You are on page 1of 5

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Semester II Sesi 2021/2022


EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN

TUTORIAL 7: Perakaunan untuk Perkongsian

SOALAN 1

Puan Endang dan Encik Hyder merupakan usahawan kecil yang menjalankan perniagaan
pengilangan memproses produk kesihatan di Utara Perlis. Perniagaan mereka telah didaftarkan di
bawah Akta Perkongsian 1961 dengan nama Perkongsian Endang Hyder (PEH). Pada sukuan akhir
tahun 2021, PEH telah memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM80,000. Baki modal Endang
pada 1 Oktober 2021 adalah RM60,000 dan Hyder RM80,000. Manakala terdapat ambilan
sebanyak RM10,000 dibuat oleh Hyder pada 31 Disember 2021.

Butir perjanjian antara mereka adalah seperti berikut:


1. Gaji sebanyak RM4,000 sebulan dibenarkan ke atas Endang dan RM8,000 sebulan ke atas
Hyder.
2. Pulangan ke atas modal dibenarkan pada kadar 10% setahun daripada baki awal modal.
3. Untung rugi dibahagi sama rata.
4. Perkongsian ini menggunakan kaedah modal berubah untuk mengakaun ekuitinya.

Dikehendaki:

Sediakan bagi perniagaan PEH:


a) Jadual pengasingan untung rugi untuk 3 bulan berakhir 31 Disember 2021.
b) Catatan penutup untuk merekod pengagihan untung rugi dan ambilan pada 31 Disember 2021.
c) Penyata Modal Rakan Kongsi bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2021.
d)

1
SOALAN 2

Perkongsian Bunga Cinta yang dimiliki oleh Cik Bunga dan Puan Cinta, adalah pengeluar alat
permainan bayi. Pada September 2021, akauntan syarikat telah meletak jawatan secara mengejut.
Untuk mengetahui prestasi syarikat, Cik Bunga dan Puan Cinta telah meminta salah seorang
eksekutif akaun yang tidak berpengalaman, Encik Bakat untuk menyediakan penyata pendapatan
Syarikat bagi bulan September 2021. Berikut adalah penyata pendapatan yang disediakan oleh
beliau:

PERKONGSIAN BUNGA CINTA


Penyata Pendapatan Bagi Bulan Berakhir 30 September 2021
RM RM
Jualan (bersih) 80,000
Tolak: Belanja-belanja Operasi
Belian Bahan Mentah 18,000
Kos Buruh Langsung 12,000
Belanja Pengiklanan 5,000
Gaji Jualan Dan Pentadbiran 8,000
Gaji Rakan Kongsi 10,000
Sewa Kilang 5,500
Susutnilai Peralatan Pejabat 1,200
Susutnilai Peralatan Kilang 3,500
Kos Buruh Tak Langsung 7,000
Belanja Utiliti 2,000
Belanja Insurans 3,000 75,200
Untung bersih 4,800

Cik Bunga dan Puan Cinta telah menemui anda untuk menyemak penyata pendapatan tersebut
kerana merasakan penyata yang telah disediakan kurang tepat. Selepas memeriksa maklumat
perakaunan yang lain, anda telah menemui maklumat tambahan berikut:

a) Baki inventori pada awal dan akhir September 2021:

01-Sep 30-Sep
Inventori (RM) (RM)
Bahan mentah 3,200 2,900
Kerja dalam proses 3,700 3,300
Barang siap 6,000 5,800

b) Hanya 40% daripada belanja utiliti dan 20% daripada belanja insurans digunakan oleh
pejabat, manakala bakinya perlu dicaj kepada aktiviti perkilangan.

c) Perjanjian perkongsian antara Cik Bunga dan Puan Cinta adalah seperti berikut:

2
i. Setiap pekongsi menerima gaji sebanyak RM5,000 sebulan. Gaji bulan September
belum dibayar.
ii. Pekongsi akan menerima faedah 12% setahun atas baki modal awal.
iii. Untung atau rugi dikongsi sama rata.
d) Kaedah modal berubah digunakan untuk merekod modal rakan kongsi. Baki modal pada 1
September 2021:
Cik Bunga RM 40,000
Puan Cinta 35,000

e) Ambilan bagi bulan September 2021:


Cik Bunga RM 2,000
Puan Cinta 1,500

Dikehendaki:

a) Bagi Perkongsian Bunga Cinta, sediakan bagi bulan berakhir 30 September 2021:
i. Penyata kos barang dikilang
ii. Penyata pendapatan yang betul (sehingga untung bersih)
iii. Jadual pengagihan untung rugi
iv. Penyata modal rakan kongsi

b) Jika Perkongsian Bunga Cinta menggunakan kaedah modal tetap, sediakan catatan penutup
untuk merekod pengagihan untung rugi dan ambilan pada 30 September 2021.

SOALAN 3

Imbangan duga terlaras bagi Perkongsian Sarah & Suhairi bagi tahun berakhir 31 Mac 2021 adalah
seperti berikut:

PERKONGSIAN SARAH & SUHAIRI


Imbangan Duga Terlaras pada 31 Mac 2021
Debit Kredit
(RM) (RM)
Aset Semasa 19,000
Aset Bukan Semasa 80,000
Liabiliti Semasa 7,000
Liabiliti Jangka Panjang 50,000
Modal : Sarah 20,000
: Suhairi 18,000
Ambilan : Sarah 4,000
: Suhairi 7,000

3
Jualan 100,000
Kos Barang Dijual 62,000
Belanja Operasi 23,000
195,000 195,000

Kandungan perjanjian perkongsian dinyatakan seperti berikut:


1. Gaji bulanan sebanyak RM1,000 dibayar kepada Sarah dan RM2,000 kepada Suhairi.
2. Faedah atas modal dibenarkan pada kadar 10% setahun daripada baki awal modal setiap
rakan kongsi.
3. Untung rugi dibahagi sama rata antara rakan kongsi.
4. Kedua-dua ambilan Sarah dan Suhairi dibuat pada hari terakhir dalam tempoh perakaunan.
5. Perkongsian ini menggunakan kaedah modal berubah untuk mengakaun ekuitinya.

Dikehendaki:

a) Tentukan pendapatan bersih bagi Perkongsian Sarah & Suhairi bagi tahun berakhir 31 Mac
2021.
b) Sediakan bagi Perkongsian Sarah & Suhairi:
i) Jadual Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2021.
ii) Penyata Modal rakan kongsi bagi tahun berakhir 31 Mac 2021.
iii) Catatan penutup pada 31 Mac 2021.
c) Jika Perkongsian Sarah & Suhairi menggunakan kaedah modal tetap, sediakan catatan
penutup untuk merekod pengagihan untung rugi dan ambilan pada 31 Mac 2021.

SOALAN 4

Perkongsian Merah Saga merupakan sebuah perniagaan perkilangan yang dimiliki oleh Azman,
Wong dan Bashir. Untung rugi dikongsi pada kadar 5: 3: 2.

Baki akaun modal pada 1 Julai 2020 dan ambilan di sepanjang tempoh perakaunan semasa adalah
seperti berikut:

Rakan Kongsi Modal Akaun Semasa Ambilan


(RM) (RM) (RM)
Azman 80,000 3,400 6,000
Wong 50,000 2,100 8,000
Bashir 40,000 (500) 4,500

Berikut merupakan baki akaun hasil dan belanja bagi perniagaan itu bagi tahun berakhir 30 Jun
2021:

4
Akaun RM
Buruh tak langsung 28,600
Kerja dalam proses (1 Julai 2020) 36,800
Inventori bahan mentah (1 Julai 2020) 33,400
Inventori barang siap (1 Julai 2020) 57,500
Belanja insurans kilang 16,720
Belanja insurans pejabat 8,500
Belanja utiliti kilang 20,200
Belanja utiliti pejabat 17,500
Jualan 1,150,000
Belanja gaji 225,000
Belanja susut nilai kilang 18,880
Belanja angkutan keluar 6,800
Belian bahan mentah 305,000
Belanja susut nilai pejabat 15,500
Buruh langsung 351,200
Belanja pembaikan kilang 25,200
Inventori bahan mentah (30 Jun 2021) 45,600
Inventori kerja dalam proses (30 Jun 2021) 50,400
Inventori barang siap (30 Jun 2021) 75,000
Belanja jualan dan perkhidmatan 50,500
Belanja faedah 2,500

Maklumat tambahan:

i) Menurut perjanjian perkongsian, setiap rakan kongsi berhak memperoleh faedah atas modal
sebanyak 8% setahun ke atas baki modal awal masing-masing. Tiada faedah atas ambilan.
ii) Wong dan Bashir diperuntukkan gaji sebanyak RM2,500 sebulan seorang dan akan dibayar
dari keuntungan perkongsian. Amaun ini telah diambil kira dalam belanja gaji seperti yang
disenaraikan di atas.

Dikehendaki:

a) Sediakan Jadual Kos Barang Di Kilang untuk Perniagaan Merah Saga bagi tahun berakhir
30 Jun 2021.

b) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif untuk Perniagaan Merah Saga bagi tahun
berakhir 30 Jun 2021.

c) Sediakan Jadual Perasingan Untung Rugi untuk perkongsian Perniagaan Merah Saga bagi
tahun berakhir 30 Jun 2021.

d) Sediakan akaun modal rakan kongsi untuk Perniagaan Merah Saga pada 30 Jun 2021 (dengan
andaian perniagaan menggunakan kaedah akaun modal tetap).

You might also like