You are on page 1of 18

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari

Petua yang pertama ialah – tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita,
terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita.Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang
bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang
bergoyang di luar kelas dan sebagainya.

Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan
kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-
pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Ini sama seperti
kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?

Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut?Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak menumpukan perhatian kepada kunci
itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran
anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru
anda ajarkan, semasa guru mengajar:

Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami
maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang kesan asap
kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor
disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri.Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya
kepada anda semasa guru sedang mengajar.Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia tidak sepatutnya
tanya anda?sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu
konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap kepadanya dengan baik.Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah
tempat demi memajukan pelajaran anda.

Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan disebelah, guru akan sangka
anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan
anda.Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja.Anda tidak boleh ingat fakta sejarah dengan tidak sengaja. Anda perlu
fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus. Teknik ini
boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.

Selamat mencuba.
Petua 2

Sebelum anda pelajari petua kedua, tahukah anda bahawa?bahasa memori anda ialah gambar. Ini bermaksud, anda berfikir dan mengingat
dengan cara bergambar. Jika sesoerang menyebut perkataan asap, anda akan terbayangkan gambar asap yang berkepul-kepul, bukan tulisan
a.s.a.p. Dengan mengetahui bahasa memori ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih mudah. Petua kedua berbunyi, tukarkan
maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar.

Sebagai contoh, jika seseorang memberi tunjuk arah kepada anda untuk pergi ke sesuatu tempat, anda akan lebih mudah ingat jika anda
menukarkan maklumat itu kepada gambar. Contohnya, jika orang itu berkata, jalan terus melalui jalan ini (bayangkan gambar jalan raya yang
lurus), kemudian belok kiri pada lampu isyarat pertama (bayangkan anda dapat lihat satu lampu isyarat dan mula membelok ke kiri), jalan
terus lagi hingga anda jumpa pasaraya X (bayangkan anda bergerak terus hingga bertemu pasaraya x. Bayangkan rupa pasaraya X itu!)
dan??seterusnya?..

Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.Di dalam kelas atau
dewan kuliah pula, anda perlu buat diri anda sibuk dengan menukarkan maklumat daripada gur dan pensyarah kepada gambar.Ada satu sebab
utama mengapa anda perlu lakukan ini.untuk pengetahuan anda,

kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 – 200 patah perkataan seminit

kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 – 500 patah perkataan seminit.

Ini bermaksud, semasa guru atau pensyarah anda bercakap, minda anda ada banyak masa untuk leka dan hanyut memikirkan perkara lain.
Dengan menukarkan apa yang guru/pensyarah anda katakan kepada gambar, anda akan lebih fokus dan tumpuan anda tidak akan terpesong ke
tempat lain. Ini pastu akan membuat anda lebih mudah ingat.

Selamat mencuba.
Petua 3

Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa
selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa
yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.

Tentu anda pernah dengar pepatah Inggeris yang mengatakan??Repetition is the mother of all skills? (Pengulangan adalah ibu kepada segala
kemahiran).Jika anda mahu pandai menaiki basikal, anda mesti menunggang basikal berulang-ulang kali hingga anda benar-benar pandai dan
cekap.Katakan anda baru mengenali seseorang dan dia memperkenalkan diri dan namanya. Tentu anda ada pengalaman sebaik sahaja
seseorang memberitahu nama mereka, anda lupa apa nama itu.

Akhirnya anda dengan rasa malu terpaksa bertanya sekali lagi. Untuk mengelakkan perkara begini, setelah seseorang itu memperkenalkan
namanya, anda perlu sebut nama itu kembali dan gunakannya dalam perbualan anda. Contohnya, ?Nama saya Ahmad.? ?Oh..Ahmad?..Ahmad
dari mana?.? Ahmad ke sini ada urusan apa??Apabila anda mengulang nama itu beberapa kali dalam perbualan anda, anda jadi lebih mudah
ingat nama itu.Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk ingat apa yang guru anda ajarkan ialah pada waktu malam sebelum anda
tidur, anda buka semula buku dan nota yang anda tulis dalam kelas bersama guru anda siang tadi.

Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara gru
anda menerangkan tentang nota itu siang tadi. Ia seolah-olah anda cuba memainkan semula video di dalam minda anda mengenai apa yang
anda pelajari siang tadi.Hasilnya, anda?akan?ingat lebih lama apa yang anda pelajari.

Jika anda cuba menghafal sifir juga, anda mungkin rasa susah hendak hafal jika anda baru mencuba 5 ke 10 kali sahaja. Apa kata anda cuba
hingga 100 kali. Tentu ia jadi lebih mudah.

Selamat mencuba.
Petua 4

Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah denganmenjaga masa tidur?anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih
mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu
pagi.

Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam. Namun, masalahnya ialah jika anda tidak
menjaga masa tidur anda, minda anda akan sentiasa keletihan dan tidak mampu mengingati sesuatu dengan mudah.Saya mahu tanya anda,
pukul berapa anda tidur pada waktu malam? 10? 12? 2 pagi?kebanyakan pelajar mengatakan mereka tidur antara pukul 10 hingga 12 malam.

Ada juga yang tidur lebih lewat daripada itu.Mengapa?Belajar adalah alasan mereka.Anda perlu tahu, minda anda adalah alat utama untuk
anda mencapai kejayaan dalam bidang akademik.Jika seorang pelumba motosikal memerlukan motosikal sebagai alat utama dan pelumba
kereta memerlukan kereta sebagai alat utama, anda perlukan minda anda. Jika minda anda lemah, sama seperti motor atau kereta yang tidak
berkuasa, pasti tidak boleh memenangi pertandingan.Jadi anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi.

Menurut satu kajian yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang baik ialah sebelum pukul 12 tengah
malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau 11 malam, tubuh anda akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu sangat sesuai untuk
tubuh manusia berehat dan tidur. Katakan anda tidur pada pukul 1 atau 2 pagi, tubuh dan minda anda akan rasa penat walaupun anda bangun
lewat keesokan harinya.Mulai hari ini, jika anda biasa tidur lewat untuk mengulangkaji, dapatkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk
tidur awal (antara pukul 10 hingga 11).

Ini akan memberi tubuh badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat, tubuh dan minda yang segar akan
membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa yang anda pelajari dengan lebih mudah.Satu cara mudah untuk tidur awal pula
ialah dengan melakukan aktiviti riadhah / sukan yang berat sedikit pada waktu petang. Apabila tubuh anda letih akibat riadhah yang
menyihatkan, anda akan lebih mudah tidur. Dalam masa yang sama, kurangkan tidur pada waktu siang.

Selamat mencuba.
Petua 5

Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu?mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta.

Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan
matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru
dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja
tersebut.

Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada
90% apa yang mereka pelajari itu.Setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana,
dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan.

Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah anda perlu belajar semula topik itu dari awal
hingga akhir.Katakan anda sedang belajar subjek selain subjek matematik. Katakan anda sedang belajar subjek sejarah.

Apabila guru anda menerangkan tentang kisah penjajahan Jepun contohnya, anda boleh bayangkan seolah-olah anda sendiri berada pada
zaman itu. Apabila anda bayangkan begitu, anda akan rasa lebih jelas mengenai kisah sejarah itu. ia seolah-olah anda boleh lihat semua
kejadian semasa zaman itu di dalam minda anda. Ini akan membuat anda lebih ingat akan topik ini.

Satu kelebihan utama jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan cepat dapat menguasainya. Untuk
menguasai sesuatu topik atau subjek, ?susah? hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya
akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang basikal.

Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda menguasainya, anda boleh lakukannya
tanpa berfikir.Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada
pada anda.

Selamat mencuba.
Petua 6

Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ?tulis?. Saya selalu perhatikan gelagat pelajar semasa berada di
dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar.

Perkara ini juga mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa saya di tingkatan 3, ustazah Fatimah.

Ustazah saya ini terkenal dengan ungkapannya, ?Ha?catatlah?.?. Setiap hari dan hampir setiap kelas Ustazah akan menyuruh dan
mengingatkan kami untuk mencatat apa yang kami pelajari.

Walaupun kami sedar apa yang ustazah ajarkan sangat penting, kami selalu leka?dan tidak mencatatnya.?Kini, saya benar-benar?boleh
melihat mengapa Ustazah Fatimah beria-iya benar mahu?kami mencatat apa yang telah kami pelajari.? Satu sebabnya anda pasti sudah tahu
bahawa kita mudah lupa.

Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja.? Kedua, apabila anda
menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu.?Jadi, anda tidak akan leka.?Minda yang fokus
kepada sesuatu yang dipelajari akan lebih mudah mengingatinya.

Ada beberapa tips untuk menulis apa yang anda pelajari.

Pertama, anda tidak semestinya menulis bulat-bulat apa yang guru anda tuliskan di papan hitam. Apa yang patut tulis adalah berdasarkan apa
yang anda faham. Tulis dalam bentuk yang anda boleh faham.

Kedua, jika anda menyalin nota yang guru anda berikan, buat penerangan kecil dalam ayat anda sendiri tentang maksud nota yang anda salin
itu.Contohnya, jika anda menyalin nota yang menunjukkan jalan kerja matematik, anda boleh tuliskan penjelasan menggunakan ayat anda
sendiri (jika boleh, menggunakan pen warna berbeza) tentang jalan penyelesaian matematik. Ini supaya anda faham apa yang berlaku di dalam
jalan penyelesaian matematik itu kelak.

Anda perlu ingat, antara menulis nota dan mendengar penjelasan cikgu, yang kedua adalah lebih penting. Ini bermaksud, jika guru anda
sedang menerangkan tentang sesuatu,?berhenti menulis?dan dengar penjelasannya dengan teliti. Tulisan anda tidak akan bermakna jika anda
tidak faham apa yang guru anda terangkan.

Jadi kreatif.Anda boleh reka nota dan tulisan anda sendiri.Nota patut jadi sesuatu yang menyeronokkan untuk dibaca.Gunakan
warna.Gunakan lukisan.Kadangkala penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan, bukan tulisan.

Selamat mencuba.
Petua 7

Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah?mengaitkan?sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada
diketahui?. Hmm?jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya?..

Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa
sangat sukar mengenal pasti perbezaan antara setiap huruf-huruf itu. Ini adalah kerana anda tidak tidak boleh mengaitkannya kepada apa yang
pernah anda lihat sebelum ini. Jika anda belajar Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D?dan sterusnya itu anda sudah biasa lihat.
Apabila anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan hadapi kesukaran untuk mengingatinya.

Namun, jika anda boleh mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda akan lebih mudah mengenalpasti huruf-
huruf tersebut.?Contohnya, ada huruf yang anda kata ?macam gambar pokok rendang?. Ada huruf yang macam bentuk ?H?. Ada huruf yang
macam orang sedang berlari.

Mengaitkan huruf tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan dengan ?mengaitkan sesuatu yang dipelajari
itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui?.

Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu kepada sesuatu yang anda sudah
tahu.?Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.

Katakan anda sedang menghafal subjek Sains, organ dalaman telinga contohnya.Ada satu bahagian dalam telinga namanya Cochlea. Mungkin
sukar untuk anda ingat nama ini kerana anda jarang mendengarnya. tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada perkataan ?Kak
Lia? dan bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat bukan.

Satu contoh lagi dalam organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata anda kaitkan eardrum kepada satu
gambar gendang kecil yang ada dalam telinga? Ia lebih mudah diingat bukan?

Jadi, mulai hari ini, kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah ketahui.

Selamat mencuba.
Polis tahan 3 lelaki, rampas 4kg ganja
Oleh Nur Izzati Mohamad

bhnews@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan tiga lelaki dan merampas hampir empat kilogram (kg) bernilai RM11,720 dalam sekatan jalan raya di
susur keluar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 hingga 37 tahun yang dipercayai pengedar dadah, ditahan kira-kira jam 12.35 tengah malam dalam sebuah kereta,
dipercayai dalam perjalanan pulang ke Selangor selepas mengambil bekalan dadah berkenaan daripada seorang pembekal di utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemeriksaan lanjut terhadap kereta
yang dinaiki tiga suspek menemui dua ketulan mampat ganja disorokkan di bawah tempat duduk penumpang depan.

"Kita turut menemui sebuah beg galas yang mengandungi dua lagi ketulan mampat ganja di dalam kereta yang dinaiki tiga suspek berasal dari
Selangor itu.

"Kita menahan kereta yang dinaiki suspek selepas mendapati ada unsur yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif ganja, manakala
seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah.

"Mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam sekatan sama, katanya, polis turut menahan dua penagih dadah berusia 24 dan 39 tahun selepas pemeriksaan terhadap kenderaan
mereka menemui satu plastik lutsinar disyaki syabu serta peralatan menghisap dadah.
Abai hak ibu taubat tak diterima
Fairuz Noordin

USIA muda adalah masa paling penting dalam perjalanan hidup manusia sehingga Rasulullah SAW sendiri mengingatkan supaya merebut
lima perkara sebelum tiba lima masa dan satu daripadanya ialah waktu muda.

Pada usia muda manusia mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan seharusnya ibu bapa perlu memberi pemahaman
yang jelas kepada anak berkenaan tanggungjawab itu.

Di dalam Islam ada hak yang perlu ditunaikan oleh pemuda dan pemudi, antaranya peranan terhadap kedua ibu bapa mereka.

Ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia mempunyai hak yang harus dipenuhi oleh anak kerana sesungguhnya reda Allah
SWT adalah selepas mendapat keredaan daripada ibu bapa

Namun, tanggungjawab itu harus dipupuk oleh ibu bapa supaya tidak berlaku sebarang penyesalan selepas mereka meniti usia tua kelak.

Doa anak soleh

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-Asr, Rasulullah SAW bersabda: "Allah itu akan reda pada kamu berdasarkan reda ibu dan bapa
kepada kamu. Kemurkaan Allah pula berdasarkan kemurkaan daripada ayah dan ibumu."

Besar tanggungjawab terhadap ibu bapa sehinggakan kewajipan mentaati mereka melebihi daripada tuntutan berjihad di jalan Allah SWT
kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu dan bapa.

Oleh itu, jika ibu dan bapa memerlukan perhatian ketika usia tua mereka, maka hak itu perlu dipenuhi dan menjadi keutamaan kepada
anaknya. Malah, hak itu perlu ditunaikan walaupun selepas kedua ibu bapa meninggal dunia.

Allah SWT mengangkat darjat jenazah walaupun diazab ketika berada di alam barzah.Selepas ditanya oleh penghuni kubur berkenaan
kenikmatan yang diterimanya setiap hari, malaikat menjawab, anak mereka sudah memohon keampunan bagi pihak kedua ibu bapanya.

Begitulah perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, bahawa Allah SWT tidak pernah menolak doa
daripada anak yang soleh terhadap ibu bapanya, termasuk amalan dan setiap perbuatan baik yang diiringi niat kebaikan itu kepada arwah.
Sambung silaturahim

Selain itu, anak perlu menunaikan hak ibu bapanya dengan melaksanakan janji mereka untuk melakukan amalan kebaikan seperti bersedekah.

Muliakan sahabat ibu bapa walaupun hanya dengan bertanyakan khabar kerana perlakuan anak yang soleh itu akan ditunjukkan oleh Allah
SWT kepada ibu bapa mereka di alam kubur.

Sambung silaturahim yang terputus ketika hidup mereka walaupun dengan pihak yang bermusuhan kerana masalah dihadapi mereka.Mohon
kemaafan bagi pihak ibu bapa semoga persengketaan dan dosa itu tidak berlarutan.

Islam mendidik anak supaya mendahului ibunya, seperti pesanan Rasulullah SAW kepada seorang pemuda yang datang kepadanya dan
bertanya siapakah yang paling berhak untuk dia melakukan kebaikan.

Baginda menjawab: "Kepada ibumu. Lalu pemuda itu bertanya lagi: Siapakah yang perlu dibuat kebaikan selepas itu? Dijawab oleh
Rasulullah: Kepada ibumu. Sehinggalah buat kali ketiga persoalan sama diajukan pemuda itu kepada Baginda SAW.

Apabila diajukan soalan sama buat kali keempat, barulah dijawab Baginda SAW supaya melakukan kebaikan kepada ayahnya.

Kisah al-Qamah

Besar kemuliaan seorang ibu sehingga tidak terbalas jasanya menanggung kepayahan mengandungkan anak, berasa sakit melahirkan,
menyusukan, tidak cukup tidur menjaga serta mendoakan kesejahteraan mereka.

Ini membuktikan besarnya tanggungjawab anak menunaikan hak ibu mereka.Perasaan belas kasihan dikurniakan Allah SWT bagi seorang ibu
melebihi bapa.

Di dalam kitab Tarbiyatul Aulad menceritakan, Abu Layth al-Samarqandi memberitakan daripada Anas yang mengisahkan betapa besarnya
kedudukan ibu dalam peristiwa al-Qamah yang tidak mampu mengucapkan syahadah, walaupun ketika sudah menghampiri kematian.

Ibunya berkecil hati apabila al-Qamah melebihkan isterinya berbanding dirinya.Walaupun al-Qamah seorang mukmin yang baik, suka
bersedekah, melakukan banyak amal ibadat, kemurkaan ibu menahan lidah al-Qamah daripada mengucapkan syahadah.

Reda ibu

Rasulullah SAW meminta Bilal mengumpulkan kayu untuk membakar tubuh al-Qamah, lalu ibunya merayu kepada Baginda supaya tidak
melakukan sedemikian kerana dia tidak sanggup melihat penderitaan dihadapi anak kesayangannya itu.
Usah perkecil graduan jual nasi lemak, pandu Grab
Oleh Nik Sukry Ramli

KUANTAN: Graduan yang memilih untuk menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber dan Grab tidak sepatutnya dijadikan bahan politik
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof, berkata sebaliknya bekas Perdana Menteri itu patut
berbangga dengan semangat lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berani berusaha mencari pendapatan sampingan berbanding hanya
menumpukan pada kerja makan gaji.

YANG Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof. - Foto ihsan DPMM

"Sepatutnya kita memberi semangat kepada golongan ini, bukan memperkecilkan usaha mereka.Apa salahnya mereka memilih menjual nasi
lemak atau menjadi pemandu Uber, asalkan ia hasil usaha sendiri dan tidak meminta-minta daripada sesiapa.

"Kalau nak kata peluang pekerjaan terhad akibat keadaan ekonomi semasa, masalah ini tidak hanya berlaku di sini saja kerana boleh
dikatakan seluruh dunia berdepan situasi sama (kemelesetan ekonomi).

"Kita jangan pula lupa, ketika Tun (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri dulu, masalah pengangguran juga berlaku.Jadi, tidak perlulah kita
mempolitikkan semua perkara.Kalau semua nak dijadikan modal (politik), payahlah macam ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Mahathir pada satu sesi bual bicara disiarkan melalui Facebook pada 17 Januari lalu, dilaporkan sebagai berkata, peningkatan jumlah
graduan universiti tidak bekerja dalam bidang dipelajari secara akademik membuktikan kegagalan kerajaan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa ramai graduan kini terpaksa bekerja sebagai pemandu Uber atau menjual
nasi lemak dan keadaan itu memalukan serta tidak patut ditunjukkan kepada media sebagai kejayaan.

Yusri berkata, graduan ketika ini lebih bertuah kerana ada banyak pilihan mencari pendapatan sampingan berbanding zaman kemelesetan
ekonomi sekitar 1988 dan 1997.

Selain boleh cuba menceburi perniagaan dalam talian, beliau berkata, mereka juga disediakan platform menawarkan perkhidmatan seperti
Uber dan Grab, selain berniaga kecil-kecilan melalui modal disediakan kerajaan.
2 pelajar mati ditembak
KONGSI ARTIKEL

WASHINGTON: Seorang lagi pelajar meninggal dunia menjadikan dua mangsa terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah
menengah di Kentucky, semalam.

Remaja 15 tahun yang tidak didedahkan identitinya melepaskan beberapa tembakan menyebabkan dua pelajar terbunuh dan beberapa lagi
cedera dalam kejadian tembakan terbaharu di Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu dikatakan berlaku di Sekolah Menengah di Benton dalam daerah Marshall, barat Kentucky.Gabenor Kentucky, Matt Bevin,
berkata dua pelajar sebaya meninggal dunia selepas ditembak manakala 12 lagi cedera dengan lima daripada mereka mengalami beberapa
kecederaan lain.

Bevin berkata, penyerang ditahan tanpa menggunakan kekerasan dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh dan beberapa percubaan
membunuh.

Pesuruhjaya Polis Kentucky, Rick Sanders berkata, salah seorang pelajar terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di
hospital."Lima lagi mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Sanders berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 7.57 pagi waktu tempatan apabila seorang remaja berusia 15 tahun bersenjatakan pistol
memasuki perkarangan sekolah lalu melepaskan tembakan.

"Suspek kini sedang ditahan di pejabat pegawai sherif yang lebih awal tiba di tempat kejadian," kata Sanders. - AFP
Umat Islam usah jadi buih di lautan
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Umat Islam wajar mengetepikan perbezaan ideologi untuk menangkis asakan pelbagai penjuru didalangi kuasa luar, kata
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia kini mewakili suara besar di pentas antarabangsa, namun hanya
akan kelihatan sebagai buih di lautan jika sering bertelingkah sehingga mengundang perpecahan. Katanya, langkah tuntas perlu diambil dalam
mencari perdamaian susulan unjuran terbaharu menjangkakan jumlah umat Islam di dunia akan mencecah tiga bilion pada 2050.

"Kita akan mewakili 33 peratus daripada sembilan bilion penduduk dunia pada 2050, tetapi angka ini hanya akan dipandang sepi dan hilang
ibarat buih yang dibadai angin laut. "Satu demi satu asakan dihujani umat Islam, termasuk isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota
Israel sehingga mengetepikan hak rakyat Palestin dalam menuntut kedaulatan negaranya. "Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNSC) menerusi resolusi yang disokong 128 negara bagaimanapun menolak tindakan Amerika Syarikat (mengiktiraf Baitulmaqdis
sebagai ibu kota Israel).

"Sedih apabila ada umat Islam yang menolak resolusi UNSC selepas menerima ugutan kuasa besar," katanya ketika menyampaikan tazkirah
sempena majlis Mahabbah Rasulullah SAW 2018/1439H Parlimen Bukit Bintang, di Masjid Al-Bukhary, di sini, malam ini.
Zahid yang tiba pada jam 7.23 malam menunaikan solat maghrib berjemaah, diimamkan penceramah terkenal, Maulana Al-Sheikh
Afeefuddin Al-Jailani.Tokoh Islam lain yang turut menyampaikan takzirah adalah Habib Ali Muhammad Al-Saggaf dan Habib Ali Zaenal
Abidin Abu Bakar Al Hamid.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada hadis atau nas al-Quran yang 'menghalalkan' perlakuan ekstremisme, sekali gus
mencerminkan pemikiran radikal itu adalah bukan sebahagian daripada Islam."Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Masyarakat
dunia memandang serong kepada Islam kerana tindakan segelintir umatnya yang mencipta pemikiran asing.

"Sehubungan itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi cerminan bahawa Islam adalah agama syumul dan rahmat kepada semua,
berbanding mencetuskan ketakutan serta diselubungi pergerakan ekstremisme," katanya.TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi (kanan) menyampaikan tazkirah pada Majlis Mahabbah Rasullullah 2018/1439 Hijrah Parlimen Bukit Bintang di Masjid Al-
Bukhary. - Foto BERNAMA
Mulut tak dikawal punca ke neraka
Tiga hari penting dalam hidup iaitu hari kita dilahirkan, hari disemak kembali kehidupan di dunia dan apabila berada di Padang
Mahsyar.Sesungguhnya kita dihidupkan dengan akal sempurna untuk mengimarahkan kehidupan di dunia dan akhirat. Ketakwaan seseorang
terbina apabila ilmu tauhid mantap dan betul, ibadah terpelihara, diikuti dengan akhlak mulia yang diukur daripada cara kita berinteraksi
dengan Allah SWT serta manusia. Salah satu cara menjaga interaksi dengan manusia ialah memelihara mulut atau lisan. Hakikatnya, mulut
boleh menjadi punca kita ke neraka jika tidak hati-hati mengawalnya. Wasiat Imam Ghazali, lapan dosa berpunca daripada mulut iaitu
mungkir janji, dusta, mengumpat, menghina, melaknat, memuji diri sendiri, banyak berbicara atau bertengkar dan mendoakan yang buruk
sesama makhluk. Mengenai memungkiri janji dan dusta, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang apabila dimiliki seseorang,
maka dia orang munafik, sekalipun dia melakukan ibadah solat dan puasa. Tiga perkara itu adalah apabila berjanji, memungkiri.Apabila
berkata, dusta.Apabila dipercayai, khianat."

Suka bertengkar

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kaum mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati?" (Surah al- Hujaraat, ayat 12) Walaupun membicarakan kenyataan yang benar mengenai
seseorang, perbuatan itu tetap berdosa. Jika kita menyedari dunia hanyalah satu kehidupan sementara dan akan dibangkitkan semula di
Padang Mahsyar untuk diadili, pasti kita tidak berani membuat perkara mendatangkan dosa.Orang yang tidak meningkatkan akidah, ibadah
dan akhlak, kita dapat melihat mereka percaya kepada Allah SWT tetapi tidak melaksanakan solat.Ada yang percaya kepada Allah SWT,
bersolat dan mengerjakan semua suruhan-Nya tetapi tidak berakhlak pula. Menurut Imam Ghazali, bertengkar mulut dengan orang bodoh
akan menimbulkan musuh yang sentiasa menyakitkan hati sementara bertengkar dengan orang arif tiada manfaat selain menyakitkan hati
sendiri. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa meninggalkan bertengkar lisan dan dia berada dalam kedudukan yang salah, maka
Allah membangunkan rumahnya untuknya di sekitar syurga; dan barang siapa meninggalkan bertengkar lisan sedang dia berada dalam
kedudukan yang benar, maka dibangunkan untuknya sebuah rumah oleh Allah di syurga."Oleh itu, tinggalkan sikap suka bertengkar dan
mendoakan yang buruk sesama makhluk, sebaliknya semaikan sikap suka berkasih sayang dan saling mendoakan kebaikan.
Aura hati

Binalah aura positif supaya kita disenangi orang Aura ialah suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri bermula dari hati.Aura diri
boleh dibina atau dibentuk daripada negatif menjadi positif.Hati yang negatif menghasilkan aura negatif manakala sikap dan tingkah laku
positif menghasilkan aura positif.Sifat positif yang memenuhi kerohanian seseorang itu akan terpancar gambaran kesuciannya di wajah.
Orang yang bersih dan tenang hatinya ialah orang yang beraura positif, wajahnya terpancar aura positif kerana senyuman sentiasa menjadi
hiasan. Mereka yang memiliki aura positif mempunyai keyakinan diri dan mudah mesra atau berasa selesa dengan orang lain. Malah, mereka
boleh menjadi inspirasi kepada yang lain dengan sikap mudah didekati dan disenangi.Imej terpancar pada wajah adalah undang-undang
getaran atau gelombang jiwa yang kita hantar kepada orang lain. Justeru, siapa dunia dalamannya cantik, akan terpelihara dunia luarannya
termasuk mulut yang menjadi punca permasalahan kepada manusia.

Banyak yang sibuk mencari cara mencantikkan diri tetapi tidak ramai mencari kecantikan dalam diri. Sebenarnya, yang lebih penting pada diri
seseorang adalah kecantikan dalam diri terutama budi bahasa serta pertuturan yang menambat hati.Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan
cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya." (Surah Ibrahim, ayat 24-25)

Lima peringkat
Lima peringkat kehidupan yang perlu dijaga bagi membina aura positif.Pertama, menjaga keterampilan diri dari segi fizikal dengan menjaga
kesihatan.Kedua, menjaga kecerdasan minda, dengan banyak memanfaatkan masa mencari ilmu, membaca serta menghadiri majlis ilmu.
Ketiga, menjaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta (Allah), buat segala suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Keempat, menjaga
kewangan kerana apabila kewangan mantap, kita boleh membuat banyak kebaikan dan membahagiakan orang lain.Kelima, menjaga
hubungan dan hormat dengan semua makhluk Allah SWT. Sentiasa fikir apakah manfaat yang boleh kita beri kepada orang, bukan apakah
manfaat yang boleh kita dapat daripada orang lain.Jaga perkataan yang terbit dari mulut kerana itu punca perbalahan seperti pepatah Melayu
mengatakan, 'Kerana mulut badan binasa' dan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'
Penulis adalah Pakar Motivasi dan Pakar Bedah Mata
Menjaga lisan kunci ke syurga
Islam adalah agama yang sempurna.Semua hal yang dapat mendekatkan seseorang kepada syurga sudah dijelaskan.Ini termasuk jalan yang
dapat mendekatkan seseorang ke dalam syurga antaranya adalah menjaga perkataan ataupun lisan.

Menjaga perkataan adalah perbuatan yang sangat penting dalam Islam.Di antara bentuk menjaga lisan adalah menghindari perkataan yang
buruk dan yang tidak bermanfaat.

Menyambung kembali perbincangan bertajuk 'Abaikan 10 Perkataan' dalam rancangan Pesona D'Zahra yang disiarkan di IKIMfm pada Isnin
lalu, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin menyarankan sekali lagi agar peka apabila berinteraksi.

Sentiasalah berusaha berbuat baik dan memohon kepada Allah SWT walaupun ada kalanya perkataan yang diucapkan oleh orang lain
membuatkan kita berasa terguris hati.

Muhammad berkata, apabila kita berhadapan dengan manusia yang berada dalam keadaan mabuk akibat mengambil minuman atau makanan
yang mengandungi bahan terlarang itu, maka kita dinasihatkan agar tidak mengambil secara serius perkataan yang diucapkan oleh individu
berkenaan.

Kebiasaannya, mereka yang mengalami sakit pada anggota badan atau fizikal, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada emosinya.

Untuk itu, pada tahap sedemikian, kita dianjurkan menerima dengan hati yang terbuka apabila berinteraksi dengan individu yang lemah dari
segi kesihatan fizikalnya.

Selain itu, pada saat-saat tersebut juga kita harus percaya bahawa pertolongan Allah SWT datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan
pertolongan, ketika mereka berasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah SWT semata-mata.

Abaikan perkataan individu berpenyakit rohani

Di samping itu, kita juga dianjurkan mengabaikan segala perkataan yang diucapkan oleh individu yang mempunyai penyakit rohani.

Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam
kebaikan.

Sebetulnya orang yang menghidap penyakit rohani akan nampak lemah dalam kemampuan bekerja, hilang semangat untuk maju. Yang
menonjol hanyalah kelemahan dan sifat malas.

Antara tanda penyakit rohani ialah prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: 'Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang di hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasul-Nya
tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipu daya." (Surah al-Ahzab, ayat 12).
Selain mempunyai prasangka buruk terhadap Allah dan Rasul-Nya, dia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap
orang lain tanpa alasan.

Dalam konteks rumah tangga, ada pasangan yang menghidapi penyakit sedemikian berpunca daripada terkena amalan sihir.

Kesan daripada amalan tersebut, ia boleh mengakibatkan hubungan suami isteri bertambah renggang. Justeru, dalam menangani situasi ini,
kita perlulah segera membawanya untuk berubat.

Untuk mengubati rohani yang sakit adalah dengan memperbanyakkan bacaan al Quran. Rohani yang kuat akan menambahkan ketakwaan dan
mendekatkan diri kepada Allah.

Berikutnya, kita juga perlu kuatkan hati dengan merelakan perkataan yang disebut oleh seseorang yang didapati nyanyuk yakni penyakit yang
boleh menyebabkan kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman.

Beri reaksi positif

Selain itu, Muhammad juga menerangkan kepentingan mengabaikan kepada perkataan tidak mahu kepada perkara sepatutnya.

Contohnya, seorang murid yang tetap dengan keputusan untuk membantu gurunya untuk mengangkat beg walaupun guru tersebut menolak
untuk dibantu.

Selain itu, kita juga disarankan agar memberi reaksi positif apabila ia menjadi keperluan dan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai
seorang suami atau isteri waima seorang anak sekalipun dalam keluarga.

Akhir sekali, harus diingatkan agar mengabaikan perkataan tidak kepada perkara yang berkaitan dengan hak yang perlu ditunaikan.

Dalam konteks ini, sebagai seorang suami adalah menjadi wajib menunaikan nafkah walaupun isterinya sudi menghulurkan bantuan.

Penulis adalah Penerbit Kanan IKIMfm

You might also like