You are on page 1of 5

Contoh 1

Farhana’s Cookies merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan
membekalkan kuih raya di Taman Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Berikut Imbangan Duga yang telah diambil daripada buku perniagaanya pada 31 Mei 2014.

Farhana’s Cookies
Imbangan Duga pada 31 Mei 2014
Debit Kredit
RM RM
Tunai 820
Bank 8 940
Simpanan tetap 15 000
Stok 1 Jun 2013 19 540
Perabot 7 480
Kenderaan 68 300
Susut nilai terkumpul perabot 1 500
Susut nilai terkumpul kenderaan 9 990
Penghutang dan Pemiutang 9 050 7 680
Modal 72 893
Pulangan 370 515
Belian dan Jualan 34 400 77 550
Insurans 1 800
Angkutan masuk 430
Komisen 250
Hutang lapuk 850
Gaji 18 150
Diskaun 520 750
Upah 725
Insurans atas belian 240
Duti Import 328
Kadar bayaran 1 300
Faedah pinjaman 800
Sewa kedai 5 400
Peruntukan hutang ragu 315
Pinjaman berkadar faedah 12% (matang pada 30 September 2015) 15 000
Pinjaman berkadar faedah 8% (matang pada 31 Disember 2014) _ 8 000
194 443 194 443

1
Maklumat Tambahan
i) Stok pada 31 Mei 2014 bernilai RM24 375 pada harga kos dan RM24 573 pada harga pasaran.
ii) Angkutan keluar sebanyak RM125 telah tersilap rekod sebagai angkutan masuk.
iii) Komisen sebanyak RM850 masih belum diterima
iv) Gaji terakru RM650.
v) Faedah pinjaman 8% belum dibayar
vi) Insurans terdahulu adalah untuk tempoh sebulan.
vii) Seorang penghutang didapati muflis dan hutangnya sebanyak RM450 dihapuskan sebagai hutang
lapuk
viii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 2% atas penghutang bersih
ix) Simpanan tetap adalah untuk tempoh 5 tahun bermula dari 1 Januari 2014. Faedah simpanan tetap
ialah pada kadar 8% setahun dan akan dikreditkan ke akaun bank perniagaan pada setiap akhir
tahun.
x) Perabot disusutnilaikan dengan kadar 10% mengikut kaedah baki berkurangan. Kenderaan
disusutnilaikan 15% setahun mengikut kaedah garis lurus.Sebahagian kenderaan bernilai RM35
000 dibeli pada 1 Disember 2013.
xi) Farhana mengeluarkan tunai perniagaan RM500 untuk membayar sewa rumah kediamannya dan
mengambil barang niaga berjumlah RM255 untuk tujuan promosi. Kedua-dua urus niaga ini belum
direkodkan dalam mana-mana buku perniagaannya.

Anda dikehendaki menyediakan:


a. Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mei 2014.
b. Kunci kira-kira pada 31 Mei 2014 (Tunjukan modal kerja).

Contoh 2

2
Pada 1 Februari 2016, A Halim telah memulakan perniagaan milikan tunggal dengan nama Along
Enterprise. Berikut adalah aset-aset yang dibawa masuk ke dalam perniagaan:
RM
Kenderaan 4 000
Stok 4 800
Tunai di bank 16 000

Beliau juga memperoleh pinjaman daripada adiknya, A. Hamid RM6 000 dan telah dimasukan ke dalam
bank perniagaan dengan kadar faedah 10% setahun.

Untuk melihat prestasi perniagaan bagi tempoh 6 bulan pertama, A. Halim telah meminta anaknya
menyediakan Penyata Pendapatan. Berikut ialah Penyata Pendapatan yang telah disediakan:

Penyata Pendapatan bagi setengah tahun berakhir 31 Julai 2016


RM RM
Jualan (Kos + 50%) 123 900
Tolak :
Stok awal 4 800
Bayaran kepada pemiutang 82 000
Gaji 10 120
Sewa sehingga 31 Julai 2016 12 000
Ambilan tunai 17 400
Lekapan (dibeli pada 31 Julai 2016) 2 000
Bayaran pinjaman 1 000
Insurans (setahun berakhir 31 Januari 2017) 800
130 120
Rugi bagi 6 bulan pertama 6 220

Maklumat tambahan :
i. Belian barangniaga secara kredit RM1 600 belum direkodkan dalam mana-mana buku.
ii. Tiada rekod ke atas ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri berjumlah RM600.
iii. Stok akhir pada harga pasaran ialah RM7 800.
iv. A. Halim bercadang untuk menyusutnilaikan kenderaan pada kadar 20% setahun atas kos.

Dikehendaki :

3
a. Menyediakan Penyata Pendapatan bagi setengah tahun berakhir 31 Julai 2016.
b. Kunci Kira-kira pada tarikh yang sama.

Contoh 3
4
Kelab Kecergasan dan Sukan Branang telah ditubuhkan dan beroperasi pada 1 Januari 2011. Ahli kelab
terdiri daripada ahli yang membayar yuran untuk tempoh sepuluh tahun.

Berikut ialah maklumat berkenaan dengan kadar yuran untuk tempoh 10 tahun dan bilangan ahli yang
terlibat:

Tahun berakhir Kadar yuran Bilangan


31 Disember RM Ahli
2011 1 000 50
2012 1 200 40
2013 1 300 40
2014 1 400 60

Anda dikehendaki:
a. Menyediakan Akaun Yuran bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, 2012, 2013 dan 2014
b. Menunjukkan Yuran terdahulu di Kunci Kira-kira pada 31 Dis 2014.

You might also like