You are on page 1of 4

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER

SESI 2 2013/2014
FAC 3013 PERAKAUNAN KEWANGAN
DPSM 4

BAHAGIAN A (5 MARKAH)

1. Berikut merupakan kesan urusniaga terhadap persamaan perakaunan

A. Apabila aset bertambah, ekuiti pemilik akan bertambah


B. Apabila aset berkurang, liabiliti juga akan berkurang
C. Apabila liabiliti berkurang, aset akan bertambah
D. Apabila liabiliti bertambah, ekuiti pemilik akan bertambah

Sewa bulanan RM1000. Pada akhir tempoh perakaunan,


jumlah sewa yang telah dibayar ialah RM1500

2. Catatan dalam Kunci Kira-kira bagi urusniaga di atas ialah

A. ASET SEMASA - sewa terdahulu RM1500


B. ASET SEMASA - sewa terdahulu RM500
C. LIABILITI SEMASA - sewa terdahulu RM500
D. LIABILITI SEMASA - sewa terakru RM1000

3. Formula untuk mencari untung bersih ialah

A. Untung bersih = modal akhir modal awal modal tambahan + ambilan


B. Untung bersih = modal akhir + modal awal + modal tambahan ambilan
C. Untung bersih = modal awal + modal tambahan modal akhir ambilan
D. Untung bersih = modal awal modal akhir modal tambahan + ambilan

4. Berikut merupakan kesan urusniaga terhadap ekuiti pemilik

A. belanja menambahkan ekuiti pemilik


B. hasil menambahkan ekuiti pemilik
C. belanja mengurangkan ekuiti pemilik
D. ambilan mengurangkan ekuiti pemilik
5. Encik Hussin menerima RM400 daripada pelanggan dan membilkan bayaran
RM650 kepada pelanggan yang sama

A. Modal + Pelanggan = Hasil


RM400 + RM650 = RM1050

B. Tunai = Akaun belum bayar + Hasil


RM400 = RM650 + RM1050

C. Tunai + Akaun belum terima = Hasil


RM400 + RM650 = RM1050

D. Tunai + Akaun belum terima = Belanja


RM400 + RM650 = RM1050

URUSNIAGADOKUMEN X AKAUN LEJAR

6. X merupakan

A. Akaun Tunai
B. Jurnal Am
C. Imbangan Duga
D. Akaun Modal

Kedai Perabot Hashim menggunakan satu set sofa untuk kegunaan pejabat

7. Berikut manakah catatan bergu yang tepat bagi urusniaga di atas

A. DEBIT - Ambilan KREDIT - Perabot


B. DEBIT - Ambilan KREDIT - Belian
C. DEBIT - Perabot KREDIT - Belian
D. DEBIT - Belian KREDIT - Perabot

8. Imbangan Duga dapat menyemak ketepatan aspek-aspek berikut, kecuali

A. pengiraan dalam buku catatan pertama dan lejar


B. pengeposan dari buku catatan pertama ke lejar
C. pencatatan urusniaga berasaskan sistem catatan bergu
D. penghitungan untung kasar dan untung bersih

9. Antara berikut manakah yang tidak benar dalam catatan Imbangan Duga
A. Akaun belanja sewa berbaki kredit
B. Akaun pinjaman berbaki kredit
C. Akaun ambilan berbaki debit
D. Akaun pemiutang berbaki kredit

10. Akaun Untung Rugi atau Penyata Pendapatan disediakan bagi mendapatkan

A. untung kasar
B. untung bersih
C. modal kerja
D. modal akhir

BAHAGIAN B (15 MARKAH)

Puan Maria merupakan pengurus Syarikat Maria & Co. Berikut merupakan baki awal
pada 1 Februari 2010.

DEBIT KREDIT
ITEM
(RM) (RM)
Tunai 480
Akaun belum terima 2410
Bekalan 620
Insurans prabayar 410
Perabot dan peralatan 13 160
Akaun Belum Bayar 490
Utiliti belum bayar 480
Yuran belum diperoleh 148
Modal 15 900
Ambilan 8140
Yuran diperoleh 180462
Belanja gaji 8600
Belanja utiliti 480
Belanja sewa 1180

Sepanjang bulan Februari 2010, Puan Maria telah menjalankan urusniaga seperti
berikut:

FEB. 1 membeli bekalan secara kredit RM230


4 menerima sebanyak RM638 daripada pelanggan atas hutang bayaran
perkhidmatan yang telah diberikan

5 membayar belanja utility sebanyak RM480 yang telah direkodkan pada


bulan yang lalu

11 menyempurnakan perkhidmatan bernilai RM120 yang telah direkodkan


pada bulan yang lalu sebagai yuran belum diperoleh

14 memperoleh hasil sebanyak RM8600 secara tunai dan membilkan


kepada pelanggan yang sama sebanyak RM620

15 Membayar gaji kakitangan sebanyak RM3800

21 membeli perabot berharga RM365 secara tunai

22 memebayar kepada pemiutang sebanyak RM320

Anda dikehendaki:
a) Rekodkan urusniaga-urusniaga di atas di dalam jurnal am
b) Pindahkan semua catatan jurnal ke dalam akaun lejar. Masukkan baki awal pada
1 Februari 2010 yang diberi ke dalam akaun lejar
c) Sediakan imbangan duga pada 28 Februari 2010
d) Sediakan kunci kira-kira dan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 28
Februari 2010

You might also like