You are on page 1of 4

BAHAGIAN A

[60 markah]
Jawab semua soalan

1. (a) Berikut merupakan sebahagian kitaran perakaunan.

Buku Imbangan
catatan X duga Y
pertama

Namakan X dan Y.

(b) Berikan dua contoh akaun nominal bagi kedai sebaneka di tempat anda.

(c) Memo berikut dikeluarkan kepada kerani akaun kerana terdapat kesilapan.

KENCHANA TRADING MEMO


33, Jln Pekeliling,
Mentakab
Pahang
Tarikh : 13 Mac 2018

Jualan kepada Encik Rahim berjumlah RM2 340 telah direkod


sebagai RM2 430 di kedua-dua akaun.

Betulkan kesilapan ini dengan menggunakan Jurnal am.

(d) Butiran berikut diambil daripada rekod perniagaan Juara Enterprise.

RM
Modal 30 April 2018 171 600
Rugi bersih 14 400
Ambilan 1 200

Hitungkan nilai modal pada 1 Mei 2017

(e) Butiran berikut diambil daripada buku perniagaan Umar Trading.

RM
Inventori 31 Mei 2018 27 067
Untung kasar 92 204
Jualan 310 400

Kadar pusing ganti inventori ialah 9 kali

Hitungkan nilai inventori pada 1 Jun 2017


2. Amir Hani ialah seorang peniaga import barangan kulit. Berikut adalah Imbangan
Duga pada 30 Jun 2018.

Debit Kredit
Butir-butir
(RM) (RM)
‘000 ‘000
Modal pada 1 Januari 2018 13 540
Ambilan 1 490
Inventori pada 1 Januari 2018 7 520
Belian dan Jualan 23 575 36 925
Duti atas barang import 1 905
Insurans atas barang import 470
Pengiklanan 1 385
Gaji 2 450
Belanja van 1 230
Tunai dibank 930
Tunai runcit 35
Bangunan kedai 7 800
Van 3 500
Pulangan 450 275
Sewa 1 750
Akaun Belum Terima 3 900
Akaun Belum Bayar 5 800
Komisen 1 460
Diskaun 600
Kadar bayaran 120
Belanja Am 190
Insurans 200
Belanja membaiki bangunan kedai 300
Alatan kedai 1 700
59 750 59 750
Maklumat tambahan:
(i) Inventori pada 30 Jun 2018 dinilaikan sebanyak RM8 500 000.
(ii) Van hendaklah disusutnilaikan sebanyak 20% setahun atas kos.
(iii) Satu peruntukan hutang ragu diwujudkan sebanyak 5% atas nilai hutang
pelanggan.
(iv) Adalah dianggarkan bahawa separuh daripada belanja van adalah untuk
membawa masuk barang ke gudang.
(v) Kadar bayaran sebanyak RM 36 000 masih belum bayar.
(vi) Sewa belum terima ialah RM250 000.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi setengah tahun berakhir
30 Jun 2018
(b) Penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018.
3. Maklumat berikut diperoleh dari Kelab Rekreasi Maulana pada 1 Januari
2017.

RM
Premis kelab 100 000
Peralatan 30 000
Pelaburan-7% Bon kerajaan 10 000
Inventori minuman 3 600
Tunai di tangan dan di bank 8 050
Yuran belum terima 2 100
Akaun belum bayar-Pembekal minuman 1 500
Yuran belum terperoleh 3 000

Penerimaan dan pembayaran tunai dan cek oleh Kelab Rekreasi


Maulana pada tahun 2017 adalah seperti di bawah

Penerimaan RM
Yuran 105 000
Jualan minuman 46 000
Faedah dari Bon kerajaan 700
Yuran pertandingan 3 800

Pembayaran
Gaji kakitangan 34 000
Belian peralatan 2 000
Upah pelayan minuman 6 000
Piala dan hadiah untuk pertandingan 3 300
Belanja Am 1 880
Pembekal minuman 2 560
Pembaikian dan penyelenggaraan premis kelab 31 100

Butir berikut didapati pada 31 Disember 2017


(i) Yuran belum terima RM4 000
(ii) Yuran belum terperoleh RM2 400
(iii) Inventori minuman RM4 200
(iv) Akaun belum bayar- Pembekal minuman RM700
(v) Susut nilai dikenakan pada semua peralatan dengan kadar 20% setahun
atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Yuran
(b) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
(c) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir
31 Disember 2017.
(d) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.

You might also like