You are on page 1of 3

PENGGULUNGAN SUKARELA

Takrif penggulungan syarikat

▪ Penggulungan syarikat adalah suatu proses pembubaran sesuatu syarikat. Apabila


sesuatu syarikat itu digulung, seorang penyelesai atau likuidator akan dilantik
untuk mengambil alih pengurusan syarikat daripada pengarah-pengarahnya.
Penyelesai ini akan mengumpul dan menjual aset-aset syarikat, membayar
pemiutang-pemiutang syarikat dan akhirnya lebihan aset akan dibahagikan kepada
anggota-anggota syarikat mengikut hak masing-masing.

▪ Seksyen 432(1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa penggulungan sesuatu


syarikat boleh dilaksanakan sama ada –

(a) melalui suatu perintah penggulungan yang dibuat oleh Mahkamah;


atau
(b) melalui suatu penggulungan sukarela.

Penggulungan sukarela

▪ Menurut seksyen 439(1) Akta Syarikat, sesuatu syarikat boleh digulung


secara sukarela –

(a) apabila tempoh, jika ada, yang ditetapkan bagi jangka masa syarikat
oleh perlembagaan tamat tempoh, atau peristiwa itu, jika ada, berlaku,
yang apabila berlaku perlembagaan itu memperuntukkan bahawa syarikat
itu hendaklah dibubarkan dan syarikat itu dalam mesyuarat telah
meluluskan suatu ketetapan (biasa) yang menghendaki syarikat itu
digulung secara sukarela; atau
(b) jika syarikat memutuskan sedemikian melalui ketetapan khas.

▪ Suatu penggulungan sukarela boleh dilaksanakan melalui ketetapan sama


ada –

(a) melalui penggulungan sukarela anggota jika syarikat adalah solven dan
penyelesai dilantik oleh anggota dalam mesyuarat anggota; atau
(b) melalui penggulungan sukarela pemiutang jika syarikat tidak solven
dan penyelesai dilantik oleh pemiutang dalam mesyuarat pemiutang. 1

▪ Perbandingan antara penggulungan sukarela anggota dengan penggulungan


sukarela pemiutang

Penggulungan Sukarela Anggota Penggulungan Sukarela Pemiutang

1. Dilakukan jika syarikat berada dalam Dilakukan jika syarikat berada dalam
keadaan solven. (sek. 432(2)(a)) keadaan tidak solven. (sek.
432(2)(b))

1 Seksyen 432(2) Akta Syarikat

1
2. Tidak perlu memanggil mesyuarat Perlu memanggil mesyuarat pemiutang
pemiutang

3. Sek. 443(1)(a) menghendaki pengarah Sek. 449(5)(a) menghendaki pengarah


membuat pengisytiharan kesolvenan membuat pernyataan lengkap tentang
yang mengandungi butiran berikut: hal ehwal syarikat yang mengandungi
butiran berikut:
(a) aset syarikat, dan jumlah
keseluruhan amaun yang dijangka (a) aset, kaedah dan cara penilaian
diperoleh; aset itu dijalankan;

(b) liabiliti syarikat; dan (b) senarai pemiutang dan anggaran


amaun tuntutan mereka untuk
(c) anggaran perbelanjaan bagi dibentangkan di hadapan
penggulungan. (sek. 443(3)) mesyuarat pemiutang.

4. Penyelesai dilantik oleh anggota (sek. Penyelesai dilantik oleh pemiutang


445(1)) (sek. 450(1))

5. Selepas penyelesai dilantik, kuasa Selepas penyelesai dilantik, kuasa


pengarah terhenti kecuali setakat pengarah terhenti kecuali setakat yang
yang dibenarkan oleh penyelesai. dibenarkan oleh jawatankuasa
(seksyen 445(2)) pemeriksaan atau pemiutang.
(seksyen 450(6))

Kuasa penyelesai/likuidator

▪ Antara kuasa penyelesai dalam penggulungan sukarela pemiutang, berdasarkan


Jadual Kesebelas Akta Syarikat termasuklah:

➢ menetapkan senarai penyumbang (e.g pemegang syer yg belum habis


bayar nilai syer atau anggota dlm syarikat berhad menurut jaminan yg
bersetuju untuk menyumbang sejumlah amaun yang ditetapkan dalam
perlembagaan) dan liabiliti mereka
➢ membayar hutang syarikat
➢ memanggil mesyuarat syarikat bagi memperoleh keizinan syarikat
berhubung sesuatu perkara
➢ menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh Akta Syarikat
berkaitan penggulungan

Pertukaran daripada penggulungan sukarela anggota kepada penggulungan sukarela


pemiutang

▪ Berdasarkan seksyen 447(1) Akta Syarikat, jika penyelesai berpendapat


bahawa syarikat tidak mampu untuk membayar atau memperuntukkan
bayaran hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam
pengisytiharan kesolvenan, penyelesai hendaklah dengan serta-merta
memanggil suatu mesyuarat pemiutang dan membentangkan di hadapan

2
mesyuarat itu suatu pernyataan tentang aset dan liabiliti syarikat.

▪ Dalam mesyuarat tersebut, pemiutang boleh melantik penyelesai yang


dilantik oleh syarikat atau mana-mana orang lain sebagai penyelesai bagi
maksud penggulungan hal ehwal dan pembahagian aset syarikat. 2

▪ Proses penggulungan hendaklah diteruskan selepas itu seolah-olah


penggulungan itu ialah suatu penggulungan sukarela pemiutang. 3

© HAK CIPTA TERPELIHARA


HARLINA MOHAMED ON
2020

2 Seksyen 447(2)(a) & (b) Akta Syarikat


3 Seksyen 447(3) Akta Syarikat

You might also like