You are on page 1of 9

ISTIADAT & PROTOKOL NEGERI SABAH

JADUAL SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH

JADUAL PERTAMA
SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH [Bagi Upacara Rasmi di Peringkat Negeri] 1. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. 2. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. 3. Yang Amat Berbahagia Pesara-pesara daripada jawatan Yang di-Pertua Negeri. 4. Yang Amat Berbahagia Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara [S.M.N.]. 5. Yang Amat Berbahagia Ahli-ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.]. 6. Yang Berbahagia Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di- Pertua Negeri dan Balu-balu bekas Yang di-Pertua Negeri. 7. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri . 8. Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri. 9. Yang Berhormat Menteri-Menteri Persekutuan. 10Yang Berhormat Menteri-Menteri Negeri. 11. Yang Berbahagia Mantan Ketua Menteri Sabah. 12. Hakim Besar Borneo. 13. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. 14. Yang Berbahagia Setiausaha Persekutuan Sabah. 15. Yang Berbahagia Panglima Wilayah Dua. 16. Yang Berbahagia Pesuruhjaya Polis Sabah. 17. Yang Berbahagia Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia. 18. Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri 19. Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri. 20. Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 21. Yang Berbahagia Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.]. 22. Yang Berbahagia Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.]. 23. Yang Berbahagia Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.]. * Kehormat 23a. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara (Senator). * Kehormat 23b. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat (Parlimen). 24. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. 25. Yang Berbahagia Ahli-Ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.]. 26. Yang Berbahagia Konsul Jenderal Republik Indonesia bagi Sabah dan Sarawak. 27. Yang Berbahagia Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. 28. Yang Berbahagia Peguam Besar Negeri. 29. Yang Berbahagia Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri. 30. Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

31. Yang Berbahagia Pengerusi-pengerusi Badan Berkanun Negeri. 32. Sahibus Samahah Mufti Negeri. 33. Yang Berbahagia Konsul-konsul, Konsul-konsul Kehormat dan Wakil-wakil Kehormat Kerajaan Asing yang bertauliah. 34. Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian. 35. Presiden-presiden Majlis Perbandaran. 36. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi G ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawaipegawai Tentera dan Polis, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 37. Setiausaha-setiausaha Politik Kementerian. 38. Bishop dan Ketua-ketua Badan Agama. 39. Ahli-ahli Jaksa Pendamai [J.P.]. 40. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.]. 41. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. 42. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan A, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 43. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.]. 44. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.]. 45. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.].

JADUAL KEDUA [SUSUNAN]


SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH [Bagi Upacara Rasmi di Peringkat Kebangsaan] 1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong. 3. Yang di-Pertua Negeri Sabah. 4. Raja-Raja dan Permaisuri-Permaisuri Raja. 5. Yang di-Pertua Negeri -Yang di-Pertua Negeri. 6. Perdana Menteri. * Kehormat +6a - Bakal-bakal Raja, Tengku Mahkota/Raja Muda. 7. Timbalan Perdana Menteri. 8. Ketua Menteri Sabah. * Kehormat +8a - Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 9. Pesara-pesara daripada jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah. 10. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negaa [S.M.N.]. 11. Ahli-Ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.] 12. Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri dan Balu-balu bekas Yang diPertua Negeri Sabah. 13. Ketua Hakim Negara. 14. Yang Dipertua Dewan Negara. 15. Yang Dipertua Dewan Rakyat. 16. Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. * Kehormat 16a - Speaker Dewan Undangan Negeri. 17. Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah. 18. Menteri-Menteri Persekutuan. 19. Menteri-Menteri Negeri Sabah. * Kehormat 19a - Menteri-Menteri Negeri Sarawak. * Kehormat 19b - Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 20. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri yang Mutlak, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa. 21. Hakim-hakim Besar. 22. Ketua Setiausaha Negara. 23. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. * Kehormat 23a - Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri. * Kehormat 23b - Hakim-hakim Mahkamah Agong. * Kehormat 23c - Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 24. Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan. 25. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. 26. Pembantu-pembantu Menteri Negeri Sabah. * Kehormat 26a - Menteri-Menteri Muda Negeri Sarawak.

* Kehormat 26b - Setiausaha-setiausaha Parlimen. 27. Peguam Negara. 28. Ketua Turus Angkatan Tentera. 29. Ketua Polis Negara. 30. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. 31. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. * Kehormat 31a - Penasihat Khas kepada Perdana Menteri. * Kehormat 31b - Pegawai Turus II dan III. 32. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. * Kehormat 32a - Gabenor Bank Negara Malaysia. * Kehormat 32b - Penyimpan Mohor Ber Raja-Raja. * Kehormat 32c - Datuk Paduka Maharaja Lela. 33. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.]. 34. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.]. * Kehormat 34a - Bekas-Bekas Ketua Menteri Sabah. 35. Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.]. 36. Ahli-ahli Dewan Negara. 37. Ahli-ahi Dewan Rakyat. 38. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. * Kehormat 38a - Ahli-ahli Dewaqn Undangan Negeri. 39. Ahli-ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.]. * Kehormat 39a - Professor-professor Di Raja. * Kehormat 39b - Ahli-ahli Panglima Setia Di Raja. * Kehormat 39c - Orang-orang yang menerima Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran Datuk atau Dato 40. Konsul Jenderal Republik Indonesia bagi Sabah dan Sarawak. 41. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah. * Kehormat 41a - Setiausaha Persekutuan Sabah. 42. Peguam Besar Negeri. 43. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah. 44. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. 45. Pengerusi-Pengerusi Badan Berkanun Negeri Sabah. 46. Panglima Wilayah Dua. 47. Pesuruhjaya Polis Sabah. 48. Panglima 5 Briged Infantri Malaysia. 49. Mufti Negeri Sabah. 50. Konsul-konsul, Konsul-Konsul Kehormat dan Wakil-wakil Kehormat Kerajaan Asing yang bertauliah. 51. Pegawai-Pegawai Tingkatan Tertinggi A dan B dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 52. Ketua Ketua Setiausaha Kementerian. * Kehormat 52a - Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 53. Presiden-Presiden Majlis Perbandaran.

54. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi G ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Perselkutuan, Pegawaipegawai Polis dan Tentera, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 55. Setiausaha-Setiausaha Politik Kementerian. * Kehormat 55a - Setiausaha-Setiausaha Politik 56. Bishop dan Ketua-ketua Agama. 57. Ahli-ahli Jaksa Oendamai [J.P.]. 58. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.]. 59. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah. 60. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan A, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 61. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.]. 62. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.]. 63. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.]

JADUAL KETIGA [SUSUNAN]


SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH [Bagi upacara rasmi di Peringkat Daerah] 1. Yang di-Pertua Negeri. 2. Ketua Menteri. 3. Presiden-Presiden Majlis Perbandaran. * Kehormat 3a - Pegawai-Pegawai Daerah * Kehormat 3b - Pengerusi-Pengerusi Majlis Bandaran. * Kehormat 3c - Pengerusi-Pengerusi Majlis Daerah. 4. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara [S.M.N.]. 5. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.]. 6. Menteri-Menteri. 7. Pembantu-Pembantu Menteri. * Kehormat 7a - Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 8. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.]. 9. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.]. 10. Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.] 11. Ahli-ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.]. * Kehormat 11a - Ahli-ahli Dewan Negara. * Kehormat 11b - Ahli-ahli Dewan Rakyat. 12. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. * Kehormat 12a - Konsol-Konsul Muda Kerajaan Asing yang bertauliah. 13. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi G ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawaipegawai Tentera dan Polis, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 14. Setiausaha-Setiausaha Politik Kementerian. 15. Majistret-Majistret Daerah. 16. Ahli-ahli Jaksa Pendamai [J.P.]. 17. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.]. 18. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. 19. Ketua-Ketua Polis Bahagian. * Kehormat 19a - Ketua-Ketua Polis Daerah. 20. Pegawai-Pegawai Memerintah Angkatan Tentera. 21. Kadhi-Kadhi Besar. * Kehormat 21a - Kadhi-Kadhi Bahagian. 22. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan A, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya. 23. Ahli-ahli Majlis Perbandaran. * Kehormat 23a - Ahli-ahli Majlis Bandaran.

* Kehormat 23b - Ahli-ahli Majlis Daerah. 24. Ketua-ketua Badan Agama. 25. Ketua-Ketua Daerah. 26. Penolong-Penolong Pegawai Daerah. 27. Pemimpin-Pemimpin Kemajuan Rakyat [P.K.R.]. 28. Pegawai-Pegawai Kemajuan Masyarakat [P.K.M.]. 29. Ketua-Ketua Anak Negeri [K.A.N.]. * Kehormat 29a - Imam-Iman Daerah. * Kehormat 29b - Penghulu-Penghulu. 30. Kapitan-Kapitan Cina [K.C.]. 31. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.]. 32. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.]. 33. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.]. 34. Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [J.K.K.K.]. 35. Ketua-Ketua Kampung [K.K.].

JADUAL KEEMPAT [CATATAN]


SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH 1. Yang di-Pertua Negeri Sabah mengambil keutamaan selepas Raja Permaisuri Agong bagi semua upacara rasmi di peringkat kebangsaan yang diadakan di Negeri Sabah [sila lihat Jadual Kedua], menurut Artikel 70 [1] Perlembagaan Persekutuan. 2. Bekas-bekas Yang di-Pertua Negeri dan bekas-bekas Ketua Menteri mengambil kutamaan antara mereka masing-masing mengikut terikh mereka dilantik ke jawatan masing-masing. 3. Orang-orang yang dikurniakan bintang-bintang kebesaran Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-masing mengikut tarikh pengurniaan. Kurniaan-kurniaan yang membawa gelaran Tun dan Tan Sri mengambil keutamaan gelaran-gelaran yang lain. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Kehormat mengambil keutamaan selepas ahliahli penuh sementara ahli-ahli darjah kebesaran negeri-negeri lain pula mengambil keutamaan selepas ahli-ahli darjah kebesaran Negeri Sabah. 4. Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing menurut tarikh mereka mula-mula memangku. Sementara balu-balu bekas Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh bekas suami mereka dilantik. 5. Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dan Menteri-menteri Negeri mengambil kutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh perlantikan mereka ataupu seperti yang ditetapkan oleh Ketua Menteri. 6. Ahli-ahli Kumpulan Diplomatik mengambil keutamaan antara mereka mengikut tingkatan mereka masing-masing menurut kelaziman diplomatik. 7. Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-setiausaha Politik Kementerian mengambil keutamaan diantara mereka sendiri mengikut keutamaan Menteri-Menteri mereka. 8. Pengerusi-penge dan Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawsah Perlembagaan Negeri dan Pengerusi-pengerusi Badan- Berkanun yang dilantik di bawah Enakmen Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dilantik ke jawatan tersebut. 9. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut susunan yang diuntukkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Sementara Ahliahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut susunan yang telah diuntukkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 10. Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian dan Presiden-presiden Majlis Perbandaran mangambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut terikh perlantikan mereka ke jawatan tersebut. 11. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengambil keutamaan diantara mereka mengikut tarikh perlantikan mereka. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis; dan Pegawsai-

pegawai Ban Berkanun mengambil keutamaan mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dilantik dalam tingkatan masing-masing dengan syarat penyandang jawsatan Pemangku mengambil keutamaan selepas semua penyandang jawatan hakiki yang sama peringkatnya. 12. Seorang yang berhak kepada lebih daripada satu tempat dalam Jadual ini mengambil keutamaan mengikut tempat yang tertinggi. 13. Tertakluk kepada catatan 12, isteri-isteri mengambil keutamaan sama seperti suami-suami mereka dan suami-suami mereka pula mengambil keutamaan sama seperti isteri-isteri mereka. 14. Orang-orang yang tidak tersenarai dalam Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga akan mengambil keutamaan mengikut kelaziman biasa, tertakluk kepada apa-apa panduan khas yang diberi oleh Jabatan Ketua Menteri dari masa ke masa. 15. Semua jemputan untuk kategori yang bertanda [+] hendaklah dibuat melalui surat jemputan rasmi dan jemputan melalui kad jemputan biasa adalah dilarang. 16. Semua kategori yang bertanda [*] dan dif-dif negeri-negeri lain adalah diletakkan sebagai Senarai Kehormat. 17. Sekiranya timbul apa-apa keraguan tentang pemakaian Susunan tersebut dalam Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga, rujukan hendaklah dibuat kepada Pengarah Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri.

You might also like