You are on page 1of 3

Pusat Pengajian Perakaunan

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan


Semester 2 Sesi 2016/2017

EPPD1033 Prinsip Perakaunan


TUTORIAL 1: Pengenalan kepada Perakaunan

BAHAGIAN A: Konsep Asas Perakaunan


SOALAN 1
Berdasarkan pengetahuan anda mengenai konsep dan prinsip perakaunan, berikan penjelasan
mengapa syarikat melaksanakan perkara yang berikut:

1. Syarikat mengukur aset loji berdasarkan prinsip kos sejarah.

2. Syarikat mengasingkan perbelanjaannya daripada perbelanjaan peribadi pemiliknya.

3. Syarikat menyediakan penyata kewangan pada setiap bulan, setiap enam bulan dan setiap
tahun.

4. Syarikat akan menyediakan penyata kewangan khas setiap kali apabila diminta oleh
pihak pembiaya atau bank.

5. Syarikat akan merekod urusniaga jualan walaupun pelanggan masih belum membayar
sebarang tunai.

6. Syarikat akan merekod belanja faedah dan faedah belum bayar pada setiap akhir tempoh
pelaporan.

SOALAN 2
Bagi setiap perkara di bawah, nyatakan prinsip atau andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh
Pusat Asuhan Ameera, dan jelaskan bagaimana ia perlu diperlakukan:

a) Dalam bulan kedua perniagaannya, Ameera membeli beberapa barang keperluan pusat
asuhannya dan membuat bayaran menggunakan tunai dari kutipan yuran asuhan. Belian
tersebut telah didebitkan ke Akaun Bekalan. Termasuk dalam senarai barang yang dibeli
ialah barang keperluan peribadinya bernilai RM54.
b) Pusat Asuhan Ameera membeli beberapa buah buku secara atas talian dari luar negara.
Buku diterima bersama invois berjumlah US$50. Pembelian tersebut direkodkan sebagai
aset dengan jumlah US$50.

1
c) Pada 1 November 2016, Pusat Asuhan Ameera telah menerima bayaran yuran asuhan bagi
tempoh 3 bulan sehingga Januari 2017 untuk dua kanak-kanak. Penerimaan tersebut
direkodkan sebagai hasil. Tahun perakaunan Pusat Asuhan Ameera berakhir pada setiap 31
Disember.
d) Walaupun tempoh perakaunan Pusat Asuhan Ameera berakhir pada 31 Disember, Ameera
menyediakan penyata kewangan perniagaannya apabila ada kelapangan.

e) Hakimi iaitu anak saudara Ameera telah membantu kerja-kerja pengkeranian. Oleh kerana
beliau merupakan ahli keluarga, maka bayaran saguhati yang diberikan kepadanya tidak
direkodkan sebagai urusniaga perniagaan.

SOALAN 3
Berikut adalah persoalan yang mungkin dilontarkan oleh En. Ali, pemilik sebuah perniagaan,
apabila berbual dengan isterinya:

No. Persoalan
1. Mampukah kita memberi kakitangan kita kenaikan gaji pada akhir tahun?
2. Adakah syarikat memperolehi pendapatan yang memuaskan?
3. Perlukah kita membuat sebarang pinjaman dalam masa terdekat?
4. Bagaimanakah keuntungan syarikat ini berbanding syarikat lain?
5. Apakah kos yang perlu kita tanggung untuk membuat setiap unit?
6. Pengeluaran produk yang manakah yang perlu kita tumpukan?
7. Mampukah syarikat membayar hutang jangka pendeknya?
8. Mengapakah bil letrik rumah kita bulan ini sangat tinggi?
9. Mengapakah semangat kerjasama kakitangan kelihatan lemah?
10. Mengapakah yuran tuisyen anak kita belum dibayar?

Dikehendaki:

(a) Kenalpasti persoalan yang melibatkan maklumat perakaunan syarikat.

(b) Berdasarkan jawapan di bahagian (a), kenalpasti contoh pengguna maklumat perakaunan
lain yang akan bertanya persoalan yang sama.

2
BAHAGIAN B: Analisis Persamaan Perakaunan

SOALAN 1
Pada 1 Mac 2014, Ali Din, seorang pelajar tahun tiga daripada Pusat Pengajian Komputer, UKM
telah membuka Kedai Membaiki Komputer di bangunan PUSANIKA, UKM. Ringkasan
urusniaga perniagaan Ali Din untuk bulan Mac adalah seperti berikut:

1. Melabur RM10,000 tunai untuk memulakan perniagaan.


2. Membeli peralatan RM5,000 secara tunai.
3. Membayar RM400 bagi sewa kedai di PUSANIKA untuk bulan Mac.
4. Membayar RM500 untuk bekalan.
5. Kos promosi kedai RM250 masih belum dibayar kepada Surat Khabar Universiti.
6. Menerima RM6,100 daripada pelanggan untuk perkhidmatan pembaikan yang telah siap.
7. Membuat ambilan tunai sebanyak RM1,000 untuk kegunaan peribadi.
8. Membayar gaji pekerja separuh masa sebanyak RM2,000.
9. Membayar bil utiliti sebanyak RM170.
10. Membil perkhidmatan pembaikan kepada pelanggan RM750.
11. Membuat kutipan RM120 bagi perkhidmatan yang telah dibilkan dalam urusniaga (10).

Dikehendaki:

a) Sediakan analisis berjadual bagi urusniaga di atas.

b) Kirakan pendapatan atau kerugian bersih untuk bulan Mac 2014.

SOALAN 2
Maklumat berikut diperoleh dari rekod Pusat Asuhan Ameera berkaitan urus niaga dalam bulan
Januari:

Tarikh Tunai + ABT + Bekalan + Peralatan = ABB + EP


1. 1 Jan +20,000 +20,000
2. 5 Jan -5,000 +5,000
3. 10 Jan +1,500 +1,500
4. 12 Jan +3,000 +3,000
5. 17 Jan +1,000 +1,500 +2,500
6. 20 Jan -750 -750
7. 25 Jan -400 -400
8. 30 Jan -300 -300

Dikehendaki:

Bagi setiap item di atas, perincikan urus niaga yang berlaku. (Contohnya bagi item (1): Pada 1
Januari, Ameera memulakan perniagaan dengan memasukkan tunai berjumlah RM20,000
sebagai modal).

You might also like