM 12,000 dengan
syarat kredit 2/10,n/30 dan syarat penghantaran F.O.B titik perkapalan. Kos
pengangkutan berjumlah RM 500 telah dibayar. Barangan telah diterima pada hari
yang sama.
9 Menjual barang niaga kepada Syarikat Antik berjumlah RM 30,000 secara kredit
dengan syarat 2/10, n/30 dan syarat penghantaran F.O.B destinasi. Kos
pengangkutan sebanyak RM 150 telah dibayar.
11 Memulangkan semula sejumlah RM 2,000 barang niaga yang dibeli pada 5
Disember kerana terdapat kerosakan.
12 Menerima pulangan barang niaga berjumlah RM 4,000 daripada Syarikat Antik
bagi jualan yang dibuat pada 9 Disember.
13 Syarikat Antik telah membayar separuh (1/2) daripada hutangnya bagi pembelian
yang dibuat pada 9 Disember selepas ditolak pulangan barang niaga pada 12
Disember.
14 Menjelaskan semua akaun belum bayar kepada Pembekal Utara bagi urus niaga
yang dibuat pada 5 Disember.
31 Maklumat berikut telah diperolehi dan masih belum direkod :
i. Susutnilai untuk Bangunan Pejabat untuk tahun 1999 adalah RM 5,500.
ii. Gaji untuk bulan Disember berjumlah RM 3,800 akan dibayar pada awal
bulan berikutnya.
Penyemakan rekod nventori barang niaga menunjukkan baki pada 1 Januari 1999
adalah RM 54,600 dan baki pada 31 Disember 1999 adalah RM 48,200.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
89
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan catatan jurnal di dalam jurnal yang bersesuaian bagi merekod semua urusniaga
sepanjang Disember 1999 dan catatan pelarasan pada 31 Disember 1999.
b. Sediakan Penyata Pendapatan Syarikat Panji bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.
SoaIan 7
Perniagaan Sirusa (PS) menjual aksesori kereta. Berikut adalah imbangan duga sebelum
pelarasan bagi PS pada 30 Jun 2003.
Debit (RM) Kredit (RM)
Modal 146,175
Jualan 106,200
Hasil sewa 600
Belian 31,860
Belanja upah 15,900
Belanja gaji 12,540
Belanja insurans 3,150
Belanja iklan 5,550
Belanja elektrik dan air 1,500
Belanja faedah 1,050
Belanja bekalan pejabat 1,800
Ambilan 2,700
Kenderaan (kos RM 13,200) 9,000
Bangunan (kos RM 147,000) 99,000
Peralatan (kos RM 90,000) 75,000
Tunai 15,300
Akaun belum terima 9,900
nventori 4,575
Akaun belum bayar 4,200
Peruntukan hutang ragu 1,650
7% Pinjaman bank 30,000
JUMLAH 288,825 288,825
Maklumat tambahan :
i. nventori pada 30 Jun RM 9,000.
ii. Belanja insurans termasuk RM 450 insurans prabayar bulan Julai 2003.
iii. Peruntukan hutang ragu bagi tahun berakhir 30 Jun 2003 diandaikan 5% daripada baki
Akaun Belum Terima.
iv. Susutnilai aset tetap : Kenderaan 15% (kaedah baki berkurangan)
Bangunan 10% (kaedah garis lurus)
Peralatan 10% (kaedah garis lurus)
v. Sebahagian daripada bangunan telah disewakan RM 300 sebulan. Pada 30 Jun 2003, dua
bulan sewa bangunan masih belum diterima.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
90
vi. Ambilan RM 1,800 termasuk di dalam belanja gaji.
vii. Sebahagian daripada belanja faedah atas pinjaman bank yang dibuat pada 1 Julai 2002
masih belum dibayar.
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi urusniaga berkaitan.
b. Sediakan Penyata Pendapatan PS bagi tahun berakhir 30 Jun 2003.
c. Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik PS seperti pada 30 Jun 2003.
d. Sediakan Kunci kira-kira PS pada 30 Jun 2003.
SoaIan 8
Tempoh perakaunan Kedai Dobi Keluarga Kalam berakhir setiap 30 Jun. Anda telah diberikan
maklumat berikut yang memerlukan pelarasan sibuat pada akhir tempoh semasa.
i. Pada 1 April tempoh lepas, Kalam membeli polisi insurans dengan tempoh dua tahun
berjumlah RM 256. Polisi insurans untuk tiga tahun dibeli pada 1 November dalam
tempoh semasa dengan harga RM 630. Kedua-dua belian direkod dengan
mendebitkan nsurans Prabayar.
ii. Kalam telah membuat pinjaman jangka pendek berjumlah RM 9,500 dengan kadar
faedah 8% setahun daripada PAC Bank pada 15 Februari tempoh semasa. Nilai
pokok, termasuk faedah akan dibayar pada 15 Ogos.
iii. Mesin pembasuh automatik berkos RM 8,250 dibeli pada tempoh lepas. Susutnilai
untuk mesin pembasuh automatik ini menggunakan kaedah garislurus dan dijangka
dapat digunakan untuk tempoh sepuluh tahun dengan tiada nilai sisa. Manakala
peruntukan susutnilai tempoh semasa bagi mesin-mesin lain adalah berjumlah
RM 2,500. Baki susutnilai terkumpul pada awal tempoh semasa untuk mesin automatik
dan mesin-mesin lain adalah RM 5,825.
iv. Kalam dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar RM 120 setiap akhir minggu.
Bayaran untuk minggu terakhir tempoh semasa (tempoh enam hari berakhir 3 JuIai)
akan dibuat pada 3 Julai.
v. Pada 1 Mei, pelanggan tetap Kalam telah membayar RM 400 bagi bayaran
perkhidmatan dobi terdahulu untuk tempoh empat (4) bulan. Jumlah ini direkod di
dalam akaun Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh.
vi. Sewa kedai berjumlah RM 3,000 untuk jangkamasa enam (6) bulan berkahir 31 Julai
akan dibayar pada 1 Ogos.
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan catatan pelarasan yang diperlukan pada akhir tempoh semasa bagi transaksi di
atas.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
91
SoaIan 9
Zunnun Enterprise adalah sebuah perniagaan khidmat pemasangan, senggaraan dan baikpulih
perkakas dan talian elektrik. Perniagaan ini milik Hj. Zunnun bin Mamun yang telah beroperasi
lebih 10 tahun. Berikut ialah kedudukan imbangan duga perniagaan bagi 6 bulan pertama bertarikh
30 hb. Jun, 1993.
Akaun-akaun Debit (RM) Kredit (RM)
Perabot dan perkakas pejabat
Kenderaan van
Kenderaan motosikal
Mesin dan set peralatan (tools)
Komputer dan pencetak pejabat
Bekalan wayar dan asessori elektrik
Bekalan alatulis pejabat
Penghutang (akaun belum terima)
Pemiutang
Belanja insurans
Pinjaman jangka pendek (Bank- BBMB)
Sewa Belum Bayar
Tunai di bank
Pelaburan Saham (Tenaga Nasional Berhad)
Modal Hj. Zunnun b. Mamun
2,500
7,800
2,900
1,550
3,800
1,900
100
3,300
1,000
4,100
10,000
5,700
10,000
700
22,550
JumIah 38,950 38,950
Berikut ialah maklumat tambahan berkaitan dengan urusniaga dalaman dan luaran yang
memerlukan pelarasan sebelum penyediaan penyata kewangan bagi setengah tahun berakhir,
pada 30 hb. Jun 2003 :
i. Baki bekalan alatulis tinggal lagi RM 30.
ii. Bekalan wayar dan assessori elektrik yang diguna setakat ini bernilai RM 955.
iii. Hj. Zunnun mengambil tunai untuk kegunaan sendiri beberapa kali bernilai
kesemuanya RM 1,000.
iv. Pelaburan tambahan untuk perniagaan ialah tunai RM 1,000 dan sebuah pencetak
laser RM 1,200. (sebelum ini pencetak tersebut adalah milik peribadi Zunni, anak Hj.
Zunnun, yang diberikannya kepada perniagaan Zunnun Enterprise.
v. Dianggarkan 1% daripada akaun penghutang akan menjadi lapuk.
vi. Perniagaan belum pernah memperuntukan susutnilai bagi aset. Oleh kerana aset
dianggap masih baru diperoleh, cadangan peruntukan susutnilai dan kaedah adalah
seperti berikut :
Perabot dan Perkakas 15% kaedah garis lurus
Kenderaan van 20% kaedah baki berkurangan
Kenderaan motosikal 20% kaedah baki berkurangan
vii. Polisi insurans telah dibeli pada 1 hb. Januari 1993. Jumlah yang dibelanjakan
hanyalah jumlah yang luput sahaja, tidaklah kesemuanya seperti apa yang direkodkan.
viii. Sewa belum bayar dijelaskan bersama dengan sejumlah sewa untuk bulan Julai 1993
yang bernilai RM 300.
ix. BBMB mengenakan faedah atas baki pinjaman bank sebanyak 15% setahun.
Pinjaman tersebut bertarikh 1hb. Januari 1993.
x. Termasuk dalam akaun tunai di bank ialah tunai di tangan bernilai RM 50. Tiada akaun
berasingan diwujudkan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
92
DIKEHENDAKI :
a. Sediakan mbangan Duga bagi setengah tahun berakhir, pada 30hb. Jun 1993.
b. Berikan dua sebab kenapa pelarasan dianggap perlu ?
SoaIan 10
Berikut adalah Lembaran mbangan Perniagaan Langkasuka (PL) pada 31 Mac 2000 :
RM RM
Aset Tetap
Peralatan Pejabat
tolak : Susutnilai terkumpul
Kenderaan
tolak : Susutnilai terkumpul
Aset Semasa
nventori
Akaun Belum Terima
Tunai
Ekuiti PemiIik
Modal pada 1 April 1999
campur : Untung bersih
tolak : ambilan
LiabiIiti Semasa
Akaun Belum Bayar
48,000
(9,600)
36,000
(18,000)
26,000
18,000
3,200
38,400
18,000
47,200
103,600
100,000
18,425
118,425
(25,575)
92,800
10,750
103,600
Selepas penyediaan lembaran imbangan di atas, maklumat berikut telah diperolehi :
(i) Sejumlah RM 400 hutang daripada seorang penghutang bernama Hassan tidak dapat
dipungut kerana beliau telah diisytiharkan bankrap.
(ii) Peruntukkan hutang lapuk sebanyak 2% atas baki akhir akaun belum terima perlu dibuat.
(iii) Pada 31 Mac 2000, belanja yang terakru adalah belanja elektrik & air RM 1,400 dan
belanja sewa bangunan RM 550.
(iv) Pada 1 Oktober 1999, pemilik perniagaan telah menyewa van daripada R-E-N-T
Enterprise untuk tempoh satu tahun pada harga sewaan RM 6,000 dan dibayar terdahulu.
Catatan urusniaga ini belum direkodkan.
(v) Perniagaan telah menerima tunai RM 580 untuk barangniaga yang akan diserahkan pada
14 April 2000 kepada Encik Samad. Catatam urusniaga ini belum direkodkan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
93
DIKEHENDAKI :
(a) Sediakan catatan pelarasan ke adalam jurnal am. (tanpa keterangan).
(b) Kirakan untung bersih selepas pelarasan di (a).
(c) Sediakan Lembaran mbangan PL pada 31 Mac 2000.
SoaIan 11
Berikut adalah mbangan Duga sebelum pelarasan untuk Perniagaan Dayang.
Perniagaan Dayang
Imbangan Duga BeIum TerIaras
Pada 30 Jun 2001
Debit (RM) Kredit (RM)
Modal 60,000
Ambilan 6,500
Jualan 74,400
Belian 40,900
Akaun Belum Terima 4,300
Akaun Belum Bayar 1,100
Kenderaan (kos) 70,000
Susutnilai terkumpul kenderaan 26,500
Perabot & Kelengkapan (kos) 10,000
Susutnilai terkumpul Perabot & kelengkapan 2,000
nventori 8,900
Tunai 430
Belanja sewa 18,000
Belanja insurans 600
Belanja penyelenggaraan kenderaan 1,600
Belanja pengiklanan 500
Angkutan masuk 400
Angkutan keluar 300
Pulangan belian 4,200
Pulangan jualan 3,300
Diskaun diterima 2,100
Diskaun diberi 1,400
Belanja hutang lapuk 250
Belanja utiliti 2,800
Belanja am 120
170,300 170,300
Maklumat tambahan :
i) Pengiraan fizikal inventori pada 30 Jun 2001 adalah RM 8,700.
ii) Belanja pengiklanan berjumlah RM 300 masih belum dibayar.
iii) Belanja insurans ialah untuk tempoh setengah tahun bermula 1 Mac 2001.
iv) 5% peruntukan hutang ragu hendaklah diwujudkan atas akaun belum terima.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
94
v) Sebuah kereta yang direkodkan dalam akaun kenderaan dengan kos RM 30,000 dijual
secara tunai RM 16,000. Kereta ini mempunyai susutnilai terkumpul sebanyak RM 14,640.
Urusniaga belum direkodkan dalam buku.
vi) Peruntukan susutnilai kenderaan dibuat pada kadar 20% menggunakan kaedah baki
berkurangan. Perabot dan kelengkapan pula dijangka mempunyai hayat selama 10 tahun
dengan tiada nilai skrap. Tiada peruntukan susutnilai dibuat pada tahun pelupusan.
DIKEHENDAKI :
(a) Sediakan catatan jurnal pelarasan untuk urusniaga di atas.
(b) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2001.
(c) Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik pada 30 Jun 2001.
(d) Sediakan Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2001.
SoaIan 12
Petunjuk lmu Sdn. Bhd. (PSB) adalah sebuah perniagaan menjual alat tulis. Berikut adalah
imbangan duga sebelum pelarasan bagi PSB pada 30 Jun 2002.
Petunjuk IImu Sdn. Bhd.
Imbangan Duga SebeIum PeIarasan Pada 30 Jun 2002
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 108,640
Akaun belum terima 96,600
nventori 1 Julai 2001 83,200
nsurans prabayar 5,800
Sewa prabayar 5,760
Tanah 320,000
Bangunan 220,000
Susutnilai terkumpul bangunan 66,000
Peralatan pejabat 111,200
Susutnilai terkumpul peralatan pejabat 22,240
Akaun belum bayar 75,800
Modal saham 200,000
Pendapatan tertahan, 1 Julai 2001 240,360
Jualan 1,103,000
Diskaun jualan 7,400
Elaun dan pulangan jualan 4,000
Hasil faedah 800
Belian 625,800
Diskaun belian 5,200
Elaun dan pulangan belian 2,800
Angkutan masuk 14,600
Belanja pengiklanan 24,000
Belanja gaji 76,000
Belanja penghantaran 9,200
Belanja faedah 4,000
1,716,200 1,716,200
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
95
Maklumat tambahan :
(i) Susutnilai aset tetap : bangunan 2%
peralatan pejabat 15%
(ii) Belanja gaji RM 76,000 tidak termasuk belanja gaji Jun 2002 sebanyak RM 8,000 yang
masih belum dibayar.
(iii) nsurans PSB sehingga 30 Jun 2002 adalah RM 5,000. Polisi insurans ini akan tamat
pada 31 Ogos 2002.
(iv) Pada 1 Februari 2002, PSB telah membayar sewa untuk tempoh 12 bulan dan
mendebitkan akaun sewa prabayar.
(v) Pengiraan fizikal inventori pada 30 Jun 2002 menunjukkan jumlah inventori RM 111,000.
DIKEHENDAKI :
(a) Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi urusniaga yang berkaitan.
(b) Sediakan Penyata Pendapatan PSB bagi tahun berakhir 30 Jun 2002.
(c) Sediakan Penyata Ekuiti PSB seperti pada 30 Jun 2002.
(d) Sediakan Kunci kira-kira PSB pada 30 Jun 2002.
SoaIan 13
Berikut adalah baki-baki di dalam akaun Perniagaan Muharam pada 31 Disember 1999.
RM
Tunai 15,200
Kenderaan 18,000
Tanah 90,000
Modal, Muharam 100,000
Jualan 689,100
Ambilan, Muharam 16,800
Belian 368,800
Belanja sewa pejabat 52,000
Pulangan belian 8,800
Belanja gaji 78,000
Hasil komisen 4,200
Akaun belum terima 98,400
Peruntukan Hutang lapuk 1,500
Susutnilai terkumpul Kenderaan 7,200
nventori pada 1 Jan 1999 130,000
nsurans prabayar 6,000
Akaun belum bayar 71,200
Pinjaman jangka panjang 39,000
Diskuan belian 2,000
Angkutan masuk 6,500
Pelbagai belanja 8,900
Belanja elektrik & air 30,900
Belanja faedah 3,500
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
96
Maklumat Tambahan :
i) nventori pada 31 Disember 1999 ialah RM 93,000.
ii) Susutnilai kenderaan pada kadar 10 % setahun atas kos.
iii) Belanja faedah atas pinjaman jangka panjang sehingga 31 Disember 1999 ialah RM 4,200.
iv) Komisen belum terima sehingga 31 Disember 1999 adalah RM 800.
v) nsurans kenderaan telah dibayar pada 1 Oktober 1999 untuk tempoh satu tahun.
vi) Seorang penghutang telah muflis dan baki akaunnya berjumlah RM 3,400 perlu
dihapuskira.
vii) Peruntukan hutang lapuk adalah 2 % daripada baki Akaun belum terima pada 31 Disember
1999.
DIKEHENDAKI :
a) Catatan pelarasan pada 31 Disember 1999.
b) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.
c) Kunci kira-kira pada 31 Disember 1999.
SoaIan 14
Akaun Firma Perniagaan Yummy pada 31 Disember 1997 (sebelum pelarasan) disenaraikan di
bawah mengikut abjad :
RM
Akaun belum bayar 15,000
Akaun belum terima 27,500
Ambilan 36,000
Angkutan masuk 5,000
Bangunan 210,000
Belian 12,000
Bekalan 6,000
Belanja bekalan 600
Belanja gaji 15,000
Belanja insurans 1,500
Belanja pengiklanan 3,000
Belanja sewa 15,000
Gaji belum bayar 10,000
Hasil jualan 46,000
nsurans prabayar 2,400
nventori 27,000
Modal 300,000
Peralatan 50,000
Pulangan jualan 2,500
Susutnilai Terkumpul Bangunan, 31 Disember 1996 60,000
Susutnilai Terkumpul Peralatan, 31 Disember 1996 15,000
Tunai 32,500
Maklumat tambahan pada 31 Disember 1997 :
i. Belanja insurans RM 800.
ii. Bekalan ditangan RM 4,000.
iii. Susutnilai bangunan RM 8,000.
iv. Susutnilai peralatan RM 3,000.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 3 : Kitaran Perakaunan
97
v. nventori di tangan RM 20,000.
vi. Gaji belum bayar RM 3,000.
DIKEHENDAKI :
a. Lengkapkan lembaran kerja di dalam Lampiran 1 dengan mengambilkira maklumat
tambahan dalam tahun 1997.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

You might also like