You are on page 1of 5

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPA 2813 PERAKAUNAN UNTUK PENGURUSAN


KONSEP & KLASIFIKASI KOS
SEMESTER 1 SESI 2016/2017
Soalan dari buku Teks: Garrison et al (2015). Managerial Accounting Asia Global Edition
Exercise 2-9, pp. 72
Problem 2-16, pp. 76
Exercise 3-3, pp. 134
SOALAN-SOALAN OBJEKTIF
Soalan 1
Pada bulan lepas, Syarikat Besar mengira kos seunit keluaran sebagai RM53 dengan menambah kos
buruh langsung, bahan langsung dan overhead perkilangan bulan lepas dan membahagikan jumlah
itu dengan 10,000 unit yang dikeluarkan. Jika 9,000 unit akan dikeluarkan pada bulan ini,
dijangkakan:
A. Kos seunit akan kekal sama.
B. Kos seunit akan berkurangan.
C. Pergerakan arah perubahan dalam kos unit tidak dapat ditentukan.
D. Kos seunit akan meningkat.
Soalan 2
Syarikat Buford menyewakan sebahagian kecil daripada kilangnya yang tidak digunakan kepada
syarikat lain pada harga RM1,000 sebulan. Perjanjian sewa akan tamat pada bulan hadapan, dan
daripada memperbaharui perjanjian, Syarikat Buford terfikir untuk menggunakan sendiri ruang itu
untuk menyimpan bahan mentah. Istilah yang digunakan untuk menggambarkan RM1,000 setiap
bulan ini adalah:
A. kos tenggelam/hangus.
B. kos tempoh.
C. kos purata.
D. kos berubah.
E. kos melepas/peluang.

Soalan 3

Kos-kos berikut dilibatkan pada bulan Ogos:


Bahan langsung
Buruh langsung
Overhead perkilangan
Belanja jualan
Belanja pentadbiran

RM37,000
RM14,000
RM38,000
RM10,000
RM28,000

Kos penukaran pada bulan tersebut adalah:


A. RM127,000
B. RM 51,000
C. RM 52,000
D. RM 67,000
E. RM 75,000
Soalan 4
Kos-kos berikut dilibatkan pada bulan Ogos:
Bahan langsung
Buruh langsung
Overhead perkilangan
Belanja jualan
Belanja pentadbiran

RM20,000
RM18,000
RM21,000
RM16,000
RM21,000

Kos prima pada bulan tersebut adalah:


A. RM37,000
B. RM39, 000
C. RM59, 000
D. RM96, 000
E. RM38, 000
Soalan 5
Jabatan Perkhidmatan Perubatan Syarikat Bantam menganggarkan RM20 belanja perubatan berubah
bagi setiap kakitangan untuk tahun ini. Anggaran ini berasaskan 1,500 pekerja di jabatan-jabatan
operasi. Sepanjang tahun, secara purata 1,200 pekerja bekerja di jabatan-jabatan operasi. Belanja
perubatan berubah sebenar berjumlah RM28,800 setiap tahun. Berapakah belanja perubatan berubah
yang patut dicajkan kepada jabatan-jabatan operasi pada akhir tahun?
A. RM28,800
B. RM24,000
C. RM23,040
D. RM28,000
E. RM30,000
Soalan 6
2

Rekod-rekod perakaunan Syarikat Maswati menunjukkan kos-kos berikut:


Insuran kilang
Bahan langsung
Meraikan pelanggan
Buruh tak langsung
Susut nilai kereta jurujual
Kos sewaan peralatan pengeluaran

RM 32,000
RM256,000
RM 15,000
RM 45,000
RM 22,000
RM 72,000

Kos-kos yang diambil kira dalam pengiraan jumlah overhed perkilangan adalah:
A RM149,000
B
C
D
E

RM171,000
RM186,000
RM442,000
Lain-lain amaun

Soalan 7
Syarikat Sung menggunakan kaedah tinggi rendah dalam menganalisis tingkahlaku kos. Pemerhatian
Syarikat mendapati pada tahap 22,000 jam mesin, jumlah kos penyelengaraan secara purata adalah
RM33.40 sejam. Apabila aktiviti di tingkatkan kepada 25,000 jam mesin, dalam julat relevan yang
sama, purata jumlah kos per mesin adalah RM30.40. Berdasarkan kepada maklumat ini, berapakah
kos berubah sejam mesin?
A RM 8.40
B

RM22.00

RM25.00

RM30.40

RM33.40

SOALAN-SOALAN SUBJEKTIF
Soalan 1
Kamal telah membangunkan satu peranti elektronik yang baru dan membuat keputusan untuk
menghasil dan memasarkannya. Kemudahan pengeluaran akan berada di taman perindustrian
berdekatan yang mana Kamal akan menyewa untuk RM4,000 sebulan. Kos utiliti dijangkakan
RM500 sebulan. Beliau akan menggunakan komputer peribadinya , yang dibeli RM2,000 pada tahun
lepas, untuk memantau proses pengeluaran. Komputer akan menjadi usang sebelum ia tidak dapat
digunakan lagi. Komputer ini disusutnilaikan pada kadar RM 1,000 setahun. Beliau akan menyewa
peralatan pengeluaran pada kos bulanan sebanyak RM 8,000 sahaja. Kamal menganggarkan kos
3

bahan seunit produk adalah RM50, dan kos buruh adalah RM10. Beliau akan mengambil pekerja,
dan menghabiskan masa beliau lebih kepada mempromosikan produk. Untuk melakukan ini, beliau
akan berhenti kerja dengan gaji RM4,500 sebulan. Pengiklanan berkos RM2,000 sebulan. Kamal
tidak akan menerima gaji daripada syarikat baru sehingga syarikat ini berjaya.
Arahan:
Lengkapkan carta di bawah dengan meletakkan "X " di bawah setiap tajuk yang membantu untuk
mengenal pasti kos yang terlibat. " X" boleh diletakkan diletakkan di bawah lebih daripada satu tajuk
untuk satu item kos; contohnya, kos ini mungkin kos yang tenggelam, kos overhed dan kos produk .

Kos
melepas

Kos
tenggelam

Kos
berubah

Kos
tetap

Bahan
langsung

Kos produk
Buruh
Overhed
langsung
kilang

Kos
Jualan

Kos
perbezaan

Sewa kilang
Utiliti
Susut nilai
komputer
peribadi
Sewa
peralatan
Kos bahan
langsung
Kos buruh
langsung
Gaji kini
Pengiklanan

Soalan 2
Syarikat Jati Tulen adalah pengeluar perabot kayu jati. Syarikat memiliki sebuah rumah kedai yang
disewakan kepada Perniagaan Mesra dengan sewaan RM15,000 sebulan. Perjanjian sewaan tersebut
akan berakhir pada bulan Disember 2015. Syarikat tidak bercadang untuk memperbaharui perjanjian
sewaan tersebut tetapi berhasrat menggunakan rumah kedai tersebut untuk mengeluarkan set sofa
kayu jati. Susutnilai yang dikenakan ke atas rumah kedai tersebut berjumlah RM3,000 setahun dan
polisi ini akan terus digunakan pada tahun berikutnya.
Kos kayu jati yang diperlukan untuk menghasilkan sofa tersebut berjumlah RM500 untuk satu set.
Syarikat perlu menyewa sebuah gudang dengan anggaran kos sewaan RM5,000 sebulan untuk
menempatkan set-set sofa yang telah siap. Beberapa orang pekerja mahir diperlukan di bahagian
pertukangan dengan kos berjumlah RM250 untuk satu set sofa. Seorang penyelia kilang dan
penolong akauntan akan digaji dengan upah masing-masing RM1,300 dan RM1,500 sebulan.
Syarikat mempunyai sebuah mesin pemotong kayu yang telah dibeli beberapa tahun lepas pada harga
RM80,000. Walaupun bagaimanapun, mesin tersebut telah rosak dan tidak boleh digunakan dalam
pengeluaran sofa kayu jati. Oleh itu, syarikat bercadang untuk menyewa sebuah mesin pemotongan
kayu yang baharu dengan sewaan RM1,500 sebulan. Kos penghantaran sofa kepada pelanggan
dianggarkan berjumlah RM80 untuk setiap set.

Kos pengiklanan sebanyak RM25,000 setahun akan diperuntukkan untuk tujuan mempromosikan set
sofa kayu jati tersebut. Jurujual sofa akan dibayar komisyen RM150 untuk setiap set sofa. Bagi
menampung kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran set sofa kayu jati tersebut, Syarikat bercadang
mengeluarkan sebahagian daripada simpanan tetap di Affin Bank. Pada ketika ini, simpanan tetap
tersebut memberikan kadar pulangan sebanyak 3.4% setahun.
Dikehendaki:
a) Kelaskan kos-kos di atas mengikut format berikut;
Nama
Kos

Kos
Berubah

Kos
Tetap

Bahan
Langsung

Kos Produk
Buruh
Overhed
Langsung Perkilangan

Kos Tempoh
(Jualan dan
Pentadbiran)

Kos
Melepas

Kos
Tenggelam

b) Berikan dua (2) contoh kos overhed perkilangan selain yang dinyatakan di atas yang mungkin
dilibatkan oleh Syarikat Jati Tulen dalam pengeluaran set sofa tersebut.
c) Andaikan anda dipanggil untuk temuduga jawatan penolong akauntan di Syarikat Jati Tulen.
Salah satu soalan yang ditanyakan kepada anda adalah mengenai perbezaan di antara perakaunan
kewangan dengan perakaunan pengurusan. Terangkan tiga (3) perbezaan) tersebut.

You might also like