You are on page 1of 7

Bahagian A

[ 60 markah ]
Jawab semua soalan
1(a) Urus niaga di bawah ini diambil daripada Kedai Runcit Ashikeen

Penghutang Faizun memulangkan barang niaga yang rosak bernilai RM220

Nyatakan dokumen perniagaan dan buku catatan pertama yang terlibat dengan urus niaga di atas
bagi Kedai Runcit Ashikeen .
(i) Dokumen perniagaan
(ii) Buku Catatan Pertama
( 2 markah )

INVOIS FARMASI FIRZANA,


179, JALAN BUKIT GAMBIR,
84700 MUAR, JOHOR
Kepada,
Kedai Ubat Mimi, No. Pesanan :
65, Jalan Panchor 3, No. Invois : 457/06
84700 MUAR, JOHOR Tarikh : 03 Jan 2015
Kuantiti Butir Harga Seunit Jumlah
40 Kordel Vitamen C 10.00 400.00
50 Health Farm Multi Vitamin 20.00 1 000.00
10 Century B-Complex 15.00 1 500.00
2 900.00
Tolak :Diskaun Niaga 10% 290.00
JUMLAH 2
610.00

Ringgit Malaysia: Dua ribu enam ratus sepuluh sahaja


Diskaun Tunai : 10% 7 hari, 5% 14 hari
Serahan : Angkutan dibayar
K & K.D.K

…………….………..
T.T. Pengurus

1(b)
Berdasarkan invois di atas apakah perbezaan di antara Diskaun Niaga dan Diskaun Tunai
( 2 markah )

1(c) Maklumat berikut diperoleh daripada buku Syarikat Aqidah bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM
Stok Awal 9 750
Kos Jualan 70 320
Kadar pusing ganti stok 8 kali
Hitungkan nilai stok akhir ?
(2 markah )

(d) Nyatakan konsep perakaunan yang berkaitan bagi situasi di bawah.

3756/2 Page 1
(i) Nilai asset bukan semasa sentiasa direkodkan pada nilai pasaran dan bukan pada nilai asal kerana ia
tidak lagi menunjukkan nilai yang adil.

(ii) En Azrul menganggap mesin kalkulatornya sebagai satu belanja dan bukan sebagai satu asset
bukan semasa .
( 2 markah )

1(e) Nyatakan satu contoh bagi setiap yang berikut:

Item Contoh
(i) Belanja kendalian
(ii) Hasil bukan kendalian
( 2 markah )

2. Sufiyan memulakan perniagaan pada 1 Januari 2013 dengan membuka sebuah Pasar Mini Pian Mat Beliau
mendepositkan RM80 000 dalam akaun bank perniagaan sebagai modal permulaan. Ruangan perniagaan di
sewa dengan sewa tahunan sebanyak RM12 000 mulai 1 Januari 2013.

Semua jualan dilakukan secara tunai. Sebahagian penerimaan daripada jualan digunakan untuk membayar
belanja perniagaan dan kegunaan periadi. Baki wang daripada jualan dibankkan.

Maklumat berkaitan dengan urus niaga bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 adalah seperti yang berikut:

Cek yang dikeluarkan:

Butir RM
Lengapan 15 000
Peti sejuk 20 000
Sewa 14 000
Gaji Pembantu 8 000
Insurans 1 500
Kadar bayaran 3 850
Pemiutang 32 000
Pembayaran tunai daripada jualan:

3756/2 Page 2
Butir RM
Ansuran kereta isteri 6 000
Belanja Am 2 830
Bahan pembungkusan ( Beg Plastik) 1 350
Belian 3 600
Jualan dibankkan berjumlah RM44 400

Maklumat Tambahan:

i. Stok pada 31 Disember 2013 dinilaikan pada RM10 500.


ii. Pulangan barang-barang kepada pemiutang berjumlah RM800 dan pembayaran kepada pemiutang
adalah setelah ditolak diskaun RM550.
iii. Baki pemiutang pada 31 Disember 2013 berjumlah RM5 120.
iv. Dasar susutnilai:
●Lengkapan :15% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
●Peti sejuk : Dianggarkan mempunyai hayat berguna selama lima tahun dan mempunyai nilai
skrap sebanyak RM2 000.
v. Belanja Terakru:
●Kadar bayaran : Bil bulan Disember sebanyak RM320
●Belanja Am berjumlah RM380
vi. Insurans terdahulu adalah sebanyak RM125
vii. Penyata Bank yang diterima menunjukkan bahawa bayaran bank RM50 telah didebitkan.
viii. Stok bahan pembungkusan berjumlah RM500

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2013
(b) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2013 ( Tunjukkan modal kerja ) ( 25 markah )

3. Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Kasibah pada 30 April 2012.
Debit (RM ) Kredit (RM )
Modal ( 1 Mei 2011 ) :
Kassim 50 000
Baha 90 000
Premis ( kos ) 79 400
Kenderaan (kos) 51 000
Akaun Semasa ( 1 Mei 2011):
Kassim 1 500
Baha 2 200
Ambilan
Kassim 18 000
Baha 15 000
Bank 3 700
Tunai 2 000
Penghutang dan Pemiutang 12 500 5 340
Peruntukan hutang ragu 420
Stok 30 April 2012 25 100
Pinjaman daripada Kassim 10 000
Untung bersih sebelum pelarasan 42 840
204 500 204 500
Maklumat Tambahan:
(a) Pelarasan yang perlu diambil kira:
(i) Insurans terdahulu RM1 800 dan gaji terakru sebanyak RM2 500.
(ii) Faedah overdraf terakru RM590
(iii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% daripada penghutang.
(iv) Faedah pinjaman daripada perkongsian yang perlu dibayar sebanyak RM800.

(b) Ikatan perjanjian telah menetapkan perkara berikut:

3756/2 Page 3
(i) Faedah atas modal 5% setahun.
(ii) Faedah atas ambilan 4% setahun
(iii) Gaji bulanan Kassim adalah RM500 dan Baha adalah RM400
(iv) Faedah atas pinjaman pekongsi 8% setahun.
(v) Untung dan Rugi dibahagikan antara Kassim dan Baha mengikut nisbah 2:3

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung untung bersih selepas mengambil kira pelarasan. ( 8 markah )
(b) Menyediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 April 2012.
( 9 markah )
(c) Menyediakan Akaun Semasa pekongsi ( bentuk berungan ) ( 8 markah )

Bahagian B - [ 40 markah ]
Jawab Dua soalan Sahaja.

4. Leen Trading telah menerima Penyata Bank bagi bulan April 2015 yang menunjukkan baki yang berbeza
dengan baki Buku Tunai. Di bawah adalah urus niaga perniagaan ini sepanjang bulan April 2015:

April 1 Baki tunai di bank RM6 720


6 Bayar kepada Alina trading dengan cek bernombor 922573 sebanyak RM760
7 Jualan tunai dibankkan RM2 460
10 Terima cek daripada Fazirah Enterprise sebanyak RM4 530
12 Sewa diterima RM890 dibankkan
19 Bayar RM2 300 dengan cek bernombor 922574 kerana belian barang niaga
24 Terima sekeping cek daripada Perniagaan Effa RM660
26 Bayar kepada Aimy Sdn Bhd dengan cek bernombor 922575 sebanyak RM2 520

MAYBANK ( M ) BHD
PENYATA BANK
Leen Trading No. Akaun :001470141101
21A Jalan Pejabat, 90110 Tawau Sabah Tarikh :30 April 2015

Tarik Butir Debit Kredit Baki


h
2015 RM RM RM
April 1 Baki 8 790
5 Cek No:922572 820 7 970
9 Deposit 2 460 10 430
14 Deposit 980 11 410
23 Cek No:922571 1 250 10 160
26 Dividen Syarikat Petronas Bhd 650 10 810
27 Insurans – Sharul Insurance Bhd 1 300 9 510
28 Cek No. :922575 2 520 6 990
30 Buku cek 50 6 940

Maklumat Tambahan:

3756/2 Page 4
(i) Urus niaga yang berlaku pada 12 April 2015 dan telah didepositkan dalam penyata bank pada
14 April 2015 dikenalpasti berlakunya kesilapan catatan dalam buku Tunai.
(ii) Cek yang diterima pada 24 April 2015 dipulangkan oleh bank dengan tanda “ Rujuk Penyuruh
Bayar”

Anda dikehendaki:
(a) Merekod urusniaga bulan April 2015 ke dalam Buku Tunai ( 6 markah )
(b) Mengemaskini Buku Tunai untuk bulan April 2015 ( 8 markah )
(c) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank untuk bulan yang sama. ( 6 markah )

5. Torres, Casillas dan Xavi telah berkongsi niaga dalam Perniagaan Tiki Taka sejak 15 tahun yang lalu
dan membahagikan keuntungan dan kerugian dengan nisbah 3:2:1. Torres ingin berhijrah ke Jerman dan
mereka telah bersetuju untuk membubarkan perniagaan pada 1 Julai 2012.
Berikut adalah maklumat yang diambil dari buku Perniagaan Tiki Takka pada 30 Jun 2012.
Perniagaan Tiki Taka
Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2012
Ekuiti Pemilik
Akaun Modal
Torres 60 000
Casillas 40 000
Xavi 20 000 120 000
Akaun Semasa
Torres 2 000
Casillas 3 000
Xavi (1 700) 3 300
123 300
Aset Bukan Semasa
Premis 100 000
Peralatan 15 000
Kenderaan 30 000
145 000
Aset Semasa
Stok Akhir 32 400
Penghutang 24 000
Peruntukan Hutang Ragu 2 000 22 000
Tunai 100
54 500
Liabiliti Semasa
Pemiutang 48 200
Bank 28 000
76 200
Modal Kerja (21 700)
123 300

3756/2 Page 5
Berikut ialah butir-butir pembubaran perniagaan :
(i) Premis telah dijual mengikut nilai buku, manakala peralatan telah dijual dengan harga RM102 500
(ii) Kenderaan telah diambil alih oleh Xavi pada harga RM24 600 dan Casillas telah bersetuju untuk
mengambil alih stok dengan harga RM24 000.
(iii) Hutang sebanyak RM1 600 tidak dapat dikutip kerana seorang penghutang . didapati muflis . Semua
hutang yang lain dapat dikutip dengan mengambilkira diskaun sebanyak RM1 100.
(iv) Proses pembubaran melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3 600.
(v) Pemiutang telah dijelaskan sepenuhnya sebanyak RM48 000.
(vi) Semasa proses pembubaran terdapat satu liability yang ditemui berjumlah RM1 200.
(vii) Mana-mana rakan kongsi yang mengalami kekurangan modal hendaklah membawa masuk wang ke
bank untuk menampung kekurangan tersebut.
(viii) Semua pembayaran dan penerimaan dibuat melalui bank.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Realisasi ( 7 markah )
(b) Akaun Bank ( 7 Markah )
(c) Akaun Modal Pekongsi ( 6 Markah )

6. Puan Hajma ingin menubuhkan Pusat Latihan Kraftangan di Bandar Baru Sri Indah, Tawau pada 1 Mac 2015
dengan modal tunai sebanyak RM120 000. Maklumat perancangan yang diperoleh daripada beliau untuk
tempoh tiga bulan berakhir Mei 2015 adalah seperti di bawah ini.

i. Anggaran peserta setiap bulan

Bulan Bilangan Peserta (Orang)


Mac 200
April 300
Mei 350
Setiap peserta dikenakan bayaran yuran RM300. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.

i. Angaran belian bahan kraftangan:

Bulan Jumlah (RM)


Mac 16 000
April 20 000
Mei 30 000
Pembekal memberikan kredit selama sebulan.

ii. Pada awal bulan Mac 2015, Puan Hajma membeli lengkapan bernilai RM60 000.

3756/2 Page 6
iii. Pada bulan Mei 2015, pusat latihan ini membelanjakan sejumlah RM2 500 untuk tujuan promosi.
iv. Tenaga pengajar pusat latihan itu seramai 5 orang yang dibayar gaji RM800 seorang. Pada bulan
Mei 2015, seorang lagi tenaga pengajar diambil.
v. Anggaran perbelanjaan bulanan:

RM
Alat tulis dan percetakan 500
Kadar bayaran 1 200
Belanja Am 250

vi. Sewa Premis ialah RM1 500 pada setiap bulan. Pada awal bulan Mac 2015, sewa untuk tempoh 6
bulan dibayar sekali gus.
vii. Pada bulan Mei 2015, Puan Hajma mengambil tunai berjumlah RM800 untuk bayaran insurans
nyawa peribadinya.

Urusniaga sebenar sepanjang tiga bulan berakhir 31 Mei 2015 adalah seperti berikut:

Butir RM
Pelaburan modal pemilik 150 000
Yuran Peserta 300 000
Bayaran Pembekal 40 000
Belian lengkapan 70 000
Gaji tenaga pengajar 16 000
Promosi 1 800
Alat tulis dan percetakan 1 200
Kadar bayaran 2 800
Belanja Am 700
Sewa Premis 9 000
Ambilan 600

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mei 2015. ( 11 markah )
(b) Penyata Belanjawan dan Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar
( 7 markah )
(c) Nyatakan dua sebab Puan Hajma perlu menyediakan belanjawan tunai.?

GOOG LUCK

3756/2 Page 7

You might also like