You are on page 1of 6

SOALAN PENGATURAN BERSAMA (25 MARKAH)

Syarikat PKP Bhd merupakan syarikat pengeluaran bijih timah yang terkemuka di Johor
Baharu. Bagi memastikan kemajuan berterusan, syarikat telah melabur dan memperolehi 70%
kepentingan dalam modal ekuiti PKPB. Untung tertahan PKPB pada tarikh perolehan ialah
RM3,000,000.

Pada 1/1/2020, PKP dan LKN membentuk pengaturan bersama, PLKN, di mana masing
masing memegang 50% kepentingan ekuiti dalam PLKN.

Berikut merupakan maklumat penyata kewangan bagi ketiga-tiga syarikat untuk tahun
kewangan berakhir 31/12/2020

PENYATA UNTUNG ATAU RUGI


BAGI TAHUN BERAKHIR
31/12/2020
PKP PKPB PLKN
(RM‘000) (RM‘000) (RM‘000)
Jualan 20,000 10,000 20,000
Kos jualan (14,000) (6,000) (12,000)
Untung sebelum cukai 6,000 4,000 8,000
Cukai korporat (1,800) (1,200) (2,400)
Untung selepas cukai 4,200 2,800 5,600

PENYATA KEDUDUKAN
KEWANGAN PADA 31/12/2020
PKP PKPB PLKN
(RM‘000) (RM‘000) (RM‘000)
Syer ekuiti RM1 sesyer 20,000 10,000 10,000
Untung tertahan 17,000 9,000 5,600
Pinjaman daripada PKP 4,000
37,000 19,000 19,600

Pelaburan dalam PKPB 10,000


Pelaburan dalam PLKN 5,000
Pinjaman kepada PLKN 4,000
Aset bersih 18,000 19,000 19,600
37,000 19,000 19,600

Maklumat Tambahan:

i) Sepanjang tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2020, PKP telah menjual


barangniaga kepada PLKN berjumlah RM4,000,000. Walau bagaimanapun, sejumlah
RM1,000,000 berada dalam inventori akhir PLKN pada tarikh penyediaan penyata
kewangan. Margin untung ialah 40% dari harga jualan. Abaikan kesan cukai.
ii) Perolehan Tertahan

PKP PKPB PLKN


RM (‘000) RM (‘000) RM (‘000)
Perolehan tertahan awal 12,800 6,200 -
Perolehan tertahan akhir 17,000 9,000 5,600

iii) Pinjaman kepada PLKN dibuat pada 31 Disember 2020.

Dikehendaki :

1. Tentukan bentuk pengaturan bersama PLKN dan pengolahan perakaunan yang perlu
dilakukan dalam penyediaan penyata kewangan disatukan bagi Kumpulan PKP jika
kontrak menyatakan bahawa:
a) PKP mempunyai hak ke atas aset dan tanggungan ke atas liabiliti PLKN. Andaikan
peratusan kepentingan ke atas aset, liabiliti, hasil dan belanja ialah 50%
b) PKP mempunyai hak ke atas aset bersih PLKN.
(4 markah)

2. Berdasarkan jawapan dalam 1 (b) di atas, sediakan penyata kewangan Kumpulan PKP
untuk tahunkewangan berakhir 31/12/2020

(17 markah)

3. Nyatakan DUA kelebihan pelaburan pengaturan bersama berbanding jenis pelaburan yang
lain.
(4 markah)
SOALAN PENYATA ALIR TUNAI (35 MARKAH)

Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan dan Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan
Komprehensif Lain Disatukan untuk Kumpulan Quatararo Bhd untuk tahun berakhir 30
September 2020 adalah seperti berikut:

Kumpulan Quatararo Bhd


Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan

2020 2019
RM’000 RM’000
Aset bukan semasa (nota 1) 25,000 28,000
Pelaburan dalam syarikat Bersekutu 5,800 4,300
Muhibah atas gabungan 3,200 6,500

Aset semasa
Inventori 11,600 12,200
Penghutang 9,200 8,000
Sekuriti bolehpasar 5,600 4,200
Tunai dan baki bank 3,000 1,400
29,400 25,800
Liabiliti semasa
Pemiutang (6,900) (9,300)
Cukai (5,800) (5,200)
(12,700) (14,500)
Aset semasa bersih 16,700 11,300
50,700 50,100

Syer ekuiti RM1 20,000 20,000


Perolehan tertahan 16,800 8,600
Kepentingan bukan kawalan 2,100 5,000
Debentur 4,000 10,000
Cukai tertunda 3,000 2,000
Dividen dicadangkan 4,800 4,500

50,700 50,100
Kumpulan Quatararo Bhd
Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif Lain Disatukan
Untuk tahun berakhir 30 September 2020

RM’000
Jualan 86,000
Kos barang dijual (54,600)

Untung kasar 31,400


Belanja jualan (3,000)
Belanja pentadbiran dan lain-lain belanja kendalian (12,000)

Untung kendalian 16,400


Belanja faedah (1,800)
Pendapatan faedah 1,000
Tambah: Untung Bahagian syarikat Bersekutu 5,000
Tambah: Laba dari jualan subsidiari (nota 5) 1,400
Untung sebelum cukai 22,000
Cukai (nota 4) (7,200)
Untung selepas cukai 14,800

Untung boleh diagihkan:


Kepentingan bukan kawalan 1,800
Pemegang syer 13,000

Maklumat tambahan:

1. Aset bukan semasa:


Kos Susutnilai
RM’000 RM’000
Baki pada 1 Oktober 2019 43,800 15,800
Tambahan / caj dalam tahun semasa 5,400 4,100
Pelupusan / dijual (5,500) (1,200)

Baki pada 30 September 2020 43,700 18,700

2. Termasuk dalam akaun penghutang adalah pendapatan faedah terakru sebanyak


RM450,000 untuk tahun 2020 dan RM500,000 untuk tahun 2019.

3. Termasuk dalam akaun pemiutang adalah belanja faedah terakru sebanyak RM500,000
untuk tahun 2020 dan RM750,000 untuk tahun 2019.

4. Cukai:
RM’000
Cukai semasa 4,500
Cukai tertunda 1,000
Cukai bahagian Syarikat Bersekutu 1,700
Jumlah 7,200
5. Laba jualan subsidiari

Pada 30 September 2019, syarikat memegang sebanyak 60% kepentingan ekuiti dalam Rossou
Bhd. Pada 1 Oktober 2019, syarikat menjual semua kepentingannya dalam Rossou Bhd dengan
balasan tunai sebanyak RM7,200,000. Aset bersih subsidiari tersebut pada tarikh pelupusan
adalah seperti berikut:

RM’000
Aset bukan semasa 4,000
Inventori 4,400
Penghutang 3,000
Baki bank 600
Debentur (3,000)
Pemiutang (1,000)
Aset bersih subsidiari 8,000

6. Termasuk dalam belanja pentadbiran dan lain-lain belanja operasi adalah belanja bukan
tunai berikut:
RM’000
Susutnilai aset bukan semasa 4,200
Rosotnilai muhibah 2,300
6,500

7. Dividen dicadangkan untuk tahun semasa berjumlah RM4,800,000.

Dikehendaki:

Sediakan penyata aliran tunai disatukan untuk Kumpulan Quatararo Bhd untuk tahun berakhir30
September 2020 menggunakan Kaedah Langsung. (Tunjukkan semua jalan pengiraan).
SOALAN PERKONGSIAN (20 MARKAH)

Nura, Irene, Falisha dan Ranea adalah rakan kongsi dalam Perkongsian Permata. Perkongsian yang
ditubuhkan pada tahun 2015 telah mula mengalami masalah kewangan dan penurunan hasilbermula
tahun 2020 kesan pandemik Covid-19. Pada awal Januari 2021, keempat-empat rakan kongsi
bersetuju untuk membubarkan perkongsian pada 31 Mac 2021. Berikut adalah maklumat berkaitan
baki akaun perkongsian pada 31 Mac 2021 dan tarikh serta amaun realisasi/penyelesaian aset dan
liabiliti perkongsian:

Butiran Baki pada Tarikh Amaun


31/3/2021 RM realisasi/penyelesaian realsisasi/penyelesaian

Hartanah 479,320 20/6/2021 367,488


Lengkapan dan lekapan 189,798 5/4/2021 234,432

Kenderaan 354,816 25/4/2021 316,800


Inventori 130,204 2/5/2021 133,056
Penghutang 407,088 10/4/2021 289,872
13/5/2021 114,048
Overdraf bank 195,782
Pemiutang 419,444 7/5/2021 411,400
Modal:
Nura 374,000
Irene 44,000
Falisha 308,000
Ranea 220,000
Belanja realisasi 30/6/2021 4,752

Perjanjian perkongsian antara lain menyatakan bahawa:

• Nura, Irene, Falisha dan Ranea akan berkongsi keuntungan pada kadar 5:2:4:3.
• Apabila berlaku pembubaran perkongsian:
• Peraturan Garner vs Murray terpakai jika terdapat mana-mana rakan kongsi yang
mengalami defisit dalam akaun modalnya.
• Kesemua baki tunai yang ada perlulah diagihkan kepada rakan kongsi pada akhirsetiap
bulan sekiranya terdapat aset-aset yang direalis.

Dikehendaki:

Sediakan akaun-akaun yang terlibat bagi tujuan pembubaran perkongsian di atas.

You might also like