You are on page 1of 4

LMH 4.9.

2023

Latihan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai


1. Aloha Trading menggunakan jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai untuk merekod
urus niaga berkaitan tunai. Urus niaga tunai yang berlaku sepanjang bulan Ogos 2023 adalah seperti
berikut:
Tarikh Urus niaga
1 Ogos Menjual barang niaga bernilai RM2984 secara tunai.(No. resit:1001)
3 Ogos Menerima cek daripada Syama Sdn Bhd bagi invois bertarikh 28 Julai
bernilai RM900 dan memberikan diskaun sebanyak 2%. (No. resit:1002)
5 Ogos Membayar invois berjumlah RM2800 kepada Warisan Putih Trading
dengan cek yang bernombor 452123, dan menerima diskaun sebanyak 3%.
7 Ogos Jualan tunai dibankkan RM2340( No.resit: 1003)
8 Ogos Membayar kos pengangkutan berjumlah RM90 dengan cek bernombor
452124.
10 Ogos Menerima tambahan modal sebanyak RM10,000 dan dibankkan.
11 Ogos Menerima cek daripada Dion Sdn Bhd bagi invois bertarikh 25 Julai 2023
bernilai RM2400 dan memberi diskaun sebanyak 3%.( No.resit: 1004)
13 Ogos Membayar pendahuluan 40% untuk pembelian perabot baharu berharga
RM5800 dengan cek yang bernombor 452125 bagi perabot yang akan
diterima pada hujung bulan.
15 Ogos Menerima cek daripada daripada Kedai Harry sebanyak RM1380 , diskaun
RM120. (No.resit: 1005)
17 Ogos Membayar invois bernilai RM5500 kepada Syarikat Cecilia Berhad
dengan cek yang bernombor 452126, dan menerima diskaun sebanyak 2%
20 Ogos Menerima cek sebanyak RM3200 daripada Syarikat Mamalai bagi invois
bertarikh 3 Februari 2023.( No.resit: 1006)
25 Ogos Membeli barang niaga bernilai RM2384 dengan cek yang bernombor
452127.
28 Ogos Membuat pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Am Bank bagi tempoh
60 hari dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun.
Menerima perabot yang dipesan pada 13 Ogos, dan membayar baki kos
perabot dengan cek yang bernombor 452128.
29 Ogos Menerima sewa daripada Encik Prem RM1200 secara tunai.( No.resit:
1007)
Membayar gaji pekerja bagi bulan Ogos sebanyak RM5400 dengan cek
yang bernombor 452129.
30 Ogos Membayar sewa bangunan pejabat sebanyak RM760 dengan cek yang
bernombor 452130

Dikehendaki:
Rekodkan semua urus niaga di atas dalam jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai
mengikut format jurnal tunai yang diberikan dan hitung jumlah setiap urus niaga yang direkodkan
itu.

1
LMH 4.9.2023

Jurnal Penerimaan Tunai


Tarikh Akaun dikreditkan Ruj Tunai Bank Jualan Akaun Diskaun Pelbagai
Dt. Dt. Kt. belum Diberi akaun
terima Dt. Kt.
Kt.

Jurnal Pembayaran Tunai


Tarikh No Akaun didebit Ruj Tunai Bank Belian Akaun Diskaun Pelbagai
cek kt. Kt Dt belum Diterima akaun
Bayar Kt. Dt
Dt.

2
LMH 4.9.2023

2. AMY Trading menggunakan jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai untuk merekod
urus niaga berkaitan tunai. Urus niaga tunai yang berlaku sepanjang bulan Julai 2023 adalah seperti
berikut:
Tarikh Urus niaga
1 Amy melabur tunai ke dalam perniagaan RM10,000 dan dibankkan.
2 Jualan tunai sebanyak RM1200.(no. Resit: 2315)
4 Bayar bil air dan elektrik kepada Pos Malaysia sebanyak RM257.
(no cek : 012451)
5 Bayar sewa untuk bulan Julai RM1300 dengan cek bernombor 012452.
7 Beli bekalan pejabat sebanyak RM50 dengan tunai .
10 Beli perabot RM 350 dan dibayar dengan cek. (no cek : 012453)
15 Membayar invois bernilai RM3600 kepada Syarikat Jaya dengan cek
bernombor 012454
17 Menjual barang niaga bernilai RM1455 secara tunai.
18 Menerima cek daripada Exel Sdn Bhd bagi invois bertarikh 25 Jun 2023
bernilai RM3000 dan memberi diskaun sebanyak 3%..(no. Resit: 2316)
19 Membayar pembekal PSY Enterprise dengan cek bernombor 012455 bagi
belian tunai RM2120.
20 Menerima cek daripada pelanggan RM1500 hasil daripada jualan.
(no. Resit: 2317)
24 Membeli barang niaga dengan tunai RM675.(no.2355)
25 Membayar RM1900 kepada pembekal Rashid Bhd dengan cek bernombor
012456 setelah ditolak diskaun 5%.
27 Membayar pendahuluan 50% untuk pembelian komputer dan mesin
pencetak baharu berharga RM3800 dengan cek yang bernombor 012457
bagi peralatan pejabat yang akan diterima pada hujung bulan.
28 Menerima tambahan modal sebanyak RM5,000 dan dibankkan
29 Membayar gaji pekerja bagi bulan Julai sebanyak RM7500 dengan cek
yang bernombor 012458.
30 Pelanggan A-Rahni membayar tunai RM450 sebagai sebahagian dari
bayaran hutangnya. (no. Resit: 2318)
31 Menerima cek daripada pelanggan Ishak Trading RM1250 setelah ditolak
diskaun RM50. (no. Resit: 2319)
31 Menerima komputer dan mesin pencetak yang dipesan pada 27 Julai, dan
membayar baki kos komputer dengan cek yang bernombor 012459.

Dikehendaki:
Rekodkan semua urus niaga di atas dalam jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai
mengikut format jurnal tunai yang diberikan dan hitung jumlah setiap urus niaga yang direkodkan
itu.

3
LMH 4.9.2023

Jurnal Penerimaan Tunai


Tarikh Akaun dikreditkan Ruj Tunai Bank Jualan Akaun Diskaun Pelbagai
Dt. Dt Kt. belum Diberi akaun
terima Dt. Kt.
Kt.

Jurnal Pembayaran Tunai


Tarikh No Akaun didebit Ruj Tunai Bank Belian Akaun Diskaun Pelbagai
cek Kt. Kt. Dt belum Diterima akaun
Bayar Kt. Dt
Dt.

You might also like