You are on page 1of 4

LATIHAN MINDA 3.

1 Dokumen perniagaan adalah penting dan perlu disimpan dengan rapi dan sistematik. Berikan tiga
kepentingan dokumen perniagaan.
Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak, berfungsi sebagai rujukan
pada masa hadapan tentang sesuatu urus niaga, bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan.

2 Nyatakan perbezaan kegunaan dokumen sumber dengan dokumen bukan sumber.


Dokumen sumber ialah dokumen perniagaan yang menjadi sumber maklumat bagi tujuan
perekodan dalam perakaunan manakala dokumen bukan sumber ialah dokumen perniagaan yang
menjadi rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah direkodkan.

3 Berikan dua contoh dokumen bagi setiap yang berikut


(a) Dokumen sumber : resit rasmi
(b) Dokumen bukan sumber : nota belian

4 Terangkan secara ringkas aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit.
Invois akan dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli. Setelah menerima invois, pembeli perlu
menyemak semua butiran iaitu tarikh, perkara, amaun invois yang perlu dijelaskan, syarat serahan
dan syarat pembayaran adalah betul. Pembekal boleh membetulkan kesilapan atau ketinggalan
dengan mengeluarkan nota debit atau nota kredit. Pembeli akan membuat bayaran untuk
menjelaskan invois dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit. Pembekal akan
mengeluarkan resit kepada pembeli sebagai bukti pembayaran.

5 Lengkapkan carta aliran dokumen berikut bagi urus niaga secara kredit antara pembeli dengan
pembekal:

Invois

Nota debit/Nota kredit


Pembeli Pembekal
Tunai/Cek

Resit rasmi

6 Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

Aliran dokumen perniagaan merujuk kepada pergerakan dokumen perniagaan antara pembekal
dengan pembeli. Dalam urus niaga secara kredit, apabila pembeli membuat pesanan barang,
pembekal akan mengeluarkan (a)invois yang mengandungi butiran seperti amaun yang perlu
dijelaskan, syarat serahan dan syarat pembayaran. Pembekal boleh membetulkan kesilapan dan
ketinggalan dalam (b)invois dengan menggunakan (c)nota debit dan (d)nota kredit. Setelah pembeli
membuat bayaran untuk menjelaskan hutang, (e)resit rasmi akan dikeluarkan oleh pembekal sebagai
bukti penerimaan bayaran.
LATIHAN MINDA 3.2

1 Nyatakan dokumen pemiagaan yang terlibat dalam setiap urus niaga berikut:

Urus Niaga Dokumen


(a) Beli barang niaga secara kredit. Invois (asal)
(b) Beli aset bukan semasa secara kredit. Invois (asal)
(c) Beli barang niaga dengan tunai. Bil tunai (asal)
(d) Beli barang niaga dengan cek. Keratan cek/Bil tunai (asal)
(e) Jual barang niaga secara kredit. Invois (salinan)
(f) Jual aset bukan semasa secara kredit. Invois (salinan)
(g) Terima komisen jualan secara tunai. Resit rasmi (salinan)
(h) Bayar bil elektrik dengan cek. Keratan cek
(i) Bawa masuk kipas ke dalam perniagaan. Memo
(j) Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga. Memo
(k) Deposit tunai ke dalam bank. Slip bank
(l) Keluarkan tunai dari bank untuk kegunaan kedai. Keratan cek/Memo

Berdasarkan nota debit di atas:


(a) Siapakah pihak yang menyediakan nota debit tersebut?
Kedai Tekekomunikasi NEL

(b) Mengapakah nota debit ini dikeluarkan?


Untuk menambahkan hutang pembeli iaitu Amran Aziz
Soalan Structure
1 Berikan dua kegunaan dokumen sumber dalam perakaunan.
Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak dan bahan bukti bagi
taksiran cukai pendapatan.

2 Nyatakan kesan terhadap rekod perakaunan jika dokumen perniagaan tidak diurus secara
sistematik
Penyediaan akaun tidak tepat.

3 Nyatakan tiga keadaan nota kredit digunakan.


Pembeli memulangkan barangan kerana rosak, pembeli mengembalikan bekas kosong kepada
pembekal, invois pembeli terlebih nyata.

4 Pada 4 April 2016, Kedai Roti Johana telah menjual 400 sandwic kepada Kelab Mutiara secara
kredit. Harga jualan ialah RM3 setiap sandwic. Diskaun niaga 5% diberikan. Syarat diskaun tunai
adalah 10% 5 hari, 5% 10 hari. Berpandukan maklumat yang diberi, lengkapkan invois berikut:

Kedai Roti Johana

4 April 2016
Kelab Mutiara

1 Sandwic 3 400 1200

60
1140

Seribu seratus empat puluh sahaja


10% 5 hari, 5% 10 hari
5 Apakah perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai?
Diskaun Niaga ialah potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh pembekal pada masa
belian dibuat manakala diskaun tunai ialah potongan harga daripada harga invois yang diberikan oleh
pembekal.
Tujuan diskaun niaga diberikan adalah untuk menggalakkan pembelian secara pukal kerana semakin
banyak barangan yang dibeli, semakin tinggi diskaun niaga yang dinikmati oleh pembeli manakala
diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan pembayaran invois pada kadar segera kerana
semakin awal bayaran invois dibuat semakin banyak jumlah diskaun tunai yang diterima mengikut
terma syarat pembayaran.

6 Cik Stacy baru sahaja membuka Kedai Alat Sukan Stacy pada 16 Julai 2016. Untuk mempopularkan
perniagaan barunya serta untuk melariskan jualan, Cik Stacy bercadang untuk menawarkan diskaun
niaga dan diskaun tunai yang menarik seperti berikut:
 diskaun niaga 5% diberikan atas pembelian melebihi RM2 000 dan 10% atas pembelian
melebihi RM5 000;
 diskaun tunai 2% 7 hari.
Pada 20 Julai 2016, Kelab Badminton Juara telah membeli 30 unit raket badminton berharga RM230
seunit. Pembelian adalah secara kredit.
Pada 26 Julai 2016, Kelab Badminton Juara menjelaskan invois dengan tunai.
Hitung:
(a) Diskaun niaga yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara.
(b) Diskaun tunai yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara.
(c) Bayaran yang perlu dibuat oleh Kelab Badminton Juara.

(a)Diskaun niaga = (RM230 × 30) × 10%


= RM 690

(b)Diskaun tunai = (RM6900 – RM690) × 2%


= RM124.20

(c)Jumlah bayaran = RM6900 – RM690 – RM124.20


= RM6085.80

You might also like