You are on page 1of 11

EPPD1033 Sem 2 2021/2022

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN

SEMESTER II SESI 2021/2022

EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN


TUTORIAL: PENGENALAN DAN KONSEP ASAS

1. Perakaunan mengandungi TIGA aktiviti asas yang melibatkan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi iaitu mengenalpasti, merekod dan menyampaikan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi sesebuah organisasi kepada pihak berkepentingan.

Merujuk kepada pernyataan di atas, bincangkan jawapan kepada persoalan berikut:


i. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu
dikenalpasti terlebih dahulu sebelum direkod?
ii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu direkod
terlebih dahulu sebelum disampaikan? iii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau
peristiwa ekonomi tersebut perlu disampaikan kepada pihak berkepentingan?

2. Pihak berkepentingan kepada maklumat perakaunan terdiri daripada DUA kumpulan utama
iaitu pihak dalaman dan pihak luaran. Beri contoh TIGA (3) persoalan yang mungkin akan
ditanya oleh kedua-dua pihak tersebut yang memerlukan jawapan menggunakan maklumat
perakaunan.

3. Prinsip Perakaunan DiTerima Umum (PPDTU) adalah merupakan sekumpulan piawai


perakaunan yang dirujuk untuk penyediaan maklumat perakaunan. Biasanya penggunaan
PPDTU menjadi rasmi dalam sesebuah negara dengan wujudnya pihak berwajib seperti
Suruhanjaya Sekuriti yang mewajibkan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk
menggunakan piawai Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) yang diterbitkan oleh
Malaysian Accounting Standard Board (MASB).

Bincangkan mengapa perkara berikut dicadangkan dalam PPDTU:


• Prinsip kos sejarah

1
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

• Prinsip pengiktirafan hasil


• Andaian entiti ekonomi

4. Bincangkan mengapa perlu ada TIGA (3) elemen utama dalam persamaan perakaunan :
ASET = LIABILITI + EKUITI

5. Indicate whether each of the following items is an asset (A), liability (L), or part of owner’s
equity (OE).

a. Accounts receivable
b. Salaries and wages payable
c. Equipment
d. Supplies
e. Owner’s capital
f. Notes payable

6. Classify each of the following items as owner’s drawings (D), revenue (R), or expense (E).

a. Advertising expense
b. Service revenue
c. Insurance expense
d. Salaries and wages expense
e. Owner’s drawings
f. Rent revenue
g. Utilities expense

7. Nyata dan tuliskan TIGA (3) contoh urusniaga yang melibatkan sekurang-kurangnya DUA
elemen utama persamaan perakaunan di atas.

8. Isu etika dalam perakaunan adalah satu isu yang diambil serius oleh semua pihak terutama
Badan Profesional Perakaunan dan pihak Perundangan. Nyatakan mengapa penyediaan
maklumat perakaunan perlu kepada individu yang beretika?

9. Berikut adalah LIMA (5) tindakan yang melibatkan isu etika dalam penyediaan maklumat
perakaunan. Nyatakan samada tindakan tersebut adalah beretika atau tidak dan mengapa
ianya dilihat sebagai beretika atau tidak.

2
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

i. Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat diserahkan
terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses semakan Jabatan
Kewangan (bahagian akaun belum bayar).

ii. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian


proses menerima tunai dan membuat resit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian
Rumah pelanggan syarikat.

iii. Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit
penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup, kerani
tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai untuk
disimpan oleh Akauntan syarikat.

iv. Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat
sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut.

v. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian


semua urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh
Pengurus. Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk
diserah kepada Pengurus.

10. Ahmad Albab telah membuka firma perakaunan, AA Accounting, pada 1 Oktober 2021.
Urusniaga berikut telah dilibatkan dalam bulan pertama operasi:

Okt 1 Menyuntik modal berjumlah RM50,000 dalam bentuk tunai.

2 Menandatangani perjanjian sewa pejabat bagi firma untuk tempoh 5 tahun dan
membayar RM30,000 untuk sewa tahun pertama.

3 Mengaji dua orang pekerja. Mereka akan dibayar gaji sebanyak RM2,500 sebulan
seorang.

4 Membeli perabot dan peralatan pada kos RM20,000. Separuh telah dibayar tunai
manakala bakinya akan dibayar secara ansuran selama empat bulan.

6 Membeli bekalan pejabat bernilai RM1,000 secara kredit.

12 Menerima tunai berjumlah RM5,000 dari pelanggan untuk perkhimatan


perakaunan yang akan diberikan pada bulan hadapan.

3
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

23 Memberi perkhidmatan perakaunan, audit dan percukaian kepada pelanggan


bernilai RM8,000. Tunai sebanyak RM5,000 telah diterima manakala amaun baki
masih terhutang.

30 Membayar gaji pekerja untuk bulan Oktober.

Dikehendaki:

Analisa kesan setiap urusniaga di atas kepada persamaan perakaunan.

11. Perniagaan Percetakan Kupunya menjalankan perniagaan sejak 1hb Jun 2021. Berikut
merupakan baki-baki akaun pada 30 Jun 2021:

RM

Tunai 10,500
Akaun Belum Terima 2,500
Bekalan Pejabat 550
Peralatan Mencetak 7,200
Akaun Belum Bayar 3,200
Utiliti Belum Bayar 330
Modal 17,220

Sepanjang bulan Julai 2021, urusniaga berikut telah berlaku:

Julai 3 Membayar bil utiliti bagi bulan Jun berjumlah RM220.

4 Pemilik iaitu Encik Ku memasukkan tunai RM10,000 dan peralatan mencetak


bernilai RM5,000 sebagai modal tambahan.

8 Menerima tunai RM1,500 daripada pelanggan yang berhutang.

12 Menghantar bil berjumlah RM1,400 kepada Kolej Duabelas untuk perkhidmatan


percetakan yang telah siap.

15 Membeli bekalan RM500 secara tunai.

19 Encik Ku membuat ambilan tunai RM400 untuk kegunaan peribadi.

4
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

22 Membayar baki hutang kepada pemiutang sepenuhnya.

24 Menerima tunai RM2,350 untuk perkhidmatan percetakan yang diberi.

31 Menerima bil utiliti RM250 bagi bulan Julai tetapi belum dibayar.

Dikehendaki:

Analisis kesan urusniaga di atas terhadap persamaan perakaunan.

12. Encik Manan telah mendaftarkan perniagaannya atas nama Bengkel Kereta MN dan mula
menyimpan rekod perakaunan untuk bulan pertama perniagaan. Maklumat berikut diperoleh
dari rekod Bengkel Kereta MN berkaitan urus niaga dalam bulan Ogos 2021:

Item Tarikh Tunai + ABT + Bekalan + Peralatan = ABB + EP


1. 1 Ogos +20,000 +20,000
2. 5 Ogos -3,000 +3,000
3. 10 Ogos +2,500 +2,500
4. 12 Ogos +3,000 +3,000
5. 17 Ogos +1,000 +1,500 +2,500
6. 20 Ogos -950 -950
7. 25 Ogos -500 -500
8. 30 Ogos -500 -500

Dikehendaki:

Bagi setiap item di atas, perincikan urus niaga yang berlaku, contohnya bagi item (1): Pada 1 Ogos
2021, Encik Manan memulakan perniagaan dengan memasukkan tunai berjumlah RM20,000
sebagai modal.

5
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

BAHAGIAN B
Sila jawab semua soalan berikut.

1. Perakaunan adalah satu proses di mana ia melibatkan aktiviti utama yang berikut, iaitu:
a) Mengenalpasti, merekod dan mengkomunikasi
b) Mengenalpasti dan menjurnal
c) Merekod dan mengkelas
d) Mengenalpasti, mencatat dan menyimpan

2. Mengapakah setiap aktiviti ekonomi syarikat perlu dikenalpasti sebelum direkod?


a) Untuk membantu pihak berkepentingan membuat keputusan.

b) Untuk memastikan setiap maklumat direkod secara seragam dan konsisten dengan
piawaian perakaunan.

c) Untuk memastikan hanya maklumat atau peristiwa ekonomi yang signifikan dan
relevan sahaja direkod.
d) Untuk memudahkan pengguna memahami setiap maklumat yang direkod.

3. Berikut adalah pengguna utama maklumat perakaunan, KECUALI:


a) Pelabur
b) Kreditor
c) Ketua Jabatan Kewangan
d) Pelanggan perseorangan

4. Terdapat DUA (2) cabang utama perakaunan, iaitu:


a) Perakaunan Pengurusan dan Perakaunan Pelaburan
b) Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan
c) Perakaunan Semasa dan Perakaunan Bukan Semasa
d) Perakaunan Debit dan Perakaunan Kredit

5. Mengapakah perakaunan perlu disediakan berdasarkan Prinsip Perakaunan Diterima Umum?


a) Agar maklumat yang disediakan relevan kepada pengguna.
b) Agar maklumat yang disediakan boleh dipercayai.
c) Agar maklumat yang disediakan boleh dibandingkan antara syarikat.
d) Semua di atas.

6
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

6. Yang manakah merupakan persamaan perakaunan yang tepat?


a) Aset + Liabiliti + Ekuiti Pemilik
b) Aset - Liabiliti = Ekuiti Pemilik
c) Aset - Liabiliti + Ekuiti Pemilik
d) Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

7. Belanja merupakan pengurangan dalam X disebabkan operasi perniagaan. Yang manakah


merujuk kepada X?
a) Ambilan
b) Liabiliti
c) Aset dan liabiliti
d) Ekuiti pemilik

8. Hasil diiktiraf pada tempoh ia diperolehi dan belanja diiktiraf pada tempoh ia berlaku.
Kenyataan ini merujuk kepada asas perakaunan _ ?
a) Asas Tunai
b) Asas Akruan
c) Asas Debit
d) Asas Kredit

9. Transaksi luaran bermaksud:


a) Peristiwa ekonomi yang berlaku dalam sesebuah syarikat.
b) Peristiwa ekonomi yang melibatkan syarikat dan pekerja.
c) Peristiwa ekonomi yang berlaku yang melibatkan syarikat dan syarikat luar yang lain.
d) Peristiwa ekonomi yang berlaku yang melibatkan syarikat dan pemilik syarikat.

10. Peristiwa ekonomi yang manakah yang tidak akan mengubah kedudukan kewangan syarikat
(aset, liabiliti, ekuiti pemilik)?
a) Membeli komputer baharu.
b) Membayar sewa pejabat.
c) Menggunakan bekalan pejabat.
d) Membincangkan mengenai ciri-ciri produk dengan pelanggan.

7
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

11. Berikut merupakan kemungkinan kesan kepada persamaan perakaunan apabila aset
meningkat. Kesan manakah yang tidak tepat? a) Pengurangan dalam aset yang lain
b) Peningkatan dalam suatu liabiliti
c) Peningkatan dalam ekuiti pemilik
d) Pengurangan dalam liabiliti

12. Yang manakah merupakan prinsip pengukuran dalam perakaunan?


a) Prinsip Kos Sejarah dan Prinsip Nilai Saksama
b) Pengiktirafan Hasil dan Prinsip Nilai Saksama
c) Pemadanan dan Prinsip Kos Sejarah
d) Entiti Berasingan dan Prinsip Kos Sejarah

13. Mengapakah prinsip pengukuran berdasarkan kos sejarah dicadangkan dalam Prinsip
Perakaunan Diterima Umum?
I. Pengukuran pada nilai kos kerana boleh dipercayai dan boleh disahkan menerusi
dokumen sumber.
II. Pengukuran pada nilai kos kerana dapat menunjukkan nilai yang realistik pada harga
semasa.
III. Pengukuran pada nilai kos menggambarkan harga sebenar yang dibayar oleh syarikat.

a) I sahaja
b) II sahaja
c) I dan II
d) I dan III

14. Andaian Y menghendaki syarikat mengambilkira peristiwa ekonomi yang boleh dinilaikan
dalam terma wang sahaja. Apakah Y?
a) Pendapatan Ekonomi
b) Unit Kewangan
c) Entiti Ekonomi
d) Pendedahan Penuh

8
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

15. Andaian Z ____________ menghendaki syarikat merekod aktiviti perniagaan secara


berasingan daripada aktiviti peribadi pemilik. Apakah Z?
a) Pendapatan Ekonomi
b) Unit Kewangan
c) Entiti Ekonomi
d) Pendedahan Penuh

16. Dalam keadaan tidak pasti/ada kemusykilan, akauntan perlu memilih kaedah perakaunan
yang paling kurang kemungkinan menyebabkan terlebih nyata aset dan hasil. Kenyataan ini
merujuk kepada konsep perakaunan yang mana?
a) Materialiti
b) Konservatisme
c) Pendedahan Penuh
d) Usaha Berterusan

Modal kecil
Menanggung semua rugi Liabiliti tidak terhad Mudah ditubuhkan

17. Jenis perniagaan yang manakah yang digambarkan dalam ciri-ciri di atas?
a) Perkongsian
b) Syarikat awam berhad
c) Syarikat sendirian berhad
d) Milikan tunggal

18. Pemilik telah mengambil tunai daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi. Ambilan ini
akan mengakibatkan:
a) Pengurangan liabiliti
b) Pengurangan Ekuiti pemilik
c) Peningkatan Ekuiti Pemilik
d) Peningkatan liabiliti

9
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

19. Soalan yang manakah yang sering ditanya oleh pengguna dalaman?
I. Mampukah kita memberi kenaikan gaii kepada kaitangan pada akhir tahun?
II. Perlukah kita membuat sebarang pinjaman dalam masa terdekat?
III. Mampukah syarikat ini membayar hutang yang diberikan?
IV. Adakah syarikat ini boleh memberikan keuntungan kepada kita?

a) I dan III
b) I dan II
c) III dan IV
d) I,II dan IV

20. Penyata kewangan yang dapat menggambarkan prestasi semasa bagi sesebuah syarikat
adalah:
a) Penyata Kedudukan Kewangan
b) Penyata Perubahan Ekuiti
c) Penyata Pendapatan Komprehensif
d) Penyata Aliran Tunai

21. Berikut adalah justifikasi mengenai kepentingan etika dalam penyediaan maklumat
perakaunan, KECUALI:
a) Agar pelaporan maklumat adalah efektif, benar dan saksama.
b) Agar penyedia akaun dapat membuat keputusan yang adil, jujur dan betul.
c) Agar pelaporan maklumat disediakan mengikut keinginan penyedia akaun.
d) Agar pengguna maklumat perakaunan yakin dengan maklumat yang dilaporkan.

22. Yang manakah merupakan susunan langkah yang betul dalam mengendalikan kes etika?

a) Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat – Kenalpasti


alternatif solusi yang beretika – Pilih solusi yang paling beretika.

b) Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat –Kenalpasti alternatif solusi yang


beretika – Kenalpasti isu etika – Pilih solusi yang paling beretika.

c) Kenalpasti alternatif solusi yang beretika – Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak
berkepentingan yang terlibat – Pilih solusi yang paling beretika.

10
EPPD1033 Sem 2 2021/2022

d) Kenalpasti alternatif solusi yang beretika – Pilih solusi yang paling beretika –
Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat

23. Yang manakah merupakan tindakan yang dianggap beretika?


I. Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat
diserahkan terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses semakan
Jabatan Kewangan (bahagian akaun belum bayar).

II. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian proses
menerima tunai dan membuat resit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian Rumah pelanggan
syarikat.

III. Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit
penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup, kerani
tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai untuk disimpan
oleh Akauntan syarikat.

IV. Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat
sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut.

a) I dan IV
b) II dan III
c) III sahaja
d) I,II dan IV

24. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian semua
urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh Pengurus.
Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk diserah kepada
Pengurus. Mengapakah situasi ini boleh dianggap tidak beretika?
a) Kerana tiada pengasingan tugas dalam urusan terimaan tunai dan bayaran bil.
b) Kerana terimaan tunai telah direkod.
c) Kerana bayaran bil disemak oleh pengurus.
d) Kerana penyata kewangan syarikat diserahkan kepada pengurus.

11

You might also like