You are on page 1of 6

KOLEJ TINGKATAN ENAM PETALING JAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1/2020


PERAKAUNAN
Soalan 1
a Semua rekod inventori di pejabat Heidy Enterprise telah musnah dalam satu kebakaran. Akauntan
syarikat terpaksa merujuk kepada rekod pengerakan inventori di gudang untuk menghitung kos
jualan dan jualan untuk syarikat. Berikut adalah maklumat sepanjang bulan April 2018 yang diperoleh
daripada kerani di gudang :
RM
Inventori awal 3,600
Belian inventori 34,920
Ambilan inventori untuk didermakan 1,920
Inventori akhir 2,400

Stok telah dijual pada tokokan yang berlainan seperti berikut :


1 Separuh daripada inventori telah dijual kepada pelanggan di mana tokokan adalah 80%
daripada harga kos.
2 Satu per tiga daripada inventori telah dijual kepada peruncit di mana tokokan adalah 75%
daripada harga kos.
3 Baki stok telah dijual kepada staf syarikat di mana tokokan adalah 60% daripada harga kos.

Dikehendaki menghitung kos barang dijual dan jumlah jualan untuk bulan April 2018. [7]

b Pada 1 April 2016, Nazir Trading telah memulakan perniagaan sebagai agen menjual kenderaan
dan memberi khidmat jurutera di bengkel kereta. Berikut adalah maklumat perniagaan untuk 2 tahun.

1 April 2016 Beli sebuah mesin untuk kegunaan di bengkel kereta pada harga RM68,000
dari Stone Enterprise dengan cek.
1 Ogos 2016 Belian sebuah kenderaan yang rosak BHH2200 pada kos RM32,000 dari L.Lee
dengan cek. Kenderaan tersebut memerlukan pembaikan utama di bengkel kereta.
I Oktober 2016 Kenderaan BHH2200 telah dibaik pulih dan boleh diguna untuk operasi harian
perniagaan. Kos pembaikan ialah RM18,000.
1 Januari 2017 Satu kebakaran telah berlaku di bengkel kereta yang telah merosakkan mesin
perniagaan. Pembaikan telah dilakukan oleh juruteknik sendiri dengan kos
RM1,000. Syarikat insurans bersetuju membayar RM800 sebagai tuntutan
pampasan. Sebagai langkah keselamatan, satu peralatan telah dipasang pada
mesin tersebut dengan kos RM4,800 semasa kerja-kerja pembaikan dilakukan.
1 April 2017 Sebuah kenderaan WXX9933 telah dipindah keluar dari bilik pameran supaya
boleh digunakan oleh pengurus bengkel kereta untuk urus niaga harian. Harga
jualan kenderaan tersebut adalah RM40,000. Perniagaan telah menetapkan
margin untung kasar 30% atas harga jualan.
1
1 Julai 2017 Kenderaan BHH2200 telah ditukar beli dengan sebuah kenderaan baru WY320.
Kos kenderaan WY320 ialah RM64,000. Nota belum bayar RM26,000 yang akan
matang pada 31 Disember 2017 telah dikeluarkan sebagai penjelasan baki kos
kenderaan baru.

Adalah menjadi polisi perniagaan bahawa susut nilai hanya diperuntukkan kepada aset yang dapat
digunakan sepenuhnya dalam operasi harian. Susut nilai telah ditetapkan seperti berikut :
Kenderaan , 20% setahun atas kos
Mesin, 10% setahun atas nilai buku

Dikehendaki sediakan :
i Akaun mesin
ii Akaun kenderaan
iii Akaun susut nilai terkumpul mesin
iv Akaun susut nilai terkumpul kenderaan
v Akaun pelupusan kenderaan [13]

Soalan 2
Pada 1 Mei 2017, Encik Lee behenti kerja sebagai pengurus stok dengan gaji tahunan RM40,800.
Beliau telah memulakan perniagaan menjual sejenis komponen peralatan muzik di sekitar daerah
Petaling dengan modal tunai RM54,000. Modal tersebut diperoleh dari simpanan tetapnya di bank
dengan kadar faedah tetap 8% setahun.

Encik Lee telah membeli inventorinya dengan harga kos RM800 seunit. Margin untung kasar
ditetapkan pada 37.5% atas kos. Stok minimum 20 unit akan dikekalkan oleh Encik Lee pada setiap
bulan. Belian inventori dibuat secara kredit dan akan dibayar pada bulan berikutnya.

Pelanggan diberi tempoh kredit selama 30 hari. Didapati semua pelanggan telah mengambil
kemudahan kredit ini. Setelah mengalami hutang lapuk RM1,145 pada bulan Ogos, Encik Lee
membuat keputusan untuk mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas baki hutang
pada 31 Oktober 2017.

Jualan bulanan sehingga Oktober 2017 adalah seperti berikut:


Unit Unit
Mei 15 Ogos 27
Jun 21 September 29
Julai 28 Oktober 24

Jualan bulan Oktober temasuk 3 unit stok yang dijual kepada abang Encik Lee pada harga kos.

2
Maklumat tambahan sepanjang 6 bulan operasi :
1 Sebuah van serahan telah dibeli dengan cek RM36,000 pada 1 Mei 2017. Van tersebut dijangka
mempunyai usia guna selama 8 tahun dengan nilai skrap RM6,000. Belanja susut nilai dihitung
mengikut kaedah baki berkurangan berganda.
2 Belanja penyelenggaraan van RM400 sebulan telah dibayar dengan cek
3 Sewa tahunan berjumlah RM8,000 telah dibayar pada awal bulan Mei 2017.
4 Caj bank RM1,200 telah didebit ke dalam akaun bank perniagaan pada 28 Oktober 2017.
5 Encik Lee juga mengeluarkan RM1,200 setiap bulan dari akaun bank perniagaan.

Dikehendaki sediakan :
i Penyata pendapatan komprehensif Perniagaan Lee bagi enam bulan berakhir 31 Oktober 2017 [9]
ii Ringkasan akaun bank untuk enam bulan berakhir 31 Oktober 2017 [5]
iii Penyata kedudukan kewangan pada 31 Oktober 2017 [5]
iv Patutkah Encik Lee memulakan perniagaan sendiri dengan merujuk kepada maklumat data yang
diperoleh dari enam bulan perniagaan beroperasi. [1]

Soalan 3
Encik SS San menjalankan perniagaan menjual peralatan sukan di Puchong. Pada tahun berakhir
30 Jun 2018, perniagaan telah melaporkan untung bersih sebanyak RM93,840. Semasa menyiasat
rekod-rekod perniagaan, juruaudit mendapati perkara-perkara berikut:

1 Satu sistem komputer berkos RM10,800 telah dipasang di pejabat jualan pada awal Januari 2018.
Jumlah tersebut telah didebitkan ke dalam akaun belanja pejabat. Alatan pejabat disusutnilaikan
pada kadar 20% setahun atas kos.
2 Perniagaan membayar gaji pekerja pada minggu pertama bulan yang berikutnya. Gaji pekerja
bagi bulan Jun 2018 berjumlah RM17,400 belum direkod dalam akaun.
3 Barang yang biasanya dijual dengan harga RM10,374, iaitu selepas ditokok 30% atas harga kos,
telah didapati rosak dan telah dimasukkan dalam penghitungan inventori akhir.
4 Pada awal tempoh perakaunan, SS San telah menerima bayaran pendahuluan sebanyak
RM30,600 untuk satu projek pembekalan peralatan sukan yang akan dilaksanakan untuk tempoh
tiga tahun. Amaun tersebut telah direkodkan sebagai hasil belum terperoleh. Tiada catatan
pelarasan terhadap perkara ini.
5 Termasuk dalam inventori akhir adalah sejumlah barangan konsignmen yang berkos RM22,150
yang dijual untuk Pembekal TSW atas asas 'Jual atau Pulang' . Hasil komisen 18% atas kos
telah dibayar oleh pembekal dan dicatat walaupun barangan belum dijual.
6 Adalah menjadi polisi perniagaan untuk memperuntukan hutang ragu sebanyak 20% terhadap
hutang khas. SS San telah memperuntukan hutang ragu terhadap satu hutang khas yang
berjumlah RM7,240 di mana hutang tersebut telah menjadi lapuk pada bulan Jun 2018.

3
7 SS San telah membayar RM882 untuk mendapatkan khidmat internet. Bayaran tersebut
termasuk deposit sebanyak RM126. Keseluruhan amaun telah direkodkan sebagai deposit
internet oleh kerani akaun.
8 Tiada catatan yang dibuat untuk bayaran balik RM1,920 daripada pembekal disebabkan
pemulangan barang rosak.
9 Pembayaran komisen jualan sebanyak RM10,200 yang dibuat pada bulan Jun telah direkod
sebagai RM20,100 dalam buku akaun.

Dikehendaki :
i Sediakan catatan jurnal pelarasan untuk merekodkan urus niaga di atas. [14]
ii Hitungkan amaun untung bersih selepas mengambil kira semua pelarasan di atas. [6]

Soalan 4
Baki imbangan duga Koperasi Universal Berhad pada 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:

Debit Kredit
RM RM
Bangunan (Kos) 627,200
Susut nilai terkumpul bangunan 196,000
Peralatan 313,600
Susut nilai terkumpul peralatan 78,400
Akaun tergantung 81,520
Akaun belum terima 392,000
Akaun belum bayar 145,280
Bank 353,000
Tunai 1,600
Modal saham ahli 392,000
Modal yuran ahli 168,000
Akaun untung rugi terkumpul 89,600
Kumpulan wang rizab 159,600
Pinjaman bank 15% 313,600
Keuntungan kasar 910,000
Inventori pada 31 Disember 2017 156,800
Hasil-hasil lain 15,000
Belanja operasi 518,240
Faedah pinjaman bank 23,520

4
Maklumat tambahan :
1 Setiap minggu pengurus kedai mengambil tunai sebanyak RM60 untuk belanja tambang.
Ada 52 minggu dalam tahun 2017. Walau bagaimanapun, hanya catatan dalam akaun tunai
sahaja yang dibuat.
2 Susut nilai bagi bangunan dan peralatan masing-masing adalah pada kadar 10% dan 5%
atas kos.
3 Pada 1 September 2017, sebanyak 140 permohonan ahli baru telah diterima. Setiap ahli
dikehendaki menjelaskan bayaran modal saham RM400, dan modal yuran RM40 setiap
bulan mulai bulan September 2017. Semua ahli baru telah membayar modal saham dan
modal yuran dengan cek kepada bendahari. Tiada catatan yang dibuat dalam akaun modal
saham dan modal yuran ahli.
4 Pada 1 Julai 2017, separuh daripada pinjaman bank telah dijelaskan. Hanya catatan dalam
akaun bank sahaja yang dibuat.
5 Elaun lembaga pengarah ditetapkan pada kadar 10% atas untung bersih.
6 Dividen yang diisytiharkan ialah 8% bagi modal saham dan modal yuran yang sedia ada.
7 Agihan berkanun seperti yang diklasifikasikan oleh Akta Koperasi 1993, diperuntukkan
15% daripada keuntungan semasa.
8 Honorarium lembaga pengarah sebanyak 5% dan pindahan kepada kumpulan wang kebajikan
ahli adalah sebanyak 10%

Dikehendaki :
Sediakan, bagi Koperasi Universal Berhad,
i Penyata untung rugi dan pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 [13]
ii Penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2017 [7]

Soalan 5
KK Lit mengusahakan perniagaan mengeluar dan memasang kabinet pejabat dan rumah sejak tahun
2010. Beliau tidak menyimpan rekod yang lengkap. Walau bagaimanapun, maklumat berikut telah
diperoleh daripada buku akaun bagi tahun berakhir 30 Jun:
2017 2018
Akaun belum terima 24,750 54,450
Akaun belum bayar 37,950 45,900
Sewa dibayar terdahulu 3,300 3,600
Tunai 1,200 900
Overdraf bank 1,650 30,690
Peralatan (nilai bersih) 82,500 ?
Inventori bahan mentah 33,000 44,715
Inventori barang siap 66,000 53,790
Hasil belum terperoleh (MK Mark) - 450

5
Maklumat tambahan :
1 Bagi tahun berakhr 30 Jun 2018, KK Lit telah membeli sebuah peralatan baru pada kos
RM24,750. Tiada peralatan lama yang dijual bagi tahun semasa. KK Lit menetapkan susut
nilai pada kadar 10% atas baki nilai buku peralatan yang masih ada pada akhir tempoh
perakaunan. Beliau telah diberitahu oleh seorang pembekal bahawa salah satu unit peralatan
yang mempunyai nilai buku RM4,950 sekarang boleh dijual dengan harga RM8,100.
2 Inventori bahan mentah pada 30 Jun 2018 termasuk aluminium yang berkos RM9,075 yang
mana tidak dapat digunakan lagi kerana tidak menepati kualiti yang ditetapkan. Aluminium
tersebut akan dijual pada bulan Julai 2018 dengan nilai skrap RM1,980.
3 Inventori akhir barang siap pada 30 Jun 2018 termasuk sebuah kabinet dapur yang telah
ditempah khas oleh pelanggan. Kos membuat kabinet tersebut ialah RM5,250. Kabinet
tersebut akan dihantar kepada pelanggan pada bulan Julai 2018 dengan invois RM6,300.
4 Hasil belum terperoleh adalah bayaran pendahuluan untuk kabinet pejabat yang akan dihantar
kepada MK Mark pada bulan Ogos 2018.
Pelanggan Ron juga telah memesan dan membuat bayaran pendahuluan RM3,000 kepada
KK Lit untuk kabinet dapur baru. Catatan hanya dibuat dalam buku tunai.
5 Satu nota kredit telah dikeluarkan pada 28 Jun 2018 untuk kabinet television yang
dipulangkan oleh pelanggan. Kabinet tersebut telah dijual dengan harga RM1,800, tokokan
20% atas kos. Urus niaga ini belum direkod dalam mana-mana buku dan belum diambil kira
dalam penghitungan inventori akhir.
6 Sepanjang tahun berakhir 30 Jun 2018, KK Lit telah mengambil tunai dari kutipan akaun
belum terima RM12,000 untuk kegunaan keluarga. Selain daripada itu, beliau juga telah
membayar belanja peribadi berjumlah RM6,000 dengan cek perniagaan.

Dikehendaki :
i Sediakan penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018 untuk menghitungkan untung
bersih atau rugi bersih Perniagaan KK Lit. [14]
ii Hitungkan dan nyatakan kesan setiap urus niaga (1) hingga (6) di atas kepada untung bersih. [6]

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


Yip Wai Mooi Sumarni binti Djapar Bhawani a/p Suppiah
Ketua Unit Perakaunan Guru Subjek Perakaunan Ketua Jabatan Sains Sosial

You might also like