You are on page 1of 8

Pengertian modal syarikat

▪ “Modal” dalam konteks syarikat membawa maksud wang yang diperoleh atau yang
dapat diperoleh untuk memula, menjalan dan meluaskan perniagaan sesuatu
syarikat.

▪ Bagi sesuatu syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan, sumber


kewangannya diperoleh daripada sumbangan orang ramai yang tidak
mengharapkan sebarang pulangan daripada sumbangan tersebut. Namun, bagi
sesuatu syarikat perniagaan, ia semestinya memerlukan sumber kewangan melalui
cara pelaburan daripada anggota-anggotanya ataupun melalui pinjaman daripada
kreditor-kreditornya.

▪ Ringkasnya, struktur modal syarikat terbahagi dua, iaitu, modal syer dan modal
pinjaman (debentur).

Konsep modal syer

Takrif

▪ Secara amnya, modal syer ialah modal yang diterima daripada anggota-anggota
syarikat dalam bentuk pembayaran mereka untuk syer yang diperuntukkan.

▪ Menurut seksyen 2 Akta Syarikat, “syer” ertinya modal syer dikeluarkan


sesuatu perbadanan dan termasuk saham kecuali jika perbezaan antara saham
dengan syer dinyatakan atau tersirat.

▪ Dalam kes Borland’s Trustee lwn. Steel Brothers & Co. Ltd.1, syer merupakan hak
atau kepentingan kepunyaan pemegang syer dalam syarikat yang diukur
dalam bentuk sejumlah wang bagi beberapa tujuan, iaitu untuk menentukan
tanggungan dan menetapkan faedah atau kepentingan.

Sifat syer

▪ Sesuatu syer atau kepentingan lain anggota dalam suatu syarikat ialah harta
persendirian dan boleh dipindah milik mengikut seksyen 105 Akta Syarikat.2

▪ Ini bermakna bahawa ciri-ciri sesuatu syer itu hendaklah harta alih dan boleh
dipindah milik menurut peruntukan Akta Syarikat.

Tiada nilai tara syer

▪ Menurut seksyen 74 Akta Syarikat, semua syer yang dikeluarkan sebelum atau
selepas penguatkuasaan Akta ini tidak boleh mempunyai nilai tara atau nilai
nominal. 3

1 (1901) 1 Ch 279
2 Seksyen 70 Akta Syarikat
3 Ini adalah ciri baharu yang diperkenalkan dalam Akta Syarikat 2016. Hal ini kerana nilai tara atau nominal ini hanya terpakai
pada saat syer hendak diterbitkan sedangkan nilai sebenar sesuatu syarikat akan berubah berdasarkan situasi semasa yang
dihadapi oleh syarikat.
▪ Ini bermakna bahawa syer sesuatu syarikat akan diterbitkan tanpa nilai tara
atau nilai nominal.

▪ Syer akan diterbitkan pada suatu harga.4 Manakala, hak-hak pemegang


syer bergantung kepada bilangan pemegangan syer dan bukannya nilai
syer tersebut ketika ia dibeli.

▪ Konsep modal yang dibenarkan, akaun premium syer 5 dan rizab tebus modal 6
tidak lagi terpakai bawah Akta Syarikat 2016.

Kelas syer

▪ Secara umumnya, syer terbahagi kepada dua, iaitu syer ekuiti dan syer keutamaan.

(i) Syer ekuiti

Syer ekuiti (atau lebih dikenali sebagai syer biasa) merupakan syer yang
paling lazim dikeluarkan oleh sesuatu syarikat. Menurut seksyen 2 Akta
Syarikat, “syer ekuiti” ertinya apa-apa syer yang bukannya syer keutamaan.

Hak-hak pemegang syer ini termaktub dalam seksyen 71(1) Akta


Syarikat, iaitu:

(a) hak untuk menghadiri, menyertai dan bersuara dalam


mesyuarat;

Pemegang syer ekuiti berhak untuk hadir, turut serta dan menyatakan
pendapat mereka dalam mesyuarat syarikat.

Justeru, pemegang syer ini berhak mendapat notis suatu mesyuarat7 dan
sebarang peninggalan yang disengajakan dalam memberi notis
mesyuarat ini akan menjadikan prosiding dalam mesyuarat tersebut
sebagai tidak sah.8

4 Nilai atau harga syer ditentukan berdasarkan nilai semasa syarikat, faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan syarikat
dan jumlah modal yang diperlukan oleh syarikat.
5 Seksyen 618(3) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa dalam masa dua puluh empat bulan selepas penguatkuasaan
seksyen 74, syarikat boleh menggunakan amaun dalam kredit akaun premium syernya untuk menyediakan premium
yang kena dibayar atas penebusan debentur atau syer keutamaan boleh tebus yang dikeluarkan; menghapus kira
perbelanjaan permulaan bagi syarikat yang dilakukan atau perbelanjaan yang dilakukan, atau komisen atau
pembrokeran yang dibayar atau potongan yang dibenarkan bagi apa-apa duti, fi atau cukai yang kena dibayar
mengenai atau berkaitan dengan apa-apa pengeluaran syer syarikat; membayar syer yang tidak dikeluarkan kepada
anggota syarikat sebagai syer bonus yang dibayar penuh; membayar keseluruhan atau sebahagian baki tidak berbayar
atas syer yang dikeluarkan kepada anggota syarikat; atau membayar dividen yang diisytiharkan, jika dividen itu
dijelaskan melalui pengeluaran syer kepada anggota syarikat. Manakala menurut seksyen 618(5) Akta Syarikat,
mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan insurans atau takaful di Malaysia, boleh memohon amaun dalam
kredit akaun premium syernya diperuntukkan atau dipindahkan kepada mana-mana dana yang ditubuhkan dan
disenggarakan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
6 Berdasarkan seksyen 618(4) Akta Syarikat, suatu syarikat juga boleh, dalam masa dua puluh empat bulan selepas
penguatkuasaan seksyen 74, menggunakan amaun dalam kredit akaun rizab tebus modalnya untuk membayar syer
yang tidak dikeluarkan sebelum tarikh itu dan yang dikeluarkan kepada anggota syarikat sebagai syer bonus yang
dibayar penuh.
7 Seksyen 321(1) Akta Syarikat
8 Seksyen 316(6) Akta Syarikat
(b) hak untuk mengundi dengan mengangkat tangan atas mana-
mana ketetapan syarikat;

Dalam hal syarikat yang mempunyai modal syer, bagi pengundian


atas suatu ketetapan dengan mengangkat tangan pada
mesyuarat, tiap-tiap anggota hendaklah mempunyai satu
undi.9

Ini bermakna bahawa pemegang syer ekuiti boleh mengawal polisi


syarikat kerana mereka berhak mengundi dengan mengangkat tangan
atas mana-mana ketetapan syarikat.

(c) hak bagi satu undi bagi setiap syer dalam pengundian atas
mana-mana ketetapan syarikat;

Dalam hal syarikat yang mempunyai modal syer, bagi pengundian


atas suatu ketetapan bertulis, tiap-tiap anggota hendaklah
mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap syer atau saham
yang dipegang olehnya. 10

Bagi pengundian atas suatu ketetapan melalui undian yang


dijalankan pada mesyuarat, tiap-tiap anggota hendaklah
mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap syer atau saham
yang dipegang olehnya. 11

(d) hak ke atas syer yang sama dalam pengagihan lebihan aset
syarikat; atau

Apabila berlaku penggulungan syarikat, pemegang syer ekuiti berhak


menerima pengagihan lebihan aset syarikat selepas agihan dibuat
kepada pemegang syer keutamaan.

(e) hak ke atas syer yang sama dalam dividen yang dibenarkan oleh
Lembaga.

Dividen yang diterima oleh pemegang syer ekuiti bergantung


kepada cadangan dan kelulusan lembaga pengarah. Ia dibayar
selepas pembayaran dibuat kepada pemegang syer keutamaan.
Walau bagaimanapun, hak ke atas dividen boleh dinafikan, diubah
atau ditambah oleh perlembagaan syarikat atau mengikut terma yang
padanya syer itu dikeluarkan. 12

Ini bermakna, walaupun secara dasarnya pemegang syer ekuiti berhak


terhadap dividen, hak ini boleh diubah suai oleh perlembagaan syarikat
atau mengikut terma yang padanya syer itu dikeluarkan. Dengan

9 Seksyen 293(1)(a)(ii) Akta Syarikat


10 Seksyen 293(1)(a)(i) Akta Syarikat
11 Seksyen 293(1)(a)(iii) Akta Syarikat
12 Seksyen 71(2) Akta Syarikat
kata lain, syarikat boleh mengeluarkan syer ekuiti dengan pelbagai
hak terhadap dividen.

(ii) Syer keutamaan

Manakala, seksyen 2 Akta Syarikat mentakrifkan “syer keutamaan” sebagai


suatu syer tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang tidak
melayakkan pemegangnya mendapat hak untuk mengundi melalui suatu
ketetapan atau bagi apa-apa hak untuk mengambil bahagian di luar
amaun yang dinyatakan dalam mana-mana pengagihan sama ada melalui
dividen, atau penebusan, dalam penggulungan, atau selainnya.

Terdapat beberapa kelas syer keutamaan, iaitu:

➢ Syer keutamaan penyertaan (participating preference shares)

Selain daripada hak untuk menerima dividen yang telah ditetapkan


jumlahnya, pemegang syer ini akan menerima bayaran dividen tambahan
jika terdapat baki keuntungan selepas dividen dibayar kepada pemegang
syer ekuiti/biasa.

➢ Syer keutamaan terkumpul dan bukan terkumpul (cumulative and


non-cumulative preference shares)

Pemegang syer keutamaan terkumpul berhak mendapat dividen pada


kadar tetap sepanjang hayat syarikat. Jika syarikat mengalami penurunan
keuntungan pada tahun tersebut dan kadar sebenar pembayaran dividen
tidak dapat dibayar, kekurangan tertunggak ini akan dibayar pada tahun
berikutnya.

Manakala, pemegang syer keutamaan bukan terkumpul berhak mendapat


dividen pada kadar tetap hanya pada tahun yang mana keuntungan
diperoleh syarikat. Jika terdapat penurunan keuntungan pada satu tahun,
pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan membawa
kepada liabiliti pada tahun berikutnya.

➢ Syer keutamaan boleh tebus

Seksyen 72(2) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa sesuatu syarikat


boleh menerbitkan syer keutamaan atas opsyen kena tebus jika
perlembagaan syarikat itu membenarkannya. Syer ini dikenali sebagai
syer keutamaan boleh tebus.13 Syer tersebut hendaklah boleh ditebus
hanya jika syer itu berbayar penuh dan penebusan itu hendaklah daripada
keuntungan, pengeluaran suatu syer baharu atau modal syarikat. 14

13 Syer keutamaan boleh tebus lazimnya diterbitkan apabila syarikat memerlukan modal dalam jangka masa pendek dan
memulangkannya kembali kepada pemegang syer melalui cara penebusan.
14 Seksyen 72(4)(a) – (c) Akta Syarikat
➢ Syer keutamaan boleh tukar (saya baru tambah, tiada dalam modul)

Syer ini boleh ditukarkan kepada kelas syer yang berbeza mengikut opsyen
pemegang syer.

Pindah milik syer

▪ Berdasarkan seksyen 105(1) Akta Syarikat, tertakluk kepada undang-undang


bertulis yang lain, mana-mana pemegang syer boleh memindah milik
semua atau mana-mana syernya dalam syarikat dengan menyempurnakan
dan disetemkan dengan sewajarnya surat cara pemindahmilikan dan hendaklah
menyerah simpan pemindahan itu dengan syarikat.

▪ Bagi menguatkuasakan pemindahmilikan syer tersebut, syarikat hendaklah


mencatatkan nama penerima pindahan dalam daftar anggota sebagai pemegang
syer.15

Larangan pembelian balik syer sendiri oleh syarikat

▪ Secara amnya, sesuatu syarikat berhad adalah dilarang daripada


memulangkan kembali modal syarikat kepada anggotanya. Hal ini kerana
modal syarikat sewajarnya digunakan untuk menjalankan operasi perniagaan,
bukan untuk dikembalikan.

▪ Tambahan pula, modal syer berbayar penuh merupakan aset syarikat dan
sekiranya syarikat digulungkan, aset ini akan digunakan untuk membayar hutang
atau liabiliti syarikat. Justeru, larangan ini bertujuan untuk melindungi kreditor
apabila syarikat gagal dalam operasinya.

▪ Larangan ini turut merangkumi transaksi pembelian balik syer oleh syarikat
daripada anggotanya. Tindakan syarikat yang membeli balik syernya sama seperti
syarikat memberi keutamaan kepada anggota yang menjual syernya melebihi
keutamaan para kreditor dan anggota syarikat yang lain.

▪ Larangan ini ditegaskan dalam kes Trevor lwn. Whitworth,16 yang mana si mati iaitu
Whitworth merupakan pemegang syer dalam syarikat James Schofield & Son Ltd.
Wasi yang dilantik oleh Whitworth telah menjual syernya semula kepada syarikat.
Telah dipersetujui bahawa pembayaran dibuat sebanyak dua kali ansuran.
Sebelum syarikat sempat membayar ansuran kedua, syarikat mengalami proses
penggulungan. Wasi menuntut baki amaun tersebut daripada likuidator, iaitu
Trevor. Artikel Persatuan (Artikel Pertubuhan) syarikat membenarkan syarikat
membeli balik syernya. Mahkamah memutuskan bahawa syarikat tidak ada kuasa
untuk membeli balik syernya walaupun Artikel Persatuan membenarkannya.
Tuntutan wasi Whitworth untuk mendapatkan baki amaun tersebut gagal kerana
pembelian balik syer oleh syarikat adalah batal.

15 Seksyen 105(3) Akta Syarikat


16 (1887) 12 App Cas 409
Pembelian oleh syarikat atas syernya sendiri

▪ Sungguhpun sesuatu syarikat berhad itu dilarang membeli balik syernya


sendiri, terdapat situasi pengecualian yang mana berdasarkan seksyen
127(1) Akta Syarikat, suatu syarikat yang syernya disebut di bursa saham boleh
membeli syernya sendiri jika dibenarkan oleh perlembagaannya.

▪ Namun, sebelum membeli balik syernya sendiri, seksyen 127(2) Akta


Syarikat menghendaki syarikat untuk memastikan bahawa –

(a) ia adalah solven pada tarikh pembelian itu dan tidak akan menjadi tidak
solven dengan menanggung hutang akibat pembelian tersebut;
(b) pembelian itu dibuat melalui bursa saham dan mengikut kaedah-kaedah
yang berkaitan bagi bursa saham; dan
(c) pembelian itu dibuat dengan suci hati dan demi kepentingan syarikat.

▪ Suatu pernyataan kesolvenan hendaklah dibuat oleh majoriti pengarah syarikat


tersebut bagi mengesahkan keadaan kesolvenan syarikat.17 Dalam membuat
suatu pernyataan kesolvenan, seksyen 113(4) Akta Syarikat menghendaki
pengarah menyiasat keadaan hal ehwal dan prospek syarikat dan mengambil
kira semua liabiliti syarikat, termasuklah liabiliti luar jangka.

▪ Ringkasnya, berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi jika syarikat


mahu membeli balik syernya sendiri:

1) Hanya syarikat yang syernya disenaraikan di bursa saham boleh


membeli semula syernya sendiri;
2) Pembelian balik syer itu hendaklah dibenarkan oleh perlembagaan
syarikat tersebut;
3) Syarikat hendaklah memastikan bahawa ia adalah solven pada tarikh
pembelian itu dan tidak akan menjadi tidak solven dengan
menanggung hutang akibat pembelian tersebut;
4) Pembelian itu dibuat melalui bursa saham dan mengikut kaedah-
kaedah yang berkaitan bagi bursa saham; dan
5) Pembelian itu dibuat dengan suci hati dan demi kepentingan syarikat.

Prinsip pengagihan keuntungan syarikat (dividen)

▪ Secara amnya, sesuatu syarikat yang mempunyai tanggungan berhad tidak boleh
memulangkan modal kepada anggota atau pemegang syernya. Justeru, anggota atau
pemegang syer mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan keuntungan syarikat
atau dividen.

▪ Seksyen 131(1) Akta Syarikat menjelaskan bahawa suatu syarikat hanya boleh
membuat pengagihan kepada pemegang syer daripada keuntungan yang ada
bagi syarikat itu jika syarikat menjadi solven.

17 Seksyen 113(2)(b) & (3) Akta Syarikat


▪ Ini bermakna, syarikat hanya boleh mengagihkan dividen –

(i) hanya daripada keuntungan yang diperoleh syarikat; dan


(ii) jika syarikat berada dalam keadaan solven

▪ Keputusan untuk mengagihkan dividen merupakan urusan dalaman sesuatu


syarikat. Oleh yang demikian, syarikat boleh menghadkan jenis keuntungan yang
boleh digunakan untuk membayar dividen.

▪ Berdasarkan beberapa kes mahkamah, telah diputuskan bahawa syarikat boleh


mengagihkan dividen daripada keuntungan yang diperoleh hasil penjualan aset
tetap syarikat,18 syarikat boleh mengagihkan dividen daripada keuntungan yang
belum direalisasikan hasil penilaian semula aset tetap syarikat,19 syarikat boleh
mengagihkan dividen daripada keuntungan yang diperoleh walaupun berlaku
penurunan nilai aset tetap syarikat,20 syarikat pemegangan tidak boleh
menggunakan keuntungan syarikat subsidiari bagi tujuan pembayaran dividen
disebabkan oleh prinsip entiti berasingan21 dan syarikat boleh mengagihkan
dividen daripada keuntungan yang diperoleh pada tahun semasa tanpa perlu
memulihkan kerugian yang dialami syarikat pada tahun-tahun sebelumnya.22

▪ Syarikat juga berhak untuk tidak membuat pengagihan dividen walaupun


keuntungan diperoleh. Hal ini kerana, keuntungan tersebut masih boleh digunakan
untuk pembayaran dividen pada tahun-tahun berikutnya ataupun dipindahkan ke
dalam rizab syarikat. Keuntungan tersebut juga boleh digunakan oleh syarikat
untuk menggantikan modal yang telah hilang atau memulih pengurangan nilai
sesuatu aset.

▪ Disebabkan keputusan untuk mengagihkan dividen merupakan urusan dalaman


sesuatu syarikat, mahkamah tidak akan campur tangan kecuali berlakunya
penindasan. Misalnya, dalam kes Re Gee Hoe Chan Trading Co. Pte. Ltd.,23 syarikat
telah tidak mengagih dividen untuk empat tahun berturut-turut bermula dari tahun
1984 hingga 1988. Kegagalan syarikat untuk mengagih dividen untuk beberapa
tahun secara berturut-turut merupakan suatu penindasan atau tidak
mengendahkan kepentingan pemegang syer minoriti.

Prosedur pengagihan dividen

▪ Menurut seksyen 132(1) Akta Syarikat, sebelum sesuatu pengagihan dibuat


oleh syarikat kepada mana-mana pemegang syer, pengagihan itu hendaklah
dibenarkan oleh pengarah syarikat.

▪ Pengarah boleh membenarkan suatu pengagihan dibuat pada bila-bila masa


dan mengikut apa-apa amaun yang didapati sesuai oleh pengarah, jika
pengarah berpuas hati bahawa syarikat itu akan menjadi solven sebaik

18 Lubbock lwn. British Bank of South America (1892) 2 Ch 198


19 Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. lwn. Laurie (1961) Ch 353
20 Lee lwn. Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 ChD 1
21 Industrial Equity Ltd. lwn. Blackburn (1977) 137 CLR 567
22 Ammonia Soda Co. Ltd. lwn. Chamberlain (1918) 1 Ch 266
23 (1991) 1 MLJ 137
selepas pengagihan dibuat.24

▪ Sesuatu syarikat dianggap sebagai solven jika syarikat itu berupaya untuk
membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam
masa dua belas (12) bulan selepas pengagihan dividen dibuat.25

▪ Seksyen 132(4) Akta Syarikat menyatakan bahawa jika, selepas pengagihan


dibenarkan dan sebelum ia dibuat, pengarah tidak berpuas hati atas alasan yang
munasabah bahawa syarikat itu akan menjadi solven sebaik selepas pengagihan
dibuat, pengarah itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk
menghalang pengagihan itu daripada dibuat.

▪ Dalam kes Hilton International Ltd. lwn. Hilton,26 mahkamah menyatakan bahawa
dividen tidak boleh dibayar sekiranya perniagaan syarikat itu berada dalam
keadaan tidak solven ataupun kunci kira-kira tak seimbang. Tambahnya lagi,
dividen tidak perlu dibayar sekiranya kesolvenan sesebuah syarikat itu diragui
kecuali pengarah-pengarah boleh menunjukkan bukti munasabah bahawa
pembayaran tidak akan menyebabkan syarikat tidak mampu membayar hutang
kepada pemiutang pada masa tersebut dan pada masa akan datang. Walaupun
sesebuah syarikat itu solven, pembayaran dividen juga tidak perlu dilakukan
sekiranya pengarah-pengarah berpendapat bahawa pembayaran tersebut akan
menggugat kedudukan kunci kira-kira ataupun kesolvenan perniagaan.

Jenis dividen

▪ Terdapat beberapa jenis dividen, iaitu:

(i) Dividen interim – adalah dividen yang diisytiharkan dan dibayar sebelum
berakhir tempoh tahun keuntungan atau sebelum mesyuarat tahunan
diadakan. Ia diisytiharkan oleh pengarah apabila yakin kewangan syarikat
adalah mencukupi.

(ii) Dividen terakhir – adalah dividen yang diisytiharkan selepas keuntungan


diperoleh bagi satu tempoh tahun keuntungan tamat.

(iii) Dividen terkumpul – adalah jumlah dividen tertunggak yang dibawa ke


tahun hadapan dan tahun seterusnya. (pemegang syer keutamaan terkumpul)

(iv) Dividen tidak terkumpul – adalah jumlah dividen bagi satu tahun
keuntungan (satu tempoh perakaunan) sahaja. (pemegang syer keutamaan
tidak terkumpul)

© HAK CIPTA TERPELIHARA


HARLINA MOHAMED ON
2020

24 Seksyen 132(2) Akta Syarikat


25 Seksyen 132(3) Akta Syarikat
26 (1989) 1 NZLR 442

You might also like