You are on page 1of 6

Semester 2 2022/2023

EPPD 1033: PRINSIP PERAKAUNAN

TUTORIAL 1: PENGENALAN DAN KONSEP ASAS PERAKAUNAN

SOALAN 1

Perakaunan mengandungi TIGA aktiviti asas yang melibatkan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi iaitu mengenalpasti, merekod dan menyampaikan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi sesebuah organisasi kepada pihak berkepentingan.

Merujuk kepada pernyataan di atas, bincangkan jawapan kepada persoalan berikut:

i. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu


dikenalpasti terlebih dahulu sebelum direkod? (2 Markah)
ii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu
direkod terlebih dahulu sebelum disampaikan? (2 Markah)
iii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu
disampaikan kepada pihak berkepentingan? (2 Markah)
iv. Pihak berkepentingan kepada maklumat perakaunan terdiri daripada DUA
kumpulan utama iaitu pihak dalaman dan pihak luaran. Beri contoh TIGA (3)
persoalan yang mungkin akan ditanya oleh kedua-dua pihak tersebut yang
memerlukan jawapan menggunakan maklumat perakaunan. (3 Markah)

SOALAN 2

Prinsip Perakaunan DiTerima Umum (PPDTU) adalah merupakan sekumpulan piawai


perakaunan yang dirujuk untuk penyediaan maklumat perakaunan. Biasanya penggunaan
PPDTU menjadi rasmi dalam sesebuah negara dengan wujudnya pihak berwajib seperti
Suruhanjaya Sekuriti yang mewajibkan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk
menggunakan piawai Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) yang diterbitkan oleh

1
Semester 2 2022/2023

Malaysian Accounting Standard Board (MASB)

Bincangkan mengapa perkara berikut dicadangkan dalam PPDTU:


i. Prinsip kos sejarah (2 Markah)
ii. Prinsip pengiktirafan hasil (2 Markah)
iii. Andaian entiti ekonomi (2 Markah)

SOALAN 3

Bincangkan
i. TIGA (3) elemen utama dalam persamaan perakaunan diatas ( 3 Markah)
ii. TIGA (3) contoh urusniaga yang melibatkan sekurang-kurangnya DUA elemen utama
persamaan perakaunan di atas. (3 Markah)

SOALAN 4
a) Isu etika dalam perakaunan adalah satu isu yang diambil serius oleh semua pihak terutama
Badan Profesional Perakaunan dan pihak Perundangan. Nyatakan mengapa penyediaan
maklumat perakaunan perlu kepada individu yang beretika? (2 Markah)
b) Berikut adalah LIMA (5) tindakan yang melibatkan isu etika dalam penyediaan maklumat
perakaunan. Nyatakan samada tindakan tersebut adalah beretika atau tidak berserta
justifikasi. (10 Markah)
1. Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat diserahkan
terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses semakan Jabatan
Kewangan (bahagian akaun belum bayar).
2. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian
proses menerima tunai dan membuatresit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian Rumah
pelanggan syarikat.
3. Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit
penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup, kerani
tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai untuk
disimpan oleh Akauntan syarikat.
4. Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat
sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut.
5. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian
semua urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh
Pengurus. Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk
diserah kepada Pengurus.
2
Semester 2 2022/2023

SOALAN 5

Abid Rabbani telah membuka firma perakaunannya, AR & Co, pada 1 Oktober 2022. Urusniaga
berikut telah dilibatkan dalam bulan pertama operasi:

Tarikh Butiran

Okt 1 Menyuntik modal berjumlah RM100,000 dalam bentuk tunai.

2 Menandatangani perjanjian sewa pejabat bagi firma untuk


tempoh 5 tahun dan membayar RM36,000 untuk sewa tahun
pertama.

3 Mengaji dua orang pekerja. Mereka akan dibayar gaji sebanyak


RM3,000 sebulan seorang.

4 Membeli perabot dan peralatan pada kos RM60,000. RM20,000


telah dibayar tunai manakala bakinya akan dibayar secara
ansuran.

6 Membeli bekalan pejabat bernilai RM4,000 secara kredit.

12 Menerima tunai berjumlah RM15,000 dari pelanggan untuk


perkhimatan perakaunan yang akan diberikan pada bulan
hadapan

23 Memberi perkhidmatan perakaunan, audit dan percukaian


kepada pelanggan bernilai RM30,000. Tunai sebanyak
RM10,000 telah diterima manakala amaun baki masih
terhutang.

30 Membayar gaji pekerja untuk bulan Oktober berjumlah


RM6,000

Dikehendaki: Analisa kesan setiap urusniaga di atas kepada persamaan perakaunan.

3
Semester 2 2022/2023

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERKAITAN DENGAN TOPIK INI/


EXAMPLES OF PAST YEAR QUESTIONS

Dipetik daripada Peperiksaan Pertengahan/ Extraction from Mid-Semester Test SEM 1 2022/23

SOALAN 1 (25 Markah)

Perakaunan adalah satu sistem maklumat dan pengukuran yang mengenalpasti,


merekod dan mengkomunikasi maklumat yang releven, boleh dipercayai dan boleh
dibandingkan berkaitan urusan perniagaan sesebuah organisasi.

A) Nyatakan jenis pengguna yang berminat dengan maklumat perakaunan berserta contoh
(5 markah)

B) Huraikan jenis-jenis andaian dan prinsip asas untuk proses perakaunan.

(8 Markah)

C) Maklumat berikut diperoleh dari rekod Klinik Ibnu Adznan berkaitan urus niaga dalam bulan
October:

Tari Tuna + ABT + Bekal + Peralat = AB + E


kh i an an B P
1. 1 Okt +20,00 +20,00
0 0
2. 5 Okt -5,000 +5,000
3. 10 +1,500 +1,50
Okt 0
4. 12 +3,000 +3,000
Okt
5. 17 +1,000 +1,5 +2,500
Okt 00
6. 20 -750 -750
Okt
7. 25 -400 -400
Okt
8. 30 -300 -300

4
Semester 2 2022/2023

Okt

Dikehendaki:
i. Bagi setiap item di atas, perincikan urus niaga yang berlaku.

Contohnya:
1) Pada 1 Oktober, Dr Rushdan memulakan perniagaan dengan memasukkan tunai
berjumlah RM20,000 sebagai modal).

(12 markah)
Dipetik daripada Peperiksaan Pertengahan/ Extraction from Mid-Semester Test SEM 1 2021/22

SOALAN 1/ QUESTION 1 (10 MARKAH/ MARKS)

Encik Zaman telah memulakan Kedai Dobi Zaman pada 1 September 2021. Berikut adalah
urus niaga sepanjang bulan September 2021/ Mr Zaman started the Zaman Laundry Bar on
September 1, 2021. The following are the transactions during the month of September 2021:

Tarik
Urus niaga/
h/ Transaction
Date
Sept 1 Encik Zaman memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai RM68,000
dan dua unit mesin basuh RM7,250 setiap satu/ Mr Zaman started the business
by bringing in RM68,000 cash and two units of RM7,250 washing machine
each.
3 Membayar sewa bernilai RM2,500/ Paid rent RM2,500.
5 Memberikan perkhidmatan secara tunai RM11,600/ Provided services for cash
RM11,600.
11 Encik Zaman mengambil tunai perniagaan RM500 untuk kegunaan peribadi/
Mr
Zaman withdrew RM500 cash for personal use.
13 Memberikan perkhidmatan secara kredit RM8,550/ Performed services on
credit
RM8,550.
20 Encik Zaman membawa masuk modal tunai tambahan RM5,000/ Mr Zaman
invested an additional capital of RM5,000 cash.
21 Menerima bayaran bagi perkhidmatan yang telah diberikan pada 13 September/
Received payment for services rendered on 13 September.
28 Menerima bil elektrik bulan September RM800 dan akan dibayar pada minggu
berikutnya/ Received an electricity bill for September RM800 and will be
paid the following week.
30 Membayar upah pekerja sambilan RM2,500 dan belanja pengiklanan RM1,700/

5
Semester 2 2022/2023

Paid wages of a part-time employee RM2,500 and advertising expense


RM1,700.

Dikehendaki / Required:

Analisa urus niaga di atas menggunakan persamaan perakaunan asas / Analyse the above
transactions using the basic accounting equation.
(10 markah/ marks)

You might also like