You are on page 1of 4

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 1E
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

TAJUK: TAFSIRAN PERUNDANGAN

Sebaik sahaja undang-undang (contohnya Akta; Enakmen; Ordinan; Peraturan) diluluskan oleh
badan perundangan (sama ada oleh Parlimen; Dewan Perundangan Negeri; Kementerian) pemakaiannya
akan terus dilaksanakan mengikut tarikh ianya dikuatkuasakan. Tugas untuk membuat tafsiran terhadap
undang-undang terletak dibahu mahkamah. Dalam ertikata lain mahkamah harus membuat tafsiran
terhadap undang-undang itu mengikut sebagaimana kehendak atau yang dihajatkan oleh pembuat undang-
undang berkenaan. Dalam kes Seaford Court Estates. Ltd. V. Asher [1949]2 AllER 155, Denning L.J.
mengatakan:
“it would certainly save the judges trouble if Acts of Parliament were drafted with divine
prescience and perfect clarity. In the absence of it, when a defect appears a judge cannot
simply fold his hands and blame the draftsman. He must set to work on the constructive
task of finding the intention of Parliament, and he must do this not only from the
language of the statute, but also from a consideration of the social conditions which gave
rise to it and of the mischief which it was passed to remedy, and then he must supplement
the written word so as to give ‘force and life’ to the intention of the legislature”

Mahkamah bertanggung jawab membuat tafsiran terhadap peruntukan perundangan yang telah
diluluskan oleh badan perundangan. Dalam hal ini beberapa kaedah telah digunakan bagi membantu pihak
mahkamah untuk membuat tafsiran tertentu sekiranya berhadapan dengan masalah berkenaan. Di antara
cara bagaimana sesuatu perkara itu hendak ditafsirkan ialah dengan merujuk kepada :

a. TAFSIRAN MENGGUNAKAN STATUT;


b. TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN; atau
c. TAFSIRAN MENGGUNAKAN KAEDAH CIPTAAN BADAN KEHAKIMAN

a. TAFSIRAN MENGGUNAKAN STATUT


Terdapat sebuah Akta yang dikenali sebagai Interpretation Acts 1948 and 1967 (Akta Tafsiran 1948 dan
1967 digubal bagi tujuan untuk membuat tafsiran terhadap perkataan-perkataan yang terdapat di dalam
statut di negara ini. Mukadimah akta tersebut memperuntukan
‘to provide for the commencement, application, construction, interpretation and operation of
written laws; to provide for matters in relation to the exercise of statutory powers and duties; and for
matters connected therewith’

Akta ini membuat tafsiran terhadap peruntukan undang-undang bertulis yang ada serta dokumen-dokumen
awam. Walau bagaimanapun Akta ini tidak memperuntukan semua tafsiran dan makna kepada setiap
perkara.

b. TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan
Perkara 160 menyediakan senarai perkataan-perkataan yang terkandung dalam Perlembagaan
berserta dengan erti dan atau tafsirannya sekali. Ini adalah bagi memudahkan pembacaan Perlembagaan itu
sendiri. Selain daripada itu juga, Perlembagaan ini juga boleh ditafsirkan dengan menggunakan Ordinan
Tafsiran dan Fasal Am, 1948 dengan pindaan tertentu.(sila lihat Jadual 11, Perlembagaan Persekutuan)

c. TAFSIRAN MENGGUNAKAN KAEDAH CIPTAAN BADAN KEHAKIMAN


Apabila berhadapan dengan suatu perkataan, sepotong ayat atau ungkapan-ungkapan tertentu dan
tiada kaedah-kaedah khusus bagaimana tafsiran tersebut harus dibuat, maka ada kemungkinan
pertelingkahan atau pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Adalah sukar untuk membuat tafsiran apa yang dimaksudkan oleh seseorang dengan apa yang
dituliskan dan tiada satu pun kaedah yang muktamad boleh dianggap sebagai yang terbaik untuk
digunakan. Oleh yang demikian beberapa kaedah telah dibuat dan digunapakai mengikut kesesuaiannya.
Berikut diperturunkan sebahagian daripada kaedah biasa yang digunakan sehingga ke hari ini. Terdapat
empat kaedah iaitu:
i. Kaedah / Pendekatan Harafiah (Literal Approach)
ii. Kaedah Keemasan (Golden Rule)
iii. Kaedah Kemudaratan (Mischief Rule)
iv. Kaedah Tujuan (Purposive Approach)

i. Kaedah / Pendekatan Harafiah (Literal Approach)


Adalah menjadi kebiasaannya sesuatu perkatan itu akan ditafsirkan mengikut makna biasa dan
asal (ordinary and natural meaning) perkataan tersebut. Kaedah tafsiran ini dikenali sebagai kaedah
harafiah atau pendekatan harafiah.
Jika perkataan dalam sesuatu statut, sebagai contohnya, Akta Parlimen, itu jelas – ia akan
ditafsirkan mengikut makna asal dan biasa perkataan berkenaan. Jika terdapat dua tafsiran yang berbeza
terhadap suatu Akta itu maka ini bermakna ada suatu kekaburan dalam undang-undang itu. Bagi
menyelesaikan masalah ini, dua tafsiran tersebut harus dilihat dengan teliti. Jika tafsiran pertama
menimbulkan kekeliruan, maka ia bukanlah menjadi niat penggubal undang-undang itu untuk
mengwujudkan keadaan kekeliruan itu. Oleh yang demikian tafsiran yang kedua haruslah diterima sebagai
tafsiran yang betul.
(sila lihat Queen v. Judge of City of London Court [1892]1 QB 273.

Mahkamah hanya akan lari daripada makna biasa sesuatu perkataan dalam statut berkenaan sekiranya
- dirasakan terdapat sesuatu yang tidak kena pada tempatnya atau keganjilan (clear and gross
balance of anomaly)
- keganjilan/penyimpangan (anomaly) itu tidak disedari oleh Parlimen, penggubal dan badan
perundangan berkenaan
- keganjilan/penyimpangan itu boleh dihindarkan dengan tidak menjelaskan objektif statut
berkenaan;
- perkataan itu mudah untuk ubahsuaian bagi mengatasi keganjilan/penyimpangan makna statut
berkenaan.
Contoh-contoh:
Chong Sin Sen v Janaki Chellamuthu [1997]2CLJ 699
Responden telah membuat tuntutan di bawah ss.7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 sebagai ‘isteri’
kepada simati dalam suatu kes kemalangan. Isu- sama ada responden adalah ‘isteri’ yang sah kepada
simati. Tiada tafsiran terhadap perkataan ‘isteri’ dalam Akta Undang-Udang Sivil 1956 berkenaan.
Mahkamah cuba mendapatak makna kepada perkatan ‘isteri’ dengan merujuk kepada beberapa buah
kamus. Antara makna yang diperolehi ialah ‘isteri adalah seseorang perempuan yang berkahwin dan
dikaitkan dengan seorang suami’. Mahkamah kemudiannya cuba pula melihat kepada perkataan
‘perkahwinan’ dalam makna yang biasa. Kemudian dicadangkan oleh pihak responden bahawa Akta
Perempuan Bersuami 1957 ada menyebutkan tentang ‘perempuan bersuami’ yang memberikan pengertian

2
termasuk mana-mana perkahwinan mengikut adat istiadat atau ugama. Diputuskan bahawa perkataan
‘isteri’ itu bermakna mana-mana perempuan yang dikahwini secara sah menurut mana-mana undang-
undang, adat istiadat atau ugama dan tidak lah menjadi niat penggubal untuk menyekat atau menghadkan
kepada perkahwinan di bawah Akta tertentu sahaja. Mahkamah telah memberi makna yang lebih luas,
biasa dan mengikut makna asal.
Kadang kala terdapat keadaan di mana tafsiran yang dibuat secara harafiah ini membawa kepada
percanggahan niat penggubal. Sekiranya ini berlaku, tafsiran sedemikian harus dielakkan atau dengan
membuat tafsiran yang lebih longgar dan munasabah. (sila lihat kes PP v. Chin Kim Foo [1995]1MLJ
lxxvii; Leow Mei Lee v AG & Ors [1967]2 MLJ 62)) atau membuat tambahan dan atau pindaan terhadap
peruntukan berkenaan ( sila lihat Adler v George [1964]2QB 7)
Sebagai kesimpulannya, kaedah atau pendekatan harafiah ini tidak memerlukan suatu tafsiran
yang saintifik atau teknikal. Sesuatu perkataan itu haruslah diberikan makna yang biasa dan boleh
diperolehi dari mana-mana kamus biasa. Juga dalam membuat tafsiran itu bukan sahaja satu perkataan itu
sahaja yang ditafsirkan tetapi keseluruhan ayat ataupun keseluruhan petikan berkenaan. Makna yang biasa
akan diberikan kepada perkataan, ayat, atau ungkapan yang digunakan itu. (Sila lihat juga kes Kon Fatt
Kiew v PP [1935]MLJ 239.) Sila lihat juga kes Chin Choy v Collector of Stamp Duties [1979]MLJ 69
berhubung dengan kaedah harafiah ini di mana Mahkamah Persekutuan menyebutkan:
“…applying the words and phrases of a statute in their ordinary meaning has been said
to be the first and most elementary rule of construction and the second is said to be to
construe the phrases and sentences according to the rules of the grammar.”

ii. Kaedah Keemasan (Golden Rule)


Kaedah Keemasan ini dianggap sebagai ganti kepada kaedah harafiah sekiranya kaedah tersebut itu tidak
dapat menyelesaikan masalah tafsiran tertentu. Dalam keadaan tertentu mahkamah tidak dapat mencari erti
perkataan yang cuba ditafsirkan itu atau menghadapi masalah apabila kaedah harafiah itu digunakan. Oleh
yang demikian mahkamah akan mencari suatu cara yang lain yang mana dapat menjelaskan maksud atau
makna perkataan tersebut dan munasabah disisi undang-undang dan perundangan.
Kita sedar bahawa kewujudan sesuatu statut ada tujuannya. Tafsiran terhadap statut itu hendaklah
dibuat mengikut kehendak penggubal. Apa-apa tafsiran seharusnya tidak lari daripada maksud asal atau
niat pembuat undang-undang itu. Tafsiran oleh dibuat hanya bagi tujuan untuk menjelaskan maksud statut
dan tidak lebih dari itu. Ini disebutkan dalam kes Becke v Smith (1836) (sila lihat buku Ahmad Ibrahim
&Ahilemah Joned ‘The Malaysian Legal System’(!985))
Menurut kaedah keemasan ini jika perkataan yang digunakan itu kabur/tidak jelas (ambigious)
mahkamah seharusnya cuba untuk membuat tafsiran agar tidak mengelirukan atau cuba seboleh-bolehnya
mengelakkan kekeliruan. Keadah ini juga cuba mengekalkan keaslian perkataan, hasrat dan niat
penggubalan. Kaedah ini kadang kala dibahagikan kepada dua cara pendekatan iaitu cara yang sempit dan
cara umum. Walau apapun pendekatannya tujuan utama statut perlu dikekalkan dan tidak mengubahnya
bagi menimbulkan kesulitan dan masalah lain pula. Perubahan pembacaan perkataan asalnya itu dilakukan
kerana perlu untuk mengelakkan suatu keganjilan. (Sila lihat kes Re An Advocate [1964]MLJ1 )

iii. Kaedah Kemudaratan (Mischief Rule)


Sebagaimana yang diketahui tujuan badan perundangan membuat undang-undang adalah
disebabkan timbulnya keperluan untuk keseragaman dalam amalan dan pentadbiran, penyelesaian terhadap
permasalahan yang timbul dan menangani hal perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam.
Makna sesuatu perkataan itu mungkin dapat diputuskan dengan melihat maknanya secara
tersendiri dan kadang kala perlu dilihat ayat atau konteks keseluruhannya. Kalau melihat kepada makna
perkataan secara keseluruhannya, ini bererti keseluruhan statut itu perlu dibaca dan melihat apakah tujuan
statut ini diwujudkan? Melalui kaedah ini mahkamah akan melihat kepada niat penggubalan statut
berkenaan secara keseluruhan. Kaedah ini juga kadang kala dikenali sebagai kaedah kes Heydon di mana
mahkamah dibenarkan untuk melihat peruntukan undang-undang terdahulu bagi mengesan di mana
kemudaratan (mischief) sehingga membawa kepada kewujudan statut atau peruntukan yang baru ini.
Bagi melihat kepada niat dan tujuan statut berkenaan, berikut adalah beberapa perkara yang
dipertimbangkan:
-bagaimanakah kedudukan di bawah common law sebelum akta;

3
-apakah kemudaratan dan kekurangan yang tidak diperuntukkan di bawah common law;
-apakah remedi yang diperuntukkan bagi mengatasi kemudaratan;
-sebab remedi itu disediakan.

Kes Raja Shahriman & Anor v. C.A Ribiero & Ors (1921)1 MC 57 - ‘without reference to the other
Defendants’ – dalam s.12 Libel Ordinance 1915. kes Lim Moh Joo v. PP [1970]2 MLJ 113 - s.391(1)
Criminal Procedure Code required the Public Prosecutor to deliver a copy of a report to the accused not less
than 10 clear days before the commencement of the trail should be applied where the prosecution was by a
private person – dalam hal ini mahkamah telah menjelaskan bahawa ia perlu membuat ubahsuaian terhadap
bahasa undang-undang bagi mencapai matlamat dan niat perundangan tersebut.

Sekiranya terdapat kecacatan atau kekaburan dalam penggubalan sesuatu statut, mahkamah tidak hanya
berpeluk tubuh sahaja dan menyalahkan pihak gubalan. Mahkamah mestilah melakukan sesuatu untuk
melihat maksud penggubalan undang-undang berkenaan dan ini dilakukan bukan hanya setakat membuat
tafsiran terus melalui bahasa yang digunakan tetapi sebaliknya mesti membuat pertimbangan keadaan
sosial atau masyarakat yang membawa kepada pembentukan perundangan tersebut. Dalam pada itu juga ia
perlu melihat kemudaratan yang cuba diperbaiki dan seterusnya memberikan nafas baru dan kuasa kepada
peruntukan itu sebagaimana yang dihajatkan oleh pihak Parlimen. (Sila lihat kes Seaford Court Estates,
Ltd. V. Ps Asher (1949)2 AllER 155.)

iv. Kaedah Tujuan (Purposive Approach)


Lord Denning pernah menyuarakan bahawa dalam mempertimbangkan tujuan sesuatu statut, kaedah tujuan
atau proposive approach ini seharusnya digunakan berbanding dengan kaedah harafiah. Kaedah harafiah
ini dianggapnya sebagai sudah ketinggalan dan kini pendekatan adalah kepada “promote the general
legislative purpose” atau cuba mendapatkan suatu pendekatan yang umum terhadap tujuan sesuatu statut
tersebut dan jika perlu melakukan yang terbaik seolah-olah dapat membaca apa yang dihajatkan oleh pihak
penggubalan (Parlimen).

Kes United Hokkien Cemetries, Penang v. Majlis Perbandaran, Pulau Pinang [1979]2 MLJ 121 adalah
contoh di mana mahkamah menggunakan kaedah tujuan ini – s.59(5) Municipal Ordinance (S.5 Laws Cap
133) memperuntukkan ‘a building used exclusively as a place for religious worship shall be exempted from
the payment of rate or rates’. Isunya sama ada ‘columbarium’ dibacakan termasuk sebagai ‘bangunan bagi
upacara keugamaan’. Mahkamah telah memutuskan bahawa tafsiran yang perlu dibuat bukan lagi setakat
harafiah tetapi ia perlu pergi lebih jauh daripada itu dengan melihat kepada tujuan statut berkenaan. Dalam
keadaan tertentu ada kalanya pendekatan harafiah ini digabungkan sekali dengan kaedah tujuan bagi
menghasilkan tafsiran yang lebih kemas (sila baca Foo Loke Ying & Anor v. Television Broadcast
Ltd.&Ors [1985]2 MLJ 35 dan Vengadasalam v. Khor Soon Seng & Ors [1985]2 MLJ 449.)

You might also like