You are on page 1of 12

Set 1-Modul Cemerlang Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Perakaunan

3 Anda dikehendaki untuk melengkapkan Jadual Persamaan Perakaunan yang diberikan dan
menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan berdasarkan urusniaga yang telah diambil
daripada perniagaan Rania Beauty Centre di sepanjang bulan Januari 2018.

Urusniaga
2018
Jan. 1 Cik Rania memulakan perniagaan Rania Beauty Centre di Gunung Rapat
dengan memasukkan RM80 000 dalam Akaun Bank dan lengkapan bernilai
RM5 000 sebagai modal permulaan.
4 Rania Beauty Centre membeli lengkapan kedai bernilai RM20 000. Deposit
berjumlah RM8 000 telah dibayar dengan cek. Bakinya akan dijelaskan
dengan bayaran ansuran selama 2 tahun melalui pinjaman bank dari ANNUR
Bank Bhd.
10 Barang niaga telah dibeli dengan nilai RM15 000 daripada Pembekal Syarq.
15 Syarikat telah menerima pinjaman bank yang berjumlah RM8 000 daripada
Bank Bintang Berhad.
18 1/5 dari inventori telah dijual secara tunai dengan nilai RM3 500 dan cek
telah diterima.
22 Pembayaran sebanyak 20% telah dijelaskan kepada Pembekal Syarq
dengan tunai dan bakinya dengan cek.
28 20% daripada jumlah pinjaman bank telah dibayar menggunakan cek.
30 Pemilik telah mengambil cek bernilai RM2 100 untuk kegunaan peribadi.

Tarikh Ekuiti
Aset Liabiliti
Pemilik
2018 Akaun
Bank / Tunai Lengkapan Inventori Modal Pinjaman
Belum Bayar
Jan 1
4
10
15
18
22
28
30
Baki pada
Jan.31

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 3


Set 1-Modul Cemerlang Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Perakaunan
4 Berikut ialah baki aset dan liabiliti Keertana Enterprise pada 1 Julai 2017.

RM
Lengkapan 21 780
Inventori 15 200
Akaun Belum Terima 19 300
Bank 17 760
Akaun Belum Bayar 8 640
Modal ??
Untung Bersih 25 400

Urus niaga yang berikut berlaku sehingga 31 Julai 2017.

i) Jualan 1/4 daripada inventori kepada Farhan dengan mendapat keuntungan sebanyak
15%.
ii) Menerima sekeping cek RM2 100 daripada seorang pelanggan.
iii) Lengkapan lama dengan nilai buku RM2 580 telah dijual dengan harga RM1 800. Hasil
jualan dibankkan.
iv) Farhan memulangkan barang niaga bernilai RM350 kerana rosak.
v) Membayar pembekal dengan cek RM5 480 dan menerima diskaun RM548.
vi) Pemilik membeli perabot baru bernilai RM1 685 dengan cek.
vi) Bayar insurans kedai RM800 dengan cek.
vii) Menerima pinjaman sebanyak RM50 000. 6% daripada pinjaman tersebut digunakan
untuk membayar gaji pekerja. 1/8 daripada baki digunakan untuk membeli sebuah
lengkapan dan yang selebihnya dibankkan.
viii) Pihak bank telah memaklumkan terdapat cek tak laku bernilai RM2 100.
ix) Ambilan cek RM5 820 untuk kegunaan peribadi.

Anda dikehendaki untuk :

a) Melengkapkan Jadual Persamaan Perakaunan di mukasurat 5.

bI Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2017 (Bentuk T).

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 4


Set 1-Modul Cemerlang Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Perakaunan
Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
Akaun Untung
Urusniaga Akaun Belum
Lengkapan Inventori Perabot Bank Belum Pinjaman Modal bersih
Terima
Bayar
RM RM RM RM RM RM RM
B Baki
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vi)
vii)
viii)
ix)
JUMLAH

SOALAN MODUL 2 TAMAT

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 5


Soalan 1
Encik Daud memulakan perniagaan DON Enterprise pada 1 Januari 2019 dengan membawa
masuk aset berikut :

RM
Perabot 3 000
Kenderaan 37 000
Tunai di bank 12 000

Urusniaga berikut berlaku sepanjang bulan Januari 2019


(i) Beli barang niaga secara kredit RM3 500
(ii) Bayar sewa dengan cek RM600
(iii) Jual barang niaga berkos RM800 secara kredit pada harga RM1 900
(iv) Menjelaskan Akaun Belum Bayar dengan cek RM2 850 dan terima diskaun RM150
(v) Terima cek dari pelanggan berjumlah RM1 270
(vi) Pemilik membawa masuk tunai RM3 000 ke dalam perniagaan dan dibankkan
(vii) Sekeping cek yang diterima daripada pelanggan RM507 telah dipulangkan oleh bank
dengan bertanda 'Rujuk Penyuruh Bayar'
(viii) Pemilik telah mengeluarkan cek RM610 untuk kegunaan peribadi
(ix) Pinjaman bank RM5 000 telah dikreditkan ke dalam akaun bank perniagaan

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Jadual Persamaan Perakaunan mengikut format seperti di bawah :
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2019.

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik


Akaun Akaun
Untung
Perabot Kenderaan Bank belum Inventori belum Pinjaman Modal Ambilan
bersih
terima bayar
Don Enterprise
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2019
Aset bukan semasa Ekuiti pemilik

Aset semasa

Liabiliti semasa

Liabiliti bukan semasa

Soalan 2
Kaji maklumat berikut yang diperolehi daripada buku perniagaan Seri Perpatih Enterprise
pada 30 September 2018

RM
Kenderaan bermotor 24 500
Lengkapan 9 500
Inventori 18 200
Akaun Belum Terima 2 000
Bank 5 270
Akaun Belum Bayar 1 750
Sewa belum bayar 1 500
Modal 56 220

Urusniaga di bawah berlaku sepanjang bulan Oktober 2018:


(i) Pemilik membayar sewa, termasuk sewa belum bayar dengan cek bernilai RM3 000
(ii) Menjual barang niaga berkos RM1 270 dengan harga RM1 520 .
(iii) Membeli barang niaga RM3 250 secara kredit
(iv) Pemilik membawa masuk tunai RM4 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan
(v) Menerima cek bernilai RM1 900 daripada pelanggan untuk menjelaskan semua
hutangnya
(vi) Pemilik mengeluarkan RM220 dari akaun bank untuk kegunaan sendiri

Anda dikehendaki :
(a) Merekod urus niaga bulan Oktober dalam jadual di Lampiran A
(b) Menghitung modal akhir Seri Perpatih Enterprise pada 31 Oktober 2018
Akaun Akaun Sewa
Kenderaan
bermotor
Lengkapan Inventori Belum Bank Belum belum Modal Ambilan Hasil Belanja
Terima Bayar bayar

Seri Perpatih Enterprise


Penyata menghitung modal akhir
Modal
+ Untung bersih

- Ambilan
Modal akhir

Soalan 3
Berikut ialah aset dan liabiliti Perniagaan Harmonika pada 1 Julai 2018 :

RM
Kenderaan (sebuah) 10 000
Akaun Belum Terima 12 780
Akaun Belum Bayar 6 340
Tunai dibank 3 200
Untung bersih 4 500
Modal
Inventori 19 700
Kadar bayaran belum bayar 400

Urusniaga berikut berlaku sehingga 31 Julai 2018


(i) Menjelaskan bil kadar bayaran.
(ii) Menghapuskan akaun belum terima RM160 sebagai hutang lapuk
(iii) Pemilik memasukkan tunai ke dalam bank RM5 000 sebagai modal tambahan
(iv) Menjual barang niaga secara kredit RM7 500 (kos RM4 450)
(v) Membeli inventori secara kredit RM2 400
(vi) Pelanggan menjelaskan hutangnya dengan cek RM2 780 dan memberi diskaun
RM220.
(vii) Menjual kenderaan secara tunai RM7 800. Tunai dibankkan.
Anda dikehendaki
(a) melengkapkan jadual persamaan perakaunan di bawah :

Aset Liabiliti Ekuiti pemilik

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

(b) menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2018


Soalan 4

D’ Sayang
Penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018
Alatan pejabat 3 200 Modal 12 800
Inventori 3 000 Akaun Belum Bayar 3 600
Akaun Belum Terima 2 800
Bank 7 400

16 400 16 400

Urusniaga yang berlaku dalam bulan Jun 2018 adalah seperti berikut :
(i) Belian barang niaga secara kredit RM 900
(ii) Menjual barang niaga kepada Cik Azian dengan harga RM620 secara kredit. Kos
barang tersebut adalah RM500.
(iii) Pemilik membawa masuk komputer peribadi bernilai RM2 200 ke dalam perniagaan.
(iv) Pulangkan barang yang rosak bernilai RM100 kepada pembekal.
(v) Bayar sewa kedai RM500 dengan cek.
(vi) Cek bernilai RM320 yang diterima daripada pelanggan tidak dilayan oleh bank.
(vii) Terima RM1 500 daripada pelanggan. RM1 000 daripada wang itu dibayar terus
kepada pembekal dan bakinya dibankkan.

Berdasarkan Penyata Kedudukan Kewangan dan maklumat di atas, anda dikehendaki


melengkapkan jadual di bawah

EKUITI
ASET LIABILITI
PEMILIK
Akaun Akaun
Alatan
Bil Inventori Belum Bank Modal Belum
pejabat
Terima Bayar

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
Soalan 5
Nurul Ain Enterprise ialah sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan
di Papar, Sabah.

Berikut ialah baki aset dan liabiliti perniagaan tersebut pada 31 Julai 2018 :

RM
Alatan pejabat 3 000
Inventori 16 500
Akaun Belum Terima 4 400
Bank 6 700
Modal 25 000
Akaun Belum Bayar 5 600

Urusniaga dalam bulan Ogos 2018 adalah seperti berikut :


(i) Membeli sebuah mesin pencetak secara tunai RM150
(ii) Menerima dua keping cek berjumlah RM1 200 daripada pelanggan.
(iii) Membeli barang niaga secara kredit RM1 800
(iv) Sekeping cek bernilai RM250 yang diterima daripada pelanggan tidak dilayan oleh
bank
(v) Inventori pada harga kos RM4 575 dijual secara kredit RM7 675
(vi) Membayar gaji dengan tunai RM780

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan


Kewangan pada 31 Ogos 2018. (Jalan kerja hendaklah ditunjukkan diluar Kunci Kira-kira)
Soalan 6
Nas Laban membuka firma guaman pada 1 September 2018. Pada 30 September 2018, buku
lejarnya menunjukkan baki-baki akaun seperti yang berikut :

Bank 10 000
Akaun belum terima 3 000
Bekalan 1 000
Alatan pejabat 12 000
Akaun belum bayar 8 400
Modal 17 600

Sepanjang bulan Oktober 2018, urusniaga-urusniaga yang berikut telah berlaku :


1. Menerima bayaran daripada pelanggan RM2 400
2. Menjelaskan akaun belum bayar secara tunai RM5 600
3. Memperolehi hasil RM16 000 dengan RM6 000 sudahpun diterima dan bakinya akan
diterima pada bulan November 2017
4. Membawa masuk alatan pejabat peribadi RM4 000 untuk kegunaan perniagaan.
5. Membayar gaji RM5 000 dan belanja mengiklanan RM800
6. Mengambil tunai untuk kegunaan sendiri RM1 400
7. Menerima tunai RM3 000 sebagai pinjaman daripada Bank Bukit Bhd
8. Menerima bil kadar bayaran RM400 dan akan dijelaskan pada bulan November 2018

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Oktober 2018


dengan mengambil kira urusniaga di atas
Soalan 7
Perniagaan Ria Kencana adalah sebuah milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di
Mentaloon, Kedah. Berikut adalah Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan tersebut pada 1
September 2018

Ria Kencana
Penyata Kedudukan Kewangan pada 1 September 2018
Perabot 3 200 Modal 15 200
Inventori 3 100 Untung bersih 3 800
Akaun Belum Terima 1 800 19 000
Bank 13 000
Tunai 900 Akaun Belum Bayar 3 000
22 000 22 000

Urusniaga dalam bulan September 2018 adalah seperti berikut :


(i) Membeli barang niaga RM5 600 secara kredit
(ii) Membeli almari pejabat RM400 di bayar tunai
(iii) Membayar kepada pemiutang RM1 800 dengan cek dan terima diskaun RM100
(iv) Mengeluarkan tunai RM250 untuk kegunaan anak
(v) Menjual barang niaga RM1 000 secara kredit dan kosnya RM800
(vi) Seorang pelanggan telah muflis, dan hutangnya RM270 dihapuskan sebagai hutang
lapuk
(vii) Memulangkan barang kepada pembekal RM320 kerana rosak
(viii) Terima cek daripada akaun belum terima RM500
Mengeluarkan cek RM1 200 untuk kegunaan perniagaan.

Anda dikehendaki :
(a) Melengkapkan Jadual Persamaan Perakaunan dalam lampiran B
(b) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan selepas mengambil kira urusniaga di atas
Soalan 8
Penyata Kedudukan Kewangan Aqif Enterprise pada 31 Mei 2018 adalah seperti berikut :

Aqif Enterprise
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mei 2018
Aset bukan semasa Ekuiti pemilik
Kenderaan 25 000 Modal 30 000
Lengkapan 6 450
Liabiliti semasa
Aset Semasa Akaun belum bayar 3 550
Tunai 560 Overdraf bank 5 180
Akaun Belum Terima 3 890 Gaji belum bayar 290
Inventori 3 120

39 020 39 020

Urusniaga berikut berlaku selepas Penyata Kedudukan Kewangan disediakan :


(i) Menerima cek bernilai RM 1 250 daripada seorang penghutang setelah memberinya
diskaun RM50.
(ii) Aqif memasukkan wang sebanyak RM 6 000 ke dalam akaun bank sebagai modal
tambahan.
(iii) Satu perlima daripada inventori barang niaga dijual secara tunai dengan harga RM850
Wang itu telah dibankkan.
(iv) Membeli komputer RM 3 500 untuk kegunaan perniagaan dengan pinjaman bank.
(v) Mengeluarkan cek-cek untuk membayar gaji belum bayar RM 290 dan akaun belum
bayar RM 2 260.
(vi) Terima invois bernilai RM 1 280 daripada Dania seorang pembekal barang-barang.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan selepas mempertimbangkan


urusniaga di atas

You might also like