You are on page 1of 22

SPM akaun kertas 2 - 2020

SELANGOR
1.
a) Nyatakan andaian atau prinsip dalam perakaunan bagi situasi yang diberikan :

i. Kadar bayaran RM30 bagi bulan Januari 2020 telah ditolak daripada jumlah kadar
bayaran RM500 yang dibayar dalam tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2019.
ii. Kedai Gunting Rambut Osman mengenakan caj sebanyak RM15 bagi setiap
perkhidmatan menggunting rambut yang diberikan.

b) Berikan dua catatan kontra yang terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

c) Lengkapkan kad inventori berikut mengikuti urus niaga yang berlaku dalam sebuah
perniagaan kerusi dan tentukan nilai inventori akhir

d) Nyatakan jenis kesilapan ketara atau tidak ketara bagi urus niaga berikut:

e) Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Cinta Sejati Berhad.

Pada 1 Ogos 2020, Lembaga Pengarah memutuskan untuk membayar dividen interim
bagi Syer Keutamaan dan 3 sen sesyer untuk Syer Biasa.
Hitung jumlah dividen interim.
2. Razak dan Sarena merupakan pekongsi dalam Raz dan Sare yang menjalankan perniagaan
di Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.
Berikut adalah Imbangan Duga pada 31 Mei 2020.

Ikatan Perkongsian telah menyatakan syarat-syarat berikut:


i. Faedah atas modal 6% setahun
ii. Faedah atas ambilan 8% setahun
iii. Faedah atas pinjaman pekongsi 7% setahun
iv. Gaji tahunnan Razak dan Sarena msing-masing RM9000 dan RM6000
v. Untung atau rugi dibahagi kepada pekongsi mengikuti nisbah modal masing-masing

Maklumat Tambahan :
vi. Inventori pada 31 Mei 2020 bernilai RM10470 pada harga kos dan RM11520 pada
harga pasaran
vii. Sewa yang dibayar adalah sewa untuk setengah tahun sehingga 31 Julai 2020.
viii.Perkongsian telah menerima diskaun sebanyak RM30. Perkara ini belum direkodkan
dalam mana-mana buku.
iv. Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas Akaun Belum Terima
bersih.
v. Kadar susut nilai ditetapkan seperti berikut :
• Perabot 15% setahun atas kos
• Kenderaan 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
vi. Perkongsian telah membayar insurans untuk tempoh setahun mulai 1
September 2019.
vii. Akaun Semasa pekongsi hendaklah dipindahkan ke Akuan Modal Pekongsi

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mei 2020
b) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mei 2020
c) Akaun Modal pekongsi dalam bentuk beruangan (kaedah Modal Berubah)

3. Chiew Enterprise ialah sebuah perniagaan yang menjual hasil-hasil laut yang beroperasi di
Tanjung Karang, Selangor.
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada buku perniagannya.
Maklumat Tambahan:
i. Inventori pada 31 Julai 2020 bernilai seperti berikut:

ii. Komisen belum terima Rm340


iii. Insurans prabayar RM600
iv. Seorang pelanggan didapati telah muflis dan hutangya sebanyak RM570 dihapuskan sebagi
hutang lapuk
v. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% atas Akaun Belum Terima bersih.
vi. Polisi susut nilai aset bukan semasa:

vii. Pemilik menggunakan 30% daripada jumlah keluasan premis perniagaan itu sebagai tempat
kediamannya.
viii. Perniagaan membuat pinjaman RM36 000 pada 1 Mac 2020. Faedah dikenakan 3% setahun
atas pinjaman pokok. Bayaran pinjaman adalah secara ansuran selama 60 bulan.

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun 31 Julai 2020.

b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2020.

4.
a. Buku tunai Perniagaan Shira pada 31 Mei 2020 menunjukkan baki kredit sebanyak RM
1 750. Baki ini berbeza daripada baki yang ditunjukkan oleh Penyata Bank pada tarikh
yang sama.Setelah membandingkan Penyata Bank dengan Buku Tunai, perkara berikut
ditemui.

i. Cek RM830 yang diterima daripada Syarikat Amani masih belum dikreditkan
oleh bank.
ii. Akaun Bank telah dikreditkan dengan dividen RM500 daripada Syarikat
Permata Berhad.
iii. Sekeping cek bernilai RM 1 000 untuk ayaran sewa belum dikemukakan untuk
pembayaran
iv. Bayaran cek RM735 kepada Kedai Siva tersilap catat sebagai RM573 dalam
Buku Tunai.
v. Pihak bank telah mengenakan faedah atas overdraf bank berjumlah RM 105.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Mengemas kini Buku Tunai

b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2020.

b. Maklumat berikut diperoleh daripada Alvin Enterprise pada 30 Jun 2020.

Urus niaga sepanjang bulan Jun 2020 adalah seperti brikut :


i. Belian barang niaga sebanyak RM 4 000, 30% daripadanya adalah belian tunai.
ii. Pemilik membeli sebuah komputer RM 2 500 dengan wang peribadi untuk kegunaan
perniagaan.
iii. Menjual barang niaga RM1 850 secara kredit kepada Kedai Yahya dengan harga
RM2050
iv. Membayar RM 3 000 kepada Akaun Belum Bayar dengan sek. Terima diskaun RM250.

Anda dikehendaki melengkapkan jadual persamaan perakaunan.

5. Pada 31 Disember 2019, Kelab Renang Bayu mempunyai ahli seramai 150 orang. Yuran
keahlian ialah RM600 setahun untuk setiap ahli.
Maklumat berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Renang Bayu bagi
tahun berakhir 31 Disember 2019.

Maklumat Tambahan :
i. Aset dan Liabiliti kelab :
ii. Yuran yang diterima termasuk 12 orang ahli yang menjelaskan yuran bulan Disember 2018,
baki yuran yang belum diterima dianggap lapuk.
iii. Alatan pejabat disusutnilaikan dengan kadar 10% setahun atas kos.
iv. Tambahan belanja untuk hadiah pertandingan renang berjumlah Rm 3000
v. 20% daripada kadar bayaran adalah kadar bayaran Kafe Bayu.
vi. Yuran masuk dianggap sebagai pendapatan modal.

Anda dikehendakai menyediakan:


a) Akaun Yuran

b) Akaun Perdagangan Kafe Bayu bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

c) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan tahun berakhir 31 Disember 2019

6.
a. Encik Salim adalah pemilik Perniagaan Barang-Barang Pembinaan Megah yang
Beroperasi di Kajang, Selangor.
Urus niaga Perniagaan Barang-barang Pembinaan Megah sepanjang bulan Jun 2020
ditunjukkan oleh dokumen-dokumen berikut.
Maklumat Tambahan :
i. Seorang pelanggan Encik Razali telah diisytiharkan muflis. Hutang beliau sebanyak RM480
telah dihapuskan sebagai hutang lapuk.
ii. Perniagaan telah memutuskan kadar peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas Akaun
Belum Terima bersih.

Anda dikehendaki menyediakan :

a) Akuan Hutang Lapuk

b) Akaun Peruntukan Hutang Ragu

c) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2020 (catatan Aset Semasa sahaja)
Selangor
MRSM

1.
a. Namakan Buku Catatan Pertama yang sesuai untuk urus niaga berikut:

b. Nyatakan akaun yang perlu didebitkan dan di kreditkan bagi urus niaga berikut :

c. Nyatakan akaun berkaitan bagi catatan kontra

d. Maklumat berikut diambil daripada petikan Imbangan Duga pada 30 Jun 2020 bagi
Pusat Automobil Bumi.

RM RM
Mesin (Kos) 10 500

Susut Nilai Terkumpul Mesin 6 300

Mesin tersebut telah disusutnilaikan dengan kadar 20% setahun mengikut


kaedah garis lurus. Pada 30 Jun 2020, mesin tersebut dijual secara tunai
RM2 000.

Hitung untung atau rugi pelupusan mesin.

e. Berikan dua (2) contoh item pembayaran dalam Belanjawan Tunai bagi perniagaan
Penternakan Udang Harimau Encik Ismail.
i.

ii.

2. Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Kasyah dan Aiman pada 30 Jun
2020:
Perjanjian Perkongsian menggariskan perkara berikut:
a) Faedah atas modal 5% setahun.
b) Faedah atas pinjaman pekongsi 10% setahun.
c) Gaji Aiman RM16 000 setahun.
d) Nisbah untung atau rugi antara Kasyah dan Aiman ialah 3:2.

Maklumat Tambahan :
i. Inventori akhir pada 30 Jun 2020 ialah RM24 500
ii. Ambilan barang niaga RM1 600 dilakukan oleh Kasyah untuk kegunaan sendiri belum
direkodkan.
iii. Gaji pekerja belum bayar sebanyak RM1 200
iv. Belanja am prabayar RM641
v. Alatan Pejabat hndaklah disusut nilai pada kadar 20% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan.
vi. Gaji Aiman telah dibayar dalam tahun semasa dan telah didebitkan dalam Akaun Gaji
Pekerja.

Anda dikehendaki menyediakan :

a. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2020.
b. Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun erakhir 31 Jun 2020.
c. Akaun Semasa pekongsi (bentuk beruangan).
d. Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2020.
3.
a) Encik Adlan memulakan perniagaan pada 1 April 2019. Beliau tidak menyimpan
rekod perakaunan mengikut sistem catatan bergu. Maklumat kewangan
perniagaannya adalah seperti berikut.

Maklumat tambahan:
i. En. Adlan membuat ambilan barang niaga RM180 sebulan untuk kegunaan sendiri
mulai 1 Ogos 2019.
ii. Pada tahun kewangan, pemilik membawa masuk komputer bernilai RM2 300 ke dalam
perniagaan. Semua alatan pejabat disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
iii. Salah seorang penghutang telah diisytiharkan muflis dan hutangnya sebanyak RM300
dihapuskan. Perkara ini belum direkodkan.
iv. Peruntukan hutang ragu dianggarkan 2% daripada Akaun Belum Terima bersih.
v. Pada 1 Mei 2019, pemilik telah memasukkan tunai RM2 000 ke dalam bank untuk
menambahkan modal dan terlupa direkodkan.

Anda dikehendaki menyediakan :


a. Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2020.
b. Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2020.

b) Maklumat berikut menunjukkan Akaun Penerimaa dan Pembayaran Kelab Sukan dan
Rekreasi Indah Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Maklumat Tambahan
i. Aset dan liabiliti kelab tersebut adalah seperti berikut :
ii. Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
iii. Yuran tahun 2018 yang masih belum diterima hendaklah dihapuskan sebagai yuran
lapuk.

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Akaun Yuran
b) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020

4. Syarikat Aqfar Berhad ialah sebuah syarikat pembinaan. Modal dibenarkan terdiri daripada 6
000 000 unit 5% Syer Keutamaan bernilai RM2.00 sesyer dan 10 000 000 unit Syer Biasa
bernilai RM1.00 sesyer.

Pada 15 Januari 2019, syarikat telah menerbitkan semua 59% Syer Keutamaan dan 4 000 000
unit Syer Biasa kepada orang ramai pada nilai tara. Semua syer telah dilanggan dan dibayar
penuh pada 30 Januari 2019.

Pada 31 Mei 2019, Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan untuk membayar dividen
interim kepada Syer Keutamaan dan dividen 4% kepada Syer Biasa.

Pada 31 Disember 2019, Lembaga Pengarah syarikat telah mengisytiharkan dividen akhir Syer
Keutamaan dan dividen akhir 6% kepada Syer Biasa.

Anda dikehendaki:
a. Menghitung:
i. Modal diterbitkan dan berbayar penuh.
ii. Jumlah dividen nterim 5% Syer Keutamaan dan Syer Biasa.
iii. Dividen akhir 5% Syer Keutamaan.
iv. Dividen akhir Syer Biasa.
b. Menyediakan:
i. Akaun Permohonan Syer Biasa dan Akaun Modal Syer Biasa. [3 markah]
ii. Akaun Permohonan 5% Syer Keutamaan dan Akaun Modal 5% Syer
Keutamaan.
iii. Akaun Bank.
c. Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2019 dengan
menunjukkan bahagian ekuiti pemilik sahaja.
5.
a) Pada 1 Februari 2020, Puan Siti memulakan perniagaan Cetak Selesa Sdn Bhd yang
membekalkan baju sukan dan baju korporat di sekolah sekitar Muar, Johor.
Dokumen-dokumen berikut menunjukkan urus niaga sepanjang bulan Februari 2020:
Berdasarkan dokumen-dokumen yang diberi, anda dikehendaki:
i. Melengkapkan kad inventori di Lampiran 1.
ii. Menghitung inventori pada 29 Februari 2020.
b) Encik Syukri memulakan perniagaan Syukur Selalu Enterprise pada 1 Januari 2020 dengan
membawa aset berikut:

Urus niaga berikut berlaku sepanjang bulan Januari 2020.


i. Menerima invois pada 3 Januari 2020 daripada Razi Enterprise RM3 400. Syarat
diskaun tunai 8% 7 hari, 5% 10 hari.
ii. Menjual barang niaga berkos RM2 100 secara kredit pada harga RM2 500.
iii. Pemilik mengambil barang niaga sebanyak RM800 untuk kegunaan keluarganya.
iv. Menjelaskan sepenuhnya hutang kepada Razi Enterprise pada 7 Januari 2020.
v. Terima cek daripada Akaun Belum Terima berjumlah RM2 000.
vi. Pemilik membawa masuk tunai RM3 000 ke dalam perniagaan dan dibankkan.
vii. Terima komisen atas jualan sebanyak RM1 050 dengan cek.

Anda dikehendaki melengkapkan jadual persamaan untuk menunjukkan


kesan urus niaga pada bulan Januari 2020.

6.
a) Kilang Keropok Sedap telah beroperasi di kawasan Majlis Perbandaran Jempol sejak
tahun 2018. Berikut adalah maklumat daripada kilang tersebut.

Maklumat tambahan:
i. Inventori bahan langsung pada 31 Disember 2019 RM25 700
ii. Angkutan masuk terlebih bayar RM380
iii. Bayaran Cap Dagangan RM1 500 belum direkodkan dalam mana-mana buku
iv. Gaji pekerja am kilang RM1 200 telah tersalah rekod dalam gaji operator kilang

Anda dikehendaki menyediakan petikan Akaun Pengeluaran bagi tahun


berakhir 31 Disember 2019 dengan menunjukkan Kos Prima.

b) Maklumatberikutdiperoleh daripada Kilang Lela Lekor yang mengeluarkan keropok


lekor di Terengganu.
Kos tetap diandaikan malar sepanjang tahun.
Anda dikehendaki
i. Menghitung:
a) Kos tetap.
b) Kos berubah seunit.
c) Titik pulang modal (dalam unit).

ii. Berdasarkan jawapan anda di 6 (b) (), lukis graf Titik Pulang Modal pada kertas graf yang
disediakan dengan menggunakan skala di bawah:

Anda perlu:
a. Labelkan semua garisan pada graf.
b. Tunjukkantitik pulang modal.
c. Lorekkan kawasan untung dan rugi.
MRSM

KELANTAN

1.
a. Nyatakan dokumen sumber yang terlibat bagi pernyataan berikut:
i. Membetulkan invois yang terkurang caj.

ii. Bank memaklumkan kepada peniaga bahawa baki dalam akaun banknya telah
dikurangkan kerana pembayaran insurans.

b. Nyatakan dua Nisbah Keberuntungan

c. Nyatakan komponen kos pengeluaran berikut:


i. lnsurans Kilang

ii. Royalti kilang

d. Maklumat berikut diperoleh ketika pelupusan mesin.

Hitung harga mesin yang dijual semasa pelupusan.

e. Maklumat yang dipetik dari Kelab Setia pada 1 Januari 2020

Hitungkan dana terkumpul kelab pada 1 Januari 2020


2. Berikut adalah baki-baki lejar yang diperoleh daripada buku perniagaan Jati Enterprise pada
30 Jun 2020.

Maklumat tambahan:
i. lnventori pada 30 Jun 2020 ialah RM22 210 pada harga kos dan RM21 220 pada
nilai pasaran.
ii. lnventori alat tulis pada 30 Jun 2020 ialah RIV240.
iii. Nota Kredit daripada pembekal berlumlah RIV300 belum dicatat dalam mana-mana
buku.
iv. Bayaran bil elektrik rumah pemilik RlV160 telah tersalah rekod ke akaun kadar
bayaran perniagaan.
v. Polisi susut nilai:
• Lengkapan : pada kadar 30% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
berasaskan bulan penggunaan.
• Kenderaan : pada kadar 20% setahun mengikut kaedah garis lurus berasaskan
bulan penggunaan (Kenderaan dibeli pada 1 Januari 2020).
vi. Kadar sewa kedai ialah RM600 sebulan.
vii. Pinjaman bank telah dibuat pada 1 September 2019 dengan kadar faedah 6% setahun
yang dikira berasaskan bulan.
viii.Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan kepada 2% atas Akaun Belum
Terima.

Anda dikehendaki menyediakan:


a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2020.

b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2020.


3. Jenab, Ling dan Tasha adalah pekongsi dalam Perkongsian JELITA yang beroperasi di Tumpat,
Kelantan. lmbangan Duga diperoleh dari buku Perkongsian JELITA pada 30 Jun 2020.

Maklumat Tambahan :
i. lnsurans Prabayar RM 490
ii. Gaji belum bayar RM 1 500
iii. Simpanan tetap dibuat mulai 1 Julai 2019
iv. Seorang pelanggan didapati muflis dan hutangnya RM1 200 dihapuskira
v. Peruntukan hutang ragu 2%, daripada Akaun Belum Terima bersih
vi. Susut nilai aset bukan semasa adalah seperti berikut
• Perabot sebanyak 10% setahun secara ansuran tetap
• Kenderaan sebanyak 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
vii. Syarat lkatan perjanjian perkongsian seperti berikut
• Faedah atas ambilan dikenakan 8% setahun
• Gaji tahunan pekongsi
Ling RM 4 000
Tasha RM6 500
• Untung atau rugi dikongsi mengikut nisbah 5 : 3 : 2

Anda dikehendaki menyediakan :


a) Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2020

b) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berkahir 30 Jun 2020

c) Akaun Semasa

d) Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2020 (Bahagian Ekuiti Pemilik).


1. Puan Syafiqah adalah pemilik perniagaan Syafiqah Enterprise yang menjalankan perniagaan
milikan tunggal sejak 5 tahun yang lepas.
Baki pada 1 April 2020 adalah seperti berikut :

RM
Modal 50 000
Inventori 47 600
Lekapan dan Lengkapan 9 500
Kenderaan 48 100
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 4 810
Pada 31 Mac 2021, baki-baki berikut diperoleh daripada buku perniagaan.

RM
Pinjaman ( matang pada 31 Januari 2031 ) 75 000
Belian 285 692
Jualan 360 553
Bank 12 135
Pulangan jualan 1 287
Belanja pejabat 5 080
Gaji 39 600
Hutang lapuk 730
Sewa 20 400
Tunai Runcit 2 450
Pulangan belian 5 341
Diskaun diberi 545
Pengiklanan 1 340
Diskaun diterima 425
Akaun Belum Bayar 23 640
Akaun Belum Terima 36 200
Alat tulis 580
Angkutan masuk 4 220
Insurans 3 420
Utiliti 2 200
Peruntukan hutang ragu 1 310

Maklumat tambahan :
i. Inventori pada 31 Mac 2021 dinilai pada harga RM53 200.
ii. Sewa tahunan RM24 000.
iii. Puan Syafiqah telah mengambil RM1 100 setiap bulan untuk kegunaan peribadi. Perkara ini
telah direkod dalam Akaun Gaji.
iv. Bil utiliti sebanyak RM290 bagi bulan Mac 2021 belum dibayar.
v. Polisi insurans yang dibayar adalah untuk tempoh 12 bulan sehingga 31 Mei 2021.
vi. Urus niaga berikut masih belum direkod :
a. Sekeping cek yang diterima daripada pelanggan bernilai RM1 150 telah dikenal pasti
sebagai cek tak laku dan diskaun RM150 telah ditarik balik.
b. Belian barang niaga RM3 690 dengan menggunakan cek peribadi pemilik.
vii. Peruntukan hutang ragu dikekalkan kepada 5% atas baki Akaun Belum Terima.
viii.Susut nilai aset bukan semasa adalah seperti berikut :
ix. Pinjaman dibuat pada 31 Januari 2021 dengan kadar faedah 8% setahun. Oleh kerana
perniagaan telah memilih pakej moratorium yang disediakan oleh pihak bank, maka pinjaman
dan faedah akan mula dibayar pada bulan Mac 2021.

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2021.
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2021.

You might also like