You are on page 1of 5

LATIHAN KITARAN PERAKAUNAN ASAS

A. PERSAMAAN PERAKAUNAN

1. Nyatakan sama ada setiap butir berikut adalah aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau
belanja. Tandakan dengan (/) di lajur-lajur yang berkenaan.
Bil Butir Aset Liabiliti Ekuiti Hasil Belanja
Pemilik

a Modal

b Stok

c Belanja runcit

d Pinjaman

e Diskaun diberi

f Kenderaan

g Belian

h Jualan

i Kadar bayaran

j Ambilan

k Upah dan gaji

l Insurans

m Perabot

n Alat tulis

o Penghutang

p Pemiutang

q Alatan pejabat

r Overdraf bank

s Simpanan tetap

t Sewa dibayar

u Faedah
simpanan tetap
v Komisen diterima

w Belanja am

x Premis

y Iklan

z Faedah atas
pinjaman

2. Butir-butir berikut berkaitan dengan Kedai Runcit Cunzz. Nyatakan sama ada setiap
butir di bawah ialah hasil kendalian, hasil bukan kendalian, belanja kendalian, belanja
bukan kendalian, aset semasa, aset bukan semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan
semasa atau ekuiti pemilik.
Bil Butir Jenis

Contoh : Sewa yang dibayar untuk ruang Belanja kendalian


niaga.

a Dividen yang diterima daripada pelaburan

b Wang tunai yang disimpan di bank.

c Jumlah yang terhutang kepada pembekal.

d Kenderaan yang digunakan dalam


perniagaan

e Pinjaman bercagar daripada bank.

f Faedah yang dibayar untuk pinjaman bank.

g Hasil yang diperolehi daripada jualan


barang niaga.

h Jumlah yang terhutang oleh pelanggan

i Gadai janji atas premis perniagaan.

j Belian barang niaga

k Faedah atas simpanan tetap.

l Modal yang dilaburkan dalam perniagaan

m Kadar bayaran belum dibayar.

1
n Ambilan barang niaga oleh pemilik

o Pelaburan tambahan oleh pemilik

3. Cik Munira memulakan perniagaan salun kecantikan pada 1 Julai dan merancang untuk
menyediakan Penyata Pendapatan pada penghujung setiap bulan. Sepanjang bulan
Julai, urus niaga berikut telah berlaku:
a. Melaburkan tunai sebanyak RM20 000 dan peralatan bernilai RM8 000 dalam
perniagaan.Pelaburan Aset +28 000, Ekuiti pemilik +28 000
b. Membayar sewa kedai sebanyak RM750. Aset -, Ekuiti pemilik - Belanja sewa
kedai
c. Membeli peralatan tambahan secara kredit bernilai RM5 000. Aset +, Liabiliti +
Peralatan
d. Menerima hasil daripada perkhidmatan dan jualan barang kecantikan yang telah
dikutip daripada pelanggan sebanyak RM1 100 bagi minggu pertama dan
minggu kedua. Aset +, Ekuiti pemilik + Hasil perkhidmatan
e. Membeli peralatan tambahan secara tunai bernilai RM2 200. Aset + aset -
Peralatan
f. Menerima hasil daripada perkhidmatan bagi minggu ketiga dan keempat
sebanyak RM2 400.
g. Menjelaskan bayaran untuk pembelian peralatan yang dibuat dalam ©.

Catatkan setiap urusniaga di atas berdasarkan persamaan perakaunan dengan


menggunakan analisis berjadual.

4. Ahmad Faez baru sahaja menamatkan kursus Sijil Seni Fotografi. Pada 1 Jun, Faez
melaburkan RM15 000 dalam perniagaan yang baru dibukanya, Fotografi Faez. Beliau
bercadang untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaannya pada
penghujung setiap bulan. Sepanjang bulan pertama (Jun) perniagaan ini beroperasi,
urus niaga berikut telah berlaku:
Jun1 Menyewa peralatan pejabat dan peralatan bilik gelap daripada seorang
jurugambar dengan membayar sewa sebanyak RM800 secara tunai.
2 Membeli bekalan fotografi bernilai RM420.
3 Membayar RM200 untuk belanja pembersihan pejabat bagi bulan Jun secara
tunai.
8 Menyiapkan beberapa kerja untuk pelanggan dan mengutip bayaran tunai
berjumlah RM150.
12 Menyiapkan satu tugasan fotografi untuk majlis perkahwinan Encik Sagun
bernilai RM750 secara kredit.
15 Membayar gaji pembantu kedai bagi setengah bulan berjumlah RM225.
19 Menerima bayaran hutang sepenuhnya daripada Encik Sagun.
20 Menyiapkan tugasan fotografi untuk Taska Atika bernilai RM700 secara kredit.
22 Membeli bekalan fotografi tambahan secara kredit berjumlah RM250.
24 Menyiapkan tugasan fotografi untuk kelab Wanita bernilai RM475 secara kredit.

2
26 Mengambil risalah untuk tujuan pengiklanan Fotografi Faez daripada sebuah
perniagaan percetakan dengan kos RM120 yang akan dibayar pada awal bulan
Ogos.
27 Menerima bayaran hutang sepenuhnya daripada Taska Atika.
28 Membayar hutang untuk bekalan fotografi tambahan yang dibeli pada 22 Jun.
30 Membayar bil telefon bagi bulan Jun sebanyak RM140 secara tunai.
30 Membayar gaji pembantu kedai bagi setengah bulan berjumlah RM225.
30 Ahmad Faez mengeluarkan RM300 daripada perniagaan untuk kegunaan
sendiri.

Tunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap persamaan perakaunan. Gunakan tanda
(+) untuk pertambahan dan (-) untuk pengurangan dan jumlahkan aset, liabiliti dan ekuiti
pemilik pada 30 Jun.

5. Pada 1 Mei , Miss Lily Wong telah menubuhkan Agensi Pelancongan L. Wong.
Transaksi-transaksi berikut telah berlaku dalam bulan Mei
a. Melaburkan RM30 000 tunai dalam Bank Pertama atas nama Agensi
Pelancongan L. Wong
b. Membayar tunai RM600 untuk sewa pejabat bagi bulan Mei
c. Membeli peralatan pejabat RM3 750 secara tunai
d. Melibatkan belanja pengiklanan sebanyak RM450 secara akaun
e. Membayar RM900 untuk bekalan pejabat secara tunai
f. Memperoleh RM13 500 untuk perkhidmatan yang telah diberi. Tunai RM1 500
diterima daripada pelanggan dan baki sebanyak RM12 000 dibilkan kepada
pelanggan secara akaun
g. Mengambil tunai RM300 untuk kegunaan sendiri
h. Membayar pemiutang untuk belanja pengiklanan seperti di (d)
i. Gaji kakitangan dibayar secara tunai RM1800
j. Menerima RM12 000 tunai daripada pelanggan yang telah dibilkan dalam
transaksi (f)

Sediakan analisis berjadual untuk transaksi-transaksi di atas dengan lajur Tunai, Akaun
Belum Terima, Bekalan, Peralatan Pejabat, Akaun Belum Bayar dan Modal.
Daripada analisis lajur modal Agensi Pelancongan L Wong, kirakan pendapatan atau
(rugi) bersih bagi bulan Mei.

3
6. Analisis berjadual untuk transaksi-transaksi yang dibuat oleh Firma Roberto & Maya,
sebuah firma guaman untuk bulan Ogos ditunjukkan seperti di bawah. Setiap
pertambahan atau pengurangan dalam ekuiti pemilik adalah dijelaskan:

Tunai Akaun Bekalan Peralata = Akaun Ekuiti


belum n belum pemilik
terima pejabat bayar

1 +15 000 +15 000


Pelaburan

2 -5 000 +8 000 +3 000

3 -750 +750

4 +4 600 +3 400 +8 000


Hasil
diperoleh

5 -1 500 -1 500

6 -2 000 -2 000
Ambilan

7 -650 -650
Belanja
sewa

8 +450 -450

9 -2 900 -2 900
Belanja
gaji

10 +500 -500
Belanja
utiliti

Dikehendaki:
a. Jelaskan setiap urus niaga dalam bulan Ogos ini.
Contoh : 1. Tunai dilaburkan sebagai modal perniagaan RM15 000.
b. Kirakan pertambahan ekuiti pemilik dalam bulan Ogos
c. Kirakan untung (pendapatan) bersih bagi bulan Ogos

You might also like