You are on page 1of 7

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 3B
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

Tajuk: PENGENALAN KEPADA KANUN KESEKSAAN MALAYSIA

2.1. Pengenalan
2.2. Sejarah dan latar belakang
2.3. Pemakaian dan perkembangan Kanun Keseksaan
2.4. Pembahagian umum Kanun Keseksaan
2.5. Perubahan dan pindaan terhadap Kanun Keseksaan
2.6. Cara pembacaan kanun Keseksaan
2.7. Kesimpulan

2.1. Pengenalan
Perkataan ‘Kanun’ menurut Kamus Dewan bererti undang-undang, peraturan atau hukum 1 yang telah
disusun dalam bentuk bertulis atau didokumenkan.

Manakala perkataan ‘Keseksaan’ atau kata asalnya ‘seksa’ membawa berbagai-bagai maksud seperti
‘kesusahan’, ‘kesengsaraan’ atau ‘kesakitan’ yang dideritai sebagai hukuman yang menyakitkan atau
azab2.

‘Kanun Keseksaan’ adalah himpunan undang-undang atau peraturan-peraturan bertulis berkaitan dengan
mana-mana perbuatan-perbuatan salah (kesalahan-kesalahan jenayah) di negara ini dan dalam masa yang
sama turut menyediakan peruntukan mengenai pembalasan berupa seksaan-seksaan yang dikenakan
terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan atau undang-undang itu.

Semua kesalahan yang diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan adalah perbuatan jenayah.

Kanun Keseksaan itu pula ia hanya terpakai di negara ini sahaja dan tidak diperluaskan bidang kuasa
kawasan ke negara lain3.

Kanun kelihatan lebih umum dan menyeluruh.

1
. Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Edisi Ketiga: 2002. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, hlm 573.
2
. Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Edisi Ketiga: 2002. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, hlm 1212.
3
. Perlu diingatkan bahawa dari segi nama, Kanun Keseksaan terdapat di beberapa negara
lain seperti Singapura , Brunei dan India. Manakala dari segi peruntukan yang ada, terdapat juga
persamaan-persamaan dari segi seksyen-seksyen yang diperuntukkan. Persamaan yang
dikesan berkenaan nama dan peruntukan-peruntukan tertentu di ketiga-tiga negara ini adalah
disebabkan oleh factor sejarah penjajahan Inggeris di negara-negara berkenaan.

1
Statut-statut lain yang terkemudian daripadanya itu lebih khusus kepada sesuatu kesalahan tertentu
sahaja atau memberi tumpuan khusus terhadap perbuatan salah yang tidak diperincikan secara
mendalam oleh Kanun Keseksaan – contoh:
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234),
Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) (Dipinda menjadi ASPRM 2009)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

2.2. Sejarah Dan Latar Belakang Kanun Keseksaan.


Kanun Kesiksaan yang terpakai di Malaysia hari ini adalah warisan penjajah.

Sebelum KK terpakai di Tanah Melayu, Kerajaan Inggeris yang menguasai India ketika itu telah
menggunakan Kanun Keseksaan India sebagai sebahagian daripada jentera dalam sistem keadilan
jenayahnya di negara tanah jajahannya itu.

Kanun Keseksaan (Akta 574) seperti yang terdapat di negara ini pada hari ini berasal daripada Kanun
Keseksaan India (Act XLV Tahun 1860).
Ia disusun oleh Suruhanjaya Undang-Undang India atau Indian Law Commission pada tahun 1831.
Keanggotaan Suruhanjaya:
Lord Macaulay, selaku Presiden;
Macleod;
Anderson;
Millett;
Deraf Kanun Keseksaan Indian 1837 yang serahkan kepada pentadbiran Inggeris di India (Gabenor Jeneral
Inggeris di India) telah diluluskan pada tahun 1860 4.

Kanun Keseksaan India itu juga dikaitkan dengan kesan daripada pergerakan pembaharuan dalam
undang-undang jenayah yang berlaku di England di bawah tajaan Jeremy Bentham 5.

Walau bagaimanapun, gerakan pembaharuan bagi tujuan mengwujudkan kodifikasi undang-undang


jenayah di England itu sendiri telah menemui kegagalannya di sana dan deraf itu kemudiannya cuba
diserapkan ke tanah-tanah jajahan Inggeris termasuk India.

Di India, deraf disiapkan 15 Jun 1835


Dibentangkan di Majlis Gabenor-Jeneral India pada tahun 1837;
Diluluskan pada 6 Oktober 1860;
Setelah diluluskan oleh Gabenor-Jeneral India KK dikuatkuasakan pada 1 Januari 1862 6

Pentadbiran sistem keadilan jenayah di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang-Melaka-Singapura):


Straits Settlements Ordinance No 14 (Penal Code).
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ia dikenali sebagai Bab 45 (FMS (Cap 45);
Melaka dan Pulau Pinang (SS Cap 20);
Singapura (SS Cap 14);
Kelantan (SS Ordinance IV of 1871);
Kedah (Kedah Enactment 15 of 1345);
Perlis (Kedah Enactment 15 of 1345);

4
. Sila lihat Vorah & Hamid On The Malaysian Penal Code Commentaries, Cases and Sample
Charges, 2006, Kuala Lumpur: Printworks Publishing Sdn Bhd., hlm 1.
5
Sila lihat M.Sornarajah, ‘The Interpretation Of The Penal Codes’ [1991] 3 MLJ cxxix.
6
. Ratanlal & Dhirajlal’s 1997. Law of Crimes The Indian Penal Code . Vol 1. New Delhi:
Bharat Law House., hlm 1

2
Trengganu (SS Ordinance IV of 1871).

Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 - FM Ordinance No 32 of 1948


Kanun Keseksaan (N.M.Bab 45) terpakai ke seluruh Persekutuan.
Kanun Keseksaan (NMB.Bab 45) telah disemak semula dan telah namakan sebagai Kanun Keseksaan (Akta
574) (Disemak 1997).

Sejarah sebelum Kanun Keseksaan:


Tanah Melayu ada undang-undang jenayahnya dalam bentuk dan pemakaiannya yang tersendiri seperti:
i. adat Temenggong,
ii. adat Pepatih,
iii. Hukum Kanun Melaka7,
iv. Undang-Undang Laut Melaka,
v. undang-undang berasaskan agama seperti undang-undang Islam
vi. kepercayaan;
vii. adat-adat tempatan;

2.3. Pemakaian Dan Perkembangan Kanun Keseksaan


Secara umumnya Kanun Keseksaan yang ada sekarang ini memperlihatkan suatu manifestasi sekelompok
masyarakat yang berkepentingan yang memainkan undang-undang jenayah itu sebagai suatu alat bagi
tujuan tertentu seperti:
i. melindungi kepentingan diri atau kelompok;
ii. suatu kaedah menguasai ekonomi dan memperlihatkan kekuasaan;
iii. mengukuhkan kedudukan pemerintahan dengan selitan-selitan beberapa isu keselamatan
awam dan kepentingan umum bagi menampakkan sedikit unsur keadilan, kesejahteraan dan
kepentingan sosialnya.
iv. Perlindungan – terhadap diri, harta, dan keselamatan negara disamping kepentingan umum
yang lainnya.

2.4. Pembahagian-Pembahagian Umum Dalam Kanun Keseksaan.


Kanun Keseksaan terbahagi kepada 23 Bab
Sebanyak 511 seksyen.

Daripada sejumlah 23 Bab, Kanun Keseksaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
i. pertama, perkara yang memperuntukan prinsip-prinsip umum undang-undang jenayah; dan
ii. kedua, peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah.

Jadual 1. Prinsip-Prinsip Umum

Bil Perkara Bab dan Seksyen


1 Pendahuluan/Permulaan Bab 1 – ss. 1 – 5
2 Huraian Am Bab II – ss. 6 – 52
3 Hukuman Bab III – ss. 53 – 75
4 Kekecualian Am Bab IV – ss. 76 – 106

7
Sila lihat Abu Hassan Mohd Sham, Hukum Kanun Melaka, Tesis yang tidak diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1972. Bahan tulisan ini boleh dirujuk di Perpustakaan
Tun Sri Lanang, UKM melalui No.panggilan PL5172.5.A28. 1972. Tesis.; Mohd Fauzi b.Mohd Isa,
Kesalahan Jenayah Dalam Hukum Kanun Melaka , juga bolej dirujuk di Perpustakaan Tun Sri
Lanang, UKM melalui No.panggilan BP 158.C7M834. 2004. Tesis (Perpustakaan Tun Sri Lanang,
UKM); Liaw Yock Fang No.panggilan DS 596.5.L52 Kat. Koleksi Asia Tenggara. Perpustakaan
Tun Sri Lanang, UKM).

3
Jadual 2. Kesalahan-Kesalahan Di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574)

Bil. Darihal Kesalahan Bab dan Seksyen


1. Subahat Bab V
ss.107 – 120
2. Pakatjahat Jenayah Bab VA
ss. 120A – 120 B
3. Kesalahan Terhadap Negara Bab VI
Ss 121 – 130A
4. Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Keganasan BAB VIA
Ss 130B – 130T
5. Jenayah Terancang BAB VIB
Ss 130U –130 W
6. Kesalahan Berkenaan Dengan Angkatan Tentera Bab VII
Ss 131 – 140 B.
7. Kesalahan Terhadap Ketenteraman Awam Bab VIII
Ss 141 – 160

8. Kesalahan Oleh Penjawat Awam Atau Yang Bab IX


Berkenaan Dengan Mereka 161 – 171.

9. Menghinakan Kuasa Yang Sah Di Sisi Undang- Bab X


Undangbagi Penjawat-Penjawat Awam. Ss 172 – 190.
10. Kesalahan Terhadap Keadilan Awam Bab XI
Ss 191 - 229
11. Kesalahan Berkenaan Dengan Setem dan Duit Bab XII
Ss 230 – 263.

12. Kesalahan Berkenaan Dengan Alat Penimbang Dan Bab XIII


Sukat. Ss 264 – 267.
13. Kesalahan Mengenai Kesihatan, Keselamatan, Bab XIV
Kemudahan, Kesopanan Dan Akhlak Awam. Ss268 – 294.
14. Kesalahan Berkenaan Dengan Agama Bab XV
Ss 295 – 298A.
15. Kesalahan Mengenai Tubuh Manusia Bab XVI
Ss 299 – 377E
16. Kesalahan Terhadap Harta Bab XVII
Ss 378 – 462
17. Kesalahan Berkenaan Dengan Suratan, Matawang Bab XVIII
Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank. Ss 463 – 489

18. Kemungkiran Kontrak Perkhidmatan Secara Bab XIX


Jenayah. Ss 490 492.
19. Kesalahan Berkenaan Dengan Perkahwinan Bab XX
493 – 498.
20. Fitnah Bab XXI
Ss 499 – 502
21. Menakutkan Secara Jenayah, Aib dan Kegusaran Bab XXII
Ss 503 – 510
22. Percubaan Hendak Melakukan Jenayah Bab XXIII
s.511

4
2.5. Perubahan Dan Pindaan Terhadap Kanun Keseksaan
Bersifat dinamik dan pasti berubah.
Sesuatu yang dahulunya tidak di anggap sebagai jenayah mungkin menjadi suatu jenayah hari ini atau
sebaliknya.
Perubahan-perubahan kepada tanggapan dan nilai-nilai masyarakat dalam sesebuah negara biasanya
dapat dilihat melalui undang-undang jenayahnya.

Sama ada perubahan dalam nilai-nilai masyarakat itu mempengaruhi kandungan Kanun Keseksaan atau
tidak banyak bergantung kepada beberapa factor-faktor seperti:
i. struktur sosial,
ii. nilai-nilai masyarakat dan
iii. perkembangan semasa tempatan, serantau dan antarabangsa.

Siri-siri pindaan terhadap Kanun Keseksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada
keperluan dan kesesuaian hal keadaannya. Siri pindaan yang berlaku sejak ianya dikuatkuasakan di
negara ini sehingga kini adalah seperti di Jadual 3 berikut:

Jadual 3. Senarai Pindaan-Pindaan


Pindaan Melalui Peruntukan Yang Dipinda
1 F. M. S. En. 1/1936 ss. 63, 64, 66, 67, 69, 70, 85, 86, 115, 309A, 309B.
2 F. M. S. En. 41/1936 ss. 140B, 216B, 230, 232, 234, 235, 238, 240, 243, 247,
249, 251, 253, 294, 492.
3 F. M. S. En.11/1937 ss. 392, 397, 398.
4 F. M. S. En.18/1937 s. 124
5 F. M. S. En. 3/1938 s. 53
6 F. M. S. En.30/1938 ss. 226, 377A, 397, 398.
7 F. M. S. En.13/1939 ss. 124A, 153A.
8 F. M. S. G. N. 940/1939 s.423
9 F. M. S. G. N. 1702/1939 s.182
10 F. M. Ord. 1/1948 Ss 53, 124
11 F. M. Ord.32/1948 ss. 2, 3, 17, 21, 54, 55, 75, 107, 108A, 120A, 120B,
121,121B, 124, 130, 140B, 141, 161, 162, 177, 212, 216,
216A, 225B, 226, 236, 237, 238, 359, 360, 363, 364,
373A, 410
12 F. M. Ord.14/1953 ss. 53, 59, 60, 73, 74
13 F. M. Ord.25/1957 s. 490
14 F. L. N. (N.S) 1/1975 ss. 5, 13, 17, 21, 49, 54, 55, 121, 121A, 121B, 122, 123,
124, 125, 126, 131, 132-140, 140B, 141, 161, 162, 163,
226, 230, 505.
15 F. M. Ord.11/1959 s. 229
Akta 41/1961 s. 364.
Akta 24/1965 Ss 86, 203, 230, 327, 329, 395, 396, 399, 400, 410, 489A.
Akta 1/1966 s. 86
Akta 1/1967 ss. 144, 148, 440
Akta A327/1976 ss. 2, 3, 4, 75, 82, 83, 86, 108A, 115, 118, 119, 121-125,
125A, 126, 127, 128, 130, 130A, 131, 132, 194, 212, 216,
222, 225, 225B, 230-242, 246-250, 252, 254, 255, 304,
305, 307, 309B, 313, 314, 326, 329, 359, 360, 363, 364,
371,373A, 376, 377, 388, 389, 394, 395, 396, 400, 409,
410, 412, 413, 430A, 436, 438, 449, 450, 459, 460, 467,

5
472, 474, 475, 477, 489A, 489B. 489D
Akta A538/1982 ss. 194, 231, 232, 234, 238, 240, 243, 247, 249, 251,
253.
Akta A549/1983 ss. 225, 298A
Akta A614/1985 ss. 298A
Akta A651/1986 s. 494
Akta A727/1989 ss. 91, 292, 293, 312, 354, 375, 376, 377, 377A-377E,
379, 379A, 380, 384-389, 406-408, 411, 414, 417,-424,
509.
Akta A860/1993 ss. 24, 29, 43, 402A, 403, 404, 405, 406, 407, 408, 409,
409A, 409B, 415, 420.
Akta A1131/2001 ss. 372, 372A, 372B, 373, 373A, 376A, 376B
Akta A1210/2003 ss. 57, 94, 130B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T, 304,
364, 374A, 376, 396, 460.
Akta A1273/2006 ss.130B, 160, 186, 225B, 375,375A, 376, 377CA, 390,
391, 392, 406, 408, 444, 446, 447, 448, 453, 455, 456,
457A, 458, 460,
Akta A1303/2007 ss.130B,376, 396, 402,
Act A1430/ 2012 Ss 120A, 120B-N, 130A, 130KA, 130U-130W

Pengkanunan jenayah melalui Kanun Keseksaan membolehkan masyarakat mengetahui:


i. jenis-jenis perbuatan atau perilaku yang dikatakan sebagai jenayah;
ii. hukuman-hukuman bagi setiap perbuatan jenayah jika sabit dengan kesalahan;
iii. menyedarkan masyarakat pentingnya sistem perundangan jenayah kerana ia memberi suatu
jaminan terhadap keselamatan diri, harta benda dan negara, kesejahteraan masyarakat serta
ketenteraman awam.
iv. meletakkan unsur keseragaman sebagai satu cara mengelakkan terlalu banyak pertindihan
undang-undang yang mungkin berlaku.
v. pengkanunan turut memberi kesan terhadap ciri-ciri tempatan seperti undang-undang Islam,
adat resam, kelaziman amalan dan budaya masyarakat dalam soal sistem pentadbiran
keadilan jenayah yang terhakis sedikit demi sedikit dan timbulnya pengaruh luar dan asing
dalam urusan masyarakat setempat selepas itu.
vi. Pengkanunan juga memaksa mahkamah membuat tafsiran berdasarkan kepada kehendak
badan perundangan dan terikat dengan konsep bidangkuasa dalam membicarakan kes-kes
yang berkenaan.

2.6. Cara pembacaan Kanun Keseksaan


Struktur sesuatu statut atau undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan negara ini
mempunyai cara pembacaannya yang tertentu.

Tajuk-Perkara (Title)
Setiap statut akan diberikan nama-nama tertentu bagi tujuan pengenalan 8 dan sebutan atau panggilan
sahaja. Tajuk-perkara ini hanya sekadar nama sahaja dan bukanlah undang-undang dengan sendirinya.

Mukadimah (Preamble)

8
. Sila lihat Vacher & Sons Ltd. V. London Society of Compositor (1913) AC 107.

6
Bahagian pengenalan bagi setiap statut disebut sebagai ‘Mukadimah’. Mukadimah Kanun Keseksaan
bermula dengan ungkapan ‘Suatu Akta berkenaan dengan kesalahan jenayah’. - sebagai pembuka kata
atau kata-kata pendahuluan.

Tajuk Kecil (Headings)


Setiap seksyen dalam Kanun diberikan tajuk-tajuk kecil. Tajuk-tajuk kecil ini dituliskan sebaris dengan
setiap seksyen.

Seksyen dan subseksyen (seksyen kecil).


Seksyen adalah gelaran kepada sistem penomboran yang diberikan secara berturutan dalam sesuatu
statut. . Setiap tambahan kepada penerangan itu akan dibahagikan kepada sub-sub penomboran.
Sebagai contohnya seksyen 300 memperihalkan perbuatan yang dikatakan ‘membunuh orang’. Seksyen
ini dipecahkan kepada empat perenggan iaitu perenggan-perenggan (a), (b), (c) dan (d) yang
menceritakan segala-galanya mengenai bunuh. Kemudiannya dalam seksyen 302 pula dinyatakan
seksaan bagi kesalahan membunuh orang.

Ungkapan pengasingan atau perenggan pengecualian (Provisos)


‘proviso’ atau ungkapan pengasingan atau perenggan pengecualian.
Proviso bertindak seolah-olah mengeluarkan atau mengetepikan sesuatu perkara daripada peruntukan
utama (am) itu.

Ungkapan pengasingan biasanya bermula dengan ayat ‘Dengan syarat perbuatan…’, atau ‘Dengan syarat
bahawa…’, seperti kebiasaan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan.

Huraian (Explaination)
Huraian adalah iringan yang dikembarkan kepada sesuatu seksyen.
Huraian adalah sebahagian daripada seksyen dan ada ketikanya menjelaskan skop pemakaian sesuatu
perkataan dalam seksyen berkenaan.
Huraian biasanya diletakkan selepas proviso, jika ada, dan sebelum perenggan ‘Misalan’.

Misalan-misalan (Illustrations)
Misalan-misalan yang dimasukkan di bahagian akhir sesuatu seksyen memberi contoh-contoh perbuatan
atau perilaku yang dimaksudkan oleh seksyen.
Misalan adalah sebahagian daripada seksyen tetapi ia tidak boleh digunakan untuk mempertikaikan
peruntukan utama seksyen berkenaan.
Misalan-Misalan hanyalah bagi menyokong seksyen utama.
Mahkamah tidak terikat membuat keputusan berdasarkan kepada contoh-contoh yang digambarkan itu
walaupun terdapat persamaan di antara contoh-contoh yang sama dalam misalan-misalan itu dengan kes
yang sebenar sedang dibicarakan.

Senarai pindaan.
Diletakkan di bahagian akhir muka surat sesuatu statut sebagai suatu makluman atau pemberitahuan
terhadap sesuatu perkara yang dilakukan berhubung statut berkenaan.

2.7. Kesimpulan
Kanun Keseksaan sebagai undang-undang jenayah yang terpakai untuk semua (statut of general
application).

Kandungan Kanun Keseksaan ini memberikan suatu gambaran bagaimana undang-undang menangani
kehidupan manusia yang berbagai ragam. Manusia akan melakukan apa sahaja dalam dunia ini kerana
bilangannya yang ramai yang terdiri daripada berbagai bangsa, agama, latar belakang budaya dan adat
resam mewujudkan kepelbagaian sifat, ragam, perangai, cara berfikir, bertindak dan sebagainya.

You might also like